ICGE 2019 TBS

Page 1


HTML Link: https://icge.unespadang.ac.id/publication QR CODE: ICGE VII PROCEEDING


Copyright @ 2019 Ekasakti University

All right reserved. No part of this publication may be reproduced in any form, except for the inclusion of brief quotations in review, without permission in writing from the author/publisher

ISBN 978-602-536925-1-1 Editor ICGE VII Prof. Dr. Herri, MBA Prof. Dato 'Dr. Norazah Mohd. Nordin Prof. James T. Collins Dr. Zayed M.M Abul Tawila Johanes Eka Priyatma, M. Sc., Ph.D


Copyright @ 2019 Ekasakti University

All right reserved. No part of this publication may be reproduced in any form, except for the inclusion of brief quotations in review, without permission in writing from the author/publisher

ISBN 978-602-536925-1-1 Editor ICGE VII Prof. Dr. Herri, MBA Prof. Dato 'Dr. Norazah Mohd. Nordin Prof. James T. Collins Dr. Zayed M.M Abul Tawila Johanes Eka Priyatma, M. Sc., Ph.D


PREFACE Praise to Allah SWT for the gracious mercy and tremendous blessing that enable us to finish this Proceeding of International Conference on Global Education (ICGE) VII with the theme Humanising Technology For IR 4.0. This conference is collaboration between Ekasakti University (UNES) Padang with Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and supported by The Goverment of Padang Panjang, Institute of Art Indonesia (ISI) Padang Panjang, and Baiturahmah University, in seventh time, it is held on 1-2nd July 2019, at the Auditorium of Institute of Art Indonesia (ISI) Padang Panjang. The conference is attended by speakers and participants of five countries, from Indonesia, Malaysia, America, Vietnam, and Palestne ICGE Proceeding is the work of the ideas of both teachers and educators. Various papers presented in the conference are dedicated to building a good quality learning horizons in five countries in the present and for the future. It is expected that all papers contained in this proceeding helpful in improving the quality of human resources towards competition in the Global Economic. We hope that the thoughts and ideas contained in this proceeding can be the first step for us who work in the educational community to reflect and increase the next major steps in building a quality learning of horizons, so that it can produce useful human resource for the nation in five countries. Thank you very much is due to various parties that have cooperated in preparing and publishing this proceeding as well as the successful implementation of ICGE VII. So that, this proceeding can has benefit for us in the effort to build human resources as we would expect. July 1st 20l9 Conference Organizing Committee Organized by Ekasakti University Padang And Universiti Kebangsaan Malaysia


CONTENTS

1.

Preface

i

2.

Contents

ii

3.

The Head of Commitee Report

iii

4.

Welcoming speech from The Rektor of Ekasakti University

vii

5.

Papers of Keynote Speaker

xi

6.

List of Papers

7.

Papers

xliv


LIST OF PAPER SUB THEME : EDUCATION TECHNOLOGY IR 4.0 No 1.

2. 3.

4.

5.

6.

7.

Title The Effects Of Gadget Media In The Industrial Revolution 4.0 On Social Interaction Of Young Generation Baso Iping Utilization Of Publication Media In Building Image Daya Mart Sumartono, Muhammad Fariz Pratama Decision Support System Selection Of Web-Based Superior Rice Seed Seedlings With Ahp Method (Analitical Hierarcy Prosses) Wahyuni Yahyan, M. Ilham A Siregar, Danyl Mallisza Kerangka Konseptual Kompetensi Guru Ekonomi Dalam Pembelajaran Era Revolusi Industri 4.0 Vera Aprianti, Sheerad Bin Sahid The Acceptance Of Humanising Technology In Teaching And Learning Toward Ir 4.0 Among Students In Polytechnic: Overview Of Mooc In Tvet Perspective. Ummu Kalsom A. Latiff, Ts. Ainie Hayati Noruzman, Ts. Nizam Mohd Nasir Decision Support Systems (Dss) In Choosing The Quality Of Coconut Shell Charcoal Briquettes For Improving The Quality And Maximum Results With Ahp (Case Study In Pariaman) Muhammad Ilham A Siregar1, Wahyuni Yahyan2,Harry Setya Hadi3 Inovasi Sistem Pembelajaran Dpa6013 Financial Accounting 4 Menggunakan Aplikasi Hibrid: Aplikasi Fa4v1 Tengku Besaruddin Shah Bin Tengku Yaakob Wan Zuraida Binti Wan Yusoff Che Alias Bin Mohd Yusof

xvii

Page 1361-1369

1370-1376 1377-1392

1393-1400

1401-1409

1410-1413

1414-1422


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR 4.0� INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN APLIKASI HIBRID: APLIKASI FA4v1 Tengku Besaruddin Shah Bin Tengku Yaakob Wan Zuraida Binti Wan Yusoff E-mail : edayusoff@gmail.com Che Alias Bin Mohd Yusof ABSTRAK Tujuan membangunkan Inovasi pembelajaran DPA6013 Financial Accounting 4 menggunakan telefon bimbit: Aplikasi FA4v1 adalah untuk mempercepatkan proses mengakses nota dan sumber melalui telefon pintar, pelajar dapat membuat rujukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa, memudahkan pelajar untuk mengakses nota, pencapaian pelajar bagi sesuatu penilaian dapat dipamerkan secara real time, jawapan bagi sesuatu penilaian dapat disemak terus oleh pelajar selepas penilaian, pembelajaran kendiri yang menarik dan mengujakan serta komunikasi di dalam bilik kuliah tidak terbatas di dalam kelas sahaja. Aplikasi FA4v1 telah di bangunkan dengan mengintergrasikan teknologi cloud dan aplikasi pintar. Untuk melihat keberkesanan aplikasi ini dua (2) instrumen telah digunakan. Instrumen 1: pelajar Diploma Perakaunan semester 5 (DAT5), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dikehendaki menjawab kaji selidik bagi melihat keberkesanan sistem ini dari segi persepsi mereka terhadap aplikasi FA4v1. Instrumen 2: mencatat masa, peralatan dan kos perbandingan antara penggunaan aplikasi FA4v1 dan membandingkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional. Dapatan dari instrumen 1 menunjukkan bahawa responden memberikan respon yang sangat positif terhadap aplikasi FA4v1. Kaji selidik ini memfokus dari sudut pesepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi FA4v1. Dapatan menunjukkan lebih 80% bersetuju aplikasi FA4v1 lebih mudah, efisien, menjimatkan kos dan masa berbanding PdP secara konvensional. Dapatan dari instrumen 2 pula menunjukkan masa yang digunakan oleh aplikasi FA4v1 lebih jimat, menjimatkan kos tanpa menggunakan peralatan selain telefon pintar peribadi masing-masing serta lebih mudah dan proses PdP boleh berlaku di mana-mana sahaja mereka berada. Kata Kunci: Aplikasi, telefon pintar, m-pembelajaran, cloud, e-Pembelajaran.

PENGENALAN Revolusi Industri Ke-4 (RI4.0) melibatkan teknologi sistem siber fizikal memberi cabaran baharu kepada semua sektor di semua negara yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Selari dengan RI4.0, lonjakan ke-4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), TVET 4.0 bermatlamat menghasilkan graduan TVET berkualiti iaitu ia berteraskan metodologi pengajaran dan pembelajaran baharu, tadbir urus responsif dan mampan, pendekatan penyelidikan gunaan dan inovasi baharu dan bakat yang didorong teknologi. Bagi menjayakan TVET 4.0 pengkaji telah membangunkan satu Inovasi yang mendokong RI4.0 iaitu aplikasi FA4v1 yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi Cloud Computing iaitu salah satu dalam teras RI4.0 sebagai aplikasi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aplikasi yang dibangunkan ini berkonsepkan m-pembelajaran yang mengintegrasikan cloud dan aplikasi pintar. Menurut Ahmad Sobri (2010), m-pembelajaran sudah lama diamalkan dan dilaksanakan di negara-negara membangun seperti di Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah. Di Malaysia, amalan m-pembelajaran masih tidak meluas seperti

1414

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0� amalan e-pembelajaran. m-pembelajaran di Malaysia masih berada pada peringkat permulaan dan kajian mengenai m-pembelajaran ini haruslah dipergiatkan seperti mana yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji di Eropah yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji tahap keberkesanannya dalam pembelajaran. Kajian dari Alif Nawi dan Mohd Isa (2013) juga mencadangkan untuk melaksanakan penggunaan telefon bimbit di dalam m-pembelajaran Pendidikan Islam ini memandangkan ia belum lagi diterokai secara meluas. Definisi M-Pembelajaran Menurut Lan dan Sie (2010), m-pembelajaran ditafsirkan sebagai sejenis model pembelajaran yang membolehkan pelajar mendapatkan bahan-bahan pembelajaran di mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan teknologi mudah alih. Manakala Parsons (2011) mengaitkan bahawa m-pembelajaran adalah sebahagian daripada e-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Sekiranya m-pembelajaran dikaitkan dengan internet dan tanpa wayar, ianya tidak jauh berbeza dengan konsep asal e-pembelajaran. Sama dengan e-pembelajaran, m-pembelajaran juga berlaku di kelas tetapi yang membezakan ialah m-pembelajaran membolehkan proses pembelajaran berlaku bukan sahaja di kelas malah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa (Oller, 2012) Definisi Cloud Computing Menurut Wadah ICT UKM (2015) Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk menyimpan dan mencapai data dan aplikasi dengan menggunakan Internet selain daripada komputer. Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen, gambar, audio atau video. Pengguna boleh mencapai datadata tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain dengan menggunakan capaian Internet. Penyataaan Masaalah Inovasi ini tercetus disebabkan beberapa pemasalahan pensyarah iaitu: i. Masa untuk mengakses nota dan rujukan adalah lambat. ii. Pelajar tidak dapat memastikan tahap kefahaman sesuatu topik secara real time. iii. Pelajar tidak dapat membuat latihan bila-bila masa dan di mana sahaja. iv. Pensyarah tidak dapat menyemak tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan kelas secara real time. v. Tiada platform yang sesuai untuk komunikasi dua hala diantara pelajar dan pensyarah selain dari komunikasi di dalam kelas. vi. Masalah jumlah LCD projector yang tidak mencukupi untuk digunakan di dalam kelas ini menyebabkan pensyarah terpaksa mencetak handout serta meminta pelajar membeli buku rujukan untuk digunakan di dalam kelas semasa PnP. Objektif Inovasi Inovasi yang dilaksanakan ini adalah membangunkan sistem pembelajaran DPA6013 Financial accounting 4 (FA4) menggunakan aplikasi telefon bimbit secara atas talian menggunakan sistem hibrid. Teknologi hibrid memberi kelebihan kepada pereka kandungan di mana ia boleh dikemaskini di dalam cloud agar pengguna dapat mengakses secara real time. Aplikasi buan hanya boleh diakses menggunakan telefon malahan ia boleh juga diakses menggunakan computer berinternet. Tujuan inovasi ini adalah antaranya seperti berikut:

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019

1415


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR 4.0� i. ii. iii. iv. v. vi.

Mempercepatkan proses mengakses nota dan sumber melalui telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain. Pelajar dapat membuat rujukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pencapaian pelajar bagi sesuatu penilaian dapat dipamerkan secara real time. Pembelajaran kendiri yang menarik dan mengujakan (self-learning). Komunikasi di dalam bilik kuliah tidak terbatas di dalam kelas sahaja dimana mereka boleh berinteraksi secara atas talian (online chats). Tidak perlu mencetak handout serta meminta pelajar membeli buku rujukan untuk digunakan di dalam kelas semasa PnP.

KAJIAN LITERATUR Pengenalan Pada masa kini sistem pendidikan telah mengalami evolusi teknologi pendidikan apabila m-learning di dalam PdP. Penggunaannya telah menjadikan PdP lebih mudah bagi pelajar dan pensyarah. Ramai penyelidik tempatan dan luar negara telah buat kajian untuk melihat keberkesanan penggunaan m-pembelajaran dalam PdP. E-Pembelajaran dalam PdP Menurut Salem et al, (2012), penggunaan sistem e-pembelajaran memberi kesan positif kepada individu. Analisis keputusan menunjukkan bahawa penggunaan sistem epembelajaran telah meningkatkan keupayaan pelajar untuk menafsirkan maklumat dengan tepat. Selain itu, sistem e-pembelajaran telah meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti yang berkaitan. Ia juga membantu menyediakan maklumat asas, yang seterusnya, membantu pelajar membuat keputusan yang berkesan dan tepat yang boleh meningkatkan produktiviti keseluruhan proses PdP. Mohd Shoaib & Aditya (2018), mendapati peranan aplikasi pembelajaran mudah alih semakin meningkat di kalangan pelajar. Hasilnya menunjukkan bahawa aplikasi pembelajaran mudah alih boleh menjadi sangat berguna dalam persekitaran pendidikan tinggi. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang mencukupi untuk menggunakan teknologi mudah alih dan Internet dalam persekitaran pendidikan mereka. Johan et al., (2014), membuktikan kebanyakan responden lebih suka belajar melalui e-pembelajarn memandangkan ia memberi mereka fleksibiliti yang lebih besar untuk memilih sama ada belajar melalui pengajar atau belajar sendiri kursus dan ia juga membolehkan mereka fleksibiliti untuk belajar di mana-mana tempat dan masa. Irwanto (2017), kajian mendapati pelajar lebih suka menggunakan telefon pintar dalam pembelajaran kerana adanya akses kepada maklumat apabila hanya dan di mana-mana tanpa batasan ruang dan masa. Mousazadeh et al., (2016), kajian mendapati bahawa manfaat keseluruhan e-pembelajaran termasuk promosi pembelajaran, kepuasan individu, belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, pembelajaran individu bersama-sama dengan pembelajaran kolaboratif menjimatkan masa dan kos dengan ketara, memungkinkan PdP untuk semua orang dan mendapat maklumat yang cepat dalam PdP. Alat m-pembelajaran Arrigo et al., (2004), membangunkan aplikasi alat m-pembelajaran yang dipanggil mCLT yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam proses membina pengetahuan. Para pelajar berinteraksi di antara mereka sendiri, mengikuti model yang ditetapkan oleh guru. Benta et al., (2004), menunjukkan bahawa terdapat pendapat yang

1416

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0” berbeza dalam menggunakan aplikasi m-pembelajaran. Ada yang mengambil berat tentang perkaitan kandungan, tetapi kebanyakannya berpendapat bahawa ia akan menjadi alat pembelajaran yang menarik. METODOLOGI Aplikasi FA4v1 Pengkaji membangunkan sistem aplikasi telefon bimbit secara online iaitu aplikasi FA4v1 yang mana sistem ini dibangunkan dengan menggunakan Google drive, google sites, google form, google classroom dan aplikasi Thunkable di telefon bimbit Sistem ini boleh dilayari dengan menggunakan semua peranti mudah alih (pintare devices) dan berkonsep pintare-friendly. Beberapa komponen utama dalam inovasi ini adalah proses memasukkan nota ke dalam Google drive dan sites, proses memasukkan soalan penilaian ke dalam Google Form dan proses memindahkan nota dan soalan kuiz ke dalam aplikasi Thunkable sebagai application launcher. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam aplikasi adalah terdiri nota, rujukan, soalan latihan dan penilaian. Aplikasi ini boleh digunakan oleh pelajar dan pensyarah samada untuk sesi rujukan, pembelajaran kendiri, komunikasi antara pensyarah dan pelajar serta ia juga boleh digunakan semasa di dalam kelas. Pelajar dibekalkan dengan QR code untuk mereka memuat turun aplikasi FA4v1 di telefon pintar masing-masing. Aplikasi FA4v1 boleh memaparkan kepada pelajar markah pencapaian pelajar bagi setiap penilaian sebaik sahaja selepas penilaian dilaksanakan. Ia juga memaparkan cadangan jawapan kepada pelajar sebaik sahaja selepas penilaian dilaksanakan. Terdapat 6 bentuk pelaporan yang boleh dikeluarkan oleh sistem ini sebaik sahaja pelajar membuat penilaian di aplikasi FA4v1 yang mana laporan ini dikeluarkan di cloud dan dikawal oleh pensyarah, rujuk di jadual 1.

Bil 1

2

3

Jadual 1: Bentuk pelaporan dari sistem FA4 v1 Laporan Laporan yang dikeluarkan Statistik pencapaian  Memaparkan statistik keseluruhan penilaian yang telah dilaksanakan melalui aplikasi FA4v1 dalam bentuk jadual dan graf.  Memaparkan statistik pelajar yang telah menghantar tugasan.  Memaparkan statistic jawapan pelajar bagi setiap soalan kuiz, dalam bentuk jadual dan graf. Markah Pencapaian  Memaparkan markah pencapaian secara individu pelajar bagi setiap penilaian yang telah dilaksanakan di aplikasi FA4v1, dalam bentuk jadual dan graf. Paparan Jawapan  Paparan jawapan yang telah dijawap oleh pelajar bagi soalan berbentuk kuiz, dalam bentuk jadual dan graf.  Paparan jawapan yang telah di muatnaik oleh pelajar ke sistem bagi soalan yang berbentuk tugasan, dalam bentuk jadual dan graf.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019

1417


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR 4.0”

Pensyarah membekalkan QR code kepada pelajar untuk memuat turun aplikasi FA4v1 ke dalam telefon mobile masingmasing – Icon FA4v1 akan muncul

Klik icon FA4v1 untuk masuk ke aplikasi

Pelajar boleh mendapatkan rujukan berkaitan standard perakaunan, akta syarikat 2016, video dan e-book melalui menu resources

Klik manamana topik untuk masuk kebahagian nota topik yang dipilih

Pelajar boleh berkomunikasi secara dua hala dengan pensyarah seperti di dalam kelas dengan menggunakan menu classroom

Pelajar perlu log masuk kelas, nama pelajar dan no pendaftaran sebelum menjawab sesuatu kuiz. Pelajar boleh mula menjawap kuiz apabila masuk ke bahagian soalan

Pelajar boleh terus menyemak markah yang diperolehi setelah selesai menjawab apa-apa penilaian di apps.

Carta 1: Aliran Proses Aplikasi untuk kegunaan pelajar Populasi Aplikasi FA4v1 dibekalkan kepada 17 orang pelajar semester 5 dari kelas DAT5A Diploma Perakaunan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Sesi Dis 2018 untuk diaplikasikan oleh pelajar. Instrumen Penilaian Keberkesan Aplikasi FA4v1. Bagi mengukur keberkesanan aplikasi ini 2 instrument telah digunakan untuk melihat keberkesan aplikasi FA4v1 berbanding secara manual/konvensional. 1) Mengedarkan soalan kaji selidik kepada pelajar bagi melihat keberkesanan aplikasi FA4v1 mengikut pesepsi pelajar. Soalan kaji selidik berbentuk google form telah diedarkan melalui platform classroom pelajar DAT5A. Seramai 17 pelajar telah menjawap soalan kaji selidik yang telah diedarkan. 2) Mengira masa, peralatan dan kos bagi kedua-dua kaedah iaitu secara konvensional berbanding dengan menggunakan aplikasi FA4v1. Analisa Data Untuk analisis data, Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) digunakan untuk menganalisis data dari instrumen soalan kaji selidik. Langkah-langkah khusus yang digunakan untuk analisis data, iaitu menyunting data, cara menangani respons kosong, pengekodan data, mengkategorikan data, membuat fail data dan pengaturcaraan (Sekaran, 2003). DAPATAN DAN PERBINCANGAN Instrumen 1 Soalan kaji selidik ini telah dijawab oleh 17 pengguna aplikasi FA4v1. Soalan kaji selidik ini direka untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang penggunaan aplikasi hibrid FA4v1. Isu-isu yang dibincangkan berkaitan dengan proses mengakses nota dari segi masa dan lebih mudah, kos efektif, kandungan aplikasi dan kepuasan belajar. Soal selidik ini membincangkan isu-isu ini dalam lapan (8) soalan.

1418

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0� Statistik deskriptif dari 8 item berkaitan persepsi pelajar terhadap aplikasi FA4v1 hibrid ditunjukkan dalam Jadual 2, termasuk peratusan dalam setiap kategori, sisihan piawai dan min. Item yang paling memuaskan mengikut pesepsi pelajar adalah berkaitan perlaksanaan pembelajaran melalui sistem ini menjimatkan kos terutama dari aspek kos pencetakan dan belian buku (M = 4.65, SD = 0.49), PdP boleh dilaksanakan di mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit. (M = 4.65, SD = 0.49) bebanan untuk ke kelas adalah berkurang memandangkan tidak perlu lagi membawa buku ke kelas. (M = 4.65, SD = 0.49). Item yang dinilai sebagai memuaskan adalah proses mengakses nota melalui aplikasi FA4v1 jauh lebih mudah daripada manual (M = 4.59, SD = 0.51), kandungan di dalam aplikasi FA4 v1 sangat berguna untuk sesi pembelajaran, ulangkaji dan pengukuhan. (M = 4.41, SD = 0.51), proses untuk mengakses nota melalui aplikasi FA4v1 lebih cepat daripada kaedah manual (M = 4.35, SD = 0.49), proses pembelajaran kendiri menerusi sistem aplikasi FA4v1 amat menarik dan sangat mengujakan (M =4.35, SD = 0.49) dan aplikasi FA4 v1 sangat mesra pengguna dan mudah digunakan (M = 4.35, SD = 0.49) Jadual 2. Min, Sisihan Piawai, dan paratusan dari responden (N = 17). Item M SP Sangat Tidak Tidak Setuju setuju a Proses untuk mengakses nota menerusi Aplikasi FA4 v1 4.59 0.51 0 0 adalah lebih mudah berbanding kaedah manual. b Proses untuk mengakses nota menerusi Aplikasi FA4 v1 4.35 0.49 0 0 adalah lebih cepat berbanding kaedah manual c Perlaksanaan pembelajaran melalui sistem ini menjimatkan 4.65 0.49 0 0 kos terutama dari aspek kos pencetakan dan belian buku. d Proses pembelajaran kendiri menerusi sistem Aplikasi FA4 4.35 0.49 0 0 v1 amat menarik dan sangat mengujakan. e PdP boleh dilaksanakan di mana sahaja dengan menggunakan 4.65 0.49 0 0 telefon bimbit. f Bebanan untuk ke kelas adalah berkurang memandangkan tidak 4.65 0.49 0 0 perlu lagi membawa buku ke kelas. g Aplikasi FA4 v1 sangat mesra 4.35 0.49 0 0 pengguna dan mudah digunakan h Kandungan di dalam Aplikasi FA4 v1 sangat berguna untuk 4.41 0.51 0 0 sesi pembelajaran, ulangkaji dan pengukuhan.

Tidak pasti

Setuju

Sangat Setuju

0

41.7

58.3

0

66.7

33.3

0

33.3

50

0

66.7

33.3

0

33.3

66.7

0

33.3

58.3

0

66.7

33.3

0

58.3

41.7

Pelajar mempunyai persepsi positif terhadap aplikasi ini. Semua kepuasan yang diukur adalah berada ditahap kepuasan yang tinggi iaitu melebihi nilai skor 4.00. Menurut Azizi et al, (2007) skor min terdiri daripada 3 tahap, jadual 3 menunjukkan penerangan tentang skor min.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019

1419


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR 4.0”

Jadual 3: Penilaian tahap berdasarkan skor min. Skor Min Tahap 1.00 - 2.33 Rendah 2.34 - 3.66 Pertengahan 3.67 - 5.00 Tinggi Selepas menggunakan aplikasi hibrid FA4v1 dan juga Cloud Computing, proses PdP menjadi lebih berkesan dan cekap. Pensyarah menggunakan pengkomputeran awan untuk mengemas kini nota ke dalam aplikas FA4v1. Aplikasi FA4v1 hibrid dalam telefon bimbit adalah merupakan platform untuk pelajar untuk mengakses semua nota untuk kursus FA4 serta soalan latihan untuk menguji pemahaman pelajar mengenai subjek yang telah diajar. Pensyarah dan pelajar akan melihat pencapaian dan tahap pemahaman dalam real time. Proses komunikasi seperti di dalam kelas berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pensyarah juga boleh memantau proses pembelajaran kendiri pelajar melalui cloud. Dapatan dari instrument 2 adalah seperti dijadual 4.

Bil 1

2

3

1420

Jadual 4: Perbezaan PdP secara manual dan dengan Aplikasi FA4 v1. Kaedah Konvensional Aplikasi FA4 v1 Masa Masa  Proses untuk mengakses nota bagi  Proses untuk mengakses nota sesuatu topik adalah 2 minit iaitu dari bagi sesuatu topik adalah 5 saat. bermula mengambil buku sehingga Iaitu bermula dari pelajar klik menbuka ke muka surat topik 1, icon aplikasi FA4 v1 di telefon walaubagaimana pun masa ini pintar sehingga keluar topik 1. mengabaikan masa mengakses buku dirak buku atau di dalam beg.  Kefahaman pelajar dapat dinilai secara realtime memandangkan  Kefahaman pelajar tidak dapat dinilai 100% secara rela time memandangkan pelajar boleh terus melaksanakan terpaksa menunngu pensyarah penilaian melalui Aplikasi FA4 menanda penilaian yang dilaksanakan v1 dan dapat mengetahui markah iaitu selama 3 hari untuk sesuatu secara real time. penilaian. Peralatan Peralatan Peralatan Menggunakan hard-copy Peralatan (Paper-Less) iaitu sebagai nota iaitu buku atau cetakan berbentuk softcopy. Nota dan hand out, Peralatan lain di dalam kelas sumber rujukan adalah berbentuk adalah LCD prokeltor, computer dan softcopy. Peralatan utama adalah kertas soalan penilaian. Telefon Pintar. Kos Kos Kos membeli buku dan cetakan handout. Hanya menggunakan Telefon Pintar yang sedia ada. Memandangkan 100% pelajar mempunyai telefon pintar.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0� KESIMPULAN Replicability Inovasi yang dibangunkan ini bukan sahaja berpotensi digunakan oleh pensyarah DPA6013 bagi kelas DAT5A sahaja malah ia juga boleh digunakan oleh kelas-kelas lain yang mengambil kursus yang sama. Aplikasi ini akan digunakan untuk semua kelas yang mengambil kursus DAP6013 pada sesi akan datang. Penjimatan Masa Masa dapat dijimatkan memandangkan semua nota berada di dalam telefon bimbit pelajar serta proses pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Masa pensyarah untuk menanda setiap latihan pelajar juga dapat dijimatkan memandangkan aplikasi ini akan terus menanda jawapan pelajar serta memberi markah bagi setiap pelajar. Semua maklumat pelajar yang melaksanakan penilaian ini akan disimpan ke dalam cloud pensyarah. Proses untuk mengakses maklumat untuk pelaporan juga adalah cepat dan secara realtime, oleh itu proses maklumbalas atas tahap kefahaman pelajar dapat dilaksanakan segera sebaik sahaja selepas sesuatu penilaian. Proses pelaporan adalah secara realtime memandangkan semua maklumat penilaian pelajar terus tersimpan di dalam satu sumber dan prose penyediaan statistic kehadiran boleh diakses secara realtime. Semua maklumat berada di dalam satu sumber dengan penggunaan carian-carian dan fungsi-fungsi yang mudah dan mesra digunakan oleh pengguna. Ini disokong oleh satu inovasi oleh Saad, Mohmed Rosli (2002) yang menyatakan dengan perkongsian maklumat melalui satu sumber yang boleh diakses oleh semua yang terlibat dapat membuat keputusan dengan lebih cepat. Penjimatan kos Pembangunan aplikasi ini tidak melibatkan apa-apa kos memandangkan ia dibangunkan sendiri oleh pegawai elearning dan pengajar kusrsu DPA6013 tanpa melibatkan pakar runding dari luar. Sistem ini juga tidak melibatkan apa-apa peralatan tambahan sekadar menggunakan telefon bimbit peribadi pelajar dan pensyarah. Ia juga tidak memerlukan talian internet dari server sekadar menggunakan pintare data dari telefon bimbit sahaja. Sistem yang dibangunkan ini juga telah menjimatkan kos memandangkan ia tidak memerlukan fail untuk menyimpan maklumat dan juga tidak perlu mencetak untuk dijadikan simpanan kerana ia boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja. Peningkatan kecekapan Aplikasi FA4v1 ini boleh membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti dalam PdP. Salah satu ciri Aplikasi FA4v1 ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengakses nota serta laporan penilaian secara real time. Ia juga dapat mempercepatkan proses penambahbaikan bagi pelajar-pelajar yang lemah. Ini disokong oleh kajian Ermie Dharlya dan Aslina (2013) yang menyatakan sistem maklumat pengurusan dalam talian dilihat penting dalam persekitaran hari ini dan berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019

1421


International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR 4.0” Cadangan Bagi meningkatkan kepelbagaian fungsi bagi Inovasi ini pada masa akan datang adalah ia boleh dikembangkan dengan: i) Menyediakan password bagi soalan-soalan penilaian berterusan. ii) Menyediakan pemarkahan secara realtime bagi soalan-soalan berbentuk subjektif. RUJUKAN Ahmad Sobri Shuib, 2010, Reka Bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah: Teknik Delphi, Proceeding of regional conference on knowledge intergration in information and communication technology 2010, PP. 652 -665. Alif Nawi dan Mohd Isa (2013), Tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit sebagai M-pembelajaran Dalam Pendidikan Islam. Journal of Islam and Arabic Education 5(1), 2013 1-10. Lan, Y. F., & Sie, Y. S. (2010). Using RSS to Support Pintare Learning Based on Media Richness Theory. Computers & Education, 55(2), 723-732. Irwanto (2017), Penggunaan Smartphone dalam Pembelajaran Kimia SMA. Journal for Islamic Social, Volume 2, Nomor 1, 2017. Hal. 81-87. Johan @ Eddy Luaran*, Nur Nazleen Samsuri, Fazyudi Ahmad Nadzri, Kamarol Baharen Mohamad Rom (2014), A Study on The Student’s Perspective on The Effectiveness of Using E-Learning. Procedia. Social and Behavioral Sciences 123 (2014) 139 – 144. Mousazadeh Somayeh, Maryam Dehghani, Farzaneh Mozaffari, Seideh Madineh Ghasemnegad, Hamideh Hakimi*, Bagherian Samaneh (2016), The effectiveness of E- learning in learning: A review of the literature. International Journal of Medical Research & Health Sciences, 2016, 5, 2:86-91 Salem Alkhalaf, Steve Drewa, Thamer Alhussain (2012), Assessing The Impact of ELearning Systems On Learners: A Survey Study in The KSA. Procedia - Social and Behavioral Sciences 47 (2012) 98 – 104. Alexa Huth and James Cebula (2011), [Online] diambil dari https://www.usert.gov/sites/default/files/publications/CloudComputingHuthCebula.pdf Mohd Shoaib Ansari*, Aditya Tripathi** (2018), An Investigation of Effectiveness of Pintare Learning Apps in Higher Education in India. [Online] diambil dari https://www.researchgate.net/publication/319187545 Oller, R. (2012). The future of pintare learning (Research Bulletin). Louisville, CO: Educause Center for Analysis and Research. . [Online] diambil dari http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ERB1204.pdf. Wadah ICT UKM (2015). Cloud Computing, [Online] diambil dari http://www.ukm.my/wadahict/cloud-computing/ Parsons, D. (2014). The future of pintare learning and implications for education and training. In Ally, M. & Tsinakos, A., Editors, Perspectives on Open and Distance Learning: Increasing access through mLearning. Published by the Commonwealth of Learning and Athabasca University, Vancouver, Canada. Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill building approach (4th ed.). New York, NY: John Willey & Sons.

1422

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019



GANTT CHART - RESEARCH PAPER INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN APLIKASI HIBRID: APLIKASI FA4v1 AKTIVITI

DIS 2017 M1 M2 M3

M4

JAN 2018 M1 M2 M3

M4

FEB 2018

MAC 2018

APRIL 2018

MEI 2018

JUN – OKT 2018

3 4 5 6 MAC 2019 M1 M2 M3

M4

APRIL 2019 M1 M2 M3

M4

MAY 2019

JUN 2019

JULAI 2019

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

7 8 9 10 11 12

Note: Activity 1 Activity 2 Activity 3 Activity 4 Activity 5 Activity 6 Activity 7 Activity 8 Activity 9 Activity 10 Activity 11 Activity 12

: : : : : : : : : : : :

DIS 2018

JAN 2019

Feb 2019

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

1 1 2

AKTIVITI

NOV 2018

Directed towards content analysis which mainly involves the library search. Literature review Develop the Innovation (Mobile Phone apps) for DPA6013 course. Utilizing the m-learning application in Teaching and learning. Utilized the survey method by using a questionnaire among the samples Data collection and analysis Writing Send the paper to ICGE committee and make a payment Paper review by ICGE panels Update the paper base on suggestion from panels Paper acceptance Presentation




Fakulti Pendidikan

Faculty of Education

UKM/FPEND/ICGE7/001 Tarikh: 15/04/2019 Tuan/Puan/Cik,

PENERIMAAN ABSTRAK DAN PEMBENTANGAN KERTAS INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VII

KERJA

Saya adalah merujuk kepada perkara diatas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Tuan/Puan/Cik untuk membentangkan kertas kerja di International Conference on Global Education VI adalah diterima. Butir-butir seminar adalah seperti berikut: Tarikh : 1- 2 Julai 2019 Hari

: Isnin & Selasa

Tempat : Institut Seni Indonesia, Padang Panjang, Sumatra Barat, Indonesia. Tema

: Humanising Technology For Industrial Revolution 4.0

3. Abstrak mestilah dihantar ke alamat email ukmglobaledu7@gmail.com sebelum atau pada 15 Mei 2019 manakala kertas kerja yang akan dibentangkan mestilah sebelum atau pada 15 Jun 2019. 4. Bayaran penyertaan boleh dibuat melalui cek atas nama Bendahari UKM, manakala bayaran secara tunai atau pindahan akaun bank boleh dibuat kepada : No akaun : 1123 4407 1315 (Maybank Bank) Nama : Khamizah binti Kamarudin. 5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad Hussin (011-52205099), Ahlam bt. Mohd Kamel (014-9244386) atau Rohaisham b. Ramli (011-57544714).

FAKULTI PENDIDIKAN Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Telefon: +603-8921 6784 Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: dfpend@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my


Fakulti Pendidikan

Faculty of Education

Sekian terima kasih.

Yang benar,

PROF. MADYA DATUK DR. MUHAMMAD HUSSIN Pengerusi International Conference on Global Education VII s.k

-

Setiausaha ICGE VII

FAKULTI PENDIDIKAN Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Telefon: +603-8921 6784 Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: dfpend@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my


mooc sas <moocsas@gmail.com>

ICGE07: PERUBAHAN TAJUK 4 messages mooc sas <moocsas@gmail.com> To: ADMIN ICGE VII UKM GLOBAL EDUC <ukmglobaledu7@gmail.com> Cc: Wan Zuraida binti Wan Yusoff <edayusof@polisas.edu.my>, edayusoff@gmail.com

Fri, Jun 14, 2019 at 4:57 PM

Tuan; Bersama-sama ini disertakan abstrak untuk ICGE07 bagi tajuk: INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN SISTEM HIBRID: APLIKASI FA4v1. Pembentang: 1. Tg.Besaruddin Sh. b. Tg.Yaakob 2. Wan Zuraida bt. Wan Yusoff Tajuk ini adalah bagi menggantikan tajuk yang telah dihantar sebelum ini dan mohon kerjasama pihak tuan untuk mengemaskini tajuk yang baharu. Kertas kerja penuh akan dihantar kepada pihak tuan sebelum 20.6.2019 Sekian, terima kasih

Virus-free. www.avast.com

INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN APLIKASI HIBRID_abstrak.docx 29K mooc sas <moocsas@gmail.com> To: ADMIN ICGE VII UKM GLOBAL EDUC <ukmglobaledu7@gmail.com> Cc: edayusoff@gmail.com

Tue, Jun 18, 2019 at 2:20 PM

Tuan, Bersama-sama ini disertakan kertas kerja penuh untuk tindakan seterusnya oleh pihak tuan. Kerjasama pihak tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Tg. Besaruddin Sh. Tg. Yaakob Wan Zuraida Wan Yusoff [Quoted text hidden]

2 attachments INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN APLIKASI HIBRID_abstrak.docx 29K INOVASI APLIKASI FA4 V1_ukm.doc 162K


ADMIN ICGE VII UKM GLOBAL EDUC <ukmglobaledu7@gmail.com> To: mooc sas <moocsas@gmail.com> Cc: eda yusof <edayusoff@gmail.com>

Tue, Jun 18, 2019 at 7:18 PM

Noted Thank you [Quoted text hidden]

moocsas <moocsas@gmail.com> To: edayusoff@gmail.com

Mon, Jul 1, 2019 at 11:14 AM

Sent from my Samsung Galaxy smartphone. [Quoted text hidden]

2 attachments INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN APLIKASI HIBRID_abstrak.docx 29K INOVASI APLIKASI FA4 V1_ukm.doc 162K


mooc sas <moocsas@gmail.com>

ICGE7: My Abstract 4 messages mooc sas <moocsas@gmail.com> Wed, May 15, 2019 at 11:50 AM To: ukmglobaledu7@gmail.com Cc: kubiggs@gmail.com, kubigs@polisas.edu.my, Wan Zuraida binti Wan Yusoff <edayusof@polisas.edu.my> Enclosed herewith is my abstract titled " EVALUATING EFFECTIVENESS OF E- LEARNING AND PERCEIVED SATISFACTION

FOR AN ACCOUNTING COURSE USING THE FA4v1 HYBRID APPLICATION." Thank you. tg.besaruddin 013.9808569 kubiggs@gmail.com abstract_edit1.docx 24K ADMIN ICGE VII UKM GLOBAL EDUC <ukmglobaledu7@gmail.com> To: mooc sas <moocsas@gmail.com>

Wed, May 15, 2019 at 4:28 PM

Assalamualaikum, Disini, disertakan surat pengesahan penerimaan abstrak.

Peringatan: Tarikh akhir penghantaran penulisan penuh adalah pada 15 Jun 2019 (Hari Sabtu) Sila sertai group Telegram ICGEVII pada pautan berikut untuk mendapatkan maklumat-maklumat pen ng. https://t.me/joinchat/E1D4f01NSH59eTG5WJU1jg

Best Regards, Registra on Team. [Quoted text hidden]

SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN ABSTRAK.pdf 153K moocsas <moocsas@gmail.com> To: eda yusof <edayusoff72@gmail.com>

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Wed, May 15, 2019 at 5:17 PM


[Quoted text hidden]

SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN ABSTRAK.pdf 153K mooc sas <moocsas@gmail.com> To: ADMIN ICGE VII UKM GLOBAL EDUC <ukmglobaledu7@gmail.com> Tuan, attached herewith is the payment receipt. TG.BESARUDDIN SH. TG.YAAKOB [Quoted text hidden]

kubigs_icge7.pdf 15K

Mon, Jun 10, 2019 at 8:12 AM


ICGE07/2019

INOVASI SISTEM PEMBELAJARAN DPA6013 - FINANCIAL ACCOUNTING 4 MENGGUNAKAN APLIKASI HIBRID: APLIKASI FA4v1 Oleh: Tg Besaruddin Tg Yaakob Wan Zuraida Wan Yusoff Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang, MALAYSIA

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Pengenalan Revolusi Industri Ke-4 (RI4.0) melibatkan teknologi sistem siber fizikal yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di dunia. Selari dengan RI4.0, lonjakan ke-4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), TVET 4.0 bermatlamat menghasilkan graduan TVET berkualiti iaitu ia berteraskan metodologi pengajaran dan pembelajaran baharu.

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Revolusi Industri 4.0

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Cloud Computing (pengkomputeran awan) menyimpan dan mencapai data dan aplikasi dengan menggunakan Internet selain daripada komputer. Pengguna boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain dengan menggunakan capaian Internet

- Wadah ICT UKM (2015). www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Penyataan Masalah 1. Masa untuk mengakses nota dan rujukan adalah lambat. 2. Pelajar tidak dapat memastikan tahap kefahaman sesuatu topik secara real time. 3. Pelajar tidak dapat membuat latihan bila-bila masa dan di mana sahaja. 4. Pensyarah tidak dapat menyemak tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan kelas secara real time. 5. Tiada platform yang sesuai untuk komunikasi dua hala diantara pelajar dan pensyarah selain dari komunikasi di dalam kelas. 6. Masalah jumlah LCD projector yang tidak mencukupi untuk digunakan di dalam kelas ini menyebabkan pensyarah terpaksa mencetak handout serta meminta pelajar membeli buku rujukan untuk digunakan di dalam kelas semasa PnP.

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Objektif Inovasi 1. Mempercepatkan proses mengakses nota dan sumber melalui telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain. 2. Pelajar dapat membuat rujukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. 3. Pencapaian pelajar bagi sesuatu penilaian dapat dipamerkan secara real time. 4. Pembelajaran kendiri yang menarik dan mengujakan (self-learning). 5. Komunikasi di dalam bilik kuliah tidak terbatas di dalam kelas sahaja dimana mereka boleh berinteraksi secara atas talian (online chats). 6. Tidak perlu mencetak handout serta meminta pelajar membeli buku rujukan untuk digunakan di dalam kelas semasa PnP.

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

KAJIAN LITERATUR Penggunaan sistem e-pembelajaran memberi kesan positif kepada individu. Ia telah meningkatkan keupayaan pelajar untuk menafsir maklumat dengan tepat, meningkatkan pemahaman pelajar, membantu menyediakan maklumat asas, yang seterusnya, membantu pelajar membuat keputusan yang berkesan dan tepat. - Salem et al. (2012)

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Peranan aplikasi pembelajaran mudah alih semakin meningkat di kalangan pelajar. Aplikasi pembelajaran mudah alih boleh menjadi sangat berguna dalam persekitaran pendidikan tinggi. Pelajar mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang mencukupi untuk menggunakan teknologi mudah alih dan Internet. - Mohd Shoaib & Aditya (2018)

Pelajar lebih suka menggunakan telefon pintar dalam pembelajaran kerana adanya akses kepada maklumat apabila hanya dan di mana-mana tanpa batasan ruang dan masa. - Irwanto (2017)

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Manfaat keseluruhan e-pembelajaran termasuk promosi pembelajaran, kepuasan individu, belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, pembelajaran individu bersama-sama dengan pembelajaran kolaboratif menjimatkan masa dan kos dengan ketara, memungkinkan PdP untuk semua orang dan mendapat maklumat yang cepat dalam PdP. - Mousazadeh et al., (2016),

Pelajar lebih suka belajar melalui e-pembelajaran memandangkan ia memberi mereka fleksibiliti yang lebih besar untuk memilih sama ada belajar melalui pengajar atau belajar sendiri kursus dan ia juga membolehkan mereka fleksibiliti untuk belajar di manamana tempat dan masa. - Johan et al., (2014)

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

METODOLOG 01 I

REKABENTUK Aplikasi FAV4v1 dibangunkan berasaskan rekabentuk kursus DPA6013-FinACC4sem5. Ia mengintegrasikan aplikasi cloud seperti google classroom, sheets, docs, sites dan lain-lain.

05

02

PENAMBAHBAIKAN

PEMBANGUNAN

Hasil dari maklumbalas pelajar akan memberi input kepada penambahbaikan aplikasi dan kaedah PdP yang lebih efektif dan berkualiti.

Pembangunannya adalah secara hibrid (non-native) dimana ia boleh diakses melalui telefon pintar dan komputer berinternet.

04 MAKLUMBALAS Pelajar memberi maklumbalas terhadap aplikasi ini didalam PdP mereka.

03 APLIKASI Ia digunakan oleh pelajar-pelajar sem5 DAT sebagai salah satu kaedah PdP pembelajaran teradun (Blended Learning)

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

METODOLOG I

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

METODOLOG I

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

METODOLOG I 02

01

• •

Aplikasi FA4v1 Digunakan oleh 17 orang pelajar DAT5A POLISAS untuk diaplikasikan oleh pelajar dalam sesi PdP.

• •

Instrumen 1 soalan kaji selidik untuk melihat keberkesanan dan persepsi pelajar terhadap kaedah baru PdP.

03

04

• Analisa data Menganalisa data berdasarkan kajiselidik yang dijalankan bagi mengukur persepsi pelajar.

• Instrumen 2 Mengira masa, peralatan dan kos bagi kedua-dua kaedah konvensional berbanding dengan penggunaan aplikasi FA4v1.

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

• •

ANALISA DAN Instrumen 1 – DAPATAN Soalan kaji selidik ini direka untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang penggunaan aplikasi hibrid FA4v1.

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

•

ANALISA DAN DAPATAN Pelajar mempunyai persepsi positif terhadap aplikasi FA4v1. Semua kepuasan yang diukur adalah berada ditahap kepuasan yang tinggi iaitu melebihi nilai skor 4.00.

• Menurut Azizi et al, (2007) skor min terdiri daripada 3 tahap, jadual 3 menunjukkan penerangan tentang skor min. Jadual 3: Penilaian tahap berdasarkan skor min. Skor Min Tahap 1.00 - 2.33

Rendah

2.34 - 3.66

Pertengahan

3.67 - 5.00

Tinggi

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

ANALISA DAN Instrumen 2 - Perbezaan PdP secara konvensional dan dengan DAPATAN Aplikasi FA4 v1.

Bil

1

Kaedah Konvensional

Aplikasi FA4 v1

Masa

Masa

●Proses untuk mengakses nota bagi sesuatu topik adalah 2 minit iaitu dari bermula mengambil buku sehingga membuka ke muka surat topik 1, walaubagaimana pun masa ini mengabaikan masa mengakses buku dirak buku atau di dalam beg. ●Kefahaman pelajar tidak dapat dinilai 100% secara real time memandangkan terpaksa menunggu pensyarah menanda penilaian yang dilaksanakan iaitu selama 3 hari untuk sesuatu penilaian.

●Proses untuk mengakses nota bagi sesuatu topik adalah 5 saat. Iaitu bermula dari pelajar klik icon aplikasi FA4v1 di telefon pintar sehingga keluar topik 1. ●Kefahaman pelajar dapat dinilai secara realtime memandangkan pelajar boleh terus melaksanakan penilaian melalui Aplikasi FA4v1 dan dapat mengetahui markah secara real time. www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

ANALISA DAN Instrumen 2 - Perbezaan PdP secara konvensional dengan Aplikasi DAPATAN FA4 v1. Bil

2

3

Kaedah Konvensional

Aplikasi FA4 v1

Peralatan

Peralatan

Peralatan Menggunakan hard-copy sebagai nota iaitu buku atau cetakan handout, Peralatan lain di dalam kelas adalah LCD projektor, komputer dan kertas soalan penilaian.

Peralatan (Paper-Less) iaitu berbentuk softcopy. Nota dan sumber rujukan adalah berbentuk softcopy. Peralatan utama adalah telefon pintar / computer / tablet.

Kos Kos membeli buku dan cetakan handout yang mana kos sesuatu buku tidak kurang dari RM30.

Kos Percuma iaitu hanya menggunakan Telefon Mobil yang sedia ada. Memandangkan 100% pelajar mempunyai telefon pintar. www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Kesimpulan Replikabiliti Inovasi yang dibangunkan ini bukan sahaja berpotensi digunakan oleh pensyarah DPA6013 bagi kelas DAT5A sahaja malah ia juga boleh digunakan oleh kelas-kelas lain yang mengambil kursus yang sama. Aplikasi ini akan digunakan untuk semua kelas yang mengambil kursus DPA6013.

Penjimatan masa Semua maklumat berada di dalam satu sumber dengan penggunaan carian-carian dan fungsi-fungsi yang mudah dan mesra digunakan oleh pengguna. Ini disokong oleh satu inovasi oleh Saad, Mohmed Rosli (2002) yang menyatakan dengan perkongsian maklumat melalui satu sumber yang boleh diakses oleh semua yang terlibat dapat membuat keputusan dengan lebih cepat.

www.polisas.edu.my


ICGE07/2019

Kesimpulan Penjimatan Kos Sistem ini juga tidak melibatkan apa-apa peralatan tambahan sekadar menggunakan telefon bimbit peribadi pelajar dan pensyarah. Ia juga tidak memerlukan talian internet dari server sekadar menggunakan i data internet dari telefon bimbit sahaja.

Peningkatan kecekapan Salah satu ciri Aplikasi FA4v1 ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengakses nota serta laporan penilaian secara real time ini akan mempercepatkan proses penambahbaikan bagi pelajar-pelajar yang lemah. Ini disokong oleh kajian Ermie Dharlya dan Aslina (2013) yang menyatakan sistem maklumat pengurusan dalam talian dilihat penting dalam persekitaran hari ini dan berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.

www.polisas.edu.my


Cadangan untuk penambahan fungsi Aplikasi FA4v1

01

Menyediakan password bagi soalan-soalan penilaian berterusan.

02

Menjana pelaporan keseluruhan penilaian.


ICGE07/2019

www.polisas.edu.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.