1 minute read

1st Annual UMT-UUM Symposium 2022 Perkukuh Kerjasama Tiga Serangkai

Mengangkat tema “Taking Maritime Logistics to Another Level” UMT dan UUM telah bekerjasama melaksanakan Program 1st Annual UMTUUM Symposium 2022 di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 hingga 30 Oktober 2022. Seramai 50 orang pelajar tahun tiga Sarjana Muda Pengurusan Maritim dan 40 orang pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) telah menyertai program ini.

Program ini juga disertai oleh lima orang pensyarah pengiring dari UMT iaitu Dr. Nik Nurhalida Nik Hariry selaku Pengarah Program, Prof. Madya Ts. Dr. Nurul Haqimin Salleh, Prof Madya Ts. Dr. Jagan Jeevan, Dr. Abdul Hafaz Ngah dan Encik Madzli Harun.

Advertisement

Program 1st Annual UMT-UUM Symposium 2022 juga telah berkolaborasi dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd bagi membentuk jaringan kerjasama dalam akademik, industri dan memperkukuhkan hubungan antara UMT-UUM-PKT Logistics. Selain itu, program ini juga memberi peluang, pendedahan dan pengetahuan secara langsung kepada para pelajar berkaitan akademik dan kemudahan universiti dalam negara menerusi sesi pembinaan pasukan dan aktiviti lain yang telah dijalankan semasa program ini.

Program 1st Annual UMT-UUM Symposium 2022 telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif, PKT Logistics Group Sdn Bhd, Dato Seri Dr. Michael Tio. Beliau juga telah menyumbangkan Trofi Piala Pusingan “Dato Seri Dr. Michael Tio”, pingat, Sijil penyertaan dan hadiah wang tunai kepada para pemenang bagi National Logistics Quiz Championship yang telah berlangsung pada 29 Oktober 2022. National Logistics Quiz Championship merupakan kuiz logistik yang julung kalinya diadakan di Malaysia.

Usai perasmian, Dato Seri Dr Michael Tio telah mengetuai aktiviti Campus Tour ke sekitar Ship Campus dalam masa yang sama menerangkan setiap kemudahan yang ada di The Ship Campus.

Para peserta turut terlibat dalam aktiviti Universiti Corporate Social Responsibility (UCSR) di Kampung Terus, Penanti, Kubang Semang Pulau Pinang. Program tanggungjawab sosial ini dicadangkan oleh pihak PKT

Logistics Group Sdn. Bhd. Menurut Setiausaha Khas kepada Pengarah Urusan & Ketua Eksekutif, PKT Logistics Group Sdn Bhd, Encik Muhammad Badrul Shah Abd. Razak, kampung ini memiliki arca jerami yang menarik untuk dijadikan sebagai lokasi aktiviti baharu bagi para pelajar di samping membantu para penduduk kampung untuk membersihkan dan mencantikkan lagi kampung ini.

Keunikan UCSR kali ini ialah dengan menggabungkan universiti awam, industri dan komuniti kampung. Turut terlibat dalam UCSR ini ialah Pusat Pemindahan Ilmu & Jaringan Industri (PPIJI) UMT.

This article is from: