PERUTUSAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian terasa. SPR sebagai badan pengurusan pilihan raya sedang giat berusaha mempersiapkan acara besar ini agar semua pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi semasa pilihan raya dengan tenang dan selesa. Persiapan logistik, peralatan dan latihan juga sedang dilaksanakan bagi memastikan kelancaran urusan pilihan raya, . Manakala, semua bentuk aktiviti berkaitan urusan pilihan raya sedang diselaraskan dengan pihak-pihak yang berkaitan. SPR sentiasa komited dengan usaha menambah baik urusan pilihan raya. Dalam pilihan raya umum kali ini, beberapa elemen baru dijangka akan diperkenalkan seperti penggunaan dakwat kekal dan pengundian awal. Menyedari usaha ini tidak memadai sekiranya masyarakat pengundi tidak memahami dengan jelas setiap proses yang diperkenalkan, maka SPR mengambil inisiatif untuk menghebahkan tatacara ini kepada orang ramai. Salah satu pendekatan yang diguna pakai adalah penjelasan melalui beberapa penulisan yang dimuatkan ke dalam keluaran Berita SPR Edisi Khas ini. Dalam edisi kali ini, pembaca ditawarkan dengan penjelasan tentang tatacara dalam pengendalian urusan pilihan raya seperti tatacara pemakaian dakwat kekal dan perkara-perkara yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dilakukan dalam pilihan raya.
PENGERUSI
Akhir kata, saya menyeru kepada semua masyarakat pengundi untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih dan sekiranya terdapat kekhilafan, memaklumkan SPR dengan segera untuk diperbetulkan. Seterusnya, marilah semarakkan semangat untuk ramai-ramai keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kerana ‘Anda Penentu Masa Depan Negara’.
Selamat Mengundi. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
Saya mengharapkan dengan terbitnya keluaran khas Berita SPR kali ini, para pembaca dapat memahami dengan jelas proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR dan meyakini ketelusan proses tersebut. Semoga dengan adanya penjelasan tentang ketelusan proses pilihan raya, persepsi sebilangan masyarakat yang dahulunya meragui ketelusan proses tersebut akan dapat diubah dan seterusnya menyebabkan mereka menyertai proses pilihan raya kali ini dengan lebih fokus dan bersemangat.
SIDANG REDAKSI PENAUNG
Y.BHG. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
EDITORIAL
Y.BHG. DATO HAJI NOORDIN CHE NGAH IKMALRUDIN ISHAK HAJI ABDULLAH JUSOH MOHD KHANAFEI MOHD JAMIL SHAH ARUZAMAN ISMAIL YUSNIATI ISHAK MUHAMAD FIRDAUS MOHD RAMLI SABRI SAID
PENASIHAT
Y.BHG. DATUK WIRA WAN AHMAD BIN WAN OMAR
URUSETIA PENERBITAN
CAWANGAN PENDIDIKAN PENGUNDI, AKADEMI PILIHAN RAYA MALAYSIA
PERSIAPAN
MENGHADAPI
PILIHAN RAYA UMUM KE-13 Oleh :
Dato Haji Noordin bin Che Ngah Timbalan Setiausaha Pilihan Raya
Pengerusi SPR, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof sedang merasmikan taklimat kepada petugas pilihan raya.
LANTIKAN DAN LATIHAN KEPADA PETUGAS Bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 amat jelas terasa. Rata-rata anggota masyarakat khususnya ahli-ahli parti politik sibuk membuat spekulasi tentang tarikh sebenar pilihan raya. Sebahagian yang lain pula telah mula mempersiapkan kelengkapan dan mengatur strategi bagi mempengaruhi sokongan para pengundi untuk mengundi calon mereka dalam pilihan raya nanti. Dalam kesibukan rakyat membincangkan isu-isu politik, SPR pula sedang berusaha mempersiapkan segala bentuk kelengkapan seperti logistik, peralatan dan sumber manusia. Tugas berat yang menanti SPR adalah memastikan para pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi calon pilihan dengan tenang dan selesa. Lantas, segala yang dirancang semenjak tahun 2011 perlu dilaksanakan seberapa segera bagi memastikan semua keperluan telah tersedia sekiranya Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
2
Berita SPR 1/2012
Dalam pilihan raya umum kali ini, dianggarkan sebanyak 240,000 orang petugas akan dilantik oleh SPR bagi membantu melaksanakan proses pilihan raya. Mereka yang dilantik akan melaksanakan peranan dalam jawatan masingmasing mengikut kategori tugasan yang akan dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ada antara mereka akan dilantik untuk menguruskan proses pilihan raya sebagai Pegawai Pengurus (PP), manakala yang lain akan membantu PP untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing iaitu Penolong Pegawai Pengurus, Ketua dan anggota Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR), Penyelia Pusat Mengundi, Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian, Kerani Mengira Undi, Pemandu Arah Pusat Mengundi dan Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Sebahagiannya pula adalah kumpulan sokongan yang membantu dalam pengurusan pilihan raya tersebut seperti pemandu, pekerja am dan penyambut tetamu. Bagi tujuan memastikan petugas yang dilantik mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup bagi menguruskan pilihan raya khususnya
dalam bidang penguatkuasaan undang-undang, proses pengundian dan pengiraan undi serta pendekatan dalam penyelesaian masalah, SPR telah mengadakan sesi latihan kepada mereka bermula dari bulan Oktober 2011. Sesi latihan ini dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. Latihan ulangan pula terpaksa dilaksanakan bagi memaklumkan dan melatih petugas tentang beberapa perubahan yang telah berlaku dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal, perubahan susun atur Tempat Mengundi dan penggunaan cap bagi menggantikan penindik.
PENYEDIAAN DAFTAR PEMILIH Bagi tujuan menyemarakkan penyertaan rakyat dalam proses pilihan raya, SPR telah mengadakan pelbagai usaha untuk menarik minat mereka mendaftar sebagai pemilih. SPR telah memulakan langkah agresif mulai tahun 2011 mempromosikan urusan pendaftaran pemilih melalui siaran di media televisyen dan radio selain mengedarkan bahan-bahan kempen seperti risalah dan poster. Kaunter bergerak telah dibuka di tempat-tempat strategik di seluruh negara melalui pelaksanaan program outreach di peringkat negeri. SPR turut berkerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam menggerakkan inisiatif menambah bilangan pemilih berdaftar. Sebagai contoh, SPR bekerjasama dengan Media Prima membuka kaunter perkhidmatan semasa program JOM HEBOH dan menyertai program-program anjuran agensi kerajaan seperti Perhimpunan Sejuta Belia. Kaunter-kaunter yang dibuka bertujuan memudahkan orang ramai mendaftar, menyemak dan mendapatkan konsultasi secara langsung dengan pegawai-pegawai SPR. Usaha SPR tidak terhenti di situ, malahan bersetuju melantik sejumlah penolong pendaftar pemilih dalam kalangan ahli parti politik, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk merealisasikan harapan menambah bilangan pemilih berdaftar. Hasilnya, jumlah warganegara yang layak tetapi belum mendaftar telah berjaya dikurangkan kepada 3 juta pada tahun 2012.
STATISTIK PENGESAHAN DPT SUKU TAHUN 1/2012 PADA 1 JUN 2012 MENGIKUT NEGERI
Negeri Perlis Kedah Kelantan Terengganu Pulau Pinang Perak Pahang Selangor W.P. Kuala Lumpur W.P. Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Johor W.P. Labuan Sabah Sarawak Jumlah Keseluruhan
Jumlah 133,741 1,013,910 894,941 623,713 826,148 1,383,008 718,994 1,977,420 775,555 14,305 538,781 431,463 1,558,410 24,270 946,638 1,051,293 12,912,590
Berita SPR 1/2012
3
Usaha pengemaskinian daftar pemilih pula dilakukan secara berterusan. Walaupun terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang menyentuh tentang ketirisan pengurusan daftar pemilih, namun sokongan masyarakat terhadap usaha membersihkan daftar pemilih dilihat semakin bertambah. Ramai antara anggota masyarakat khususnya pengundi telah tampil menggunakan saluran yang disediakan untuk membantu SPR mengemaskinikan butiran maklumat atau mengeluarkan nama-nama pengundi yang telah hilang kelayakan dengan memaklumkan tentang kekhilafan maklumat dalam daftar pemilih atau maklumat hilang kelayakan waris mereka. Tidak kurang juga yang bertanyakan tentang prosedur dan proses penyediaan daftar pemilih. Pertambahan sokongan masyarakat ini antara lain disebabkan oleh pelbagai program promosi dan kesedaran yang dirancang oleh SPR semenjak 2011 bermula dengan Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih yang telah diadakan pada Julai 2011. Hasil daripada sambutan orang ramai, kempen ini telah diadakan semula dalam bulan Jun 2012.
Kaunter SPR yang dibuka untuk pendaftaran pemilih
MENGENALPASTI PUSAT MENGUNDI Bagi memastikan para pengundi dapat menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang selesa, SPR melalui Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara telah membuat semakan terhadap premis-premis yang sesuai untuk dijadikan sebagai Pusat Mengundi, sama ada untuk urusan pengundian awal mahupun pengundian biasa. Untuk PRU Ke-13, dianggarkan lebih 8,000 premis seperti bangunan-bangunan sekolah, dewan dan lain-lain akan diwartakan sebagai Pusat Mengundi. SPR turut mengemaskinikan lokaliti dalam setiap Daerah Mengundi. Proses ini dilaksanakan dengan bantuan daripada Electoral Geographical Information System atau singkatannya EGIS. Sistem komputer ini akan menyemak kedudukan lokaliti-lokaliti yang berada di luar Daerah Mengundi untuk tujuan siasatan dan pembetulan. Dengan adanya kaedah ini, semua pengundi yang berada dalam Daerah Mengundi yang ditetapkan akan mendapat keselesaan untuk mengundi di Pusat Mengundi yang berdekatan dengan tempat kediaman di mana ia mendaftar.
LOGISTIK & PERALATAN Persiapan logistik dan peralatan pilihan raya adalah sama penting dengan persiapan operasi menghadapi pilihan raya. Menyedari hakikat tersebut, SPR telah membuat persediaan untuk menyediakan perolehan logistik dan peralatan bagi memastikan pengurusan PRU Ke-13 berjalan lancar dan berjaya. Dalam pilihan raya umum kali ini, kirakira 60 helikopter dan pesawat kecil diperlukan oleh SPR untuk membawa petugas-petugas ke kawasan-kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan di Semenanjung. Selain kapal terbang dan helikopter, SPR turut memerlukan kenderaan darat, bot dan perahu untuk tujuan sama. 4
Berita SPR 1/2012
Dari sudut persiapan peralatan, sebahagian besar peralatan pilihan raya telahpun diuruskan perolehannya pada tahun 2011. Sebahagian lagi sedang diuruskan dan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat terutamanya yang melibatkan perubahan kepada proses pilihan raya seperti dakwat kekal, perekat badan peti undi dan cap keselamatan. Helikopter, antara pengangkutan udara yang digunakan untuk memudahkan urusan semasa pilihan raya.
w. y w r.go pr.g ww y w r.go ov. w w w v.m .sp w.s .my v.m .sp pr.g .my o ww ww gov r.go ww w.s gov g . r ww p y w .my spr. .sp y w ww .spr. y s . . w .m v y w w .m .m w ww r.gov pr.go www y ww r.gov ov.my ww pr.gov y ww .sp ww.s v.my ov.m w.sp .spr.gov.m w.s ov.m w.s w w r.go pr.g ww ww r.g ww spr.g y ww spr ww PEMBANGUNAN ICT p s y y p . w .s ww v.m my w.s v.m ww. v.m ww. w w w r.go ov. ww r.go y w r.go y w Bagi memberikan perkhidmatan yangwoptimum yw y p g p m p . . m s r s s m kepada masyarakat, pelbagai aplikasi baru . w w.sp gov.m ww. .gov. ww. gov. r.gov ww w diwujudkan bertujuan menambah baik kualiti w spr y w spr. .sp y w . w w spr. y pengurusan pilihan raya kali ini. Aplikasi ini w . .m ww. ov.m ww. www ov.m .gov w v o w dibangunkan mengikut cabang fungsi SPR. w .g y w pr.g y w my spr.g .spr y w r p Dalam bidang pendaftaran pemilih, aplikasi yang .s ov.m w.s ov.m gov. w. ww gov.m r. w w w . w w g r g dibangunkan adalah Sistem Semakan Isi Rumah, . . p y w .my spr. .sp w pr y w spr s . . Sistem Semakan Mengikut Status Pendaftaran w.s .m ww www ov.m .gov ww. www gov. v w o dan Sistem Pengemaskinian Maklumat Alamat w r.g y w y spr.g .spr y w .my spr. m p w . v w. Pengundi Luar Negara. Aplikasi baru yang.s w .m v. .m ww r.gov pr.go www y ww r.gov spr.goy ww y wwpr. dibangunkan dalam bidang penjalanan wpilihan .sp ww.s v.my ov.m w.sp ww. v.m gov.m w.s raya pula adalah Sistem Penjumlahan Rasmi w Undi, o g w Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya wwUmum, y w spr.go .spr. y ww .my w spr.g .spr. y w .my w m Sistem Peratusan Keluar Mengundi danoSistem w v.m gov w. v. w. ww gov.m r.gov ww w o g w w w . w . r g r Paparan Keputusan Pilihan Raya. Selain aplikasi w . .sp .my w v.my .spr. w.sp .my wov.my w.spr w.spv.my v.m baru, SPR bercadang untuk w membangunkan ov pr.go www y ww r.gov pr.g ww y ww r.go r.go ww Ke-13. portal khas Pilihan Raya Umum g . r y m .sp w.s .my ov.m w.sp w.s v.my v.m w.sp w.sp v.my . v .go www y ww r.gov pr.g ww y ww r.go pr.goy ww ww pr.go spr. r p .s .my v.m .sp w.s .my ov.m w.sp w.s v.m v.my w.s ww. v. w ww r.gov pr.go www y ww r.gov spr.g y ww y wwpr.go pr.go y ww y w pr.go .sp ww.s v.my ov.m w.sp ww. ov.m ov.m w.s w.s ov.m gov.mww.s ww w w r.go pr.g ww y w r.g r.g y ww y ww pr.g .spr. y w my w pr. ww p p s y s p m . . .s ww v.m ov. w.s ww ov.m v.m w.s ww ov.m gov. ww.s w o pr.g ww w r&.gKESEDARAN w pr.g r.go y ww y w pr.g .spr. y w ww PROMOSI KEMPEN y s y .sp ww. v.m ov.m w.s w.sp ov.m gov.m w.s ww ov.m PENGUNDI w w r.go pr.g ww ww r.g spr. y ww y w pr.g ww s Bagi tujuan memberikan dan .m w.bantuan .s v.my dan m ovdengan .sp Adalah w. diharapkan .sp wkefahaman my komited. . w . v w w w v g o w o wwkerjasama keyakinan kepada daripada semua r. pihak guntuk w seperti agensi pbadan r.g dan y w swasta ww paraw pengundi r.go pr.tenang s y p y . m menunaikan tanggungjawab.spdengan kerajaan, bukan kerajaan serta s . v w. v.m v.m r.gosokongan wwsegala w ww.s gkempen o o w dan selesa, SPR akan w melaksanakan rakyat, bentuk persiapan yang w . .sp y w my pr.g w w r p penerangan dan kesedaran terhadap ketelusan . wdapat .s disiapkan dengan cepat dan w v.mdilaksanakan ovmerealisasikan w.syang w g o w proses pilihan raya. Antara perkara menjadi bakal objektif sebuah pilihan raya w . w r w w r.g .spdemokratik y p fokus kepada kempen adalah penerangan yang diuruskan dengan cekap serta s . w v.m w w o tentang penggunaan dakwat kekal, w r.g memuaskan hati majoriti rakyat. wwpenerangan kepada proses pengundian awal, kesedaran .sp w tentang pencegahan rasuah dalam pilihan ww raya dan promosi menggalakkan rakyat supaya keluar mengundi. Adalah menjadi harapan SPR agar program kesedaran yang dianjurkan mampu memberikan keyakinan kepada pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada Hari Pengundian dengan tenang, yakin dan bijaksana.
Secara kesimpulan, SPR telah merencanakan dan sedang melaksanakan setiap perancangannya untuk memastikan pengurusan dan pengendalian PRU Ke-13 berjalan lancar dan berjaya. Walaupun menghadapi tekanan oleh usaha untuk menghakis imej SPR dan keyakinan rakyat terhadap SPR yang dilakukan oleh segelintir pihak, namun tugas dan amanah untuk rakyat tetap digalas dengan dedikasi dan
Sesi pengambaran rakaman iklan promosi daftar pemilih
Berita SPR 1/2012
5
BAGAIMANA
PILIHAN RAYA DILAKSANAKAN? Oleh :
Shah Aruzaman Ismail Setiausaha Bahagian Pilihan Raya
1 PEMBUBARAN DEWAN Apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, SPR akan menerima pemakluman rasmi oleh Yang DiPertua Dewan atau Speaker kepada SPR. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
2 PERSIAPAN Bagi tujuan menetapkan tarikh pengeluaran writ, tarikh notis, tarikh penamaan calon, pengeluaran undi pos, pengundian awal dan tarikh pengundian, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas yang dihadiri oleh semua anggota SPR. Apabila tarikh-tarikh tersebut telah ditetapkan, SPR akan mengumumkannya melalui media massa. Seterusnya, writ atau surat kuasa akan diserahkan kepada semua Pegawai Pengurus yang dilantik untuk menguruskan pilihan raya di bahagian-bahagian pilihan raya di mana mereka dilantik. Kebiasaannya, mereka yang dilantik adalah dalam kalangan Pegawai-Pegawai Daerah atau Yang DiPertua Majlis-Majlis Daerah. Pemilihan mereka disebabkan keupayaan mereka mengawal jentera-jentera jabatan/agensi kerajaan di peringkat daerah atau di bawah kawasan pentadbiran mereka. SPR akan mengeluarkan Notis memaklumkan tarikh, masa dan tempat penamaan calon serta mempelawa mereka yang berminat untuk
6
Berita SPR 1/2012
bertanding supaya menyerahkan pencalonan mereka pada tarikh, masa dan Pusat Penamaan Calon yang ditetapkan. Sebaik sahaja tarikh-tarikh ini diumumkan, SPR akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dengan semua wakil kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan dan swasta di peringkat pusat untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam membantu SPR menjalankan pilihan raya. Sementara menunggu hari penamaan calon, Pegawai-Pegawai Pengurus akan mengadakan mesyuarat penyelarasan di peringkat bahagian pilihan raya masing-masing dengan semua wakil jabatan/agensi kerajaan dan swasta bagi mendapatkan bantuan dan kerjasama mereka dalam pengendalian urusan pilihan raya yang bakal diadakan. Pegawai-Pegawai Pengurus turut melantik dan melatih petugas-petugas yang akan melaksanakan urusan pilihan raya di Pusat-Pusat Mengundi.
Pengerusi SPR menyerahkan Writ Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus
3 PENAMAAN CALON Apabila tiba hari penamaan calon, PegawaiPegawai Pengurus akan menerima kertas penamaan calon dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Dalam PRU Ke-13 akan datang, urusan pameran dan bantahan ke atas kertas penamaan calon tidak lagi diadakan. Selain itu, penarikan pencalonan oleh calon juga tidak dibenarkan. Pegawai Pengurus akan memeriksa kelayakan calon dan kesempurnaan kertas penamaan calon dan memuktamadkannya selepas jam 10.00 pagi. Selepas itu, Pegawai Pengurus akan mengumumkan sama ada terdapat pertandingan di bahagian pilihan raya berkenaan. Sekiranya terdapat pertandingan, Pegawai Pengurus akan mengumumkan nama calon-calon yang akan bertanding serta tarikhtarikh pengundian.
Suasana ketika penamaan calon
Berita SPR 1/2012
7
Suasana ketika kempen pilihan raya
4 TEMPOH BERKEMPEN
5 HARI PENGUNDIAN
Kempen adalah medium untuk memperkenalkan calon, manifesto parti serta pelan perancangan partinya untuk bahagian pilihan raya di mana beliau bertanding. Tempoh berkempen bermula dari pengumuman pertandingan oleh Pegawai Pengurus pada hari penamaan calon dan berakhir jam 12.00 malam sebelum hari pengundian. Bagi tujuan memastikan kempen dilaksanakan secara aman dan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, SPR telah menubuhkan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh ejen-ejen calon/ parti politik yang bertanding.
Kebiasaannya, bangunan sekolah akan dijadikan sebagai Pusat Mengundi dan bilik-bilik darjah akan dijadikan sebagai Tempat Mengundi. Kawasan sekitar 50 meter daripada pagar sekolah adalah zon larangan kecuali bagi pengundi dan para petugas. Zon larangan ini disediakan bagi memberikan keselesaan kepada para pengundi. Selain pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan pengundi, petugas-petugas yang dibenarkan berada dalam Pusat Mengundi adalah Penyelia Pusat Mengundi, Pemandu Arah Pusat Mengundi dan Kerani-Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Mereka ini bertugas di luar bilik darjah dengan cara membantu pengundi-pengundi menyemak lokasi Tempat Mengundi mereka, menunjukkan lokasi tersebut selain membantu mereka yang uzur dan kurang upaya. Di dalam Tempat Mengundi (bilik darjah) pula, Ketua Tempat Mengundi dan keranikerani pengundian ditugaskan melaksanakan proses pengundian. Semasa hari pengundian, semua petugas dikehendaki datang awal bagi mempersiapkan Tempat Mengundi. Ejen-ejen yang dilantik oleh calon juga dibenarkan masuk awal ke Tempat Mengundi. Peranan ejen adalah bagi memerhatikan perjalanan pengundian. Sebelum Tempat Mengundi dibuka, Ketua Tempat Mengundi akan menutup dan memeteraikan peti undi di hadapan ejen-ejen yang hadir. Pada jam 7.50 pagi, Pusat Mengundi akan dibuka dan
Kempen boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara bagi menarik perhatian pengundi tentang kelebihan sesuatu parti atau calon yang bertanding. Tugas PP-KPR adalah bagi memastikan semua jenis medium kempen sama ada secara bersemuka atau melalui bahan kempen tidak menyalahi undang-undang seperti menyentuh sensitiviti perkauman atau menjejaskan perpaduan dan mencetuskan permusuhan dalam masyarakat. Keputusan PP-KPR untuk mengenakan tindakan terhadap sesuatu ceramah atau bahan kempen dilakukan secara bersama oleh semua ahli PPKPR termasuk wakil-wakil calon dalam pasukan tersebut.
8
Berita SPR 1/2012
para pengundi bolehlah menyemak lokasi Tempat Mengundi mereka di Barung Semakan SPR. Selepas itu, mereka bolehlah terus ke Tempat Mengundi masing-masing dan beratur di luar Tempat Mengundi tersebut. Sebelum pengundian berlangsung, Ketua Tempat Mengundi akan mengisi butiran buku kertas undi ke dalam Borang 13. Butiran yang diisikan adalah butiran Tempat Mengundi dan Pusat Mengundi selain bilangan serta nombor siri kertas undi yang akan digunakan. Ia merupakan satu prosedur standard bertujuan memastikan kesahihan bilangan kertas undi yang akan diguna pakai dengan kertas undi yang rosak atau tidak dikembalikan. Ejen-ejen calon juga dibenarkan untuk memeriksa kandungan Borang 13 ini. Sejurus sebelum pengundian dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat ringkas kepada kerani-kerani pengundian dan ejen calon tentang perjalanan pengundian dan perkara-perkara yang dibolehkan dan tidak boleh dilakukan sepanjang proses tersebut.
6 PROSES PENGUNDIAN Sebaik jam 8.00 pagi Tempat Mengundi akan dibuka dan pengundi akan dibenarkan masuk. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pengundi adalah menyerahkan kad pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Kerani akan menyemak nama pengundi dalam daftar pemilih dan memeriksa tangan pengundi sama ada terdapat sebarang tanda dakwat kekal. Sekiranya tiada, pengundi akan diminta bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Kerani Pengundian Kedua akan meminta pengundi meletakkan jari di atas pad yang disediakan untuk proses calitan dakwat kekal. Dakwat kekal dicalitkan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi daripada ruas jari pertama sehingga ke hujung jari. Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk, dakwat kekal akan dicalit di mana-mana jari tangan kiri sebelum beralih ke jari telunjuk
tangan kanan dan seterusnya mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, dakwat kekal akan dicalitkan di pangkal lengan di bahagian yang mudah dilihat. Semua pengundi adalah diwajibkan untuk mencalit dakwat kekal di jari mereka. Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi sekiranya: 1) Pengundi enggan menunjukkan tangannya untuk diperiksa oleh Kerani Pengundian Pertama; 2) Pengundi enggan jarinya dicalit dengan dakwat kekal; 3) Jari pengundi telah dicalit dengan dakwat kekal atau; 4) Nama pengundi telah ditandakan dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya, walaupun jarinya tiada tanda dakwat kekal. Sesudah jari dicalit, Kerani Pengundian Pertama akan meneriakkan nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama pengundi untuk disemak oleh ejen-ejen calon yang hadir. Untuk makluman pembaca, ejen-ejen calon akan hadir memerhatikan perjalanan proses pengundian daripada awal sehinggalah tamat proses pengiraan undi. Ejenejen calon turut menggunakan buku daftar pemilih yang sama dengan Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian dan Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Selepas nama diteriakkan, pengundi akan diberikan kertas undi oleh Kerani Pengundian Ketiga. Kertas undi ini dicapkan dengan tanda pengenalan Tempat Mengundi. Setelah menerima kertas undi, pengundi perlu beredar ke petak undi untuk menandakan kertas undinya. Pengundi perlu menandakan ‘X’ pada petak disebelah nama calon pilihannya. Seterusnya, kertas undi tersebut perlu dimasukkan ke dalam peti undi. Pengundi perlu segera beredar keluar daripada Tempat Mengundi sebaik sahaja memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi. Proses ini akan terus berlangsung sehingga jam 5.00 petang iaitu masa Tempat Mengundi ditutup.
Berita SPR 1/2012
9
Pemaparan kertas undi semasa proses pengiraan
7 PROSES MENGIRA UNDI
10
Sebaik sahaja Tempat Mengundi ditutup, Ketua Tempat Mengundi akan menutup mulut peti undi, memeteraikannya dengan cara meletakkan perekat keselamatan. Penutupan peti undi ini dilakukan di hadapan ejen-ejen calon yang hadir. Petugas-petugas pula akan bertindak menyusun semula Tempat Mengundi mengikut susunan proses pengiraan undi. Sebelum kiraan dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat ringkas berhubungan dengan proses pengiraan undi. Ketua Tempat Mengundi akan mengisi Borang 13 untuk merekodkan kertas undi yang dikeluarkan dan kertas undi yang rosak. Seterusnya ejen-ejen calon akan menandatangani Borang 13 tersebut. Proses pengiraan undi bermula dengan memotong ikatan penutup peti undi dan mengeluarkan kertas undi untuk dimasukkan ke dalam dulang ‘Undi Belum Dikira’. Kertas-kertas undi kemudiannya dikira dalam bilangan sepuluh dan diikat dalam bilangan seratus. Proses ini bertujuan mendapatkan bilangan sebenar jumlah kertas undi yang berada dalam peti undi untuk direkodkan ke dalam Borang 13. Sekiranya bilangan kertas undi adalah sama atau kurang, proses pemaparan kertas undi boleh dimulakan. Sekiranya berlebihan daripada yang dinyatakan dalam Borang 13, Ketua Tempat Mengundi hendaklah mengambil tindakan seperti yang berikut:
2) selain memeriksa nombor siri, Ketua Tempat Mengundi juga boleh memeriksa tanda cap pada kertas undi. Ini kerana cap yang digunakan bagi setiap Tempat Mengundi adalah unik.
1) memeriksa nombor siri kertas undi bagi memastikan hanya kertas undi dalam turutan nombor siri yang dinyatakan dalam Borang 13 sahaja berada dalam peti undi tersebut. Sekiranya, Ketua Tempat Mengundi menjumpai kertas yang berlainan nombor sirinya, kertas undi tersebut perlulah diketepikan.
Selepas itu, semua kertas undi akan dimasukkan ke dalam sampul-sampul, dimeterai dan dimasukkan ke dalam peti undi. Peti undi yang telah dimeterai akan di bawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk simpanan selamat. Borang 14 pula akan diserahkan kepada Pegawai Pengurus untuk dijumlahkan dengan semua Tempat Mengundi lain dalam bahagian pilihan raya tersebut.
Berita SPR 1/2012
Kemudian, barulah proses pemaparan kertas undi boleh dimulakan. Proses ini dilakukan oleh keranikerani mengira undi dan dilakukan di hadapan ejenejen calon yang hadir. Proses pemaparan kertas undi adalah proses membuka dan memperlihatkan kertas undi kepada ejen-ejen calon yang hadir sebelum dimasukkan ke dalam dulang-dulang bersimbol calon mengikut tanda di atas kertas undi. Sekiranya terdapat kertas undi ragu, Ketua Tempat Mengundi akan memutuskannya mengikut Buku Panduan Memutuskan Undi Ragu dan keputusan Ketua Tempat Mengundi adalah muktamad. Apabila selesai proses pemaparan ini, barulah kertas-kertas undi ini dikira mengikut dulang masing-masing. Bilangan kertas undi dalam setiap dulang akan dimaklumkan kepada Ketua Tempat Mengundi. Maklumat berkaitan bilangan undi yang diperoleh oleh setiap calon akan diisikan ke dalam Borang 14 (Borang Keputusan Undi Bagi Setiap Tempat Mengundi). Salinan Borang 14 yang telah lengkap diisi akan diberikan kepada ejen-ejen calon selepas mereka menandatangani borang tersebut. Ini bermaksud semua pihak mempunyai salinan keputusan yang sama.
Borang 14 digunakan oleh KTM mengisi maklumat bilangan undi yang diterima oleh setiap calon selepas proses pengiraan undi. Salinan borang akan diberikan kepada ejen calon yang hadir semasa proses pengiraan undi.
Borang 11 digunakan sebagai akuan kepada pengundi yang maklumat identiti dalam dokumen pengenalan dirinya berbeza sedikit dengan maklumat dalam daftar pemilih.
Borang 10 digunakan sebagai akuan identiti orang yang dipercayai oleh pengundi uzur atau OKU yang membantu pengundi tersebut mengundi dalam Tempat Mengundi.
Borang 13 digunakan oleh KTM mengisi maklumat bilangan kertas undi yang diterima dan digunakan sebagai penyata sebelum proses pengiraan bermula.
8 PENJUMLAHAN RASMI UNDI
& PENGUMUMAN KEPUTUSAN Setelah semua Borang 14 dijumlahkan, Pegawai Pengurus akan mengisikan keputusan yang diperoleh oleh setiap calon ke dalam Borang 16 (Borang Keputusan Pertandingan). Akhirnya, Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan jumlah undi yang diperoleh oleh setiap calon dan calon yang mendapat jumlah undi terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi pertandingan tersebut yang seterusnya menjadi Wakil Rakyat bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
Berita SPR 1/2012
11
PENAMBAHBAIKAN
PRU KE-13 2
3
PENGUNDIAN AWAL
5
MEMANJANGKAN TEMPOH PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN.
MEMANSUHKAN BANTAHAN SEMASA HARI PENAMAAN CALON.
SPR telah memansuhkan proses bantahan pada hari penamaan calon dan calon yang bertanding tidak dibenarkan untuk menarik diri.
6
PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL.
MEMUDAHKAN GOLONGAN PENGUNDI ORANG KURANG UPAYA(OKU)
SPR akan membenarkan mana-mana orang yang dipercayai oleh OKU untuk membantunya mengundi.
4
1
SPR akan melaksanakan pengundian awal untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am .
SPR telah memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan daripada 7 hari kepada 14 hari.
MEMBERI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PETUGAS MEDIA.
SPR telah memutuskan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos.
SPR telah memutuskan bahawa dakwat kekal akan digunakan dalam proses pilihan raya.
7
PERUBAHAN KEDUDUKAN EJEN DALAM SALURAN TEMPAT MENGUNDI.
SPR telah mengubah pelan susun atur dalam Tempat Mengundi bagi memudahkan ejen calon mengenal pasti pengundi yang hadir di Tempat Mengundi bagi meningkatkan ketelusan proses pengundian.
RALAT Terdapat sedikit kesilapan maklumat dalam segmen Keputusan PRU DUN Sarawak Ke-10 pada keluaran Berita SPR 1/2011. Pihak editorial memohon maaf dan segala kesulitan adalah amat dikesali. Maklumat yang betul adalah seperti yang berikut: Nama Bahagian Pilihan Raya Parlimen : P. 206 TANJONG MANIS Nama Bahagian Pilihan Raya Negeri : N35 BELAWAI
NAMA CALON Abdul Wahab bin Abdullah Kiprawi bin Suhaili Talif @ Len bin Salleh
PARTI PKR BEBAS BN
BN BEBAS
Nama Bahagian Pilihan Raya Parlimen : P. 210 KANOWIT Nama Bahagian Pilihan Raya Negeri : N43 NGEMAH
JUMLAH UNDI DIRAIH 618
Alexander a/k Vincent
133
Yakup bin Khalid
5,164
Adeh a/k Denong
Hii Tiong Huat Chieng Buong Toon Wong Ho Leng
PARTI BEBAS BN
BN BEBAS
DAP
JUMLAH UNDI DIRAIH
Chia Chu Fa Fong Pau Teck
12
Berita SPR 1/2012
BN DAP
BEBAS PCM SNAP
Aris a/k Alap
4,700
PKR
2,361 2,378 278 279 1,366 1,388 577 581 658 650
13,527
Nama Bahagian Pilihan Raya Parlimen : P. 220 BARAM Nama Bahagian Pilihan Raya Negeri : N66 MARUDI
NAMA CALON Sylvester Entri a/k Muran
PARTI
BN
JUMLAH UNDI DIRAIH
180
Nama Bahagian Pilihan Raya Parlimen : P. 219 MIRI Nama Bahagian Pilihan Raya Negeri : N64 PUJUT
NAMA CALON
PARTI
Michael a/k Lias
Nama Bahagian Pilihan Raya Parlimen : P. 211 LANANG Nama Bahagian Pilihan Raya Negeri : N45 BUKIT ASSEK
NAMA CALON
NAMA CALON
JUMLAH UNDI DIRAIH 5,350 5,271
9,120 9,453
Michael Ding Tuah Gerang a/k Dagom Edwin Dundang a/k Bugak
PARTI BN BEBAS PKR SNAP
JUMLAH UNDI DIRAIH 5,466 4,578
122 146 1,568 1,376
281 313
PENGGUNAAN DAKWATKEKAL
DALAM PROSES
PENGUNDIAN Oleh :Ikmalrudin Ishak Ti m b a l a n S e t i a u s a h a P e n g u r u s a n
Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012, SPR telah bersetuju memutuskan supaya dakwat kekal digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Sebelum keputusan dibuat untuk menggunakan dakwat kekal, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal daripada pembekal yang telah dikenalpasti untuk diuji oleh Jabatan Kimia. Hasil ujian tersebut telah dibawa untuk pertimbangan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan kandungan dakwat kekal tersebut dapat digunakan oleh pengundi-pengundi yang beragama Islam. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari 2012 telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah diharuskan. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal berkenaan tidak memudaratkan kesihatan.
Dakwat kekal dicalitkan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi daripada ruas jari pertama sehingga ke hujung jari. Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk, dakwat kekal akan dicalit di mana-mana jari tangan kiri sebelum beralih ke jari telunjuk tangan kanan dan seterusnya mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, dakwat kekal akan dicalitkan di pangkal lengan di bahagian yang mudah dilihat. Semua pengundi adalah diwajibkan untuk mencalit dakwat kekal di jari mereka. Adalah diharapkan penggunaan dakwat kekal ini dapat menambah keyakinan rakyat selaku pengundi terhadap ketelusan proses pengundian.
Tujuan SPR memperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan dia telahpun mengundi. Setiap pengundi hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa. Berita SPR 1/2012
13
14
Berita SPR 1/2012
Berita SPR 1/2012
15
Memperkenalkan Kaedah Pengundian Awal Bagi menangani persepsi sebilangan masyarakat terhadap kaedah pengurusan pengundian pos yang dikatakan kurang telus, SPR telah memperkenalkan proses pengundian awal bagi anggota pasukan polis dan tentera serta pasangan mereka yang berkelayakan. Pengundian awal merupakan suatu proses pengundian yang dilaksanakan mengikut kaedah pengundian biasa dengan kehadiran para pengundi, petugas serta ejen. Bezanya pengundian awal dengan pengundian biasa adalah tarikh pengundian awal diadakan selang tiga hari sebelum pengundian biasa. Tujuan diperkenalkan pengundian awal adalah bagi mengimbangi kebimbangan sebilangan masyarakat khususnya parti politik terhadap kaedah pengurusan undi pos yang dikatakan kurang telus dengan keperluan anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera untuk melaksanakan tanggung jawab mereka menjaga keselamatan negara semasa proses pengundian biasa dilaksanakan. Sebagaimana pengundian biasa, Pusat-Pusat Mengundi perlu dikenal pasti dan diwartakan. Dalam hal ini, setelah perbincangan dilakukan dengan pengurusan 16
Berita SPR 1/2012
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), SPR telah bersetuju menetapkan bahawa pengundian awal boleh dilaksanakan di premis-premis dalam kawasan kem atau balai polis. Rasional disebalik ketetapan ini adalah kerana pengundian tersebut dilaksanakan sewaktu tempoh berkempen sedang berkuatkuasa dan memudahkan pengundi yang rata-rata adalah warga PDRM dan ATM untuk keluar mengundi dalam kawasan tempat mereka bertugas. Selain memudahkan aktiviti pengurusan pengundian, ia turut memudahkan urusan kawalan keselamatan dalam Pusat-Pusat Mengundi. Dalam pengundian awal, proses pengundian akan berlaku seperti biasa. Setelah Pusat Mengundi ditutup, peti-peti undi akan dimeteraikan dan disimpan dalam kawalan selamat di tempattempat yang ditetapkan seperti lokap polis atau dewan-dewan dengan kawalan ketat. Urusan pengiraan undi akan dilaksanakan secara berkelompok pada hari pengundian biasa di tempattempat yang telah dikenal pasti dan diwartakan, urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejenejen calon.
DAPATKAH KAEDAH
PENGUNDIAN AWAL
MENJADI ALTERNATIF KEPADA
PENGUNDIAN POS ?
Ol eh: H AJI ABD U L L AH JUSO H Pengarah Akademi Pilihan Raya
Pengundian Pos Masih Relevan Pengenalan proses pengundian awal tidak dapat menjadi alternatif kepada proses pengundian pos. Ini kerana masih terdapat sebilangan anggota pasukan keselamatan yang terpaksa bertugas pada tarikh urusan pengundian awal atau pengundian biasa diadakan. Selain anggota pasukan keselamatan, pengundi tidak hadir di luar negara turut tidak dapat turut serta dalam proses pengundian awal mahupun pengundian biasa. Sehubungan dengan itu, kaedah pengundian pos terpaksa diteruskan. Walau bagaimanapun isu berkaitan persepsi sebilangan masyarakat terhadap pengurusan undi pos khususnya yang melibatkan pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera diharap dapat dihapuskan sama sekali dengan pengenalan kaedah pengundian awal. Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menyenaraikan golongan yang diberikan kelayakan untuk mengundi secara pos seperti pengundi tidak hadir, petugas SPR yang bertugas semasa pilihan raya, anggota pasukan polis, anggota SPR dan kategori mereka yang diwartakan. Dalam pilihan raya umum akan datang, SPR telah bersetuju membenarkan petugas-petugas media untuk memohon mengundi secara pos dengan syarat disahkan oleh majikan bahawa mereka terpaksa menjalankan tugas di luar bahagian pilihan raya yang mereka mendaftar. Kebanyakan rungutan terhadap ketelusan proses pengundian pos datangnya daripada mereka yang kurang memahami tentang tatacara proses pengurusan undi pos yang dilaksanakan oleh SPR. Undi pos akan dikeluarkan kepada pengundi tiga atau empat hari selepas urusan penamaan
calon iaitu setelah kertas undi selesai dicetak. Urusan pengeluaran kertas undi pos ini dilaksanakan di tempat yang diwartakan dan dilakukan di hadapan ejen-ejen calon. Maksud pengeluaran kertas undi pos adalah menandakan senarai nama pemilih yang telah diedarkan kertas undi pos dalam daftar pemilih agar pemilih tersebut tidak lagi dapat mengundi pada hari pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang diletakkan dalam sampul khas akan diposkan atau diberikan kepada kurier polis dan tentera untuk disampaikan kepada pengundi. Bersama kertas undi tersebut adalah Borang 2, akuan identiti dan juga arahan tatacara pengundian pos. Apabila selesai kertas undi ditandakan dan Borang 2 dimuktamadkan oleh pengundi dan seorang saksi, pengundi perlu memasukkan sampul kertas undi ke dalam sampul yang di alamatkan kepada Pegawai Pengurus. Kertas undi pos perlu sampai ke pejabat Pegawai Pengurus sebelum jam 5 petang hari pengundian biasa. Pembukaan dan pengiraan undi pos turut dilaksanakan di hadapan ejen-ejen calon. Urusan pembukaan kertas undi pos mengambil masa kerana memerlukan petugas meneliti dan memastikan bahawa nombor siri dokumen seperti Borang 2, sampul kertas undi pos dan kertas undi pos adalah sama. Selepas urusan pembukaan kertas undi pos, barulah urusan pengiraan kertas undi pos ini dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa SPR sengaja melengahkan tindakan mengumumkan keputusan undi pos adalah tidak benar sama sekali. (bersambung di muka surat 22)
Berita SPR 1/2012
17
(sambungan dari muka surat 19)
Rumusan Adalah diharapkan bahawa proses pengundian awal yang diperkenalkan dapat mengubah persepsi sebilangan masyarakat terhadap ketelusan proses pilihan raya dan memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap ketulusan SPR dalam menguruskan pilihan raya. Walaupun kaedah pengundian awal diperkenalkan, undi pos masih relevan khususnya bagi memastikan hak mengundi golongan yang menjaga keselamatan dan keamanan negara dijamin. Seorang anggota polis sedang mengundi secara pos
20
Berita SPR 1/2012
Berita SPR 1/2012
21
Bagaimana Daftar Pemilih Disediakan ? Oleh:
Yusniati Ishak Pendaftaran Pemilih Setiausaha Bahagian
PROSES PENYEDIAAN DAFTAR PEMILIH Daftar Pemilih Antara fungsi utama SPR sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah menyediakan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya. Daftar pemilih merupakan suatu senarai nama pemilih yang telah disahkan berdaftar dalam satu-satu bahagian pilihan raya.
Sejarah Penyediaan Daftar Pemilih
mewarisi rekod-rekod pemilih yang disimpan secara manual sejak era Pilihan Raya Umum Pertama sehingga rekod-rekod tersebut ditaip semula dan disimpan secara berkomputer sekitar tahun 80an. Dalam urusan pendaftaran pemilih pula, semua warganegara yang layak telah didaftarkan menggunakan borang yang khusus. Walau bagaimanapun, Sebelum tahun 2002, SPR tidak mengenakan syarat bahawa status mastautin seseorang pemohon itu perlu dibuktikan melalui alamat pada kad pengenalan beliau.
Pada peringkat awal penubuhannya, SPR telah menerima bantuan jabatan-jabatan Kerajaan terutamanya di peringkat daerah untuk menyediakan daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya. Daftar pemilih ini ditaip dan dibukukan mengikut daerah mengundi.
Pengurusan rekod pemilih melalui komputer hanya bermula sekitar tahun 80an. Rekodrekod pemilih kemudiannya telah ditaip semula serta disimpan SPR secara lebih sistematik dalam pangkalan data. Ini bermakna, SPR telah 22
Berita SPR 1/2012
Dalam usaha mengemaskinikan rekod-rekod pemilih, terutamanya yang berkaitan dengan status nombor kad pengenalan pemilih, SPR telah mendapatkan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan terutamanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walau bagaimanapun, aktiviti penyemakan dan pengemaskinian rekod ini hanya dapat dilakukan secara manual. Pada tahun 2002, SPR telah mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkongsi
maklumat secara dalam talian menggunakan A.L.I.S. (Agency Link-up System}. Dan mulai tahun 2002 juga SPR telah mensyaratkan supaya semua permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih menggunakan alamat pada kad pengenalan sebagai bukti mastautin mereka. Semenjak 2002, SPR telah mengubah sistem pendaftaran bermusim kepada sistem pendaftaran sepanjang tahun. Dalam sistem pendaftaran sepanjang tahun, tempoh permohonan dibuka mengikut suku tahun (tiga bulan) dan tempoh memproses permohonan dipendekkan kepada
dua bulan. Sehubungan dengan itu, tempoh pengesahan daftar pemilih dipendekkan daripada tempoh antara lapan hingga sepuluh bulan kepada lima bulan sahaja.
JENIS-JENIS PEMILIH & DAFTAR PEMILIH Secara amnya, semua warganegara yang memohon akan didaftarkan sebagai pemilih biasa. Walau bagaimanapun, Peraturan 2, PeraturanPeraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 membenarkan beberapa golongan warganegara untuk mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir seperti:
pegawai kerajaan yang sedang bertugas di luar negara serta pasangan;
anggota tentera & pasangan;
Terdapat dua jenis daftar pemilih iaitu Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan. Daftar Pemilih Induk mengandungi senarai nama pemilih yang telah disahkan pada tahun pendaftaran sebelumnya. Manakala, Daftar Pemilih Tambahan mengandungi senarai nama pemilih yang telah disahkan mengikut suku tahun pada tahun semasa. Sekiranya berlaku pembubaran dewan atau kekosongan kerusi dewan, kedua-dua daftar ini akan digabungkan bagi membentuk Daftar Pemilih Pilihan Raya. Penentuan daftar pemilih yang akan diguna pakai dalam satu-satu pilihan raya dilakukan mengikut Peraturan 10 PeraturanPeraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
dan pelajar yang sedang menuntut di luar negara secara sepenuh masa serta pasangan. Berita SPR 1/2012
23
Proses MENERIMA Permohonan PENDAFTARAN Proses penyediaan daftar pemilih bermula dengan urusan menerima permohonan daripada warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih. Syarat-syarat kelayakan untuk menjadi pemilih sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan adalah seperti yang berikut: (a) Warganegara; (b) Berumur 21 tahun dan ke atas pada masa memohon; dan (c) Bermastautin di manamana bahagian pilihan raya. Sekiranya tidak bermastautin, beliau akan didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir. Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 memberi tafsiran bahawa Pengundi Tidak Hadir bermaksud, manamana anggota tentera dan pasangan, pegawai kerajaan
24
Berita SPR 1/2012
yang sedang bertugas di luar Negara serta pasangan dan pelajar yang sedang menuntut di luar Negara secara sepenuh masa serta pasangan. Permohonan sebagai pemilih perlu dikemukakan menggunakan Borang A (Borang Permohonan Pendaftaran Pemilih) kepada Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik oleh SPR. Pemohon perlu hadir sendiri membawa kad pengenalan miliknya sewaktu membuat permohonan. Prosedur ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (pendaftaran Pemilih) 2002. SPR melantik PenolongPenolong Pendaftar Pemilih daripada pelbagai kategori seperti parti politik, jabatan/ agensi Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, pegawai yang bertugas di pusat-pusat pengajian tinggi, pegawai yang bertugas di pejabat pesuruhjaya tinggi dan kedutaan Malaysia di luar negara dan beberapa kategori lain. Permohonan juga boleh dilakukan di mana-mana pejabat pos di seluruh negara.
Permohonan yang diterima adalah permohonan untuk menjadi pemilih baru atau permohonan untuk menukar alamat Pusat Mengundi/bahagian pilihan raya bagi pemilih sedia ada yang telah menukar alamat kediamannya, serta Pengundi Tidak Hadir yang menukar status pendaftaran atau mengemaskini alamat kediaman baru serta anggota polis/tentera yang mengemaskinikan alamat tempat bertugas. Semasa pemohon mengemukakan permohonan, butiran maklumat pemohon akan diisikan ke dalam Borang A berdasarkan kepada maklumat dalam kad pengenalannya. Borang yang siap diisi, akan dikembalikan kepada pemohon untuk disemak semula sebelum ditandatangani tanda akuan setuju bahawa maklumat yang diberikan adalah benar. Salinan Borang A akan diberikan kepada pemohon untuk disimpan sebagai tanda permohonannya telah dihantar untuk diproses oleh SPR.
Borang-borang tersebut kemudiannya akan dihantar ke Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri berdasarkan alamat yang dinyatakan oleh pemohon dalam borang permohonannya. Di Pejabat Pilihan Raya Negeri, butiran maklumat yang tertera atas Borang A akan dimasukkan ke dalam pangkalan data SPR. Kemudian, butiran tersebut pula akan disemak menggunakan sistem pangkalan data A.L.I.S – J.P.N. untuk memastikan kelayakan pemohon dari segi kewarganegaraan & umur. Seterusnya, rekod tersebut akan dibandingkan dengan rekod pangkalan data SPR. Bagi warganegara yang memohon buat pertama kali, semakan ini adalah bagi menentukan bahawa tiada maklumat beliau direkodkan sebelum ini. Bagi permohonan untuk mengemaskinikan maklumat Pusat Mengundi/ Bahagian Pilihan Raya, semakan ini bertujuan memastikan permohonan tersebut adalah untuk Pusat Mengundi/Bahagian Pilihan Raya baru. Setelah semua semakan dilaksanakan, pegawai SPR akan menentukan kawasan pendaftaran iaitu lokaliti, Daerah Mengundi dan bahagian pilihan raya di mana pemohon akan didaftarkan sebagai pemilih. Seterusnya rekod pemilih akan dimuat naik ke laman sesawang SPR untuk memaparkan tahap dan status permohonannya.
Berita SPR 1/2012
25
Proses PAMERAN Apabila tempoh permohonan ditutup pada akhir suku tahun, semua rekod-rekod pemilih akan digabungkan untuk proses pameran. Senarai nama pemilih akan dibukukan mengikut Bahagian Pilihan Raya dan Daerah Mengundi yang telah ditentukan untuknya. Senarai ini dinamakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT). Rang DPT akan dipamerkan di tempat-tempat yang diwartakan di seluruh negara. Dalam Rang DPT ini, semua nama pemilih yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau yang memohon untuk menukarkan Pusat Mengundi/ Bahagian Pilihan Raya akan dipamerkan kepada orang ramai. Tujuan Rang DPT dipamerkan adalah bagi membolehkan pemohon untuk menyemak dan memastikan nama beliau telah disenaraikan dalam Rang tersebut. Sekiranya telah sedia tersenarai, beliau boleh menyemak butiran maklumat yang dipamerkan bagi memastikan ia didaftarkan dengan betul oleh SPR. Selain itu, pameran Rang DPT turut memberi peluang kepada orang ramai, khususnya pemilih di bahagian pilihan raya yang sama untuk membuat bantahan terhadap namanama yang dikenal pasti tiada kelayakan untuk
BANTAHAN 26
Berita SPR 1/2012
didaftarkan atau tersalah disenaraikan untuk dikeluarkan daripada daftar pemilih. Bagi pemohon yang telah mendaftar, tetapi namanya tidak disenaraikan dalam Rang yang dipamerkan, tuntutan untuk memasukkan namanya boleh dikemukakan kepada Pendaftar dengan syarat disertakan dengan bukti salinan borang pendaftaran. Sekiranya Pendaftar berpuas hati, nama pemohon akan dipamerkan di pejabat Pendaftar untuk tujuan semakan oleh orang ramai. Bagi pemilih dalam bahagian pilihan raya yang sama, yang tidak berpuas hati terhadap kemasukan nama pemohon yang disenaraikan dalam Rang yang dipamerkan, bantahan boleh dikemukakan untuk mengeluarkan nama pemohon kepada Pendaftar, dengan syarat disertakan dengan bukti bahawa pemohon tidak berkelayakan untuk didaftarkan di situ atas asas bukan warganegara atau tidak bermastautin di lokaliti tersebut. Sekiranya Pendaftar berpuas hati bahawa bantahan yang dikemukakan adalah relevan, beliau akan memanggil pembantah dan orang yang kena bantah untuk sesi siasatan awam.
TUNTUTAN
Proses PEMERAKUAN
Setelah selesai proses pameran Rang DPT, senarai nama pemohon akan diperakukan oleh Ketua Pendaftar. Proses pemerakuan dilaksanakan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh anggota SPR. Ketua Pendaftar akan membentangkan kertas pertimbangan untuk memperakukan semua senarai yang telah siap diproses kepada SPR dan seterusnya diwartakan. Daftar pemilih berkuatkuasa pada tarikh ia diperakukan. Proses ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan 22 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Setelah diperakukan dan diwartakan, daftar pemilih ini boleh digunakan dalam pilihan raya.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 21A dan 22, selain Ketua Pendaftar memperakukan Daftar Pemilih Tambahan bagi semua bahagian pilihan raya, Pendaftar juga boleh memperakukan daftar pemilih mengikut bahagian pilihan raya secara berasingan. Ini bermaksud, bagi bahagianbahagian pilihan raya yang tidak dapat disahkan akibat terdapat bantahan, bahagian pilihan raya tersebut boleh disahkan secara berasingan. Setelah selesai empat suku tahun, Daftar-Daftar Pemilih Tambahan akan digabungkan dengan Daftar Pemilih Induk tahun sebelumnya bagi mewujudkan Daftar Pemilih Induk tahun semasa.
Berita SPR 1/2012
27
Aliran Proses PENYEDIAAN DAFTAR PEMILIH
Pejabat Kerajaan
Pejabat Pos
Pejabat SPR Parti Politik
Borang & data pendaftaran diproses di Pejabat SPR
PENDAFTARAN
Kedutaan Malaysia di Luar Negara
ATM NGO
28
Berita SPR 1/2012
PDRM
Menyemak maklumat kewarganegaraan & umur pemohon dengan JPN melalui A.L.I.S
Laman web
Pejabat Kerajaan
JPN
Pejabat Pos Tempat awam PAMERAN di tempat-tempat yang diwartakan
TUNTUTAN
BANTAHAN
Pejabat SPR
Siasatan Awam
1. Menyemak rekod terdahulu pemohon sekiranya ada. 2. Menetapkan lokaliti dan bahagian pilihan raya untuk pemohon
PEMERAKUAN & PEWARTAAN Daftar Pemilih
Berita SPR 1/2012
29
Proses PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH SPR sentiasa berusaha untuk melibatkan tamat perkhidmatan dan persaraan membersihkan daftar pemilih agar anggota tentera) dan Polis DiRaja Malaysia (bagi bebas daripada sebarang nama kes-kes melibatkan tamat perkhidmatan dan pemilih yang sudah hilang kelayakan persaraan anggota polis). Bagi kes-kes yang seperti telah meninggal dunia, melibatkan hilang kelayakan disebabkan dilucutkan taraf kewarganegaraan kesihatan mental, SPR turut mendapat atau dijatuhi hukuman oleh mahkamah. bantuan daripada Kementerian Kesihatan. SPR mendapatkan maklumat mengenai Semua urusan ini dilaksanakan berpandukan warganegara yang telah melepaskan kepada Perkara 119 Perlembagaan hak kewarganegaraan atau dilucutkan Persekutuan dan Peraturan 25 Peraturanhak kewarganegaraan daripada JPN bagi Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran membolehkan SPR memotong namaPemilih) 2002. Selain mengeluarkan nama pemilih yang terlibat daripada daftar nama pemilih yang hilang kelayakan, pemilih. Selain JPN, SPR turut mendapatkan SPR turut membetulkan maklumat kerjasama daripada Jabatan Penjara Malaysia pemilih berdasarkan peruntukan untuk membekalkan maklumat tentang pemilih Peraturan 25 Peraturan-Peraturan yang telah dijatuhi hukuman penjara. Jabatan/ Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) agensi lain yang membantu SPR dalam usaha 2002. Pembetulan butiran mengemaskinikan daftar pemilih khususnya dalam maklumat pemilih seperti mengeluarkan nama pemilih yang tidak berkelayakan nombor kad pengenalan, mengundi secara pos adalah Kementerian Luar nama, bangsa, jantina dan Negeri (bagi kes-kes berkaitan Pengundi Tidak Hadir lokaliti dilakukan berdasarkan luar Negara), Kementerian Pertahanan (bagi kes-kes maklumat A.L.I.S.-J.P.N. atau maklum balas terus yang dikemukakan sendiri oleh pemilih.
30
Berita SPR 1/2012
Jabatan Penjara Malaysia
1. Pembersihan nama pengundi yang telah disabitkan hukuman penjara melebihi 1 tahun 2. Pembersihan nama pengundi yang telah disabitkan hukuman mati.
Kementerian Kesihatan
1. Pembersihan nama pengundi yang telah disahkan sebagai kurang siuman.
ATM & PDRM
1. Pembersihan nama pengundi yang telah disahkan tamat perkhidmatan (tidak layak menundi awal/ secara pos) 2. Pembersihan nama pasangan pengundi yang telah disahkan tamat perkhidmatan (tidak layak menundi awal/ secara pos)
Aduan & Pengesahan Orang Awan
TIDAK LAYAK MENGUNDI AWAL/ SECARA POS TETAPI BOLEH MENGUNDI SECARA BIASA DENGAN SYARAT MENDAFTAR SEMULA SEBAGAI PEMILIH BIASA
Jabatan Pendaftaran Negara
1. Pembersihan senarai nama pengundi yang telah meninggal dunia 2. Pembersihan nama pengundi yang telah dilucutkan hak kewarganegaraan 3. Pembersihan nama pengundi telah melepaskan hak kewarganegaraan 4. Pembetulan butiran maklumat pengundi seperti nama, nombor KP & tarikh lahir
TIDAK LAYAK MENGUNDI AKIBAT HILANG KELAYAKAN MENGIKUT PERKARA 119 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PENGEMASKINIAN & PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH
Aliran Proses PENGEMASKINIAN & PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH
Pembetulan butiran maklumat pengundi seperti nama, jantina, agama & nombor KP.
Berita SPR 1/2012
31
BERKAITAN
DAFTAR PEMILIH Oleh :
M O H D K HA NA F E I MOHD J A MI L Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Pendidikan Pengundi
Antara isu semasa yang hangat diperkatakan oleh pihak–pihak tertentu mengenai daftar pemilih adalah seperti yang berikut:
ISU 1:
Nama Pemilih Yang Telah Meninggal Dunia Masih Belum Dikeluarkan Daripada Daftar Pemilih Isu nama pemilih yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih tersenarai dalam daftar pemilih yang digunakan dalam sesuatu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil masih diperkatakan oleh sebilangan masyarakat. Perlu diperjelaskan di sini bahawa pihak yang berwajib untuk mengemaskinikan rekod kelahiran dan kematian di negara ini ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). SPR mengeluarkan nama-nama mereka yang telah meninggal dunia daripada daftar pemilih berpandukan kepada rekod kematian yang diberikan oleh JPN. Kematian berlaku pada setiap saat, jam dan hari. Namun begitu, jika waris si mati tidak melaporkan kematian atau memperakukan kesahihan kematian tersebut kepada JPN, maka JPN tidak dapat mengemaskinikan maklumat kematian berkenaan dalam pangkalan data ALIS. Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telahpun meninggal dunia, SPR tidak dapat mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada daftar pemilih. Oleh yang demikian, kerjasama waris si mati amat diperlukan untuk melaporkan kematian berkenaan kepada JPN bagi membolehkan JPN mengemaskinikan pangkalan data ALIS dan seterusnya membolehkan SPR mengambil tindakan susulan mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada daftar pemilih.
32
Berita SPR 1/2012
ISU 2:
Pemilih Tidak Bermastautin Di Alamat Tempat Dia Didaftarkan Satu daripada topik hangat yang sering dibincangkan ialah berkenaan pemilih tidak bermastautin di alamat tempat dia didaftarkan sehingga ada yang salah mentafsirkan mereka ini sebagai pengundi hantu. Sebenarnya tidak wujud pengundi hantu. Apa yang berlaku ialah seseorang pemilih pergi mengundi di tempat tinggal beliau di mana beliau memohon untuk didaftarkan walhal pemilih berkenaan tidak lagi tinggal di kawasan tersebut. Bagaimanapun, beliau ialah pengundi yang sah dari segi undang-undang. Sebagai contoh, seseorang pemilih itu pada awalnya telah mendaftar di Kota Bharu, Kelantan. Walau bagaimanapun, sekarang ini beliau bermastautin di Putrajaya. Oleh sebab beliau belum lagi membuat permohonan pertukaran alamat bermastautin dengan JPN, beliau tidak dapat membuat permohonan kepada SPR untuk menukarkan
alamat Pusat Mengundinya daripada Kota Bharu, Kelantan ke Putrajaya. Susulan daripada itu, apabila tiba Hari Pengundian, beliau terpaksa balik ke Kota Bharu, Kelantan untuk mengundi. Beliau adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang dan bukannya “pengundi hantu� seperti yang disalah ertikan oleh pihakpihak tertentu. Dalam konteks ini, kerangka undang-undang semasa tidak memberikan kuasa kepada SPR untuk menukarkan alamat mastautin pemilih supaya lebih berdekatan dengan Pusat Mengundi mereka. Ini kerana mengikut Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar alamat Pusat Mengundi, maka namanya akan tetap disenaraikan di alamat asal tempat beliau mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya beliau telah pun bermastautin di suatu tempat baru. Malahan Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 membelenggu atau mengikat tangan SPR kerana SPR hanya boleh menukarkan alamat Pusat Mengundi seseorang pemilih, jika pemilih berkenaan memohon dengan mengisi borang A yang ditetapkan oleh undangundang.
menukarkan alamat pada kad pengenalan mereka kepada alamat tempat tinggal terkini dan mendaftarkan alamat tersebut dengan JPN. Selepas itu, barulah mereka boleh memohon dengan SPR untuk mendaftarkan pertukaran alamat Pusat Mengundi mereka. Permohonan pertukaran Pusat Mengundi dapat memudahkan pemilih menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lebih selesa di Pusat Mengundi yang berdekatan dengan tempat tinggal masingmasing.
Untuk mengatasi masalah ini, SPR sentiasa menggalakkan pemilih yang telah berpindah ataupun bertukar alamat bermastautin untuk
ISU 3:
Terdapat Ramai Pemilih Didaftarkan Dalam Satu- Satu Alamat Peranan utama SPR ialah untuk mendaftarkan seseorang pemilih baru ataupun pemilih yang hendak bertukar alamat Pusat Mengundi berasaskan kepada alamat yang tertera dalam kad pengenalan pemohon ataupun yang terdapat dalam pangkalan data JPN. Di sini ingin ditegaskan bahawa peranan SPR bukanlah untuk menentukan kesahihan alamat yang diberikan oleh seseorang pemohon sama ada benar-benar wujud atau sebaliknya. Ini kerana SPR tidak mempunyai jentera besar yang boleh digunakan untuk memeriksa alamat seseorang pemohon dari rumah ke rumah di seluruh negara. SPR dengan SUCI HATI mempercayai alamat yang diberikan oleh seseorang pemohon itu sebagai alamat yang sahih dan mendaftarkannya dalam bahagian pilihan raya berkenaan.
SPR telah menjalankan kajian terhadap kes “7 Orang Pemilih Yang Didaftarkan Menggunakan Satu Alamat� dalam tahun 2005. Hasil kajian tersebut, SPR telah menemui perkara-perkara berikut: (i) Di kawasan bandar, fenomena terdapat lebih daripada (7) orang pemilih (kadang kala terdiri daripada berlainan bangsa) didaftarkan menggunakan satu alamat adalah disebabkan alamat tersebut merupakan alamat bagi sebuah rumah sewa atau bertukar pemilik. Penghuni rumah itu silih berganti dari satu kaum ke kaum. Namun begitu, apabila mereka berpindah ke suatu kawasan baru, pemilih berdaftar tersebut tidak memohon untuk membuat pertukaran alamat Pusat Mengundi ke suatu Pusat Mengundi yang lebih berdekatan dengan alamat bermastautin terkini mereka. Oleh itu, apabila ada kumpulan penyewa atau pemilik Berita SPR 1/2012
33
baru daripada kaum lain menduduki rumah tersebut dan menggunakan alamat berkenaan untuk didaftarkan sebagai pemilih, maka berlakulah isu lebih daripada tujuh (7) orang pemilih daripada pelbagai bangsa didaftarkan menggunakan satu alamat yang sama. (ii) Di kawasan luar bandar ataupun di kawasan penempatan rumah setinggan yang tiada alamat, lazimnya penduduk setempat akan menggunakan alamat kedai kopi, kedai runcit atau rumah saudara mara terdekat yang ada alamat sebagai alamat surat menyurat mereka. Dengan ini, mereka akan menggunakan alamat surat-menyurat sebagai alamat untuk mereka mendaftar sebagai pemilih dengan SPR. Keadaan ini menyebabkan berlakunya lebih daripada (7) orang pemilih didaftarkan dalam satu alamat. Walau bagaimanapun, semenjak Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (SPPST) yang dilaksanakan mulai 16 Julai 2002, SPR hanya mendaftarkan seseorang pemilih berdasarkan alamat yang tertera dalam kad pengenalan pemohon ataupun alamat terkininya yang terdapat dalam pangkalan data ALIS di JPN.
ISU 4:
Pemilih Hanya Mempunyai Alamat Umum Tetapi Tidak Ada Nombor Rumah Dalam Daftar Pemilih Isu mengenai seseorang pemilih hanya mempunyai alamat umum tetapi tidak ada nombor rumah merupakan satu lagi isu yang kerap diperkatakan khususnya oleh partiparti politik kerana kesukaran mereka untuk menghubungi pemilih yang telah didaftarkan dalam sesuatu lokaliti. Keadaan ini berlaku kerana pemilih berkenaan hanya memberikan alamat umum sahaja seperti kampung atau jalan tanpa memberikan nombor rumah dalam borang permohonannya. Perkara seperti ini banyak berlaku di kawasan–kawasan penempatan di 34
Berita SPR 1/2012
Untuk mengatasi masalah ini, SPR sentiasa menggalakkan pemilih yang telah berpindah ataupun bertukar alamat bermastautin untuk menukarkan alamat pada kad pengenalan mereka kepada alamat tempat tinggal terkini dan mendaftarkan alamat tersebut dengan JPN. Selepas itu, barulah mereka boleh memohon dengan SPR untuk mendaftarkan pertukaran alamat Pusat Mengundi mereka. Permohonan pertukaran Pusat Mengundi dapat memudahkan pemilih menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lebih selesa di Pusat Mengundi yang berdekatan dengan tempat tinggal masingmasing.
luar bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Malahan, alamat umum sebegini juga turut tertera dalam kad pengenalan pemilih berkenaan. Sebagai contoh, alamat Batu 30 Jalan Ayer Lanas, Machang, Kelantan. Dalam konteks ini, terdapat berpuluh buah rumah yang menggunakan alamat tersebut. SPR tidak dapat mengenalpasti lokasi sebenar rumah pemohon dengan tepat yang terletak antara puluhan rumah di Batu 30, Jalan Ayer Lanas, Machang, Kelantan itu. Selain daripada itu perlu dijelaskan bahawa daftar pemilih yang sedia ada merupakan daftar pemilih yang dipusakai semenjak urusan pendaftaran pertama dijalankan. Semasa urusan pendaftaran tersebut , kemungkinan maklumatmaklumat yang didatakan itu adalah kurang
lengkap terutamanya dari segi alamat pemilih, butiran kaum, butiran jantina dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan SPR tidak dapat memperkemaskan maklumat-maklumat yang terkandung dalam daftar pemilih jika pemohon itu sendiri tidak mengemukakan permohonan untuk membuat pembetulan kepada butiran maklumat peribadi masing-masing. Sehubungan dengan itu, SPR telah berusaha melaksanakan kempenkempen kesedaran untuk meminta pemilih supaya menyemak maklumat mereka dalam daftar pemilih dan mengemaskinikan butiran maklumat mereka berdasarkan alamat kediaman sebenar mereka.
ISU 5:
Terdapat Kesilapan Butiran Peribadi Pemohon Dalam Daftar Pemilih Walaupun SPR ada membuat semakan terus dengan pangkalan data ALIS di JPN, tidak dapat dinafikan bahawa kadang kala kakitangannya mungkin tersilap membuat kerja-kerja pendataan. Keadaan ini menyebabkan ejaan nama pemilih, nombor kad pengenalan, bangsa, jantina dan alamat pemilih itu telah silap didatakan. Walau bagaimanapun, kesilapan-kesilapan begini adalah kecil.
SPR juga mengalu-alukan maklum balas daripada pemilih untuk membetulkan atau mengemaskinikan maklumat mereka. Maklum balas boleh dikemukakan melalui surat atau melalui sistem aduan pelanggan yang terdapat di laman sesawang rasmi SPR.
Untuk mengatasi masalah ini, SPR telah pun memantapkan lagi sistem kawalan kualiti di peringkat input, through-put dan output. Malahan, dibangunkan aspek verifikasi dan validasi di setiap peringkat input, through-put dan output. Dengan ini adalah diharapkan satu hari nanti semua maklumat yang dibuat pendataan adalah tepat dan SPR berupaya menyediakan daftar pemilih yang lebih tepat, terkini serta bebas daripada sebarang kesilapan. SPR sentiasa membuka ruang kepada pemilih untuk menyemak maklumat mereka dalam daftar pemilih. Semakan boleh dibuat melalui SMS, laman sesawang rasmi SPR, panggilan telefon atau hadir sendiri ke pejabat-pejabat SPR.
Berita SPR 1/2012
35
SPR MELANTIK PEMERHATI PILIHAN RAYA UMUM KE-13 Bagi tujuan memperlihatkan ketelusan proses pilihan raya yang dilaksanakan, SPR akan melantik pemerhati pilihan raya tempatan dan bercadang untuk menjemput pemerhati antarabangsa semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Para pemerhati akan diberikan akreditasi dan ditetapkan kawasan pemerhatian masing-masing. Mereka juga akan diberikan taklimat berhubung proses pilihan raya dan skop pemerhatian sebelum dilantik sebagai pemerhati. Setiap kumpulan pemerhati akan membantu SPR memerhatikan proses pilihan raya dan melaporkan hasil pemerhatian mereka kepada SPR melalui satu Laporan Khas. Bagi kumpulan pemerhati tempatan, SPR bercadang melantik kumpulan pemerhati dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat bersikap berkecuali (neutral) dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Bagi tujuan melaksanakan cadangan ini, SPR telah mengundang beberapa wakil NGO yang telah dikenal pasti untuk berbincang tentang modus operandi pemerhatian tersebut. Sesi perbincangan pertama telah diadakan pada 28 Mei 2012 di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan mesyuarat kedua pada 12 Jun 2012. Dalam perbincangan tersebut, kesemua
Oleh :
Muhamad Firdaus Mohd Ramli Setiausaha Bahagian Analisis Data
wakil yang hadir menunjukkan minat dan sikap positif untuk membantu SPR sebagai pemerhati proses Pilihan Raya Umum Ke-13. Jalinan kerjasama yang mesra antara SPR dan wakilwakil NGO berkenaan akan diteruskan dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan siri perbincangan lanjut bagi menambah baik garis panduan kaedah pemerhatian supaya lancar dan berkesan. Di samping pemerhati tempatan, SPR turut bercadang melantik pemerhati daripada badanbadan pengurusan pilihan raya (EMB) luar negara termasuk institusi antarabangsa. SPR amat mengalu-alukan maklum balas dan pandangan para pemerhati tentang proses pilihan raya yang dilaksanakan. SPR sedia menerima apa-apa cadangan untuk menambah baik proses pilihan raya melalui Laporan Pemerhatian PRU Ke-13 yang akan disediakan. Semoga dengan wujudnya para pemerhati tempatan dan antarabangsa yang memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, proses pilihan raya yang dilaksanakan akan berjalan dengan baik mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan secara telus dan demokratik.
K E A R A H A K S E S M E D I A YA N G S A K S A M A DALAM PILIHAN RAYA Oleh :
Akses media yang saksama kepada semua parti politik yang bertanding dalam PRU Ke-13 untuk muncul bersiaran di kaca televisyen atau melalui radio merupakan isu yang telah lama diberi perhatian oleh SPR apabila membincangkan aspek pengurusan pilihan raya yang bebas dan adil. Secara teori, semua parti politik dibenarkan untuk berkempen bagi menjelaskan manifesto pilihan raya masing-masing secara bebas melalui media sama ada media konvensional mahupun media baru. Walau bagaimanapun, isu yang sering dibangkitkan adalah untuk mendapatkan ruang siaran yang saksama dalam media awam seperti tv dan radio milik kerajaan. Atas kesedaran ini, SPR telah memulakan inisiatif untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berwajib terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk mendapatkan ruang siaran bagi parti-parti politik yang bertanding dalam PRU Ke-13 menjelaskan butir-butir manifesto mereka melalui stesen tv dan radio milik kerajaan. Pada 30 Mei 2012, satu mesyuarat telah diadakan di 36
Berita SPR 1/2012
Sabri Said Pegawai Perhubungan Awam
Ibu Pejabat SPR untuk berunding dengan pihakpihak yang terlibat. Selain KPKK yang diwakili sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementeriannya, mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil-wakil daripada Jabatan Penyiaran, BERNAMA dan Kementerian Dalam Negeri. Hasil perbincangan tersebut, pihak Kementerian secara dasarnya telah bersetuju untuk membenarkan parti-parti politik muncul di kaca tv atau stesen radio untuk menjelaskan manifesto masing-masing. Namun begitu, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperincikan garis panduan bagi pelaksanaan perkara tersebut. Beberapa siri perbincangan lanjutan dijangka akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut termasuk aspek-aspek teknikal. Pelaksanaan perkara ini dijangka akan dapat memberi peluang kepada parti-parti politik untuk menerangkan buti-butir manifesto mereka melalui media awam selaras dengan tuntutan bagi menjayakan satu pilihan raya yang adil dan saksama.