
2 minute read
Pertaruhan sengit dalam GE akan datang: PAP akan meperbaharui parti bagi meraih mandat untuk memerintah: Lawrence Wong
PARTI BAGI MERAIH MANDAT UNTUK MEMERINTAH: LAWRENCE WONG
Pilihan raya umum (GE) akan datang melibatkan pertaruhan yang tinggi, ujar Timbalan Setiausaha-Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lawrence Wong. Singapura berisiko kehilangan pemerintah yang baik dan stabil.
“Usah beranggapan PAP terjamin akan menang dan membentuk sebuah pemerintah yang stabil,” kata Encik Wong yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di persidangan PAP yang dihadiri 3,000 anggota parti.
“Kita harus bekerja keras untuk memperolehi setiap undi. Kita perlu berusaha untuk memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat Singapura agar dapat terus memerintah dan berkhidmat kepada rakyat Singapura.” “Perubahan sederhana” dalam undi popular menentang PAP boleh menghasilkan keputusan berbeza yang amat ketara, antaranya kehilangan tiga atau empat Kawasanundi Perwakilan Kumpulan (GRC).
“Kita akan mempunyai pemerintah yang lemah, dan kurang upaya untuk menghuraikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara ini, sedang keadaan dunia semakin meruncing,” kata beliau.PAP perlu memperbaharui pendekatannya. Ia tidak boleh lagi beroperasi di belakang tabir dalam landskap politik yang penuh saingan.
“Kita perlu tampil ke hadapan – untuk menjelaskan dasar kita, untuk menggerakkan rakyat kepada perjuangan yang kita yakini, untuk menampilkan isu yang menjadi keprihatinan rakyat dan menunjukkan kepada mereka kenapa mereka boleh mempercayai dan bergantung pada PAP untuk menggalas kepimpinan Singapura.”
Encik Wong berkata keutamaannya adalah untuk membentuk pasukan yang terbaik untuk Singapura.
Sejauh ini, beliau telah berjaya menarik caloncalon yang mempunyai potensi untuk memegang jawatan politik. Beliau berharap dapat memujuk beberapa lagi untuk menyertai parti.
Beliau mengalu-alukan para aktivis untuk menyokong caloncalon baru dan juga mengajak rakyat Singapura mengundi mereka di GE akan datang, “kerana kita tidak boleh menyerahkan proses ini pada keadaan”.