kurung moden

Page 1

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

K-012-2 SENIOR LADIES DRESSMAKING

TAHAP / LEVEL

L2

NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE

M02 MALAY CONTEMPORARY OUTFIT 01.04 SKETCH MALAY CONTEMPORARY

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT

02.04 DRAFT MALAY CONTEMPORARY OUTFIT PATTERN 03.04 CUT MALAY CONTEMPORARY OUTFIT FABRIC 06.04 ASSEMBLE MALAY CONTEMPORARY OUTFIT

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

PRODUCE MALAY CONTEMPORARY OUTFIT USING SEWING MACHINES, SEWING TOOLS, FABRIC, TRIMMING AND NOTIONS SO THAT MALAY CONTEMPORARY OUTFIT DESIGN OBTAINED, TOOLS AND MATERIAL PREPARED, FASHION DESIGN PRODUCE, BODY MEASUREMENTS TAKEN, PAPER PATTERN PRODUCED MATERIAL LAYOUT CUT, ASSEMBLED AND SEWN IN ACCORDANCE WITH CUSTOMER’S COMFORTABILITY AND REQUIREMENTS.

NO KOD / CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

TAJUK /

Muka : 1

Drp : 31

: PAKAIAN KONTEMPORARI MELAYU – BAJU KURUNG MODEN

TOPIC TUJUAN / PURPOSE

: Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai pakaian kontemporari melayu Baju Kurung. Dengan menggunakan bahan dan peralatan,membuat lakaran fesyen pakaian,mengambil ukuran ,menderaf pola,memotong dan menjahit supaya pakaian dapat dipakai dengan selesa mengikut kehendak pelanggan.


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 2 Drp: 31

PENERANGAN : Pakaian Kontemporari Melayu Pakaian kontemporari melayu ialah pakaian tradisional melayu yang telah diolah mengikut kehendak fesyen semasa. Pakaian tersebut seperti baju kurung dan baju kebaya. Sebagai contoh baju kurung tradisional mempunyai pesak, kekek dan lengan lurus tetapi kehendak aliran fesyen semasa telah mengubah ia menjadi baju kurung moden di mana ciri-ciri pakaian seperti leher teluk belanga,pesak, kekek dan lengan lurus telah diubahsuai stailnya.

Jenis-jenis pakaian kontemporari melayu Pakaian kontemporari melayu yang paling popular dipakai ialah baju kurung moden, baju kebaya moden dan jubah. Pakaian ini sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi tetapi sesuai juga dijadikan sebagai pakaian kasual dan pakaian ke pejabat.

1. PAKAIAN KONTEMPORARI MELAYU 1.1 BAJU KURUNG MODEN 

Baju kurung telah mengalami perubahan kerana mengikut trend fesyen semasa. Potongan badannya mengikut keselesaan si pemakai dan tidak selonggar baju kurung tradisional. Manakala labuhnya pula adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Leher dan lengan baju telah dipelbagaikan fesyennya. Perubahan yang ketara sekali ialah cara pemakaian kain sarungnya. Bagi memudahkan pergerakan si pemakai,kain sarung telah dipelbagaikan potongan seperti sarung berbelah di tepi, hadapan atau belakang, sarung berlipat, kipas potongan payung atau loceng. Garis leher/ hujung lengan sering dihias dengan sulaman, manik atau labuci.


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Variasi fesyen pakaian kontemporari melayu

Rajah 2.1 : Contoh Kurung Moden

Muka: 3 Drp: 31


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 4 Drp: 31

a) Rekaan baju kurung moden. Rekaan baju kurung moden boleh didapati daripada pelbagai sumber media cetak dan media elektronik seperti majalah fesyen,internet dan televisyen. b) Ciri-ciri baju kurung moden • leher bentuk ‘V’ • garisan puteri di lubang lengan • belah zip tersembunyi di garis tengah belakang • lisu pemadan cekung di pinggang • lengan gelembung panjang • kedut di kepala lengan c) Ciri-ciri sarung lisu terbalik • sarung lisu terbalik di garis tengah belakang • ikatan pinggang dan getah kenyal pinggang


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Hadapan

Muka: 5 Drp: 31

Belakang

Rajah 2.2 : Pandangan hadapan dan belakang baju kurung moden


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 6 Drp: 31

2. Menyediakan peralatan 2.1

Peralatan yang diperlukan

Jadual 1 : Aktiviti dan Peralatan AKTIVITI

PERALATAN

Melakar

Cat air ,Marker,Pensil warna, pen dan Pastel

Mengukur

Pita ukur dan buku catatan

Menderaf

Pembaris panjang,pembaris melengkung,French curve sesiku ‘L’,Kertas perang/brown paper

Menanda

Kapur tukang jahit,roda surih,Jarum peniti ,kertas karbon,

Memotong

Gunting, Pemotong benang

Menjahit

Mesin jahit lurus, mesin jahit tepi,Jarum tangan memotong benang, penetas benang,benang

Alat menekan

Seterika, Papan seterika


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 7 Drp: 31

Jadual 2 : Bahan, fungsi dan kegunaannya BAHAN

FUNGSI DAN KEGUNAANNYA

Fabrik

Jenis fabrik yang sesuai untuk membuat baju kurung moden ialah polyster, kapas, sutera samaada bercorak atau polos. Tekstur yang sesuai ialah dari jenis licin, berkilat dan halus. Pilihan warna fabrik yang sesuai dengan bentuk badan kurus ialah warna lembut, terang atau gelap bersesuaian dengan warna kulit si pemakai.

Benang

Gunakan benang yang kukuh

Fabrik lapik

Tujuan menggunakan lapik dalam pada pakaian adalah untuk

dalam

mengekalkan bentuk badan pakaian,mengukuh dan mengelakkan fabrik daripada memeri. Lapik dalam yang biasa digunakan untuk baju kurung moden adalah nipis dan berperekat.

Kancing

Tujuan kancing dibuat adalah untuk menutup belah pada pakaian seperti butang dan lubang butang, butang katup, cangkuk dan mata, cangkuk dan palang. Sebagai perhiasan seperti butang dan gelung/rulo, reben. Pilih kancing mengikut jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian,belah dan kedudukannya. Zip merupakan kancing untuk menutup belahan pada bahagian belakang pakaian.

3. Lakaran fesyen. 3.1 Teknik melakar a) Membuat lakaran 

Melakar figura wanita



Lakaran boleh dihasilkan dengan menggunakan croquis



Melakar pakaian baju kurung moden


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Rajah 2.3 : Contoh croquis

Muka: 8 Drp: 31


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 9 Drp: 31

Rajah 2.4 : Contoh lakaran menggunakan croquis


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 10 Drp: 31

Rajah 2.5 : Contoh lakaran menggunakan croquis


NO KOD/CODE NO

3.2

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 11 Drp: 31

Terdapat juga pelbagai jenis padanan lengan yang boleh dipadankan dengan baju kurung moden seperti di dalam rajah di bawah :

Rajah 2.6 : Contoh-contoh variasi lengan


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 12 Drp: 31

3.3 Selain itu leher juga boleh dibuat dengan pelbagai rekaan. Antara contoh-contoh rekaan leher yang sesuai dengan padanan baju kurung adalah seperti di dalam rajah di bawah :

Rajah 2.7: Contoh garisan leher


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 13 Drp: 31

4. Ukuran badan 4.1

Menyediakan peralatan

4.2

Mengambil ukuran badan a) Perkara yang perlu diambil perhatian semasa mengambil ukuran.  Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain.  Pelanggan perlu memakai pakaian yang ringkas atau nipis (tidak mempunyai banyak gelembung dan memakai coli yang selesa untuk mendapat hasil ukuran yang tepat).  Pelanggan hendaklah berdiri tegak tanpa memakai kasut.  Tanda kedudukan pinggang dengan mengikat tali, reben atau pita kelarai.  Catat ukuran yang diambil

4.3 Bahagian badan yang perlu diukur 1.

Bahu

2.

Labuh Lengan

3.

Ukuran Keliling Hujung Lengan

5.

Bahu Ke Mercu

6.

Mercu Ke Mercu

7.

Jarak Pinggang ke Pinggul

8.

Ukuran Keliling Dada

9.

Ukuran Keliling Pinggang

10.

Ukuran Keliling Pinggul

11.

Labuh Tengah Belakang

12.

Labuh Baju

13.

Bidang Hadapan

14.

Bidang Belakang

15.

Ukuran Keliling Leher

16.

Labuh Kain


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 14 Drp: 31

BORANG TEMPAHAN PELANGGAN Nama Pelanggan: __________________________ No. Resit : __________ No. Tel : __________________________ Tarikh : __________ UKURAN BIL

BAHAGIAN

LAKARAN PAKAIAN UKURAN (CM)

Baju 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Bahu Labuh lengan Keliling hujung lengan Keliling pangkal lengan Bahu ke mercu Mercu ke mercu Jarak pinggang ke pinggul Keliling dada Keliling pinggang Keliling pinggul Labuh tengah belakang Labuh baju Bidang hadapan Bidang belakang Keliling leher Skirt / Sarong / Seluar Pinggang Pinggul Jarak pinggang ke pinggul Labuh Keliling hujung kaki Keliling lutut Keliling peha Kelangkang Lekatkan contoh fabrik

Bayaran: Tarikh Siap : ______________________ Jumlah

: RM___________________

Deposit

: RM___________________

Baki

: RM_________________

Rajah 2.8 : Contoh borang pelanggan


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 15 Drp: 31

5. Menderaf pola baju kurung moden 5.1 a)

Peraturan menderaf Pastikan pola di dalam keadaan yang rata dan lengkap dengan tanda-tanda pola.

b) Bentang fabrik di atas permukaan meja yang rata. c) Gunakan kertas perang. d) Pastikan lengkap dengan tanda-tanda pola.


NO KOD/CODE NO 5.2 .

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 16 Drp: 31

Teknik menderaf pola baju kurung moden a) Bahagian hadapan baju kurung moden

Keterangan hadapan baju 1–

Sudut 90’

1–2

Labuh baju

1–3

Ukuran labuh tengah belakang + 2.5

1–4

Dada ÷ 4

1–6

Leher ÷ 6

1–7

Bahu ÷ 2

6–9

17 cm – 21 cm

7–8

2.5 cm

4–5

Ukuran dada ÷ 4 + 2

7 – 10 Garisan lurus 3 – 11 pinggang ÷ 4 + 5 cm 3 – 13 20 cm – 25 cm 13 -14 Ukuran pinggul ÷ 4 + 2 cm 2 – 12 Buka bawah baju N – O Mercu ke mercu ÷ 2 M – O Ukuran bahu ke mercu O – P Garisan lurus R – S 2 cm R

Titik tengah antara 8 - 10

Sambungkan nombor mengikut rajah.

S

3 cm 3 cm

R


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 17 Drp: 31

Rajah 2.8 : Deraf pola hadapan kurung moden

b)Bahagian belakang baju Keterangan belakang baju

8

10

3 cm

1–

Sudut 90’

1–2

Labuh baju

1–3

Ukuran labuh tengah belakang

1–4

Dada ÷ 4

1–6

Leher ÷ 6

1–7

Bahu ÷ 2

1-9

1.5 cm

7–8

2.5 cm

4–5

Ukuran dada ÷ 4 + 1

7 – 10 Garisan lurus 3 – 11 pinggang ÷ 4 + 5 cm 3 – 13 20 cm 13 -14 Ukuran pinggul ÷ 4 + 2 cm 2 – 12 Buka bawah baju Buatkan garisan pemadan di garisan belakang 4 – 3 ½ jarak mercu ke mercu. Dari garisan dada 3 cm dan panjang lisu 13cm dari garisan pinggang

Nota : Cara melakar bahagian belakang baju sama seperti bahagian hadapan baju. Sambungkan nombor mengikut rajah


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 18 Drp: 31

Rajah 2.9 Deraf pola bahagian belakang baju

c) Bahagian lengan baju

2cm

2cm

1cm

2cm Keterangan lengan baju

8-10 pada pola badan hadapan.

8-10 pada pola badan belakang

1 Sudut 90° 1-2 Labuh lengan baju 1-3 Ukuran dada á8 + 3cm 1-5 di bahagikan dengan 3(hadapan) 1-4 di bahagikan dengan 2( belakang) 2-6=2-7 Luas hujung lengan á2 Nota ; Bahagian hadapan lengan dan bahagian belakang lengan adalah berbeza dibahagian keruk lubang lengan

Rajah 2.10 : Pola bahagian lengan hadapan dan belakang


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 19 Drp: 31

d) Bahagian hadapan pola sarung lisu bertentang.

P/4 + 3CM cm

P/4 + 3CM cm

P/4 + 2CM cm

Rajah 2.11 : Pola hadapan sarung lisu bertentang


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 20 Drp: 31

e) Bahagian belakang sarung

P/4 + 3CM cm 20 cm

PU/4 + 2cm

Rajah 2.13 : Pola bahagian belakang sarung lisu terbalik

Rajah 2.12 : Pola belakang sarung berlisu (lisu bertentang)


NO KOD/CODE NO

5.3

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 21 Drp: 31

Tanda pola Jadual 3 : Tanda dan simbol pola SIMBOL

Ira lurus

KETERANGAN garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikedua-kedua hujungnya. tiga bulatan kecil.Tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik

Tanda lipatan G T B Garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan SD Sebelah dalam SL Sebelah luar

menunjukkan garis tengah belakang

menunjukkan garis tengah hadapan

menandakan sebelah dalam fabrik

menandakan sebelah luar fabrik

menandakan garisan yang perlu digunting Garis gunting tanda untuk dijahit mesin Garis pemadan

 menandakan lipatan untuk lisu hias Tanda lisu hias


NO KOD/CODE NO

5.4

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 22 Drp: 31

Lebihan jahitan kelim Jadual 4 : Basi kelim         

Bahu Lubang lengan Rusuk Kepala Lengan Leher Hujung lengan Kelepet Bawah baju Bawah sarung Kelim lengan

= = = = = = = = =

1.5 cm 1.5 cm 2 cm 1.5 cm 1 cm 2 cm 3 cm 1.5 cm 2 cm

6. Susun atur pola 6.1 Sebelum menyusun atur pola pada fabrik, pastikan bilangan kepingan pola mestilah mencukupi bagi baju kurung moden.

6.2 Bilangan kepingan pola terdiri daripada a) Baju Kurung Moden 

Pola bahagian tengah badan hadapan (1 keping)

Pola bahagian sisi badan hadapan (1 keping)

Pola bahagian badan belakang ( 1 keping)

Pola bahagian lengan ( 1 keping)

Pola lapik leher belakang ( 1 keping )

Pola lapik leher hadapan ( 1 keping )

b) Sarung lisu bertentang 

Pola bahagian sarung hadapan (1 keping )

Pola bahagian sarung belakang (1 keping )

Pola ikatan pinggang ( 1 keping )


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 23 Drp: 31

Rajah 2.13 : Susun atur pola sepasang baju kurung moden pada fabrik


NO KOD/CODE NO 6.3

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 24 Drp: 31

Membentang fabrik a) Pastikan fabrik dibentang di atas meja yang rata

6.4

Peraturan menyusun pola a) Pastikan pola di dalam keadaan yang rata dan lengkap dengan tandatanda pola. b) Bentang fabrik di atas permukaan meja yang rata. c) Temukan SD(sebelah dalam) fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja. d) Pastikan tanda ira lurus diletakkan selari dengan ira fabrik. e) f)

Pastikan simbol tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik Kepingan pola besar disusun terlebih dahulu dan diikuti dengan kepingan pola yang kecil.

g) Permukaan pola yang berlabel hendaklah berada di sebelah atas. h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala, fabrik nep dan fabrik pail. i)

Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim.

j)

Susun pola rapat di antara satu sama lain untuk mengelakkan berlakunya pembaziran fabrik.

k) Sematkan pola ke fabrik dengan jarum peniti. l)

Pastikan jarum peniti tidak terkeluar dari tepi pola untuk memudahkan kerja menggunting dilakukan.


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 25 Drp: 31

7. Menggunting fabrik 7.1

Peraturan menanda mengikut jenis fabrik a)

Fabrik nipis 

Pastikan fabrik di bentang di atas permukaan meja yang rata.

Pola hendaklah di semat di atas fabrik supaya mudah untuk di potong.

b) Fabrik tebal 

Pola hendaklah ditindan dengan alat pem berat

Tanda garisan pemadan dengan menggunakan kertas karbon atau kapur tukang jahit.

c) Menyusun pola mengikut corak pada fabrik ● Jalur Memanjang Pastikan keadaan jalur mengikut ira yang betul ●

Corak Bertabur Corak bunga bertabur walaupun mudah dikendalikan tetapi ia perlu mengikut ira kain.

d) Bilangan bahagian kepingan fabrik terdiri daripada : 

Fabrik bahagian tengah badan hadapan (1 keping )

Fabrik bahagian sisi badan hadapan ( 2 keping)

Fabrik bahagian badan belakang (2 keping )

Fabrik bahagian lengan (2 keping )

Fabrik bahagian sarung hadapan (1 keping )

Fabrik bahagian sarung belakang (1 keping )

Fabrik ikatan pinggang (1 keping )

Fabrik pelapik leher ( 1 keping )


NO KOD/CODE NO 7.2

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 26 Drp: 31

Teknik menggunting fabrik a) Gunakan gunting fabrik yang tajam. b) Jangan angkat fabrik semasa menggunting. c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola d) Gunakan mata gunting sepenuhnya pada bahagian yang lurus,manakala gunakan hujung mata gunting sahaja untuk menggunting bahagian kecil dan melengkung. e) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa menggunting fabrik. f)

Gunakan bahagian mata yang runcing untuk menggunting tanda imbangan.

g)

Pastikan jumlah kepingan fabrik yang di gunting mencukupi.

h) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk menanda basi kelim. 8. Menjahit pakaian 8.1 Persediaan menjahit a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik 8.2. Kemasan tepi a) Sebelum proses mencantum semua kepingan fabrik yang telah di gunting hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya tidak berjerumbai. 8.3 Pemilihan kelim a) Kelim belah kangkung biasanya digunakan untuk mencantum baju kurung moden b) Kelim sama lebar pada keseluruhannya


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 27 Drp: 31

8.4 Proses mencantum mengikut susunan kerja

a) Susunan kerja mencantum baju kurung moden 

Kemaskan tepi fabrik berjerumbai.

Jahit lisu bahagian belakang

Ukur kedudukan panjang pada belahan zip.

Mulakan jahit zip tersembunyi dan jalankan proses menekan pada setiap kelim belah kangkung.

Cantumkan garisan putri hadapan baju di kedua-dua bahagian kiri dan kanan. Jalankan proses menekan.

Cantumkan bahagian bahu. Jalankan proses menekan supaya kemas.

Kemas garis leher dengan menggunakan kun pita serong.

Cantumkan kelim rusuk kiri dan kanan. Jalan proses menekan.

Jelujur kasar dikepala lengan. Tarikkan supaya seimbang di tegak bahu.

Jahit kelim lengan. Tekan kelim.

Cantum dan jahit lengan di lubang lengan.

Jelujur dan kemaskan kelepet menggunakan jahit silang pangkah di hujung lengan dan di bawah baju.

Pasangkan cangkuk di bahagian belakang baju.

Buat kemasan akhir dengan proses menekan menggunakan suhu yang sederhana.

b) Susunan kerja sarung 

Kemaskan tepi fabrik sarung dengan jahit tepi

Jahitkan lisu pemadan hadapan dan belakang sarung

Tandakan bahagian belahan zip. Saterika kelim belah kangkung.

Cantumkan zip pada belahan. Jalankan proses menekan.

Cantumkan kelim sisi kiri dan kanan sarung. Proses menseterika perlu dilakukan bagi tujuan kekemasan.

Buat lisu bertentang

Buat ikatan pinggang dan cantum di garis pinggang.

Kemaskan kelepet bahagian bawah buka sarung dengan kekemasan jahitan mesin.

Pasangkan cangkuk dan palang.

Buat kekemasan dan tekan dengan sempurna.


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 28 Drp: 31

8.5 Proses menekan saterika Proses menekan hendaklah dilakukan dengan sempurna agar pakaian yang dihasilkan kemas dan menarik


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 29 Drp: 31

SOALAN

Pilih jawapan yang betul

1. Bagaimana cara mengambil ukuran keliling pinggang. A. Ukur keliling pinggang secara menegak B. Ukur keliling pinggang secara melintang C. Ukur keliling pinggang yang paling kecil D. Ukur keliling pinggang yang telah diikat dengan tali

2.

Simbol ini

bermaksud.

A.

ira lurus

B.

tanda imbangan

C.

letak di tepi lipatan

D.

sehala

3 . Berikut adalah jenis-jenis penyudah tepi yang sesuai bagi baju kurung moden kecuali A.

Kelepet

B.

Pita serong

C.

Ped bahu

D.

Sulaman

4 Labuh baju untuk sehelai baju kurung moden diukur dari‌ A.

Tengkuk ke bawah pinggul atau labuh dikehendaki

B.

Bahu ke tengah pinggang

C.

Tengkuk ke labuh baju dikehendaki

D.

Bahu ke dada


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 30 Drp: 31

5.Nyatakan bahagian yang perlu diukur bagi membuat sepasang baju kurung moden a) ___________________________________________________________ b) ___________________________________________________________ c) ___________________________________________________________ d) ___________________________________________________________ e) ___________________________________________________________ f)

___________________________________________________________

6. Apakah bahagian pola yang terdapat pada susun atur pola kain lisu terbalik? a) ___________________________________________________________ b) ___________________________________________________________ c) ___________________________________________________________

7. Kepingan pola baju kurung moden terdiri daripada bahagian-bahagian : a) ___________________________________________________________ b) ___________________________________________________________ c) ___________________________________________________________


NO KOD/CODE NO

K-012-2/M02/P(1/3)

Muka: 31 Drp: 31

RUJUKAN 1. ANN LADBURY, Mitchell Beazley (2001)The Sewing Book – ISBN NO. 0 - 85533 - 855 5 2. Lamah binti Abdul Ghani, Azmawati binti Abdul Aziz, (2005) Pola Pakaian Tingkatan 4&5 Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN NO. 982-62-8667

3. Mariam Abu Bakar (2001). Panduan Membuat Pakaian, Panduan Praktikal Langkah Demi Langkah Teknik Menjahit, ISBN NO.967-866-0082-X

4. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor,Norzaini binti Abdul Ghani,Nawawi bin Mohd. Jan (2005) Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5, Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN NO. 983-62-8639X


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.