![](https://static.isu.pub/fe/default-story-images/news.jpg?width=720&quality=85%2C50)
3 minute read
Kata Pengantar
Publikasi Internasional Perjanjian Baru menghubungkan kembali pembacanya dengan rencana Illahi mengikatkan surga dengan bumi dan memperkuat keabadian dalil kasih. Logo nya, Perjanjian Tabut , melambangkan kedekatan antara Yesus Kristus dengan umatNya dan keutamaan hukum Tuhan. Sebagaimana tertulis, “inilah perjanjian yang Aku akan buat dengan kaum Israel berkata Tuhan, Aku akan letakkan hukumku di bagian dalamnya dan menuliskannya di dalam hati mereka dan mereka akan menjadi UmatKu, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.” (Jeremiah 31:31-33; Hebrews 8:8-10) . Sehingga, perjanjian baru merangkul orang yang di hati mereka cintaNya dan hukumNya menyatu dan tertulis, bahkan di tengah pertengkaran hebat, penyelewengan, dan penipuan tidak terkendali.
Selama berabad-abad yang tak terhitung jumlahnya, banyak orang mengalami penderitaan yang menyakitkan, penindasan yang tidak bisa dipahami dan perang yang agresif, diperhitungkan untuk melenyapkan kebenaran dan menghapus pengetahuan akan Tuhan. Khususnya di Abad Kegelapan, kebenaran sangat dikaburkan oleh tradisi manusia dan pengabaian umum, sebab penduduk dunia memandang rendah kebijaksanaan dan melanggar perjanjian tersebut. Berkompromi dengan kejahatan yang kian marak mendorong malapetaka kemerosotan yang tak terkendali dan kebiadaban yang kejam, sehingga banyak nyawa dikorbankan secara tidak adil, menolak untuk menyerahkan hak berhati nurani. Namun demikian, pengetahuan yang hilang dihidupkan kembali, khususnya selama masa reformasi.
Sejarah terutama selama era Reformasi abad ke 16 mencatat sebuah masa yang penting tentang kebenaran, perubahan mendasar dan pergolakan akibatnya, sebagai cerminan dalam pergerakan Kontra Reformasi. Bagaimanapun, melalui buku ini, seseorang menemukan kembali makna yang tak terbantahkan atas revolusi tunggal dari sudut pandang Pembaharu dan saksi mata langsung yang lainnya. Dari catatan mereka, orang dapat memahami pertarungan yang membinasakan dan alasan yang mendasari perlawanan yang luar biasa seperti itu. Bahkan orang mungkin menyelidiki misteri yang tidak dapat ditembus, kontroversi mematikan, dan intervensi gaib.
Motto kami : “Buku yang Direformasi, Pikiran yang Berubah,” menonjolkan genre sastra yang berbeda, tersusun dalam masa kritis dan dampaknya. Ini juga menggemakan pentingnya reformasi pribadi, lahir kembali dan transformasi. Dengan mesin cetak Gutenberg, dipadukan dengan lembaga penerjemah, disebarkan prinsip-prinsip iman yang direformasi, sektiar 500 tahun yang lalu, media digital dan media online akan mengkomunikasikan cahaya kebenaran dalam setiap bahasa di akhir zaman ini.
Bab 1 - Jatuhnya Syaitan
Tuhan telah menunjukkan kepadaku yang Syaitan itu pada suatu ketika merupakan satu malaikat yang terhormat di syurga, selepas Yesus Kristus. Wajahnya sama seperti malaikat yang lain, lembut dan bahagia. Dahinya yang tinggi dan luas membayangkan kuasa inteleknya. Bentuknya sempurna. Perawakannya mulia dan agung. Aku melihat ketika Yahweh berfirman kepada Anak-Nya, baiklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, Syaitan iri hati terhadap Yesus. Dia mahu dirinya dirujuk berkenaan dengan penciptaan manusia. Dia dipenuhi dengan perasaan iri hati, cemburu dan benci. Syaitan mahu dirinya yang tertinggi di syurga, selepas Tuhan. Dia menerima penghormatan yang tertinggi.
Adalah menjadi satu dosa yang paling besar apabila memberontak terhadap peraturan dan kehendak Tuhan. Seluruh syurga seperti dalam keributan. Para malaikat dikerah membentuk pasukan. Satu pemerintah malaikat diangkat sebagai ketua mereka. Seluruh malaikat menjadi sibuk. Syaitan dengan cara menyindir melawan kerajaan Tuhan, bercitacita tinggi untuk meninggikan dirinya dan tidak rela takluk kepada otoriti Yesus. Sesetengah malaikat bersimpati dengan Syaitan dalam pemberontakannya manakala yang lain berpuas hati di atas penghormatan dan hikmat Tuhan dalam pemberian otoriti kepada Anak. Berlakulah perbalahan di antara malaikat-malaikat itu. Syaitan dan yang terlibat dengannya, yang bertekad untuk membuat pembaharuan dalam kerajaan Tuhan, ingin menyelami hikmat yang tidak terduga untuk mempastikan tujuan meninggikan Kristus dan menganugerahkan kepada-Nya kuasa dan pemerintahan yang tidak terbatas. Mereka menentang otoriti Anak itu. Seluruh malaikat dipanggil mengadap Tuhan bagi menentukan kes masing-masing. Dalam pertemuan itu telah ditetapkan yang Syaitan akan dibuang keluardarisyurga. Para malaikat yangbersekongkoldengan Syaitandalampemberontakan itu juga akan dibuang bersama-sama dengannya. Berlakulah peperangan di syurga. Para malaikat bertempur dalam peperangan itu. Syaitan berhasrat untuk menawan Anak dan semua yangtaklukkepadakehendak-Nya. Bagaimanapun malaikat-malaikat yangbaikdan benar menang. Syaitan dan pengikut-pengikutnya dihalau keluar dari syurga.
Selepas dibuang dari syurga bersama-sama dengan semua yang jatuh bersama-sama dengannya, Syaitan kemudiannya menyedari yang dia telah kehilangan semua kesucian dan kemuliaan syurga untuk selama-lamanya. Kemudian dia bertaubat dan berharap dia dikembalikan semula ke syurga. Dia bersedia untuk mengambil tempat yang sepatutnya atau mana-mana tempat yang diberikan kepadanya. Tetapi, tidak, syurga tidak harus diletakkan dalam keadaan berbahaya. Seluruh syurga mungkin tercemar jika dia diambil semula oleh kerana dosa berpunca daripadanya dan benih-benih pemberontakan terdapat dalam dirinya. Syaitan sudah memperolehi pengikut iaitu mereka yang bersimpati dengannya dalam pemberontakannya itu. Dia dan pengikut-pengikutnya bertaubat dan menangis dan merayu supaya dia diambil semula ke pangkuan Tuhan. Tetapi tidak, dosa, kebencian dan kedengkian mereka begitu sangat besar sehingga Tuhan tidak dapat menghapuskannya. Ia harus kekal demikian untuk menerima hukumannya yang terakhir.
Apabila Syaitan menyedari sepenuhnya bahawa tidak ada kemungkinan baginya untuk dibawa semula ke pangkuan Tuhan, niat jahat dan kebenciannyapun mula timbul. Dia berunding dengan para iblisnya. Satu rancangan dibentangkan iaitu untuk bekerja terus menentang kerajaan Tuhan. Apabila Adam dan Hawa ditempatkan di taman yang sangat indah itu, Syaitan telah menyediakan rancangan untuk membinasakan mereka. Satu perundingan telah dilakukan dengan para iblisnya. Tidak ada cara bagi pasangan yang berbahagia itu kehilangan kebahagiaan mereka jika mereka menuruti Tuhan. Syaitan tidak akan dapat menggunakan kuasanya ke atas mereka kecuali mereka terlebih dahulu mengingkari Tuhan dan mengambil semula kemurahan-Nya daripada mereka. Syaitan dan kuncu-kuncunyatelahmenyediakanbeberapa rancanganuntuk membawaAdamdan Hawa kepada keingkaran supaya menimbulkan kerutan Tuhan dan juga mereka dapat dibawa secara langsung kepada pengaruh Syaitan dan para iblisnya. Rancangan itu menetapkan supaya Syaitan akan mengambil satu bentuk dan menimbulkan satu minat manusia. Dia akan menyindir terhadap benar tidaknya Tuhan, menimbulkan keraguan sama ada Tuhan bermaksud sebagaimana yang Dia katakan atau tidak, selepas itu merangsang perasaan ingin tahu mereka, kemudian membawa mereka untuk menyiasat rancangan Tuhan yang tidak terduga itu, yang Syaitan bersalah, dan sebab mengapa ada sekatan berkenaan dengan pohon pengetahuan itu.
Rujuk: Yesaya 14:12-20; Yehezkiel 28:1-19; Wahyu 12:7-9