Jan 2013
January 2013
1.0 Menginspirasi Perubahan (Pengguna: Guru) 1.0 Inspiring Change (User: Staff)
2
transforming education through the Internet
Menginspirasi Perubahan TUGASAN: Memberi inspirasi kepada para peserta, demi perubahan.
OBJEKTIF: Memberi para peserta motivasi dan inspirasi tentang perlunya kaedah pengajaran baru.
TEMPOH MASA: 20 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video - SHIFT HAPPENS
TATACARA: 1. MENINGKATKAN KESEDARAN • Satu daripada sepuluh aduan yang sering diterima tentang pelajar ialah mengenai sikap mereka yang kurang memberi perhatian ketika berlangsungnya proses pembelajaran dan pengajaran. Semakin ramai pelajar dilihat mula hilang minat untuk berada di sekolah, selain meminggirkan diri daripada guru-guru dan pelajaran. Antara punca berlakunya masalah ini ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas, bantuan berfokus kepada individu yang terhad dan teknik pengajaran guru yang kurang berkesan. Segelintir guru pula mengadu yang mereka juga sukar mendekati pelajar. Pada pandangan anda, apakah punca sebenar kepada masalah ini? • Perhatian pelajar dapat ditingkatkan melalui penglibatan ibu bapa, nisbah pelajar-guru yang lebih kecil dan pengajaran yang lebih menarik. 2. VIDEO - SHIFT HAPPENS • Mainkan video - Shift Happens. • Ulas apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut: SOALAN: • Apakah perubahan teknologi memberi kesan kepada guru? • Pada pendapat anda, adakah perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan perhatian pelajar semasa mereka menjalani proses pembelajaran?
RUMUSAN Mulakan perbincangan tentang masalah-masalah komunikasi dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Alatalat komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar juga mungkin berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk guru-guru melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan cara-cara berkomunikasi terkini yang digunakan oleh pelajar mereka. Tekankan tentang keperluan untuk berubah. Tetapi perubahan tidak perlu jika tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan selepas 1980 sering dirujuk sebagai Net Generation, iGeneration, atau Generasi X, Y dan Z. Mereka adalah cerminan kepada zaman semasa yang menjadikan teknologi sebagai satu perkara biasa. powered by
1.1 Pengenalan kepada Projek 1BestariNet (Pengguna: Guru) 1.1 Introduction to the 1BestariNet Project (User: Staff)
4
transforming education through the Internet
Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet TUGASAN: Gambaran keseluruhan tentang Projek 1BestariNet.
OBJEKTIF: Memberi kefahaman kepada para peserta tentang matlamat dan tujuan Projek 1BestariNet dilaksanakan.
TEMPOH MASA: 10 minit.
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.1 - Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet
TATACARA: 1. MEMAHAMI PROJEK 1BestariNet Dua matlamat utama digariskan di bawah Projek 1BestariNet ini iaitu: • Menangani masalah para pelajar yang kurang berminat dan kurang memberi perhatian semasa berada di dalam bilik darjah. • Mengurangkan jurang perbezaan di kalangan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Projek ini adalah penyelesaian bersepadu yang membolehkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan menerusi sistem Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Projek ini melibatkan 10,000 buah sekolah di seluruh negara dan mereka yang terlibat akan diberikan sambungan 4G tanpa wayar dan Frog VLE. 2. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet • Mainkan video • Ulas apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut: SOALAN: • Sila kenal pasti salah satu ciri di dalam projek ini yang bermanfaat untuk anda. • Apakah peranan anda dalam projek ini?
powered by
1.2 Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda (Pengguna: Guru) 1.2 How to Organise Your Frog Team (User: Staff)
6
transforming education through the Internet
Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda TUGASAN: Pasukan Frog – Memahami peranan dan tanggungjawab
OBJEKTIF: Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Pasukan Frog.
TEMPOH MASA: 10 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.2 – Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda
TATACARA: 1. PENGENALAN KEPADA PASUKAN FROG Kejayaan Frog bukanlah terletak di tangan seseorang individu semata-mata, tetapi ia memerlukan penglibatan seluruh warga sekolah. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas anda untuk memantau dan menguruskan pasukan yang terlibat dalam usaha menjayakan projek ini. Pasukan ini perlu terdiri daripada Pengetua /Guru Besar, guru-guru (berdasarkan kepada bidang kurikulum dan peranan mereka) serta pelajar. Tujuan Pasukan Frog dilantik adalah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi. Selain itu, ia juga memberi fokus kepada kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah secara menyeluruh. Pasukan Frog akan mengurus pelaksanaan projek dan kami percaya hubungan positif di antara pelajar, guru dan ibu bapa akan mendorong kepada kecemerlangan pelajar. Untuk terus maju dan mengekalkan hubungan ini, setiap ahli Pasukan Frog diberikan peranan yang tersendiri. 2. VIDEO – Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda • Mainkan video “Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda”. • Ulas apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut: SOALAN: • Apakah peranan anda dalam Pasukan Frog? • Apakah persediaan yang anda lakukan untuk melaksanakan peranan dalam Pasukan Frog?
RUMUSAN Memberi para peserta motivasi dengan memberitahu mereka tentang sokongan berterusan yang akan diberi oleh Pasukan Transformation Management FrogAsia.
powered by
1.3 Gambaran Keseluruhan Frog VLE (Pengguna: Guru) 1.3 Frog VLE Overview (User: Staff)
8
transforming education through the Internet
Gambaran Keseluruhan Frog VLE TUGASAN: Memberi gambaran keseluruhan tentang Frog VLE.
OBJEKTIF: Memastikan pengguna memahami secara umum fungsi-fungsi Frog VLE agar mereka boleh menggunakannya dengan lebih berkesan.
TEMPOH MASA: 20 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • VIDEO 1.3 – Gambaran Keseluruhan Frog VLE • Komputer • Papan putih • Pen dan buku nota • Projektor
TATACARA: 1. PENGENALAN Frog VLE adalah sejenis VLE yang dipilih untuk pelaksanaan projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi sebagai komuniti pembelajaran untuk warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE adalah sistem pembelajaran yang berasaskan jaringan dan menyerupai pembelajaran dunia sebenar, tetapi menggabungkan konsep pendidikan konvensional dan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan memeriksa tugasan secara maya, sementara pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah mereka menerusi VLE. Para guru dan pelajar turut boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan akan dapat dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa kerana Frog VLE adalah berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Dengan ini, proses pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja, sama ada di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 2. OBJEKTIF Memastikan pengguna memahami fungsi-fungsi VLE. 3. LOG MASUK KE DALAM VLE Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.
powered by
9
transforming education through the Internet
4. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Frog VLE Mainkan video dan hentikannya seketika selepas setiap bahagian. Minta peserta menekan bahagianbahagian yang lain di dalam platform sambil mengikuti video. 5. SESI IMBASAN Imbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan penggunaannya.  
Panduan Pengguna Antara muka (Interface) Frog VLE Klik butang Get started untuk log masuk ke dalam Frog VLE. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan apabila diminta. Penting! Anda mestilah log keluar daripada akaun Google yang lain sebelum anda log masuk ke dalam Frog VLE. Jika tidak, sebagai pengguna baru, anda tidak boleh log masuk ke dalam Frog VLE.
Antara muka (Interface) Frog VLE yang direka untuk memudahkan navigasi dan penggunaan Frog. Penerangan tentang fungsi ikon dan kegunaannya akan diberikan di bahagian seterusnya. Frog Bar
Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin Frog VLE yang membolehkan anda mengakses System Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar ini tidak boleh dipadam.
powered by
10
transforming education through the Internet
Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen yang berikut: Menu Frog Head Menu Frog Head memberi anda akses pantas ke ruangan System Options VLE. Di dalamnya terkandung: • Help – Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan lazim di sini. • Preferences – Tetapan asas VLE boleh diubah di sini. Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada: • Language – Bahasa VLE boleh ditukar di antara Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Anda boleh memilih bahasa pilihan anda. • Set Background – Anda boleh menetapkan latar Frog VLE anda dengan memilih imej yang disediakan. Anda juga boleh memuat naik imej anda sendiri. • Change Password – Tukar kata laluan Frog VLE di sini. • Log Out – Membolehkan anda log keluar dari VLE selepas menggunakannya.
Kawasan Semasa Kawasan Semasa menjadi petunjuk tentang lokasi anda di dalam VLE. Teks di dalam kotak berwarna merah di atas akan berubah mengikut lokasi di mana anda berada di dalam VLE. Help
Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan VLE yang sedang dipaparkan. Dashboard Switch
Dengan menekan butang di dalam kotak berwarna merah di atas, anda akan beralih dari laman Dashboard Peribadi (Dashboard Saya) ke Dashboard Sekolah dan begitu juga sebaliknya. Global Search Box
Dalam kotak carian ini, anda boleh mencari sumber atau tarikh janji temu yang terdapat di dalam Frog VLE. Jika terdapat aplikasi yang sedang aktif, pencarian anda akan bermula dari dalam aplikasi tersebut sebelum ia merentasi ke seluruh Frog VLE. Hasil carian kemudiannya akan memaparkan beberapa sumber atau temu janji. Jika terdapat lebih banyak padanan, pautan More akan memaparkan hasil carian selebihnya.
powered by
11
transforming education through the Internet
Home Butang Home berfungsi untuk membawa anda kembali ke Dashboard. Quick Launch Ikon Quick Launch memaparkan menu Quick Launch. Di sini anda boleh meneroka semua bahagian VLE. Resource Manager Resource Manager adalah ibarat jantung kepada Frog VLE. Di sini anda boleh membuat dan menyimpan sebarang sumber.
Application Tray
Application Tray membolehkan anda menukar antara laman atau aplikasi yang telah dibuka. Apabila anda mengklik butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan dipaparkan. Jika anda klik mana-mana ikon yang terdapat pada Tray , anda akan dibawa ke halaman yang diklik. Laman atau aplikasi yang sedang aktif di dalam Application Tray boleh ditutup dengan mengklik butang [x].
Notifications
Ikon Notifications akan memaparkan petunjuk yang berwarna merah apabila terdapatnya mesej baru. Ikon ini menunjukkan tentang jumlah pemberitahuan yang belum lagi dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan mempamerkan pemberitahuan dari Calendars, Assignments, Wall, Quizzes, Poll dan Forms. Apabila anda klik pada mana-mana mesej di dalam Events Feed, anda akan dibawa ke aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut. Pemberitahuan yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya daripada pelajar yang sama, akan dikumpulkan di dalam Events Feed. Nota: Notification Widget yang terdapat di dalam Content Panel boleh diletakkan di dalam Dashboard Saya.
powered by
12
transforming education through the Internet
Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam VLE. Pautan-pautan ke ruangan ini boleh didapati dalam menu Quick Launch pada Frog Bar. Klik pada ikon Quick Launch.
Pilih satu ikon dari menu Quick Launch. Ikon-ikon adalah seperti di bawah:
Gambaran Keseluruhan menu Quick Launch (paparan Guru) 1. Bookshelf
7. My Dashboard
2. Assignment
13. Forms
19. Sites
8. Departmental Site
14. Polls
20. My Documents
3. Calendar
9. Pin-Point
15. Email
21. Forums
4. School Dashboard
10. FrogStore
16. Resource Manager 22. Lesson Resources
5. Booking Calendar
11. School Documents
17. Analytics
6. Community
12. The Pond
18. Quizzes
powered by
13
transforming education through the Internet
1. Bookshelf Pengguna: Pentadbir Frog, Ibu bapa, Guru dan Pelajar. Bookshelf adalah aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk melihat buku-buku digital mereka melalui FrogStore. BookShelf bukan sahaja boleh menyimpan buku-buku digital tetapi turut menyediakan pembaca buku digital.
2. Assignments Pengguna: Guru, Pelajar (paparan penerima) dan Pentadbir. Aplikasi Assignments disediakan bagi membolehkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan mengubah tugasan yang disediakan untuk pelajar. Setelah Site untuk tugasan disediakan, ia boleh dihantar kepada pelajar melalui satu proses mudah. Assignments boleh diberikan kepada pelajar secara individu ataupun berkumpulan. Aplikasi Assignments ini juga turut memudahkan guru untuk menghantar mesej kepada pelajar yang diberikan tugasan. Mesej boleh dihantar kepada pelajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Apabila pelajar menghantar tugasan mereka, ia akan dihantar kembali ke kawasan Assignments agar guru dapat menyemak dan memberi komen. Guru akan menerima pemberitahuan di dalam panel Notifications , jika sebarang tugasan telah dihantar atau sebarang mesej diterima. powered by
14
transforming education through the Internet
Pelajar tidak boleh memberi tugasan. Mereka hanya boleh melihat, menyiapkan dan menghantarnya kepada guru. Sebaik guru memberi tugasan, pemberitahuan akan dihantar kepada pelajar menerusi panel Notifications. Tugasan boleh dibuka dengan hanya mengklik pemberitahuan tersebut. Jika markah telah diberi, pelajar juga akan turut menerima pemberitahuan.
3. Calendar Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog. Calendar ini dapat memudahkan anda untuk menguruskan semua aktiviti. Jika perlu, anda juga boleh berkongsikan kalendar anda dengan guru-guru lain. Anda turut boleh membuat kalendar-kalendar lain dan berkongsikannya secara umum ataupun tertutup. Ia mungkin kalendar untuk aktiviti ko-kurikulum ataupun untuk sebarang acara istimewa. Anda juga boleh meletakkan maklumat tambahan untuk sesuatu acara/aktiviti, seperti lokasi acara, jemputan dan nota.
powered by
15
transforming education through the Internet
4. School Dashboard Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir. School Dashboard memaparkan notis dan maklumat yang diuruskan oleh pihak sekolah. Di sini anda boleh melihat papan notis, imej, video dan memuat turun fail-fail penting. Ia juga mengandungi suapan MOE RSS yang sentiasa memberikan anda maklumat tentang berita pendidikan atau maklumat untuk pihak sekolah dan guru-guru. School Dashboard adalah diuruskan oleh Pentadbir Frog sahaja.
5. Booking Calendar Pengguna: Guru, Pentadbir Frog. Booking Calendar digunakan apabila anda ingin menempah bilik atau sumber di sekolah anda. Sekiranya bilik/sumber tersebut telah ditempah, pengguna lain tidak akan boleh membuat tempahan untuk sumber atau bilik tersebut, pada waktu dan tarikh yang sama. Pentadbir Frog boleh memasukkan bilik atau sumber baru ke dalam Booking Calendar.
powered by
16
transforming education through the Internet
6. The Frog Community Site (Community Site) Pengguna: Guru, Pentadbir. Community Site adalah portal untuk guru-guru mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan video bantuan serta menyediakan ruangan forum untuk perbincangan tentang isu-isu semasa yang relevan. Community Site ini adalah berasaskan konsep berkumpulan. Setiap kumpulan memiliki Wall masing-masing yang membolehkan setiap ahlinya menghantar mesej.
Guru boleh mencari dan menyertai mana-mana kumpulan yang dipaparkan dalam hasil carian. Jika tiada kumpulan yang ditemui, kumpulan baru boleh diwujudkan dengan salah satu pilihan berikut: Public – kumpulan akan terpapar dalam hasil carian dan sesiapa sahaja boleh menyertainya. Private – kumpulan tidak akan terpapar dalam hasil carian dan mereka yang mahu menjadi ahli perlu menerima jemputan daripada pemilik kumpulan.
7. My Dashboard Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog.
My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui sebaik anda log masuk ke dalam VLE. Anda boleh mengubah suai halaman ini dengan memasukkan kalendar sekolah, RSS Feeds atau pemberitahuan. Kandungan peribadi seperti gambar, video atau pautan ke laman kegemaran anda juga boleh dimasukkan. Gunakan Widgets untuk mengubah wajah dan kandungan Dashboard, pada bila-bila masa dan mengikut citarasa anda.
powered by
17
transforming education through the Internet
Nota: My Dashboard tidak boleh dikongsi atau diserahkan kepada pengguna lain.
8. Departmental Sites Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Setiap bidang memiliki Department Site masing-masing. Di laman utamanya terpapar notis alu-aluan, carta organisasi bidang/panitia, markah peperiksaan dan notis-notis lain. Dalam Laman Bidang/Panitia, mata pelajaran yang berkaitan dipautkan agar pelajar mudah mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran. Dalam laman itu, kandungan seperti maklumat kurikulum, galeri, video, profil guru, panduan ulang kaji, soalan tahun lepas dan lain-lain, boleh dimasukkan. Laman Bidang/mata pelajaran juga boleh ditambah, jika perlu.
powered by
18
transforming education through the Internet
9. Pin-Point Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir. Pin-Point adalah alat carian pantas untuk kandungan. Ia menarik kandungan dari My Library, selepas kandungan tersebut ditambah melalui FrogStore dan juga Internet menerusi YouTube, Vimeo dan Flickr.
Pin-Point boleh diakses sama ada dari menu Quick Launch atau dari beberapa widget di dalam platform Frog. Ia termasuklah widget Media, Pautan ke Fail dan Pautan Luar. Pin-Point juga boleh diakses apabila item media ditambah kuiz, seperti dan imej.
10. FrogStore Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu bapa dan Pentadbir Frog.
FrogStore adalah satu pasar pengajaran dan pembelajaran yang memberi akses lancar untuk anda mendapatkan perkhidmatan, produk dan kandungan pendidikan yang ‘terbaik dalam kelas’ bagi tujuan mempertingkatkan perjalanan pembelajaran anak-anak.
powered by
19
transforming education through the Internet
FrogStore terdapat di dalam Frog VLE pengguna. Ibu bapa turut boleh mengakses FrogStore melalui Frog VLE atau portal 1BestariNet. Kandungan yang diperolehi oleh ibu bapa akan diasimilasikan ke dalam Frog VLE untuk kegunaan anak-anak mereka di sekolah. Item yang lebih besar seperti peranti mudah alih atau Chromebook akan dihantar terus ke pintu rumah anda atau boleh diambil di kedai-kedai YES yang terdekat.
11. School Documents Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir. School Documents adalah tempat penyimpanan dokumen yang boleh digunakan oleh semua warga sekolah. Guru dan pelajar boleh melihat dan memuat turun fail-fail yang dimasukkan ke dalam ruangan ini. Ini merangkumi buku panduan guru dan pelajar, polisi atau maklumat sekolah. Fail-fail ini boleh dikategorikan dalam bentuk folder. Dokumen boleh berformat zip, MS Word, MS Excel, PDF, video MP4 atau fail audio.
Pelajar akan diberi akses lihat dan muat turun sahaja manakala guru pula diberi akses pentadbir untuk tujuan menambah atau memadam maklumat.
powered by
20
transforming education through the Internet
12. The Pond Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog. Lompatlah ke The Pond, bagi mencetus dan berkongsikan idea-idea yang hebat. The Pond disediakan khas untuk golongan pelajar. Pelajar boleh mula menimba pengalaman bersama Frog dengan memanfaatkan tip -tip dan idea-idea tentang cara untuk menggunakan Frog dengan berkesan.
13. Form Pengguna: Guru dan Pentadbir.
Di dalam ruangan Form (Borang), semua borang yang anda hasilkan akan dipaparkan. Borang yang dihasilkan di laman ini sedia digunakan di laman-laman anda. Borang-borang boleh diedit dan dipadam dari Resource Manager.
powered by
21
transforming education through the Internet
14. Polls Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog.
Polls akan memaparkan semua tinjauan yang anda hasilkan. Polls yang dihasilkan di laman ini sedia untuk digunakan di laman-laman anda. Ia boleh diedit, dipadam dan diterbitkan.
15. Email Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir. Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE akan mendapat akses ke e-mel mereka sendiri. E-mel boleh dihantar kepada, dan diterima daripada, mana-mana pengguna lain, bukan sahaja di kalangan pengguna di sekolah tetapi di mana sahaja. Alamat e-mel tersebut adalah sama dengan ID pengguna yang anda gunakan untuk log masuk ke dalam VLE.
powered by
22
transforming education through the Internet
16. Resource Manager Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.
Resource Manager adalah aplikasi utama untuk mengakses sumber yang anda telah hasilkan atau yang telah dikongsikan kepada anda. Anda boleh menyimpan, melihat, mengubah dan menghasilkan kandungan di dalam semua bahagian VLE, yang anda dibenarkan berbuat demikian.
Terdapat beberapa pilihan yang disediakan: Latest Files: Hanya memaparkan fail-fail terkini yang anda telah muat naik ke dalam My Documents. Favourites: Memaparkan sebarang laman yang anda masukkan ke dalam senarai Kegemaran untuk akses mudah dan pantas. My Documents: Fail-fail peribadi anda disimpan di sini dan ia tidak boleh diakses atau atau dilihat oleh pengguna lain. Sub-seksyen My Library mengandungi fail-fail yang dimuat turun dari FrogStore. Sites: Mana-mana laman yang anda buat atau yang dikongsikan dengan anda akan dipaparkan di sini. Sub-seksyen My Library mengandungi fail-fail yang dimuat turun dari FrogStore. Quizzes: Kuiz yang anda hasilkan muncul di dalam My Quizzes. School Quizzes memaparkan senarai kuiz yang tidak boleh diedit yang dibuat di sekolah anda. Applications: Memaparkan semua aplikasi yang dipasang. Pentadbir Frog boleh mengakses data pengguna dan kumpulan dari kawasan ini. Lesson Resources: Semua fail pengajaran dan pembelajaran harus dimuat naik ke dalam Lesson Resources. Hanya guru dan pentadbir Frog yang memiliki akses ke bahagian ini dan bukannya pelajar. School Documents: Memberi akses ke School Documents. Guru dan Pentadbir boleh memuat naik atau turun fail. Pelajar boleh melihat dan memuat turun. Forms: Menyediakan akses ke bahagian utama pembuatan dan penyimpanan borang. Borang boleh digunakan semula apabila perlu. Polls: Menyediakan akses ke bahagian utama pembuatan dan penyimpanan Tinjauan. Tinjauan boleh digunakan semula apabila perlu.
powered by
23
transforming education through the Internet
17. Analytics Pengguna: Pentadbir Frog. Analytics di dalam Frog VLE menyimpan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan VLE. Ini termasuklah tentang log masuk pengguna dan pembuatan laman. Dengan maklumat yang dikumpulkan, anda dapat melihat kekerapan pengguna melog masuk ke dalam VLE, selain memaparkan tentang pengguna yang tidak pernah log masuk ke dalam VLE. Maklumat pembuatan laman membolehkan anda melihat bilangan laman yang telah dihasilkan, dalam tempoh masa yang ditetapkan.
18. Quizzes Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog.
My Quizzes akan memaparkan semua kuiz yang anda telah hasilkan. Semua kuiz di dalam laman ini boleh diedit, diterbitkan atau dipadam. Sebaik sahaja kuiz dihasilkan, ia boleh digunakan di laman anda.
School Quizzes: Memaparkan kuiz-kuiz yang dihasilkan oleh pengguna lain di sekolah anda. Walaupun kuizkuiz yang dihasilkan oleh pengguna lain tidak boleh diedit atau dipadamkan, tetapi ia boleh digunakan di laman anda. powered by
24
transforming education through the Internet
19. Sites Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog. Sites adalah laman-laman yang diwujudkan di dalam VLE. Laman-laman ini boleh ditag dengan kata kunci agar ia mudah dicari dan dibahagikan mengikut kategori. Laman-laman yang diwujudkan akan tersenarai di dalam My Sites di Resource Manager. Laman yang ditag dengan nama mata pelajaran khusus, misalnya English; akan muncul dalam kategori Subject Sites. Laman yang ditag dengan aktiviti ko-kurikulum seperti kelab dan lawatan pula akan muncul di dalam Co-curricular Sites. Other Sites menyenaraikan laman-laman yang tidak ditag dengan kata kunci berkaitan mata pelajaran atau kokurikulum tertentu, ataupun laman-laman yang ditag dengan kata kunci ‘other’ , untuk laman-laman yang dikongsikan dengan anda. Demi keselamatan, kawasan Sites tidak boleh diakses jika pengguna tidak log masuk ke dalam VLE. Pembuat laman mengawal hak ‘akses dan edit’. Sekiranya sesebuah laman itu tidak dikongsikan dengan anda, ia tidak dapat dilihat di dalam Resource Manager.
Laman yang dihasilkan boleh dihantar ke MoE Repository untuk dikongsikan dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia. Setelah dimuat naik, laman tersebut akan disemak dan disenaraikan untuk muat turun. Hanya guru yang boleh memuat naik dan memuat turun laman-laman melalui MoE Repository.
20. My Documents Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir. My Documents adalah ruangan penyimpanan fail-fail peribadi anda dan ia tidak boleh diakses oleh pengguna lain. powered by
25
transforming education through the Internet
21. Forums Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir. Forums memaparkan Forum Sekolah. Forum ini adalah untuk warga sekolah dan boleh dilihat oleh guru-guru dan para pelajar. Hanya Pentadbir Frog yang boleh memasukkan topik dalam Forum Sekolah.
Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan tentang topik tertentu berkaitan sekolah. Di setiap topik terdapat tarikh yang membolehkan guru menyemak perbincangan dan mengetahui tentang individu yang telah memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta forum boleh mengawal semua topik, akses dan tetapan.
powered by
26
transforming education through the Internet
22. Lesson Resources Pengguna: Guru, Pentadbir Frog.
Di dalam Lesson Resources terdapat folder-folder yang mengandungi sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran. Misalnya fail-fail yang digunakan semasa mengajar atau yang dimasukkan ke dalam Site. Guru-guru boleh membuat fail dan memuat naik sumber-sumber yang sedia untuk digunakan ke dalam Site.
Lesson Resources juga boleh menjadi ruangan untuk guru-guru lain mengakses sumber-sumber tertentu. Dokumen-dokumen yang dibenarkan terdiri daripada fail berformat zip, MS Word, Excel, PDF, video MP4 atau fail audio. Setiap bidang/panitia/jabatan disaran memiliki foldernya yang tersendiri. Dalam setiap folder, setiap guru memiliki folder masing-masing bagi memudahkan mereka memuat naik sumber-sumber.
powered by
1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah (Pengguna: Pentadbir) 1.4 How to Create Your School Calendar (User: Admin)
28
transforming education through the Internet
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah TUGASAN: Menghasilkan Kalendar Sekolah.
OBJEKTIF: Memastikan para peserta memahami tentang cara Pentadbir Frog memasukkan aktiviti dan acara ke dalam kalendar sekolah.
TEMPOH MASA: 20 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.4 – Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah • Komputer • Papan putih • Pen Marker • Pen and buku nota • Projektor
TATACARA: 1. PENGENALAN • Jurulatih akan bertanya soalan tentang keberkesanan penyampaian maklumat menggunakan takwim sekolah di dalam bentuk hard copy. SOALAN: • Mengapakah pihak sekolah perlu menukar takwim sekolah mereka kepada Kalendar Sekolah Frog bagi tujuan penyampaian maklumat tentang aktiviti sekolah? • Kalendar Sekolah Frog memberi lebih kesan kepada penyampaian maklumat kerana ia mudah, pantas dan menjimatkan penggunaan kertas! 2. VIDEO – Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah Mainkan video dan hentikannya seketika apabila perlu. Maklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi video. 3. SESI IMBASAN Imbas semula langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika melakukan pengubahsuaian kalendar sekolah.
powered by
29
transforming education through the Internet
PANDUAN PENGGUNA Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah Penting! Untuk menghasilkan kalendar sekolah, anda mesti log masuk sebagai Pentadbir Frog. Untuk memulakannya, klik pada Quick Launch di Frog Bar.
Kemudian, klik ikon Calendar.
Dalam aplikasi Calendar, klik pada butang Add untuk menghasilkan kalendar sekolah.  
powered by
30
transforming education through the Internet
Sebaik sahaja anda klik pada butang Add, satu tetingkap kecil akan muncul. Taipkan nama dan deskripsi kalendar. Sebagai contoh: Calendar Name: Kalendar Sekolah Calendar Description: Takwim Sekolah 2012
Anda juga boleh menentukan tahap akses kalendar bagi warga sekolah. Di sebelah Calendar Availability, terdapat satu petak yang tertulis Restricted. Klik anak panah kecil di hujung petak tersebut.
Pilih salah satu tahap akses yang terpapar di menu ke bawah iaitu: Restricted, Public, Shared. Untuk contoh ini kita akan memilih Public.
Setelah selesai, klik pada Create Calendar.
Kini anda dapat melihat ikon Kalendar Sekolah terpapar di bahagian kiri skrin anda.  
powered by
31
transforming education through the Internet
Untuk memasukkan acara / aktiviti ke dalam Kalendar Sekolah, klik butang New.
Tetingkap New Event akan dipaparkan sebaik sahaja anda mengklik butang tersebut.
Dalam panel New Event, sila masukkan nama acara / aktiviti. Sebagai latihan, taipkan: “Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah”. Masukkan juga lokasi acara tersebut. Contohnya, “Dataran Sekolah”.
powered by
32
transforming education through the Internet
Kemudian, klik pada kotak Starts / Ends. Tetingkap Event Start & End akan dipaparkan.
Tukarkan tarikh dan masa bagi acara / aktiviti tersebut. Sebagai contoh: Start Date : Wed 16/May/2012 Start Time : 7.45 am End Date : Wed 16/May/2012 End Time : 10.30 am
Setelah selesai, klik butang OK yang terdapat di bahagian bawah tetingkap tersebut. Anda akan dibawa kembali ke tetingkap New Event yang terdahulu.
powered by
33
transforming education through the Internet
Dalam ruangan Note, sila masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan acara / aktiviti baru tersebut.
Sebagai contoh, masukkan nota: “Persembahan pelajar akan bermula pada pukul 8.30 pagi�.
Untuk mempamerkannya dalam Kalendar Sekolah anda, klik pada Calendar.
powered by
34
transforming education through the Internet
Tetingkap Choose Calendar akan terpapar. Klik pada Display in.
Pilih Kalendar Sekolah. Kemudian, klik OK apabila selesai.
Klik butang Create Event untuk memasukkan acara/aktiviti tersebut ke dalam kalendar anda.
powered by
35
transforming education through the Internet
Kini, entri tersebut akan terpapar dalam Kalendar Sekolah anda.
Anda boleh memasukkan acara / aktiviti lain ke dalam Kalendar Sekolah anda dengan mengikut langkahlangkah yang telah ditunjukkan tadi. Sebagai contoh kita akan memasukkan: New Entry : Kelas Tambahan Tahun 6 Location : Dewan Utama Sekolah Start Date : Mon 26/May/2012 Start Time : 7.45 am End Date : Wed 26/May/2012 End Time : 11.00 am Acara / Aktiviti tersebut akan dimasukkan ke dalam Kalendar Sekolah seperti paparan di bawah.
powered by
1.5 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan (Pengguna: Pentadbir) 1.5 How to Create Booking Calendar (User: Admin)
37
transforming education through the Internet
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan TUGASAN: Menghasilkan Kalendar Tempahan.
OBJEKTIF: Menunjukkan kepada peserta bagaimana kalendar tempahan direka dan dibatalkan.
TEMPOH MASA: 15 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.5 –Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan
TATACARA: 1. PENGENALAN • Jurulatih memberitahu peserta tentang pelbagai kalendar tempahan yang boleh dihasilkan. Terangkan bahawa hanya Pentadbir Frog sahaja yang boleh menghasilkan kalendar tempahan. 2.
VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan • Jurulatih menerangkan kandungan video ini dan bagaimana kalendar tempahan baru boleh dihasilkan. • Mainkan video.
powered by
38
transforming education through the Internet
PANDUAN PENGGUNA Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan Penting! Untuk menghasilkan kalendar tempahan, anda mesti log masuk sebagai Pentadbir Frog.
Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik Booking Calendar.
Setelah tetingkap Booking Calendar dipaparkan, sila tuju ke arah Booking Items di sebelah kiri bahagian bawah skrin anda. Klik butang Add untuk memasukkan sumber tempahan baru ke dalam Booking Calendar.
Sesudah anda klik pada Add tersebut, anda akan dapat melihat skrin Create Booking Item. Taipkan nama dan deskripsi berkaitan kalendar tempahan yang baru itu. Contoh: Makmal Komputer, projektor, TV, Bilik Mesyuarat dll.
Anda juga perlu memasukkan dan menentukan kategori tempahan. Sila klik menu ke bawah Booking Item Type dan pilih kategori tempahan anda. Anda boleh memilih sama ada Room ataupun Equipment.  
powered by
39
transforming education through the Internet
Setelah anda memasukkan nama kalendar, klik butang Create Booking Item.
Apabila anda klik Create Booking Item, kalendar tempahan baru yang dihasilkan akan dipaparkan di dalam senarai sumber tempahan yang sedia ada. Anda boleh memilih paparan yang ingin dilihat. Warna item tempahan sudah ditentukan dan tidak boleh diubah suai.
Membatalkan Kalendar Tempahan Pilih Booking Item Settings dari dalam senarai ini. Ia memaparkan maklumat tentang kalendar tempahan yang dipilih seperti nama, deskripsi, jenis dan pemilik.
powered by
40
transforming education through the Internet
Klik Delete untuk mengeluarkan kalendar tempahan yang terpilih. Sebaik saja anda klik Delete, satu paparan Important akan muncul untuk mengesahkan pembatalan kalendar tempahan. Untuk mengesahkan arahan ini, taip ‘yes’ dan tekan ‘Enter ’.
Kalendar tempahan tersebut telahpun dibatalkan.
powered by
1.6 Bagaimana Mengedit Dashboard Anda (Pengguna: Guru) 1.6 How to Edit Your Dashboard (User: Staff)
42
transforming education through the Internet
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda TUGASAN: Mengubah suai Dashboard anda.
OBJEKTIF: Memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.
TEMPOH MASA: 30 minit
ALATAN DIPERLUKAN: •
Video 1.6 - Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit. 2. VIDEO – Bagaimana Mengedit Dashboard Anda Mainkan video ”Bagaimana Mengedit Dashboard Anda”. Berhenti seketika dan beri penjelasan apabila perlu. Galakkan para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan yang diberi menerusi video. 3. SESI IMBASAN Imbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
powered by
43
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Bagaimana Mengedit Dashboard Anda Your Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui sebaik sahaja anda log masuk ke dalam VLE. Anda boleh mengubah suai dashboard dengan memasukkan kalendar sekolah, RSS Feeds, atau pemberitahuan. Anda juga boleh menambah kandungan seperti foto, video atau pautan ke laman web kegemaran anda. Susun atur kandungan adalah mengikut kehendak anda dan anda boleh gunakan Widgets untuk menukar paparan dan kandungan Dashboard .
Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit di sebelah kiri skrin anda. Ia akan memaparkan Content Tray.
Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu: Layout – Tab ini digunakan untuk menukar bilangan dan kedudukan kotak kandungan dalam halaman anda. Settings – Digunakan untuk menukar nama dan tema Dashboard anda. Widgets – Widget boleh diseret masuk ke dalam lajur di dalam halaman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video dan gambar. powered by
44
transforming education through the Internet
Menukar Tetapan pada Dashboard Anda Di dalam Content Tray, klik pada tab Settings.
Untuk menukar nama Dashboard anda, masukkan nama yang dikehendaki ke dalam kotak Name of Site. Nama Dashboard di halaman anda akan dikemaskini secara automatik. Contohnya: Cikgu Pheobe.
Ia akan terpapar di sebelah kiri atas Dashboard seperti yang ditunjukkan di bawah.
Untuk menukar tema Dashboard pula, pilih tema baru dengan mengklik menu ke bawah yang terdapat di sebelah kanan.
powered by
45
transforming education through the Internet
Apabila anda klik menu ke bawah tersebut, menu dengan tema yang sedia ada akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan klik pada tema yang anda inginkan. Ia akan menukar tema Dashboard yang anda pilih secara automatik.
Menukar susun atur Dashboard anda Di dalam Content Tray klik pada tab Layout. Pilih bilangan kotak kandungan yang anda inginkan berdasarkan butang bernombor. Anda boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak dalam satu halaman. Klik pilihan 3 dalam tetapan Boxes. Tiga susun atur yang berbeza akan dipaparkan. Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak kandungan anda akan dipaparkan pada Dashboard. Apabila anda klik pada susun atur tertentu, halaman anda secara automatik akan dikemaskini dengan susun atur baru. Klik pada susun atur kedua di sebelah kanan. Dashboard anda kini sedia untuk diisikan dengan kandungan.
powered by
46
transforming education through the Internet
Widgets Di dalam Content Tray, sila klik pada tab Widgets. Anda kini boleh melihat semua widget yang tersedia. Setiap widget memiliki nama dan ikonnya yang tersendiri. Widget adalah komponen dashboard atau laman yang membolehkan pengguna menggunakan sesuatu fungsi atau mengakses perkhidmatan. Widget boleh digunakan dengan cara menyeret setiap widget ke dalam kotak kandungan pada halaman dan tetapannya ditentukan. Lebih daripada satu widget boleh digunakan dalam satu-satu halaman. Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan apabila diarahkan. Untuk kebanyakan widget, anda perlu memasukkan maklumat berkaitan kandungan yang diingini sebelum ia boleh dipaparkan pada Dashboard.
Menambah Widget pada Dashboard anda Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.
Padamkan sebarang widget yang sedia ada sebelum mengubah suai Dashboard anda dengan mengklik pada tanda pangkah kecil berwarna merah.
powered by
47
transforming education through the Internet
Pilih widget Media yang dikehendaki dan seretkannya ke dalam kotak di sebelah kiri atas laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum widget dilepaskan.
Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut untuk memaparkan tetapan widget.  
powered by
48
transforming education through the Internet
Muat naik gambar daripada komputer atau daripada storan USB anda. Klik butang Upload di ruangan Choose Media untuk melancarkan File Uploader.
Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu fail untuk dimuat naik. Sebaik sahaja muat naik selesai, mesej ‘Done’ berwarna hijau akan terpapar. Klik pada butang Done di bawah.
Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz di menu ke bawah ‘Please select media size’. Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan yang dibuat.
powered by
49
transforming education through the Internet
Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.
Menambah Widget Calendar Widget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti di dalam kalendar pada Dashboard anda. Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan di atas. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget tersebut.
Terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza dalam Frog VLE anda seperti kalendar peribadi, kokurikulum, akademik dan peperiksaan. Oleh yang demikian, anda boleh memilih kalendar yang ingin dipaparkan pada Dashboard. Pilih kalendar peribadi anda.
powered by
50
transforming education through the Internet
Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan daripada senarai menu ke bawah ‘Max Events to Display ‘ dan pilih nombor 5.
Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.
Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.
Menambah Widget Notes Pilih widget Notes dan seretkannya ke dalam Dashboard seperti tertera di bawah. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum widget dilepaskan.
powered by
51
transforming education through the Internet
Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaip peringatan untuk paparan. Klik dua kali pada My Notes dan anda akan dapat melihat tetapan My Notes di sebelah kiri skrin.
Taipkan nota ini ke dalam kotak: “Buku Latihan Tatabahasa – Pulangkan kepada Tingkatan 5 Maju“. Ikon yang terletak di bahagian bawah tetingkap teks digunakan untuk mengubah suai format teks anda. Di samping itu, anda boleh memilih salah satu daripada pilihan sedia ada daripada menu ke bawah Font Format. Tukar format untuk ”Buku Latihan Tatabahasa“ dengan menebalkan teks, dengan mengklik pada butang B.
powered by
52
transforming education through the Internet
Dashboard anda kini akan kelihatan seperti di bawah.
Menambah Pautan Luar Sekarang kita akan menambah pautan luar pada Dashboard bagi memudahkan anda mengakses laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan memautkannya dengan akhbar Berita Harian. Pautan ini akan dapat dilihat di Dashboard setiap kali anda log masuk ke dalam Frog VLE. Klik widget External Link dan tarik ia ke dalam kotak kanan, di bawah widget Calendar.
powered by
53
transforming education through the Internet
Masukkan nama dan URL laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menggunakan: Enter Name for Site: Berita Harian Enter URL: http://www.bharian.com.my
Klik butang Add Icon for Site untuk menukar ikon yang sedia terdapat pada widget External Link. Kemudian, cari logo Berita Harian daripada Pin-Point. Taipkan ‘Logo Berita Harian’ di dalam kotak carian dan klik ikon PinPoint.
Pilih logo Berita Harian yang tertera dan klik butang Use. Ikon tersebut akan dimasukkan pada pautan anda.  
powered by
54
transforming education through the Internet
Masukkan deskripsi pautan luar tersebut dengan memberikan penerangan yang berkaitan dengan laman web yang dipaut. Misalnya, deskripsi untuk pautan ini adalah: Surat Khabar Kegemaran ku. Simpan perubahan dengan mengklik pada butang Save Changes.
Klik pada butang X untuk menutup Dashboard anda.
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda klik pautan tersebut, laman web berkaitan akan terpapar dalam Tab baru.
Tahniah, anda telah berjaya mengubah suai Dashboard anda!
powered by
1.7 Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda (Pengguna: Guru) 1.7 How to Use Your Calendar (User: Staff)
56
transforming education through the Internet
Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda TUGASAN: Menggunakan Kalendar.
OBJEKTIF: Memastikan para peserta memahami bagaimana untuk memasukkan aktiviti dan acara ke dalam kalendar peribadi dan menghantar jemputan kepada guru-guru lain.
TEMPOH MASA: 20 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.7 – Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda • Komputer • Papan putih • Pen Marker • Pen and buku nota • Projektor
TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih mengajukan soalan mengenai pengalaman peserta menggunakan kalendar. SOALAN: • Mengapakah anda perlu menggunakan Kalendar Frog untuk aktiviti harian? • Apakah impak positif hasil daripada penggunaan Kalendar Frog? Anda boleh memaparkan dan mengurus apa juga aktiviti seperti memasukkan tarikh, masa, tempat dan nota berkaitan. Kalendar Frog memberi impak positif kepada pengurusan masa. Pengguna boleh menyusun tugasan tertentu berdasarkan keutamaan, mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Keupayaan untuk menghasilkan beberapa jenis kalendar juga turut membolehkan peserta menguruskan aktiviti-aktiviti sekolah seperti kelas ICT, aktiviti kokurikulum dan lain-lain, secara lebih teratur. 2.
KALENDAR DIGITAL
Jurulatih menerangkan tentang perlunya kalendar digital menggantikan kalendar manual. 3.
VIDEO – Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda • Paparkan video “Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda” dan hentikannya seketika apabila perlu. • Minta peserta mematuhi arahan yang diberikan menerusi video.
4.
SESI IMBASAN
Imbas semula langkah-langkah yang diperlukan untuk pengubahsuaian kalendar. powered by
57
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Menghasilkan Acara / Aktiviti baru Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Calendar. Dalam tetingkap Calendar, klik pada masa acara / aktiviti anda bermula dan kemudian tarikh dan masa ia berakhir.
Dalam panel New Event masukkan nama acara / aktiviti tersebut. Sebagai latihan, masukkan acara / aktiviti anda sendiri seperti mesyuarat (segera atau berjadual), sambutan, acara dan sesi perbincangan.
Pada pilihan Repeat, secara lalai tertera perkataan none yang menunjukkan bahawa acara/aktiviti baru tidak akan diulang setiap hari, minggu, bulan dan tahun seterusnya. Jika anda mahu mengubah peringatan ulangan ini, klik pada pilihan none.
powered by
58
transforming education through the Internet
Setelah itu, anda akan dibawa ke panel seterusnya yang memaparkan beberapa pilihan untuk ulangan acara/aktiviti iaitu: No Recurrence, Every Day, Every Two Weeks, Every Month, dan Every Year. Sebagai latihan, pilih No Recurrence dan tekan pada butang OK.
Anda akan dibawa kembali ke panel asal iaitu panel New Event. Pada panel ini, sila masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan acara/aktiviti. Sebagai contoh, masukkan nota: “TOLONG BAWA LAPTOP DAN LAPORAN MESYUARAT PIBG BULAN 3. TERIMA KASIH�.
Hantar jemputan kepada seorang guru atau kumpulan ke acara tersebut dengan mengklik butang Manage Invitations dan cari individu atau kumpulan yang berkenaan.
Di dalam kotak carian, taip nama individu atau kumpulan yang anda ingin jemput ke acara tersebut. Jika nama mereka tersimpan di dalam VLE, ia akan muncul secara automatik di bawah kotak carian.
powered by
59
transforming education through the Internet
Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut untuk menambahkannya ke dalam senarai. Jemputan akan dihantar kepada mereka melalui panel Notifications. Acara/aktiviti juga akan muncul di dalam kalendar mereka supaya mereka boleh menerima atau menolak jemputan tersebut. Klik OK untuk menghantar jemputan. Klik butang Save Changes untuk memasukkan acara/aktiviti ke dalam kalendar anda.
Memadam Acara / Aktiviti Klik pada acara/aktiviti kalendar untuk melihat butirannya. Untuk memadamkannya, klik butang Delete yang berwarna merah. Tindakan ini juga akan memadamkan mana-mana jemputan pada kalendar dan di panel Notifications pengguna lain.
Menukar Warna Kalendar
Untuk mengenal pasti acara/aktiviti kalendar anda dengan lebih mudah, tetapkan warna yang berbeza untuk setiap kalendar. Klik pada anak panah kecil berwarna putih di hujung kalendar anda, di bahagian My Calendar.
powered by
60
transforming education through the Internet
Pilih Set Colour dari menu pilihan untuk melihat pilihan warna.
Pilih satu warna dari pilihan warna. Jika anda klik warna di dalam petak empat segi kecil, warna itu akan ditambah ke dalam panel New. Klik OK untuk mengubah dan mengemaskinikan warna kalendar anda.
Menambah sebuah Kalendar Untuk menambah satu lagi kalendar, klik butang Add di kawasan My Calendars. Kalendar tambahan mungkin diperlukan untuk acara berjadual yang berbeza, sebagai contoh aktiviti ko-kurikulum.
Apabila anda mengklik butang Add, anda akan melihat paparan skrin seperti di sebelah. Masukkan nama dan huraian pada kalendar baru. Sebagai latihan, masukkan maklumat berikut: Calendar Name: Tae Kwon Do Calendar Description: Sesi Latihan Dalam menu ke bawah Calendar Availability, pilih tahap akses kalendar tersebut.
powered by
61
transforming education through the Internet
Pilihan adalah seperti berikut: • Restricted – Hanya anda yang boleh mengakses kalendar. • Public – Semua pengguna VLE boleh melihat kalendar tetapi tidak boleh membuat perubahan ataupun memasukkan acara/aktiviti ke dalam kalendar. • Shared – Hanya mereka yang diberi kebenaran boleh melihat dan membuat perubahan pada kalendar.
Pilih Public. Kemudian, klik Create Calendar.
Kalendar baru anda akan muncul di bawah kalendar peribadi. Pengguna lain boleh mengakses kalendar tersebut. Klik tab untuk menukar paparan kalendar mengikut keperluan.
powered by
1.8 Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan (Pengguna: Guru) 1.8 Overview of the Booking Calendar (User: Staff)
63
transforming education through the Internet
Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan TUGASAN: Gambaran keseluruhan tentang Booking Calendar.
OBJEKTIF: Menerangkan kepada peserta tentang cara sumber ditempah di dalam Booking Calendar.
TEMPOH MASA: 10 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • VIDEO 1.8 – Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan (Guru)
TATACARA: 1. PENGENALAN: Jurulatih bertanya soalan kepada para peserta tentang bagaimana sumber–sumber boleh ditempah di sekolah mereka. Menjelaskan bagaimana Frog menyediakan sistem untuk menggunakan sumber Booking Calendar. Sumber sekolah boleh ditempah dari rumah dan ia menjimatkan masa seseorang guru. Sumber-sumber tersebut boleh ditambah oleh Pentadbir Frog sahaja. 2. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan (Guru) • Mainkan video bagaimana sumber ditempah dengan menggunakan Booking Calendar.
powered by
64
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Gambaran Keseluruhan Tentang Booking Calendar – Membuat tempahan Klik pilihan Quick Launch pada Frog Bar dan klik Booking Calendar.
Anda akan melihat tetingkap Booking Calendar seperti dipaparkan di bawah.
Dalam tetingkap Booking Calendar, sumber-sumber yang tersedia disenaraikan di sebelah kiri, di bawah Booking Items iaitu: Bilik ICT, Bilik Mesyuarat 1, Bilik Mesyuarat 2 dan Projector.
powered by
65
transforming education through the Internet
Pilih sumber yang anda ingin tempah dan klik anak panah kecil berwarna putih yang terdapat di hujung sumber yang dipaparkan. Sebagai contoh, klik Bilik ICT.
Satu menu dengan 2 pilihan akan dipaparkan. Klik Create Booking for this item.
Tetingkap New Booking akan terpapar. Di sini, anda perlu memasukkan masa mula dan masa tamat untuk tempahan. Sekiranya anda hendak menggunakan bilik tersebut sepanjang hari, klik All Day.
Dalam petak New Booking, taip: “Sesi Pengenalan Frog�. Untuk memilih tarikh dan masa, klik Starts / Ends. Anda akan melihat tetingkap Booking Start & End.
powered by
66
transforming education through the Internet
Klik petak Start Date.
Satu kalendar akan dipaparkan. Klik tarikh 23 May.
Sekarang klik petak Start Time. Anda akan melihat satu menu ke bawah. Pilih jam 8.
Klik petak di sebelah kanan untuk memilih minit. Mengikut contoh ini, masa yang dipilih adalah 8.45 pagi. Ulangi prosedur tersebut untuk End Date dan End Time iaitu 23 May dan masa tamatnya ialah 12.30 tengahari.
powered by
67
transforming education through the Internet
Bila maklumat tarikh dan masa sudah dilengkapkan dan disahkan betul, klik butang OK di bawahnya.
Anda akan lihat paparan ini dengan tempahan yang terbaru.
Klik Create Booking untuk mengesahkan tempahan anda.
  Anda akan melihat skrin yang dipaparkan di bawah dengan tempahan pada 23 May untuk Sesi Pengenalan Frog.
powered by
1.9 Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail (Pengguna: Guru) 1.9 How to Create a Folder and Upload Files (User: Staff)
69
transforming education through the Internet
Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail TUGASAN: Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail
OBJEKTIF: Bagi membolehkan pengguna menghasilkan folder dan memuat naik fail.
TEMPOH MASA: 20 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • VIDEO 1.9 – Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail • Komputer • Papan putih • Pen penanda • Pen dan buku nota • Projektor
TATACARA: 1. GAMBARAN KESELURUHAN Memahami bagaimana folder dihasilkan dan cara fail dimuat naik merupakan kemahiran utama dalam latihan awal Frog. Guru digalakkan untuk menggantikan penggunaan storan USB kepada Frog sebagai media penyimpanan yang lebih digemari. Oleh kerana Frog berteraskan pengkomputeran awan (cloud’), fail-fail yang dimuat naik akan sentiasa boleh ditemui dari semasa ke semasa, walau di mana jua anda berada asalkan terdapatnya sambungan internet. Menyimpan fail di dalam ‘cloud” boleh menangani dua permasalahan semasa: Pertama, pengguna storan USB dan media lain selalu menghadapi situasi terlupa atau tersalah letak. Oleh itu, pengguna tidak boleh mengakses fail-fail penting, yang mengakibatkan berlakunya kelewatan dan penangguhan kerja. Fail yang tersimpan di dalam storan USB juga terdedah kepada kerosakan data dan virus. Kedua, ramai di kalangan guru menjadikan sumber-sumber yang tidak disediakan oleh sekolah sebagai sumber pengajaran mereka. Sumber-sumber ini akan boleh dikongsi bersama guru-guru lain dan ia menjimatkan masa serta menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih konsisten. Menerusi Frog VLE, guru-guru memiliki dua ruang utama untuk memuat naik fail iaitu; My Documents dan Lesson Resources yang boleh dikongsi bersama guru-guru lain. Sebagai cadangan, ruang simpanan My Documents boleh digunakan untuk menyimpan fail-fail peribadi, manakala Lesson Resources pula boleh digunakan untuk menyimpan fail-fail pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar juga boleh memuat naik fail-fail ke dalam ruangan My Documents mereka.
powered by
70
transforming education through the Internet
2. VIDEO – Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail • Mainkan video “Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail”. Berhenti seketika dan beri penerangan jika perlu. Minta peserta menonton video tersebut dan mengikut arahan yang diberikan melalui video. • Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video dengan penggunaan di dalam kelas. 3. PERBINCANGAN Ajukan soalan-soalan berikut: SOALAN: • Bagaimanakah sumber pengajaran dan pembelajaran disimpan di sekolah anda? • Apakah masalah-masalah yang berkaitan dengan amalan menyimpan maklumat di dalam storan USB? • Bagaimanakah Frog VLE boleh membantu anda dalam menguruskan sumber pengajaran dan pembelajaran anda? 4. SESI IMBASAN Imbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
powered by
71
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Bagaimana Menghasilkan Folder Untuk menghasilkan folder dan memuat naik fail, anda perlu membuka Resource Manager. Klik ikon Resource Manager di Frog Bar. Setelah anda klik ikon Resource Manager, anda dapat melihat ruang utama Resources. Klik My Documents pada panel di sebelah kiri anda. Ia akan memaparkan fail-fail peribadi anda di ruang penyimpanan. Nota: Guru juga boleh menghasilkan folder di ruangan Lesson Resources untuk dikongsi bersama guru-guru lain.
Di bahagian atas sebelah kanan My Documents, anda akan melihat butang Actions. Klik butang Actions, skrol ke bawah dan klik New Folder.
Masukkan nama folder di bawah ikon folder. Anda boleh menamakan folder anda mengikut subjek, aktiviti, atau peribadi. Setelah folder tersebut dinamakan, ia kini sudah boleh digunakan.
powered by
72
transforming education through the Internet
Bagaimana Memadam Folder Untuk memadam mana-mana folder, klik folder yang ingin dipadamkan.
Kemudian, klik butang Actions, skrol ke bawah dan klik Delete.
Selepas anda mengklik butang Delete, satu pemberitahuan akan muncul bagi mengesahkan sama ada anda masih mahu memadam folder tersebut atau tidak. Klik OK dan folder anda akan dipadamkan. Peringatan: Sila ambil perhatian bahawa apabila anda memadam folder, anda juga akan turut memadam kesemua fail yang terkandung di dalam folder tersebut.
Bagaimana Memuat Naik Fail Klik butang biru Add Files di bar di atas ruangan penyimpanan My Documents.
powered by
73
transforming education through the Internet
Selepas anda mengkliknya, kotak dialog File Uploader akan dipaparkan.
Anda sekarang mempunyai 2 pilihan untuk memuat naik fail anda:
Pilihan 1 Seret fail dari desktop atau komputer anda ke dalam ‘Drag and drop your files here’. Fail anda akan dimuat naik serta-merta.
Pilihan 2 Klik butang Choose Files dan pilih fail dari dalam komputer anda. Fail anda akan dimuat naik dengan serta-merta.
Setelah anda berjaya memuat naik fail, butang hijau ‘Done’ akan muncul. Keluar dari File Uploader dengan mengklik butang Done. Nota: Proses ini akan mengambil masa selama beberapa minit bergantung kepada saiz dan bilangan fail yang anda muat naik.
powered by
74
transforming education through the Internet
Fail anda telah berjaya dimuat naik ke dalam ruangan penyimpanan My Documents.
Bagaimana Menyalin Fail Untuk membuat salinan fail, klik pada fail yang mahu disalin. Seterusnya, klik butang Actions dan kemudian klik Copy. Fail salinan anda akan dipaparkan di sebelah fail asal.
Nota: Fail-fail yang disalin boleh dikenali kerana terdapat angka pada nama fail sambungan, contohnya: 01. Fail-fail juga boleh dipindahkan ke dalam folder bagi memudahkan rujukan.  
Memadamkan Fail Untuk memadamkan fail, langkahlangkahnya juga adalah sama seperti memadam sesebuah folder. Klik pada fail yang ingin dipadam dan klik butang Actions. Skrol ke bawah dan kemudian klik Delete.
Setelah anda klik butang Delete, satu kotak dialog akan dipaparkan bagi mengesahkan sama ada anda ingin memadam fail tersebut atau sebaliknya. Jika pasti, klik butang OK dan fail anda akan dipadamkan. powered by
1.10 Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran (Pengguna: Guru) 1.10 How to Create a Classroom Resource (User: Staff)
76
transforming education through the Internet
Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran TUGASAN: Menghasilkan sumber pembelajaran.
OBJEKTIF: Memberi kefahaman kepada pengguna tentang bagaimana Sites boleh digunakan untuk menghasilkan sumber pembelajaran.
TEMPOH MASA: 30 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.10 – Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran • Komputer • Papan putih • Pen Marker • Pen and buku nota • Projektor
TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan manfaat yang boleh diperolehi apabila menghasilkan sumber pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE. 2.
VIDEO – Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran • Main video “Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran“ dan hentikannya seketika apabila perlu. • Minta peserta mengikuti arahan di dalam video.
3. RUMUSAN Imbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
powered by
77
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Menghasilkan Laman Sumber Pembelajaran
Dari Frog Bar klik ikon Quick Launch. Kemudian, klik ikon Sites.
Setelah anda klik pada Sites, kawasan utama Sites akan terpapar pada Resource Manager. Di sebelah kiri, terdapat 4 kategori laman iaitu Sites; My Sites, Subject Sites, Co-curricular Sites dan Other Sites. My Sites adalah semua laman yang anda telah hasilkan ataupun laman yang dikongsikan dengan anda.
powered by
78
transforming education through the Internet
Subject Sites mengandungi semua laman mata pelajaran. Laman-laman ini diwakili dengan satu ikon mata pelajaran. Klik dua kali pada salah satu ikon untuk mengakses laman mata pelajaran yang dipilih. Nota: Ikon mata pelajaran akan terpapar setelah laman bagi mata pelajaran tersebut dihasilkan dan disimpan di dalam kategori yang betul.
Co-curricular Sites mengandungi laman kokurikulum yang anda telah hasilkan ataupun laman yang telah dikongsikan dengan anda. (Nota: Di ruangan ini mungkin tidak akan terdapat sebarang laman sehinggalah satu laman kokurikulum dihasilkan atau dikongsikan dengan anda.)
Other Sites mengandungi laman yang tidak ditandakan di dalam mana-mana kategori dan telah dikongsikan dengan anda.
Untuk mula membuat laman, klik butang biru New Site. Ia berada di sebelah kanan ruangan My Sites.  
powered by
79
transforming education through the Internet
Masukkan nama laman ke dalam kotak Give Your Site a name. Untuk contoh ini, taipkan Security Awareness.
Taipkan deskripsi ringkas laman anda ke dalam kotak. Untuk contoh ini, kita akan taipkan: Your Guide to Safe Web Browsing.
Klik butang Next untuk meneruskannya.
powered by
80
transforming education through the Internet
Pilih tema untuk laman anda bagi memberikannya gaya dan cita rasa. Kita akan gunakan tema ‘File’ sebagai latihan.
Pilih satu ikon untuk laman anda. Ia akan dipaparkan di sebelah nama laman semasa dipaparkan dalam ruangan Sites. Kita akan gunakan ikon ‘Question Mark’ sebagai latihan.
Klik butang Next untuk meneruskannya.
Sekarang anda boleh meletakkan tag pada laman tersebut. Tag akan membolehkan anda mencari laman dengan mudah dan pantas menerusi Resource Manager. Ini adalah halaman ‘Add tags’. Terdapat 3 langkah yang perlu diselesaikan; Category (1), Form Group (2) dan Keywords (3).
powered by
81
transforming education through the Internet
Dalam menu ke bawah Category terdapat 2 pilihan disediakan: Subjects dan Co-curricular. Pilih salah satu daripadanya dan klik butang Add. Kategori yang dipilih akan muncul di bawah menu.
Dalam menu ke bawah Subjects pula, pilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan laman anda dari dalam senarai. Sebagai latihan, pilih Literasi Komputer.
Klik butang Add untuk menambah mata pelajaran di laman anda. Kategori yang dipilih akan muncul di bawah menu.
Pilih Form Group untuk laman anda. Sebagai latihan, pilih D1.
powered by
82
transforming education through the Internet
Klik butang Add dan kelas (darjah/tingkatan) itu akan muncul di bawah menu.
Seterusnya, anda diberi pilihan jika ingin menambah kata kunci yang berkaitan dengan laman anda melalui pilihan Keywords. Kata kunci ini dapat membantu seseorang yang sedang mencari laman tertentu, tetapi tidak mengingati nama laman tersebut. Masukkanlah perkataan yang releven kepada carian pengguna. Misalnya untuk laman Sains, anda boleh taipkan perkataan seperti ‘liquid’ ‘gas’ ‘solid’ ‘melt’ ‘freeze’ ‘ice’ ‘molecules’ ‘evaporate’. Apabila pengguna menaipkan perkataan ini di dalam kotak carian, laman ini akan dipaparkan di dalam hasil carian. Masukkan kata kunci anda ke dalam kotak. Sebagai latihan, taipkan security, online dan safety. Kemudian, klik butang Add.
Seterusnya, klik butang hijau Create Site.
powered by
83
transforming education through the Internet
Tahniah! Anda telah berjaya membuat satu laman baru. Nota: Rupa laman anda mungkin berbeza dengan paparan, bergantung kepada tema yang dipilih.
Menukar Susun Atur Laman Sumber Pembelajaran Anda Untuk menukar susun atur laman, klik butang Edit di sebelah kiri skrin. Content Panel akan dipaparkan. Content Panel mengandungi tiga tab pilihan iaitu Layout, Settings dan Widgets.
Klik tab Settings. Dalam Settings, anda boleh menukar Name of site, Theme, Category, Subjects, Form Group dan Keywords laman anda sekiranya perlu.
powered by
84
transforming education through the Internet
Klik pada tab Layout. Layout membolehkan anda menukar bilangan dan kedudukan kotak di laman anda. Klik butang 3 dan pilih susun atur seperti yang ditunjukkan di sebelah.
Halaman anda akan kelihatan seperti berikut:
powered by
85
transforming education through the Internet
Klik pada tab Widgets. Widgets – boleh diseret masuk ke dalam lajur di laman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video and imej. Di sini anda dapat melihat kesemua pilihan widget yang disediakan. Setiap widget mempunyai nama dan ikonnya yang tersendiri.
Menambah Widget Media ke dalam Laman Sumber Pembelajaran Sebagai latihan, kita akan menggunakan widget Media dan Text untuk menghasilkan kandungan sumber pelajaran. Pilih widget Media dan seret ia ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
Anda kini dapat melihat widget Media berada di dalam kotak kandungan tersebut. Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Media tersebut.
powered by
86
transforming education through the Internet
Widget Media digunakan untuk memaparkan imej ataupun video. Sekiranya anda ingin memasukkan fail dari komputer atau USB anda, klik butang Upload pada bahagian Choose Media untuk membuka File Uploader.
Sekarang, klik pula butang Choose Files untuk mengakses fail-fail dari komputer anda. Pilih fail imej untuk dimuat naik.
Pilih imej dan klik butang Open.
Setelah imej selesai dimuat naik, klik butang Done.
powered by
87
transforming education through the Internet
Sekarang, terdapat satu imej pada laman anda. Anda boleh memilih saiz imej di tetapan media. Tiga pilihan yang disediakan ialah Large, Medium dan Small. Sebagai latihan, pilih Large.
Klik Save Changes untuk menyimpan laman anda.
Menambah Widget Teks ke dalam Laman Anda Widget Text digunakan untuk memaparkan teks di dalam laman. Jumlah teks yang besar boleh disalin dan ditampal ke dalam kotak teks, dari mana-mana sumber, seperti dokumen atau laman web. Pilih Widget Text dan seret ia ke dalam kotak kandungan di bawah imej. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
powered by
88
transforming education through the Internet
Klik dua kali kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget tersebut. Taipkan teks yang anda ingin paparkan ke dalam kotak teks di dalam Content Panel.
Untuk memformat tulisan, pilih teks dan kemudian klik ikon untuk format yang dikehendaki. Misalnya, terangkan tajuk teks dan kemudian klik pada ikon B untuk menebalkan teks.
Anda juga boleh mengubah format tulisan dengan menggunakan menu ke bawah Font Format. Pilih teks yang anda mahu ubah dan klik menu ke bawah pada Font Format untuk memilih format tertentu.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
powered by
89
transforming education through the Internet
Menamakan Halaman Sumber Pembelajaran Secara lalai, halaman ini dinamakan sebagai New Tab. Untuk menukar nama tab, anda harus berada dalam mod edit.
Klik New Tab. Apabila teks berwarna putih dengan latar biru, ia boleh diedit.
Taipkan nama halaman tersebut. Sebagai latihan, kita akan taipkan ‘Introduction’. Tab tersebut akan bertukar menjadi ‘Introduction’.
Menambah halaman untuk Sumber Pembelajaran Sekarang kita akan menambah halaman untuk laman pengajaran dan pembelajaran anda. Laman sumber boleh mengandungi beberapa halaman, dengan halaman-halaman kecil. Untuk menambah halaman ke dalam laman anda, klik tanda + di sebelah kanan tab ‘Introduction’.
Klik dua kali pada teks New Tab dan taipkan nama halaman baru tersebut.
Sebagai latihan, taipkan ‘Security Tips’.
Di dalam laman anda kini terdapat dua halaman. Anda perlu klik pada tab halaman untuk memaparkan halaman yang dikehendaki. powered by
90
transforming education through the Internet
Menambah Widget Video ke dalam halaman kecil Kita akan menambahkan video ke dalam halaman Security Tips yang baru. Klik pada tab Security Tips. Halaman tersebut tidak mempunyai sebarang kandungan.
Pilih widget Media dan seret widget tersebut ke dalam kotak kandungan di halaman tersebut. Pastikan kotak kandungan bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget.
Klik dua kali pada widget Media dan panel tetapan widget akan dipaparkan.
powered by
91
transforming education through the Internet
Taip ‘Cyber security tips’ di dalam bar carian.
Klik butang Pin-Point untuk mencari video dan imej yang terkandung di dalamnya.
Pin-Point akan terpapar pada skrin anda secara automatik. Ia mungkin mengambil masa beberapa saat untuk mencari video dan imej yang berkaitan.
Pilih video YouTube berikut dari Pin-Point. Klik butang hijau Use untuk menambah video ke dalam halaman anda.
powered by
92
transforming education through the Internet
Video yang dipilih akan dimasukkan ke dalam halaman, tetapi video tersebut tidak akan dipaparkan sehinggalah Content Panel ditutup.
Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Klik pada butang x untuk memaparkan laman anda secara penuh. Sekarang, video anda akan dipaparkan di dalam laman ini.
Laman anda itu kini sedia untuk dikongsikan.
powered by
1.11 Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran (Pengguna: Guru) 1.11 How to Share a Classroom Resource (User: Staff)
94
transforming education through the Internet
Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran TUGASAN: Berkongsi sumber pembelajaran.
OBJEKTIF: Memberi kefahaman yang jelas tentang bagaimana sesuatu sumber pembelajaran itu boleh dikongsi bersama guru-guru yang lain.
TEMPOH MASA: 20 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.11 - Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran • Pautan laman untuk mata pelajaran/topik khusus, contoh bahan sumber pembelajaran yang sedia terdapat di dalam Resource Manager • Komputer • Papan putih • Pen penanda • Buku nota • Projektor • Kertas & pen
TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih mengajukan soalan tentang sumber pembelajaran yang digunakan di sekolah. SOALAN-SOALAN • Bagaimanakah anda menghasilkan bahan-bahan yang menjadi sumber pembelajaran? • Bagaimanakah anda berkongsi bahan-bahan yang menjadi sumber pembelajaran dengan guru-guru dan para pelajar? • Apakah masalah yang dihadapi sewaktu berkongsi bahan-bahan tersebut? Jurulatih menerangkan faedah-faedah berkongsi bahan sumber pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE. 2. VIDEO – Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran Mainkan video “Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran“ dan minta peserta mematuhi panduan yang diberi menerusi video. 3. SESI IMBASAN Imbas objektif sesi dan apa yang telah dipelajari. powered by
95
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Perkongsian Sumber Pembelajaran Setelah laman anda siap dibina, ia boleh dikongsi (Share) atau dijadikan tugasan(Assign). Sekiranya sesebuah laman dikongsi, ia akan dipaparkan di dalam Sites di Resource Manager pengguna yang anda kongsikan. Menugaskan laman bermaksud salinan laman tersebut akan dihantar kepada pelajar (atau kumpulan) sebagai satu tugasan. Bagi memudahkan pemahaman, laman yang dijadikan sebagai tugasan memerlukan markah untuk diberi kepada pelajar, manakala laman yang dikongsikan pula adalah sebaliknya. Untuk berkongsi laman, sila tutup Content Panel. Laman tidak akan dapat dikongsi atau dijadikan tugasan jika berada dalam mod edit. Klik Share pada Frog Bar dan ia akan membuka tetingkap Share or Assign.
Pada tetingkap Share or Assign, sila klik Share.
powered by
96
transforming education through the Internet
Anda boleh menukar tag-tag laman di ruangan ini. Jika tiada perubahan, klik butang Next untuk meneruskannya.
Klik pilihan yang tertera pada skrin Share. Terdapat dua pilihan tersedia iaitu: Public dan Private.
Public – Pilihan ini akan membuatkan laman anda menjadi laman umum yang boleh dilihat oleh seluruh warga sekolah. Anda bagaimanapun boleh menetapkan tahap akses pengguna berdasarkan: • Can contribute – Pengguna boleh menyumbang di bahagian interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop. • Can view – Pengguna hanya boleh melihat laman tersebut. Private – Pilihan ini akan menjadikan laman anda menjadi terhad iaitu untuk pengguna yang disenaraikan di dalam ruangan Who has access sahaja.
Membenarkan Semua Pengguna Mengakses Laman Untuk membenarkan semua pengguna mengakses ke laman anda, klik butang Public di tetingkap Share.
powered by
97
transforming education through the Internet
Tetapkan tahap akses untuk laman anda kepada Can view yang berada di menu ke bawah.
Klik butang biru Share.
Membenarkan Pengguna atau Kumpulan Tertentu Mengakses Laman
Untuk menentukan pengguna yang boleh mengakses laman anda, klik butang Private pada tetingkap Share.
powered by
98
transforming education through the Internet
Taipkan nama pengguna atau kumpulan yang anda ingin berikan akses, ke dalam kotak Who has access.
Setelah menemui nama yang dikehendaki, klik butang Add untuk menambah nama pengguna tersebut ke dalam senarai.
Di menu ke bawah, pilih tahap akses untuk pengguna atau kumpulan dalam senarai. Terdapat tiga pilihan disediakan iaitu: • Can edit & manage – Pengguna boleh mengedit laman - menambah widget, menambah/ memadam kandungan, menukar nama laman, menukar peringkat akses dan lain-lain. • Can contribute – Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop. • Can view – Pengguna hanya boleh melihat laman tersebut.
powered by
99
transforming education through the Internet
Klik pada pilihan Can edit & manage dari menu ke bawah.
Klik pada butang biru Share.
Laman anda telah dikongsikan kepada pengguna atau kumpulan yang disenaraikan.
powered by
1.12 Bagaimana Mengakses E-mel Anda (Pengguna: Guru) 1.12 How to Access Your E-mail (User: Staff)
101
transforming education through the Internet
Bagaimana Mengakses E-mel Anda TUGASAN: Mengakses e-mel anda.
OBJEKTIF: Memastikan para peserta memahami bagaimana untuk mengakses akaun e-mel peribadi mereka di dalam Frog VLE.
TEMPOH MASA 10 minit
ALATAN DIPERLUKAN: • VIDEO 1.12 – Bagaimana Mengakses E-mel Anda • Komputer • Papan putih • Pen penanda • Pen dan buku nota • Projektor
TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan bahawa satu akaun e-mel diwujudkan secara automatik untuk setiap pengguna. Akaun e-mel ini boleh diakses daripada menu utama di dalam Frog VLE. 2. VIDEO - Bagaimana Mengakses E-mel Anda Jurulatih memainkan video “Bagaimana Mengakses E-mel Anda” 3. SESI SOAL JAWAB Jurulatih mengajukan soalan mengenai kegunaan e-mel di dalam Frog.
powered by
102
transforming education through the Internet
Panduan Pengguna Bagaimana Mengakses E-mel Anda Klik ikon Quick Launch di Frog Bar dan klik Email. E-mel anda akan terbuka dalam satu tetingkap baru.
E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud apabila anda telah log masuk ke dalam Frog VLE, anda tidak perlu lagi log masuk ke dalam akaun e-mel anda.
Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X di tab pelayar.
powered by