Terengganukiteeeee 1

Page 1

TERENGGANU KITE


ISI KANDUNGAN 1

Asal-Usul Terengganu Kedatangan Islam 2

3

Sejarah Batu Bersurat Kandungan 4

5

Masjid Kristal Istana Maziah 6

7

Masid Putih Masjid Hadhari 8

9

Muzium Terengganu Pasar Besar Kedai Payang 10

11

Keropok Lekor Nasi Dagang Penutup

12


ASAL-USUL TERENGGANU Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya". Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu. Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncul lah Terengganu


KEDATANGAN ISLAM Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembagan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam. Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad AlBaghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang


SEJARAH BATU BERSURAT

Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.


KANDUNGAN Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.


MASJID KRISTAL

Namanya ialah Masjid Kristal yang terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man di tepi tebing Sg Trgnu. Ketika dulu kawasan ni, adalah sebuah kawasan hutan nipah sebelum dibina Masjid Kristal menjadi mercu kebanggaan orang terengganu dan tarikan kepada pelancong untuk melancong di negeri itu.Taman Tamadun Islam (TTI) adalah taman tema berkonsepkan infomasi dan hiburan yang memaparkan keunggulan seni bina tamadun Islam dari seluruh pelosok negara. Keluasaan TTI ialah 23 hektar & terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. . Masjid ini mula dibina pada tahun 2006 dan dirasmikan pada 8/2/2008 pada jam 6.00pm oleh Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Di -Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong ketika itu Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal ini Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia serta kelu asannya 2,146m persegi, tempoh pembinaan lebih kurang + 3tahun yang menelan belanja RM 249.3 juta ( sekitar AS$ 77.2 juta) serta dibuka kepada orang ramai mulai 3 Februari 2008. Projek pembinaan ini melibatkan 34 kontraktor tempatan yg dipantau oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Bahan asas adalah bahan tempatan serta kira-kira 65% adalah pakar tempatan dan selebihnya adalah pakar pertukangan luar negara. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik


ISTANA MAZIAH Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri. Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti perta balan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kera jaan negeri.

Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870. Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata. Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera. Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu. Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998


MASJID PUTIH Masjid Abidin yang juga dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh telah dibina antara tahun 17931808 Masihi oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 11. Rumah suci bersejarah ini tersergam indah di atas sebidang tanah seluas 0.548 hektar (1.354 ekar ) di Kampung Masjid, Kuala Terengganu. Bangunan asalnya diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun bangunan asal ini telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur fizikalnya ekoran peredaran masa dan keperluan semasa. Di bawah pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar ( Marhum Baginda ) kirakira tahun 1852 bangunan kayu itu telah diganti dengan bangunan baru yang diperbuat daripada batu. Pada tahun 1901 Masihi semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 111, masjid ini sekali lagi mengalami pengubahsuaian. Bangunan yang diperbesarkan bagi menampung jemaah yang kian bertambah. Pembesaran ini melibatkan kerja-kerja pemasangan tiang-tiang di ruangan tengah bahagian dalam dinding, dinding tembok simen, sutuh serta tiga buah menara. Pada tahun 1972, Sultan Terengganu ketika itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah memerintahkan supaya masjid itu diperbesarkan sekali ganda lagi. Pembesaran ini membolehkan masjid ini menampung sejumlah 2,500 jemaah pada setiap masa. Serentak itu sebuah menara tinggi telah didirikan dan turut sama dibina ialah beberapa buah kubah di atas sutuh bangunan tersebut. Masjid ini telah di naiktaraf dari segi kemudahan dan hiasan dalaman pada tahun 2007.


MASJID ULUL ALBAB

Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Seberang Jerteh,Jerteh,Terengganu , Malaysia. Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan negeri. Masjid ini hasil rekaan Wan Musatafa Wan Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan. Wan Mustafa Wan Su seorang pengukir ternama yang merupakan anak jati Besut dan diangkat sebagai Adiguru Ukiran Kayu Malaysia dipertanggungjawabkan memberi sentuhan kepada wajah masjid. Ia lengkap dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan lanskap untuk kawasan rekreasi kepada orang ramai yang berkunjung mengerjakan ibadat di situ. Arkitek, Ar. Ahmad Hilmy Abdullah dari AHA Architect menyifatkan ia permulaan kepada usaha menyuburkan seni bina Melayu Islam. Banyak motif songket Terengganu digunakan dalam senibina masjid ini.


Muzium Terengganu

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.


PASAR BESAR KEDAI PAYANG Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuihmuih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu. Bazar Warisan pula terletak di sebelah pasar payang ini. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad


keropok lekor Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan Keropok lekor biasanya tidak tahan ramuan tersebut akan diuli lama. Bagaimanapun, sekiranya dan digentel panjang bertali, hendak disimpan dengan lebih sebelum direbus didalam air lama, keropok lekor hendaklah panas. dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi Keropok lekor boleh dimakan mengelakkan baunya mencemari segar sebaik sahaja diangkat makanan lain. Apabila hendak didengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa makan, ia perlu dibasuh dan direbus ini, pembuatan keropok lekor semula dengan air yang dicampurtelah pun tersohor di bebera- kan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar. pa negeri lain selain Terengganu Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.


Nasi Dagang Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan. Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak


PENUTUP


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.