![](https://static.isu.pub/fe/default-story-images/news.jpg?width=720&quality=85%2C50)
4 minute read
Bab 13 - Kematian Stefanus
Murid-murid bertambah banyak berlipat kali ganda di Yerusalem. Firman Tuhan meningkat dan banyak daripada imam-imam menjadi penurut iman itu. Stefanus yang dipenuhi iman, telah melakukan banyak kehairanan dan mukjizat yang hebat di kalangan umat. Banyak pihak yang marah sebab imam-imam sudah berpaling daripada tradisi mereka, daripada korban-korban dan persembahan-persembahan dan menerima Yesus sebagai korban agung. Stefanus yang mempunyai kuasa daripada syurga, menegur para imam dan para penatua serta meninggikan Yesus di hadapan mereka. Mereka tidak dapat bertahan terhadap hikmat dan kuasa terhadap apa yang diperkatakannya. Apabila mereka menyedari yang mereka tidak dapat mengatasi Stefanus, mereka mengupah orang-orang tertentu untuk bersaksi dusta mengatakan mereka telah mendengar Stefanus mengeluarkan kata-kata hujat terhadap Musa dan menentang Tuhan. Mereka menghasut orang ramai lalu menangkap Stefanus dan dengan cara saksi dusta, menuduhnya berkata-kata menentang rumah-rumah ibadat dan undang-undang. Mereka bersaksi bahawa mereka ada mendengar
Stefanus mengatakan bahawa Yesus orang Nazareth itu akan menghapuskan adat istiadat yang diberikan Musa kepada mereka.
Semua orang yang duduk menghakimi Stefanus melihat sinar kemuliaan Tuhan pada wajahnya. Wajahnya bersinar-sinar bagaikan rupa malaikat. Dia berdiri tegak penuh iman dan Roh Kudus. Stefanus menghuraikan bermula dengan para nabi sehinggalah ketibaan Yesus, penyaliban-Nya, kebangkitan dan kenaikan-Nya dan menunjukkan kepada mereka bahawa Tuhan tidak tinggal dalam rumah-rumah ibadat buatan tangan manusia. Merekalah yang menyembah rumah-rumah ibadat itu. Apapun yang diperkatakan menentang rumah ibadat akan menimbulkan kemarahan yang lebih besar daripada mengata menentang Tuhan. Semangat Stefanus berapi-api dengan kemarahan syurgawi ketika dia berseru menentang mereka yang bersikap jahat dan mempunyai hati yang tidak bersunat, katanya, “Kamu sentiasa melawan Roh Kudus.” Mereka memelihara peraturan-peraturan luaran tetapi hati mereka busuk dan penuh dengan kejahatan yang membinasakan. Stefanus merujukkan mereka kepada kezaliman nenek moyang mereka yang telah menganiayai para nabi dengan mengatakan, “Mereka membunuh orang-orang yang lebih dahulu memberitakan tentang kedatangan Orang Benar, yang sekarang ini kamu telah menjadi pengkhianat dan pembunuh.”
Imam-imam ketua dan pemerintah-pemerintah naik marah bila mendengar kebenaran yang jelas lagi tajam itu lalu menyerbu Stefanus. Cahaya dari syurga bersinar ke atas Stefanus dan dia mendongak tegak ke atas. Satu penglihatan kepada kemuliaan Tuhan diberikan kepadanya dan para malaikat mengepak-ngepak di awang tempat dia berdiri. Dia berseru, “Sungguh, aku melihat langit terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Yahweh.” Mereka berteriak-teriak dengan suara yang kuat sambil menutup telinga.
Dengan sepakat mereka mengheret dia keluar dari kota lalu melontarinya dengan batu. Stefanus berlutut dan berseru dengan suara yang kuat, katanya, “Tuhan janganlah tanggungkan dosa ini kepada mereka.”
Aku melihat bahawa Stefanus adalah seorang yang kuat datangnya daripada Tuhan, diankat khusus untuk mengisi satu tempat penting dalam gereja. Syaitan begitu gembira bila Stefanus dilempar dengan batu hingga mati sebab dia mengetahui yang para murid akan sangat terasa kehilangannya. Tetapi kemenangan Syaitan sekejap sahaja sebab ada seorang yang berdiri di kalangan yang menyaksikan kematian Stefanus, yang kepadanya Yesus akan menyatakan diri-Nya. Walaupun dia sendiri tidak mengambil bahagian melempar Stefanus dengan batu, namun dia berkenan dengan kematiannya. Saulus adalah seorang yang bersungguh-sungguh menganiaya gereja Tuhan, memburu mereka, menangkap mereka di rumah sendiri dan menyerahkan mereka kepada orang-orang yang ingin membunuh mereka. Syaitan menggunakan Saulus dengan berkesan sekali. Tetapi Tuhan boleh mematahkan kuasa Iblis dan membebaskan orang-orang yang dipenjarakan olehnya. Saulus adalah seorang yang berpelajaran dan Syaitan dengan kemenangan menggunakan kebolehan-kebolehannya membantu melaksanakan penentangan terhadap Anak Yahweh dan mereka yang percaya kepada-Nya. Tetapi Yesus telah memilih Saulus sebagai saluran terpilih untuk mengajar nama-Nya, menguatkan murid-murid dalam pekerjaan mereka lebih daripada mengambil tempat Stefanus. Saulus adalah seorang yang dihormati oleh orang-orang Yahudi. Kesungguhan dan pelajarannya amat menyenangkan mereka dan menimbulkan ketakutan pada kebanyakan murid-murid.
Kisah Para Rasul 6 & 7.
Bab 14 - Saulus Menjadi Kristian
Ketika Saulus dalam perjalanan ke Damsyik membawa surat kuasa untuk menangkap orang lelaki dan perempuan yang berkhutbah tentang Yesus untuk dibawa dengan tangan bergari ke Yerusalem, para iblis bersukacita di sekelilingnya. Tetapi dalam perjalanan itu, tiba-tiba satu cahaya dari langit menyinari sekeliling Paulus menyebabkan iblis-iblis yang mengelilinginya itu bertempiaran lari dan Saulus rebah ke tanah. Dia mendengar satu suara berkata, “Saulus, Saulus, mengapa engkau menganiaya Aku?” Saulus bertanya, “Siapakah Engkau, Tuhan?” Tuhan menjawab, “Akulah Yesus yang kau aniaya itu. Sukar bagi kamu menendang duri.” Saulus menggeletar dan hairan, berkata, “Tuhan, apakah yang Engkau hendak aku lakukan?” Tuhan berkata, “Bangunlah dan pergilah ke kota, di sana akan dikatakan kepadamu apa yang harus kau perbuat.”
Teman-teman seperjalanan Paulus terpegun tanpa sepatah katapun. Mereka mendengar suara itu tetapi tidak melihat sesiapapun. Setelah cahaya itu berlalu dan Saulus bangun berdiri lalu membuka matanya, dia tidak dapat melihat sesiapapun. Kemuliaan cahaya syurga telah membutakannya. Mereka memimpin tangan Saulus dan membawanya ke Damsyik. Selama tiga hari dia tidak dapat melihat, tidak makan dan tidak minum. Kemudian Tuhan mengutus malaikat-Nya kepada seorang yang Saulus ingin tangkap.
Malaikat itu menyatakan kepadanya dalam satu penglihatan bahawa dia harus pergi ke satu jalan yang disebut Jalan Lurus dan bertanyakan di rumah Yudas seorang yang bernama
Saulus orang Tarsus; sebab dia sedang berdoa dan sedang melihat dalam satu penglihatan seorang yang bernama Ananias datang meletakkan tangan ke atasnya supaya dia dapat melihat lagi.
Ananias takut kalau-kalau ada kesilapan dalam hal ini dan mula menceritakan kepada Tuhan apa yang dia telah dengar tentang Saulus. Tetapi Tuhan berkata kepada Ananias, “Pergilah sebab orang ini adalah alat pilihan bagi-Ku untuk memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa lain serta raja-raja dan orang-orang Israel. Aku sendiri akan menunjukkan kepadanya betapa banyak penderitaan yang harus ia tanggung oleh kerana nama-Ku.” Ananias mengikuti arahan Tuhan lalu masuk ke dalam rumah dan meletakkan tangannya pada Saulus, dan berkata, “Saulus, saudaraku, Tuhan Yesus yang telah menampakkan diri kepadamu di jalan yang engkau lalui, telah menyuruh aku kepadamu, supaya engkau dapat melihat lagi dan penuh dengan Roh Kudus.”
Seketika itu juga Saulus dapat melihat, dia bangun berdiri lalu dibaptiskan. Dia kemudiannya berkhutbah tentang Kristus di rumah-rumah ibadat, bahawa Yesus adalah
Anak Yahweh. Semua orang yang mendengar khutbahnya berasa kagum dan bertanya, “Bukankah dia ini yang di Yerusalem mahu membinasakan barang siapa yang memanggil nama Yesus ini? Bukankah ia datang ke sini dengan maksud untuk menangkap dan membawa mereka ke hadapan imam-imam kepala?” Saulus semakin besar pengaruhnya dan membingungkan orang-orang Yahudi. Mereka sekali lagi dalam kesusahan. Saulus dalam kuasa Roh Kudus menceritakan pengalamannya. Semua orang mengetahui tentang penentangan Saulus ke atas Yesus dan kesungguhannya memburu semua orang yang percaya dalam nama-Nya untuk dihukum bunuh. Mukjizat pertaubatannya telah meyakinkan banyak orang bahawa Yesus adalah Anak Yahweh. Saulus menceritakan pengalamannya bahawa dia menganiaya sehingga mati, menangkap lelaki dan perempuan dan memasukkan mereka ke dalam penjara, tetapi pada ketika dalam perjalanan ke Damsyik, tiba-tiba satu cahaya yang sangat terang dari langit menyinari sekelilingnya dan Yesus menyatakan diri-Nya kepadanya, memberitahunya bahawa Dia adalah Anak
Yahweh. Bila Saulus berkhutbah dengan beraninya tentang Yesus, dia membawa pengaruh yangsangatkuatbersamanya.Dia mempunyaipengetahuantentangkitab-kitabdanselepas pertaubatannya, satu terang ilahi bersinar ke atas nubuatan tentang Yesus yang membolehkannya menyampaikan kebenaran dengan jelas dan berani serta memperbetulkan mana-mana penyelewengan ke atas kitab-kitab. Dengan Roh Tuhan yang berdiam dalam dirinya, Saulus dapat membawa para pendengarnya menyusur nubuatannubuatan ke masa kedatangan Yesus yang pertama dengan amat jelas dan penuh kuasa. Dia dapat menunjukkan kepada mereka bahawa kitab-kitab telah digenapi, iaitu merujuk kepada penderitaan Kristus, kematian dan kebangkitan-Nya. Rujuk : Kisah 9