Modul Ilmu Tajwid Talaqqi

Page 1

Unit 1

ď ľ

Pengenalan Ilmu Tajwid

Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan definisi ilmu Tajwid, sejarahnya, bahagian-bahagiannya serta hukum mempelajarinya; 2. Mengenali kesalahan dalam membaca al-Quran ; 3. Mengenali dan menghuraikan dalil-dalil membaca al-Quran; 4. Mengetahui tingkatan-tingkatan bacaan al-Quran. 5. Mengenali dan memahami latar belakang riwayat Hafs daripada 'Asim menurut Toriq al-Syatibiyyah

11


1.1 DEFINISI ILMU TAJWID Definisi Bahasa Dari segi bahasa, kalimah al-tajwid (

) merupakan merupakan masdar atau kata

terbitan bagi kalimah jawwada

yang memberi makna mencantikkan dan

mengelokkan. Asal bagi kalimah ini adalah

iaitu lawan kepada hodoh dan buruk (al-

Zabidi, Taj al-'Arus min Jawahir al-Qamus). Definisi Istilah Definisi tajwid sepertimana yang difahami daripada al-Muqaddimah al-Jazariah adalah memberikan huruf haknya daripada sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan sifatsifatnya yang mendatang, dan huruf-huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau. (al-Azhari, al-Hawasyi al-Azhariyyah fi Halli Alfaz al-Muqaddimah al-Jazariyyah) Al-Marsofi menjelaskan di dalam kitabnya bahawa hak huruf adalah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, al-syiddah, al-qalqalah, al-istiâ€&#x;la' dan Itbaq) dan mustahak huruf pula adalah sifat-sifat yang mendatang hanya dalam keadaan yang tertentu seperti altarqiq, al-tafhim, al-izhar, al-idgham, al-Iqlab dan sebagainya) (al-Marsofi, Hidayah alQari ila Tajweed Kalam al-Bari). Dr. Muhammad Khalid Mansur menyimpulkan definisi tajwid dengan mengatakan bahwa ia merupakan ilmu berkaitan kaedah dan hukum yang menerangkan cara menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid)

12


1.2 SEJARAH PENULISAN ILMU TAJWID Sebelum pembukuan ilmu ini, Quran Karim telah diturunkan kepada Rasulullah SAW dan diajar kepada sahabat-sahabat baginda secara bertajwid. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, di mana diceritakan bahawa Ibn Mas‟ud RA menegur seorang lelaki yang diajar olehnya membaca Quran. Lelaki tersebut membaca lafaz ﴾﴿ pada ayat 60 Surah al-Taubah tanpa mad, maka Ibn Mas'ud mengur lelaki tersebut dengan berkata: “Bukan begini Rasulullah SAW mengajarkannya kepadaku”. Maka lelaki tersebut berkata: "Jika begitu, bagaimanakan cara bacaannya wahai Abu Abd Al Rahman?" maka Ibn Mas'ud pun membaca ayat tadi dengan meletakkan mad pada bacaannya. Hadith ini menunjukkan bahawa ilmu tajwid ini, meskipun tidak ditulis dan dibukukan semenjak penurunan Quran, namun pengajarannya telah berlaku secara musyafahah dan juga talaqqi. Penulisan ilmu tajwid secara khusus bermula pada sekitar kurun keempat hijrah. Ia dipelopori oleh Musa bin Ubaidillah bin Yahya bin Khaqan al-Khaqani melalui kitab beliau Qasidah Ra'iyyah (al-Qastantini, Kasyf al-Zunun. Qadduri, al-Dirasat al-Soutiyyah 'inda 'Ulama' al-Tajwid) Walaubagaimanapun, penulisan mengenainya telah bermula sebelum itu lagi sekalipun tidak secara khusus. Menurut Dr. Muhammad Khalid Mansur, penulisan ilmu tajwid di zaman ini terkandung di dalam buku-buku ilmu Qiraat. Penulisannya adalah secara tidak tersusun, di mana perbahasannya bercampur bersama perbahasanperbahasan ilmu Qiraat. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid) Di antara penulisan-penulisan tersaebut adalah karangan Abi Umar Bin al-Ala‟ al-Basri (154H) di dalam kitabnya Risalah Fi al-Idgham al-Kabir, Qalun al-Madani (220H) yang telah menulis kitab Urjuzah Fi Tilawah Al-Quran. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)

13


Penulisan pada zaman ini juga masih belum menggunakan 'tajwid' sebagai nama khas bagi disiplin ilmu ini. Walau bagaimanapun, selepas zaman tersebut, sebahagian ulama' mula menamakannya sebagai ilmu tajwid. Antara ulama' yang menggunakan nama tajwid di dalam kitab mereka seperti: 1. Makki Bin Abi Talib al-Qaisi (437H) di dalam kitabnya al-Ri`ayah li Tajwid alQira`ah wa Tahqiq Lafz al-Tilawah. 2. al-Dani (444H) yang telah menulis kitab al-Tahdid fi al-Itqan wa al-Tajwid. 3. Abd al-Wahab al-Qurtubi (462H) yang menulis kitab al-Muwaddoh fi al-Tajwid. 4. Abu al-'Ala' al-Hasan bin Ahmad al-Hamzani (569H) yang telah mengarang kitab al-Tamhid fi Ma'rifah al-Tajwid. Seterusnya, penulisan ini terus berkembang di setiap zaman dan tempat dan tidak terkecuali di Malaysia, di mana terdapat beberapa penulisan ilmu tajwid yang banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu tersebut di negara ini dari dahulu sehingga kini. Di antara buku-buku terkini di dalam bidang ini adalah: 1. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An Asim melalui Toriq Asy-Syatibiyyah karangan Surur Shihabuddin al-Nadawi. 2. Tajwid al-Quran Qiraat 'Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi karangan Abu Mardhiyah 3. Tajwid al-Huruf dan Mengenal Waqaf karangan Mohd Rahim Jusoh.

1.3 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID Di dalam membahaskan hukum mempelajari ilmu tajwid ini, para ulama' mengkategorikan hukum tersebut kepada 2 bahagian: i.

Mempelajari ilmu tajwid secara teori: Hukum mempelajari hukum-hakam dan kaedah-kaedah ilmu tajwid secara teori, dan memahaminya hukum-hakam tersebut adalah fardu kifayah. Apabila ada satu golongan yang mempelajarinya, maka gugurlah tanggungjawab terhadap orang

14


lain. Ini kerana ilmu ini pasti akan kekal dan dipelihara oleh orang yang mempelajarinya. (al-Juraisi, Nihayah al-Qaul al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid. Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid) Kefardhuan mempelajari ilmu tajwid di dalam konteks ini adalah seperti kefardhuan mempelajari ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh orang-orang Islam, dan dianggap sebagai ilmu alat (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam alTajwid). Dengan mengetahui ilmu ini boleh membantu pembaca Quran membacanya dengan betul dan tepat. ii.

Hukum mempelajari ilmu tajwid secara amali: Adapun beramal dengan hukum tajwid di dalam membaca Quran, hukumnya adalah fardu ain ke atas pembaca Quran samaada lelaki mahupun wanita dengan kadar kemampuannya, pengetahuan dan keupayaan pembaca. Al-Marsofi menyatakan bahawa hukum syarak yang terdapat di dalam ilmu tajwid adalah berkaitan dengan kewajipan secara fardu ain bagi setiap mukallaf muslimin dan muslimat untuk memelihara hukum tajwid di dalam Quran itu keseluruhannya. Seandainya yang hanya dipelajari itu satu surah sahaja, tidak gugur kefarduannya. Perihal ini sabit di dalam Quran dan Sunnah serta Ijmak. (Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam Al-Bari-2005) Di antara ulama' yang telah menyatakan mengenai kefarduan beramal dengan ilmu tajwid ini ialah al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jazari, Abu Abdullah Nasr alSyirazi, al-Sayuti, al-Qastolani, Makki bin Abi Tolib dan selainnya. (al-Juraisi, Nihayah al-Qaul al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid)

1.4

DALIL WAJIB MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTAJWID

Telah dinyatakan terdahulu bahawa hukum ilmu tajwid secara amali itu adalah fardu ain ke atas setiap individu yang membaca Quran. Terdapat banyak dalil daripada Quran dan Sunnah, serta ijma' ulama' yang menunjukkan kewajipan membaca Quran secara bertajwid. Di antara dalil penting yang menunjukkan kewajipan ini adalah:

15


i.

Dalil daripada Quran : Di antara ayat Quran yang jelas menunjukkan suruhan membaca Quran secara bertajwid adalah ayat 4 Surah al-Muzammil:    Bermaksud: Dan bacalah olehmu (wahai Muhammad) Quran itu secara Tartil. Pendalilan di dalam ayat tersebut merujuk kepada kalimah ِ‫ وَرَّتِم‬yang membawa makna amar (perintah). Kata kerja suruhan (amar) di dalam ayat ini menunjukkan makna wajib dan tiada nas yang memalingkan perintah wajib tersebut kepada hukum sunat. Maka sabitlah membaca Quran dengan tajwid itu hukumnya adalah wajib. Imam al-Tobari menjelaskan di dalam tafsirnya berkaitan kalimah ini, dengan

mengatakan bahawa tartil bermaksud menjelaskan bacaan Quran (dalam menyebut huruf-hurufnya). (al-Tobari, Jami' al-Bayan fi Ta'wil Ayi al-Quran) Menurut al-Dani, suruhan Allah S.W.T tidak hanya datang secara kata kerja suruhan (fi'il Amar) bahkan ia dikuatkan dengan kata terbitan (masdar) sebagai mengagungkan bacaan Quran secara bertajwid dan menggalakkan manusia dalam mendapatkan ganjaran pahalanya. (al-Dani, al-Tahdid fi al-Itqan wa al-Tajwid) ii.

Dalil daripada Sunnah: Terdapat banyak hadith yang menyatakan kewajipan membaca Quran secara bertajwid, di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir seperti mana yang telah disebut di dalam topik "Sejarah Penulisan Ilmu Tajwid" sebelum ini.

iii.

Ijmak ulama': Adapun dalil ijmak, ianya telah disepakati oleh ummat di zaman turunnya Quran sehinggalah zaman ini dengan cara wajib membaca Quran bertajwid,

16


terpelihara dari sebarang kesilapan, bebas dari sebarang penambahan dan pengurangan dan meraikan apa yang sepatutnya di dalam bacaan Quran dengan hukum tajwid di dalamnya sehingga tiada khilaf di kalangan orang Islam mengenainya. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid) Imam Al Jazari pula di dalam matannya menyatakan:

Bermaksud: "Mempelajari ilmu tajwid itu wajib bagi pembaca Quran, siapa yang tidak memperelokkan bacaan Quran adalah berdosa. Ini kerana Quran diturunkan oleh Allah S.W.T sedemikian, dan demikian juga daripada-Nya ia (Quran) sampai kepada kita". (al-Ansari, al-Daqaiq al-Muhakmah fi Syarhi al-Muqaddimah alJazariyyah) KESIMPULAN: Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan kewajipan membaca Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana

membaca Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu „ain bagi setiap umat Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, justeru, hukum mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah Fardhu Kifayah telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut.

1.5

KESALAHAN (AL-LAHN) DI DALAM BACAAN AL QURAN

Definisi al-Lahn Di dalam bahasa arab percatan al-Lahn mempunyai beberapa makna; ia memberi makna silap, salah ataupun bercanggah dari segi nahunya. (Ibrahim Mustafa et.al, alMuâ€&#x;jam Al Wasit, 2009)

17


Al-Lahn menurut pemahaman qurra‟ ialah kesilapan di dalam bacaan Quran, iaitu kesilapan yang berlaku pada sebutan kalimah Quran, samaada kesilapan tersebut secara zahir mahupun tersembunyi, mengubah makna Quran ataupun tidak. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ilmi al-Tajwid) Pembahagian al-Lahn Al-Lahn terbahagi kepada dua bahagian: 1. al-Lahn al-Jaliy, iaitu kesilapan yang nyata. Menurut Dr. Abd al-'Aziz al-Qari', al-Lahn al-Jaliy ini merujuk kepada kesalahan yang berlaku pada lafaz Quran, dan merosakkan binaan kalimah dengan kerosakan yang nyata yang tidak hanya disedari oleh para ulama', bahkan ia turut disedari oleh orang awam, samaada ia merosakkan makna ataupun tidak. (Abd al-'Aziz al-Qari', Qawa'id al-Tajwid 'ala Riwayat Hafs 'an 'Asim bin Abi Najud) Kesalahan yang nyata ini meliputi beberapa perkara seperti menukar baris, binaan kalimah atau menukar huruf dengan huruf yang lain. Pembaca Quran yang melakukan al-Lahn al-Jaliy ini adalah berdosa sekiranya dilakukan dengan sengaja atau sekiranya pembaca tersebut mampu untuk mempelajari bacaan Quran yang betul. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid) Di antara contoh-contoh al-Lahn al-Jaliy yang boleh berlaku di dalam bacaan alQuran adalah seperti berikut: 

Kesilapan pada bacaan yang menggubah maknanya. i.

Mengubah bacaan dengan baris yang lain, seperti membaca baris hadapan pada huruf huruf ‫ ث‬pada perkataan ﴾ ﴿ di mana ia akan mengubah makna dan merosakkan ayat tersebut. Maka jadilah pembaca itu yang memberi nikmat, sedangkan pemberi nikmat itu adalah Allah S.W.T.

18


ii.

Mengubah huruf ‫ ط‬kepada ‫ ث‬pada kalimah  dalam ayat

﴾   ﴿ 

Kesilapan pada bacaan yang tidak mengubah maknanya. i.

Pada kalimah ‫ اهلل‬dalam ayat ﴾    ﴿ sekiranya dibaca dengan Dhommah atau Kasrah, ia tidak mengubah makna ayat tersebut.

ii.

Mengubah ‫ د‬dengan Dhommah pada ayat ﴾     ﴿ .

2. al-Lahn al-Khafiy adalah kesalahan yang berlaku berkaitan kesempurnaan melafazkan bacaan dengan tepat. (Abd al-'Aziz al-Qari', Qawa'id al-Tajwid 'ala Riwayat Hafs 'an 'Asim bin Abi Najud) al-Lahn al-Kahfiy ini meliputi kesalahan meninggalkan ikhfa', iqlab, izhar, idgham, ghunnah atau menipiskan huruf yang tebal dan sebaliknya, atau mengurangkan kadar mad. (Muhammad Makki Nasr, Nihayah al-Qaul al-Mufid) Hukum melakukan kesalahan ini adalah makruh, dan pembaca Quran dicela jika melakukan kesalahan ini sekiranya pembaca tersebut mampu untuk mempelajari dan menguasainya. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)

19


1.6

TINGKATAN-TINGKATAN PEMBACAAN AL QURAN

Sebagaimana yang dimaklumi, Quran dituntut untuk dibaca secara tartil. Di dalam tingkatan bacaan Quran ini ia terbahagi kepada tiga tingkatan pembacaan: i.

Tahqiq iaitu bacaan yang perlahan dan tenang dalam masa yang sama proses untuk tadabbur makna ayat yang dibaca beserta dengan memelihara hukumhakam tajwid dan memberikan setiap huruf itu haknya dari sifat, makhraj, mad, qasr, tarqiq, tafkhim dan apa yang disepakati dalam hukum tajwid.

ii.

Hadar iaitu bacaan yang paling laju di samping pembacanya masih memelihara huruf, makhraj dan sifat-sifatnya dari sebarang kesilapan dan kecacatan.

iii.

Tadwir pula adalah bacaan yang pertengahan antara tartil dan hadar dengan memelihara hukum dan qawa'id tajwid. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)

1.7

PENGENALAN KEPADA RIWAYAT HAFS DARIPADA 'ASIM MENURUT TORIQ AL-SYATIBIYYAH Qiraat Imam 'Asim Riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti umat Islam di dunia dan tidak terkecuali di Malaysia. Umumnya, toriq yang masyshur bagi riwayat ini adalah toriq Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Syatibi di dalam qasidahnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Berikut adalah latar belakang ringkas bagi riwayat dan toriq yang menjadi bacaan majoriti umat Islam ini:

20


1.7.1 Pengenalan Terhadap Imam 'Asim Beliau ialah 'Asim bin Bahdalah Abi Najud al-Kufi. Beliau merupakan salah seorang Qurra' Sab'ah. 'Asim merupakan tokoh qurra' di bandar Kufah selepas kewafatan Abi 'Abd al-Rahman al-Sulami. Terhimpun di dalam bacaan Imam 'Asim sifat fasohah, itqan dan tajwid. Beliau juga memiliki suara yang sangat baik dalam membaca Quran. Di antara guru beliau ialah Zur bin Hubaish, Abi 'Abd al-Rahman al-Sulami dan al-Syaibani. Beliau memiliki murid yang begitu ramai, di antara mereka adalah Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu'bah bin 'Ayyash, Sulaiman bin Mahran al-A'masy, Salam bin Sulaiman, 'Amr bin Khalid dan Hammad bin Salmah. Imam 'Asim meninggal dunia pada tahun 129H. (Ibn al-Jazari, Ghayah alNihayah fi Tabaqat al-Qurra') 1.1

Pengenalan Terhadap Imam Hafs

Beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi al-Bazzar. Beliau dilahirkan pada tahun 90H dan merupakan anak tiri kepada Imam 'Asim. Beliau mempelajari Quran daripada Imam 'Asim dan dianggap sebagai orang yang paling mengetahui bacaan-bacaan yang dibaca oleh Imam 'Asim. Di antara murid beliau adalah Husin bin Muhammad, Hamzah bin alQasim, Sulaiman bin Daud al-Zahrani, 'Amr bin Sobah, 'Ubaid bin Sobah, Ahmad bin Jabir al-Anthoki dan Muhammad bin al-Fadl. Imam Hafs meninggal dunia pada tahun 180H. (Ibn al-Jazari, Ghayah alNihayah fi Tabaqat al-Qurra') 1.2

Pengenalan Terhadap Imam al-Syatibi

Nama sebenar Imam al-Syatibi adalah al-Qasim bin Firruh bin Kholaf bin Ahmad Abu Qasim wa Abu Muhammad Al-Syatibi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan di

21


Syatibah pada bulan Zulhijjah dalam tahun 538 Hijrah. Beliau adalah seorang qari yang buta, tetapi mempunyai kepintaran yang menakjubkan. Beliau mempelajari ilmu Qiraat dan memahirinya daripada Abi Abdullah Muhammad bin Abi al-'Ash. Kemudian beliau mendalami ilmu qiraat daripada Ibn Huzail, di mana Imam al-Syatibi telah membaca di hadapan beliau qiraat menurut kitab al-Taisir yang telah dihafaznya. Beliau juga turut mempelajari kitab-kitab karangan ulama yang terkenal di antaranya al-Kitab karangan Sibawaih dan al-Kamil oleh Mubarrod, Adab alKatib oleh Ibnu Qutaibah. Beliau turut membaca tafsir al-Muharrar al-Wajiz karangan Ibn 'Athiyyah dengan Abi al-Qasim bin Hubaish. Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, selepas solat Asar pada 28 Jamadilakhir 590H ketika beliau berumur 52 tahun. Beliau telah dikebumikan pada hari Isnin di Qarafah iaitu tempat di antara Mesir dan Kaherah. (alZahabi, Ma'rifah al-Qurra' al-Kibar 'ala al-Tabaqat wa al'-A'shar. Ibn al-Jazari, Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'. al-Qostolani, al-Fathu al-Muwahibi fi Tarjamati al-Syatibi)

1.3

Pengenalan Terhadap Matan Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani

Ianya merupakan himpunan syair-syair atau qasidah karangan Imam Abi Qasim bin Firuh bin Khilaf bin Ahmad Ruâ€&#x;ini Al-Andalusi Asy-Syatibi yang menghimpunkan tujuh qiraat mutawatirah. Ia turut dikenali sebagai al-Syatibiyyah sebagai nama ringkas yang dinisbahkan kepada pengarangnya iaitu Imam alSyatibi.1 Qasidah ini terdiri daripada 1173 bait syair yang mengandungi bacaan qiraat yang terdapat di dalam kitab al-Taisir karangan Abu 'Amr al-Dani dengan penambahan khilaf oleh Imam al-Syatibi. Penambahan ini dikenali

1

. Hammad. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 22.

22


sebagai Ziyadat al-Qasid, iaitu merujuk kepada penambahan yang dibawa oleh Imam al-Syatibi ke atas kitab asal al-Taisir karangan Imam al-Dani. Kitab ini mendapat perhatian besar daripada para ulama' di mana ia telah disyarahkan oleh lebih daripada 50 ulama', di antaranya adalah: 1. Fath al-Washid fi Syarh al-Qasid karangan al-Sakhawi. 2. Ibraz al-Ma'ani min Hirz al-Amani karangan Abu Syamah 3. Siraj al-Qari' al-Mubtadi' wa Tazkirah al-Muqri' al-Muntahi karangan Ibn Qasih. 4. Irsyad al-Murid ila Maqsud al-Qasid karangan al-Dhabba'. 5. al-Wafi fi Syarh al-Syatibiyyah fi al-Qiraat al-Sab' karangan 'Abd alFattah al-Qadhi. 1.4

Toriq yang dibawa oleh Imam al-Syatibi

Imam al-Syatibi telah memilih satu toriq sahaja bagi setiap riwayat yang dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah mengekalkan toriq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab' karangan Abu 'Amr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, toriq tersebut adalah toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang mengambil bacaan daripadanya al-Usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya alHasyimi. (al-Sofaqasi. Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab') Rumusan: Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 1. Pengertian ilmu Tajwid, sejarahnya, bahagian-bahagiannya serta hukum mempelajarinya. 2. Kesalahan-kesalahan yang sering berlaku ketika membaca al-Quran. 3. Dalil-dalil yang mewajibkan setiap muslim untuk membaca al-Quran. 4. Kategori dan peringkat bacaan al-Quran. 5. Mengenali dan memahami latar belakang riwayat Hafs daripada 'Asim menurut Toriq al-Syatibiyyah

23


Unit 2

ď ľ

Bab al-Isti`azah dan Basmalah

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1.

Membezakan antara pengertian al-Isti`azah dengan Basmalah;

2.

Mengenal pasti permasalahan dalam al-Isti`azah dengan Basmalah;

3.

Menghuraikan hukum dan cara membaca al-Isti`azah dan Basmalah; dan

4.

Mengamalkan pembacaan al-Isti`azah dan Basmalah dalam kehidupan seharian.

24


2.0

BAB AL-ISTI`AZAH

Menurut kitab al-Muzakkirat fi al-Tajwid karangan Muhammad Nabhan Hussayn Misri (2005), terdapat empat kaedah dalam mengenal ilmu Tajwid iaitu mengetahui Makharij al-Huruf, mengetahui Sifat al-Huruf, mengetahui hukum Tajwid dan sentiasa melatih dan mengulangi bacaan. Bab al-Isti`azah merupakan antara isi kandungan yang termasuk dalam kaedah mengenal ilmu Tajwid. Perkara ini dilihat kerana kepentingannya sebagai perisai melindungi para pembaca al-Quran dari gangguan Syaitan selaras dengan tuntutan daripada al-Quran dan Hadis. Walaupun para ulama bersepakat bahawa lafaz al-Isti`azah bukan sebahagian daripada ayat al-Quran, namun tuntutan membacanya amat digalakkan bersandarkan beberapa dalil Shar`ie yang akan dipelajari selepas ini (al-Qadi, Abdul Fattah 2005). Dalam bab ini, pelajar akan didedahkan dengan definisi Isti`azah dan kepentingan mengetahuinya, Sighah (bentuk) dan hukum serta tempat yang dibolehkan atau sebaliknya dalam membacanya.

2.1

DEFINISI AL-ISTI`AZAH

Jika dilihat dari sudut bahasa, lafaz al-Istia`zah ( perkataan

(

) merupakan masdar daripada

) yang membawa maksud memohon perlindungan. Menurut Ahmad

Mukhtar Umar et al. (1999) dalam al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, lafaz al-isti`azah berasal daripada perkataan `aza ( ) ya`uzu (

), `auyzan (

) wa `iyazan (

) `aâ€&#x;izun (

)

dan semua perkataan tersebut memberi maksud yang sama iaitu berlindung. Dalam kitab Hidayat al-Qariâ€&#x; ila al-Tajwid Kalam al-Bariâ€&#x; (2005), Shaykh Abdul Fattah al-Qadi menjelaskan bahawa maksud lafaz al-Isti`azah ialah memohon perlindungan dengan Allah SWT dan memohon pemeliharaanNya daripada gangguan Syaitan yang direjam. Maka apabila pembaca membaca ( seperti ia memohon perlindungan

) sama

dan pemeliharaan dengan Allah SWT daripada

gangguan Syaitan yang direjam ketika membaca al-Quran.

25


Manakala jika dilihat dari sudut istilah pula, lafaz al-Isti`azah membawa maksud lafaz yang dibaca bagi menyatakan pengharapan kepada Allah agar dilindungi dari gangguan syaitan yang terkutuk. Ia juga dilihat daripada maksud lafaz ini yang jelas sebagaimana seperti di bawah (al-Qadi, Abdul Fattah 2005):-

Maksudnya: Ya Allah! lindungilah diriku daripada gangguan syaitan yang terkutuk” Dalam kitab al-Tibyan fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin, ahli Lughah (Bahasa) menjelaskan bahawa maksud lafaz al-Isti`azah tiada perbezaan dari sudut bahasa dan istilah. Menurutnya lagi, ia cukup sekadar mengetahui maknanya sebagai (‫ )اإلنتجاء‬iaitu berlindung (Abdul Latif Fa‟izuriyan 1999). Imam al-Qurtubi (1996) menambah dalam kitabnya “Jami` li al-Ahkam al-Quran” ada menjelaskan bahawa kalimah “Syaitan” jelas disebut dalam Sighah Isti`azah kerana: 1. Jauhnya daripada kebenaran. Ini disebabkan lafaz “Shaytan” yang berasal dari “Shatona” yang membawa maksud jauh dan semakin jauh; dan 2. Menolak kebenaran.

2.2

SIGHAH AL-ISTIA`ZAH

Para Ulama bersepakat dalam pengharusan membaca al-Isti`azah sebagai amalan yang dituntut bagi mengelak daripada gangguan Syaitan yang sentiasa berusaha untuk menghalang Muslim beribadah kepada Allah SWT (al-Qadi, Abdul Fattah 2005). Hal ini diharuskan selaras dengan tuntutan menyempurnakan bacaan al-Quran secara Tartil dan menjadi amalan dan doa para Salaf al-Soleh dengan memohon perlindungan Allah dari segala perkara yang jahat sama ada ia datangnya dari kalangan manusia ataupun Jin dan Syaitan.

26


2.2.1 Sighah yang Masyhur Menurut kebanyakan kitab Tajwid, Sighah al-Istia`zah yang banyak dan paling masyhur digunakan oleh kebanyakan Qurra‟ ialah: (

)

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam. Ia merupakan Sighah yang terdapat di dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl:16:98; Maksudnya: Apabila kamu membaca al-Quran, maka mohonlah perlindungan dengan Allah Ta‟ala dari gangguan Syaitan yang tercela.

2.2.2 Sighah Tambahan Menurut kitab Uddat al-Qari fi Tajwid Kalam al-Bari (2006), terdapat beberapa Sighah Al-Isti`azah yang lain yang boleh digunakan untuk memulakan bacaan al-Quran. Ini berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Fussilat:41:36;

             Maksudnya: dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Antara Sighah tambahan tersebut adalah seperti berikut; 1. Ditambah dalam lafaznya pujian kepada Allah:-

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam, sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

27


Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada Syaitan yang direjam.

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung daripada Syaitan yang direjam, sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 2. Ditambah dalam lafaznya celaan kepada Syaitan:-

Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kekotoran najis, keburukan Syaitan yang direjam. 3. Lafaz al-Isti`azah dalam Sighah yang lain:-

Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada Syaitan.

Maksudnya: Aku berlindung denganMu Ya Allah yang Maha Agung daripada Syaitan yang direjam.

28


Ringkasnya, dalam kitab al-Wafi, karangan Shaykh Abdul Fattah al-Qadi menjelaskan bahawa terdapat beberapa riwayat daripada Hadis yang membicarakan berkaitan beberapa lafaz al-Isti`azah. Namun riwayat berkaitan penambahan lafaz alIsti`azah itu tidak sampai peringkat darjat Hadis Sahih. Menurutnya lagi, oleh kerana tiada sebarang larangan yang jelas berkaitan isu penambahan lafaz tersebut, maka penambahan lafaz al-Isti`azah itu tidak menjadi satu kesalahan.

2.3

HUKUM MEMBACA AL-ISTI`AZAH

Menurut kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid, para Ulama bersepakat berkaitan keharusan membaca lafaz al-Isti`azah, namun isu yang menjadi titik perselisihan dalam kalangan Ulama adalah berkisar sejauhmana keharusan tersebut berdasarkan tuntutan kalimah 

 dalam surah al-Nahl:16:98 (Ahmad Khalid 2010).

Perkara ini dapat kita fahami melalui penjelasan dua pendapat seperti di bawah; 1. Pendapat yang menyatakan keharusan al-Isti`azah: Ini merupakan pendapat Jumhur Ulama Qurra‟ dan Fuqaha‟. Mereka berpegang kepada lafaz al-Amr (suruhan) yang terdapat di dalam ayat di atas adalah bersifat harus. Pendapat ini melihat kepada taqrir (pengesahan) Nabi SAW yang tidak mempertikaikan para sahabat yang tidak membaca al-Isti`azah

ketika

memulakan bacaan al-Quran. Pendapat ini adalah pendapat yang rajih (jelas dan kuat) di sisi para Ulama. 2. Pendapat yang menyatakan kewajipan al-Isti`azah: Ia merupakan pendapat `Ata‟ dan al-Thuri yang diriwayatkan oleh Ibn al-Jazari. Mereka menggunakan kaedah Isbat hukum dengan penggunaan lafaz al-Amr yang menunjukkan makna suruhan wajib. Dalam kitab al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid,

29


kewajipan tersebut berdasarkan zahir ayat yang menggunakan lafaz al-Amr. Mereka menyatakan bahawa Nabi SAW sentiasa melakukannya, kerana ia menghalang dari gangguan syaitan dan lafaz ini adalah sebaik-baik permohonan perlindungan Allah SWT. Pernyataan ini disokong berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang menyatakan bahawa “tidak sempurna sesuatu perkara yang dikategorikan sebagai wajib, melainkan dengan kewujudannya (arahan), maka ia dikira sebagai satu kewajipan� (Muhammad Khalid 2004).

2.3.1 Hukum Membaca al-Isti`azah Ketika Bertadarus al-Quran Apabila salah seorang ahli dalam halaqah (kumpulan) tadarus telah membaca alIsti`azah, adakah wajib bagi setiap daripada ahli kumpulan itu untuk membaca alIsti`azah, atau memadai dengan bacaan salah seorang daripadanya? Menurut Ibnu Jazari dalam kitabnya al-Nashru fi al-Qiraat al-„Asyr menyatakan bahawa persoalan ini dibahagikan kepada dua pendekatan; Bil.

Hukum

1

Wajib

2

Harus

Pendekatan Maka wajib dibaca al-Isti`azah oleh setiap ahli kumpulan secara individu Maka memadai dengan bacaan al-Isti`azah oleh salah seorang ahli kumpulan

2.3.2 Hukum Membaca al-Isti`azah di Pertengahan Surah Menurut Kitab Taysir al-Rahman fi Tajwid al-Quran, bagi pembaca yang ingin membaca al-Isti`azah di pertengahan surah, hendaklah ia memberhentikan al-Isti`azah sebelum melanjutkan bacaannya kepada ayat al-Quran yang pertama sekirannya ayat tersebut dimulai dengan nama-nama Allah dan kata ganti nama yang merujuk kepada Allah atau nama bagi Rasulullah SAW dan sifat-sifat Baginda (Sa`ad Abdul Hamid 2009).

30


Antara contohnya adalah seperti berikut :Bil.

Ayat al-Quran

Surah

1

al-Baqarah:2:257

2

Fussilat:41:47

3

al-Fath:48:29

Menurut Ahmad Kahlid (2010), tujuan memberhentikan bacaan al-Isti`azah adalah untuk mengelak kekeliruan dari sudut pemahaman maksud ayat. Menurutnya, pembaca juga boleh menambah dengan bacaan Basmalah selepas bacaan al-Isti`azah. Walau bagaimanapun, jika permulaan ayat tersebut menceritakan tentang Syaitan atau kata ganti nama yang merujuk kepada Syaitan maka disunatkan tidak membaca Basmalah atau memberhentikan bacaan Basmalah sebelum meneruskan bacaan dengan ayat tersebut. Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:2:268; atau dalam surah al-Nisaâ€&#x;:3:118;

.

2.3.3 Hukum Membaca al-Isti`azah Selepas Terhenti Bacaan Menurut Sa`ad Abdul Hamid (2009), apabila bacaan terhenti dan pembaca ingin menyambung semula bacaannya, dalam keadaan ini ada tiga perkara:1. Tidak perlu baca al-Isti`azah jika terhenti bacaan secara darurat seperti batuk, bersin dan tidak perlu diulangi al-Isti`azah;

2. Bagi pembaca yang bacaannya terhenti disebabkan untuk menjawab salam, hendaklah ia mengulangi al-Isti`azah, begitu juga jikalau terhentinya bacaan dihujung kepala ayat kemudian menyambung kembali ayat tersebut;

31


3. Bagi pembaca yang terhenti bacaan kerana ingin mentafsirkan ayat, melakukan sujud Tilawah, menerangkan hukum bacaan atau membetulkan kesalahan bacaan, maka tidak perlulah untuk mengulangi bacaan al-Isti`azah.

2.3.4 Hukum Meninggi dan Memperlahankan Suara Ketika al-Isti`azah Dalam kitab Hidayah al-Qari, diharuskan bacaan lafaz al-Isti`azah dengan meninggikan nada bacaan ketika memulakan bacaan al-Quran dan disepakati oleh kebanyakan Imam Qurraâ€&#x;. Pendapat ini adalah paling masyhur melainkan Imam Nafiâ€&#x; dan Imam Hamzah. Ini kerana kedua-duanya berpendapat bahawa membaca lafaz al-Isti`azah adalah dengan nada suara yang perlahan dalam semua surah. Oleh kerana tiada dalil yang jelas berkaitan isu ini, maka meninggi dan memperlahan suara ketika membaca al-Isti`azah dibolehkan mengikut kesesuaian keadaan. Dalam hal ini, Ahmad Khalid (2010) menjelaskan bahawa bacaan al-Isti`azah terdapat beberapa keadaan dan tempat seperti berikut; 1. Tempat yang diharuskan untuk membaca al-Isti`azah dengan kuat: i.

Qari membaca al-Isti`azah dengan kuat sekiranya terdapat orang lain yang mendengar bacaannya. Bacaan yang kuat akan mendatangkan khusyuk dalam bacaan dan pendengar akan memberi perhatian; dan

ii.

Sekiranya Qari membaca secara berjamaah dengan bacaan bergilir-gilir dalam sesuatu majlis atau acara, dia juga merupakan orang yang memulakan bacaan, diharuskan pembacaan al-Isti`azah dengan kuat pada permulaan bacaan dalam majlis tersebut;

Tambahnya lagi, pembacaan al-Isti`azah secara kuat sekurang-kurangnya memberi manfaat dalam; i.

Menunjukkan bacaan al-Quran bermula;

ii.

Mendatangkan khusyuk di hati pembaca/Qari;

iii.

Pendengar memberi perhatian; dan

iv.

Dijauhkan dari ganguan dan kejahatan syaitan.

32


2. Tempat yang diharuskan untuk membaca al-Isti`azah dengan perlahan; i.

Sekiranya Qari membaca al-Quran dengan perlahan;

ii.

Sekiranya bacaan tersebut bergilir-gilir antara kuat dan perlahan;

iii.

Sekiranya Qari membaca secara berjamaah dengan bacaan bergilir-gilir, namun dia bukan orang yang memulakan bacaan; dan

iv.

Sekiranya di dalam solat, tidak kira sama ada dia imam, makmum atau sembahyang sendirian.

3. Tempat yang tidak perlu diulangi bacaan al-Isti`azah; i.

Jika bacaan terhenti dengan sebab mentafsirkan ayat, sujud tilawah atau menjelaskan mengenai hukum bacaan dan membetulkan kesilapan dalam bacaan, dengan tujuan menyambung semula bacaan al-Quran. Maka tidak perlu diulang al-Isti`azah;

ii.

Jika bacaan terhenti dengan sebab terpaksa, seperti mengantuk, dahaga atau terlupa, maka tidak perlu untuk mengulangi bacaan al-Isti`azah. Namun, sekiranya bacaan terhenti dengan sebab yang tiada berkaitan dengan bacaan al-Quran seperti menjawab salam atau berkata-kata dengan seseorang, maka perlu diulangi bacaan al-Isti`azah sebagaimana dijelaskan sebelum ini.

Terdapat beberapa keadaan bacaan al-Isti`azah yang dibenarkan ketika memulakan bacaan al-Quran kecuali pada surah al-Tawbah, antaranya; i.

Memotong keseluruhannya. Ia bermaksud memisahkan antara al-Isti`azah dan Basmalah, juga antara Basmalah dan Surah;

ii.

Momotong yang pertama, kemudian menyambung bahagian kedua. Ia bermaksud memisahkan bacaan al-Isti`azah dari Basmalah kemudian menyambung Basmalah dengan awal Surah;

iii.

Menyambung yang pertama sahaja. Ia bermaksud membaca al-Isti`azah dan Basmalah, kemudian memutuskan Basmalah dengan Surah; dan

iv.

Menyambung kesemuanya. Ia bermaksud membaca al-Isti`azah, Basmalah dan Surah secara terus.

33


2.3.5

Hukum Bacaan al-Isti`azah pada Awal Surah al-Tawbah

Menurut kitab Hidayah al-Qari‟ (2005), apabila seseorang hendak memulakan bacaan pada awal surah al-Tawbah, maka harus dibaca dengan dua kaedah iaitu: i. Memutuskan al-Isti`azah daripada awal surah al-Tawbah iaitu menghentikan bacaan pada al-Isti`azah dan memulakannya pada awal surah tanpa Basmalah; ii. Menyambung

al-Isti`azah

dengan

awal

surah

al-Tawbah

iaitu

menyambungkan bacaan al-Isti`azah dengan awal surah. Imam Ibnu al–Jazari menukilkan dalam kitabnya Tayyibah al-Nashr;

Maksudnya: Dan boleh waqaf padanya (ta‟auwudz) bagi mereka itu (Imamimam al-Qurra‟) atau diwasalkan ia (dengan ayat selepasnya sama ada Basmalah atau selain daripadanya) dan sebahagiannya berpendapat wajib..

2.4

BAB BASMALAH

Al-Quran mempunyai 114 surah dan semuanya dimulai dengan Basmallah, kecuali surah al-Tawbah. Dalam Islam, tuntutan membaca Basmallah jelas sebagaimana Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a.yang bermaksud: Setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan Basmallah adalah tertolak (kurang keberkatannya). Dalam sebuah Hadis alQudsi, Allah berfirman yang bermaksud: Apabila hambaKu memulai pekerjaannya dengan menyebut namaKu, maka menjadi kewajipanKu untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta akan Aku berkati seluruh keadaannya. Dalam bab ini, pelajar akan didedahkan dengan definisi dan kepentingan Basmallah serta hukum yang berkaitan dengan bacaan Basmallah.

34


2.5

DEFINISI BASMALAH

Dalam Mu`jam Ulum al-Quran (2001) ada menjelaskan bahawan lafaz al-Basmalah (‫ )انبسًهت‬adalah masdar daripada perkataan ‫بسًم‬. Lafaz ini disebut dan ditulis sebagai )‫ )بسى اهلل انرحًٍ انرحُى‬yang membawa maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Menurut Imam al-Tabari (wafat 310 H), memulakan dengan menyebut nama Allah dan memuliakan nama-namaNya merupakan adab Nabi Muhammad SAW. Baginda mengajar supaya menyebut nama Allah dan ia menjadi sunnah yang diikuti dan diamalkan iaitu membaca apabila memulakan bacaan al-Quran, begitu juga apabila memulakan pekerjaan yang lain. Jika ditanya, mengapa perlu membaca basmalah? Maka jawapannya menurut kitab al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid (2004) adalah untuk mendapatkan keberkatan dengan menyebut nama Allah dan sifatNya.

2.6

HUKUM MEMBACA BASMALAH KETIKA MEMULAKAN BACAAN

Terdapat beberapa permasalahan dalam topik pembacaan Basmalah menurut padangan sarjana Islam, antaranya:-

2.6.1

Permasalahan Pertama: Hukum Membaca Basmalah Ketika Memulakan Bacaan Pada Awal Surah;

Secara amnya, tiada khilaf antara Qurra‟ secara umumnya mengenai kewajipan membaca basmalah diawal surah. Perkara tersebut jelas sepertimana yang termaktub dalam al-Quran, kecuali jika memulakan bacaan pada Surah al-Taubah. Tiada khilaf ulama, supaya meninggalkan bacaan basmalah dan tiada kewajipan membacanya.

35


2.6.2

Permasalahan Kedua: Hukum Membaca Basmalah Ketika Memulakan Bacaan Yang Bukan Di Awal Surah;

Sekiranya Qari memulakan bacaan bukan di awal surah, seperti mula dengan awal juz, hizb, rubâ€&#x;, thumun, dan lain-lain. Qari diberi pilihan untuk memulakan dengan basmalah ataupun tidak. Namun, mendatangkan dengan bacaan basmalah adalah lebih afdal. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab al-Isti`azah, seandainya basmalah tidak sesuai dari segi makna sekiranya dimulakan diawal ayat. Seperti ayat yang dimulakan dengan menyebut syaitan atau dhamir yang kembali kepadanya. Maka lebih baik bagi qari untuk tidak membaca basmalah.

2.6.3

Permasalahan Ketiga: Hukum Membaca Basmalah Ketika Menghimpunkan Dua Surah;

Maksud menghimpunkan dua surah tersebut ialah Qari selesai membaca satu surah, kemudian mahu menyambung bacaan ke surah yang berikutnya. Dalam keadaan begini, terdapat tiga cara yang boleh dilakukan oleh Qari (Ahmad Khalid 2010);

1. Qat`u al-Jamiâ€&#x;: Iaitu berhenti di akhir surah, kemudian waqaf pada Basmalah, kemudian barulah dimulakan dengan awal surah yang berikutnya;

2. Wasl al-Jami`: Iaitu menyambung surah dengan Basmalah, kemudian menyambung surah dengan awal surah berikutnya;

3. Qat`u al-awal, wasl al-Thani wa al-Thalith: Iaitu waqaf pada akhir surah kemudian membaca Basmalah dan disambungkan Basmalah dengan awal surah yang berikutnya.

36


2.6.4

Permasalahan Keempat: Hukum Membaca Basmalah Antara Surah al-Anfal Dan al-Tawbah;

Menurut kitab Uddat al-Qari fi Tajwid Kalam al-Bari (2006), Terdapat tiga cara untuk membaca Basmalah antara dua surah ini, iaitu;

1. Berhenti sambil menahan bernafas: iaitu berhenti pada akhir surah alAnfal tanpa bernafas kemudia mulakan bacaan diawal surah al-tawbah;

2. Saktah dan bernafas: iaitu Saktah pada akhir al-Anfal sambil bernafas kemudian dimulai dengan akhir al-Tawbah; dan

3. Baca secara bersambung: iaitu menyambung bacaan antara akhir surah al-Anfal dan permulaan surah al-Tawbah.

Rumusan

Kita disunatkan menjadikan pembacaan al-Isti`azah sebagai wirid harian kita. Setelah Allah SWT menjelaskan bahawa Syaitan dan kuncu-kuncunya adalah musuh kepada anak Adam AS, maka kita dituntut untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT bagi memelihara kita daripada liciknya tipu dan godaan Syaitan Laknatullah. Firman Allah SWT dalam surah al-Fatir:36:6;

             



37


Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. Selain disunatkan memohon perlindungan, amalan pembacaan Basmalah turut menjadi wirid para Salaf al-Solih. Ini kerana Basmallah diucapkan ketika memulakan setiap perkara selaras dengan saranan Rasulullah SAW yang bermaksud; “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya.� Al-Shaykh Muhammad Abduh di dalam tafsirnya menyatakan bahawa al-Quran itu Imam dan ikutan kita, karena itu al-Quran dimulai dengan kalimat ini, iaitu Basmalah. Ini merupakan satu petunjuk bagi kita agar setiap perbuatan kita dimulai dengan membaca Basmalah.

38


Unit 3

ď ľ

Hukum Nun dan Mim Sakinah

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan definisi Nun Sakinah, Mim Sakinah dan Tanwin serta perbezaannya; 2. Menghuraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan Nun Sakinah dan Tanwin serta Mim Sakinah; 3. Mengenali huruf-huruf bagi setiap hukum yang berkaitan dengan Nun Sakinah, Mim Sakinah dan Tanwin berserta hukum bacaannya; 4. Menghuraikan hukum Nun dan Mim Mushaddad

39


3.1

Pengertian dan Perbezaan Antara Nun Sakinah dan Tanwin

3.1.1 Pengertian Nun Sakinah: Nun sakinah ialah nun yang sunyi (kosong) dari sebarang harakat (baris). Sukun pada nun tersebut kekal dalam keadaan waqaf dan wasol, penulisan dan sebutan pada feel dan huruf. Bagi feel nu sakinah terdapat di tengah atau hujung kalimah manakala bagi huruf pula hanya terdapat di hujung kalimah sahaja. (al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid-2001) Contoh : 



3.1.2 PengertianTanwin : Tanwin bermaksud nun sakinah yang ditambah pada akhir kalimah hanya pada sebutan, bukan pada penulisan (al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid-2001)  3.2 Perbezaan Antrara Nun Sakinah dan Tanwin Ulama telah membezakan antara Nun Sakinah dan Tanwin seperti berikut:

Bil.

Nun Sakinah

Tanwin

1

Dipertengahan dan akhir kalimah

Hanya pada akhir kalimah

2

Terdapat pada isim, feel dan huruf

Terdapat pada isim

3

4

Kekal dalam keaddan wasol dan waqaf Kekal pada lafaz dan rasm (tulisan) Berlaku pada bentuk asal dan

5

tambahan bergantung pada susunan kalimah.

Kekal pada wasol sahaja Kekal pada lafaz, hazaf pada rasm (tulisan) Berlaku penambahan pada susunan kalimah.

40


3.3

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Bagi hukum nun sakinah dan tanwin, terkandung empat hukum di dalamnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang kitab Tuhfatul Atfal:

Berkata Imam al-Jazari:

i. 

Izhar (

)

Pengertian dari segi bahasa:

Perkataan izhar merupakan masdar bagi perkataan

yang memberi makna jelas

dan terang. 

Pengertian dari segi Istilah:

“Mengeluarkan huruf dari makhrajnya tanpa ghunnah (dengung) dalam keadaan jelas dan terang pada huruf yang diizharkan”. Penjelasan: Maksudnya ialah, mengeluarkan nun sakinah dan tanwin dari makhrajnya tanpa penambahan dengung. Ia disebabkan asal dengung itu pada huruf nun. Oleh itu, tidak boleh waqaf atas nun yang ghunnah atau tanwin dengan cara memutuskan nafas, saktah tanpa bernafas, membaca dengan syiddah pada nun sakinah, tanwin mahupun huruf selepasnya. (Hidayah al-Qari Ila Tajweed Kalam Al-Bari-2005). 

Huruf-huruf Izhar :

Huruf-huruf Izhar ada enam semuanya, iaitu:

41


Ia juga dinamakan huruf halqi, kerana sifatnya yang keluar dari rongga (halqum) tekak. Dinamakan juga izhar halqi kerana dinisbahkan kepada halqi. Keenam-enam huruf ini dinamakan huruf izhar. Apabila huruf-huruf ini berada selepas nun ataupun tanwin, wajib dibaca dengan izhar sama ada keberadaannya pada nun dalam satu atau dua kalimah.(al Mursyid Fi Ilm al Tajwid- 2001). Contoh seperti yang terdapat pada jadual dibawah:

Nun Sakinah Tanwin

Huruf Satu Perkataan

‫خ‬

‫غ‬

‫ح‬

)3:‫ (انًائدة‬

)51:‫ (اإلسراء‬ 

)82:‫ (انحجر‬

Dua Perkataan

  

 

)74:‫(انبقرة‬

)13:‫(انحجراث‬

 

 

)143:‫(األعراف‬

)60:‫(انحج‬

 

 

)92:‫(األَعاو‬

)26:‫(انُساء‬  

‫ع‬

)7:‫ (انفاّتححت‬

)148:‫ (األَعاو‬  )7:‫(انبقرة‬

‫ﮪ‬

)74:‫ (انبقرة‬ 

)93:‫ (ﮪىد‬ 

 

42


)109:‫(انتىبت‬   )26:‫ (األَعاو‬

‫ء‬

)177:‫ (انبقرة‬  )6:‫(انُبأ‬

Tanda Izhar Halqi pada penulisan :

Dikekalkan tanda sukun pada huruf nun, seperti

.

Sementara itu, tanda tanwin ditulis secara selari. (Al-Munir Fi Ahkam Al-Tajwid-2001).

Dhommatain

=

.

Fathatain

=

.

Kasrotain

=

ii. 

Idgham (

.

)

Pengertian Idgham dari segi bahasa:

Perkataan idgham berasal bagi perkataan ‫ دغى‬yang memberi makna memasukkan, seperti memasukkan ladam pada kaki kuda, memasukkan buku ke dalam beg. (Al Mu‟jam Al Wasit-2009). 

Pengertian Idgham dari segi istilah:

“Pertemuan dua huruf yang mutamatsilain (serupa), mutaqoribain (hampir serupa) atau mutajanitsain (sama jenis). Dengan pertemuan tersebut, jadilah ia satu huruf yang bertasydid dengan sekira-kiranya terangkat lidah untuk menyebutnya”( Mu‟jam Ulum AlQuran- 2001)

43


Huruf-huruf Idgham

Huruf-huruf idgham ada enam semuanya, iaitu

Apabila keenam-enam huruf ini jatuh selepas huruf nun sakinah dan tanwin, wajib dibaca idgham nun sakinah dan tanwin tersebut dengan syarat bertemu pada dua kalimah. (alMunir Fi Ahkam al-Tajwid-2001). 

Pembahagian Idhgam

Idgham dinisbahkan kepada dengung terbahagi kepada dua, iaitu Idgham Maal Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah: i.

Idgham Ma’al Ghunnah Idgham Ma‟al Ghunnah adalah idgham yang jelas dengungnya dengan sekurangkurangnya kadar dua harakat. Hurufnya empat, iaitu 

seperti contoh:



Ghunnah: Ia adalah suara yang keluar dari hidung yang kebiasaannya disebabkan oleh huruf nun, tanwin ataupun mim. ii.

Idgham Bila Ghunnah:

Idgham bila Ghunnah adalah idgham yang tidak dibaca dengan dengung, hurufnya ada dua, iaitu (

). Contoh seperti: 



Manakala yang idgham dinisbahkan kepada kamil (sempurna) dan naqis (kurang sempurna), terbahagi kepada dua bahagian iaitu idgham kamil dan idgham naqis.

44


i.

Idgham Kamil

Idgham Kamil adalah menghilangkan zat huruf yang diidghamkan dan sifat-sifatnya. Huruf-hurufnya ialah (

). Maka ghunnah yang berlaku pada nun dan mim adalah

ghunnah pada huruf dengung. Ini disebabkan huruf nun sakinah dan mim atau tanwin, mempunyai sifat dengung yang sempurna. Sifat huruf itu sendiri berdengung. ii.

Idgham Naqis

Ianya adalah dengan meninggalkan zat huruf tersebut namun sifatnya dikekalkan. Hurufnya adalah waw dan yaâ€&#x;. Ghunnah yang berlaku pada huruf waw dan ya adalah ghunnah huruf idgham, iaitu nun sakinah atau tanwin. Ia menjadi dengung yang kurang sempurna kerana masih kekal sifat dengungnya. Idgham dinisbahkan kepada tiga bahagian tadi, maka jadilah ia: 

Idgham Maal Ghunnah Kamil Huruf

Contoh Nun

Contoh Mim

Jenis Idgham Ghunnah Kamil Idgham Ghunnah Kamil



Idgham Maal Ghunnah Naqis Huruf

Contoh Nun

Contoh Mim

Jenis Idgham Ghunnah Naqis Idgham Ghunnah Naqis

45


Idgham Bila Ghunnah Kamil

Huruf

Contoh Nun

Contoh Mim

Jenis Idgham bila Ghunnah kamil Idgham bila Ghunnah kamil

Apabila jatuhnya nun sakinah ditengah-tengah kalimah, selepasnya itu huruf idgham. Maka nun sakinah wajib dibaca izhar dan ia tidak boleh dibaca dengan idgham. Keadaan ini hanya berlaku pada empat sahaja di dalam Al-Quran, ia dinamakan izhar mutlaq:

Pada semua tempat di dalam al-Quran Pada semua tempat di dalam al-Quran Al-Ra‟d ayat 4 Al-An‟am ayat 99

iii.

Iqlab (

)

Pengerian Iqlab dari segi bahasa:

Perkataan Iqlab berasal bagi perkataan

yang memberi makna mengubah.

Pengertian Iqlab dari segi istilah:

“Mengubah nun sakinah atau tanwin yang terletak sebelum huruf ba‟ menjadi mim, dengan memelihara ghunnah (dengung) dan Ikhfa‟padanya”.( Mu‟jam Ulum Al-Quran- 2001)

46


Huruf Iqlab

Huruf iqlab hanya satu, iaitu (

).

Ia berlaku dalam empat keadaan: 

Apabila bertemu dengan nun sakinah pada satu kalimah

Apabila bertemu dengan nun sakinah pada dua kalimah

Apabila bertemu dengan tanwin pada dua kalimah sahaja.

Apabila nun bertemu dengan tanwin, hanya pada satu tempat di dalam Al-Quran, (

) ] al-Alaq: 15[

Apabila terjadinya keadaan yang disebutkan tadi ke atas huruf ba‟, wajib ditukarkan nun sakinah atau tanwin itu kepada mim dari segi sebutannya, bukan pada penulisannya. Kemudian dibaca dengan ikhfa‟ (sembunyikan) mim dari huruf ba‟ dalam keadaan dijelaskan ghunnah (dengung). Ia merupakan sifat bagi mim yang iqlab, bukan sifat bagi nun sakinah dan tanwin. (al-Wasit Fi Ahkam al-Tajwid-2004) Contoh Iqlab: 

iv.

Ikhfa’ (

Pengerian Ikhfa’ dari segi bahasa



)

Perkataan ikhfa‟ berasal bagi perkataan

ً‫خف‬

yang memberi makna menutup

(Al

Mu‟jam Al Wasit-2009).

47


Pengertian Ikhfa’ dari segi Istilah:

“Menyebut huruf nun yang sunyi (kosong) dari syiddah disamping sifatnya yang izhar dan idgham. Dalam masa yang sama mengekalkan ghunnah (dengung) pada huruf yang pertama, iaitu nun sakinah dan tanwin dengan kadar dua harakat.”( Mu‟jam Ulum AlQuran- 2001) 

Huruf-huruf Ikhfa’

Huruf ikhfa‟ ialah baki dari enam huruf izhar, enam huruf idgham dan satu huruf iqlab. Jumlahnya ialah lima belas huruf yang terhimpun pada awal kalimah dalam bait syair:

Contoh-contoh ikhfa‟ (dalam satu kalimah):

Contoh-contoh ikhfa‟ (pada dua kalimah):

Contoh-contoh ikhfa‟ (pada tanwin):

48


Cara Membaca Ikhfa’

Menghilangkan zat nun sakinah dan tanwin, namun dikekalkan sifat ghunnah padanya beserta dengan rongga di antara hujung lidah dengan menggangkat ke bahagian gusi atas seolah-olah qari lidahnya jauh dari makhraj.

Tanda Ikhfa’ pada mushaf

Tanda ikhfa‟ pada mushaf ialah dengan tidak meletakkan tanda sukun di atas huruf nun, dan tiada syiddah selepasnya. Bagi tanwin pula, dengan mengunakan tanda tanwin yang tidak selari dan tiada syiddah selepasnya.

Tingkatan-tingkatan bagi Ikhfa’

Tingkatan yang paling kuat:

Tingkatan yang sederhana:

Tingkatan yang lemah:

3.4

Hukum Mim Sakinah

Pengertian Mim Sakinah:

Makna mim sakinah ialah: mim yang baris sukunnya kekal dalam keadaan wasol dan waqaf. (Uddat al Qari Fi Tajwid Kalam al Bari-2006) Contohnya : ﴾

Berkata Ibn

al-Jazari:

49


Tempat Terletak Mim Sakinah

Tengah kalimah Hujung kalimah Isim Feel Huruf Jumlah Jama‟

Apabila bertemu mim sakinah dengan huruf hijaiyyah, maka akan terjadi tiga hukum, iaitu:

Mim Sakinah

Ikhfa’ Syafawi

Hukum Pertama:

Idgham Syafawi

Izhar Syafawi

Ikhfa’ Syafawi

Ikhfa‟ syafawi adalah mim sakinah yang jatuh selepasnya huruf ba‟, sama ada sukun asli, atau yang mendatang atau yang takhfif. Ia mesti berlaku dalam dua kalimah dan dibaca dengan ikhfa‟ bersama ghunnah (dengung). Yang dimaksudkan dengan ikhfa‟ ialah, kurang kebergantungan dengan makhraj mim. Cara untuk menyebutnya ialah dengan mengurangkan kadar makhraj mim, iaitu dengan

50


dua bibir. Kemudian, datangkan ghunnah dengan kadar dua harakat seperti kaedah menyebut iqlab. Dinamakan syafawi kerana keluarnya mim dari dia bibir. Alamat bagi hukum ikhfa‟ syafawi di dalam mashaf ialah dibuang tanda sukun pada huruf mim dan selepasnya tiada tanda syiddah. Contoh: 

 

Hukum Kedua: Idgham Syafawi

Idgham syafawi adalah mim sakinah yang jatuh selepasnya mim yang berbaris , maka dimasukkan bunyi mim yang sukun ke dalam mim yang berbaris bersama dengan ghunnah (dengung). Contoh:

Alamat idgham pada penulisan mashaf, dibuang tanda sukun pada mim yang pertama, dan diletakkan tanda syiddah pada mim yang kedua. Contoh:

Hukum Ketiga: Izhar Syafawi

Izhar syafawi ialah mengeluarkan mim sakinah dari makhrajnya tanpa dengung, tanpa waqaf, tanpa saktah dan tanpa syiddah apabila datang selepasnya huruf izhar. Huruf izhar ialah semua huruf hijaiyyah, kecuali huruf mim dan ba‟. Ia berlaku pada satu atau dua kalimah.

51


Dinamakan izhar, kerana jelas bacaan mim sakinah ketika bertemu dengan salah satu huruf dari huruf-huruf izhar. Dinamakan syafawi kerana keluarnya huruf mim itu dari dua bibir. Alamat izhar syafawi pada penulisan mashaf dengan dikekalkan tanda sukun pada huruf mim. Seperti contoh:

3.5

Hukum Nun dan Mim yang Bertasydid

Wajib dijelaskan dengung bagi setiap nun dan mim yang bersabdu dengan kadar dua harakat. Dinamakan hukum ini (huruf ghunnah yang bertasydid), kerana ghunnah adalah sifat yang lazim bagi nun dan mim. Tiada beza antara nun atau mim yang bertasydid itu berada di awal kalimah ketika idgham, ditengah, atau di hujung kalimah. Wajib ghunnah dengan kadar yang ditetapkan. Seperti contoh:

52


Unit 4

ď ľ

Bab Mad: Hukum dan Jenis-Jenisnya

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1.

Menjelaskan definisi Mad, huruf-hurufnya dan dalil;

2.

Mengenali pembahagian Mad dan contoh-contohnya;

3.

Menghuraikan martabat-martabat Mad menerusi pembahagiannya;

4.

Membezakan antara hukum-hukum Mad.

53


4.1

TAKRIF MAD, HURUF DAN DALIL-DALILNYA

a)

Takrif Mad Dari Segi Bahasa dan Istilah

Takrif Mad Dari Segi Bahasa: Makna mad dari segi bahasa ialah pertambahan. (Al Mu‟jam Al Wasit, 2009). Sebagaimana firman Allah s.w.t.:       Maksudnya; Nescaya Allah membantu kamu Dengan lima ribu malaikat. [Ali Imran: 125] Takrif Mad Dari Degi Istilah: Makna mad pada istilah pula ialah memanjangkan suara pada salah satu daripada huruf mad yang tiga, iaitu Alif sakin yang berbaris atas (fathah) sebelumnya, Ya' sakin yang berbaris bawah (kasrah) sebelumnya atau huruf Wau sakin yang berbaris hadapan (dhommah) sebelumnya dan juga huruf Lin yang keduanya sakin dan berbaris fathah sebelumnya. ( Mu‟jam Ulum Al Quran, 2001) b)

Huruf Mad

Huruf mad ada tiga, iaitu: Alif ( ) Wau ( ) dan Ya' ( i.

)

Alif mati yang didahului huruf berbaris atas (fathah) seperti firman Allah : 

ii.

Wau mati yang didahului huruf berbaris hadapan (dhommah) seperti firman Allah: 

iii.

Ya‟ mati yang didahului huruf berbaris bawah (kasrah) seperti firman Allah: 

54


Semua syarat-syarat di atas terkumpul dalam firman Allah s.w.t: 49



Ulama menyatakan bahawa dikhususkan huruf-huruf ini sahaja sebagai huruf mad, tidak huruf-huruf yang lain kerana ia memiliki sifat yang unik iaitu berfungsi dengan menggunakan udara yang terdapat di dalam mulut. Bahkan harakat yang boleh digunakan pada huruf tersebut tidak didapati pada huruf-huruf yang lain. (Al-Munir Fi Ahkam Al-Tajwid, 2001). c)

Huruf Lin

Terdapat dua huruf lin, iaitu Wau dan Ya' Sakin (baris mati) sebelumnya huruf berbaris atas (fathah). Contohnya: 19

     

26

13

d)

  

   

Dalil Mad

Dalil membaca Al Quran dengan mad adalah berdasarkan firman Allah s.w.t.:     Maksudnya: Dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil". [Al-Muzammil: 4] Firman Allah s.w.t. di atas jelas menunjukkan suruhan agar al-Quran dibaca dengan „tartil‟. Ia bermaksud „sepatah-sepatah‟ dengan menjada hukum dan mad yang terdapat di dalamnya.

55


Dalil daripada Sunnah pula adalah berdasarkan kepada hadis Musa bin Yazid al-Kindi, beliau berkata:        

60

      Maksudnya: Bahawa Ibnu Mas‟ud r.a. meminta seorang lelaki membacakan al-Quran kepadanya. Lalu lelaki tersebut membaca firman Allah: 

secara mursalah (tidak dibaca dengan mad pada kalimah ‫)نهفقراء‬. Ibnu Mas‟ud berkata: “Bukan begini Nabi s.a.w. membacakan kepadaku.” Lelaki tersebut bertanya kepada Ibnu Mas‟ud: “Bagaimanakah baginda membacakannya kepadamu wahai Abu Abdul Rahman?” Jawabnya: “Baginda membacanya kepada aku  ٍُ‫إًَا انصدقاث نهفقراء وانًساك‬ secara mad.” 

Maksudnya: Daripada Qotadah katanya: “Aku bertanya Anas bin Malik bacaan Nabi s.a.w. Beliau menjawab: “Baginda membacanya dengan mad.” Dalam riwayat yang lain, Anas ditanya bagaimana bacaan Nabi s.a.w. Beliau menjawab:“Bacaannya adalah dengan mad.” Dalil yang paling kuat ialah bacaan secara mad oleh para imam Qurra‟ yang diambil daripada orang-orang yang membacakannya kepada mereka daripada sahabatsahabat r.a. yang mengambil bacaan daripada Nabi s.a.w. Mereka mengambil bacaan tersebut secara mutawatir sehinggalah sampai kepada kita hari ini.

56


4.2

PEMBAHAGIAN MAD

Mad terbahagi kepada dua, iaitu Mad Asli/Tobi‟ie (ٍ‫ طبُع‬/ٍ‫ )يد أصه‬dan Mad Far'ie (ٍ‫)يد فرع‬. a)

Mad Tobi'ie/ Asli:

Takrif Mad Tobi'ie Mad Tobi’ie ialah mad yang terjadi dengan sebab hurufnya sendiri, tidak bergantung kepada sebab huruf yang lain seperti huruf Hamzah atau huruf sukun (mati). Mad ini terjadi dengan wujudnya salah satu daripada huruf mad. Mad Tobi‟ie juga dikenali sebagai Mad Asli, Mad Tob‟ie ( Sighah (

), Mad Zati ( ) dan Mad

).

Contoh Mad Tobi‟ie ialah:  ،  ،  ، 

Kadar membaca Mad Tobi‟ie ialah dengan 2 harakat.

Pembahagian Mad Tobi’ie: Mad Tobi‟ie terbahagi kepada dua iaitu Kalimi dan Harfi: Mad Tobi’ie Kalimi (

)

Mad Tobi’ie Kalimi ialah Mad Tobi‟ie yang terdapat pada kalimah. Mad Tobi‟ie Kalimi berlaku dalam tiga keadaan. Iaitu:

57


i.

Berlaku apabila huruf mad berada dalam kalimah ketika dibaca secara

bersambung (wasol) dan juga ketika berhenti (waqof). Contohnya huruf Alif, Wau dan Ya‟ dalam ayat berikut: 71

 

250

 

23

 

Mad Tobi‟ie Kalimi juga berlaku ketika huruf mad dikekalkan atau digugurkan daripada tulisan Rasm Othmani seperti: 76

ii.

   

Berlaku apabila huruf mad berada dalam kalimah dalam keadaan berhenti (waqof). Ia tidak berlaku ketika bacaan bersambung (wasol). Contohnya dalam keadaan berikut:

Mad al-„Iwadh (

) seperti huruf Alif dalam firman Allah ketika diberhentikan

bacaan ayat padanya (waqof): 11

60

     

       

Huruf Alif yang tujuh iaitu:

1.

Kalimah  di semua tempat di dalam al-Quran.

2.

Kalimah  [al-Kahfi: 38]

58


3.

Kalimah  [al-Ahzab: 10]

4.

Kalimah  [al-Ahzab: 66]

5.

Kalimah  [al-Ahzab: 67]

6.

Kalimah

[al-Insan: 15]. Ada pun kalimah

dalam ayat 16 dalam surah

yang sama tidak termasuk dalam hukum ini. Huruf Alif dalam kalimah ini digugurkan sama ada ketika wasol atau pun ketika waqof. 7.

Kalimah

[al-Insan: 4]. Walau bagaimana pun, kalimah ini boleh dibaca

dengan dua wajah ketika waqof iaitu digugurkan huruf Alif atau boleh dikekalkan huruf tersebut dengan membacanya dua harakat. Ditandakan huruf Alif yang tujuh ini dalam Rasm Uthmani dengan tanda sukun (mati) yang bulat ( ) seperti contoh di atas. Ia adalah sebagai isyarat bahawa huruf Alif digugurkan ketika

wasol

tetapi

dikekalkannya

ketika

waqof

dengan

kadar

2

harakat.

Walaubagaimana pun tanda sukun (mati) yang bulat tidak diletakkan di atas huruf Alif jika diikuti Hamzah Wasol selepasnya. Contohnya dalam surah al-Baqarah, ayat 160:

           

Huruf-huruf mad yang digugurkan kerana tidak boleh bertemu dua huruf yang

mati (sukun) wasol. Ia berlaku apabila terdapat huruf yang mati (sukun) selepasnya pada kalimah yang lain. Walaubagaimana pun, huruf-huruf mad tersebut dikekalkan pada bacaan yang waqof. Contohnya: ]15 :‫ [انًُم‬  

]6 :‫ [طه‬  

59


:‫ [انحشر‬              ]18 

Boleh untuk waqof pada Mad Munfasil yang terdapat padanya huruf mad.

Contohnya: 90

Diberhentikan bacaan ayat pada:

     

.

Huruf Wau dan Ya' sekiranya berada dihujung kalimah dalam keadaan berbaris

dan sebelum kedua-dua huruf tersebut berbaris kasrah bagi huruf Ya' dan berbaris dhommah bagi huruf Wau. Contohnya: 29

    

259

   

237

35

      

      

Semua contoh tersebut dikira sebagai Mad Tobi‟ie yang dikekalkan huruf mad ketika waqof dan tidak ketika wasol. iii.

Ketika huruf mad terdapat dalam kalimah yang dibaca secara wasol dan tidak

ketika waqof. Ia berlaku ketika keadaan berikut: 

Mad Silah (

) seperti: 88

     

60


37

    

Ada pun ketika diberhentikan bacaan pada huruf Ha‟ dhomir (waqof), maka huruf Ha‟ dhomir tersebut dimatikan barisnya (sukun), tidak lagi berada dalam keadaan hukum mad. 

Mad al-„Aridh lis-Sukun (

). Ketika ia dalam keadaan disambung

bacaan ayat padanya (wasol) maka ia adalah Mad Tobi‟ie. Mad Tobi’ie Harfi (

)

Mad Tobi’ie Harfi ialah Mad Tobi‟ie yang wujud pada salah satu daripada huruf Hijaiyyah yang menjadi permulaan bagi sesetengah surah dalam al-Quran seperti: Pada haruf Ha‟ dalam kalimah:   1

dan   1

Mad ini berlaku hanya pada lima huruf sahaja yang diringkaskan dalam perkataan ٍ‫ح‬ ‫طهر‬. Huruf-huruf Hijaiyyah ini sebenarnya adalah terdiri daripada ejaan dua huruf yang mana huruf keduanya adalah huruf mad. Oleh itu kita membacanya : ‫حا – ﮪا – را – طا – َا‬. Huruf mad ini kekal sentiasa sama ada ketika wasol ataupun ketika waqof. Mad-Mad Yang Berada Di Bawah Mad Tobi’ie Kalimi: 1.

Mad Tamkin (

).

Mad Tamkin terjadi apabila huruf Wau Mad bertemu dengan huruf Wau berbaris atau pun huruf Ya' Mad bertemu dengan huruf Ya' berbaris. Dinamakan Mad Tamkin kerana ditetapkan (tamkin) bacaan Mad Tobi‟ie tersebut bagi menegah berlakunya idgham atau jatuhnya huruf mad tersebut. Terdapat tiga gambaran bagi mad ini iaitu: i.

Huruf Ya' Mad berada selepas huruf Ya' bertasydid dan berbaris bawah (kasrah) seperti:

61


86

ii.

  

Huruf Wau Mad berada sebelum Wau berbaris seperti: 25

                             

atau huruf Ya‟ Mad berada sebelum Ya‟ berbaris seperti: 203

iii.

      

Huruf Wau Mad berada selepas huruf Wau berbaris hadapan (dhommah) seperti: 78

     

atau huruf Ya' Mad berada selepas huruf Ya' berbaris di bawah (kasrah) seperti: 156

   

Kadar Mad Tamkin ialah 2 harakat iaitu kadar bagi Mad Tobi‟ie. Mad ini boleh bertukar menjadi Mad „Aridh Lis-Sukun jika berada dalam keadaan diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof). Kadar madnya harus dibaca 2, 4 atau 6 harakat. Ada pun jika berada dalam keadaan wasol maka ia kekal sebagai Mad Tamkin dan kadar madnya hanyalah 2 harakat sahaja. Contoh ayat ialah: 75

    

69

  

Mad ini juga boleh bertukar menjadi Mad Jaiz Munfasil jika wasol. Kadar madnya adalah 4 atau 5 harakat. Ada pun jika berada dalam keadaan waqof, maka ia kekal sebagai Mad Tamkin dan kadar madnya hanyalah 2 harakat sahaja. Contoh ayat ialah:

62


26

2

Mad ‘Iwadh (

       

)

Mad ‘Iwadh berlaku apabila digantikan baris dua di atas (tanwin mansub dan maftuh) kepada huruf Alif Mad ketika waqof. Mad ini adalah sebagaimana gambaran berikut: 

Huruf Alif Mad ditulis, seperti: 11

     

Huruf Alif Mad tidak ditulis, seperti: 10

     

171 

Isim Maqsur (

) berbaris dua di atas (tanwin), seperti: 44

60

     

      

      

Nun Tawkid Khafifah (

) ditulis dengan berbaris dua di atas (tanwin).

Keadaan ini hanya terdapat dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu: 32

        

63


15

      

Ada pun huruf Ta‟ marbutoh ( ) berbaris dua di atas (

), maka hukumnya

hendaklah digugurkan huruf tersebut ketika waqof dan digantikan dengan huruf Ha‟ ( ). Contohnya: 4

b)

   

Mad Far'ie:

Takrif Mad Far'ie: Mad Far'ie ialah mad yang dipanjangkan suara pada salah satu huruf-huruf mad yang ditambah kadar harakatnya lebih daripada kadar Mad Tobi‟ie. Kewujudannya adalah bergantung kepada sebab huruf Hamzah atau huruf mati (sukun). Dinamakan juga mad ini dengan Mad Mazidi (

).

Kadang-kadang huruf Hamzah berada sebelum huruf mad atau selepasnya pada satu kalimah atau dua kalimah. Contohnya: 37

    

1

90

9

  

     

      

64


Ada pun sebab huruf sukun (mati), ia mestilah berada hanya selepas huruf mad atau selepas huruf Lin. Ia tidak menjadi mad kecuali sekiranya huruf sukun (mati) berada selepas huruf mad atau huruf Lin dalam satu kalimah. Contohnya: 5

68

    

        

33

   

1

 

Mad Far'ie yang disebabkan oleh huruf Hamzah terbahagi kepada tiga iaitu: i.

Mad Badal (

ii.

Mad Wajib Muttasil (

)

iii.

Mad Jaiz Munfasil (

) dan termasuk dalam mad ini ialah Mad Silah

Kubra (

)

).

Mad Far'ie yang disebabkan oleh baris mati (sukun) terbahagi kepada dua iaitu: i.

Lazim (

)

ii.

„Aridh lis-Sukun (

)

65


Hukum Mad Far'ie dan Pembahagiaannya Terdapat tiga hukum bagi Mad Far'ie iaitu: i.

Lazim: Hukum ini khusus bagi Mad Lazim dan jenis-jenisnya. Ia adalah apa yang disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan mad dan kadarnya.

ii.

Wajib: Hukum ini khusus bagi Mad Muttasil. Ia adalah apa yang disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan madnya dan berbeza pandangan tentang kadarnya.

iii.

Jaiz (harus): Hukum ini bagi Mad Munfasil, Mad „Aridh lis-Sukun dan Mad Badal. Ia adalah apa yang tidak disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan mad dan kadarnya. Nama-nama ini iaitu Lazim, Wajib dan Jaiz adalah dilihat kepada bacaan-bacaan yang pelbagai, bukan dilihat kepada satu riwayat atau satu toriq (jalan) sahaja. Oleh kerana itu, Mad Munfasil sebagai contoh dinamakan Jaiz kerana perbezaan pandangan para Qurra‟ tentang memanjangkan mad ini dan kadarnya. Sebahagian para Qurra‟ memendekkannya dengan kadar 2 harakat. Sebahagiannya pula memanjangkannya 4, 5 atau 6 harakat. Ini tidak bermakna harus memendekkannya dengan 2 harakat berdasarkan riwayat Hafs mengikut toriq Syatibiyyah, bahkan telah ditentukan madnya berdasarkan kepada apa yang telah ditetapkan mengikut toriq ini dengan kadar 4 atau 5 harakat.

Mad-Mad yang Berada di Bawah Mad Far'ie: 1.

Mad Wajib Muttasil (

)

Mad Wajib Muttasil ialah apabila huruf Hamzah berada selepas huruf mad pada satu kalimah sama ada huruf Hamzah berada di tengah kalimah atau diakhirnya.

66


Contoh bagi mad ini ialah: 5

     

1

  

Kadar madnya ialah 4 atau 5 harakat sama ada ketika waqof atau wasol. Walaubagaimana pun, 4 harakat adalah lebih masyhur dan diutamakan untuk diguna. Begitu juga harus menggunakan 6 harakat jika huruf Hamzah berada di akhir kalimah ketika waqof. 56

     

1

  

Sebab dinamakan: Dinamakan Muttasil kerana huruf mad bersambung (muttasil) dengan huruf Hamzah selepasnya dalam satu kalimah. Hukumnya: wajib kerana semua para Qurra‟ melihat wajib memanjangkannya lebih daripada Mad Tobi‟ie dan dalam masa yang sama mereka tidak sepakat kadar tambahan panjang tersebut. Oleh kerana itu, ia dikenali dengan Mad Wajib Muttasil. Sebab dipanjangkan mad ini adalah kerana huruf Hamzah sukar disebut. Huruf tersebut adalah huruf yang sukar disebut dengan kuat dan jauh daripada tempat keluar huruf (

). Oleh kerana itu, dipanjangkan mad sebelumnya agar boleh disebut dengan cara

yang betul. Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa dipanjangkan mad ini kerana huruf mad berada dalam keadaan yang lemah dan tersembunyi manakala huruf Hamzah pula kuat dan sukar. Maka ditambah panjang mad untuk menguatkan kelemahannya dan menjaganya daripada gugur apabila dibaca cepat.

67


2.

Mad Jaiz Munfasil (

)

Mad Jaiz Munfasil ialah apabila huruf Hamzah berada selepas huruf mad dengan syarat kedua-duanya berasingan dalam kalimah yang berlainan iaitu huruf mad berada dalam satu kalimah dan huruf Hamzah berada di awal kalimah yang kedua. Contoh bagi mad ini ialah: 9

     

Pengasingan di antara huruf mad dan huruf Hamzah terdapat dalam dua bentuk: i.

Hakiki; iaitu huruf mad wujud pada tulisan rasm dan lafaz seperti: 6

ii.

   

Hukmi; iaitu huruf mad digugurkan pada tulisan rasm tetapi wujud pada lafaz

seperti: 6

66

31

  

  

       

Perlu diperingatkan bahawa tidak harus diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) pada juzuk yang pertama seperti pada ‫ َا‬atau ‫ ﮪا‬dalam contoh di atas kerana ia ditulis secara rasm dalam satu kalimah, tidak boleh diasingkan antara satu sama lain. Kadar madnya: 4 atau 5 harakat. Walaubagaimana pun, 4 harakat adalah lebih utama untuk digunakan.

68


Sebab dinamakan: Dinamakan Munfasil kerana huruf mad berasingan (munfasil) daripada huruf Hamzah. Setiap daripada dua huruf tersebut berada dalam kalimah yang berasingan. Hukumnya: Harus (jaiz); kerana harus memendek madnya kepada 2 harakat di sisi sebahagian Qurra‟. Oleh kerana itu ia dinamakan Mad Jaiz Munfasil

(

). Walaubagaimana pun ia tidak harus bagi Hafs daripada „Asim mengikut toriq Syatibiyyah. Hukum mad ini mengikut toriq ini adalah wajib iaitu seperti Mad Muttasil: 4 atau 5 harakat. Dinamakannya dengan jaiz kerana ia dibaca dengan 2 harakat dengan mengikut toriq yang lain iaitu Hasf mengikut toriq sebahagian Toyyibah. Perhatian: i.

Termasuk dalam Mad Munfasil dari sudut hukum dan nama ialah Mad Silah Kubra (

ii.

).

Sebab berlakunya Mad Munfasil ialah huruf Hamzah berada selepas huruf mad

iaitu huruf mad dalam satu kalimah dan huruf Hamzah dalam satu kalimah yang lain. Jika diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) iaitu pada kalimah yang pertama maka akan hilang penambahan kadar mad kerana sebabnya sudah tiada iaitu huruf Hamzah. Mad ketika itu menjadi Mad Tobi‟ie. Contohnya: 102

   - 

atau mad ketika itu menjadi Mad Badal jika sebelum huruf mad terdapat huruf Hamzah. Contohnya: 102

    

Adapun jika disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) maka ia menjadi Mad Munfasil. Perkara ini berlaku pada Mad dalam bentuk hakiki. Ada pun dalam bentuk hukmi maka mad ini kekal sama ada disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) atau diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) kerana tidak boleh diberhentikan bacaan

69


ayat padanya (waqof) pada juzuk yang pertama sebagaimana yang telah diterangkan. Contohnya: 6

3.

Mad Badal (

  

)

Mad Badal ialah apabila huruf Hamzah berada sebelum huruf mad dalam satu kalimah dan tidak ada selepas huruf mad huruf Hamzah atau baris mati (sukun). Contohnya:

31

173

101

   

 

      

Kadar madnya: 2 harakat. Sebab dinamakan: Dinamakan Mad Badal kerana penukaran (badal) huruf Hamzah kepada huruf Mad. Asal Mad Badal ialah terkumpulnya dua huruf Hamzah. Huruf Hamzah yang pertama berbaris dan huruf Hamzah yang kedua sukun (mati). Maka ditukar huruf Hamzah yang kedua menjadi huruf mad yang sama jenis dengan baris yang sebelumnya. Contohnya:  Ini adalah kalimah asal. Kemudian huruf Hamzah yang kedua telah ditukar menjadi huruf Alif, maka jadilah : 

70


kerana kesesuaiannya dengan baris huruf Hamzah yang pertama supaya mudah dibaca. Contoh lain ialah:  ،  Hukumnya: Harus. Ini kerana sebahagian para Qurra‟ mengharuskan dipanjangkan madnya. Semua para Qurra‟ memendekkan kadar mad ini kepada 2 harakat kecuali Warsy daripada Imam Nafi‟. Pada pendapatnya boleh dibaca 2, 4 dan 6 harakat. Mad Syabih bil-Badal (

)

Mad Syabih bil-Badal ialah mad yang menyerupai mad Badal apabila huruf Hamzah berada sebelum huruf mad dalam satu kalimah dan huruf mad tersebut bukan ditukar daripada huruf Hamzah. Contohnya: 9

39

61

   

  

    

Keadaan-keadaan bagi Mad Badal dan Mad Syabih bil-Badal dari sudut dikekalkan atau digugurkan mad sama ada ketika wasol atau waqof adalah seperti berikut: a.

Dikekalkan Mad Badal sama ada ketika wasol atau waqof. Contohnya: 31

b.

  

Dikekalkan Mad Badal ketika waqof, tidak ketika wasol. Contohnya: 171

     

71


Ketika waqof, hendaklah dibaca dengan lafaz ‫ دعاءا‬iaitu ditambah huruf Alif selepas huruf Hamzah. Disebutkan juga ia sebagai Mad „Iwadh dan kadang-kadang dinamakan Mad Badal yang lahir daripada Mad „Iwadh.

c.

Dikekalkan Mad Badal ketika wasol, tidak ketika waqof. Contohnya: 29

  

Mad pada huruf Alif ketika waqof menjadi Mad „Aridh lis-Sukun, bukan Mad Badal. d.

Dikekalkan Mad Badal ketika dijadikan ia sebagai permulaan bacaan ayat

padanya sahaja. Ia berlaku apabila huruf Hamzah yang pertama adalah Hamzah Wasol dan yang kedua adalah Hamzah Qoto‟ (

). Contohnya:

4

    

283

   

Huruf Hamzah berbaris mati dalam perkataan di atas ditukar ke huruf mad ketika dijadikan ia sebagai permulaan bacaan ayat padanya sebagaimana yang akan diterangkan selepas ini. 4.

Mad Lazim (

)

Mad Lazim ialah apabila baris mati asal (sukun asli) berada selepas huruf mad atau selepas huruf Lin dalam satu kalimah atau huruf daripada huruf-huruf pembuka surah sama ada ketika wasol atau waqof. Contohnya bagi kalimah: 7

     

Contoh bagi huruf: 1

  ، 1

 

72


Ada pun jika huruf mad berada di akhir kalimah dan baris mati asal (sukun asli) berada pada kalimah yang lain maka digugurkan huruf mad ketika disambung bacaan dua kalimah tersebut dan menjadi Mad Tobi‟ie ketika diberhentikan bacaan pada kalimah pertama. Ini adalah daripada bentuk yang telah dibicarakan sebelum ini iaitu dikekalkan ketika waqof dan digugurkan ketika wasol. Contohnya: 25

     

116

35

    

     

Sebab dinamakan: Dinamakan Lazim kerana mesti (lazim) sebabnya pada dua keadaan ketika wasol dan waqof. Sesetengah pandangan pula berkata bahawa dinamakan Lazim kerana mesti (lazim) madnya di sisi semua Qurra‟ mad yang sama dengan kadar 6 harakat yang disepakati ketika waqof dan wasol kecuali pada huruf „Ain pembuka surah Maryam dan Syura. Ia harus dibaca dengan 6 dan 4 harakat. Hukumnya: lazim. Perbezaan nama antara lazim dengan wajib adalah daripada sudut istilah. Ada pun daripada sudut makna bahasa, tidak ada perbezaan di antara keduaduanya iaitu tidak harus dipendekkan 2 harakat salah satu daripada kedua-duanya di sisi salah seorang daripada para Qurra‟. Jika dibaca dengan dipendekkan 2 harakat maka ia merupakan kesalahan yang nyata dan kesilapan yang sangat jelas. Kadar madnya: Kadar Mad Lazim bagi semua bentuknya adalah 6 harakat. Mad Lazim terbahagi kepada dua iaitu Mad Lazim Kalimi dan Mad Lazim Harfi. Setiap daripada kedua-duanya terbahagi kepada muthaqqal (

) dan mukhaffaf (

)

73


Mad Lazim Kalimi: Mad Lazim Kalimi terbahagi kepada dua iaitu: i.

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal:

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris mati yang asal (sukun asli) yang dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (idgham) dalam satu kalimah. Contohnya: 7

    

1

80

 

   

Sebab dinamakan: Dinamakan „kalimi‟ kerana huruf berbaris mati yang asal berada selepas huruf mad pada satu kalimah dan bukannya berada dalam kalimah yang berbeza. Dinamakan „muthaqqal‟ (sukar) kerana huruf yang berbaris mati (sukun asli) dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (menjadi tasydid) yang membawa kepada sukar untuk membaca dan menyebutnya. Berlakunya mad di sini kerana tidak boleh terkumpulnya 2 huruf yang berbaris mati (sukun) iaitu huruf mad yang berbaris mati (sukun) dan huruf yang selepasnya yang berbaris mati ketika wasol. Oleh kerana itu dipanjangkan mad. Perhatian: Termasuk dalam golongan mad ini juga jika situasi yang sama berlaku dalam dua kalimah. Walaubagaimana pun, ia dikenali sebagai Mad Farq. Ia juga diharuskan dibaca dengan tashil. Contohnya:

74


59

    

143

    

Mad ini akan diterangkan semula selepas ini. ii.

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf:

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris mati yang asal (sukun asli) yang tidak dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (tidak idgham) dalam satu kalimah. Hanya terdapat dua tempat sahaja di dalam al-Quran contoh mad ini yang kedua-duanya adalah kalimah yang sama iaitu: 51

     

91

   

Sebab dinamakan: Dinamakan „kalimi‟ kerana kerana huruf berbaris mati yang asal berada selepas huruf mad pada satu kalimah. Dinamakan „mukhffaf‟ (ringan) kerana huruf yang berbaris mati (sukun) tidak dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya. Ia tidak ringan dan tidak sukar untuk dibaca kerana tidak ada tasydid. Hukumnya: Mad ini dibaca dengan kadar 6 harakat kerana ia tergolong dalam Mad Lazim. Ia juga dinamakan Mad Farq. Terdapat juga wajah yang lain bagi mad ini iaitu dibaca dengan tashil. Tashil ini berlaku apabila ditahqiqkan huruf Hamzah yang pertama dan ditashilkan huruf Hamzah yang kedua. Walaubagaimana pun, mad ini lebih utama dibaca dengan 6 harakat.

75


Mad Lazim Harfi: Mad ini dikhususkan kepada huruf-huruf yang menjadi pembuka sebahagian daripada surah-surah dalam al-Quran. Bilangan keseluruhan huruf-huruf ini ialah 14 huruf yang terdapat dalam pembuka 29 surah. Diringkaskan huruf-huruf tersebut dalam bentuk ayat: (

) atau (

(

) atau (

) atau ).

Sebab dinamakan: Dinamakan „harfi‟ kerana huruf berbaris mati (sukun asli) berada selepas huruf mad dalam salah satu huruf hijaiyyah yang terdapat pada pembukapembuka surah. Hukumnya: Huruf-huruf yang terdapat dalam pembuka sebahagian surah terbahagi kepada: 

Tidak dibaca dengan mad. Ia sentiasa dibaca pendek tanpa ada perbezaan

pandangan Qurra‟ mengenainya. Huruf tersebut ialah Alif. Ini kerana tidak ada huruf mad di dalam huruf tersebut. Ia dibaca dengan (

).

Dibaca dengan kadar 2 harakat. Ia dibaca demikian apabila huruf hijaiyyahnya

adalah dua. Contohnya: 1 Ia dibaca dengan

 

. Ia tergolong daripada kumpulan 5 huruf iaitu

.

Dibaca dengan 4 atau 6 harakat. Ia dibaca demikian apabila huruf hijaiyyahnya

adalah tiga dalam huruf tersebut dan huruf tengahnya adalah huruf Lin. Ia tidak berlaku kecuali pada huruf „Ain ( ) :

dalam 2 pembuka surah iaitu Surah Maryam dan Syura: 1

 

76


2

 

Mad ini lebih utama dibaca dengan 6 harakat. 

Dibaca dengan 6 harakat tanpa ada perbezaan pandangan dikalangan Qurra‟.

Ia dibaca demikian apabila huruf hijaiyyahnya adalah tiga dan huruf tengahnya adalah huruf mad. Ia adalah 7 huruf yang terkumpul dalam (

).

Mad Lazim Harfi terbahagi kepada dua iaitu: i.

Mad Lazim Harfi Muthaqqal

Mad ini berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris mati asli (sukun asli) yang dimasukkan ke dalam huruf selepasnya (idgham). Huruf hijaiyyahnya adalah tiga dalam huruf tersebut dan huruf tengahnya adalah huruf mad. Huruf ketiga adalah berbaris mati (sukun asli) dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (idgham). Contohnya: 1

 

1 Dibaca contoh yang pertama „ Contoh yang kedua dibaca dengan

  ‟. Huruf Lam ( ) mengandungi 3 huruf hijaiyyah ( ). .

Dinamakan „muthaqqal‟ (sukar) kerana huruf berbaris mati dimasukkan ke dalam huruf selepasnya (idgham) dan ia menyukarkan untuk menyebutnya. ii.

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

Mad ini berlaku apabila selepas huruf mad atau selepas huruf Lin terdapat huruf berbaris mati asli (sukun asli) yang tidak dimasukkan ke dalam huruf selepasnya (tidak idgham).

77


Disyaratkan pada huruf tersebut mempunyai tiga huruf hijaiyyah dan huruf tengahnya adalah huruf mad atau huruf Lin serta huruf akhirnya adalah berbaris mati asli (sukun asli). Contohnya: 1

1

     

     

1

    

Dinamakan „mukhaffaf‟ (ringan) kerana huruf berbaris mati (sukun asli) tidak dimasukkan ke dalam huruf selepasnya yang membawa tidak ada tasydid dan ringan untuk disebutkan. Perhatian: Dalam firman Allah Ta‟ala: 2 1

         

Ketika wasol bagi „‫ ‟انى‬dengan selepasnya, huruf Mim hendaklah dibaris atas (fathah). Huruf Ya‟ pula harus dibaca dengan dua wajah: 1. (

2.

Huruf Ya‟ pada huruf Mim ( ) dipanjangkan 2 harakat sahaja iaitu : ). Wajah ini adalah lebih utama untuk dibaca.

Huruf Ya‟ pada huruf Mim ( ) dipanjangkan 6 harakat (

).

Ada pun ketika waqof pada „‫‟انى‬, huruf Mim dipanjangkan 6 harakat dengan huruf Mim berbaris mati (sukun). Golongan yang memanjangkannya 6 harakat ketika wasol melihat bahawa huruf mim dibariskan atas (fathah) kerana bertemunya dua huruf yang mati

78


(sukun). Baris di atas pada huruf mim tidak diambil kira. Kewujudannya adalah sama seperti ketiadaannya. Golongan yang memendekkannya kepada 2 harakat pula melihat bahawa wajib dipanjangkan huruf mad ketika bertemu dua huruf yang mati (sukun) adalah untuk membezakan di antara keduanya. Huruf mim pada ‫ يُى‬telah dibariskan atas maka tidak ada keperluan untuk memanjangkannya 6 harakat kerana telah hilang sebab berlakunya Mad Lazim iaitu baris mati (sukun). 5.

Mad Farq (‫)مد الفرق‬

Apabila huruf Hamzah Istifham (pertanyaan) bertemu dengan huruf Hamzah Wasol maka huruf Hamzah Wasol ditukar menjadi huruf Mad. Dinamakan mad ini dengan Mad Farq. Mad ini tergolong daripada Mad Lazim kerana baris mati (sukun) pada huruf yang selepas daripada huruf mad adalah asli dan lazim, bukannya datang kemudian („Aridh) sama ada ketika muthaqqal atau mukhaffaf. Contoh ketika muthaqqal ialah: 143

    

59

    

Contoh ketika mukhaffaf ialah: 51

     

Dinamakan Farq (perbezaan) kerana untuk Istifham (

membezakan antara Khabar ( ) dan

) iaitu apabila kita memanjangkannya kita membezakan antara kalimah-

kalimah ini berbanding dengan kalimah-kalimah yang tidak mempunyai Istifham ( Apabila dimasukkan huruf Hamzah Istifham ke atas Isim Ma‟rifah (

).

) yang

mempunyai Lam at-Ta‟rif ( ) maka ditukar Hamzah Lam at-Ta‟rif kepada huruf Alif Mad

79


untuk membezakan di antara Istifham dan Khabar. Huruf yang ditukar ialah Hamzah Wasol dan bukannya Hamzah Istifham. Oleh kerana dalam keadaan ini telah bertemu dua huruf berbaris mati maka ia dipanjangkan sebanyak 6 harakat. Wajah bacaan ini adalah lebih utama untuk dibaca. Harus juga dibaca dengan wajah tashil iaitu ditashilkan huruf yang kedua iaitu huruf Hamzah Wasol disebut secara pertengahan tanpa dipanjangkan. Tashil dilakukan dengan cara disebut huruf Hamzah dengan gambaran pertengahan antara huruf Hamzah dengan huruf Alif. Jenis mad ini tidak berlaku kecuali pada tiga kalimah yang terdapat pada enam tempat yang disebutkan kemudian. 6.

Mad ‘Aridh lis-Sukun (

)

Mad ‘Aridh lis-Sukun berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris pada akhir kalimah yang kemudiannya dibaris mati disebabkan waqof. Dalam keadaan ini baris mati (sukun) adalah datang kemudian („Aridh) kerana waqof selepas huruf mad. Perbincangan ini juga ada kaitan dengan huruf Lin yang akan dibicarakan selepas ini. Huruf berbaris mati yang diberhentikan bacaan ayat padanya ke atasnya kadangkadang adalah huruf hamzah dan kadang-kadang bukan huruf tersebut. Contohnya: 5

   

30

16

56

17

   

   

     

  

80


77

     

Sebab dinamakan: Sebab dinamakan Mad „Aridh lis-Sukun (baris mati datang kemudian) kerana sebabnya adalah datang kemudian ketika waqof, iaitu baris mati. Mad ini juga dikenali sebagai Mad lis-Sukun „Aridh ( Waqfi (

) dan Mad „Aridh lil-

).

Pembahagian Mad ‘Aridh lis-Sukun: Mad „Aridh terbahagi kepada empat iaitu: 1.

Mad A’ridh lis-Sukun Mutlak (

). Maksudnya ialah apabila ia

berada dalam keadaan disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) maka dia menjadi Mad Tobi‟ie dan ketika waqof maka dia menjadi Mad „Aridh lis-Sukun. Jenis mad ini harus (jaiz) dipanjangkan dengan 2, 4 atau 6 harakat. Sebahagian daripada Ulama Tajwid menyatakan bahawa wajah yang lebih utama untuk dibaca ialah pertengahan iaitu 4 harakat kerana meraikan pertemuan dua huruf berbaris mati dan kerana baris mati (sukun) datang kemudian. Contohnya: 184

91

2.

   

      

Mad Muttasil ‘Aridh lis-Sukun (

). Jenis mad ini wajib

dipanjangkan dengan 4 atau 5 harakat dan harus (jaiz) dipanjangkan dengan 6 harakat. Contohnya: 19

   

81


3.

Mad Badal ‘Aridh lis-Sukun (

). Jenis mad ini harus (jaiz)

dipanjangkan dengan 2, 4 atau 6 harakat. Contohnya: 36

4.

    

Mad Lin ‘Aridh lis-Sukun (

). Keterangan terperinci mengenainya

adalah sebagaimana berikut: Mad Lin ‘Aridh lis-Sukun (

):

Mad ini berlaku apabila selepas huruf Lin terdapat baris mati yang datang kemudian (sukun „aridh) disebabkan waqof. Ia berlaku pada huruf Wau dan Ya' berbaris mati (sukun) dan sebelumnya berbaris di atas (fathah). Contohnya: 68

    

1

    

52

     

28

    

Sebab dinamakan: Dinamakan dengan huruf Lin (lembut) kerana ia keluar daripada dengan lembut tanpa kepayahan pada lidah berbanding dengan huruf-huruf yang lain. Terdapat juga pandangan lain dinamakan huruf Lin kerana dua huruf Lin adalah sebahagian daripada huruf mad yang mudah disebut dengan kedua-duanya. Maka huruf Wau dan Ya' pada huruf Lin tidak dinamakan 2 huruf mad jaufiyyah (rongga) bahkan ia adalah 2 huruf yang lembut. Tempat keluar kedua-dua huruf ini berbeza dengan huruf mad yang keluar daripada rongga. Huruf Wau Lin keluar daripada 2 bibir, huruf Ya' Lin keluar daripada tengah lidah. Kedua-dua huruf Lin lebih lemah daripada huruf mad.

82


Hukumnya: Hukum dua huruf Lin ketika diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) adalah hukum Mad „Aridh lis-Sukun. Harus (jaiz) dibaca dengan kadar 6, 4 atau 2 harakat. Ada pun ketika dibaca huruf Lin di waktu disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) maka hendaklah dibaca dengan 2 harakat. 2 harakat di sini ialah menggugurkan panjang kedua-dua huruf tersebut secara mutlak iaitu 2 huruf tersebut disebut sebagaimana sebutan huruf-huruf yang lain sekadar terlaksananya hak huruf sahaja. 7.

Mad Silah (

)

Mad Silah adalah adalah khusus kepada huruf Ha' ( ) kinayah. Ia adalah huruf Ha‟ tambahan terhadap kalimah yang menunjukkan kepada Mufrad Muzakkar Ghaib

(

). Asal huruf ini berbaris hadapan (dhommah). Walaubagaimana pun jika sebelumnya berbaris di bawah atau huruf Ya' berbaris mati (sukun) maka ia berbaris dibawah. Daripada takrif ini, ia mengeluarkan jenis-jenis huruf Ha' yang lain iaitu :

Huruf Ha‟ Asli (

). Contohnya: 91

    

115 

Huruf Ha‟ yang menunjukkan satu yang muannath ( 35

    ). Contohnya:

  

Huruf Ha‟ yang menunjukkan kepada dua (

). Contohnya:

83


229 

      

Huruf Ha‟ yang menunjukkan kepada banyak ( 7

). Contohnya:

  

Keadaan-keadaannya: Ha' kinayah berada pada kata nama ( ), kata perbuatan ( ) dan kata sendi (

i.

). Ia berlaku dalam 4 keadaan.

Ia berada di antara dua huruf berbaris mati. Ia tidak dibaca dengan kadar yang

panjang tetapi dibaca dengan kadar barisnya sahaja. Contohnya: 46

ii.

   

Sebelumnya adalah huruf yang berbaris dan selepasnya adalah huruf yang mati

(sukun). Ia tidak sekali-kali dibaca dengan kadar yang panjang. Ia dibaca dengan kadar barisnya sahaja. Contohnya: 1

iii.

    

Sebelumnya adalah huruf yang berbaris mati dan selepasnya adalah huruf yang

berbaris. Contohnya: 2

7

         

       

84


Ia tidak dibaca dengan kadar yang panjang bahkan dibaca dengan kadar barisnya sahaja kecuali pada satu tempat sahaja iaitu: 69

        

Hafs membacanya dengan huruf Ha‟ dibaris bawah (kasrah) dengan kadar 2 harakat berdasarkan kepada Mad Silah. Sebab hakiki terjadinya mad di sini kerana berdasarkan talaqqi dan riwayat. Hafs telah menyalahi kaedah di tempat ini dan mengikut bacaan Ibnu Kathir al-Makki. iv.

Huruf Ha‟ kinayah berada di antara dua huruf yang berbaris. Contohnya: 15

      

Pada keadaan ini, huruf Ha' bersambung dengan huruf Wau Mad Lafziyyah (‫ )نفظُت‬ketika wasol sekiranya huruf Ha' berbaris hadapan (dhommah) selepas huruf berbaris hadapan (dhommah) juga. Contohnya: 105

     

Ia juga berlaku apabila huruf Ha‟ berbaris hadapan (dhommah) selepas huruf berbaris atas (fathah). Contohnya: 11

     

Mad Silah juga berlaku pada keadaan ini apabila huruf Ha' bersambung dengan huruf Ya' Mad Lafziyyah ketika disambung bacaan ayat padanya (wasol) sekiranya huruf Ha' berbaris di bawah selepas huruf berbaris di bawah. Contohnya: 15

   

85


Kadar mad dalam keadaan ini ialah 2 harakat sebagaimana Mad Tobi‟ie. Dinamakan Mad Silah (sambung) kerana ia tidak terjadi kecuali ketika wasol Ia juga kerana huruf Ha' dhomir bersambung dengan huruf Wau atau Ya' Mad ketika wasol. Keadaan yang keempat ini dikecualikan di 4 tempat di dalam al-Quran iaitu: a.

Dua tempat berikut ialah: 36

111

        

Hafs membacanya dengan membaris matikan (sukun) huruf Ha' sama ada ketika wasol atau waqof. b.

Satu tempat berikut: 28

    

Hafs membacanya dengan membaris matikan (sukun) huruf Ha‟ sama ada ketika disambungkan bacaan ayat padanya wasol atau waqof. Dinamakan ia sebagai Sukun asSilah al-Kubra (‫ )سكىٌ انصهت انكبري‬kerana kaedah menetapkan sambungan huruf Ha‟ ini adalah Mad Silah Kubra disebabkan terdapatnya huruf Hamzah selepasnya. c.

Satu tempat berikut: 7

    

Hafs membacanya dengan pendek iaitu dengan baris hadapan sahaja tanpa silah. Dinamakan ia sebagai Qasru as-Silah as-Sughra (

).

Ada pun tempat berikut: 52

      

86


Hafs membaca dengan pendek kerana huruf Qaf adalah mati (sukun) dan selepasnya huruf Ha‟ berbaris. Ia adalah termasuk dalam keadaan yang ketiga yang tidak dipanjang. Dikecualikan daripada dibaris bawahkan huruf Ha' Kinayah yang berada selepas huruf Ya' berbaris mati (sukun) pada dua tempat, Hafs telah membaris hadapan (dhommah) huruf Ha' di kedua-dua tempat tersebut sebagai ganti baris bawah. Dua tempat tersebut ialah: 63

10

      

         

Huruf Ha‟ pada Isim al-Isyarah (

) bagi Mufradah Muannathah (

) termasuk

sebahagian daripada huruf Ha' Kinayah jika sekiranya berada antara dua huruf yang berbaris. Huruf Ha' tersebut disambung dengan Ya' Lafziyyah ketika wasol kerana ia berada selepas baris mati (sukun). Hukum ini dilaksanakan dalam semua al-Quran. Contohnya: [138

    

Bentuk-bentuk Mad Silah: Terdapat dua bentuk Mad Silah iaitu: i.

Mad Silah Kubra (

):

Mad ini yang juga dikenali sebagai Mad Silah Towilah (

) adalah Mad Far'ie

yang bergantung kepada sebab iaitu apabila selepas huruf Ha' Kinayah yang berbaris yang berada selepas huruf yang berbaris terdapat huruf Hamzah. Hukumnya harus dipanjangkan 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada Mad Muttasil.

87


Contohnya: 138 Ia dibaca dengan:

ii.

     

.

Mad Silah Sughra (

).

Mad ini yang juga dikenali sebagai Mad Silah Qasirah (

) berlaku apabila Ha'

Kinayah berada di antara dua huruf yang berbaris dalam keadaan huruf yang kedua adalah bukan huruf Hamzah. Hukumnya dibaca 2 harakat. Contohnya: 30

     

Ia dibaca dengan:

. Ia disambung dengan Wau Mad yang lahir

daripada baris hadapan (dhommah) dan Ya' Mad yang lahir daripada baris bawah (kasrah).

5.3

MARTABAT MAD-MAD

Martabat mad-mad berbeza daripada sudut kekuatan dan kelemahan. Ia berdasarkan kepada pelbagai sebab. Semua mad bukan berada pada satu martabat sahaja, bahkan ada sebahagiannya yang kuat dan ada sebahagiannya yang lemah. Ia diketahui melalui kadar mad dan bilangan harakatnya. Berikut ialah mad yang paling kuat hingga yang paling lemah: 1.

Mad Lazim kerana kadar panjangnya adalah 6 harakat.

2.

Mad Wajib Muttasil kerana kadar panjangnya adalah 4, 5 atau 6 harakat.

3.

Mad „Aridh lis-Sukun kerana kadar panjangnya adalah 2, 4 atau 6 harakat.

4.

Mad Jaiz Munfasil kerana kadar panjangnya adalah 2, 4, 5 atau 6 harakat.

5.

Mad Badal kerana kadar panjangnya adalah 2, 4 atau 6 harakat.

88


Penetapan martabat mad di atas adalah dilakukan oleh para Imam Qurra‟ yang sepuluh. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebagaimana berikut: 1.

Sekiranya terkumpul dua sebab mad pada huruf yang satu maka salah satunya

adalah lemah dan satu lagi adalah kuat. Justeru, hendaklah beramal dengan yang kuat dengan mengenepikan yang lemah. Contohnya: 2

   

Dalam contoh di atas, Mad Badal dan Mad Lazim yang terkumpul pada huruf Alif. Maka hendaklah beramal dengan Mad Lazim. 4

  

Dalam contoh di atas, Mad Wajib Muttasil dan Mad Badal terkumpul pada huruf Alif. Maka hendaklah beramal dengan yang lebih kuat iaitu Mad Wajib Muttasil. 14

   

Dalam contoh di atas ketika waqof, Mad „Aridh lis-Sukun dan Mad Badal terkumpul pada huruf Wau. Maka hendaklah beramal dengan Mad „Aridh lis-Sukun kerana ia lebih kuat. 70

      

Dalam contoh di atas ketika wasol, Mad Jaiz Munfasil dan Mad Syabih bil Badal terkumpul pada huruf Alif. Maka hendaklah beramal dengan yang lebih kuat iaitu

Mad Jaiz

Munfasil. Ada pun ketika waqof, ia dibaca dengan Mad Badal. 2.

Sekiranya terkumpul dua mad daripada jenis yang sama dalam ayat yang sama

seperti dua Mad Jaiz Munfasil dalam firman Allah s.w.t.: 82

          

atau dua Mad Wajib Muttasil dalam firman Allah s.w.t.:

89


               

22

 

maka kadar panjang mad hendaklah sama kerana kesamaan dalam kadar tersebut dalam keadaan seperti ini adalah daripada kecantikan Tajwid. 3.

Sekiranya terkumpul dua mad dalam satu ayat, salah satunya adalah Mad Wajib

Muttasil dan satu lagi adalah Mad Jaiz Munfasil tanpa melihat kepada mana satu yang lebih dahulu dan huruf Hamzah Mutttasil tidak berada di akhir kalimah maka harus dibaca dengan dua wajah: i.

Sekiranya mad yang pertama dibaca 4 harakat maka mad yang kedua juga

dibaca 4 harakat. ii.

Sekiranya mad yang pertama dibaca 5 harakat maka mad yang kedua juga

dibaca dengan 5 harakat. Contohnya: 33

4.

    

Sekiranya terkumpul dalam satu ayat Mad Wajib Muttasil dengan Mad Wajib

Muttasil yang lain dalam keadaan huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah dan diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) maka harus dibaca dengan empat wajah: i & ii. Sekiranya Mad Wajib Muttasil yang pertama dibaca dengan 4 harakat maka Mad Wajib Muttasil yang huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah harus dibaca dengan 4 atau 6 harakat.

90


iii & iv Sekiranya Mad Majib Muttasil yang pertama dibaca dengan 5 harakat maka Mad Wajib Muttasil yang huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah harus dibaca dengan 5 atau 6 harakat. Contohnya: 284

      

Wajah-wajah ini adalah ketika waqof dengan baris mati sahaja, bukan ketika diberhentikan dengan Raum dan Isymam. 5.

Sekiranya terkumpul Mad Jaiz Munfasil dengan Mad Wajib Muttasil yang huruf

Hamzahnya berada di akhir kalimah dan ketika waqof maka harus dibaca dengan empat wajah sebelum ini iaitu: i & ii. Sekiranya Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan 4 harakat maka Mad Wajib Muttasil yang diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) harus dibaca dengan 4 atau 6 harakat. iii & iv Sekiranya Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan 5 harakat maka Mad Wajib Muttasil yang huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah dan dibaca dengan waqof, harus dibaca dengan 5 atau 6 harakat. Contohnya: 85

6.

    

Sekiranya terkumpul Mad Jaiz Munfasil dengan Mad „Aridh lis-Sukun maka harus

dibaca dengan enam wajah ketika waqof. Sekiranya Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan 4 atau 5 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun harus dibaca dengan tiga wajah iaitu 2, 4 atau 6 harakat. Jumlah keseluruhan wajah yang boleh dibaca adalah enam.

91


Contohnya: 75

     

Begitu juga jika terkumpul Mad Wajib Muttasil dengan Mad „Aridh lis-Sukun maka harus dibaca dengan enam wajah seperti di atas. Contohnya: 19

7.

   

Sekiranya terkumpul antara Mad Lin dengan Mad „Aridh lis-Sukun maka mestilah

mendahului salah satu daripada yang lain dan mestilah menyamai yang kuat dengan yang lemah atau dilebihkan kadar madnya. Sekiranya Mad Lin berada sebelum Mad „Aridh dan diberhentikan bacaan ayat pada kedua-duanya (waqof) maka harus dibaca dengan enam wajah: i. ii.&iii. Sekiranya Mad Lin dibaca dengan 2 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun hendaklah dibaca dengan tiga wajah iaitu: 2, 4 atau 6 harakat. iv.&v. Sekiranya Mad Lin dibaca dengan 4 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun hendaklah dibaca dengan 4 atau 6 harakat. vi.

Sekiranya Mad Lin dibaca dengan 6 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun juga

hendaklah dibaca dengan 6 harakat. Contohnya: 2

         

Enam wajah di atas adalah ketika berbaris mati sahaja. Ada pun jika diberhentikan bacaan ayat padanya dengan Raum dan Isymam maka ia akan diterangkan kemudian.

92


Begitu juga sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun berada sebelum Mad Lin dalam keadaan waqof maka harus dibaca dengan enam wajah juga iaitu: i.

Sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun dibaca dengan 2 harakat maka

Mad Lin

hendaklah dibaca dengan 2 harakat juga. ii.&iii. Sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun dibaca dengan 4 harakat maka Mad Lin hendaklah dibaca dengan 4 atau 2 harakat. iv. v. & vi.

Sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun dibaca dengan 6 harakat maka Mad Lin

hendaklah dibaca dengan 6, 4 atau 2 harakat. Contohnya: 125 124

          

Ini adalah ketika diberhentikan bacaan ayat padanya dengan baris mati sahaja, bukan ketika diberhentikan dengan wajah Raum dan Isymam. Untuk mengetahui lebih banyak tentang wajah-wajah yang harus dibaca dalam ayatayat ketika terkumpul mad-mad padanya maka seharusnya diketahui semua wajah yang diharuskan bagi setiap mad dan kemudian beramal dengan kaedah paling kuat di antara mad-mad. Berikut adalah jadual bagi wajah-wajah yang dihuruskan bagi setiap mad:

93


Jenis Mad

Kadar Mad

Hukum

Lazim

6 harakat sahaja

Lazim

4 atau 5 harakat ketika wasol dan waqof

Wajib

Muttasil

6 harakat ketika waqof jika huruf Hamzah berada di akhir kalimah

„Aridh lis-Sukun &

Jaiz

2, 4 atau 6 harakat

Jaiz

Munfasil & Silah Kubra

4 atau 5 harakat

Jaiz

Badal

2 harakat

Jaiz

2 harakat

Wajib

Lin „Aridh lis-Sukun

Tobi‟ie & termasuk: 1.

Silah Sughra

2 harakat

Wajib

2.

„Iwadh

2 harakat

Wajib

3.

Tamkin

2 harakat

Wajib

94


Unit 5

ď ľ

Makhraj Huruf

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1.

Menjelaskan definisi Makhraj Huruf dari segi bahasa dan istilah;

2.

Menghuraikan pembahagian Makhraj Huruf dan bilangannya;

3.

Mengenalpasti makhraj huruf bagi setiap huruf Hijaâ€&#x;iyyah dan

4.

Mengenali gelaran bagi huruf-huruf Hijaiyah.

95


5.1

PENGENALAN

Makhraj huruf bermaksud tempat mengeluarkan suara untuk menyebut suatu huruf atau suara dengung dan mad yang terdapat di dalam al-Quran. Ia merupakan antara aspek yang terpenting di dalam pembelajaran ilmu tajwid. Dengan mempelajari dan mengenali mahkraj huruf, seseorang akan mampu menyebut setiap huruf di dalam al-Quran dengan tepat. Namun perlu diketahui bahawa pembelajaran makhraj huruf hanya akan sempurna melalui kaedah talaqqi dan mushafahah daripada seorang guru kepada pelajarnya.

5.2

PENGERTIAN MAKHRAJ

Pengertian Makhraj: Makhraj dari sudut bahasa bererti tempat keluar. Pengertian Makhraj Huruf: Makhraj Huruf bererti tempat mengeluarkan suara untuk menyebut suatu huruf atau suara dengung dan mad yang terdapat di dalam al-Quran. Melalui makhraj huruf, setiap huruf yang disebut dapat dikenal pasti daripada mana ia dikeluarkan.

5.3

JENIS-JENIS MAKHRAJ HURUF

Makhraj Huruf terbahagi kepada dua jenis: a)

Makhraj Muhaqqaq:

Ia merupakan tempat mengeluarkan suara untuk menyebut suatu huruf yang sahih iaitu melalui bahagian al-Halqi (tekak), al-Lisan (lidah), al-Syafatan (dua bibir) sahaja. Ini bermakna setiap huruf di dalam al-Quran yang boleh disebut termasuk dalam kategori ini.

96


b)

Makhraj Muqoddar:

Ia merupakan tempat mengeluarkan suara mad dan dengung melalui bahagian alJauf (rongga) dan al-Khaisyum (rongga hidung). Makhraj ini tidak mengeluarkan sebutan huruf tetapi hanya mengeluarkan suara mad iaitu suara yang dipanjangkan dan suara dengung yang terhasil daripada hukum-hukum tertentu seperti ikhfaâ€&#x; haqiqi, iqlab, idgham syafawi, wajib al-Ghunnah dan lain-lain. 5.4

PEMBAHAGIAN MAKHRAJ HURUF Makhraj huruf terbahagi kepada dua bahagian:

a)

Makhraj Am:

Ia merupakan tempat mengeluarkan huruf secara umum. Para ulama berselisih pendapat tentang bilangan Makhraj Am. Ramai dalam kalangan mereka menyebutkan bahawa terdapat 5 makhraj am iaitu al-Halqi (tekak), al-Lisan (lidah), al-Syafatan (dua bibir), al-Jauf (rongga) dan al-Khaisyum (rongga hidung). Dalam makhraj am, kedudukan secara tepat bagi setiap makhraj tidak diperincikan. b)

Makhraj Khas:

Ia merupakan tempat mengeluarkan huruf yang dijelaskan secara lebih terperinci. Kesemua makhraj khas berasal daripada makhraj am, namun tempat mengeluarkan sebutan huruf ditunjukkan dengan lebih tepat. Ini menjadikan jumlah makhraj khas mencapai sehingga 17 makhraj.

5.5

PENDAPAT ULAMA MENGENAI BILANGAN MAKHRAJ HURUF

Para ulama berselisih pendapat tentang bilangan makhraj huruf. Berikut merupakan sebahagian daripada pandangan ulama berkenaan bilangan makhraj huruf: a)

Imam Khalil dan Imam Ibn al-Jazari berpendapat bahawa terdapat 17

mahkraj huruf.

97


b)

Imam al-Shatibi dan Sibawaih berpendapat bahawa terdapat 16 mahkraj

huruf. Pengurangan 1 makhraj dalam pendapat ini berbanding dengan pendapat pertama adalah kerana mereka tidak menganggap al-Jauf (rongga) sebagai makhraj. c)

Al-Farraâ€&#x;, Ibnu Kaisan, al-mubarrid dan al-Jurni berpendapat bahawa

terdapat 14 mahkraj huruf. Pengurangan 3 makhraj dalam pendapat ini berbanding dengan pendapat pertama adalah kerana mereka tidak menganggap al-Jauf (rongga) sebagai makhraj dan mereka juga menggabungkan makhraj bagi huruf Lam, Ra dan Nun kepada 1 makhraj sahaja iaitu hujung lidah. 5.6

PENGERTIAN BAGI NAMA-NAMA MAKHRAJ

5.6.1 Makhraj al-Lisan (Lidah) Al-Lisan ialah bahagian lidah bermula daripada pangkal lidah ke hujung lidah. Terhasil daripada makhraj ini 18 huruf dan 10 makhraj khas. Namun secara ringkasnya, bahagian yang memainkan peranan ada tiga iaitu: a)

Pangkal lidah: Ia adalah bahagian makhraj lidah yang paling dalam.

b)

Tengah lidah: Ia adalah bahagian makhraj lidah di ruangan tengah.

c)

Hujung lidah: Ia adalah bahagian makhraj lidah yang paling hujung dan paling banyak mengeluarkan sebutan huruf. Sebutan yang terhasil daripada bahagian ini perlu menyentuh beberapa bahagaian yang lain seperti gigi, langit-langit dan gusi.

5.6.2 Makhraj al-Halq (Tekak) Al-Halq ialah ruangan yang terletak di antara anak tekak dan pangkal lidah. Terhasil daripada makhraj ini 6 huruf dan 3 makhraj khas iaitu: a)

Pangkal tekak: Ia adalah bahagian makhraj tekak yang paling dalam.

b)

Tengah tekak: Ia adalah bahagian makhraj tekak di pertengahan yang lebih hampir kepada lidah berbanding pangkal tekak.

98


c)

Hujung tekak: Ia adalah bahagian makhraj tekak yang paling hampir dengan lidah.

5.6.3 Makhraj al-Syafatan (Dua Bibir) Al-Syafatan ialah kedua-dua bibir yang terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah. Terhasil daripada makhraj ini 4 huruf dan 2 makhraj khas iaitu: a)

Bibir atas dan bibir bawah: Kedua-dua bibir perlu dirapatkan atau

dimuncungkan untuk menghasilkan suara huruf mim, ba dan wau. b)

Perut bibir bawah dan hujung gigi atas perlu dirapatkan untuk menghasilkan

suara huruf fa‟. 5.6.4 Makhraj al-Jauf (Rongga) Al-Jauf dari segi bahasa ialah kosong. Manakala dari sudut istilah pula: Al-Jauf adalah rongga yang terdapat di dalam mulut. Dinamakan demikian kerana ia adalah tempat terputusnya makhraj. Suara yang dkeluarkan adalah bacaan mad (panjang) mengikut pilihan dari qori bergantung kepada kadar yang diingini dan akan terputus suara tersebut dengan berhentinya nafas qori. Keluar daripada makhraj ini 3 suara mad iaitu:  

a)

Suara Alif sebelumnya fathah

b)

Suara Wau sebelumnya dhammah

c)

Suara Ya‟ sebelumnya kasrah

   

  

   

 

 

5.6.5 Makhraj al-Khaisyum (Hidung) Al-Khaisyum bererti pangkal hidung. Makhraj ini mengeluarkan satu suara iaitu algunnah (sengau/dengung). Sekurang-kurangnya terdapat empat jenis bacaan yang menghasilkan bunyi sengau, iaitu: a)

Pada bacaan gunnah musyaddadah, iaitu bacaan atau suara sengau pada huruf mim dan nun yang bersabdu;

b)

Pada bacaan idgham bighunnah;

c)

Pada bacaan ikhfa; dan 99


d)

Pada bacaan iqlab.

Kesemua tempat pada bacaan di atas mengeluarkan bunyi yang keluar daripada pangkal hidung. Al-Khaisyum (pangkal hidung) sebenarnya bukanlah tempat keluar huruf sahih. Oleh karena dengung ada hubungannya dengan huruf, maka ia juga disebutkan sebagai makhraj.

5.7

KEDUDUKAN MAKHRAJ AM DAN MAKHRAJ KHAS

Kedudukan makhraj am dan makhraj khas boleh difahami dengan lebih jelas menerusi jadual berikut:

Makhraj Umum 1: Al-Lisan No

Makhraj Khas

Lidah Huruf

1

Pangkal Lidah Bahagian Atas

2

Pangkal Lidah Bahagian Bawah

3

Tengah Lidah

4

Pangkal Lidah Bahagian Tepi Kiri atau Kanan

5

Hujung Lidah Bahagian Tepi Kiri atau Kanan

6

Hujung Lidah + Gusi Gigi Atas

7

Hujung Lidah + Kaki Langit-langit

8

Hujung Lidah + Perut Gigi Atas

9

Hujung Lidah + Hujung Gigi Bawah

10

Hujung Lidah + Hujung Gigi Atas

100


Makhraj Umum 2: Al-Halqi No

Makhraj Khas

31

Pangkal Tekak

31

Tengah Tekak

31

Hujung Tekak

Huruf

Makhraj Umum 3: Al-Syafatan No

Makhraj Khas

33

Perut Bibir dan Gigi Atas

31

Dua Bibir

Makhraj Khas

31

Al-Jauf (Rongga)

Dua Bibir Huruf

Makhraj Umum 4: Al-Jauf No

Tekak

Rongga Suara Mad

Makhraj Umum 5: Al-Khaisyum No

Makhraj Khas

31

Al-Khaisyum (Rongga Hidung)

Rongga Hidung Suara dengung

101


5.8

GELARAN HURUF BERDASARKAN MAKHRAJ HURUF

Terdapat beberapa gelaran yang diletakkan kepada huruf-huruf al-Quran sepertimana yang telah disebutkan oleh Imam Khalil bin Ahmad. Jumlah gelaran yang dibawa oleh beliau ada 10 gelaran seperti berikut:

Nama

No

Gelaran Al-Halqiyyah

1

(

Sebab Gelaran

Huruf-hurufnya keluar daripada tekak

)

Keluar daripada Al-Lahwiyyah 2

(

sebahagian daging di hadapan tekak selepas

)

pangkal lidah Al3

Syajariyyah (

)

Al-Nathâ€&#x;iyyah 4

(

)

Al-Asaliyyah 5

(

)

Huruf-hurufnya keluar di permulaan mulut

Huruf-hurufnya keluar daripada gua mulut ke akhir rongga Huruf-hurufnya keluar daripada hujung lidah sebelah bawah

102

Huruf


Al6

Lathawiyyah (

daripada gusi gigi

)

Al-Zalqiyyah 7

(

Huruf-hurufnya keluar

Huruf-hurufnya keluar daripada hujung lidah

)

Al8

Syafawiyyah (

)

Al-Jaufiyyah 9

(

)

Al-Hawaâ€&#x;iyyah 10

(

)

Huruf-hurufnya keluar daripada bibir mulut

Huruf-hurufnya keluar daripada rongga Huruf-hurufnya keluar daripada rongga

103


5.9

GAMBARAJAH KEDUDUKAN MAKHRAJ HURUF AM DAN KHAS

Al-Khaishum (Hidung) Al-Jauf (Rongga)

Al-Lisan (Lidah)

Al-Halqi (Tekak)

Al-Syafatan (Dua Bibir)

Rumusan

Mempelajari makhraj huruf merupakan aspek yang sangat penting dalam pembelajaran ilmu tajwid. Ia membolehkan seseorang menyebut huruf-huruf hijaiyyah dengan sebutan yang tepat. Hasil sebutan suatu huruf dengan makhraj yang tepat sekaligus menghasilkan sebutan Bahasa Arab yang sempurna. Ianya juga dikenali sebagai fasahah. Secara umumnya, makhraj umum yang perlu diketahui oleh ada 5 makhraj, manakala perinciannya pula dibahagikan sehingga 17 makhraj yang juga dikenali sebagai makhraj khas.

104


Unit 6

ď ľ

Sifat-sifat Huruf

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1.

Menjelaskan definisi Sifat Huruf, faedah mempelajarinya dan pembahagiannya;

2.

Mengetahui perbezaan pendapat ulama terhadap bilangan Sifat Huruf; dan

3.

Mengenalpasti Sifat Huruf bagi setiap Huruf Hijaâ€&#x;iyyah;

105


6.1

PENGENALAN Sifat huruf bermaksud ciri-ciri yang terdapat pada suatu huruf. Ini bermakna setiap huruf yang ingin dilantunkan perlu diiringi dengan sifat-sifat lazim yang dimiliki oleh setiap huruf tersebut. Oleh itu, bagi mengenalpasti suatu huruf disebut dengan betul atau salah, maka perlu dilihat senarai sifat-sifat yang ada pada suatu huruf. Seandainya kesemua sifat lazim yang terdapat padanya disempurnakan, maka sebutan yang dikeluarkan juga akan kedengaran sempurna.

6.2

PENGERTIAN SIFAT HURUF Pengertian Sifat: Sifat dari sudut bahasa bererti sesuatu yang terdiri dengan zat seperti ilmu, kefahaman dan warna. Pengertian Sifat Huruf: Sifat Huruf bererti bermaksud ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu huruf. Ia menentukan kesempurnaan sebutan pada huruf tersebut seperti tinggi atau rendah, tebal atau nipis, kuat atau lemah dan sebagainya. Melalui sifat huruf, setiap huruf yang keluar daripada makhraj huruf yang sama dapat dibezakan.

6.3

FAEDAH MEMPELAJARI SIFAT HURUF Terdapat beberapa faedah mempelajari sifat-sifat huruf. Antaranya adalah: a) Mampu membezakan cara sebutan suatu huruf dengan huruf yang lain. Ia juga merupakan sebagai pelengkap kepada pembelajaran makhraj huruf untuk menghasilkan sebutan huruf secara sempurna dan fasahah. Dengan mengetahui sifat-sifat huruf, setiap huruf yang berkongsi dengan makhraj yang sama, dapat dibezakan cara sebutannya seperti huruf mim dan baâ€&#x;. Imam Ibn al-Jazari berkata: Setiap huruf yang mempunyai sifat-sifat yang sama dapat dibezakan melalui makhraj yang berbeza, 106


manakala setiap huruf yang mempunyai makhraj yang sama dapat dibezakan melalui sifat-sifat yang berbeza.

b) Mengenali tahap kekuatan dan kelemahan suatu huruf menerusi sifatsifat huruf yang ada padanya. Dengan memahami tahap kekuatan dan kelemahan suatu huruf, setiap huruf dapat dilantunkan berdasarkan kepada sifat yang ada padanya. c) Mampu memperbaiki dan memperkemas cara sebutan suatu huruf berdasarkan kepada huraian yang diberikan berkenaan sifat-sifat huruf. Secara tidak langsung, ia akan membantu seseorang untuk menguasai gaya bacaan orang Arab. d) Melaksanakan sesuatu yang dituntut oleh para ulama tajwid. Antaranya ialah kata-kata Ibn al-Jazari:

Maksudnya: Wajib atas mereka suatu perkara yang mesti diketahui telebih dahulu sebelum masuk kepadanya (bacaan al-Quran) iaitu mengetahui makhraj huruf dan setiap sifatnya supaya bila mereka melafazkan (bacaan al-Quran) mereka membacanya dengan sefasihfasih bahasa.

107


6.4

JENIS-JENIS SIFAT HURUF Sifat-sifat huruf hija‟iyyah terbahagi kepada dua jenis iaitu Sifat Lazimah dan Sifat Aridhah. a) Sifat Lazimah: Ia merupakan sifat asal dan kekal yang mesti ada pada setiap huruf hija‟iyyah dalam apa jua keadaan sama ada ia berbaris atau sukun dan tidak mungkin terpisah daripadanya.

b) Sifat Aridhah: Ia merupakan sifat yang mendatang pada huruf-huruf hija‟iyyah. Terkadang ia ada pada suatu huruf dan terkadang ia tidak ada dengan sebab-sebab tertentu. 6.5

PENDAPAT ULAMA MENGENAI BILANGAN SIFAT HURUF Para ulama berselisih pendapat tentang bilangan sifat huruf. Berikut merupakan sebahagian daripada pandangan ulama berkenaan bilangan sifat huruf: a) Imam Makki bin Abi Talib berpendapat bahawa terdapat 44 sifat huruf. b) Imam al-Barkawi dalam kitabnya Darul Yatim berpendapat bahawa terdapat 14 sifat huruf sekiranya al-Ghunnah dikira sebagai sifat huruf dan tidak mengira al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf, dan al-Lin sebagai sifat huruf. c) Imam al-Sakhkhawi berpendapat bahawa terdapat 16 sifat huruf sekiranya al-Hawa‟i dikira sebagai sifat huruf dan tidak mengira alIzlaq dan al-Ismat sebagai sifat huruf.

108


d) Imam al-Mar‟asyi berpendapat bahawa terdapat 17 sifat huruf tanpa mengira al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf dan al-Lin tetapi diganti dengan 4 sifat lain iaitu al-Tarqiq, al-Tafhim, al-Khafa‟ dan al-Ghunnah. e) Pendapat yang paling utama adalah menurut Imam Ibnu Al-Jazari yang berpendapat bahawa terdapat 17 sifat huruf kesemuanya.

6.6

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH Berdasarkan kepada pendapat Imam Ibnu Al-Jazari, sifat-sifat huruf terbahagi kepada 17 sifat kesemuanya. Sifat-sifat ini pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian: a) Sifat Tunggal: Ia merupakan sifat-sifat yang tidak mempunyai lawan. Ia dibahagikan kepada tujuh sifat iaitu: i.

al-Tafashsyi

(Hemburan)

ii.

al-Takrir

(Berulang)

iii.

al- Istitolah

iv.

al-Lin

(Lembut)

v.

al- Inhiraf

(Cenderong)

vi.

al-Ghunnah

(Dengung)

vii.

al- Sofir

(Desiran)

viii.

al-Khafa‟

(Tersembunyi)

ix.

Qalqalah

(Lantunan)

(Memanjang)

109


b) Sifat Berlawanan: Ia merupakan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Ia dibahagikan kepada sebelas sifat iaitu: i.

al-Syiddah

(Kuat)

ii.

al-Tawassut

(Pertengahan)

iii.

al-Rakhawah

(Lembut)

iv.

al-Jahr

(Jelas)

v.

al-Hams

(Sembunyi)

vi.

al-Istiâ€&#x;laâ€&#x;

(Tinggi)

vii.

al-Istifal

(Rendah)

viii.

al-Itbaq

(Tertutup)

ix.

al-Infitah

(Terbuka)

x.

al-Ismat

(Tertahan)

xi.

al-Izlaq

(Tergelincir)

110


6.7

KETERANGAN BAGI SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG TUNGGAL Sifat-sifat huruf lazimah yang tunggal boleh difahami dengan lebih jelas menerusi jadual berikut:

SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG TUNGGAL No

Nama Sifat

Keterangan Hemburan angin antara gigi

1

al-Tafashsyi

depan dan langit-langit keras ketika menyebut hurufnya

2

al-Takrir

Getaran berlaku pada lidah ketika menyebut hurufnya Makhraj hurufnya

3

al- Istitolah

berpanjangan dari bahagian tepi lidah hinggalah ke hujung Menyebut hurufnya dengan

4

al-Lin

lembut dan mudah tanpa menyukarkan lidah Hujung lidah menjadi

5

al- Inhiraf

cenderung ketika menyebut huruf-huruf tersebut Suara dengung yang

6

al-Ghunnah

dikeluarkan daripada huruf Nun dan Mim Desiran suara yang keluar di

7

al- Sofir

antara dua gigi hadapan dengan hujung lidah

111

Huruf


8

Suara tersembunyi pada

al-Khafa‟

huruf-huruf mad Lantunan suara yang kuat disebabkan tekanan pada

9

Qalqalah

makhraj ketika menyebutnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat

Keterangan bagi Sifat Qalqalah Tahap Qalqalah: Ia mempunyai 4 tahap seperti berikut: a) Paling Kuat (

)

Huruf qalqalah yang bersabdu ketika waqaf atau berhenti daripada bacaan. Contohnya: ( b) Kuat (

) )

Huruf qalqalah tidak bersabdu ketika waqaf atau berhenti daripada bacaan. Contohnya: (

)

c) Sederhana (

)

Huruf Qaf dan Tha‟ yang mati dipertengahan atau di hujung kalimah dalam keadaan bacaan diteruskan. Contohnya: ( d) Rendah (

) )

Huruf Ba‟, Jim dan Dal yang mati dipertengahan atau di hujung kalimah dalam keadaan bacaan diteruskan. Contohnya: (

)

112


Peringkat huruf Qalqalah: Ia terbahagi kepada 3 peringkat seperti berikut: a) Peringkat tertinggi adalah huruf Tha‟, kerana ia memiliki sifat alItbaq dan al-Isti‟la‟. b) Kemudian diikuti oleh huruf Qof, kerana ia memiliki sifat al-Isti‟la‟. c) Peringkat terendah pula adalah tiga baki huruf Qalqalah iaitu Ba‟, Jim, dan Dal. Ketiga-tiga huruf ini memiliki sifat al-Itbaq atau alIsti‟la‟.

Kaedah Membaca Qalqalaha Mengikut Pendapat Ulama’: Pendapat Pertama: Suara Qalqalah hampir kepada baris atas tanpa terpengaruh kepada baris sebelumnya. Para ulama berpendapat bahawa kaedah ini yang paling rajih.

Pendapat Kedua: Suara qalqalah mengikut mengikut baris sebelumnya: a) Sekiranya sebelum huruf Qalqalah berbaris atas: (

)

) maka

b) Sekiranya sebelum huruf Qalqalah berbaris bawah: (

) maka

suara Qalqalah baris atas lebih hampir.

suara Qalqalah baris bawah lebih hampir. c) Sekiranya sebelum huruf Qalqalah berbaris depan: (

) maka

suara Qalqalah baris depan lebih hampir. Pendapat Ketiga: Suara qalqalah mengikut mengikut baris selepasnya. Para ulama berpendapat bahawa kaedah ini yang paling lemah.

113


6.8

KETERANGAN

BAGI

SIFAT-SIFAT

HURUF

LAZIMAH

YANG

BERLAWANAN 1. Al- Syiddah Lawannya Al-Tawassut Lawannya al- Rakhawah SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN Nama Sifat Penerangan

al-Syiddah (Kuat) Suara

tertahan

semasa

menyebut

hurufnya

kerana

berpegang kuat pada makhrajnya. Jumlah Huruf

8 Huruf

Huruf Ringkasan Lawannya Nama Sifat

al-Tawassut (Pertengahan)

Penerangan

Suara pertengahan antara syiddah dan rakhawah semasa menyebutnya.

Jumlah Huruf

5 Huruf

Huruf Ringkasan Lawannya Nama Sifat Penerangan

al-Rakhawah (Lembut) Suara

terlepas

semasa

menyebut

hurufnya

lemahnya ia berpegang kepada makhrajnya Jumlah Huruf

16 Huruf

114

kerana


Huruf

Ringkasan

2. Al-Hamas Lawannya Al-Jahr SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN Nama Sifat

al-Hamas (Sembunyi)

Penerangan

Hemburan angin antara gigi depan dan langit-langit keras ketika menyebut hurufnya.

Jumlah Huruf

10 Huruf

Huruf Ringkasan Lawannya Nama Sifat

al-Jahr (Jelas)

Penerangan

Nafas tertahan semasa menyebut hurufnya kerana kuatnya ia berpegang pada makhrajnya

Jumlah Huruf

19 Huruf

Huruf

Ringkasan

115


3. Al-Isti’la’ Lawannya al-Istifal

SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN Nama Sifat

al-Isti‟la‟ (Tinggi)

Penerangan

Terangkat pangkal lidah ke langit-langit semasa menyebut hurufnya.

Jumlah Huruf

7 Huruf

Huruf Ringkasan Lawannya Nama Sifat

al-Istifal (Rendah)

Penerangan

Tidak terangkat pangkal lidah ke langit-langit semasa menyebut hurufnya.

Jumlah Huruf

22 Huruf

Huruf

Ringkasan

116


4. Al-Itbaq Lawannya Al-Infitah

SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN Nama Sifat Penerangan

al-Itbaq

(Tertutup)

Terangkat lidah menutupi langit-langit semasa menyebut hurufnya.

Jumlah Huruf 4 Huruf Huruf Ringkasan Lawannya Nama Sifat

al-Infitah (Terbuka)

Penerangan

Terbuka ruang antara lidah dan langit-langit semasa menyebut hurufnya.

Jumlah Huruf 25 Huruf Huruf

Ringkasan

117


5. Al-Izlaq Lawannya Al-Ismat

SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN Nama Sifat

al-Izlaq (Tergelincir)

Penerangan

Mudah menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah dan sebahagian lagi keluar dari dua bibir.

Jumlah Huruf 6 Huruf Huruf Ringkasan Lawannya Nama Sifat

al-Ismat (Tertahan)

Penerangan

Huruf yang tidak mudah pada sebutan kerana jauh dari hujung lidah dan dua bibir.

Jumlah Huruf 23 Huruf Huruf

Ringkasan

118


6.9

TAHAP KEKUATAN SIFAT Daripada sifat tunggal dan sifat berlawananan yang telah dijelaskan ini, sifat-sifat tersebut pula terbahagi kepada 3 tahap iaitu sifat yang kuat, sederhana dan lemah. Bagi mengenali sifat tersebut dengan lebih jelas, sila rujuk jadual berikut:

Sifat yang kuat (11 sifat) Al-Jahr (Jelas)

Al-Syiddah (Kuat)

Al-Isti‟la‟ (Tinggi)

Qalqalah (Lantunan)

Al-Takrir (Berulang)

Al-Tafashshi (Hemburan)

Al-Istitolah (Memanjang)

Al-Ghunnah (Dengung)

Al-Itbaq (Tertutup)

Al-Safir (Desiran)

Al-Inhiraf (Cenderong)

Sifat yang sederhana (3 sifat) Al-Tawassut (Pertengahan)

Al-Ismat (Tertahan)

Al-Izlaq (Tergelincir)

Sifat yang lemah (6 sifat) Al-Hamas (Sembunyi)

Al-Rakhawah (Lembut)

Al-Istifal (Rendah)

Al-Infitah (Terbuka)

Al-Lin (Lembut)

Al-Khafa‟ (Tersembunyi)

119


6.10

TAHAP KEKUATAN HURUF Setelah memahami tahap kekekuatan sifat, huruf-huruf hijaâ€&#x;iyyah pula boleh dibahagikan kepada tahap kekuatan masing-masing berdasarkan kepada sifat-sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf tersebut. Penjelasan mengenai tahap kekuatan huruf boleh dirujuk kepada jadual berikut:

No

Tahap kekuatan Huruf

1

Sangat Kuat (1 huruf)

2

Kuat (8 huruf)

3

Sederhana (5 huruf)

4

Lemah (10 huruf)

5

Sangat Lemah (4 huruf)

Huruf-hurufnya

120


Rumusan

Mempelajari sifat-sifat huruf merupakan pelengkap kepada pembelajaran makhraj huruf. Ia kerana pembelajaran makhraj huruf semata-mata tidak memadai kerana terdapat beberapa huruf yang berkongsi pada makhraj yang sama tetapi sebutannya berbeza. Hanya dengan mempelajari sifatsifat huruf, setiap sebutan bagi huruf-huruf yang berkongsi makhraj dapat dilafazkan dengan sempurna. Selain itu, dengan pembelajaran sifat-sifat huruf, tebal nipis serta berat ringan sesuatu huruf dapat difahami dengan lebih jelas. Secara umumnya, terdapat 9 sifat huruf tunggal yang perlu diketahui, manakala terdapat pula 11 sifat huruf berlawanan yang perlu dikuasai.

121


Unit 7

Bab al-Tafkhim dan al-Tarqiq

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1.

Menghuraikan huruf Hijaiyyah dari sudut al-Tafkhim dan al-Tarqiq;

2.

Mengenal pasti kaedah mengenal bacaan al-Tafkhim dan al-Tarqiq;

3.

Membezakan pembacaan al-Tafkhim dan al-Tarqiq dalam keadaan tertentu berdasarkan perbahasan huruf Alif, Lam, Ra‟ dan Ghunnah dalam Ihkfa‟; dan

4.

Mengamalkan pembacaan al-Quran secara sahih menurut perbahasan alTafkhim dan al-Tarqiq.

122


7.1

BAB AL-TAFKHIM

Di antara kelemahan yang biasa dilakukan ketika membaca al-Quran adalah dalam menentukan bagaimana huruf Hijaiyyah disebut dan disuarakan. Penguasaan bab al-Tafkhim iaitu menebalkan sebutan sesuatu huruf memerlukan kepada latihan dan pengajian secara bertalaqqi bersama guru al-Quran. Ini bertujuan untuk membina kefahaman dan pengamalan bacaan yang sahih sebagaimana bacaan al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Berikut dibincangkan bab al-Tafkhim berdasarkan perbincangan para ahli Qurraâ€&#x; dalam kebanyakkan penulisan kitab-kitab Ilmu Tajwid.

7.1.1 DEFINISI AL-AL-TAFKHIM Dalam kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid (2001) menjelaskan bahawa al-Tafkhim dari segi bahasa bermaksud menebalkan. Manakala dari segi istilah Ilmu Tajwid, al-Tafkhim bermaksud menebalkan sebutan sesuatu huruf atau menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya. Sebagai gambaran awal, boleh dikatakan bahawa perbincangan ini ada hubungannya dengan dua jenis sifat huruf iaitu Isti`laâ€&#x; dan Istifal. Secara mudah untuk difahami, huruf Isti`laâ€&#x; adalah al-Tafkhim sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.1 di bawah. Sementara itu, huruf Istifal adalah al-Tarqiq dan akan dinyatakan hurufnya dalam sub bab 8.2 (Bab al-Tarqiq) selepas ini. Pembahagian ini adalah secara umum sahaja, kerana huruf-huruf istifal berubahubah keadaannya mengikut keadaan harakat dan tempatnya.

123


Rajah 7.1:

Huruf Isti`la‟ yang dibaca secara al-Tafkhim

Perkara ini turut dijelaskan dalam kitab Hidayah al-Qari‟ (2005) di mana ia menyebut bahawa Huruf Hijaiyyah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut alTafkhim dan al-Tarqiq, iaitu:1. Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la‟; 2. Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'; dan 3. Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat (Alif - Lam pada Lafz al-Jalalah - Ra'). Abdul Aziz Abdur Rauf (t.th) dalam kitabnya Pedoman Dauroh al-Quran: Kajian Ilmu Tajwid Disusun Secara Aplikatif turut memperincikan topik ini dengan menambah keharusan membaca sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq pada huruf Ra‟ sahaja. Perkara ini akan dibincangkan secara khusus dalam sub bab 8.3. Justeru, apabila digabungkan maka huruf Hijaiyyah dari sudut perbahasan alTafkhim dan al-Tarqiq terbahagi kepada empat bahagian sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.2 di bawah:-

124


al-Tafkhim pada satu keadaan dan al-al-Tarqiq dalam keadaan yang lain

Sentiasa al-Tarqiq pada Huruf Istifal

HURUF HIJAIYYAH DARI SUDUT AL-TAFKHIM & AL-TARQIQ

Sentiasa al-Tafkhim pada Huruf Isti`la’

Harus dibaca sama ada al-Tafkhim atau al-Tarqiq pada huruf Ra'

Rajah 7.2:

Huruf Hijjayyah dari sudut al-Tafkhim dan al-Tarqiq

7.1.2 KAEDAH MENGENAL AL-TAFKHIM PADA HURUF ISTI`LA’ Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, huruf al-Tafkhim hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu sentiasa ditebalkan bacaannya pada huruf Isti‟la‟ (

). Dari

segi Bahasa Isti`la‟ bermaksud tinggi, manakala dari segi Istilah, Isti`la‟ bermaksud sebutan tinggi iaitu sebutan yang berbunyi „o‟ (seperti bunyi perkataan „war‟ dalam Bahasa Inggeris) ketika berbaris Fathah. Manakala sifat Isti`la‟ ialah gugur apabila huruf tersebut tidak berbaris Fathah. Kedudukan bibir atas dan bawah sedikit terkehadapan ketika menyempurnakan sifat Isti`la‟. Setiap huruf Isti`la‟ mempunyai tingkatannya yang tersendiri di mana bermula dengan huruf

( )

sebagai huruf Isti`la‟ yang paling tinggi. Kemudian diikuti

dengan huruf yang lain iaitu (

).

125


Menurut kitab al-Wasit Fi Ahkam al-Tajwid (2004), empat daripada huruf Isti`la‟ iaitu huruf (

) bersifat Itbaq. Itbaq bermaksud melekapkan keliling lidah

ke lelangit apabila menyebut huruf tersebut. Ini akan menghasilkan suara yang lebih tebal dan kuat berbeza dengan 3 huruf yang lain iaitu (

) ataupun dikenali

sebagai huruf Infitah di mana tidak melekapkan keliling lidah ke lelangit apabila menyebut huruf tersebut. Menurut kitab Sharh al-Muqaddimah al-Jazariyyah fi `Ilm al-Tajwid (2008), Imam alJazari telah menyatakan bahawa huruf-huruf Isti`la‟ dan Itbaq adalah bersifat alTafkhim. Ia jelas dinyatakan di dalam bayt syairnya yang berbunyi:

Maksudnya: Dan Huruf Isti`la‟ maka ditebalkan bunyainya terutama pada Itbaq, dikuatkan seperti pada Qola dan al-`Aso.

7.1.2.1 Teknik Menyebut al-Tafkhim Pada Huruf Isti`la’ Menurut kitab Kaedah al-Matien, karangan Mohd Zamri dan Mohd Wahid (2009), cara menyebut al-Tafkhim pada huruf Isti`la‟ adalah seperti berikut:1.

Mengangkat pangkal lidah ke lelangit;

2.

Memuncungkan mulut ke hadapan; dan

3.

Mengembungkan sebutan huruf.

126


Bil.

Contoh Ayat

Surah

1

    

al-Qasas:28:80

2

     

al-Baqarah:2:45

3

     

al-Fatihah:1:7

4

      

Nuh:71:10

5

       

al-An`am:6:146

6

         

Al-Nisa‟:4:155

7.1.2.2 Tingkatan al-Tafkhim Umumnya, sebahagian Qurra‟ membahagikan al-Tafkhim kepada tiga tingkatan mengikut kepada tiga bentuk harakat, iaitu bermula dengan berbaris Fathah diikuti Dommah dan Kasrah. Namun, menurut kitab Hidayah al-Qari‟ (2005) sebahagian yang lain membahagikannya kepada lima bahagian, iaitu tiga harakat seperti di atas dengan penambahan pada Fathah yang selepasnya Alif dan baris Sukun, iaitu:-

127


1. Huruf Isti`la‟ berbaris Fathah dan diikuti huruf Alif selepasnya. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Shams:91:10

    

al-Qari`ah:101:1-2

    

2. Huruf Isti`la‟ berbaris Fathah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:29

       

Ibrahim:14:24

         

3. Huruf Isti`la‟ berbaris Dommah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Nisa‟:4:148

          

al-A`raf:7:199

       

4. Huruf isti`la‟ yang bertanda Sukun. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Nahl:16:17

        

128


al-Ma‟idah:5:107

     

5. Huruf Isti`la‟ berbaris Kasrah. Contohnya:

Surah

Contoh Ayat

al-A`raf:7:35

        

al-Ra`d:13:4

       

Namun, menurut kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid (2001), pendapat yang rajih atau tepat ialah dengan membahagikannya kepada empat bahagian. Tingkatan atau martabat tersebut adalah seperti berikut: Tingkatan Pertama; 1. Sekiranya huruf Isti`la‟ berbaris Fathah dan selepasnya huruf Alif. Dalam

konteks ini, maka dibunyikan al-Tafkhim dengan kuat. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Qadr:97:3

      

Yunus:10:71

      

al-Ma`un:107:5

     

129


2. Begitu juga keadaannya apabila huruf Ra‟ berbaris Fathah dan selepasnya

huruf Alif dan huruf Lam pada Lafz al-Jalalah ﴾﴿ yang didahului dengan baris Fathah atau Dommah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Fajr:89:28

     

al-Ikhlas:112:1

    

al-Humazah:104:6

   

Tingkatan Kedua: 1. Huruf Isti`la‟ berbaris Fathah dan selepasnya bukan Alif. Keadaan ini sifatnya tidak terlalu kuat. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Fatihah:1:1

    

al-Fatihah:1:7

     

al-Falaq:113:2

    

al-Falaq:113:4

     

130


2. Huruf Isti‟la yang bertanda Sukun dikuatkan dengan huruf Isti`la‟ yang berbaris Fathah sebelumnya. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Ra`d:13:28

     

al-Mujadalah:58:21

     

al-Hashr:59:21

      

Tingkatan Ketiga: 1. Huruf Isti`la‟ berbaris Dommah. Keadaan ini sifatnya lebih lemah berbanding tingkatan yang kedua. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Falaq:113:1

    

al-Duha:93:1-2

     

Qaf:50:39

        

al-Hijr:15:2

       

131


2. Huruf Isti`la‟ yang bertanda Sukun dikuatkan dengan huruf Isti`la‟ yang berbaris Dommah sebelumnya. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-An`am:6:14

    

al-Nisa‟:4:88

        

al-Nisa‟:4:115

     

Taha:20:114

         

Tingkatan Keempat: 1. Huruf Isti`la‟ berbaris Kasrah. Dalam konteks ini, huruf itbaq seperti ( ) turut memberi impak terhadap kategori ini dan sifat bacaannya adalah yang paling lemah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Zumar:39:73

     

Sad:38:61

           

al-Nisa‟:4:57

        

al-Baqarah:2:138

       

132


2. Huruf Isti`la‟ yang bertanda Sukun diikuti dengan huruf Isti`la‟ yang berbaris Kasrah sebelumnya. Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:220

       

al-Furqan:25:19

      

al-A`raf:7:126

      

7.1.3 AL-TAFKHIM PADA HURUF ALIF, RA’, LAM DAN GHUNNAH DALAM IKHFA’ Menurut kitab Hidayah al-Qari‟ (2005), terdapat perbahasan para Qurra‟ dalam konteks persamaan huruf-huruf yang diharuskan dibaca secara al-Takhfim atau alTarqiq mengikut beberapa keadaan atau syarat yang membolehkannya. Huruf-hurufnya adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.3 di bawah:

Huruf Lam (Lafz alJalalah)

Huruf Alif Maddiyyah

Rajah 7.3:

Ghunnah dalam Ikhfa'

AL-TAFKHIM DALAM BEBERAPA KEADAAN

Huruf Ra'

Bacaan secara al-Tafkhim dalam beberapa keadaan 133


Namun, bagi memudahkan pemahaman kita, perbincangan ini akan menfokuskan bacaan secara al-Tafkhim sahaja berdasarkan beberapa keadaan sebagaimana dibahaskan oleh para Qurra‟. Berikut beberapa keadaan atau syarat yang menyebabkan huruf-huruf di atas dibaca secara al-Tafkhim (Tebal):-

7.1.3.1 Huruf Alif Maddiyyah Jika huruf sebelumnya adalah huruf Isti`la‟, maka huruf Alif Maddiyyah akan dibaca secara al-Tafkhim iaitu tebal. Contohnya:

Surah

Contoh Ayat

al-Falaq:113:3

     

al-Baqarah:2:247

         

al-Kahfi:18:69

          

7.1.3.2 Huruf Ra’ Menurut kitab Pedoman Dauroh al-Quran: Kajian Ilmu Tajwid Disusun Secara Aplikatif, karangan Abdul Aziz Abdur Rauf (t.th), terdapat beberapa keadaan di mana huruf Ra‟ dibaca secara tebal sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.4 di bawah:-

134


Bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya huruf Isti`la’ dalam satu kalimah

Bertanda Sukun, dan sebelumnya berbaris Hamzah Wasal

Berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah atau Alif atau Waw

Bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah

al-Tafkhim dalam Huruf Ra'

Berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya bertanda Sukun dan didahului dengan sama ada baris Fathah atau Dommah

Rajah 7.4:

al-Tafkhim dalam huruf Ra‟

Berikut keadaan-keadaannya beserta contoh:1. Huruf Ra‟ berbaris Fathah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Falaq:113:1

    

Quraysh:106:1

  

135

Berbaris Fathah atau Dommah


2. Huruf Ra‟ berbaris Dommah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Tin:95:6

    

al-Fath:48:29

       

3. Huruf Ra‟ bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:119

     

al-Fajr:89:28

     

al-Baqarah:2:53

       

al-A`raf:7:204

        

4. Huruf Ra‟ bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Hamzah Wasal. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Nur:24:50

           

al-Fajr:89:28

     

136


5. Huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya huruf Isti`la‟ dalam satu kalimah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-An`am:6:7

       

al-Naba‟:78:21

    

al-Tawbah:9:122

         

al-Tawbah:9:107

      

6. Huruf Ra‟ berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah atau Alif atau Waw . Contohnya:

7.

Surah

Contoh Ayat

al-Kauthar:108:1-2

       

al-Takathur:102:1

  

Sad:38:66

       

Ibrahim:14:5

       

Apabila berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya bertanda Sukun dan didahului dengan sama ada baris Fathah atau Dommah. Contohnya:

137


Surah

Contoh Ayat

al-Fajr:89:1-3

       

al-Mursalat:77:33

   

7.1.3.3 Huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah Lafz al-Jalalah merupakan istilah khas yang merujuk kepada Allah SWT. Ia juga disebut sebagai Sultan al-Asma‟ (Raja segala nama) bagi menggambarkan keagungan dan kebesaran Allah SWT sebagai Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa. Dalam al-Quran, kalimah Allah diulang sebut sebanyak 2696 kali. Lafaz „Allahu‟ (Berbaris Dommah) diulang sebut sebanyak 974 kali, lafaz „Allaha‟ (Berbaris Fathah) sebanyak 591 kali dan lafaz „Allahi‟ (Berbaris Kasrah) sebanyak 1131. Dalam konteks perbahasan huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah, para Qurra‟ menjelaskan terdapat dua teknik bacaan padanya iaitu mengikut keadaan tertentu ia akan dibaca secara al-Tafkhim dan dalam keadaan yang lain akan dibaca secara al-Tarqiq (Ahkam Qira‟ah al-Quran al-Karim 2002; Hidayah al-Qari‟ 2005). Oleh kerana pada asasnya huruf Lam bersifat al-Tarqiq, namun dalam konteks Lafz al-Jalalah ia akan dibaca secara tebal atau al-Tafkhim dalam dua keadaan seperti berikut:

138


1. Apabila huruf sebelumnya berbaris Fathah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

Ali Imran:3:18

            

al-Baqarah:2:7

      

2. Apabila huruf sebelumnya berbaris Dommah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:10

      

al-Fath:48:29

           

3. Apabila Lafz al-Jalalah berada dipermulaan ayat. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:15

       

al-Nur:24:35

          

7.1.3.4 Ghunnah dalam Hukum Ikhfa’ Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ merujuk kepada bacaan dengung. Ia berlaku apabila menuturkan Nun Sakinah dan Tanwin antara Izhar dan Idgham tanpa Tashdid dengan mengekalkan dengungnya (Mahadi Dahlan 1996).

139


Menurut kitab al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid karangan Dr. Muhammad `Isam, Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ adalah bacaan yang tidak dikategorikan dalam bacaan yang sentiasa dibaca secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq. Dalam konteks al-Tafkhim, bacaan Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ bergantung kepada keadaan huruf selepasnya. Dengan kata lain, bacaan Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ akan ditebalkan (al-Tafkhim) sekiranya selepasnya terdapat huruf Isti`la‟. Sebagai contoh: Surah

Contoh Ayat

Luqman:31:19

      

Yusuf:12:109

           

7.2

BAB AL-TARQIQ

Sebagaimana dijelaskan di atas, lawan bagi al-Tafkhim (Tebal) adalah al-Tarqiq (Nipis). Sebahagian penulisan dalam ilmu Tajwid kedua-dua bab ini diletakkan dalam Hukum Ra‟. Kaedah pembacaan al-Tarqiq ini turut menjadi perbahasan para Qurra‟ di mana bagi menjaga keaslian al-Quran sebagaimana ia diturunkan panduan melalui penulisan dan pengajian melalui Talaqqi dan Mushafahah menjadi kunci dalam memperbetulkan kesalahan bacaan umat Islam. Bagi mengembangkan kesinambungan bab al-Tafkhim yang selalu digandingkan dengan bab al-Tarqiq dalam perbahasan ilmu Tajwid, rajah 8.5 di bawah menunjukkan pembahagian huruf Hijaiyyah dari sudut al-Tarqiq dan al-Tafkhim (Hidayah al-Qari‟ 2005; Pedoman Dauroh al-Quran t.th.):-

140


al-Tafkhim pada satu keadaan dan al-al-Tarqiq dalam keadaan yang lain

Sentiasa al-Tarqiq pada Huruf Istifal

HURUF HIJAIYYAH DARI SUDUT AL-TARQIQ & AL-TAFKHIM

Sentiasa al-Tafkhim pada Huruf Isti`la’

Harus dibaca sama ada al-Tafkhim atau al-Tarqiq pada huruf Ra'

Rajah 7.5:

Huruf Hijjayyah dari sudut al-Tarqiq dan al-Tafkhim

7.2.1 DEFINISI AL-TARQIQ Menurut Kitab Hidayah al-Qari‟ (2005), al-Tarqiq dari segi bahasa bermaksud menipiskan. Manakala dari segi istilah Ilmu Tajwid, al-Tarqiq bermaksud menipiskan sebutan sesuatu huruf dengan menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifatnya.

7.2.2 KAEDAH MENGENAL AL-TARQIQ Menurut Kitab Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid, karangan al-Shaykh Mahdi Muhammad al-Harazi (2001), al-Tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah dengan lelangit ketika menyebut huruf tersebut. Kesemua huruf Istifal dibaca dengan sebutan nipis. Dengan kata lain, huruf yang sentiasa dinipiskan merupakan huruf Istifal kecuali Alif, Ra‟ dan Lam di mana mengikut keadaan tertentu ia akan dibaca secara tebal.

141


Istifal ialah suaranya yang disembunyikan dengan tidak mengangkat pangkal lidah ke lelangit. Istifal merupakan lawan bagi Isti`la‟ dan hurufnya terdiri daripada 22 huruf iaitu:

Rajah 7.6:

Huruf-huruf yang dikategorikan dalam Istifal

Berikut beberapa contoh menipiskan huruf Istifal secara mutlak:1. Apabila berbaris Fathah. Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:5

         

al-Fatihah:1:7

   

142


    

al-Humazah:104:1

2. Apabila berbaris Dommah.

Surah

Contoh Ayat

al-Humazah:104:6

   

al-Baqarah:2:11

      

al-Baqarah:2:30

       

3. Apabila berbaris Kasrah.

Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:16

    

al-Baqarah:2:120

        

al-Baqarah:2:110

        

4. Apabila bertanda Sukun. Surah

Contoh Ayat

al-Baqarah:2:223

        

143


al-Fatihah:1:7

   

al-Baqarah:2:131

          

7.2.3 AL-TARQIQ PADA HURUF ALIF, RA’, LAM DAN GHUNNAH DALAM IKHFA’ Sebagaimana yang telah kita jelaskan sebelum ini, selain daripada huruf yang dibaca dengan al-Takhfim berdasarkan beberapa keadaan atau syarat, terdapat juga huruf yang dibaca dengan al-Tarqiq mengikut keadaan atau syarat yang tertentu. Huruf-hurufnya adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.6 di bawah:

Huruf Lam (Lafz alJalalah)

Huruf Alif Maddiyyah

Rajah 7.6:

Ghunnah dalam Ikhfa'

AL-TARQIQ DALAM BEBERAPA KEADAAN

Huruf Ra'

Bacaan secara al-Tarqiq dalam beberapa keadaan

144


7.2.3.1 Huruf Alif Maddiyyah Berdasarkan perbincangan para Qurra‟, huruf Alif dikategorikan dalam konteks Istifal dan secara dasarnya bacaannya adalah secara al-Tarqiq. Bagi memudahkan pembaca al-Quran untuk mengenali huruf Alif Maddiyyah yang dibaca secara al-Tarqiq, kaedahnya adalah dengan melihat sekiranya sebelum huruf Alif Maddiyyah terdapat huruf Istifal. Maka dalam keadaan ini, huruf Alif Maddiyyah akan dibaca secara al-Tarqiq iaitu nipis. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Zukhruf:43:63

    

al-Baqarah:2:255

      

al-Falaq:113:4-5

           

7.2.3.2 Huruf Ra’ Menurut perbahasan dalam kitab ilmu Tajwid, oleh kerana huruf Ra‟ dikategorikan dalam huruf Istifal, maka pada asasnya huruf Ra‟ dibaca secara al-Tarqiq iaitu nipis sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.7 di bawah:-

145


Berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah atau huruf Ya’ Sukun

Bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya huruf Isti`la’ tetapi berada dalam dua kalimah

Bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya bukan huruf Isti`la’

al-Tarqiq dalam Huruf Ra'

Berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah dan bukan didahului dengan huruf Isti`la’

Rajah 7.7:

Berbaris Kasrah

al-Tarqiq dalam huruf Ra‟

Berikut beberapa keadaan al-Tarqiq dalam huruf Ra‟ beserta contoh:1. Apabila huruf Ra‟ berbaris Kasrah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Quraysh:106:2

    

al-Bayyinah:98:8

        

al-Zukhruf:43:48

         

146


2. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya bukan huruf Isti`la‟. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

Fussilat:41:54

             

al-Baqarah:2:50

     

3. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya huruf Isti`la‟ tetapi berada dalam dua kalimah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Ma`arij:70:5

   

4. Apabila huruf Ra‟ berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah atau huruf Ya‟ Sukun. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Takathur:102:2

   

al-Qamar:54:44

     

al-Mulk:67:14

       

al-Fatir:35:31

     

147


5. Apabila huruf Ra‟ berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah dan bukan didahului dengan huruf Isti`la‟. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

Sad:38:1

     

7.2.3.3 Huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah Menurut Mahadi Dahlan (1996), pada asalnya huruf Lam bersifat al-Tarqiq kerana ia merupakan salah satu daripada huruf Istifal. Huruf Lam ini tidak boleh dibaca secara al-Tafkhim melainkan pada Lafz al-Jalalah. Adapun perbincangan huruf Lam dalam konteks Lafz al-Jalalah, ia akan dibaca secara nipis atau al-Tarqiq dalam satu keadaan sahaja iaitu apabila huruf sebelumnya berbaris Kasrah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Fatihah:1:1

    

al-Mujadalah:58:11

        

Ibrahim:14:10

        

al-Baqarah:2:284

       

148


7.2.3.4 Ghunnah dalam Hukum Ikhfa’ Sebagaimana bacaan al-Tafkhim dalam konteks Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ apabila selepasnya terdapat huruf Isti`la‟, begitu juga keadaannya dalam perbahasan al-Tarqiq. Jika sekiranya selepas Ghunnah tersebut terdapat huruf Istifal, maka dalam situasi ini Ghunnah tersebut akan dibaca secara nipis iaitu alTarqiq. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-

    

Ghashiyah:88:5 Luqman:31:11

         

al-Qadr:97:1

     

Luqman:31:14

       

7.3

BAB HARUS DIBACA SAMA ADA AL-TAFKHIM ATAU AL-TARQIQ PADA HURUF RA’

Dalam konteks ini, Mahadi Dahlan (1996) dalam kitabnya Tajwid Ilmi dan Amali: Mengikut Kaedah Rasm Uthmani menjelaskan bahawa terdapat keharusan dalam membaca huruf Ra‟

sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq. Menurutnya,

keadaan ini berlaku apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan selepasnya terdapat huruf Isti`la‟ berbaris Karsah. Abdul Aziz Abdur Rauf (t.th) dalam kitabnya Pedoman Dauroh al-Quran turut memperincikan keharusan ini dengan menyatakan bahawa apabila huruf Ra‟

149


bertanda Sukun sebelumnya berbaris Kasrah dan selepasnya huruf Isti`la‟ berbaris Karsah, maka diharuskan dibaca sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq.

Rajah 8.9 di bawah menunjukkan gambaran perbincangan tersebut:-

Berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya huruf Isti`la' Sukun yang diawali dengan baris Kasrah

Bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Kasrah dan selepasnya huruf Isti`la' berbaris Kasrah

al-Tafkhim dan alTarqiq pada Huruf Ra' Rajah 7.9:

al-Tafkhim dan al-Tarqiq pada huruf Ra‟

Berikut beberapa keadaan yang membolehkan huruf Ra‟ dibaca sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq beserta contoh:1. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun sebelumnya berbaris Kasrah dan selepasnya huruf Isti`la‟ berbaris Karsah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

al-Shura:26:63

      

150


2. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun sebelumnya berbaris Kasrah dan selepasnya huruf Isti`la‟ berbaris Karsah. Contohnya: Surah

Contoh Ayat

Saba:34:12

           

al-Zukhruf:43:51

         

Rumusan

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat difahami bahawa tuntutan membaca alQuran bukan sekadar hanya melagukannya dengan sebaik-baik suara bahkan melagukan bacaan al-Quran itu sebenarnya pelengkap kepada ketartilan al-Quran sebagai salah satu seni Islami yang perlu dihayati. Bab al-Tafkhimdan al-Tarqiq jika dinilai dari sudut mutu pembacaan al-Quran sebenarnya banyak membantu dalam melagukan al-Quran dengan sebaik-baik bacaan. Oleh itu, para Qurra‟ sangat menitik beratkan permasalahan ini bahkan dalam setiap kitab ilmu Tajwid turut membahas isu ini dalam membentuk kefahaman dan pengamalan pembacaan alQuran sebagaimana ia diturunkan.

Ke

arah

itu,

satu

program

kaedah

pembelajaran

al-Quran yang

dinamakan "Kaedah al-Hadi Dalam Masalah al-Tarqiq dan al-Tafkhim" telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 9 April 2011. Slot ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Amru Alhaz bin Adnan al-Hafiz, Imam Masjid Negara. Program ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang kaedah bacaan yang betul sepertimana yang diajarkan oleh Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan inisiatif yang telah di ambil oleh Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara (PKKMN) sebagai satu sumbangan ilmiah 151


kepada masyarakat muslim tentang peri-pentingnya membaca al-Quran dan kaedah bacaan yang betul.

Kaedah al-Hadi merupakan satu kaedah yang disusun sebagai manual dan panduan asas kepada pembaca al-Quran untuk menyebut sesuatu huruf al-Quran dengan sebutan yang tepat berdasarkan teknik dan cara bukaan mulut. Kaedah bukaan mulut ini berbeza bergantung kepada situasi huruf al-Quran yang ingin dibaca. Kelemahan dalam teknik bukaan mulut itu menyebabkan banyak kesilapan yang berlaku terutama pada huruf yang sepatutnya dibaca nipis tetapi dibaca dengan tebal dan dalam beberapa keadaan ia jelas merubah huruf dan seterusnya makna.

Manual Kaedah al-Hadi dalam Masalah al-Tarqiq dan al-Tafkhim ini menjelaskan beberapa isu, antaranya:-

1. Mendedahkan kesilapan-kesilapan sebutan yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu atau bangsa bukan Arab dalam melafazkan sebutan huruf al-Quran; 2. Mengenal huruf al-Tafkhim (tebal) dan al-Tarqiq (nipis) serta mempelajari teknik-teknik untuk membezakan sebutan kedua-duanya; dan 3. Mempelajari cara dan teknik menyebut sesuatu huruf al-Quran mengikut alSawt (suara) yang tepat melalui praktikal dan musyafahah.

152


Unit 8

ď ľ

Idgham

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1.

Menjelaskan definisi Idgham,Sebab , Faedah dan Syaratnya;

2.

Menghuraikan pembahagian Idgham serta Kaedahnya;

3.

Mengenalpasti Lam Sakinah dan Pembahagiannya.

153


8.1

PENGENALAN Orang arab kebiasaannya lebih gemar menggunakan pertuturan yang mudah dan ringan, Al-Quran adalah bahasa arab, maka ini selari dengan tuntutan bahasa arab itu sendiri. Maka hukum idgham itu adalah untuk memudahkan penuturnya. Menyebut satu huruf adalah lebih mudah dan ringan dari menyebut dua huruf.

8.2

PENGERTIAN IDGHAM, SEBAB, FAEDAH DAN SYARATNYA 

Pengertian Idgham Dari Segi Bahasa: Dari segi bahasa Idgham bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu seperti memasukkan mushaf ke dalam poket ,atau memasukkan pedang ke dalam sarung pedang. (Al Mu‟jam Al Wasit-2009).

Pengertian Idgham Dari Segi Istilah: Dari segi istilah Idgham ialah memasukkan sesuatu huruf ke dalam huruf yang lain; ia menjadikan sebutan hurufnya seperti sebutan huruf yang kedua.(Al-Wasit fi Ilmi al-Tajwid-1999) Di

sisi

ulama

terkemudian

berpendapat

bahawa:

Idgham

ialah

menghilangkan bunyi huruf yang pertama ke dalam bunyi huruf yang kedua iaitu keadaan menyebut dua bunyi menjadi satu bunyi iaitu bunyi huruf yang kedua. (Ashar al-Mustholahat fi Fan al-Ada‟ wa Ilmu al-Qiraat-2001) 

Sebab-sebab Terjadinya Idgham Terdapat beberapa sebab yang menjadikan sesuatu huruf itu hukumnya idgham(Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari - 2005)

154


Antara sebab-sebab idgham adalah: 

Al-Tamathul (

Al-Taqarub (

Al-Tajanis (

Faedah Idgham

) ) )

Apabila mempelajari bab-bab idgham, kita tidak terkecuali untuk mempelajari faedah idgham agar kita lebih memahami

mengenainya.

Para ulama bersepakat bahawa faedah idgham adalah untuk memudah dan meringankan sebutan pembaca apabila menyebut satu huruf berbanding menyebutnya dengan dua huruf. (Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bar-2005) Syarat Idgham Manakala, untuk menjadikannya Idgham, perlu mempunyai beberapa syarat agar dapat dikategorikan ia sebagai idgham. 2 syarat tersebut ialah: Khas bil-mudgham (

)

Ianya juga terbahagi kepada 3 keadaan:Keadaan pertama: bertemu dengan al-mudgham fih ( dan lafaz. Contoh: bertemunya huruf nun dengan huruf ra: ﴾    ﴿

155

) secara tulisan


Keadaan kedua: bertemu dengan mudgham fih (

) pada tulisan tetapi

tidak pada lafaz. Contoh: ﴾   ﴿

Keadaan ketiga: di halang keadaannya secara lafaz tidak pada tulisan. Contoh: ﴾   ﴿

Khas bil-mudgham fih (

)

Kebanyakkan bertemu kedua-dua huruf idgham (mudgham dan mudgham fih) dalam satu kalimah sahaja. (Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bar-2005)

8.3

PEMBAHAGIAN IDGHAM Idgham terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu: (Al-Wasit fi alIlmi at-Tajwid-1999) 

Idgham Soghir

Idgham Kabir

Idgham Soghir Idgham Soghir ialah memasukkan huruf pertama yang mati ke dalam huruf yang kedua berbaris.

Contoh: Seperti memasukkan huruf mim ke dalam huruf mim ﴾  ﴿

Contoh: Seperti memasukkan huruf ta ke dalam huruf dal 156


﴾  ﴿ 

Contoh: juga seperti memasukkan huruf qaf ke dalam huruf kaf ﴾ ﴿

Penjelasan: Hukum ini dinamakan soghir kerana perbuatan memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua dalam kadar yang sedikit berbanding dengan idgham kabir. Walau bagaimanapun, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ia disebabkan oleh perbuatan memasukkan huruf yang mati ke dalam huruf yang berbaris itu sendiri. 

Idgham Kabir Idgham Kabir ialah memasukkan huruf pertama yang berbaris ke dalam huruf kedua yang berbaris. Contoh : memasukkan huruf lam ke dalam huruf lam ﴾  ﴿.

Bagi kalimah huruf Ta‟ Ta‟nis yang masuk ke atas huruf sin seperti contoh pada ayat ini, ﴾   ﴿ dan Ta Ta‟nis yang masuk ke atas

huruf tho pada ayat, ﴾   

﴿ adalah diabaikan dan tidak

mengikut hukum idgham kabir. Terdapat perbezaan bacaan kerana mengikut bacaan Susi; Abi Amru dari toriq Syatibiah, kedua-dua ayat di atas adalah dibaca secara idgham. Begitu juga dengan bacaan Abu Amru dan Ya‟qub dari toriq Toiyibah.

157


Penjelasan : Hukum ini dinamakan kabir kerana beberapa perkara mengikut pandangan ulama : Kerana keadaan kedua-dua huruf tidak terdapat tanda mati (berbaris) 1. Terkesan dengan keadaan huruf yang berbaris sebelum huruf idgham 2. Terdapat pendapat yang menyatakan susah untuk menyebut kalimah tersebut adalah sebab dinamakan idgham kabir 3. Pendapat lain pula menyatakan bahawa ia adalah pelengkap kepada bahagian Al-Mislain, Al-Jinsain dan Al-Mutaqaribain

Walau bagaimanapun, hukum idgham kabir tidak terdapat dalam riwayat Hafs an „Asim melainkan pada dua tempat yang akan dijelaskan kemudian. ( Al-Wasit fi al-Ilmi at-Tajwid-2004) 8.4

KAEDAH IDGHAM Mengetahui kaedah-kaedah untuk bacaan idgham adalah elemen yang penting untuk pembacaan yang sempurna di samping mengetahui syarat, sebab, faedah dan sebagainya. Kaedah ini terbahagi kepada dua kaedah yang asas : Kaedah Pertama Hendaklah menjadikan al-mudgham (huruf yang pertama) adalah dari jenis al-mudgham fih (huruf yang kedua). Kemudian, memasukkan bunyinya ke dalam mudgham fih. Kaedah ini adalah untuk idgham fi ghairi al-mithlain. Contoh pertama: memasukkan huruf nun mati ke dalam huruf lam ﴾   ﴿

158


Sebagai penjelasan, huruf nun ditukarkan menjadi lam dan kemudian memasukkan huruf lam ke dalam lam sehingga menjadi seperti lam yang bersabdu berbaris atas selepas huruf mim.( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)

Contoh kedua: memasukkan huruf nun mati ke dalam huruf ra ﴾  ﴿ Sebagai penerangan, huruf

nun ditukar menjadi ra dan

memasukkan huruf ra ke dalam ra sehingga menjadi seperti ra yang bersabdu berbaris bawah selepas mim.

Sempurna dengan memasukkan bunyi mudgham ke dalam mudgham fih ; memasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua. Kaedah ini digunakan untuk idgham fi al-Mithlain.

Contoh : ﴾  ﴿ Kaedah Kedua Apabila berbaris kedua-dua huruf dari salah satu baris atas,bawah dan depan, maka terdapat beberapa cara tertentu : Bagi idgham mithlain, maka hendaklah mematikan huruf yang pertama dan kemudian memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua. Seperti contoh , ﴾ 

  ﴿ , hendaklah menjadikannya sebagai satu

sebutan iaitu mim berbaris atas yang bersabdu selepas huruf ya mad. Manakala bagi idgham mutaqaribain dan mutajanisain, kaedahnya seperti berikut : 159


a) hendaklah menukarkan mudgham sejenis dengan mudgham fih. b) kemudian,hendaklah menjadikannya sukun. c) kemudian memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua. (Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari – 2005) 8.5

HUKUM IDGHAM KABIR MENURUT HAFS AN ‘ASIM Idgham kabir ini adalah merupakan bacaan yang masyhur dinisbahkan kepada Abu Amru bin Al‟ala. Selain beliau, terdapat juga imam lain seperti Hasan Al-basri, Ibn Muhaisan, Al-A‟mash, Talhah bin Musrif, Isa bin Umar, Musallamah bin Abdullah Al-Fahri, Musallamah bin Muharab As-Sudusi, Ya‟qub bin Al-Hadrami dan ramai lagi. Tujuan idgham kabir ini adalah untuk meringankan. Abu Amru Al‟ala menyatakan: Idgham adalah percakapan orang arab yang berlaku dalam sebutan mereka kerana lidah mereka tidak mampu menyebut dengan sempurna(al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asy-1998) Menurut riwayat Hafs an Asim, beliau tidak membaca idgham kabir dalam bacaannya kecuali hanya pada dua tempat iaitu ﴾ ٍَُِّ‫ ﴿ يَك‬dan ﴾ ‫ ﴿ ّتَأْيََُا‬yang bertujuan untuk memudahkan. (Al-Wasit fi al-Ilmi at-Tajwid-2004) Pada ayat 95 dalam surah al-Kahfi tersebut dibaca dengan memasukkan huruf nun pertama ke dalam nun kedua dan menjadikan sebutan nun sebagai satu nun yang berbaris bawah dan bersabdu. Pada ayat ﴾ ‫ ﴿ ّتأّيَ ُ​َُا‬atas wazan yang menggabungkan dua nun secara zahir iaitu huruf nun yang pertama adalah berbaris depan di tempat marfu‟ ( lam fa‟il ) dan huruf nun yang kedua adalah berbaris atas ( nun mutakallim ). Maka, menurut riwayat Hafs, ianya dibaca dengan memasukkan nun yang pertama ke dalam nun yang kedua secara ishmam. Bacaan ini adalah harus disisi Hafs dan sepakat ulama kecuali Imam Abi Ja‟far yang membaca secara: ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005) :

160


8.6

i-

Idgham tanpa ishmam

ii-

Idgham tanpa ikhfa‟.

IDGHAM MA’A AL-GHUNNAH DAN BI GHAIR AL-GHUNNAH Pengertian Ghunnah Suara dari huruf nun dan mim yang berlaku dengan kadar 2 harakat dan tempat keluarnya dari rongga hidung yang menyebabkan getaran dan ia merupakan suara yang halus dan lembut.( Mu‟allim al-Tajwid al-Jadid ma‟a Tuhfat al-Athfal wa al-Ghulaman-1987) Idgham Ma’a Al-Ghunnah Apabila huruf mim, nun, wau dan ya berada selepas huruf nun yang mati dan tanwin dalam dua kalimah maka adalah wajib untuk diidghamkan nun sakinah dan tanwin pada bacaan tersebut. Hurufnya ada empat iaitu: ٌ ‫و و‬ ٌ Cara Pembacaan Idgham Ma’a Al-Ghunnah Bertemu di dalam dua kalimah Apabila nun mati bertemu dengan 4 huruf di atas di dalam dua kalimah akan menjadikan bacaannya idgham. Huruf yang pertama iaitu nun sakinah atau tanwin dikenali sebagai Mudgham dan huruf yang kedua (ٌ - ‫ و‬- ‫ و‬- ٌ ( dikenali sebagai Mudgham fih. Telah disepakati oleh ulama‟ bahawa bacaan di atas adalah secara idgham bi al-ghunnah kecuali Khalaf an Hamzah yang menyatakan bahawa huruf yang tidak didengungkan adalah wau dan ya. Maka huruf yang didengungkan adalah mim dan nun. Oleh itu,huruf idgham bi ghair al161


ghunnah disisi beliau terdapat empat huruf iaitu wau, ya, lam dan ra. Manakala huruf bi al-ghunnah adalah mim dan nun. (Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari.-2000) Bertemu di dalam satu kalimah Apabila nun mati bertemu dengan 4 huruf di atas di dalam satu kalimah, maka ia tidak dinamakan sebagai idgham bi al-ghunnah dan tidak dibaca secara idgham akan tetapi dibaca secara izhar mutlak. Seperti contoh:

  ,    ,   , Cara bacaan diatas ini, merupakan dari riwayat bacaan Nabi Muhammad s.a.w. Ia wajib diizharkan kerana apabila ia dibaca dengan idgham, bacaan tersebut akan menjadikan “perkataan tersebut” mudha‟af dan sekaligus akan merosakkan makna. Kadar bacaan Idgham Ma‟a Al-Ghunnah adalah 2 harakat. Idgham Bi Ghair Al-Ghunnah Apabila datangnya huruf lam dan ra selepas huruf nun mati dan tanwin. Ia juga dinamakan sebagai idgham kamil. (Ashar Al-Mustholahat fi Fan al-Ada‟ wa Ilmi al-Qiraat-2001) Terletaknya huruf lam dan ra selepas nun sakinah dan tanwin dengan syarat terpisah kedua-duanya dan tidak dalam satu kalimah maka adalah wajib untuk diidghamkan kedua-duanya tanpa dengung.( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005) Ia adalah idgham yang tidak disertai dengan dengung.( al-Munir fi Ahkam al-Tajwid-2001) Hurufnya ada dua iaitu :

162


Cara Pembacaan Bi Ghair Al-Ghunnah

﴾  ﴿ ﴾   ﴿ Menggantikan nun mati dan tanwin kepada huruf lam pada contoh yang pertama dan menggantikan kepada huruf ra pada contoh yang kedua sehingga menjadi idgham yang sempurna. Akan tetapi, terkecuali pada ayat    . Menurut riwayat Hafs an Asim, idgham nun pada ra adalah tidak terjadi disebabkan oleh tanda saktah yang dibaca tanpa nafas yang sekaligus menyebabkan terhalangnya nun dari bertemu ra. Sekiranya dibaca tanpa saktah, cara bacaan adalah idgham mengikut kaedah (idgham bi ghair alghunnah).( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)

8.7

IDGHAM KAMIL DAN NAQIS Idgham Kamil Hilangnya zat dan sifat huruf mudgham ( huruf yang pertama ) Terdapat 4 huruf iaitu :

Tanda: Menghilangkan nun yang mati dari tanda sukun dan memasukkan tanda sabdu ke dalam huruf yang berikutnya. Bagi tanda tanwin, secara tulisan, ia ditulis secara berturutan dan meletakkan sabdu ke dalam huruf selepasnya. (al-Munir fi ahkam al-Tajwid2001) Bahagian idgham kamil terbahagi kepada dua iaitu : idgham kamil bi alghunnah dan idgham kamil bi ghair al-ghunnah. 163


Idgham kamil bi al-ghunnah terjadi ke atas huruf mim dan nun. Kedudukan dengung huruf ini terletak pada huruf mudgham fih (huruf yang kedua). Ini adalah kerana huruf mudgham iaitu nun mati dan tanwin masuk secara sempurna pada huruf yang kedua. Oleh itu, akan hilanglah zat dan sifat nun dan mim yang pada asalnya bersifat dengung.( al-Munir fi ahkam al-Tajwid2001) Contoh : ﴾ ﴿ ,﴾  ﴿

Idgham kamil bi ghair al-ghunnah pula terjadi ke atas huruf lam dan ra yang bersabdu secara sempurna. Ia akan terjadi dengan lenyapnya kedua-dua zat dan sifat huruf mudgham (nun mati dan tanwin) sehingga menjadi mudgham dan mudgham fih seolah-olah satu huruf yang bersabdu secara sempurna. (al-Wasit fi Ilmi al-Tajwid-2004) Contoh : ﴾  ﴿ ﴾  ﴿

Idgham Naqis Hilangnya zat huruf mudgham (huruf yang pertama) tetapi tidak secara sifat. Terdapat dua huruf iaitu: Ia juga dinamakan sebagai idgham bi al-ghunnah naqis. Tanda: membebaskan huruf nun mati dari sukun dan membebaskan huruf berikutnya

daripada sabdu. Bagi tanda tanwin, secara tulisan, ia ditulis

164


secara berturutan tetapi tidak meletakkan sabdu ke dalam huruf selepasnya. ( al-Munir fi ahkam al-Tajwid-2001) Contoh: ﴾  ﴿ ﴾   ﴿ Penjelasan: huruf wau dan ya diatas bertanda tasydid, akan tetapi dibaca naqis kerana bunyi dengung (nun mati dan tanwin) wujud bersamanya. Ia dipanggil naqis kerana tidak sempurna sabdu kerana bersama-samanya sifat mudgham. Sifat mudgham tersebut adalah merupakan sifat isti‟la‟. 8.8

IDGHAM MUTAMATHILAIN, MUTAQORIBAIN, MUTAJANISAIN, MUTABA’IDAIN Idgham Mutamathilain (

)

Pengertian Dari Segi Bahasa: Mutamathilain berasal daripada perkataan mithlain atau tamathul yang bermaksud dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat. Pengertian Dari Segi Istilah: Menggabungkan dua huruf yang sama, huruf pertama sukun dan huruf keduanya berbaris. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid-2004 Kaedah Bacaan Idgham Mutamathilain Menurut kebanyakan ahli Qurra‟, idgham mutamathilain mempunyai dua cara bacaan iaitu bacaan secara idgham dan izhar (mengikut bacaan imam Susi). Walau bagaimanapun, bacaan secara izhar lebih diutamakan.( Haq al-Tilawah-1981)

165


Contoh: (

Berdasarkan ayat di atas, dua kaedah boleh diaplikasikan iaitu: Apabila dibaca secara idgham: Apabila dibaca secara saktah:

iaitu berhenti seketika dan

sambung dengan nafas yang sama. Namun begitu, bacaan secara izhar lebih diutamakan.

Pembahagian Idgham Mutamathilain Idgham Mutamathilain terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: ( Hidayah alQari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005) Mithlain Soghir (

)

Makna: huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris.

Hukum: Wajib idgham menurut kebanyakan ahli Qurraâ€&#x;.

Tidak boleh dibaca secara idgham kerana huruf akhir pada ayat pertama adalah huruf mad atau huruf haâ€&#x; saktah.

Huruf mad

166


Wajib izhar tanpa menghilangkan mad pada idgham.

Huruf haâ€&#x; saktah Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti dan sambung pada nafas yang sama) yang mencegah daripada diidghamkan. Mithlain Kabir

(

)

Makna: huruf pertama berbaris dan huruf kedua berbaris Hanya berlaku pada 17 huruf iaitu: (

)

Contoh : Wajib izhar pada ayat tersebut menurut ahli Qurraâ€&#x;. Ulama Susi membaca dengan mengidghamkan (memasukkan) huruf pertama ke dalam huruf yang kedua. Mithlain mutlak (

)

Makna: Huruf pertama berbaris dan huruf kedua sukun. Berbeza dengan idgham muthamathilain soghir. Contoh:

Hukum: wajib diizharkan (dibaca secara jelas) di sisi kebanyakan ahli Qurraâ€&#x;. Idgham Mutaqoribain (

)

167


Pengertian Dari Segi Bahasa: Mutaqoribain dari segi bahasa berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu Taqarrub yang bererti hampir. Pengertian Dari Segi Istilah: Dari segi istilah, Mutaqoribain ialah dua huruf yang berbeza pada tempat keluar huruf tersebut (makhraj) tetapi dekat pada makhraj huruf yang pertama dan huruf yang kedua.( Al-Tabyyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab alMubin-1999) Ulamaâ€&#x; lain juga berpendapat bahawa ia adalah dua huruf yang berhampiran pada makhraj dan sifat, atau pada makhraj tanpa sifat atau pada sifat tanpa makhraj. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004) Selain itu, Idgham Mutaqoribain juga merupakan dua huruf yang berhampiran dari segi makhraj dan sifat di mana huruf awal yang berbaris mati wajib dimasukkan ke dalam huruf yang kedua tanpa ghunnah.( Haq alTilawah-1981) Penerangan: Dua huruf yang saling berdekatan dari segi tempat keluar(makhraj) dan sifat (Al-Munir fi al-Ahkam al-Tajwid-2001) Seperti bertemu huruf nun dan huruf lam.

Seperti bertemu huruf nun dan huruf raâ€&#x;.

Seperti bertemu huruf qaf dan huruf kaf

168


Dua huruf yang berdekatan dari segi makhraj tetapi tidak pada sifat. Seperti bertemunya huruf dal dan huruf sin.

Dua huruf yang berdekatan dari segi sifat tetapi tidak pada makhraj. Seperti bertemunya huruf sin dan huruf syin.

Seperti bertemunya huruf ta‟ dan huruf tha‟ . Bahagian Idgham Mutaqoribain Mutaqoribain Soghir Mutaqoribain Soghir berlaku di mana huruf awal bertanda mati dan huruf kedua bertanda baris( Al-Tabyyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin-1999). Ia dinamakan soghir (kecil) kerana tujuannya untuk mematikan huruf pertama dan membariskan huruf kedua. Contoh: 

Bertemu huruf nun dan hurul lam.

Bertemu huruf qaf dan huruf kaf.

Hukum Idgham Mutaqoribain Soghir kadangkala menjadi wajib idgham seperti memasukkan huruf nun ke dalam huruf lam. Hukumnya juga boleh berubah menjadi harus idgham seperti memasukkan huruf qof ke dalam huruf kaf. Manakala mengikut riwayat Hafs An „Asim, ianya dibaca secara izhar. Tetapi sekiranya huruf lam bertemu dengan huruf ra‟, hukumnya 169


menjadi idgham menurut semua Qurra‟.

(Al-Tabyyin fi Ahkam

Tilawah al-Kitab al-Mubin-1999) Kecuali pada ayat 14, surah al-Mutoffifin: dihukumkan izhar oleh Hafs al- „Asim kerana ia menghukumkan saktah pada lam.

Mutaqoribain Kabir Mutaqoribain Kabir berlaku apabila huruf pertama dan kedua berbaris. Ia dinamakan kabir (besar) kerana tanda baris lebih banyak berbanding tanda mati. Contoh: 

Bertemu huruf qaf dan huruf kaf.

Bertemu huruf sin dan huruf syin .

Hukumnya wajib izhar. Menurut pendapat sebilangan ulama‟ Qurra‟, hukumnya harus untuk dibaca secara izhar. Hafs An „Asim adalah qari yang membacanya secara izhar dengan satu wajah. Walau bagaimanapun, Imam Susi membacanya secara idgham. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004)

Mutaqoribain Mutlak Mutaqoribain Mutlak berlaku apabila huruf pertama berbaris dan huruf kedua berbaris mati (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004). Dinamakan mutlak kerana terikat antara soghir dan kabir.

170


Contoh: 

Bertemu huruf hamzah dan huruf ha‟ .

Bertemu huruf ta‟ dan huruf ha‟.

Hukumnya wajib izhar menurut pendapat ulama‟ Qurra‟. Idgham Mutajanisain (

)

Takrif dari Segi Istilah: Mutajanisain bermaksud dua huruf yang sama pada segi makhraj (tempat keluar) dan berlainan dari segi sifat. Sebagai contoh, huruf dal dan ta. Telah disepakati bahawa tempat keluar bagi kedua-keduanya adalah hujung lidah bersama dengan gigi yang atas.(Asyhar al-Mustholahat fi Fan al-Ada‟ wa „Ilmi al-Qiraat-2003) Pembahagian Mutajanisain Dan Hukumnya: Mutajanisain terbahagi kepada 3 bahagian : Mutajanisain Soghir Mutajanisain soghir ialah keadaan di mana huruf yang pertama adalah mati dan huruf kedua adalah berbaris. ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari2005) Mengikut riwayat Hafs an „Asim ,memasukkan padanya huruf pertama ke dalam huruf kedua dan iaitu: ( Al-Tabyyin fi Ahkam Tilawah alKitab al-Mubin-1999):

Bertemunya dal muhmalah yang bertanda sukun dengan huruf ta, sama ada kedua-dua huruf tersebut berada pada satu kalimah atau dua kalimah. 171


Pada satu kalimah : ﴾ ﴿

Contoh:

Pada dua kalimah : ﴾ ﴿ Apabila bertemunya ta yang mati pada huruf dal dan huruf tho dan keadaan huruf dal tersebut hanya terdapat dua tempat di dalam al-Quran. Contoh: Pada huruf dal : ﴾

﴿ ﴾  

﴿

Pada huruf tho : ﴾   ﴿ ﴾   ﴿.

Bertemunya huruf zal mu‟jamah yang bertanda mati daripada huruf zal (

) dengan huruf zho dan ia hanya terdapat dua tempat dalam al-

Quran.

Contoh :

﴾  ﴿, ﴾ ﴿.

Bertemunya huruf tho dengan huruf ta.

Contoh :

﴾  ﴿ , ﴾  ﴿

Bertemunya huruf qof dengan huruf kaf .

Contoh :

﴾  ﴿

172


Mutajanisain Kabir Mutajanisain kabir ialah berbaris kedua-dua huruf yang sama jenisnya dan dinamakan kabir kerana banyak tempatnya dan kerana tanda berbaris lebih banyak daripada tanda mati. Contoh: bertemunya huruf ta dengan huruf tho : ﴾  ﴿ , ﴾ ﴿ Hukum Mutajanisain Kabir Terdapat dua hukum pada mutajanisain kabir. Pertamanya adalah harus dan ia dibaca oleh sebahagian Qurra. Bagi hukum yang kedua pula ialah izhar mutlak dan ia hanya dibaca di sisi Hafs „an „Asim. Mutajanisain Mutlak Mutajanisain mutlak ialah huruf yang bersamaan jenisnya di mana huruf yang awalnya berbaris dan huruf keduanya mati. Ia juga dinamakan mutlak kerana terbebas daripada ungkapan soghir atau kabir. Sebagai contoh, bertemu huruf ya dan shin pada kalimah : ﴾   ﴿ , dan bertemu huruf lam bersama dengan huruf nun pada

mazhab Furra‟ pada lafaz (  ) dan sebagai contohnya : ﴾  ﴿

Hukum Mutajanisain Mutlak Bagi hukum Mutajanisain Mutlak, semua Qurra‟ bersepakat membacanya dengan hukum izhar. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004) Idgham Mutaba’idain (

)

173


Pengertian Dari Segi Istilah: Maksud Mutaba‟idain adalah berjauhan dua huruf yang jauh dari segi makhraj (sebutan) dan berbeza dalam sifatnya, keadaan tersebut banyak terdapat di dalam al-Quran. Malah, mungkin terdapat yang berjauhan makhraj dan sifatnya adalah sama, namun hanya sedikit di dalam al-Quran. ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005) Pembahagian Mutaba’idain Mutaba‟idain terbahagi kepada 3 bahagian : Mutaba’idain Soghir Dinamakan Mutaba‟idain Soghir kerana huruf awal padanya adalah sukun dan huruf kedua adalah berbaris. Kemudian berkumpul seperti huruf hamzah bersama lam seperti : ﴾ ﴿ Mutaba’idain Kabir Dinamakan Mutaba‟idain Kabir kerana dua huruf yang berjauhan berbaris kedua-duanya atau disebabkan oleh berbaris kedua-dua huruf tersebut. ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)

Contoh huruf zai bersama hamzah dalam kalimah: ﴾        ﴿ Mutaba’idain Mutlak Dinamakan Mutaba‟idain Mutlak kerana huruf pertama berbaris dan huruf kedua pula sukun. ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)

Contoh seperti huruf qof fathah (baris atas) bersama wau sakinah dalam kalimah: ﴾         ﴿

174


Hukum Mutaba’idain Tercegah atau terhalang daripada idgham, maka wajib dibaca izhar. Oleh sebab itu, hukum Mutaba‟idain adalah izhar dan wajib di sisi semua Qurra‟. ( Al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid-2008)

8.9

LAM SAKINAH Penjelasan mengenai al-Lam al-Sakinah termasuk di dalam perbincangan di bawah tajuk idgham. Huruf lam di dalam al-Quran tidak akan sunyi dari memasuki pada isim (kata nama), fe‟el (kata kerja) atau huruf. Pembahagian lam adalah seperti berikut i.

Lam Al-Ism Ia merupakan asal perkataan atau merupakan pertambahan ; wajib (lazimah) atau tidak wajib (ghair lazimah). (al-Munir fi ahkam alTajwid-2001)

Penjelasan: Lam merupakan dari asal perkataan (Al-Asliah) Contoh: Hukum: Wajib untuk membacanya secara terang (izhar) Pertambahan yang wajib (al-zaidah al-lazimah) Iaitu lam yang wajib ada pada kalimah yang merupakan kata nama khas. Sekiranya lam tersebut tiada, maka kalimah tersebut tidak akan mempunyai makna. 

Ayat penyambung (ism mausul) : 175


Kata nama yang menunjukkan keadaan (zarf) :

Hukum: wajib untuk membacanya dengan memasukkan (idgham) apabila terletak selepasnya lam, dan wajib dibaca dengan jelas (izhar) apabila huruf selepasnya selain dari lam.

Pertambahan yang tidak wajib (al-zaidah ghair al-lazimah)

Dikenali sebagai lam al-ta‟rif, dan ia adalah lam mati yang di tambah pada pembinaan perkataan yang didahului dengan hamzah wasal yang berbaris atas pada permulaannya, dan ia dimulakan pada awal perkataan ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)

Lam ta‟rif ini adalah khusus dengan mendatangi perkataan yang umum (isim nakirah) sahaja untuk memberi maksud khas pada perkataan tersebut. Apabila lam ta‟rif ini bertemu dengan salah satu huruf hijaiyah, maka ia akan terbahagi kepada dua hukum di bawah( Haq al-Tilawah-1981): 1. dibaca izhar apabila bertemu huruf qamariah 2. dibaca idgham apabila bertemu huruf syamsiyyah

Huruf Al-Lam Al-Qamariah

Huruf Al-Lam Al-Qamariah mempunyai 14 huruf iaitu: ( - -

-

-

-

-

- -

-

Apabila digabungkan, ia akan menjadi (

176

-

-

-

- )


Dinamakan huruf al-lam al-qamariah kerana wajib membaca huruf lam sebelumnya secara izhar seperti membaca lam yang jelas pada perkataan ‫ انقًر‬. Sebab ia dibaca dengan izhar: jauhnya tempat keluar makhraj huruf lam dengan huruf qamariah (14 huruf di atas), disebabkan jauhnya tempat keluar tersebut, maka adalah bertepatan untuk di baca dengan jelas (secara izhar) (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004). Huruf Al-Lam Al-Syamsiyyah

Huruf Al-Lam Al-Syamsiyyah memepunyai 14 huruf iaitu: (

)

Ia dinamakan sebagai lam syamsiyyah kerana wajib dibaca dengan memasukkan bunyi huruf pertama ke dalam huruf kedua; iaitu dibaca seperti satu huruf yang bersabdu, huruf syamsiyyah (secara idgham). Kebanyakan tulisan dalam al-Quran, akan diletakkan tanda sabdu pada huruf syamsiyyah tersebut sebagai satu tanda untuk memasukkan lam tersebut pada huruf syamsiyyah (tanda sabdu ini tidak akan terdapat pada huruf qamariah, tetapi akan di ganti dengan tanda mati di atas huruf qamariah). ( Haq al-Tilawah-1981) Sebab ia dibaca dengan idgham adalah kerana ( lam dan (

) pada huruf

) merujuk pada huruf nun dan ra mengikut mazhab al-Furra‟

manakala mengikut mazhab jumhur adalah disebabkan adalah dari kebanyakan huruf (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004).

177

dan ia


Lam Al-Fe’el Ia merupakan lam yang terdapat pada al-fe‟el sama ada yang perbuatan lepas (madi) atau perbuatan akan datang (mudhori‟) atau suruhan (amr)

(al-Munir fi

ahkam al-Tajwid-2001) Hukum: adalah wajib untuk membacanya secara izhar. Kecuali apabila terdapat huruf selepasnya lam dan ra, maka hendaklah dibaca dengan idgham. Contoh :

huruf lam bertemu lam huruf lam bertemu huruf ra

i.

Lam Al-Harf Lam ini merupakan lam yang bertanda mati yang terletak selepas kalimah: (

atau

).

Dinamakan sebagai lam al-harf kerana terletak pada huruf dan hanya terdapat di dalam al-Quran pada dua perkataan iaitu

. Maka,

kedua-dua huruf ini terdapat dalam 3 keadaan, iaitu: (Al-Wasit fi Ilm alTajwid – 2004):

Dibaca dengan idgham Wajib untuk dibaca dengan idgham apabila terletak selepas kedua-dua huruf ini adalah huruf lam dan ra.    dan tidak akan terdapat perkataan ra kecuali selepas ‫ بم‬pada ayat : 178


    Sebab idgham pada huruf lam ialah pada mazhab Jumhur dan

manakala pada huruf ra adalah pada mazhab al-Qurra‟, kecuali

pada riwayat Hafs an Asim dari thoriq Syatibiyah bahawa tidak di baca idgham

, lam bertemu ra pada kalimah:

   dan ia kerana Hafs membaca dengan bacaan saktah dan dilarang untuk membaca secara dengung padanya (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004). Harus dibaca dengan idgham Pada bahagian ini, sebahagian Qurra‟ membaca dengan izhar manakala sebahagian lagi membacanya dengan idgham. Qurra‟ yang membaca secara idgham adalah Warsy dan al-Kisa‟i. Manakala Qurra‟ yang membacanya secara izhar adalah bacaan Hafs an Asim. (Al-Wasit fi Ilm alTajwid – 2004). Terdapat beberapa ayat akan dibaca secara izhar atau idgham apabila datang selepasnya salah satu huruf dari 8 huruf berikut :

﴾  ﴿ ﴾   ﴿ ﴾    ﴿ ﴾   ﴿

179


Dibaca dengan izhar Apabila lam terletak sebelum semua huruf hijaiyah (kecuali lam dan ra) (alMunir fi ahkam al-Tajwid-2001) Contoh:

﴾  ﴿

﴾  ﴿

Rumusan

Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 1. Pengertian Idhgam serta Sebab, Faedah dan Syaratnya. 2. Pembahagian Idgham serta kaedah bacaannya. 3. Pengertian hukum Lam sakinah dan pembahagiannya.

180


Unit 9

WAQAF DAN IBTIDA’

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, anda dapat: 1. Menjelaskan definisi waqaf dan ibtida‟ dari segi bahasa dan istilah serta perbezaannya daripada saktah dan al-Qata'. 2. Mengetahui jenis-jenis dan pembahagian waqaf. 3. Mengetahui jenis-jenis dan pembahagian ibtida‟. 4. Mempraktikkan jenis-jenis waqaf dan ibtida‟ menerusi ayat-ayat Quran.

181


9.0

PENGENALAN Mengetahui ilmu waqaf dan ibtida' merupakan suatu yang amat penting bagi pembaca Quran. Ini kerana manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan kadar nafas yang terhad yang tidak memungkinkan mereka membaca sesuatu ayat atau surah yang panjang di dalam satu nafas. Tambahan pula, sekiranya pembaca Quran tidak menguasai ilmu ini, dikhuatiri mereka akan memberhenti dan memulakan bacaan pada lafaz atau kalimah yang boleh mengubah makna sesuatu ayat. Sedangkan kitab Quran yang merupakan kitab hidayah yang suci perlu dipelihara daripada sebarang bentuk perkara yang boleh memesong dan merosakkan kandungannya. Di dalam satu riwayat yang disebut oleh ibn al-Jazari, bahawa Saidina Ali RA dalam menghuraikan makna tartil di dalam ayat 4 Surah alMuazzamil, beliau mentafsirkannya sebagai memperelokkan huruf dan mengetahui waqaf. (ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qira'at al-'Asyar) Melihat kepada kepentingan topik ini, maka seharusnya bagi pembaca Quran mempelajari dan memahami jenis-jenis waqaf dan ibtida' dan hukum-hukum berkaitannya seperti saktah dan al-Qata'.

9.1

DEFINISI WAQAF SERTA PEMBAHAGIANNYA

Makna waqaf dari segi bahasa menurut ialah berdiri pada sesuatu (Ibn Faris, Muâ€&#x;jam Al Maqoyis Fi Al Lughah, 1994). Waqaf juga member makna berhenti selepas berjalan. Adapun waqaf di dalam bacaan ialah memotong kalimah selepas daripadanya (Ibrahim Mustafa, al-Muâ€&#x;jam al-Wasit-2009). Ia juga boleh diertikan sebagai menahan atau menghalang. (al-Jarmi, Muâ€&#x;jam Ulum al-Quran-2001).

182


Sementara itu dari segi istilah, waqaf ialah memutuskan suara di dalam bacaan Quran dengan kadar seketika untuk bernafas di dalamnya disertai niat untuk menyambung semula pembacaan, bukan untuk terus berhenti, samaada ianya di awal ayat atau di tengahnya dan tidak dibenarkan untuk berhenti di tengah-tengah kalimah dan apa-apa yang bersambung penulisannya (al-Mar'isyi, Juhd al-Muqil-2006) 9.2

JENIS WAQAF BERDASARKAN KEPADA HAL PEMBACA QURAN Waqaf berdasarkan kepada keadaan pembaca Quran terbahagi kepada empat bahagian:

Bahagian yang pertama ialah waqaf idhthiroriy

:

Ia merujuk kepada waqaf yang disebabkan terpaksa, seperti waqaf kerana kehabisan nafas, terkejut, bersin, menguap, terlupa bacaan atau apa jua keuzuran yang tidak memungkinkan qari meneruskan bacaan dan terhenti bacaan ditempat yang tidak sepatutnya. Pada keadaan tersebut,

183


dibenarkan bagi pembaca Quran memberhentikan bacaan di mana sahaja, sekalipun pada kalimah yang merosakkan makna ayat.

Di dalam keadaan ini, bagi memulakan semula bacaan, pembaca Quran perlu melihat kalimah selepasnya, di mana jika elok untuk disambung bacaan padanya, maka harus diteruskan bacaan padanya. Sekiranya tidak elok, maka perlu diulang dari kalimah yang diberhentikan bacaan padanya atau kalimah sebelumnya bagi memyempurnakan maksud ayat. (Muhammad Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid. Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)

Bahagian yang kedua ialah waqaf ikhtibariy (

):

Ia merujuk kepada bacaan waqaf yang di minta oleh guru Quran untuk menguji atau mengajar murid-murid dalam proses menjelaskan kaedah suatu bacaan ketika waqaf atau menjelaskan mengenai sesuatu. Hukum waqaf sebegini adalah harus dan cara untuk mengulangi dan meneruskan bacaan sama seperti kaedah waqaf idhthirory. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid)

Bahagian yang ketiga ialah waqaf intidhoriy (

):

Ia adalah waqaf pada suatu kalimah Quran dengan sebab untuk menghimpunkan apa yang ada di dalamnnya atau ayat sebelumnya daripada pelbagai wajah qiraat, riwayah, turuq dan wajah.

Hal ini hanya berlaku ketika di dalam proses talaqqi bacaan Quran bersama sheikh dengan cara menghimpunkan (jama') bacaan qiraat tujuh atau sepuluh. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid). Proses ini juga berlaku ketika qari cuba menjelaskan makna berulang kali

184


dan untuk menyedapkan bacaan. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)

Hukum waqaf sebegini adalah harus dan tidak disyaratkan untuk menyempurnakan makna, memadailah seorang qari waqaf bacaan berdasarkan rasm. Namun seharusnya bagi qari bijaksana memilih tempat waqaf agar makna ayat Al Quran terpelihara. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid) Bahagian yang keempat ialah waqaf ikhtiyariy (

):

Ia adalah waqaf yang dilakukan oleh pembaca Quran dengan kehendaknya dan ia tidak dipengaruhi faktor di luar keinginannya. (Muhammad Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid) Waqaf ikhtiyariy kepada empat bahagian. Menurut al-Dani bahagian-bahagian tersebut adalah tam, kafi, hasan dan qabih. (al-Dani, alMuktafa fi al-Waqfi wa al-Ibtidaâ€&#x;- 2001). Di antara ulama' lain yang mengikuti pembahagian yang sama ini adalah Husni Sheik Uthman di dalam kitab Haq al-Tilawah, Muhammad Makki Nasr di dalam kitabnya Nihayah al-Qaul Al-Mufid Fi Ilm Al-Tajwid dan Sheikh Abd al-Fattah al-Marsofi, di dalam kitab Hidayah al-Qari ila Tajweed Kalam al-Bari.

185


9.3

BAHAGIAN-BAHAGIAN WAQAF IKHTIYARIY 1. WAQAF TAM (

):

Waqaf tam ialah waqaf di atas kalimah yang sempurna maknanya, tiada perkaitan kalimah sebelum dengan yang berikutnya samaada dari segi lafaz (iâ€&#x;rab) ataupun makna. Kebanyakan waqaf tam ini berlaku di akhir surah, penutup suatu kisah atau penceritaan, akhir sesuatu ayat berkaitan hukum dan kebanyakannya terdapat di kepala ayat Quran. (Muhammad Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos al-Mufid fi „Ilmi al-Tajwid) Hukum waqaf tam: Baik untuk waqaf pada jenis waqaf ini dan baik untuk meneruskan bacaan dengan kalimah selepasnya. (Ahmad Khalid Shukri, alMunir fi Ahkam al-Tajwid)

186


Di antara contoh-contoh waqaf tam ialah: 1. Waqaf pada akhir ayat penceritaan sifat-sifat orang bertaqwa di dalam ayat 5 Surah al-Baqarah dan selepasnya adalah ayat penceritaan orang-orang kafir.

            

        

2. Waqaf pada ayat penutup bagi kisah dakwah Nabi Nuh A.S. di dalam ayat 64 Surah al-A'raf dan di mana selepasnya adalah permulaan kisah Nabi Hud A.S.            

              

       

3. Waqaf pada ayat penutup bagi sesuatu hukum seperti ayat berkaitan hukum wasiat di dalam ayat 182 Surah al-Baqarah dan ayat berikutnya adalah berkaitan hukum puasa.

187


               

           

    

Selain itu waqaf tam mempunyai nama yang lain seperti waqaf alBayan dan waqaf al-wajib. Sebab dinamakan dengan nama tersebut kerana apabila qari waqaf di tempat tersebut, ia akan memberika makna yang tepat dan jelas. (al-'Aqrabawi, al-Mursyid fi 'Ilmi al-Tajwid). 2. WAQAF KAFI (

):

Waqaf Kafi ialah berhenti pada akhir kalam yang sudah sempurna lafaznya, tiada hubungkait dari sudut lafaz (i‟rab) akan tetapi masih ada hubungan maknanya. (al-Dani, al-Muktafa fi al-Waqaf wa al-Ibtida‟). Pada kebiasaannya, waqaf ini berlaku di akhir ayat dan banyak juga yang berlaku di pertengahan ayat. Di antara contoh-contoh waqaf kafi adalah: 1. Ayat 4-5 Surah al-Baqarah yang berbunyi:               

       

Sesungguhnya ayat pertama dan kedua di dalam contoh ini tiada perkaitan dari segi lafaz (i‟rab), akan tetapi perkaitannya dari sudut makna di mana 188


ia membicarakan perihal orang-orang bertaqwa ('Aqrabawi, al-Mursyid fi 'Ilmi al-Tajwid).

2. Waqaf pada kalimah () pada ayat 88 Surah al-Baqarah:

           

3. Waqaf pada ayat 39 dan 40 daripada Surah Yasin:             

           

Hukum waqaf dan ibtida' pada waqaf kafi ini adalah sebagaimana hukum waqaf dan ibtida' pada waqaf tam. (Husni Sheikh Uthman, Haq al-Tilawah). 3. WAQAF HASAN (

):

Waqaf Hasan adalah waqaf yang sempurna maknanya dan berkaitan dengan apa yang selepasnya dari segi lafaz dan makna serta memberi faedah. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid). Waqaf hasan ini berlaku di kepala ayat mahupun di pertengahan ayat. Berikut adalah contoh-contoh bagi waqaf hasan:

189


Contoh di pertengahan ayat:



‫٭‬

(al-Fatihah: 2)    ‫ ٭‬ 

           

(al-Baqarah: 258)        Contoh di akhir ayat: (al-Fatihah: 2-3)    ‫ ٭‬    

(al-Muzammil: 1-2)      ‫ ٭‬  

(al-Maa'un: 4-5)       ‫ ٭‬  

Manakala dari sudut hukum, adalah baik untuk memberhentikan bacaan pada jenis waqaf ini, namun untuk memulakan bacaan (ibtida') hukumnya adalah seperti berikut: Sekiranya waqaf hasan ini dipertengahan ayat, maka tidak elok untuk memulakan bacaan dengan kalimah selepasnya. Ini kerana wujudnya perkaitan secara makna dan lafaz (i'rab) di antara keduanya. Sekiranya waqaf hasan ini di akhir ayat, maka harus dimulakan bacaan terus dengan ayat selepasnya walaupun wujudnya perkaitan di antara kedua ayat tersebut. Ini kerana, menurut jumhur ulama' waqaf di atas akhir sesuatu ayat adalah sunnah. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid. Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid). Dan tidak harus juga meninggalkan bacaan (al-Qata') selepas pada waqaf hasan di akhir ayat. (Abd al-Rahman Ibdah et.al, Ahkam al-Tilawah wa al-Tajwid)

190


4. WAQAF QABIH (

):

Waqaf qabih ialah memberhentikan bacaan pada kalam yang tidak sempurna dari segi lafaz dan makna serta tidak bermanfaat, atau mengubah maksud ayat, atau waqaf yang mengubah maksud sesuatu ayat yang boleh membawa menggambarkan buruk akhlak kepada Allah S.W.T dengan menetapkan sesuatu yang tidak layak bagi-Nya. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid).

Waqaf qabih ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Waqaf pada kalam yang tidak sempurna maksudnya kerana perkaitan dengan selepasnya. Perkara ini dijelaskan oleh al-Marsofi sebagai waqaf yang terhenti pada „amil semata-mata, tanpa disambung dengan ma‟mul. (al-Marsofi, Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari) Sebagai contohnya:

Waqaf pada mudof, kemudian disambung bacaan pada mudof ilaih. Seperti waqaf pada lafaz () pada Basmalah.

   

Begitu juga sekiranya diwaqafkan ke atas mausuf , bukan sifatnya. Sebagai contoh waqaf pada () pada ayat 6 Surah al-Fatihah:

   

191


Demikian jika waqaf pada feel semata-mata bukan pada failnya. Seperti waqaf pada kalimah () pada ayat 27 Surah al-Ma'idah.

      

Waqaf pada kalimah yang memberi makna yang tidak dimaksudkan disebabkan maksud yang sebenar tergantung pada lafaz selepasnya. Sebagai contohnya:

Waqaf pada kalimah () surah al-Nisa' ayat 43. Jika dibaca sedemikian akan menyebabkan kekeliruan makna. Mungkin bagi pendengar menyangka bahawa ada suruhan di dalam Quran yang menegah manusia dari mendirikan solat.             

Begitu juga keadaannya sekira waqaf pada kalimah () pada ayat 31 Surah al-Insan:

           Bagi orang yang mendengar bacaan tersebut akan menyangka bahawa orang yang zalim juga akan termasuk di dalam golongan yang mendapat rahmat Allah.

192


Bahagian yang ketiga ialah seburuk-buruk waqaf, kerana ia meragukan makna dan menyebabkan hilang adab dengan Allah S.W.T. Sebagai contoh:

Waqaf pada kalimah () pada ayat 258 Surah al-Baqarah:

        

Sekiranya berhenti pada kalimah tersebut, maka pendengar akan menyangka bahawa Allah S.W.T adalah sama keadaannya seperti orang kafir yang terpinga-pinga. Ini member makna yang buruk terhadap kesempurnaan dan kemuliaan sifat Allah S.W.T.

Waqaf pada kalimah () pada ayat 26 surah al-Baqarah:

           

Jika berkenti pada kalimah tersebut, ia akan member erti Allah S.W.T itu tidak malu dan segan. Maka perlulah bacaan tersebut disambung pada waqaf yang selayaknya.

5. WAQAF JIBRIL A.S. Selain pembahagian waqaf-waqaf di atas, sebahagian ulama' tajwid turut membahaskan waqaf yang dinamakan sebagai Waqaf Jibril. Ia merupakan waqaf yang dikehendaki dan disengajai oleh Rasulullah S.A.W., dan

193


dinamakan sebagai waqaf sunnah atau waqaf nabawi. (al-Marsofi, Hidayah al-Qari. Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid). Menurut pendapat sebahagian yang lain, Jibril A.S. mewaqafkan bacaan pada tempat-tempat ini dan diikuti oleh Rasulullah S.A.W. Kerana itulah ia dinamakan sebagai waqaf Jibril. (Ahmad Khalid Shukri et.al, alMunir fi Ahkam al-Tajwid). Di

dalam

menyebut

bilangan

waqaf

Jibril

ini,

al-Asymuni

meriwayatkan daripada al-Sakhawi bahawa ia terdapat di 11 tempat di dalam Quran. (al-Asymuni, Manar al-Huda fi Bayan al-Waqaf wa alIbtida). Tempat-tempat tersebut adalah sebagaimana berikut:

Surah al-Baqarah ayat 148

   .1

Surah al-Maidah ayat 48

   .2

Surah Ali `Imran ayat 95

    .3

     .4

Surah al-Maidah ayat 116

   .5

Surah Yusuf ayat 108

     .6

Surah al-Ra‟d ayat 17

Surah al-Ra‟d ayat 18

     .7

Surah al-Nahl ayat 5

  .8

194


      .9

Surah al-Sajadah ayat 18

Surah al-Nazi'at ayat 23

  .10

Surah al-Qadr ayat 3

      .11

Al-Marsofi meriwayatkan di dalam kitabnya bahawa sebahagian ulama' yang lain menambah bilangan waqaf Jibril. (al-Marsofi, Hidayah alQari) Tempat-tempat tersebut adalah sebagaimana berikut:

Surah al-Baqarah ayat 197

      .1

Surah al-Maidah ayat 7

     .2

Surah al-Maidah ayat 32

   .3

Surah Yunus ayat 2

   .4

Surah Yunus ayat 53

      .5

Surah Yunus ayat 65

    .6

Surah al-Nahl ayat 103

    .7

Surah Luqman ayat 13

    .8

Surah Ghafir ayat 6

   .9

195


Surah al-Qadr ayat 4

     .10

Surah al-Nasr ayat 3

    .11

Waqaf ini tidak mempunyai kaedah dan tanda yang khusus untuk membezakannya dari pembahagian waqaf yang lain. Ini kerana waqaf Jibril terkandung di dalamnya ketiga-tiga jenis waqaf di atas iaitu waqaf tam, waqaf kafi dan waqaf hasan. Di dalam mengenal pasti kesahihan riwayat yang menyatakan waqaf Jibril ini, Sheikh Khalil al-Husairi selepas kajiannya mengatakan bahawa waqaf ini adalah tidak bersandarkan kepada dalil yang kuat dan sahih. (al-Husairi, Ma'alim al-Ihdita'). Namun, al-Marsofi mengatakan sebaliknya dan menyatakan waqaf ini diriwayatkan secara talaqqi dan musyafahah oleh imam-imam yang adil dan dipercayai. (al-Marsofi, Hidayah al-Qori')

9.4

SAKTAH (

) DAN AL QATA' (

Saktah dari segi bahasa bermakna

)

, iaitu senyap atau berhenti berkata-

kata. (Ibrahim Mustafa et.al, al-Mu‟jam al-Wasit) Menurut istilah saktah membawa maksud memutuskan suara (bacaan) dengan kadar seketika, tanpa mengambil nafas dengan niat untuk menyambung semula bacaan. Tanda bagi saktah di dalam Quran ialah huruf sin (

)

196


9.4.1 SAKTAH WAJIB Terdapat empat saktah wajib bagi riwayat Imam Hafs daripada 'Asim menurut toriq al-Syatibiyyah ketika wasal bacaan, iaitu: i.

Pada huruf alif ( ‫ ) ا‬yang menjadi ibdal dari tanwin pada lafaz () pada firman Allah Ta‟ala dalam Surah al-Kahf, ayat 1-2:

           

ii.

Begitu juga pada lafaz () pada ayat ke 52 surah Yasin:

            

iii.

Demikian juga pada huruf Nun pada lafaz () dalam Surah alQiyamah ayat yang ke 27:

  

iv.

Juga pada hurul Lam ( ‫ ) ل‬pada lafaz (  ) dalam Surah alMutaffifin ayat ke 14:

197


        

9.4.2 SAKTAH HARUS Terdapat dua saktah harus bagi riwayat Imam Hafs daripada 'Asim menurut toriq al-Syatibiyyah ketika wasal bacaan, iaitu:

i.

Lafaz () pada Surah al-Haaqqah ayat 28-29:

        Di dalam ayat ini, harus padanya dua wajah iaitu saktah bersama izhar dan idgham. Namun bacaan dengan saktah bersama izhar adalah lebih utama. (Al-Munir Fi Ahkam Al-Tajwid-2001). ii.

Akhir Surah al-Anfal dan awal Surah al-Taubah. Di antara wajah yang diharuskan untuk dibaca di antara 2 surah ini adalah bacaan saktah tanpa basmalah.

               

9.4.3 Al-QATA' Al-Qata' dari segi bahasa ialah )‫)اإلزانت‬, member erti pergi, tinggal dan lenyap. (Ibrahim Mustafa et.al, al-Mu‟jam al-Wasit) Sementara itu dari segi istilah, ia bermaksud memberhentikan bacaan dan berpindah kepada urusan yang lain yang tiada hubung kait dengan bacaan Quran. Al-Qata' (berhenti daripada bacaan) itu mesti di

198


kepala ayat ataupun akhir surah dan tidak boleh berhenti di pertengahan ayat. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid).

9.5

DEFINISI IBTIDA’ Menurut Bahasa Perkataan Ibtida‟ dari segi bahasa bermaksud permulaan. Menurut Istilah Memulakan bacaan ayat al-Quran sama ada selepas al-Qat‟u (lama habis membaca) atau waqaf (berhenti mengambil nafas). Menurut pengarang kitab al-Munir, apabila qari memulakan bacaan ayat al-Quran di pertengahan surah, maka qari tersebut perlulah memulakan bacaannya dengan ayat sebelumnya yang ada kaitan antara satu sama lain. Perlu diulang bacaaan ayat sebelumnya bagi mendapatkan makna ayat yang jelas. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid) PEMBAHAGIAN IBTIDA’ Pembahagian Ibtida‟ adalah sama seperti waqaf iaitu ia boleh menjadi Tam, Kafi, Hasan dan Qabih. Ibtida‟ berkait rapat dengan tempat waqaf yang dibaca oleh qari.

HUKUM IBTIDA' PADA HAMZAH WASOL Di antara kaedah yang perlu difahami oleh pembaca Quran adalah, tidak boleh memulakan bacaan (ibtida') dengan huruf berbaris mati dan tidak boleh waqaf di atas huruf yang berbaris. Di atas asas ini, para pembaca Quran perlu menguasai hukum berkaitan memulakan bacaan pada hamzah wasol kerana asal kepada huruf tersebut merupakan huruf berbaris mati.

199


Jenis Hamzah Yang Berkaitan Dengan Ibtida’ Perlulah diketahu bahawa ibtida‟ dengan hamzah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Ibtida’ Dengan Hamzah (‫)ء‬

Ibtida’ dengan Hamzah (‫ )ء‬Wasol

Ibtida’ dengan Hamzah (‫)ء‬ Wasol dan Hamzah Qat’u

Ibtida’ Dengan Baris Mengikut Huruf Ketiga Terdapat beberapa situasi untuk membariskan huruf hamzah wasol ketika ibtida‟ dengan kalimah tersebut: 

Jika huruf ketiga berbaris fathah, maka hamzah wasol dikasrahkan.

Jika huruf ketiga berbaris kasrah, maka hamzah wasol dikasrahkan.

Jika huruf ketiga berbaris dhommah, maka

hamzah wasol

didhommahkan. Contoh: ]34 :‫ ﴾ [انبقرة‬                                    ﴿

] 173 :‫﴾ [انُساء‬                                      ﴿

] 1 :‫ ﴾ [األَبُاء‬                                       ﴿

200


Ibtida’ Dengan Baris Kasrah Terdapat di dalam al-Quran, beberapa kalimah yang dimulai dengan hamzah wasol yang tidak mengikut kaedah baris huruf ketiga seperti yang dinyatakan di sebelum ini. Kalimah-kalimah tersebut dibaca dengan baris kasrah sahaja ketika ibtida‟ iaitu: i.

Tujuh Kata Nama dikasrahkan hamzah wasol:

 



 ]al-Nisa‟:

]Ali „Imran: 45[

]al-Tahrim: 12[

]Yasin: 14[

176[

 



]al-Haj: 40[

]al-Nisa‟: 176[

 ]al-Nisa‟: 12[

]Yusuf:

30[

ii.

Empat Kata Kerja dikasrahkan hamzah wasol:









]Sod: 6[

]al-Hijr: 65[

]Yunus: 71[

]al-Kahfi: 21[

Dari segi tatabahasa arab, asal empat perkataan di atas ialah berbaris kasrah pada huruf ketiganya iaitu (ْ‫ ا ْيشُِ​ُىا‬dan ْ‫ )اقْضُِ​ُىا‬tetapi ditukarkan 201


barisnya. Maka sewaktu memulakan bacaan pada 4 kalimah ini hamzah wasol dikasrohkan kerana meraikan baris asal huruf yang ketiga iaitu baris kasrah. Ibtida’ Dengan Ibdal Ibdal di sini membawa maksud menukarkan huruf hamzah qat‟u kepada huruf mad berpandukan baris pada huruf sebelumnya. Terdapat beberapa contoh kalimah yang dimulai dengan hamzah wasol dan hamzah qat‟u selepasnya, maka ketika ibtida‟ perlulah kalimah tersebut dibaca dengan ibdal (dua harakat). Contoh; 



]al-Baqarah: 283[

]al-Ahqaf: 4[

 



]al-Taubah:

]Yunus: 15[

49[

Ibtida’ Dengan Baris Fathah Sekiranya sesuatu kalimah yang dimulai dengan hamzah wasol dan huruf lam selepasnya, maka ketika ibtida‟ ia dibaca dengan baris fathah sahaja. Contoh: ] 2 :‫ ﴾ [انفاّتحت‬                     ﴿

] 1 :‫ ﴾ [انقارعت‬         ﴿

202


Unit 10

Perkara-perkara  Khusus Dalam Bacaan Hafs 'an ‘Asim

Hasil Pembelajaran

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1. Mengenali perkara-perkara penting berkaitan bacaan Hafs an „Asim; 2. Mengetahui hukum dan perbezaan bacaan yang harus bagi bacaan Hafs an „Asim dan 3. Menghuraikan contoh-contoh yang berkaitan dengan bacaan Has an „Asim menerusi ayat-ayat di dalam al-Quran.

203


10.1

PENGENALAN Terdapat beberapa kaedah tertentu di bawah toriq al-Syatibiyyah dan beberapa wajah menurut Imam Hafs an „Asim. Memahami permasalahan ini sangat penting bagi memastikan qari tidak membuat kesilapan di dalam bacaan al-Quran dengan mencampur-adukkan bacaan melalui toriq ini dengan toriq-toriq yang lain.

10.2

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN 1. Mad Muttasil harus dibaca dengan empat atau lima harakat. 2. Mad Munfasil harus dibaca dengan empat atau lima harakat. 3. Tiada saktah ke atas sukun yang sebelumnya hamzah mengikut alSyatibiyyah. Namun mengikut Imam al-Syatibi, saktah ada dua bahagian iaitu saktah yang wajib dan saktah yang harus. Ini telah dinyatakan di dalam bab yang lalu. 4. Wajib idgham nun sakinah dan tanwin pada huruf ra‟ dan lam dari jenis idgham kamil tanpa dengung.

﴾                    ﴿ ﴾            ﴿ ﴾       ﴿

5. Telah disepakati untuk dibaca dengan sin pada dua tempat ini:

69

﴾                     ﴿ ]245 :‫ ﴾ [انبقرة‬               ﴿

6. Boleh dibaca dengan huruf sin dan sod pada ayat ke-37 Surah al-Turr, namun bacaan dengan sod adalah lebih diutamakan. 204


﴾                ﴿

37

7. Hanya dibaca dengan huruf sod pada ayat ke-22 Surah al-Ghasiyah dan ia hanya satu wajah sahaja:

22

﴾                     ﴿

8. Ketika menyambungkan bacaan ayat pertama dan kedua Surah Ali Imran , harus pada huruf mim dibaca dengan fathah kerana bertemunya dua sukun. Pada ketika itu dibolehkan untuk baca dengan dua wajah: 

Mim dibaca dengan dua harakat. (Bacaan yang diutamakan)

Mim dibaca dengan enam harakat.

﴾       ﴿

2 1

9. Pada kedua-dua tempat ini, Imam Hafs membaca dengan satu wajah sahaja, iaitu dengan bacaan idgham ketika wasal. Namun ketika waqaf, kalimah tersebut dibaca izharkan huruf akhir kalimah:

﴾    ﴿

176

42

﴾   ﴿

205


10. Imam Hafs membaca dengan satu wajah sahaja pada ayat pertama surah al-Qalam, iaitu dengan diizharkan nun. Ia merupakan jenis izhar mutlaq.

﴾    ﴿

42

44

i.

﴾                   ﴿

Al-Ikhtilas: Ianya dengan menyebut kedua-dua nun yang terdapat pada kalimah tersebut dengan dibaca nun yang pertama dengan baris dhommah dan yang kedua dengan baris fathah. Akan tetapi, pada baris dhommah yang pertama hanya dilafazkan secara 1/3 sahaja dari baris tersebut. Ia adalah bacaan yang diutamakan.

ii.

Al-Ishmam: Ianya ialah isyarat memuncungkan dua bibir ketika menyebut huruf nun yang pertama, selepas membacanya dengan idgham kamil pada nun yang kedua.

Kaedah bacaan ini perlu dipelajari dari sheikh secara musafahah.

11. Harus waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 36 Surah al-Naml secara waqaf Idhthirori atau waqaf ikhtiyari. Padanya ada dua kaedah bacaan:

36

﴾                   ﴿

206


i.

Hazaf ya‟ zaidah dan nun dibaca dengan sukun. Padanya boleh tiga bacaan: qasar, tawassut dan isyba‟ pada mad aridh li alSukun dan qasar.

ii.

Dikekalkan ya‟ tambahan dan panjangkan bacaan dengan dua harakat sebelum bertemu dengan mad tobi‟ei. Ia adalah bacaan yang diutamakan.

Adapun ketika wasal huruf ya‟ dibaca dengan fathah.

12. Harus waqaf pada kalimah () pada ayat 4 surah al-Insan dengan dua wajah bacaan: 4 i.

﴾                                       ﴿ Hazaf huruf alif dan waqaf dengan sukun lam. Ia adalah bacaan yang diutamakan.

ii.

Isbat alif selepas huruf lam yang kedua dan dipanjangkan dengan bacaan dua harakat.

Adapun ketika wasal, alif ini perlu dihazafkan. Ia hanya satu wajah.

13. Wajib saktah ketika bacaan wasal dengan kadar dua harakat pada empat tempat dalam al-Quran:

]2-1 :‫﴾ [انكهف‬       ﴿

207

.i


]52 :‫ ﴾ [َس‬   ﴿

.ii

]27 :‫ ﴾ [انقُايت‬   ﴿

.iii

]14 :ٍُ‫ ﴾ [انًطفف‬    ﴿

.iv

Adapun ketika waqaf,maka harus bagi pembaca al-Quran untuk berhenti di atas kalimah-kalimah tersebut.

14. Harus saktah bagi Imam Hafs pada dua tempat yang berikut:

i.

Di antara akhir Surah al-Anfal () atau akhir mana-mana surah

sebelumnya dan awal Surah al-Taubah ().

ii.

Pada Surah al-Haaqah ayat 28-29 (    )

15. Harus pada huruf ain pada huruf ain pada ayat 1 Surah al-Syuraa dan ayat 1 Surah Maryam, dibaca dengan dua wajah:

1 i.

﴾  ﴿ ]2-1 :‫ ﴾ [انشىري‬   ﴿

Huruf ain dibaca dengan mad enam harakat (isyba‟) 208


ii.

Huruf ain dibaca dengan mad empat harakat (tawassut)

16. Harus pada kalimah () dan () di dalam ayat 45 Surah al-Rum dibaca dengan dua wajah:

                                                   ﴿

                                                     45

i.

Dibaca dengan fathah huruf

kalimah

 pada tiga

kalimah tersebut dan ia bacaan yang diutamakan.

ii.

Dibaca dengan Dhommah huruf

pada tiga kalimah



tersebut.

17. Waqaf ke atas Ha‟ al-Tanbih mengikut penulisannya:

﴾                ﴿

.i

﴾                          ﴿

.ii

49

31

209


31

﴾                        ﴿

.iii

18. Pada dua kalimah ini Imam Hafs baca dengan dhommah ha‟ (  )

[10 :

] dan (   ) [63 :

]. Boleh juga baca dengan

ra‟um dan ishmam kerana ha‟ yang dhommah itu terletak selepas ya‟ sakinah.

19. Ta‟ ta‟nith yang ditulis secara maftuhah (

), boleh waqaf padanya

dengan ra‟um dan ishmam. Contoh pada kalimah () [32 :‫]انسخرف‬

20. Ibtida‟ pada lam amar dibaca dengan baris kasrah, contohnya: 29

﴾   ﴿

]15 :‫ ﴾ [انحج‬  ﴿

21. Pada kalimah () ia dibaca dengan tanpa alif ketika wasal dan waqaf. Adapun ketika waqaf, ia dibaca dengan membuang alif dan mematikan huruf dal dengan kadar harakat seperti Mad „Aridh li alSukun.

39

68

﴾                     ﴿

﴾                      ﴿

210


22. Tidak harus waqaf pada kalimah () pada ayat 17 Surah al-Soffat dengan dimatikan huruf waw tersebut. Sekiranya perlu waqaf pada lafaz tersebut, maka diharuskan waqaf pada () ataupun (َ) mengikut sebagaimana yang ditulis:

﴾               ﴿ 97

17

﴾                  ﴿

23. Terdapat di dalam al-Quran, kalimah yang terdapat nun taukid, iaitu pada ayat 32 Surah Yusuf dan ayat 15 Surah al-„Alaq yang ditulis menggunakan tanda tanwin. Apabila waqaf, wajib dengan alif mengikut cara penulisannya.

15

﴾                ﴿ ]32 :‫ ﴾ [َىسف‬                ﴿

76

﴾           ﴿

24. Lafaz () dan () terdapat empat tempat di dalam al-Quran. Dua tempat tanpa alif dan dua tempat yang ditulis dengan alif:

176

﴾                         ﴿

13

﴾                           ﴿

211


Sementara itu terdapat dua tempat di dalam al-Quran yang ditulis dengan alif:

﴾                        ﴿

78

14

﴾                      ﴿

Keempat-empat ini dibaca dengan lam sakinah ketika wasal dan dengan hamzah ketika ibtida‟ ().

25. Terdapat beberapa situasi untuk membariskan huruf hamzah wasal ketika ibtida‟ dengan kalimah tersebut: i.

Jika huruf ketiga berbaris fathah, maka hamzah wasal

dikasrahkan. ii.

Jika huruf ketiga berbaris kasrah, maka hamzah wasal

dikasrahkan. iii. Jika huruf ketiga berbaris dhommah, maka hamzah wasal didhommahkan. Contoh: 34

173

1

﴾                                     ﴿

﴾                                      ﴿

﴾                                        ﴿ 212


Namun

begitu,

terdapat

beberapa

perkataan

yang

tidak

berpandukan huruf ketiga iaitu: a) Tujuh Kata Nama dikasrahkan hamzah wasal:

 



 ]al-Nisa‟:

]Ali „Imran: 45[

]al-Tahrim: 12[

]Yasin: 14[

176[

 



 ]al-Nisa‟: 12[

]al-Haj: 40[

]al-Nisa‟: 176[

]Yusuf:

30[

b) Empat Kata Kerja dikasrahkan hamzah wasal:









]Sod: 6[

]al-Hijr: 65[

]Yunus: 71[

]al-Kahfi: 21[

Dari segi tatabahasa arab, asal empat perkataan di atas ialah berbaris kasrah pada huruf ketiganya iaitu (

dan

ditukarkan barisnya. (Rujuk buku Tasrif Bahasa Arab)

c) Perkataan yang dibaca Ibdal:

213

) tetapi


 ]al-Baqarah: 283[

 ]al-Ahqaf: 4[

 



]al-Taubah:

]Yunus: 15[

49[

Terdapat juga hamzah wasal yang dibaca dengan Ibdal (menukarkan huruf hamzah kepada huruf mad ketika ibtida‟) dengan kadar dua harakat. 26. Terdapat tujuh tempat di dalam al-Quran yang dinamakan dengan Alif al-Sab‟ah. Kalimah-kalimah ini perlu dibaca dengan mengekalkan alif ketika waqaf dan membuang alif ketika wasal. Berikut adalah kalimahkalimah yang dimaksudkan:

1) ﴾﴿ : di mana sahaja di dalam Al-Quran.

2) ﴾ ﴿ ] al-Kahfi: 38 [

3) ﴾ ﴿ ] al-Ahzab: 10 [

4) ﴾ ﴿ ] al-Ahzab: 66 [

5) ﴾ ﴿ ] al-Ahzab: 67 [

6) ﴾  ﴿ ] al-Insan: 15 [

7) ﴾ ﴿ ] al-Insan: 4 [ Kalimah ini boleh dibaca dengan dua wajah, sila rujuk no. 16 untuk lebih jelas.

214


27. Mengikut Toriq al-Syatibiyyah, bab takbir antara dua surah bermula dari Surah al-Dhuha sehingga Surah al-Nas hanya melibatkan riwayat al-Bazzi an Ibn Kathir sahaja. Ini bermakna, riwayat Hafs an „Asim tidak melakukan takbir pada surah-surah tersebut ketika khatam al-Quran. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diceritakan oleh alBazzi daripada Ikrimah bin Sulaiman tentang amalan bertakbir antara dua surah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam kitab alMustadrak. Namun begitu, lafaz takbir iaitu (

) adalah bukan sebahagian

daripada ayat-ayat al-Quran al-Karim. Justeru, sebahagian ulama seperti Abu al-Qasim Ali bin Uthman, Abu al-Fath Faris dan al-Imam al-Syafie beranggapan amalan bertakbir ketika khatam al-Quran ini adalah sunat dan tidak berdosa sekira meninggalkannya. Berikut ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan bab takbir: 

Lafaz takbir ialah (

). Namun begitu, harus ditambah sebelum

takbir dengan lafaz tahlil (

) dan tahmid (

) oleh ahli al-

Ada‟. 

Lafaznya ialah ( lafaz tahmid (

). Mengikut Ibnu al-Hibban, ) tidak ditambah.

Al-Bazzi meriwayatkan bahawa takbir bermula dari: i.

Awal Surah al-Dhuha sehingga akhir Surah al-Nas.

ii.

Akhir Surah al-Dhuha sehingga akhir Surah al-Nas.

215


10.3

JADUAL RINGKASAN

Hukum 1

2

Mad Muttasil

Mad Munfasil

Huraian

Contoh

Harus dibaca dengan empat atau lima harakat. Namun wajah yang

                      

diutamakan ialah empat harakat

Harus dibaca dengan empat atau

                     

lima harakat

Terdapat 4 ayat al-Quran berkaitan dengan saktah yang wajib dan 2 ayat al-Quran yang berkaitan dengan saktah yang harus

Saktah Wajib   

1. Saktah Wajib: Surah al-Kahfi 3

Saktah

ayat 1-2, Surah Yasiin ayat 52, Surah al-Qiyamah ayat 27, Surah

Saktah Harus       

al-Mutaffifin ayat 14. 2. Saktah Harus: Akhir ayat 75 Surah al-Anfal dan awal ayat



Surah al-Taubah, Surah alHaqqah ayat 28-29

                    Wajib idgham (memasukkan) nun 4

Idgham bi la sakinah dan tanwin pada huruf ra‟ ghunnah

           

dan lam (dari jenis idgham kamil) tanpa dengung

                          

216


                Dibaca dengan huruf siin pada dua ayat di dalam al-Quran

5

Bacaan Siin dan Sod

Harus dibaca dengan huruf siin atau

                   

                    

sod. Bacaan sod lebih utama. Hanya dibaca dengan huruf sod

                    

sahaja.

Ketika menyambungkan bacaan ayat pertama dan kedua Surah Ali Imran, harus pada huruf mim dibaca Bacaan 6

pada awal Surah Ali Imran

dengan fathah kerana bertemunya

                  

dua sukun dengan dua bacaan:    1.

Mim dibaca dengan dua harakat. (Bacaan yang diutamakan)

2.

Mim dibaca dengan enam harakat.

Memasukkan huruf yang mati ke 7

Bacaan

dalam huruf yang berbaris

Idgham

selepasnya pada kedua-dua ayat ini.

217

  

 


(Bacaan ketika wasal) Dibaca 8

Bacaan

dengan menjelaskan nun (izhar nun)

Izhar Mutlaq tanpa dengung pada dua ayat bagi awal surah Yasiin dan al-Qalam

                   

                  

Pada ayat ke-44 dari Surah Fussilat, 9

Bacaan Tashil

Imam Hafs membaca dengan tashil

               

antara huruf hamzah qat‟ dan hamzah wasal.

             Harus dibaca dengan wajah enam harakat atau wajah tashil hamzah 10

Mad Farq

wasal pada kalimah yang terdapat

     

padanya Mad Farq     

Wajib dibaca dengan imalah pada 11

Imalah

huruf ra‟ dan alif pada ayat 41,

                    

Surah Hud

Harus dibaca dengan wajah alIkhtilas atau wajah al-Isymam pada ayat 11, Surah Yusuf Bacaan al12

Ikhtilas dan al-Isymam

                1.

Al-Ikhtilas: Menyebut keduadua nun yang terdapat pada kalimah tersebut dengan dibaca baris dhommah pada nun yang pertama dan baris fathah pada 218


nun kedua. Namun, pada baris dhommah yang pertama hanya dilafazkan secara 1/3 sahaja dari baris tersebut. Ia adalah bacaan yang diutamakan 2.

Al-Isymam: Dengan isyarat memuncungkan dua bibir ketika menyebut huruf nun yang pertama, selepas membacanya dengan idgham kamil pada nun yang kedua

Harus waqaf pada kalimah () pada ayat 36 Surah al-Naml secara waqaf Idhthirori atau waqaf Ikhtiyari. Terdapat dua bacaan pada kalimah tersebut ketika waqaf: 1.

Buang ya‟ tambahan, manakala huruf nun dibaca dengan sukun. Padanya boleh tiga bacaan: dua, empat dan enam harakat pada Mad „Aridh li al-Sukun.

2.

Dikekalkan ya‟ tambahan dan dibaca dengan mati dengan kadar dua harakat. Ia adalah bacaan yang diutamakan

Hukum 13

Waqaf

Adapun ketika wasal, huruf ya‟ dibaca dengan fathah.

219

            


Harus waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 4 Surah al-Insan dengan dua wajah bacaan: 1.

Buang huruf alif dan waqaf dengan matikan lam. Ia adalah bacaan yang diutamakan.

2.

Mengekalkan alif selepas huruf

                          

lam yang kedua dan dipanjangkan dengan bacaan dua harakat. Adapun ketika wasal, bacaannya satu wajah sahaja iaitu buang alif Tidak boleh waqaf pada kalimah () dengan mematikan wau

              

maftuhah. Sekiranya perlu, maka perlulah waqaf pada kalimah

                 

selepasnya. Contoh ayat 17 Surah al-Soffat dan ayat 98 Surah alA‟raaf Wajib waqaf dengan huruf alif

               

(kadar bacaan dua harakat) pada kalimah nun taukid yang ditulis dengan alif. Contoh ayat 32 Surah

             

Yusuf, ayat 76 Surah al-Isra‟ dan ayat 15 Surah al-„Alaq

220

          


Harus dibaca empat harakat atau enam haarakat pada huruf ain 14

Mad Lazim

         

menerusi ayat 1 Surah al-Syuraa dan ayat 1 Surah Maryam

  

Harus dibaca dengan baris dhommah atau fathah pada huruf

                   

sod menerusi kalimah ( ) dan                        () di dalam ayat 45 Surah alRum. Namun, baris fathah adalah

                            

diutamakan Terdapat empat tempat lafaz () di dalam al-Quran. Dua tempat ditulis tanpa alif dan dua tempat lagi ditulis dengan alif.

                         

Keempat-empat tersebut dibaca 15

Bacaan Khas

dengan lam sakinah ketika wasal, namun dibaca dengan hamzah

                          

ketika ibtida‟. Contoh ayat 176 Surah al-Syuara‟, ayat 13 Surah Sod, ayat 78 Surah al-Hijr dan ayat 14 Surah Qaf. Kalimah () dibaca tanpa alif                      ketika wasal dan waqaf. Waqaf padanya seperti hukum Mad „Aridh

221


li al-Sukun. Contoh ayat 39 Surah alFurqan dan ayat 68 Surah Hud. Terdapat tiga wajah bacaan pada dua kalimah () menerusi ayat 15-16 Surah al-Insan iaitu: 1.

Ketika waqaf pada ayat 15 Surah al-Insan, kalimah () dibaca dengan mengekalkan alif (kadar bacaan dua harakat) dan kalimah () yang kedua pada ayat 16

     

dibaca dengan membuang alif ketika meneruskan bacaan. 2.

Ketika wasal ayat 15 dengan ayat 16, kedua-dua kalimah () dibaca dengan membuang alif.

3.

                   

Ketika wasal kalimah () yang pertama dan waqaf pada kalimah () yang kedua,

maka kalimah () yang kedua dibaca dengan membuang alif dengan kadar 222

  


dua, empat atau enam harakat (seperti hukum Mad „Aridh li alSukun)

            Harus dibaca dengan raum atau 16

Ha‟ al-

isymam pada baris dhommah huruf

Dhomir

ha‟ menerusi ayat 10 Surah al-Fath

       

dan ayat 63 Surah al-Kahfi.

               Waqaf pada kalimah () dengan                  mematikan ha‟ sebagaimana 17

Ha‟ al-

penulisannya. Berbeza dengan

Tanbih

bacaan para imam yang lain.



Contoh ayat 49 Surah al-Zukhruf, ayat 31 Surah al-Nur dan ayat 31

                       

Surah al-Rahman.

Ta‟ al18

Ta‟nith alMaftuhah

Dibaca dengan ta‟ ketika wasal dan waqaf. Juga harus dibaca dengan raum dan isymam. Contoh ayat 32 Surah al-Zukhruf. Terdapat tujuh kalimah di dalam alQuran yang dinamakan sebagai Alif al-Sab‟ah. Kalimah-kalimah ini perlu

19

Alif al-

dibaca dengan mengekalkan alif 223

                        


Sab‟ah

ketika waqaf dan membuang alif ketika wasal. Kalimah Contoh ayat 37 Surah al-Kahfi, ayat 10 Surah alAhzab, ayat 66-67 Surah al-Ahzab,

                    

ayat 4 Surah al-Insan, ayat 15 Surah al-Insan dan kalimah () di

                

mana sahaja di dalam al-Quran.

Ibtida‟ pada huruf lam al-Amr 20

Lam al-Amr

 

dibaca dengan baris kasrah. Contoh ayat 15 dan 29 Surah al-Haj.

 

Tujuh kata nama dikasrahkan hamzah wasal ketika ibtida‟. Contoh

 - 

ayat 45 Surah Ali „Imran dan ayat 12 Surah al-Tahrim. Empat kata kerja dikasrahkan 21

Hamzah alWasl

hamzah wasal ketika ibtida‟. Contoh ayat 6 Surah Sod dan ayat 71

 - 

Surah Yunus. Perkataan yang dibaca Ibdal ketika ibtida‟. Contoh ayat 283 Surah alBaqarah dan ayat 4 Surah alAhqaf.

224

 - 


Rumusan

Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 1. Perkara-perkara penting berkaitan bacaan Hafs an „Asim. 2. Hukum, perbezaan bacaan dan wajah yang diharuskan bagi bacaan Hafs an „Asim. 3. Contoh-contoh yang berkaitan dengan bacaan Has an „Asim menerusi ayat-ayat di dalam al-Quran.

225


RUJUKAN al-Qadi, `Abd al-Fattah. (1994). al-Wafi fi Sharh al-Shatibiyyah fi al-Qira‟ah alSab`ah. Madinah: Maktabah al-Dar. Ahmad Khalid Shukr et al. (2010). al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Jordan: al-Matabi` al-Markaziyyah. al-Hafyan, Ahmad Mahmud `Abd al-Sami‟. Ashhar al-Mustalahat fi Fan al-Ada‟i wa `Ilmi al-Qiraat. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. al-Qadi, `Abd al-Fattah. 2005. Hidayah al-Qari‟ Ila al-Tajwid Kalam al-Bari‟. Madinah: Maktabah Tayyibah. Fayzuriyan, `Abd al-Latif. 1999. al-Tibyan fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin. Beirut: Dar al-Ma`rifah. Ahmad Mukhtar Umar et al. 1999. al-Mu`jam al-Arabi al-Asasi. Tunisia. Saad `Abd al-Hamid. 2009. Taysir al-Rahman fi Tajwid al-Quran. Shubra alKhimah: Dar al-Taqwa. al-Qadah, Muhammad `Isam. 1998. al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Dar alNafa‟is. Muhammad Salim Muhsin. Al-Hadi ila Sharh Tayyibah al-Nashr fi al-Qira‟at al-`Ashr wa al-Kashf `an `Ilal al-Qira‟at wa Tawjihuha. Beirut: Dar al-Jayl al-Afriki, Ibnu Manzur. Lisan al-`Arab.Beirut: Dar al-Sadr. al-Jazari, Muhamad bin Muhamad. Al-Nashr fi al-Qira‟ah al-Ashr. (Tahqiq oleh alZa‟abi, Muhammad Tamim). Jeddah: Maktabah al-Huda. Muhammad Khalid Abdul Aziz Mansur. 1999. al-Wasit fi ` Ilm al-Tajwid. Jordan: Dar al-Nafa‟is. al-Khasari, Mahmud Khalil. 2002. Ahkam Qira‟ah al-Quran al-Karim. Dar Sha`a‟ir al-Islamiyyah. al-Afrabawi, Zaydan Mahmud Salamah. 2001. al-Murshid fi `Ilm al-Tajwid. Dar alFurqan li al-Nashr wa al-Tawzi`. `Ali Hussayn Jar. 1990. al-Tashil fi `Ilm al-Tajwid. Maktabah al-Risalah al-Hadithah. al-Harazi, Mahdi Muhammad. 2001. Bughyah al-Murid min Ahkam alTajwid. Dar al-Basha‟ir al-Islamiyyah. Azahari Ibrahim. 2000. Kitab Pelajaran Tajwid. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man.

226


Mahadi Dahlan. 1996. Tajwid `Ilmi dan `Amali: Mengikut Kaedah Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid. Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Mohd Wahid Abd. Hanif. 2009. Kaedah alMatien. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

227


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.