Jilid 9
(ISSN: 0128-1461)
OGOS 1999 Rabiulakhir 1420
Pusat Dokumentas; Melayu DelNan Bahasa dan Pustaka KUALA LUMPUR
Dice.. k old! PUSAT FOTO TAT DBP
('
Kandungan Halaman
Sidang Editor
3
Pusat Dokumentasi Melayu Abad Ke-21 : Pengurusan Kala Depan Kepustakaan Melayu Oleh: Rohani Rustam
5
Peranan dan strategi Pusat Dokumentasi Melayu Dalam Pengembangan Bahasa dan Sastera Melayu Dalam Alaf Baru Oleh: Che Ros Rahim & Fatimah Zahrin Mohd. Taib
9
Teknologi Maklumat dan Kepustakaan Melayu: Menangani Citarasa Pengguna Kala Depan Oleh: Nik Aman Nik Yusoff
16
Pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu dalam Menangani Cabaran Globalisasi
20
Struktur Organisasi Pusat Dokumentasi Melayu Ke Arah Cabaran Globalisasi
23
Sidang Editor Editor:
Pentadbiran:
Raja Masittah Raja Ariffin Fatimah Zahrin Mohd. Taib Ritah Yahaya Zuhara Jamaluddin
Sidang Editor berhak membuat penyuntingan ke atas karya yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang tersiar adalah pandangan penyumbang dan bukan pendapat Sidang Editor.
Mutiara Pustaka
Sidang Editor
anya tinggal 154 hari (dari 1 Ogos 1999) sahaja lagi kita akan melangkah ke alaf baru. Apa yang jelas kepada kita hari ini ialah perkembangan baru dalam dunia pengkomputeran dan teknologi telekomunikasi yang telah menarik beberapa bentuk perubahan berlaku khususnya dalam aliran operasi sesebuah perpustakaan. Pelbagai pendapat dan alasan telah dikemukakan untuk menegaskan mengapa perpustakaan digital diperlukan. Ada pandangan yang mengaitkannya dengan penyelidikan pengguna yang akan menjadi lebih cepat dan mudah, di samping perpustakaan dapat mempelbagai dan memperkembangkan koleksinya dalam bentuk media baru. Perpustakaan digital merupakan rantaian-rantaian perpustakaan dan perkhidmatan maklumat yang telus kepada pengguna. Koleksi perpustakaan digital terdiri daripada pelbagai bentuk dan tidak terhad sifatnya, sebagai contoh, artifak digital yang secara realitinya tidak dapat disentuh tetapi dapat dipersembah dan disebarkan kepada pengguna melalui komunikasi maya.
H
Menjelang alaf baru, PDM juga tidak dapat lari daripada berhadapan dengan perkembangan teknologi maklumat yang amat pesat dalam dunia tanpa sempadan. Menyedari hakikat ini PDM telah mengorak langkah menyediakan perancangan strategik pengurusan PDM untuk menangani kala depan maklumat bahasa dan sastera Melayu. Perancangan strategik PDM, antaranya telah menggariskan PDM sebagai 'clearing house' dan 'information gateway' kepustakaan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. PDM akan berperanan sebagai Pusat Rujukan Elektronik yang sedia memberi maklumat kepustakaan Melayu selaras dengan rancangan menjadikan bahasa Melayu bahasa serantau ASEAN pada tahun 2005 dan menjelang tahun 2010, PDM dijangka telah bersedia menjadi Perpustakaan Maya.
3
Oalam menangani cabaran globalisasi ini, pustakawan perlu lebih 'versatile' dan prihatin terhadap sebarang revolusi maklumat. Pustakawan mempunyai tugas penting untuk mengimbangi kegunaan aspek maklumat elektronik di samping mengekalkan bentuk maklumat sedia ada. Sesungguhnya, pustakawan berperanan penting dalam lebuh raya maklumat. Pustakawan sebagai pembekal ilmu, laluan ilmu (knowledge gateway) yang harus rasional untuk memperkukuhkan dasar, memperuntukkan sumber, dan membuat keputusan supaya pengguna dapat mengakses maklumat dengan berkesan. Pustakawan juga sebagai pendidik ilmu (knowledge teacher) yang mendidik pengguna mengakses, menilai dan menggunakan maklumat yang terdapat di lebuh raya maklumat; sebagai pengatur ilmu, iaitu mengatur pendekatan sumbersumber maklumat supaya berkesan kepada pengguna; sebagai penerbit dan pencipta ilmu khususnya mencipta katalog dalam talian untuk diakses oleh pengguna di lebuh raya maklumat; dan sebagai rakan kongsi, pemangkin dan penganjur ilmu yang merancang dan melaksanakan perkongsian maklumat kepada masyarakat melalui lebuh raya maklumat. Betapa besarnya peranan yang harus dimainkan 01eh para pustakawan di alaf baru.
BERJUMPA LAGI 01 ALAF BARU!
4
Mutiara Pustaka
PUSAT DOKUMENTASI MELAYU ABAD KE-21 : PENGURUSAN KALA OEPAN KEPUSTAKAAN MELAYU
Oleh Rohani Rustam
iskusi Meja Bulat Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) telah diadakan pada 7 hingga 9 Disember 1998 bertempat di Regency Hotel, Port Dickson yang dihadiri oleh 14 orang pustakawan (termasuk dari Cawangan Sabah dan Sarawak). Tujuan utama diskusi ini ialah untuk menentukan strategi pengurusan PDM dalam menangani kala depan kepustakaan Melayu. Empat tajuk utama telah dibincangkan, iaitu :
O
•
Peranan PDM dalam pengembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu alaf baru.
•
Perkembangan Teknologi Maklumat dan implikasinya terhadap kepustakaan Melayu kala depan.
•
Pustakawan PDM dalam menangani cabaran globalisasi.
•
Struktur organisasi PDM : menangani perubahan dalam DBP dan cabaran daripada luar.
Sehubungan dengan rancangan strategik terse but, PDM telah mengkaji semula Sasaran Ke~a Utama (SKU) 1999-2000 dan membuat perancangan yang terperinci yang akan memenuhi matlamat PDM 2000 sebagai 'Info Gateway' kepustakaan Melayu, DBP. PDM turut merancang projek perpindahan PDM ke bangunan baru DBP untuk tahun 2000.
Menyedari bahawa PDM 2000 akan berhadapan dengan perkembangan teknologi maklumat yang amat pesat, dunia tanpa sempadan, bahasa siber yang monolingual, iaitu Inggeris dan lain-lain maka PDM akan meningkatkan peranannya sebagai Pusat Rujukan Kepustakaan Melayu melalui perpustakaan elektronik yang menyediakan maklumat dalam bentuk elektronik yang boleh diakses melalui internet. ,
Pengarah Penerbitan, DBP. (Bekas Ketua Pustakawan, Pusat Dokumentasi Melayu, DBP).
5
Bertolak dari tahun ini beberapa projek yang menjurus ke arah mendigital data kepustakaan Melayu yang ada di PDM akan diberi keutamaan. Antaranya ialah:
*
Pangkalan data bibliografi kesusasteraan Melayu.
*
Pangkalan data bibliografi bahasa Melayu.
*
Arkib majalah terbitan DBP dalam CD-ROM (teks penuh): - Dewan Bahasa } - Jumal Bahasa } suku tahun ke-2 } - Pelita Bahasa - Dewan Budaya - suku tahun ke-3
*
Laman Dewan - versi Inggeris dan peningkatan versi bahasa Melayu.
*
*
'*"
OPAC dalam Web - (suku tahun ke-4). Penubuhan Sistem Jaringan Pustaka MABAM & Wilayah).
Melayu (MABBIM,
'"
Memantapkan sistem penyerahan Jabatan/Bahagian dalam DBP.
bahan
'"
Menyediakan program latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemah iran dan profesionalisme staf PDM.
'"
Reka bentuk dan pengisian Muzium Bahasa & Sastera Melayu.
'"
Senarai semak perpindahan PDM ke bangunan baru.
kepada
MASTERA,
PDM
oleh
Program dan projek yang telah dirancang rapi ini dapat diuruskan dengan sempuma jika PDM diberi peruntukan perbelanjaan yang mencukupi sebagaimana yang telah dirancangkan. PDM juga memerlukan seorang Kurator dan seorang Pustakawan pad a tahun
1999.
Skop pengurusan kala depan kepustakaan Melayu PDM abad ke-21 merangkum penelitian matlamat, peranan, struktur organisasi PDM dan menyediakan perancangan strategik pengurusan PDM bagi menangani kala depan maklumat bahasa & sastera Melayu. Menurut Peter Drucker, perancangan strategik ialah apa yang perlu dibuat sekarang untuk bersedia menghadapi ketidakpastian hari esok dan bukan apa yang harus dibuat untuk hari esok. Dalam konteks ini Kepustakaan Melayu bermaksud korpus penulisan karya-karya ilmu dalam bahasa Melayu. Mengikut Prof. Abdullah
6
Hassan (Massa, 17 Ogos 1996) sejarah tamadun bangsa adalah didahului dengan kegiatan penulisan karya ilmu. Kejayaan ekonomi sesebuah bangsa ada korelasi dengan bangsa yang mana lebih awal membangunkan kepustakaan dalam bahasanya. Persoalannya di sini ialah bagaimanakah PDM memastikan kerelevanannya dalam fenomena sedemikian? Selain itu, mungkinkah perbualan siber akan mematikan kepelbagaian berbahasa? Prof. Linguistik, Kenneth Hale, dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) berpendapat bahawa monolingualisme menghadkan cara berfikir dan keupayaan masyarakat menyesuaikan diri (Asia week, JI 3, 1998). Perkembangan teknologi lazimnya menuju ke arah bahasa monOlingual, iaitu Inggeris. Bagaimana dengan bahan dalam bahasa Melayu? Laporan Jawatankuasa Mengkaji Peranan DBP yang dipengerusikan oleh Prof. Abu Bakar Hamid (1986) menjelaskan bahawa, ttperpustakaan seperti bahagian pentadbiran hanya/ah pembantu dan penyedia kemudahan kepada tugas utama DBP (pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera). Bahagian Pembinaan . & Pengembangan Sastera kerja-kerja berhubungan dengan dokumentasi dan penyelidikan masih memerlukan perhatian yang /ebih bersungguh lagi ... Jawatankuasa telah mencadangkan DBP menjadi Pusat Dokumentasi bagi sastera Malaysia dan sastera kebangsaan dan seterusnya mencadangkan Bahagian Pembinaan & Pengembangan Sastera menjadi Pusat Dokumentasi Sastera dengan tumpuan kepada sastera moden. Tugasnya antara lain rnenghasilkan penyelidikan sastera dan sejarah kesusasteraan dan ensiklopedia sastera. "
Sebelum penyusunan semula, Bahagian Perpustakaan mendapat tempat penting dalam struktur organisasi DBP dan selepas penyusunan semula dilaksanakan perpustakaan bertukar kepada PDM tetapi ditempatkan di bawah Khidmat Sokongan Teknikal. Kini, PDM terus di bawah KPD. Bagaimana PDM boleh memastikan peranannya penting kepada pengembangan kepustakaan Melayu bagi Malaysia, rantau Asia dan antarabangsa?
ProJek 1999-2000
Projek penting yang diperlukan sebagai asas penyelidikan bahasa dan sastera ialah: ...
Koleksi yang komprehensif dalam bidang bahasa dan sastera Melayu ;
...
Sumber maklumat yang memudahkan penyelidik mengesan bahan yang diperlukan;
...
Media yang membolehkan bahan diperoleh dengan cepat melalui teknologi maklumat; dan
...
Tenaga profesional.
7
PDM menuntut pelbagai kemahiran terutamanya daripada tenaga profesionalnya untuk menjayakan projek penting dalam sekitaran yang amat mencabar. Setiap tenaga profesional mesti mampu mengurus diri sendiri dan projeknya serta menggunakan kuasa yang diberikan dengan bijak tanpa mengira batasan struktur dalam bahagian secara 'rigid'. Mereka juga mesti mengikuti kegiatan intelektual dengan keprihatinan dan kreativiti yang istimewa untuk menghimpun dan mempersembahkan koleksi Koleksi tersebut mesti bahan-bahan terse but dalam bentuk yang bermakna. merupakan penjelmaan satu sejarah sosiobudaya yang hidup yang diperlukan sebagai bahan penentu dalam usaha membina sebuah tradisi baru, iaitu kebudayaan Malaysia moden. Pustakawan yang berhadapan dengan koleksi bahasa dan kesusasteraan Melayu juga harus prihatin tentang masalah, teknik dan usaha yang dihadapi oleh para sa~ana kesusasteraan Melayu dan perlu arif dengan sifat khusus sastera tradisional (baik lisan mahu pun tulisan) untuk membolehkan bahan-bahan tersebut dikatalog dan dikelas dengan sempuma lagi bermakna.
Projek pendigitalan maklumat akan memenuhi matlamat menjadikan PDM perpustakaan digital atau perpustakaan elektronik. Perpustakaan elektronik DBP akan bersedia memberikan maklumat kepustakaan Melayu selaras dengan rancangan menjadikan bahasa Melayu bahasa rantau ASEAN dalam tahun 2005. Menjelang tahun 2010, PDM dijangka telah bersedia menjadi Perpustakaan Maya sekiranya projek-projek yang berkaitan yang dirancangkan be~alan dengan baik mengikut jadual dan keadaan ekonomi mengizinkan.
8
Mutiara Pustaka
PERANAN DAN STRATEGI PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DALAM PENGEMBANGAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU DALAM ALAF BARU
O/eh • Che Ros Rahim & Fatimah Zahrin Mohd. Taib
Pendahuluan
usat Dokumentasi Melayu (PDM) berperanan penting dalam usaha mengembangkan bahasa dan sastera Melayu, dan seiring dengan matlamat dan piagam DBP untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan; memperkembang bakat sastera; menghasilkan karya sastera yang bermutu; mengendalikan data bahasa Melayu dalam Pangkalan Data Korpus; dan mengadakan prasarana serta suasana yang segar lagi menggalakkan.
P
Sebagai pusat yang bertanggungjawab untuk menyokong matlamat DBP, PDM bersiap sedia mempertingkatkan usaha merangka pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai dengan tuntutan kini dan masa depan. Peranan seluruh warga PDM pastinya semakin mencabar untuk menghadapi apa jua cabaran terutama menjelang abad ke-21 . Sesuai dengan tarafnya sebagai gedung ilmu yang berteraskan mota 'MemeJihara Warisan Memupuk Wawasan' tanggungjawab utama PDM telah digariskan untuk memperoleh dan memulihara kepustakaan Melayu selengkap mungkin; menganalisis, mengolah dan menyelaras maklumat secara sistematik untuk keperluan penyelidikan; mewujudkan rangkaian kerjasama dengan institusi dan organisasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; pemuliharaan khazanah kepustakaan Melayu untuk kini dan masa akan datang; dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan tepat melalui teknologi canggih . Peranan dan Strategi
Berdasarkan visi dan mis; yang jelas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk menyokong dan membantu usaha pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera Melayu, PDM telah merancang dan dijangka melaksanakan beberapa aspek dan pendekatan seperti yang berikut:
Pustakawan Terbitan Berkala & Pustakawan Bibliografi & Indeks
9
1.
Perolehan KoleksilMaklumat (boleh dilakukan dari tiga penjuru: PDM, K.L. , PDM Cawangan Sabah dan PDM Cawangan Sarawak)
Strategi pengumpulan bahan dan maklumat yang lebih pro-aktif dan menyeluruh perlu untuk memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai melalui aktiviti pengesanan dan pemilihan maklumat yang terdapat dalam pelbagai sumber. Aktiviti pengesanan dapat dilihat seperti yang berikut:
I
Sumber Maklumat Tradisi
I
Somber Makl"mat Moden
I
I ,
: Bentuk terbitan (bibliografi, indeks, I dalam talian (CD-ROM, katalog 'I : dalam talian I indeks I bibliografi, I data persendiriaD, I ¡ 1 pangkalan Ii internet, dll.) . ;
I katalog, senarai)
I
i
,
Aktiviti pengumpulan jenis koleksi tidak lagi terhad kepada bahan yang diterbitkan dalam bentuk salinan keras (hard copy) sahaja, sebaliknya merangkum semua medium maklumat seperti teks, grafik, suara, animasi, video, khususnya maklumat berbentuk dalam talian. Ciri keterbukaan sistem internet dan apa juga teknologi maklumat akan menjadi wahana penting bagi perolehan maklumat tanpa sempadan yang perlu diterokai oleh petugas PDM dalam hal pengesanan dan perolehan koleksi PDM. Untuk menjayakannya, adalah wajar PDM diberikan status 'legal deposit' bagi penyerahan bahanbahan khusus tentang bahasa dan sastera Melayu agar koleksi dalam bidang tersebut lebih mantap sifatnya. Sekiranya status ini dipinggirkan, PDM akan tinggal kekal sepertimana asalnya.
2.
Pendokumentasian dan Konsolidasi Maklumat Tugas menganalisis, mengolah dan menyelaras maklumat secara sistematik amat penting untuk memastikan hanya maklumat yang bermutu akan diberikan kepada pengguna. Usaha mengendali maklumat formal dan tidak formal, dalam kuantiti yang besar atau kecil daripada pelbagai sumber dan bentuk sememangnya rumit dan sukar. Apa yang penting ialah maklumat mesti betul dan sampai kepada pelanggan dengan tepat, cepat dan berkesan. Dalam proses pendokumentasian dan pengkonsolidasian maklumat, beberapa pendekatan boleh diambil kira bagi mengurus dan meningkatkan mutu penyediaan maklumat. Antaranya: •
Penyepaduan sumber maklumat antara dunia Melayu (indeks, katalog, direktori, laporan penyelidikan terutama bahasalsastera daerah/sukuan) melalui rangkaian yang lebih luas.
10
3.
•
Mewujudkan sistem pendokumentasian maklumat yang bersepadu antara institusi dalam dan luar negara.
•
Menganalisis maklumat - Contoh: penyediaan abstrak yang komprehensif dan berkualiti mengikut piawaian:
•
'Information Warehouse' - Pengumpulan maklumat dalam satu tempat simpanan (depository) umum dan mudah diakses oleh pelbagai aplikasi dan dikendalikan oleh sekumpulan petugas. Maklumat yang berada di meratarata tempat di DBP hendaklah dipusatkan di PDM, dan seterusnya diolah mengikut keperluan pengguna sebelum disebarkan.
•
Membangun dan mempergiatkan rangkaian sistem maklumat bahasa dan sastera yang komprehensif dan 'interaktif' melalui kombinasi ratusan ribu teks penuh berserta senarai rujukan, bibliografi dan indeks yang disediakan dalam satu tapak. (Contoh: 'literature on-line'. )
Pemuliharaan Khazanah Bahasa dan Sastera Pemuliharaan mencakupi aspek yang lebih luas daripada membaiki atau memulihara. Pemuliharaan juga harus meliputi aspek penyediaan prasarana bagi menempatkan khazanah sastera dan bahasa serta pendigitan maklumat supaya nilai estetika, nilai kemasyhuran dan kandungan intelektual tetap kekal dan terpelihara. Ini dapat diusahakan melalui:
4.
•
Penubuhan muzium bahasa dan sastera. Pengisian artifak, dokumen, serta segala jenis khazanah bahasa dan sastera akan dipamer dan dipelihara untuk dihayati oleh generasi masa akan datang. Laman muzium tersebut dalam 'web' juga boleh direalisasikan.
•
Pendigitan maklumat dapat membantu memelihara koleksi organisasi seperti fotograf, mikrofis/mikrofilem, k1ip video, bahan nadir, tesis, dll. Koleksi berbentuk digital ini akan dimuatkan ke dalam internet melalui pewujudan tapak koleksi digital atau arkib digital.
Kerjasama Perpustakaan dan Perkongsian Maklumat 'No man is an island' Dengan ledakan maklumat yang begitu pesat tidak mungkin sesebuah perpustakaan itu boleh berdiri sendiri untuk memperoleh, memproses dan mengurus maklumat dengan berkesan. Dalam hal ini PDM berperanan mewujudkan:
11
5.
•
Hubungan melalui jaringan pustaka tanpa sempadan di kalangan pusat ma!<Jumat dan pembekal maklumat dari dalam dan luar negara untuk memberi perkhidmatan yang lebih mudah, sesuai dan berkesan dalam kedua-dua bidang tersebut. Contohnya melalui katalog/indeks dalam talian ; pangkalan data dan CD-ROM; penjanaan antara Perpustakaan; dan Jaringan Bibliografi Kebangsaan.
•
Kerjasama dalam bidang bahasa/sastera antara pustakawan dengan para penerbit, pendokumen, penyelidik, ahli bahasa, sasterawan dan institusi yang berkaitan.
•
Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan organisasi dan institusi antarabangsa dalam usaha mengendalikan projek penerbitan (Projek penerbitan elektronik dan multimedia).
•
Perkongsian sumber maklumat melalui projek peringkat 'regional' seperti Union List/'masterlist' bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara-negara Asia dan seterusnya di peringkat antarabangsa.
•
Program pertukaran keahlian yang membolehkan ahli sesebuah perpustakaan menggum3kan kemudahan rujukan di perpustakaan yang terlibat dalam program ini, dan hasil penyelidikan akan lebih lengkap dan meluas. .
•
'Virtual Association' (Pertubuhan Maya) yang menjalankan aktiviti dialog, perbahasan, komen antara ahli secara maya, seperti AUVA (Asia Lib. & Info. Virtual Association). Walaupun Pertubuhan Maya ini mempunyai ahliahlinya di Asia dan menerbitkan buletin tetapi PDM boleh dipertanggungjawabkan dalam bidang bahasa dan sastera di peringkat 'regional'.
•
Jaringan bahasa dan sastera melalui pangkalan data bahasa dan sastera yang sedia ada dan yang akan muncul.
•
Gedung maklumat tambahan melalui peranan PDM Cawangan Sabah dan Sarawak yang bertindak sebagai pemangkin kepada kegiatan bahasa dan sastera di kawasan atau negara jiran yang berhampiran dalam usaha membina dan memasyarakatkan bahasa dan sastera.
Perkhidmatan dan Penyebaran Maklumat Bahasa dan Sastera
Menjelang alaf baru, PDM berusaha untuk,
•
8eipeianan sebagai pusat terhimpunnya segala maklumat bahasa dan sastera Melayu sama ada dalam bentuk sumber maklumat mahu pun bahan asa!.
12
•
Memberikan perkhidmatan yang lebih meluas dan yang mempunyai nilai tambah melalui gabungan 'personal skill' dengan kualiti maklumat yang akan menghasilkan produk akhir yang lebih menarik (maklumat yang bermutu). Perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah seperti elemen menasihat, membantu dan melatih pengguna amatlah perlu dan harus melebihi kehendak asas pengguna.
•
Menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat dalam talian sepenuhnya. Pengguna bukan sekadar dapat mengakses katalog atau indeks, pangkalan data atau pangkalan CD-ROM malahan boleh memperbaharui pinjaman dan mendafiar keahlian dalam talian.
•
Menyebarkan maklumat bahasa dan sastera yang terdapat dalam koleksi PDM ke negara luar dengan lebih giat melalui senarai perolehan atau koleksi agar kajian dan penyelidikan dapat diusahakan bagi meningkatkan bidang bahasa dan sastera Melayu.
•
Mengadakan saluran penyebaran maklumat yang mencakupi khalayak yang lebih ramai dan meluas seperti kios maklumat dan papan tanda elektronik di tempat-tempat yang strategik.
•
Memenuhi sebahagian besar keperluan pengguna melalui usaha penyebaran dan perkhidmatan secara berterusan agar para pengkaji dalam kedua-dua bidang berkenaan yakin dan puas hati bahawa di PDM mereka akan menemui apa yang diperlukan.
i J
'Alerting Service' dalam talian boleh dibahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu: •
'Information Alert' (Peka Maklumat)· Mewujudkan penghantaran maklumat terus kepada 'desktop' pelanggan;
•
'Corporate Alert' (Peka Korporat) Penyebaran "table of content' keseluruhan organisasi terus kepada individu melalui e-mail; dan
•
'Personal Alert' (Peka Peribadi) Pengwujudan profil peribadi yang boleh diedit, ditambah oleh pengguna sendiri dan khidmat penghantaran abstrak artikel penting setiap bulan.
Hambatan dan C8dangan
1.
Faktor Kewangan Faktor kewangan merupakan masalah utama dalam melaksanakan projek yang berasaskan teknologi tinggi kerana melibatkan kos yang tinggi. Bagi mengatasinya, PDM perlu melaksanakan program yang boleh menjana pendapatan tambahan melalui:
13
t j
•
Pemasaran maklumat dan perkhidmatan. PDM mempunyai maklumat dan koleksi yang bemilai tinggi kerana kebanyakan bahan nadir tersebut kini sukar ditemui di tempat lain.
•
Pengeluaran dan pemasaran penerbitan dan 'in-house production' secara lebih giat. Hasil terbitan bibliografilkataloglindeks, CD-ROM mikrofilem yang ada nilai pasaran dan permintaan hendaklah dipasarkan secara meluas dan berkesan. I
2.
•
Promosi dan menawarkan perkhidmatan secara lebih meluas terutama melalui keahlian dalam talian dengan mengenakan bayaran yuran yang minimum. Contohnya ialah menyediakan 'in-depth research' kepada sektor korporat
•
Perkhidmatan penyalinan (manual dan elektronik) yang lebih efisien.
•
Perkhidmatan pencarian maktumat daripada pangkalan data dalam talian secara komersil kepada pengguna.
Tenaga Kerja dan Kepakaran
Jumlah tenaga ke~a yang terhad terutamanya pada zaman kemelesetan ekonomi ini dapat diatasi melalui, •
Penggabungan dan perkongsian ke~a, iaitu gabungan beberapa jenis kerja di peringkat unit dan bahagian menjadi satu dan dilaksanakan oleh sekumpulan stat yang kecil bilangannya.
•
Mengadakan pasukan petugas yang berilmu, berkemahiran dan berkeupayaan pelbagai bagi mengurangkan penggunaan tenaga pakar daripada luar.
•
Membina kemahiran yang spesifik di kalangan kakitangan dan mengenal pasti kemahiran tertentu yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan masa kini seperti kemahiran menganalisis data; kemahiran mereka bentuk pangkalan data; kemahiran penyelenggaraan sistem; kemahiran pengurusan sistem komputer; kemahiran pengurusan pangkalan data; kepakaran tentang PC; dan seumpamanya.
•
Peningkatan dan pengiktirafan sumber tenaga di PDM sebagai insentif kepada mereka yang layak untuk meningkatkan kewibawaan dan tanggungjawab.
14
Struktur organisasi PDM dicadangkan supaya setaraf dengan fungsi besar yang lain. Ketua PDM mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Profesor universiti dan para pustakawan mestilah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana. agar tugas dan tanggungjawab menyelaras kedua-dua bidang berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, mantap dan jitu. 3.
Kemudahan Prasarana Prasarana yang sedia ada mungkin tidak sesuai dan tidak mencukupi untuk kita melaksanakan peranan terutamanya ke arah mewujudkan perpustakaan Kemudahan-kemudahan seperti elektronik atau perpustakaan digital. peralatan, telekomunikasi, tempat, dan persekitaran merupakan hambatan yang sering mengganggu tugas kita. Maka itu, isu-isu tersebut hendaklah diberi perhatian sebelum meneruskan program ke arah yang lebih jauh. Walau bagaimanapun sebuah perpustakaan tradisional dan perpustakaan elektronik boleh wujud bersama dalam keadaan harmoni kerana perpustakaan elektronik boleh berfungsi pada rangka ke~a perpustakaan tradisjonal. Prasarana yang ada dapat dimanfaatkan sebijak mung kin.
Kesimpulan Semenjak dikenali sebagai perpustakaan DBP sehinggalah kepada peningkatan tarafnya sebagai PDM, peranan yang dimainkan amatlah penting sebagai gedung ilmu yang dapat melengkapkan keperluan pemelajaran dan pengajaran, penyelidikan, pengisian ilmu pengetahuan serta tidak terkecuali sebagai tempat menenangkan fikiran. Ketibaan alaf baru beserta pelbagai cabaran yang sebahagiannya telah dapat dijangka, mungkin akan menjanjikan sesuatu yang lebih bemilai bagi PDM. Oleh itu, setiap warga PDM hendaklah dari sekarang bersedia sepenuhnya, mental dan fizikal, untuk menghadapi apa jua cabaran yang bakal mendatang.
15
Mutiara Pustaka
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KEPUSTAKAAN MELAYU: MENANGANI CITARASA PENGGUNA KALA DEPAN
o/eh Nik Aman Nik Yusoff
Pendahuluan
S
istem multimedia, rangkaian internet, realiti maya, ruang siber, lebuh raya maklumat, rangkaian kawasan setempat (LAN), rangkaian kawasan luar (:NAN), dan berbagai-bagai lagi merupakan istilah-istilah yang biasa kita dengar dalam era teknologi maklumat. Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat. Pembinaan koridor raya multimedia adalah langkah yang telah membuka mata dunia terhadap Malaysia. Kepekaan rakyat Malaysia tentang teknologi maklumat telah membawa kesan yang amat positif kepada pembangunan negara. Kepentingan maklumat kepada kehidupan manusia telah menggalakkan lagi perkembangan teknologi maklumat. Dengan maklumat yang lengkap dan terkini, sesebuah negara akan meningkat lebih maju melebihi negara-negara lain. Kita lihat sahaja negara Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Jerman dan banyak lagi negara maju telah menjadi lebih berkuasa dari segi ekonomi mahu pun politik. Fikiran rakyat sebuah negara yang kaya dengan 'm aklumat menjadi lebih terbuka dan jauh ke hadapan. Era teknologi maklumat juga berkait rapat dengan profesion kepustakawanan yang secara automatis telah mengalami perubahan yang drastik akibat perkembangan teknologi maklumat. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mewujudkan Pusat Dokumentasi Melayu bagi mengisi matlamat membina, memperkaya dan memperkembang bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Kesedaran terhadap kepentingan pendokumentasian dan peranan perpustakaan telah membawa kepada penubuhan PDM sebagai sebuah organisasi yang mempunyai matlamat memilih, mengumpul, mengawal, menyelaras dan menyebarkan maklumat persuratan Melayu untuk memenuhi keperluan rujukan dan penyelidikan dalam negeri l serantau dan antarabangsa.
â&#x20AC;˘ Pustakawan Audio-visual, Pusat Dokumentasi Melayu.
16
PDM, DBP telah mula melangkah ke era teknologi maklumat sejak tahun 1993 dengan perolehan sebuah sistem komputer bersepadu yang beroperasi dengan sistem UNIX yang dijalankan oleh perisian BRS/SEARCH. Sistem ini antara lain menyediakan kemudahan Sistem Pengurusan Perpust~kaan, Capaian Katalog Awam (OPAC) , Sistem Imejan dan Sistem Multimedia. Operasi sebuah sistem perpustakaan berkomputer bukanlah satu tugas yang mudah untuk ditangani oleh para karyawannya. Dengan wujudnya sistem secanggih ini, para pustakawan perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyediakan 'hanya yang terbaik' dari segi pengumpulan, pemerosesan dan penyebaran maklumat kepada pengguna. Matlamat untuk menyebarkan maklumat secara lengkap, tepat dan cepat tidak semudah yang dirancangkan. Hambatan utama kepada proSes ini ialah perjalanan sistem yang lancar, faktor kos dan kecekapan man usia. Para pengguna masa. kini dan masa hadapan sudah mengenali teknologi maklumat dan ini merupakan cabaran utama kepada pustakawan. Bahan-bahan koleksi PDM adalah antara koleksi Melayu yang paling lengkap di Malaysia dan merupakan pusat rujukan utama para penyelidik dan pelajar dalam bidang pengajian bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu. Koleksi buku-buku berbahasa Melayu, manuskrip Melayu, keratan-keratan akhbar, fail-fail penulis Melayu, fotograf tokoh dan kegiatan yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan Melayu serta koleksi audio visual menjadi bahan tumpuan utama para penyelidik yang mengunjungi PDM. Keperluan dan Citarasa Pengguna
Citarasa dan permintaan para pengguna tidak mudah dipenuhi tanpa mengenal pasti keperluan mereka. Para pengguna mungkin menganggap bahawa pustakawan sudah mengenal pasti keperluan mereka. Tanggapan ini agak meleset kerana untuk mengetahui kehendak serta keperluan sebenar seseorang pengguna, perlu wujud komunikasi interaktif antara pustakawan dan pengguna. Pustakawan berupaya menawarkan maklumat yang lebih relevan dengan kehendak pengguna. Lain orang lain ragamnya. Sesungguhnya pustakawan mempunyai peranan yang penting dalam menghadapi transformasi sistem perpustakaan manual kepada sistem berkomputer terutamanya dalam usaha mendidik pengguna.
Hardy R. Franklin, Pengarah Perpustakaan Awam Daerah Columbia, pemah menegaskan bahawa "Librarian have a critical role to playas navigators of the information highways and guardians of the public rights to know". Maka itu, pustakawan perlu peka dan mahir dalam mengendalikan maklumat berkomputer kerana pustakawanlah yang akan memandu pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lengkap, tepat dan cepat. Pada pengguna perpustakaan dalam era teknologi maklumat mung kin boleh dikategorikan seperti yang berikUt:
17
(i)
(ii) (iii) (iv)
(v) (vi)
Pengguna yang ceiik komputer; Pengguna yang mengalami fobia terhadap komputer; Pengguna yang terlalu ghairah untuk menggunakan komputer; Pengguna yang suka membandingkan keupayaan sistem komputer yang disediakan dengan sistem komputer di tempat lain (meletakkan harapan tinggi) ; Pengguna yang kurang mampu membayar perkhidmatan maklumat yang tinggi; dan Pengguna yang merasa selesa dengan kemudahan yang ada.
Sebenarnya tidak ramai yang terangkum dalam kategori (i) hingga (v) di atas tetapi yang mendatangkan masalah pada masa hadapan ialah apabila lebih ramai pengguna sudah terbiasa dengan penggunaan komputer dan teknologi maklumat yang berkembang dengan kadar yang terlalu cepat. Antara masalah yang mungkin timbul ialah : (i) (ii)
(iii) (iv)
(v) (vi) (vii) (viii)
Pengguna menjangkakan sistem yang ada mampu beroperasi sebagai mana sistem yang terkini yang terdapat dalam pasaran; Masalah pepijat Y2K yang memerlukan sistem seperti sistem pendaftaran keahlian yang diubah; Masalah khidmat sokongan pembekal asal dan alat ganti sistem komputer yang sukar didapati; Pengguna enggan menggunakan bahan seperti mikrofilem dan mengharapkan dalam bentuk CD atau mengakses daripada cakera laser; Masalah kehilangan data daripada pangkalan data atau cakera padat akibat pancaran ultra violet, virus atau kuasa magnetik; Masalah pengguna yang enggan menggunakan buku tetapi lebih selesa menggunakan buku yang telah dipindahkan ke format CD-ROM ; Masalah penyalahgunaan internet oleh pengguna; dan Pengguna yang masih setia dengan penggunaan bahan asal seperti keratan akhbar, manuskrip asal atau bahan foto asal.
Menangani Masalah Masalah yang dikemukakan di atas, sebahagiannya pemah dihadapi oleh perpustakaan lain juga kecuali masalah (viii) kerana PDM merupakan sebuah perpustakaan khusus yang unik dan mempunyai karyawal1 yang peka terhadap keperluan penyelidik bahasa dan sastera Melayu. PDM terus dikunjungi pelbagai kategori pengguna yang terdiri daripada penyelidik tempatan dan luar negara, pel ajar universiti, dan penulis bebas. Kebanyakan daripada penyelidik tersebut telah merasa selesa dengan penggunaan sistem komputer di PDM dan ini sudah tentu memberikan mereka lebih berkeinginan untuk mencuba bentuk maklumat yang lebih canggih dari semasa ke semasa. Pustakawan PDM perlu peka terhadap perkara ini dan sentiasa berusaha mendapatkan maklumat terbaru tentang kepustakawanan dan teknologi maklumat bagi
18
memenuhi citarasa pengguna yang sudah sekian meningkat. dicadangkan ialah:
(i) (ii) (iii)
(iv)
(v)
(vi)
Antara langkah yang
Pustakawan memberikan maklumat yang lengkap tentang perkhidmatan yang disediakan dan tahap kemampuan sistem ; Pustakawan perlu lebih mesra dengan pengguna dan sentiasa berinteraksi dengan pengguna bagi mengenal pasti keperluan mereka; Pustakawan perlu mengambil langkah pro-aktif terhadap masalah teknikal seperti keperluan mempertingkatkan sistem atau mencari penyelesaian dan membuat persediaan lebih awal untuk menangani masalah Y2K; Pustakawan boleh mengadakan program mesra pengguna seperti Minggu Pembaca, forum dengan pengguna atau mengadakan kuiz kecil bagi menggalakkan pengguna memahirkan diri dengan penggunaan sistem komputer; Pustakawan tidak perlu terlalu ghairah dengan kewujudan ' sesuatu sistem yang baru tetapi sebaliknya mengambil langkah membuat kajian yang lebih terperinci sebelum memperoleh sistem berkenaan; dan Banyak bahan rujukan yang boleh didapati melalui internet. Pustakawan harus menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka tentang teknologi maklumat.
Kesimpulan
Sebagai pustakawan PDM kita perlu memahami sifat pengguna yang mengunjungi PDM. Sebahagian pengguna amat sensitif terhadap kepentingan memelihara warisan budaya Melayu dan ini harus diberi perhatian yang khusus. Pustakawan juga perlu sentiasa bersedia menerima teguran kerana kepustakaan merupakan satu bentuk pemiagaan perkhidmatan (service oriented) dengan mengutamakan pelanggan. Pustakawan tidak perlu gentar dengan perkembangan teknologi yang pesat sebaliknya sentiasa terbuka untuk menerima teguran, dan bijak mempertimbangkan antara yang baik atau sebaliknya. Kita mungkin tidak boleh memuaskan hati semua pengguna tetapi setidak-tidaknya kita perlu berikhtiar untuk memberikan yang terbaik
19
Mutiara Pustaka
*
PUSTAKAWAN PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DALAM MENANGANI CABARAN GLOBALISASI
Apakah tafsiran dan reaksi kita terhadap globalisasi? globalisasi terbahagi kepada tiga peringkat.
Pada umumnya, gelombang
ra gelombang globalisasi yang pertama menggambarkan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan peringkat ini telah pun selesai. Gelombang kedua memperlihatkan pasca-kolonial (1970-an - 1990-an) yang hingga kini masih kekal dalam masyarakat kita melalui fenomena pembangunan yang pesat, di sam ping berlakunya krisis demi krisis dari sudut politik dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Apa pun bentuk globalisasi dalam gelombang terse but, persoalannya haruslah kita terikat dengan usaha-usaha untuk menangani gelombang kedua itu? Walau bagaimanapun, dalam era ini lagi kita sudah terasa bahang gelombang ketiga yang membawa konsep 'globalisasi' seperti desa global dan dunia tanpa sempadan (melalui Internet), dan ekonomi maklumat global yang merupakan enjin dalam gelombang globalisasi ketiga. Selain desa global dan dunia tanpa sempadan, kita dapat melihat konsep maklumat di hujung jari, iaitu mendapatkan maklumat dalam waktu yang paling cepat tanpa kita ke mana-mana. Kita boleh berada di mana-mana sahaja untuk mendapatkan capaian maklumat segera ke perpustakaan atau melusuri seluruh dunia melalui komputer, aliran bebas maklumat, dan televisyen dengan jutaan saluran. Dunia sudah menjadi kecil. Jadi, kita perlu melihat bagaimana kita sebagai pustakawan PDM dapat menangani masalah era globalisasi.
E
Perpustakaan desa global (global village library) merupakan konsep pertumbuhan dan perkembangan komuniti rantau dunia yang berasaskan teknologi komunikasi. Perpustakaan desa global dalam alaf neografik ini ¡memperlihatkan wadah yang berkuasa dalam urusan pemelajaran dan pendidikan di samping memperlihatkan perubahan sosial. Sistem rangkaian bukan sahaja meningkatkan ilmu pengetahuan, tetapi juga membawa bersamanya nilai-nilai tertentu. Nilai-nilai baru dapat dikongsi bersama dalam masyarakat yang beraneka budaya dan etnik. Teknologi digital, dengan keupayaannya menyediakan akses, rangkaian dan perkongsian maklumat, merupakan wadah paling berkuasa jika kita menggunakannya secara bijak. â&#x20AC;˘ Kertas ini ditulis oleh Aizan Mohd. Ali, (Pustakawan Perolehan PDM) dan telah diolah semula oleh Sidang Editor.
20
Sebenarnya, bagaimana kita menangani cabaran-cabaran inilah yang akan menentukan sama ada generasi baru terus hidup di bawah sistem global dengan ilmu dan budaya dapat dikongsi bersama sebagai aset sosial. Tetapi, jangan pula cabarancabaran ini mengaburi visi kita.
Visi
Dengan era globalisasi terkini, kita wajar mengimbas kembali peranan profesional, tanggungjawab dan nilai-nilai profesionalisme. Sebagai pustakawan yang mempunyai kemah iran dan kepakaran dalam bidang masing-masing, kita seharusnya dapat membantu masyarakat khususnya para penyelidik di semua peringkat. Ini dapat dilaksanakan menerusi visi tertentu untuk menjangka permintaan atau permohonan, penyebaran maklumat dengan cepat dan tepat, dan memperkayakan koleksi penyelidikan. Visi tidak akan tercapai jika tidak dengan ikrar seperti yang berikut: â&#x20AC;˘
Bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para penyelidik
â&#x20AC;˘
Mempromosi penggunaan teknologi secara progresif dan inovatif untuk kemudahan pengaksesan maklumat.
â&#x20AC;˘
Meningkatkan kemahiran profesional dan melahirkan staf yang komited untuk mencapai perkhidmatan berkualiti yang berterusan.
â&#x20AC;˘
Menyediakan persekitaran kerja yang anjal, selesa pengiktirafan yang sewajarnya kepada pustakawan.
â&#x20AC;˘
Turut serta secara aktif pengembangan organisasi.
â&#x20AC;˘
Mempraktikkan ciri kepimpinan untuk meningkatkan status PDM dan profesion pustakawan.
dalam
projek-projek
dan
memberi
penyelidikan
dan
Pencapalan Visl
Untuk mencapai visi di atas, pustakawan PDM perlu mempunyai ciri-ciri penting, dan wajarlah kita mengimbas kembali peranan profesional, dan tanggungjawab kepada diri, organisasi dan profesion. Kita tidak mampu lagi bekerja bersendirian, (perlu dalam pasukan), bekerja keras, berkeyakinan diri, mengejar ilmu dan kemahiran terkini, serta menghayati visi. Kita harus berfikiran baharu dalam konsep kepustakaan, iaitu dari konsep penyimpanan kepada assesibiliti; berfikiran kreatif dalam penyediaan maklumat; kemampuan menilai dan menganalisis bahan untuk membantu penyelidik; menilai dan menganalisis pakej maklumat; memberi maklumat yang diperlukan oleh pengguna secara berkesan; serba boleh; lebih 'versatile', dan berkomunikasi secara
21
yang berkesan, iaitu mewujudkan rangkaian komunikasi dengan pengguna untuk mengenal pasti keperluan mereka. Pustakawan juga seharusnya menekankan konsep bekerjasama, menggunakan kemahiran pustakawan untuk mempromosikan perkhidmatan PDM melalui media massa, mempunyai keyakinan diri, menganggotai Persatuan Pustakawan Malaysia, kemampuan mengadakan 'linkage': pindahan dari OPAC ke WEB; bagi mendapatkan pengiktirafan status profesionalisme yang tinggi terutama di DBP dan di luar DBP.
Kesimpulan
Para pustakawan PDM harus menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang objektif dan meyakinkan pihak pengurusan tentang pel'Jtingnya peranan yang kita tangani di DBP dalam pembentukan struktur maklumat secara global.
Indeks MajaIah DBP 1998 Sesiapa yang benninat untuk memiliki indeks majalah Dewan Sastera, Dewan Blldaya, Jlll'naI Dewan Bahasa, dan PeIita. Bahasa bagi tabun 1"998 bolehlah mengbubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka di alamat seperti berikut:
Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR Sila sertakan sampul surat beralamat sendiri dan setem 30 sen.
22
Mutiara Pustaka
â&#x20AC;˘ STRUKTUR ORGANISASI PUSAT DOKUMENTASI MELAYU (PDM) KE ARAH CABARAN GLOBALISASI
Pengenalan
alam membicarakan struktur organisasi, tiga konsep utama perlu diberi perhatian, iaitu pengertian struktur atau carta, konsep organisasi, dan globalisasi. Struktur organisasi merupakan alat pengurusan dan wujudnya sesebuah struktur organisasi itu adalah bertujuan untuk membantu mencipta persekitaran bagi prestasi man usia. Meskipun struktur harus menentukan tugas yang hendak dilakukan, namun ia harus juga direka bentuk berdasarkan kemampuan dan motivasi orang yang menganggotai sesebuah organisasi itu. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa usaha mereka bentuk struktur organisasi yang berkesan bukanlah tugas yang mudah dan boleh ditangani dengan sambil lewa. Banyak masalah yang bakal dihadapi bagi menghasilkan struktur yang menepati situasi, termasuklah menentukan jenis kerja yang harus dilakukan dan mencari orang yang berkemampuan untuk melakukannya dengan sebaik mungkin. Maka itu, taktor yang sering dikaitkan dalam pengorganisasian ialah urusan stat, pemimpinan dan pengawalan.
O
Apabila membicarakan soal stat, pastinya melibatkan pengisian, dan memelihara agar terisi jawatan dalam struktur organisasi dengan men genal pasti keperluan tenaga ke~a, pengambilan, pemilihan, penempatan, kenaikan pang kat, perancangan kerjaya, imbalan, dan latihan bagi membentuk kakitangan untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan berkesan. Pemimpinan pula dapat mempengaruhi orang supaya menyumbang kepada matlamat organisasi dan kumpulan. Pemimpin mempunyai kaitan yang besar dengan aspek perorangan dalam pengurusan. Semua pengurus akan bersetuju bahawa masalah mereka yang paling utama ialah manusia (kehendak dan sikap mereka, kelakuan mereka sebagai individu dan dalam kumpulan) . Pengurusan yang berkesan membentuk pemimpin yang berkesan. Pemimpinan selalunya membabitkan motivasi, gaya dan pendekatan kepemimpinan, dan komunikasi.
Kertas ini disediakan oleh Idros Samsuddin dan telah diubah suai oleh Sidang Editor. Sdr. Idros kini berkhidmat di PDM Cawangan Sarawak.
23
Pengawalan mengaitkan pengukuran dan pembetulan aktiviti subordinat untuk memastikan supaya setiap individu akur dengan rancangan yang telah ditetapkan untuk memudahkan pengukuran prestasi. Kebiasaannya, sesuatu rancangan tidak akan tercapai jika perancangan mendahului pengawalan. Sesuatu rancangan yang ditetapkan adalah bertujuan untuk membantu pengurus dalam penggunaan sumbersumber bagi mencapai matlamat khusus. Aktiviti tersebut kemudiannya disemak bagi menentukan sama ada ia bertepatan dengan rancangan.
Struktur Organisasi Baru PDM
Apakah perlu lagi, atau mesti ada hieraki dalam struktur organisasi PDM ke arah cabaran globalisasi? Sedangkan sebagai pekerja berpengetahuan (knowledge worker) sudah ada tanggungjawab dan kemampuan dalam diri untuk melaksanakan tugas tanpa kawalan orang lain. Pewujudan struktur baru PDM telah difikirkan sebaik mungkin dengan penerapan beberapa konsep yang sesuai, iaitu konsep 'delayering', iaitu dalam konteks PDM ketiadaan Timbalan KPDM, konsep 'professional self-driven' (program perancangan dan pemantauan secara sendiri), konsep penurunan kuasa (empowerment), dan konsep lingkungan tumpuan (concentrated circle). Setiap individu berperanan penting dalam menjayakan fungsi untuk mencapai matlamat.
Satu lagi konsep yang diterapkan dalam struktur baharu PDM ialah konsep gabungan tugas ke~a yang terangkum jumlah staf dan pewujudan pasukan petugas (task force). Jumlah stat merangkum stat yang sedia ada, keperluan staf untuk menangani projek utama, dan stat kontrak sehingga tahun 2000 yang ~rlu dibuat justifikasi kukuh untuk pelanjutan jawatan bagi menangani projek yang telah dirancang. Peningkatan jawatan amat diperlukan terutamanya untuk staf di PDM Sarawak supaya tugas dapat dilaksanakan secara profesional. Demikian juga keperluan staf sokongan dalam situasi yang baharu, dan keperluan staf baharu sebagai Kurator bagi Muzium Bahasa. Pewujudan pasukan petugas amat perlu untuk mengkaji semula sumber tenaga manusia bagi keperluan staf profesional supaya dapat mengimbangi staf sokongan; untuk mengkaji semula struktur organisasi bagi pelaksanaan yang bermula pada bulan Januari 1999; dan penyediaan 'Blue Print' PDM 1999 dengan penghasilan carta struktur PDM yang difikirkan terbaik.
24
DxuTech 135
PUSAT FafOSTAT DEWANBAHASA DANPUSTAKA
PERPUSTAKAAN
YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yassin diiringi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara; Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak melawat sudut pameran mini Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Utara.
Aksi peserta ketika Pertandingan Bercerita 2003. Tahun 2004, Perpustakaan Awam Kulim, Kedah telah diberi penghormatan sebagai penganjur bersama dengan Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Utara bagi menjayakan program ini.
Peryustakaan tercinta ini, yetabuhan kebudayaan yeradaban zaman, gedung aka{ {aut bicara manusia, mutiara yendita tasik ,-ujangga, kota kebenaran yenaung kebebasan ucay suara, 'Dari ruang ini bersinar keagungan yemikiran, menghayati te{uk-Ciku zaman demf. zaman, tanya prasangka aya tanya batas benua, keka{ bernama angin yang men8usayi, abadi bersama {angit yang memayungi, dikeramatkan untuk anda menghiruy sega{a. 'Di yeryustakaan tercinta ini.
Usman Awang
KOLEKSISABAH PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH
Pengenalan Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah telah bermula sebagai sebuah perpustakaan yang ditakrifkan sebagai sebuah perpustakaan khusus untuk penyelidikan bahasa dan sastera di Sabah. Bermula dengan 1,363 naskhah buku pada tahun 1980 kini Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah mempunyai sebanyak 23,397 naskhah koleksi buku di samping koleksi majalah, kertas kerja, fail dokumentasi penulis dan persatuan penulis Sabah dan juga bahan bukan buku seperti kaset, video dan cakera padat. Bersesuaian dengan peranan Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah yang antaranya adalah untuk membina maklumat dan koleksi bahasa dan sastera Melayu termasuk bahasa dan sastera tempatan, maka satu koleksi khas yang digelar Koleksi Sabah telah mula dibina sejak 1980-an. Tujuan dan Skop Tujuan utama koleksi Sabah diwujudkan adalah untuk memperoleh bahan-bahan terbitan yang dihasilkan oleh penulis Sabah khususnya dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, koleksi ini juga menempatkan bahan-bahan terbitan yang berkaitan dengan negeri Sabah dalam pelbagai bidang subjek. Koleksi ini juga dibina untuk menampung keperluan rujukan dan penyelidikan oleh pihak dalam dan luar DBP. Bahan koleksi Sabah terdiri daripada buku, majalah, kertas-kertas kerja dan terbitan stensilan yang diperolehi melalui pembelian, bahan hadiah ikhlas daripada pelbagai pihak dan juga yang peroleh sendiri oleh staf DBP Cawangan Sabah sewaktu menghadiri seminar, persidangan dan sebagainya.
Koleksi Bahan-bahan dalam koleksi Sabah merangkumi bahan-bahan yang diterbitkan pada tahun 50-an sehingga kini. Buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Kesusasteraan Borneo pada tahun 60-an adalah merupakan bahan-bahan yang dijadikan sebagai asas kepada koleksi ini. Selain itu, bahan-bahan dalam koleksi ini juga didapatkan melalui sumbangan ikhlas daripada beberapa orang tokoh penulis seperti Allahyarham K. Bali dan Y. Bhg . Datuk Shuhaibun Yussuf. Sehingga kini, koieksi Sabah merangkumi 1,530 naskhah dan kebanyakannya diterbitkan dalam bahasa Melayu selain dalam bahasa Inggeris, dan terdapat juga judul-judul yang teksnya dalam bahasa sukuan Sabah dan Sarawak. Bahan-bahan dalam koleksi ini adalah untuk rujukan dan penyelidikan di PDM sahaja dan tidak dibenarkan dibawa keluar. Sepanjang tempoh koleksi ini diwujudkan , terdapat pelbagai pihak yang telah merujuk dan memanfaatkannya seperti staf DBP, para penulis , ahli Rakan Dewan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan orang persendirian yang mengkaji bahasa dan sastera di Sabah. Rancangan Masa Depan Memang terdapat koleksi khusus seperti Koleksi Borneo di beberapa perpustakaan lain di sekitar Kota Kinabalu yang mengumpul bahan-bahan terbitan dari Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Namun, pengumpulan bahan-bahan yang menjurus kepada bahan-bahan terbitan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera Melayu yang terdapat dalam koleksi Sabah tidak akan bertindan dengan bahan-bahan terbitan yang terdapat dalam koleksi Borneo di perpustakaan-perpustakaan tersebut. Malah koleksi Sabah di PDM Cawangan Sabah dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang
memerlukan bahan-bahan seumpama ini. Bahan koleksi ini juga dipamerkan sempena pameran-pameran kegiatan DBP Cawangan Sabah yang kerap diadakan. PDM Cawangan Sabah akan terus memperoleh bahan-bahan terbitan untuk Kl)lek~i Sabah untuk memperkaya khazanah bahasa dan sastera Melayu di Sabah khususnya. Perolehan akan terus dilaksanakan melalui pembelian di kedaikedai buku , dan melalui orang perseorangan , persatuan dan jabatan yang bertindak selaku penganjur seminar atau persidangan . Pembinaan koleksi Sabah ini dijangka akan dapat menjadi asas kepada usaha-usaha penyelidikan dan penyebaran maklumat bahasa dan sastera di Sabah . Contohnya, penerbitan katalog , indeks dan direktori yang berkaitan bahasa dan sastera tempatan dapat dilaksanakan dan disebarluaskan dalam bentuk bercetak dan dalam talian .
Pameran PDM sempena Sem in ar Pe nggunaan Bahasa Melayu Sektor Swasta di Keningau
Wok Yamsiah Mohd . Zai n
wok@dbp.gov.my
KOLEKSI BORN EO PUSAT DOKUMENTASI MELAYU TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR (SARAWAK)
Pengenalan
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ditubuhkan pad a tahun 1981 dengan koleksi lebih kurang 2 ,500 naskhah buku pelbagai bidang yang diwarisi daripada Biro Kesusasteraan Borneo atau lebih dikenali sebagai Borneo Literature Bureau (BLB), satu badan kerajaan yang diambil-alih oleh DBP dalam tahun 1977. Kebanyakan buku pad a ketika itu adalah buku-buku terbitan BLB serta buku terbitan luar negara . Pad a masa itu koleksi Borneo belum wujud lagi. Tiga tahun kemudian menampakkan jumlah buku di perpustakaan bertambah. Dalam pad a itu, sudah ada satu koleksi kecil buku-buku tentang Sarawak yang bukan sahaja dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan malah penulis luar tentang Sarawak. Maka, diadakan satu sudut kecil khusus untuk "Koleksi Tempatan" , nama yang diberi ketika itu. Tujuan mewujudkan koleksi khas buku-buku tentang Sarawak difikirkan perlu memandangkan pegawai-pegawai DBP khususnya yang berada di bahagian editorial sering kali merujuk kepada koleksi tersebut untuk membantu dalam tugas-tugas rasmi mereka. Satu pusat yang dirasakan boleh memperoleh, menyimpan, mendokumentasi serta menyebarkan maklumat bahasa , sastera dan budaya dengan teratur perlu dibangunkan. Justeru koleksi tempatan diwujudkan. Apabila pejabat DBP Cawangan Sarawak berpindah ke bangunan sendiri di Petra Jaya, Perpustakaan DBP Cawangan Sarawak diberi nama Pusat Dokumentasi Melayu Tun Hamdan Sheikh Tahir. Koleksi tempatan itu dinamakan koleksi Borneo, sesuai dengan pertambahan buku-buku yang bukan sahaja tentang Sarawak tetapi yang ada kaitan dengan Sarawak, iaitu Sabah , Brunei dan Kalimantan .
Perlu disebutkan di sini bahawa pemilihan dan perolehan buku dan bahan-bahan lain di PDM berpandukan matlamat DBP. Oleh itu , koleksinya tertumpu kepada bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu khususnya di Sarawak dan yang berkait rapat dengannya. Koleksi Borneo Koleksi Borneo merupakan hampir satu perempat daripada jumlah keseluruhan bahan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu Tun Hamdan Sheikh Tahir. Selama ini koleksi tersebut ditempatkan bersamasarna koleksi buku-buku umum dan rujukan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pada Februari 2004 yang lalu, koleksi Borneo dipindahkan dari PDM pusat ke sebuah ruang khas yang berdekatan yang lebih besar untuk menampung koleksi yang kian bertambah . Semua bahan koleksi Borneo hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja. Koleksi Borneo merangkumi bahan-bahan seperti buku, jurnal, potongan akhbar, pita video dan gambar. Setakat ini, terdapat hampir 800 judul buku dengan jumlah bukunya lebih kurang 3,000 naskhah. Semua bahan yang tersimpan di bawah Koleksi Borneo ini adalah yang berkaitan dengan sejarah, budaya, bahasa dan kesusasteraan Sarawak khususnya, dan yang lain itu ada kaitan atau boleh membantu dalam tugastugas penyelidikan terutamanya pegawaipegawai Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri. Buku Satu bahagian di dalam koleksi ini yang sangat istimewa ialah buku-buku yang diterbitkan oleh BLB sejak dahulu dari tahun 1960 hingga tahun 1976, Buku-buku ini yang kebanyakannya untuk bacaan umum seperti novel, sajak dan cerita rakyat boleh didapati dalam berbagai-bagai bahasa seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Kadazan. Buku-buku tentang sejarah dan budaya di Sarawak banyak menarik minat para penyelidik dari dalam dan luar DBP. Maklum balas daripada pengunjung-pengunjung perpustakaan sangat menggalakkan
memandangkan buku-buku seperti ini sukar ditemui atau jarang ditemui di mana-mana perpustakaan di sekitar Kuching . Potongan Akhbar Poton9.~m akhbar tempatan kelolaan DBP seperti :'Yang Indah itu Bahasa" dan'~adah Bahasa dan Sastera " yang merupakan usaha DBP Cawangan Sarawak dalam memupuk dan mengembangkan bahasa sastera di Sarawak didokumentasikan.
Selain itu , potongan akhbar yang terdapat dalam akhbar tempatan serta akhbar nasional yang mengandungi bahan-bahan seperti cerpen , sajak dan esei disimpan untuk membantu ¡usaha DBP Cawangan Sarawak dalam menggalakkan minat penulisan di kalangan warga Sarawak, seperti penghargaan yang diberi iaitu, "Hadiah Penghargaan Penulis-Penulis Sarawak " yang diadakan setiap tahun . Pita Video Koleksi pita video juga merupakan salah satu rekod penting tentang kegiatan yang dijalankan oleh DBP Cawangan Sarawak seperti kegiatan korporat Dewan, bahasa dan sastera serta yang berkait rapat dengan matlamat dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. Salah satu kegiatan tahunan penting yang telah rakam ialah "Forum Remaja". Pita video ini sangat berguna dan sering dirujuk oleh guru-guru dan peserta-peserta untuk belajar, mengetahui serta sebagai panduan untuk mereka memperbaiki kelemahan-kelemahan peserta dalam pertandingan Forum Remaja. Walaupun semua rakaman pada masa ini adalah berbentuk pita video, ada kemungkinan besar pad a masa yang akan datang rakaman akan dibuat dalam bentuk cakera padat. Gambar Foto Koleksi gambar foto merupakan satu lagi bahan yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Walaupun kebanyakan gambar foto yang dirakamkan adalah kegiatan korporat Dewan , gam bar foto seperti pelbagai
pertandingan bahasa, kegiatan sastera dan budaya sering mendapat perhatian daripada pengguna luar. Gambar foto tentang kebudayaan seperti kraf tangan , pakaian, alat muzik dan permainan tempatan juga menarik perhatian para penyelidik Dewan sendiri serta penyelidik luar. Koleksi ini sering kali dirujuk untuk mendapatkan gambar foto bagi penerbitan brosur, buku cenderamata, poster-poster pameran dan sebagainya.
PENERBITAN CD
GERBANG PERADABAN TIMUR, 2003
Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam Koleksi Borneo boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja karyawan DBP malah masyarakat umum, khasnya para penyelidik bahasa, sastera dan budaya.
Sebuah penerbitan korporat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur yang memaparkan sejarah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum merdeka hingga ke penubuhan cawangan di Sabah dan Sarawak. Seterusnya memaparkan penubuhan pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka di wilayah timur, utara dan selatan.
PDM peka dengan perkembangan kegiatan bahasa, sastera dan budaya di Kuching khususnya dan di Sarawak amnya. Koleksi Borneo PDM selama ini telah memberi manfaat serta banyak membantu dalam penyelidikan bahasa, sastera dan budaya tempatan. Memandangkan jumlah penyelidik yang semakin bertambah, maka PDM akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk menambahkan bahan-bahan yang terpilih sesuai dengan matlamat DBP serta keperluan masyarakat umum.
Dalam CD ini terangkum peranan dan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur khususnya dalam menyebarluaskan aspek kebahasaan dan kesusasteraan Melayu . Di samping itu, penerbitan ini memaparkan aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang telah dijalankan dalam lingkungan wilayahnya iaitu di negeri Kelantan, Terengganu dan Selatan Thai sama ada dengan kerjasama persatuan penulis setempat ataupun aktiviti korporat Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perkhidmatan
Dengan adanya perkhidmatan yang diberikan melalui jenis - jenis bahan yang ada dalam koleksi Borneo ini diharap dapat memenuhi sedikit sebanyak matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyebarkan bahasa, sastera dan budaya di Kuching khasnya , dan Sarawak.
Theresa Chong theresa@dbp.gov.my
BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA,2003
CD ini diterbitkan khusus sempena perasmian acara Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah berlangsung di Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh T.Y.T Tun Oato' Seri Haji Abdul Rahman Abbas, Yang dipertua Negeri Pulau Pinang. Majlis pelancaran telah dimeriahkan dengan beberapa persembahan istimewa, antaranya deklamasi sajak, sketsa, nyanyian lagu puisi, persembahan boria, koir dan persembahan dua bintang terkenal tanah air iaitu Francisca Peter dan M.Nasir.
CD ANUGERAH SASTERA NEGERI KELANTAN
PENERBITAN BIBLIOGRAFI
Majlis Anugerah Hadiah Sastera Negeri Kelantan diadakan untuk ,memberi pengiktirafan kepada para penulis dan penggiat sastera negeri Kelantan . Majlis ini telah disempurnakan oleh D.Y.M .M Sultan Kelantan . Majlis yang gilang gemilang ini menyaksikan penganugerahan Anugerah Sastera Negeri Kelantan kepada S. Othman Kelantan. Beberapa kategori telah diperkenalkan, antaranya Hadiah Persuratan Negeri Kelantan , Hadiah Cekal Sastera , dan beberapa kategori karya yang telah dibukukan dan yang telah disiarkan di media tempatan.
Bibliografi Kesusasteraan Bandingan. Jil. 1 (sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara ke-3, 2225 September 2003).
DATO A' AZIZ DERAMAN 22 JULAI2003
VCD diterbitkan sempena persaraan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' A. Aziz Deraman melayari bahtera i~titusi Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ Sebuah nukilan Sajak Panjang buat Dato' A. Aziz Deraman, hasil karya Encik Zaini Ozea dan dideklamasikan oleh Encik Rasdi Daud. Sajak ini sebuah penghargaan karyawan DBP atas jasa dan bakti beliau memperjuang dan memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Mohd. Hiezam Hashim, izammh@dbp .gov.my
Bibliografi ini diterbitkan sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara ke-3 pada 22 hingga 25 September 2003. Kajian kesusasteraan bandingan merupakan satu disiplin ilmu yang baru di Malaysia. Oleh itu , penerb itan ini merupakan langkah permu laan untuk memudahkan para pengkaji dan penyelidik bidang ini mendapatkan sumber maklumat tentang kajian kesusasteraan perbandingan khususnya perbandingan antara kesusasteraan Melayu Malaysia dengan karya-karya sastera di luar Malaysia. Sebanyak lebih kurang 400 entri dikumpulkan. Bibliografi ini disusun mengikut jenis bahan iaitu monograf, kertas kerja persidangan , artikel jurnal/majalah da" akhbar.
Kajian dan Kritikan Sastera Malaysia: satu bibliografi awal. (sempena Seminar Kritikan Sastera Melayu Serantau 24-26 September 2001)
Kritikan sastera adalah alat untuk menilai sesebuah karya sastera. Walaupun kritikan sastera di Malaysia berkembang agak lewat berbanding dengan negara-negara barat, namun pada tahun-tahun 1980-an dan 1990an perkembangan bidang ini sangat memberangsangkan. Oleh itu , penerbitan satu senarai tentang kaj ian dan kritikan sastera Melayu di Malaysia ini diharap dapat membantu para pengkaji dan penyelidik untuk mengenal pasti bahan-bahan yang sedia ada . Sebanyak lebih kurang 1,000 entri telah dikumpulkan yang terdiri daripada makalah-
makalah yang tersiar di dalam akhbar dan majalah serta jurnal terbitan tempatan sahaja sehingga awal tahun 2001.
KOLEKSI TERBARU
(;--- Direktori Penulis Malaysia: edisi tambahan / disusun oleh Idros Samsudin dan Che Ros Rahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. 108 hal.
Direktori edisi tambahan kepada edisi pertama pada tahun 1990 ini merupakan bahan rujukan cepat yang amat penting untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang penulis. Sejumlah lebih kurang 493 entri nama penulis Malaysia dari pelbagai kaum telah dikumpulkan, khususnya dari para penulis bidang kreatif.
Bibliografi Cerpen Melayu Malaysia. Jil. 1/ penyusun Che Ros Rahim ... [et.al]. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. 119 hal.
Penerbitan bibliografi ini adalah salah satu dalam penerbitan bibliografi kesusasteraan Melayu moden. Sebagai permulaan" bibliografi ini ditumpukan kepada senarai terbitan antologi cerpen Melayu Malaysia peringkat remaja dan dewasa yang pernah diterbitkan di Malaysia sehingga tahun 2000. Sir!
Sejumlah lebih kurang 2 ,500 entri telah dimuatkan di dalam bibliografi ini. Entri disusun mengikut abjad nama pengaran~.y dul , tempat terbit , penerbit, tahun dan loK asi.
Che Ros Rahim ros@dbp.gov.my
Jelani Harun. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Me/ayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. 425 hal.
Institusi kesultanan Melayu yang masih ~ hingga ke hari ini memperlihatkan bahawa warisan kepimpinan Melayu zaman silam harus dipelihara dan dipertahankan. Buku ini menampilkan peraturan tentang raja dan pelbagai nasi hat tentang keadilan pemerintah dan kebijaksanaan pembesar negara. Selain itu, membincangkan adab ketatanegaraan secara tuntas aspek definisi, pensejarahan, falsafah, prinsip dan penerokaan karya berkaitan dengan institusi kerajaan Melayu silam yang diperoleh daripada karya-karya yang pernah dihasilkan seperti Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin, Kitab Nasihat Segala Raja-raja, Nasihat a/-Muluk dan lain-lain. Buku ini merupakan rujukan penting kepada para penyelidik dan para pelajar jurusan sastera, sejarah, sains politik, undang-undang, agama dan pengurusan.
Hukum Kanun Pahang: Manuskrip agung Negeri Pahang. Diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2003. 213 hal.
Penerbitan semula manuskrip Hukum Kanun Pahang dalam bentuk kulit mewah ini memperlihatkan usaha murni Lembaga Muzium Negeri Pahang untuk memulihara pusaka bangsa untuk dijadikan kajian generasi akan datang. Buku ini mengandungi tiga bahagian penting iaitu yang pertama menyediakan manuskrip asal berserta transliterasi menggunakan huruf rumi secara sejajar; kedua menurunkan kembali teks Hukum Kanun Pahang versi Muzium Negeri Pahang dan juga teks versi Winstedt & Kempen . Buku ini merupakan sumber rujukan penting terutama bagi mereka yang ingin membuat kajian filologi dan para pengkaji undang-undang , budaya , sastera dan agama.
Ab . Razak Ab. Karim.Aspek Penggunaan Bahasa Da/am Warkah-warkah Me/ayu Lama: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya. 2002. 182 hal.
Kajian warkah-warkah Melayu lama amat kurang dilakukan oleh para pengkaji tempatan memandangkan kesukaran untuk membaca warkah-warkah tersebut dengan pelbagai ejaan yang tidak seragam, tulisan yang kabur dan sebagainya. Memandangkan warkah-warkah lama ini mempunyai banyak ilmu yang terkandung di dalamnya maka inisiatif penulis untuk mengkaji warkahwarkah dari tahun 1521 hingga tahun 1899 ini khususnya dari aspek linguistik adalah sangat berguna untuk tatapan semua. Selain aspek linguistik , buku ini juga membicarakan aspek kosa kata , analisis perbandingan , penggunaan kata gelaran , ganti nama , stilist i k dan juga aspek sosiolinguistik serta anal isis komunikasi.
Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/~BBIM
sebOQOl Pembina Bahasa as......... â&#x20AC;˘...
Asmah Haji Omar. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIMIMABBIM sebagai pembina bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. 185 hal.
Buku ini merakamkan sejarah pertumbuhan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM)/ Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia - Malaysia (MABBIM) sejak awal penubuhannya hinggalah kini. Buku ini menjadi wadah dokumentasi tentang segala usaha dan perjuangan ketiga-tiga negara dalam pemuafakatan bahasa yang telah menyatukan mereka. Bidang geolinguistik dan ruang lingkup politik yang berlainan merupakan eabaran dan kekangan yang turut disentuh oleh penulis . Hasil pemuafakatan oleh negara-negara anggota telah memberi sumbangan kepada pembinaan korpus bahasa Melayu.
Peradaban Melayu Timur Lautl Diselenggara oleh A. Aziz Deraman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. 432 hal.
Wilayah Timur Laut seeara geografinya meliputi pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian keeil negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan , wilayah selatan Thai, sebahagian wilayah Kemboja , Vietnam dan juga Laos. Melalui penerbitan buku ini dapat menimbulkan semula kesedaran akan kegemilangan peradaban di rantau tersebut yang eukup kaya dengan khazanah alam Melayu seperti bahasa, sastera , kitab-kitab , kebudayaan dan keseniannya .
Kajian Manuskrip Melayu "fAsaInh. Kritilta" dA"Guiangan
Nisriwani Yahaya, Syed Zulflida S. M. Noor. 101 Puteri Dunia Melayu: sejarah dan legenda. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti, 2003.479 hal.
Usaha membukukan kisah 101 perihal puteri Melayu zaman silam dari abad ke -7 hingga abad ke -20 ini merupakan satu rakaman yang tidak terkira nilainya kepada sejarah dan warisan bangsa Melayu. Buku ini bukan sahaja memuatkan sejarah dan legenda puteri-puteri Melayu zaman lampau tetapi turut mengungkapkan nilai estetika, seni budaya, busana, bahasa dan kesusasteraan bangsa Melayu zaman silam. Mereka dipilih berdasarkan perilaku, pengaruh mereka di kalangan istana dan masyarakat dan ciri-ciri kecemerlangan mereka terhadap bangsa, agama, dan negara. Kisah-kisah mereka membuktikan bahawa wan ita bukan sahaja berperanan sebagai ibu, isteri dan pengasuh di rumah, malah meliputi pemerintahan, pertahanan, perjuangan dan srikandi negara.
Ding Choo Ming. Kajian manuskrip Melayu: masalah, kritikan dan cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2003. 373 hal.
Kajian ini berasaskan penyelidikan penulis untuk ijazah sarjana beliau di UKM dan sebahagian isi buku ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman dari 4 Jun 2000 hingga 17 Februari 2002 . Artikel tersebut telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002 kategori kajian sastera. Buku ini mengkaji tentang kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap manuskrip Melayu yang berjumlah lebih kurang 10,000 yang didapati tersebar di seluruh dunia, terutama di Eropah. Kajian-kajian telah dimulakan oleh para orientalis barat sebagai pentadbir, sejarawan , antopologis dan sarjana tanpa teori sastera , yang mengkaji untuk kepentingan pengetahuan mereka tentang hal ehwal politik, sejarah dan sosial mereka. Pengkajian manuskrip Melayu sebagai cabang akademik hanya bermula pada tahun 1850-an di Belanda dan Great Britain. Melalui buku ini para pengkaji manuskrip akan mengetahui secara komprehensif latar belakang , definisi , koleksi , masalahmasalah , kritikan perbandingan dan pengaruh asing serta beberapa langkah yang perlu dilaksanakan segera untuk memelihara warisan manuskrip Melayu.
Che Ros Rahim ros@dbp.gov.my
,------------------------,,-
KALENDAR KEGIATAN 2004
BULAN
KEGlATAN
12 Januari
Pameran Anugerah Sastera Negara
2 Mac
Forum Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 'Kedinamikan dan Penguasaan Tekno/ogi Maklumat Kepustakaan Melayu"
24 April
Majlis Bicara Karya "Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu Pendekatan Bersepadu" v
SELAMAT BERSARA
18-31 Mei
Pameran Hubungan Malaysia-China:Persuratan Melayu .
22 Jun
Pameran Anugerah Cemerlang .
Karyawan Pusat Dokumentasi Melayu bersama Y. Bhg. Dato' Haji A. Aziz Deraman, Ketua Pengarah DBP dan isteri, Y. Bhg Datin Wan Azizon Wan Hamat di hari persaraan pada 22 Julai 2004.
5 Julai
Pameran Lukisan Jepun (1950-1990) .
19- 24 Julai
Pameran Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu. (MABM).
24 Julai 2004
Majlis Bicara Karya Bersama Ahadiat Akashah.
16-300gos
Pameran Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur.
18 September - 3 Oktober 18 September
Pameran Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Majlis Bicara Karya . \....--" ---
5-70ktober
Pameran Kongres Bahasa Utama Dunia.
7-8 Disember
Pameran Leksikologi dan Leksikografi.
Jasa dan khidmat Y. Bhg . Dato' dan Datin kami sanjungi dan teladani.
(1957 -1997)
Indeks kumulatlf lengkap majalah DBP bagl memenuhl keperluan penyelldlkan bldang bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu Maklumat rujuk silang entrl nama pengarang Melayu sama ada nama samaran atau nama sebenar Mellputl cakupan tajuk perkara yang meluas dalam bldang bahasa, sastera dan kebudayaan Sumber rujukan pentlng indeks bahasa, sastera dan budaya yang lengkap
Menggunakan pelbagal kaedah pencarian yang mudah da/am dwibahasa
Direktori Penulis Malay'sia¡ Edisi Tambahan
â&#x20AC;˘
Sebuah rujukan penting sebagaimana Who's Who in Literature bagi dunia kesusasteraan Malaysia. Mengandungi 493 entri bagi melengkapi edisi pertama yang memuatkan 1,294 maklumat pengarang Melayu.
HARGA RM 15.00 Boleh didapati di Kedai Buku Koperasi DBP dan Pengedar-Pengedar Dawama.