Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen Isu #6 Januari 2016

Page 1

SURAT BERITA KONSTITUEN DALAM ISU INI PENGEMASKINIAN SIDANG PARLIMEN  Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016  Misteri 1MDB-DuSable  Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik  Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara.

PROJEK KOMUNITI  Kem kesihatan percuma di Angsana  Kajian selidik perumahan Desa Mentari  Perasmian Tadika Glenmarie, dan tanggungjawab sosial korporat IJM Bhd.

PROGRAM-PROGRAM PUSAT KHIDMAT KELANA JAYA  Pengumpulan Dana Star Wars P104  Selamat Tinggal kepada Tim dan Gillian

AKAUN Hingga ke 31hb Disember 2015

WONG CHEN

AHLI PARLIMEN KELANA JAYA ISU #6 JANUARI 2016

Salam daripada Ahli Parlimen anda! Selamat tahun baru kepada anda semua! Ini merupakan surat berita keenam saya kepada para penduduk Kelana Jaya. Sebagai Ahli Parlimen (AP) anda, pejabat saya akan berusaha untuk menerbitkan satu surat berita setiap enam bulan untuk memberi maklum balas terkini berkaitan perkembangan isu-isu Parlimen. Untuk isu ini, saya akan mendedahkan akaun-akaun 2015 pejabat saya. Saya dengan besar hatinya ingin melaporkan bahawa saya telah hadir pada setiap hari untuk sesi Parlimen sepanjang enam bulan lalu. Saya telah menyampaikan tujuh hujah penting di Parlimen dan telah menyertai proses pencelahan dan perbahasan. Kejayaan utama pejabat saya merupakan pengendalian dan penyediaan Belanjawan Pakatan Harapan 2016. Sebagai seorang AP sesi pertama, prestasi saya adalah baik dan mantap. Semasa permulaan sesi saya pada 2013, saya telah diberi kedudukan paling hujung di barisan belakang Parlimen walaupun saya telah memenangi undian PKR yang kedua tertinggi di Malaysia (YB Rafizi Ramli telah mendapat undian tertinggi). Susunan di Parlimen lazimnya berdasarkan kuasa naungan politik. Sebagai seorang teknokrat berfikiran bebas, saya telah “dianugerahi” kerusi terakhir di Parlimen. Hal ini terbukti menjadi masalah praktikal. Kedudukan ini bermaksud saya tidak akan diberi peluang untuk menyuarakan isu-isu bagi pihak para penduduk Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, saya telah bertekad untuk berusaha dengan lebih bersemangat. Pejabat saya juga telah berkerja lebih keras. Saya mula menyediakan ucapan saya lebih awal, membentangkan fakta-fakta, dan mengurangkan retorik. Saya mula berlatih dan memperhalus penyampaian ucapan saya. Pejabat saya banyak menjalankan kaji selidik dan pengumpulan data. Saya telah memberi kenyataan-kenyataan media dan mengikuti isu-isu dengan bersungguh-sungguh. Saya telah memberi taklimat kepada AP senior mengenai hal-hal kewangan rumit. Pejabat saya telah menyelaras dan menyediakan belanjawan Pakatan Harapan. Saya juga telah mengendali beberapa AP dalam rang undang-undang hak asasi manusia apabila tiada sesiapa yang ingin melakukannya. Pada bulan Oktober/sesi belanjawan, kedudukan Parlimen dirombak mengikuti pembentukan Pakatan Harapan. Saya diberi kerusi di tengah-tengah Parlimen bersama AP sesi kedua dan ketiga. Namun, saya masih seorang teknokrat bebas yang akan membuktikan dirinya melalui perkhidmatan jujur, bukan melalui kuasa naungan politik


Isu-isu Politik Negara Pada tahun ini, sistem demokrasi Malaysia yang sudah rapuh telah dimusnahkan. Tidak ada kata yang dapat menggambarkan betapa jelaknya Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tidak ada kata yang dapat menunjukkan betapa jijiknya skandal 1MDB. AP Barisan Nasional langsung tidak mempunyai setitik keberanian untuk menghadapi isu mudah RM 2.6 bilion ini. Peranan Parlimen Malaysia telah dilewahkan oleh pihak berkuasa. Parlimen kini diperalatkan untuk membentuk suatu kuasa autokrasi. Di luar Parlimen, samseng-samseng kebal dibenarkan membangkit perselisihan perkauman. Sifat tidak bertoleransi dalam isu agama juga bertambah teruk. Gabungan UMNO dan PAS mungkin akan direalisasikan dalam tempoh enam bulan dari sekarang, dan akan menyebabkan impak nasional dahsyat dan cabaran langsung kepada kerajaan Selangor.

Benar , PM Najib telah berjaya memperkukuh posisinya di negara ini. Beliau telah mengendalikan dirinya dengan sempurna dalam dunia politik walaupun beliau menghadapi skandal RM 2.6 bilion dan tahap populariti yang telah menjunam teruk. Beliau telah berjaya memperkuatkan kawalannya ke atas UMNO dan perkhidmatan awam. Beliau telah berjaya membinasa perpaduan pihak Pembangkang dengan memenjarakan Anwar dan telah bercumbu-cumbu dengan beberapa pemimpin pembangkang. Melalui MKN, Naijb akan diberi kuasa melampaui apa yang dibenarkan menurut Perlembagaan Negara. Strateginya akan membanggakan Machiavelli, tetapi untungnya berkos tinggi. Kos sosio-politiknya akan membebankan rakyat. Dari segi politik, demokrasi Malaysia kini menyusup ke zaman paling kelam dalam sejarah moden negara.

Isu-isu Ekonomi Negara Para penduduk Kelana Jaya, krisis ekonomi akan melanda. Kita mesti bertindak cepat dan tegas. Isu pentadbiran dan rasuah yang masih boleh ditangani mesti diselesaikan. Pada 2015, implementasi GST sebanyak 6% telah menyebabkan keyakinan konsumen merosot, mengakibatkan kelembapan aktiviti perniagaan. Kemudian, terjadinya skandal 1MDB yang telah menghapuskan keyakinan pelabur, menyebabkan pelarian modal dan penurunan nilai wang Ringgit. GST dan kejatuhan nilai Ringgit telah membawa kepada tekanan inflasi dan kos barangan isi rumah naik tidak terhenti-henti. Hanya kejatuhan harga minyak yang mempertahankan negara daripada inflasi lian. Namun, hal ini sebenarnya mendatangkan kesan negatif kepada negara kerana Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak dan gas. Memandangkan Malaysia telah banyak meminjam wang, kita bukan sahaja mungkin gagal “rollover� bon kita, malah kita mungkin akan ingkar pembayaran balik kita. Jika hal ini berlaku, Malaysia akan menghadapi malapetaka ekonomi.

Musim salji hangat dan amalan menempah OPEC yang berbahaya bermakna harga minyak akan kekal rendah dan krisis fiskal akan melanda 2016. Kita kemungkinan juga akan mengalami kedaulatan negara yang rapuh. Untuk seluruh rakyat, harga barangan akan terus meningkat. Tahap gaji akan kekal dan peluang pekerjaan akan hilang. Sektor perbankan, minyak dan gas, perumahan, dan pembinaan akan mundur. Hutang rumah tangga kini di kadar peratus yang tertinggi iaitu 88% GPD, menyebabkan pinjaman tidak berbayar dan kemuflisan. Kerajaan akan mengurangkan perkhidmatan sosial, seperti pendidikan dan kesihatan. Kesemuanya merupakan berita yang buruk. Namun, adakah UMNO BN akan menyelesaikan isu-isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah? Malangnya, setelah memerhati cara mereka beroperasi, saya amat pesimistik yang mereka akan lakukannya, terutamanya di bawah pimpinan PM RM 2.6 bilion kita, Najib Razak.

Berita Komuniti Saya sering memberi pujian ini bagi setiap surat berita saya; YB Hannah Yeoh seumpama malaikat dan merupakan ADUN terbaik yang pernah mewakili para penduduk kawasannya. Sepanjang enam bulan yang lalu, saya juga telah membiasakan diri dengan para konstituen saya di Subang Jaya dan Seri Setia. Khususnya, saya kagum dengan ketua-ketua komuniti JKP Zon 3 yang amat berdedikasi dan tekun. Perkhidmatan mereka membolehkan pejabat saya untuk menumpukan perhatian kami terhadap isu-isu nasional dan Parlimen. Kami telah menlaksanakan pelbagai kerja komuniti dan perkhidmatan sosial sepanjang enam bulan yang lepas. Surat berita ini akan melaporkan sebahagian kecil projek-projek ini.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN saya, YB Hannah Yeoh dan YB Nik Nazmi atas perkhidmatan dedikasi mereka kepada penduduk-penduduk Kelana Jaya. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua kaunselor dan ahli JKP. Meski kemuramaan negara, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua penduduk Kelana Jaya. Saya sebagai Ahli Parlimen anda akan terus memperjuang hak-hak anda demi masa hadapan yang lebih aman dan adil untuk seluruh rakyat. Yang benar,


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

PENGEMASKINIAN SIDANG PARLIMEN Persidangan ketiga dan terakhir pada tahun ini telah diadakan dari 19hb Oktober ke 3hb Disember 2015. Persidangan pertama tahun 2016 akan bermula pada bulan Mac.

Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan untuk Malaysia 2016: Mengelakkan Krisis Dasar falsafah Pakatan Harapan ialah ekonomi pasaran berorientasi sosial, sebagaimana yang diamalkan di negara-negara Nordik dan Germanik. Namun, kami sedar kepentingan merangkumi unsur-unsur Asia dan Islam dalam struktur ekonomi sebegini. Pakatan Harapan mengesyorkan pendirian berdisiplin dalam perancangan belanjawan negara, dan secara umumnya, tidak mencadangkan pump priming untuk tahun 2016. Sebaliknya, kami menitik berat faktor-faktor pembangunan modal insan dan penjimatan wang daripada langkah-langkah pencegahan rasuah. Kami turut menumpukan perhatian terhadap pengunjuran fiskal dan dasar-dasar polisi. Idea-idea polisi untuk mengelakkan krisis ekonomi juga telah kami cadangkan. Belanjawan ini telah dilancarkan pada 21hb Oktober setelah selesainya 8 minggu proses penyelidikan, analisis, pemformatan, ilustrasi, dan penulisan bersama staf dan intern saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan intern yang telah bekerja keras dalam projek ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Eric Lee, Koh Wyhow, dan Nadirah Sharif, ahli-ahli pejabat saya, yang telah berusaha menghasilkan laporan ini.

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik Saya tidak menyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), terutamanya atas sebab isu-isu persaingan dan kedaulatan negara. Saya yakin terhadap dasar Keynes/ekonomi pasaran sosial dan percaya bahawa kerajaan perlu memimpin, tetapi pada masa yang sama, harus membenarkan pasaran beroperasi dalam lingkungan strategi national dan matlamat sosial. Negara-negara maju yang kini menyokong TPPA dahulunya telah beroperasi atas dasar fahaman pasaran perlindungan. Setelah maju, negara-negara ini sekarang menggalakkan “ekonomi pasaran bebas” pula dan ingin kami bersaing tanpa pasaran perlindungan. Ada yang berkata bahawa TPPA merupakan satu bentuk “tough love”. Tetapi ini seumpama seekor semut bertengkar dengan seekor gajah. Kesemua negara perindustrian pada hari ini telah memperkuatkan pasaran mereka berdasarkan fahaman perlindungan. Sokongan mereka bagi konsep “ekonomi pasaran bebas” adalah untuk mengukuhkan penguasaan global mereka sendiri. Persidangan Parlimen khas untuk membahaskan TPPA akan diadakan pada bulan Januari tahun 2016.


Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara

Misteri 1MDB-DuSable

Ingatlah 3hb Disember 2015 sebagai tarikh di mana sistem demokrasi kita yang rapuh ini berakhir. Pada hari ini, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang memberi kuasa tidak terkekang kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan, telah dibentangkan secara terburu-buru di Parlimen.

Saya mula meneliti hal DuSable dan 1MDB sejak bulan April 2014 apabila kedua-dua pihak telah memasuki satu urusan usahasama untuk memajukan loji kuasa suria di Kedah, sebagaimana yang telah dilapor oleh The Star. Carian di Internet akan mendedahkan hubungan kuat antara DuSable dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Perbentangannya amat serius dan AP Pakatan Harapan telah menyampaikan hujah-hujah yang mempunyai dua tema utama.

Pada 27hb Oktober 2015, saya telah memohon status terkini mengenai loji tenaga solar 1MDB-DuSable di Kedah. Perdana Menteri Najib Razak, sebagai Menteri Kewangan, telah memberi jawapan pendek yang menghairankan: 1MDB tidak pernah menandatangani urusan usahasama dengan Dusable

Kami akan terus berjuang menentang undang-undang sekejam ini.

Pertama, Perlembagaan Negara telah memutuskan bahawa hanya Yang Di Pertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat dan memerintah angkatan tentara negara, bukan PM. Akan tetapi, undangundang ini akan membenarkan PM menggantikan kuasa Agong dan mengarah tentera.

Malangnya, kami telah kalah undian: 74 dari Pakatan Harapan menentang 107 dari Barisan Nasional.

Tidak lama kemudian, 1MDB dan DuSable telah mengeluarkan satu kenyataan bersama untuk menegaskan bahawa tiada sebarang urusan usahasama mengenai projek tenaga solar di Kedah, dan telah membuat keputusan untuk memasuki suata urusan usahama yang lain. Walaupun saya menghargai kenyataan ini, saya sebenarnya menunggu jawapan dari Perdana Menteri memandangkan isu ini sepatutnya dijawab olehnya di Parlimen.

Ada kalanya saya rasa kami seperti dalam novel Kafka. Geram dan kecewanya tidak terkata. Namun, saya tidak akan berputus asa. Rakan-rakan sekerja saya tidak akan berputus asa. Walaupun kami gagal menghalang kelulusan Akta tersebut, kami akan terus berjuang menentang undang-undang sekejam ini.

Apakah perjanjian yang telah diputuskan oleh keduadua pihak tersebut? Mengapakah 1MDB-DuSable seolah-olahnya cuba memberi justifikasi teknikal untuk jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan saya, yang pada realitinya, tidak menyebut apa-apa berkaitan sebarang “urusan usahasama�?

Kedua, kuasa di bawah MKN hanya akan diberi kepada PM sahaja, kerana majlis ini memberi kuasa penuh kepadanya untuk menguatkuasakan Akta tersebut.


Pusat Khidmat Kelana Jaya Newsletter Issue #6

SERIAN MEDIA

PADA HUJUNG TAHUN 2015 Berikut adalah petikan daripada beberapa ucapan dan kenyataan akhbar saya sepanjang 6 bulan yang lalu.

“Secara dalaman... UMNO sebagai sebuah parti politik kini terjerat dan terlalu gentar untuk menyingkir seorang pemimpin yang tidak popular. Situasi ini, di mana parti tersebut terhutang kepada Najib dan masih terus menyokongnya, amatlah menghairankan. “... Ini juga bermakna bahawa sistem naugan politik yang telah dimulai dan diamalkan dengan begitu mahir oleh Dr Mahathir telah menjadi masalah yang serius untuk UMNO. Sebaik sahaja tulang belakang UMNO tidak mampu mendukung beban ini, segalanya akan termusnah.” − Ucapan “1MDB dan implikasinya” di University of Sydney pada 7hb September 2015 “Sekiranya [pihak Pembangkang menang], kami akan menyelesaikan beberapa isu mudah... Perbaiki demokrasi Malaysia, jalankan pilihan raya dengan bebas dan adil, pertahankan kebebasan media para, pastikan AP bergaji tinggi supaya pergantungan pada wang, yang lazim menyebabkan unsur rasuah dalam pentadbiran, dapat dibasmikan, dan tetapkan tempoh 2 tahun maksima seseorang boleh memegang jawatan PM. “... Laksanakan semuanya, dan saya menjangka dalam masa 2 tahun pertama, 100,000 orang daripada 1.3 warganegara Malaysia [di luar negara] akan kembali. − The Foreign Correspondents’ Club, Hong Kong pada 6hb Julai 2015 “Menurut syarat-syarat TPPA, Malaysia dikehendaki menyediakan Pembekal Perkhidmatan Internet (PSI) insetif perundangan untuk menyingkir sesuatu kandungan yang dianggap sebagai ciptaan yang dilindungi hak cipta. Di bawah Bab Hak Milik Intelektual TPPA, PSI akan berperanan sebagai “polis internet”. Ini bertentangan dengan undangundang Hak Cipta negara di mana PSI tidak dikehendaki menyingkir kandungan sebegitu sehingga notis diberi oleh pemilik hak cipta kandungan tersebut. “TPPA telah mengubah peraturan Internet... dan hanya akan memanfaatkan syarikat-syarikat.” − Kenyataan media mengenai kebebasan Internet bersama Dr. Hatta Ramli dari AMANAH pada 24hb November 2015


PROJEK-PROJEK KOMUNITI

Projek-projek komuniti merupakan sebahagian besar perkhidmatan kami. Kami berpendapat bahawa peranan pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya merangkumi komitmen berterusan kepada komuniti serta sokongan sosial bagi golongan yang susah. Kem Kesihatan Percuma di Angsana Pada 9hb Ogos, kami telah mengadakan kem kesihatan percuma di USJ 1 Angsana. YB Hannah turut menyertai kem ini, dan untuk pertama kalinya, pejabat saya telah membantu mengaturkan kem sebegini di Subang Jaya. Kem tersebut bermula dengan perlahan pada 8.30 a.m., jadi saya, Tim, Amir, dan Encik Phang telah berondaronda di kawasan pangsapuri Angsana untuk mengumumkan anjuran kem tersebut bagi menarik perhatian para penduduk. Program tersebut telah berakhir pada pukul 3.00 p.m., dan kami telah berjaya memecah rekod kadar penyertaan kem-kem kesihatan yang lalu. Kem ini telah berjaya dengan sokongan dari Community Excel Services, World of Life, dan Save Ones Sight Mission. 360 penduduk telah menerima rawatan kesihatan dan perubatan percuma. Terima kasih kepada para doktor, pakar farmasi, penuntut perubatan, dan sukarelawan. Tahniah dan terima kasih kepada anda semua! Terutamanya. saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para sukarelawan saya, Encik Leong, Encik Ho, Encik Phang, dan Wyhow, yang telah mengendalikan program ini. Saya juga gembira bertemu dengan bekas intern-intern saya, Ying Ning, WWW, Ashley, Nick, MX, Ann Charlotte, dan Jia Hui, yang turut datang membantu. Perasmian Tadika Ladang Glenmarie Pada 7hb Ogos, kami telah merasmikan tadika Ladang Glenmarie, sebuah tadika yang dikendali oleh YWCA. Sahabat saya, William Arul, merupakan penderma kepada projek pembaikpulihan tadika tersebut. Perasmian ini dijalankan secara serentak dengan satu program kem kesihatan percuma bersama Community Excel, Word of Life, dan Save Ones Sight untuk para penduduk Glenmarie. Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan saya, Leong dan Ho, para doktor, penuntut perubatan, dan YWCA kerana menganjurkan program ini.


Kajian Selidik Perumahan Desa Mentari Pada 3hb Oktober, sebanyak 70 penuntut pentadbiran perniagaan dari Sunway University telah membantu pejabat dan intern-intern saya menjalankan satu kajian selidik sosioekonomi di Desa Mentari. 2 bulan yang lalu, kami telah mengkaji Blok 1. Pada hari ini, kami akan menghabiskan kajian bagi 7 blok yang lain, iaitu Blok 2 hingga Blok 8.

Tanggungjawab Sosial Korporat IJM Bhd

5hb Disember 2015 adalah hari yang sangat sibuk di Kelana Jaya. IJM Bhd telah memilih Desa Mentari, Kampung Lindungan, dan Desa Ria untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya. Kawasankawasan ini merupakan kawasan bandaran kemisikinan di konstituensi saya. IJM telah menghantar 500 kakitangannya bersama CEO dan pegawai-pegawai kanannya. Mereka telah membersihkan sebahagian besar kawasan am dan membaikpulih tiga taman permainan. Bagi pihak para penduduk konstituensi saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IJM dan pasukan sukarelawannya atas aktiviti mereka. Saya juga berterima kasih kepada Encik Leong, Encik Ho, dan Amir yang telah berjaya menguruskan program ini bersama IJM. Sejak dilantik sebagai wakil rakyat Kelana Jaya pada tahun 2013, saya telah memutuskan untuk menumpukan perkhidmatan dan peruntukan pejabat saya kepada para penduduk yang serba kekurangan. Program-program yang kami jalankan adalah terbatas kepada kebajikan, pendidikan, dan kesihatan. Kami tidak mempunyai keupayaaan kewangan untuk menjalankan projek-projek pembinaan dan pembaikpulihan. Apabila pihak IJM telah mencadangkan satu program CSR di Kelana Jaya, kami telah menerima berita ini dengan suka cita. Pada tahun 2014, pihak IJM juga telah menyokong satu projek kecil di kawasan Desa Ria di mana tangga-tangga rosak yang membahayakan keselamatan kanak-kanak telah dibaiki sepenuhnya. Segala kerja pembaikan telah berjaya disiapkan tepat pada masanya dan tidak melebihi bajet yang telah ditentukan. Kami percaya bahawa kerjasama antara IJM dan pejabat kami adalah berasaskan prinsip ketelusan, akauntabiliti, dan profesionalisme. Atas pesefahaman tersebut, kami berharap pihak IJM akan terus membantu golongan serba kekurangan di kawasan Kelana Jaya.

Saya juga telah mengambil kesempatan ini untuk melawat 4 orang penduduk konstituensi saya yang berpenyakit tenat. Dalam setiap situasi kemiskinan bandaran, sentiasa terdapatnya satu unsur yang tetap: kesihatan yang amat teruk. Saya telah bertemu dengan seorang wanita berusia 61 tahun dengan kaki yang berkelemayuh tetapi menolak sebarang rawatan. Seorang lagi yang berumur 55 tahun telah hampir buta dan limpuh. Seorang warga tua berusia 45 tahun menghidap penyakit gout yang tenat di buku lali, pergelangan tangan, dan jari-jarinya. Saya juga telah bertemu dengan seorang wanita yang kakinya lumpuh layu. Kajian ini amat penting supaya pejabat saya dapat lebih memahami keadaan papa penduduk konstituensi saya. Sebelum ini, pejabat kami tidak diberi sebarang data yang andal daripada kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor. Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Annie dari Sunway University kerana mengendalikan pelajar-pelajar yang terlibat.


Pusat Khidmat Kelana Jaya Newsletter Issue #6

KEBAJIKAN

DAN SUMBANGAN KOMUNITI Semakin meleset ekonomi negara,, semakin berat beban kewangan yang ditanggung oleh golongan miskin di Kelana Jaya. Justeru, pejabat kami kadang-kala menyediakan bantuan kewangan untuk meringankan masalah mereka ini. Berikut adalah beberapa gambar penerima kebajikan kami pada akhir tahun 2015.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Anita, Sami, Sister Stella, Ustaz Zul, Ravi, dan Prakash atas pertolongan ikhlas mereka dalam membantu pejabat kami mengenal pasti penduduk-penduduk yang paling miskin. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Peter Chong dan YB Sivarasa Rasiah atas sumbangan mereka yang tidak ternilai.


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

AKAUN TAHUNAN HINGGA KE 31HB DISEMBER 2015 Berikut adalah akaun-akaun kami sepanjang tahun 2015.

PENYATA PENDAPATAN Pendapatan

JUMLAH (RM)

Derma Pendapatan faedah Tuntutan pejabat Pemabayaran balik

60,838.00 40.31 56,688.80 611.00

Jumlah Pendapatan

118,178.11

Perbelanjaan Utiliti Yuran cek Sewa Gaji pembersih Perbelanjaan lain-lain Perjalanan dan parkir Gaji intern Bekalan pejabat Gaji dan bonus KWSP PERKESO Kebajikan Pembaikpulihan Tabika Desa Ria Sewaan mesin fotokopi Kem kesihatan Program Mesra Rakyat VPN Hiburan Pinjaman hapus-kira Sewaan sistem PA Tuntutan staf Stem duti buku cek Tajaan - Projek kecil Deposit untuk hamper Perbelanjaan Deepavali Caj perkhidmatan

7,308.44 43.86 16,225.10 2,400.00 1,381.53 22.00 13,350.35 5,239.80 75,403.85 17,280.00 1,597.20 10.00 1,405.00 2,519.76 100.00 826.00 251.60 655.25 500.00 300.00 370.00 15.00 2,233.95 300.00 2,668.00 106.00

Jumlah perbelanjaan Lebihan bersih/(defisit)

152,512.69 -34,334.58


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

AKAUN TAHUNAN HINGGA KE 31HB DISEMBER 2015 Berikut adalah akaun-akaun kami sepanjang tahun 2015.

KUNCI KIRA-KIRA

JUMLAH (RM)

Hingga ke 31hb Disemerb 2015 Aset Aset tetap

7,725.10

Pinjaman

942.00

Deposit sewa

5,200.00

Wang tunai di bank

15,094.95

Wang tunai di tangan

3,327.15

Jumlah aset

32,289.20

Liabiliti Jumlah hutang kepada Wong Chen

93,023.90

Jumlah liabiliti

93,023.90

Liabiliti bersih

(60,734.70)

Ekuiti Baki b/f

26,400.12)

Lebihan bersih

(34,334.58)

Baki c/f hingga 30 Jun 2015

(60,734.70)


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

PROGRAM-PROGRAM PUSAT KHIDMAT KELANA JAYA

Berikut adalah beberapa program yang telah diadakan oleh pejabat P104 sepanjang enam bulan yang lalu.

Pengumpulan Dana Star Wars P104 Kami telah mengadakan Pengumpulan Dana Star Wars pada 21hb Disember! Acara tersebut sangat menyeronokkan; hampir semua orang telah hadir, semua yang telah datang berpakaian watak-watak Star Wars amat mengagumkan, dan suasananya agak meriah. AC Lightsabers juga telah medirikan sebuah booth menjual lightsaber yang boleh digunakan untuk tujuan perlawanan. Jutaan terima kasih kepada semua yang telah datang menyokong acara kami ini! Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih khas kepada kepada staf dan para sukarelawan saya. Terima kasih khususnya kepada Encik Leong dan Amir atas usaha gagah mereka dalam menjayakan pengumpulan dana ini. “May the Force be with you all�!

Selamat Tinggal kepada Tim dan Gillian 28hb Ogos merupakan hari terakhir staf pertama saya di pejabat ini, Timothy Kang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tim, yang telah berperanan sebagai tulang belakang pejabat saya dengan mengendalikan semua staf dan intern sepanjang dua tahun yang lalu. Tim akan mula bekerja sebagai seorang penerbit pelatih di BFM. 31hb Disember juga adalah hari terakhir Gilian Gan, pegawai penyelidik saya. Beliau seorang penyelidik yang cekap dan disukai oleh rakan-rakan sekerjanya dan ahliahli Parlimen. Kemahirannya terbukti apabila Ketua Pembangkang Kak Wan telah berhasrat mengupahnya. Namun, Gillian telah memilih untuk meneruskan kerjanya di pejabat saya sehingga ke akhir perkhidmatannya. Melakukan sesuatu pekerjaan yang bergaji rendah walaupun seseorang itu mempunyai kelayakan yang tinggi sememangnya tidak mudah. Memandangkan pejabat saya organisasi bukan untung, tidak adil untuk Tim dan Gillian kekal dengan gaji serendah ini. Kedua-dua telah berkhidmat untuk Malaysia, konstituensi Kelana Jaya, dan sistem demokrasi. Sekarang, tiba masanya untuk mereka meneruskan hidup untuk diri mereka sendiri. Kami akan rindu Tim dan Gillian dan berharap yang terbaik dalam segala yang mereka lakukan.


INTERN-INTERN PUSAT KHIDMAT KELANA JAYA

Intern-intern kami merupakan sebahagian daripada operasi pejabat ini yang sangat penting. Semangat positif dan sokongan berterusan mereka amat mengghairahkan. Berikut adalah testimoni-testimoni peribadi intern-intern kami mengenai pengalaman mereka di pejabat kami.

CARISSA HOW “Pengalaman saya sebagai seorang intern di pejabat YB Wong Chen adalah lebih baik daripada yang saya harapkan sejak permulaannya. YB Wong Chen menumpukan perhatian sepenuhnya melatih generasi muda dengan pertolongan stafnya yang sedia memberi dorongan dan bantuan kepada saya apabila ditugaskan dengan sesuatu kerja. Saya berpendapat bahawa pejabat-pejabat lain patut mempraktikkan amalan pejabat ini. “Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti komuniti di samping mempelajari prinsip-prinsip yang akan memberi faedah semasa bekerja pada masa hadapan. Konklusinya, pengalaman yang saya dapati daripada bekerja sebagai intern adalah satu pengalaman yang saya tidak akan lupa dan akan melakukannya lagi sekali jika masa mengizinkan.”

ALYCIA TAN “Sepanjang kerja saya sebagai seorang intern di pejabat YB Wong Chen, saya sedar seseorang tidak boleh mengimpi-impikan sebuah negara yang lebih berdaulat pada masa hadapan tetapi harus bekerja untuk merealisasikan impian tersebut. Generasi muda warganegara Malaysia harus selalu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang positif dalam pembangunan rakyat di negara ini. Berdasarkan cara YB Wong Chen dan pasukannya mengendalikan individu-individu amat miskin yang meminta bantuan, saya juga sedar bahawa perubahan bermula dengan keinginan yang sejati untuk membantu rakyat negara ini. “Saya mengakhiri kerja saya sebagai seorang intern dengan inspirasi untuk menyambung pelajaran saya di universiti dalam bidang undang-undang dengan harapan bahawa ijazah itu dapat memberi saya lebih banyak peluang untuk berkhidmat kepada negara.”

ABIGAIL NIMBALKER “Kerja saya sebagai seorang intern telah meluaskan pandangan saya terhadap isu-isu negara ini. Sebelum ini, saya tidak begitu tahu ataupun mengambil kisah mengenai perkara-perkara tersebut tetapi kini, banyak yang telah saya pelajari. Melalui kerja kaji selidik rang undang-undang, saya terlibat dalam isu-isu yang agak penting dan diberi peluang menyertai proses mencari penyelesaian bagi hal-hal tersebut. “Kerja ini bukan sahaja berkaitan kaji selidik, tetapi juga mengenai cara menangani dan menyelesaikan masalah-masalah individu-individu yang datang ke pejabat YB Wong Chen. Pengalaman ini amat menarik, terutamanya di pejabat ini, di mana pada masa lapang, kami mungkin akan dapat bermain pingpong, Politiko dan juga ‘Cards Against Humanity’.”


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

INTERN DIPERLUKAN!

Adakah anda berminat untuk mendalamkan pengetahuan anda mengenai Parlimen? Adakah anda ingin tahu peranan seseorang Ahli Parlimen?

Sertai kami sebagai seorang intern!

.....

Anda akan menerima elaun kecil sebanyak RM20 sehari dan makan tengah hari percuma sekali sekala. Berdasarkan kemahiran anda, anda boleh membantu kami dalam penyelidikan polisi dan dasar rancangan negara, kerja kemasyarakatan, ataupun kedua-duanya.

Sila hantar CV dan surat lamaran anda kepada research@wongchen.com.


STAF

PUSAT KHIDMAT KELANA JAYA Memperkenalkan golongan belia Malaysia yang meyokong YB Wong Chen dalam perjuangannya mempertahankan masa hadapan negara.

GILLIAN GAN Gillian telah tamat pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Antarabangsa dan Undangundang di University of Sydney. Beliau kemudian menentang godaan penghijrahan cendekiawan dan telah membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia. Tidak tentu akan masa hadapannya, beliau membuat keputusan untuk menceburi perkhidmatan awam melalui pejabat YB Wong Chen. Gillian telah bekerja sebagai seorang intern sebelum ditawar jawatan pegawai penyelidik. Semenjak itu, beliau telah berpeluang menghadiri mesyuarat-mesyuarat Parlimen, bekerja dengan Ketua Pembangkang, dan terlibat dalam isu-isu kemiskinan bandar. Walaupun Gillian telah meninggalkan Pusat Khidmat Kelana Jaya pada akhir Disember 2015, Gillian akan terus berusaha berjuang untuk hak kebebasan rakyat Malaysia.

AMIR HAMZAH Amir Hamzah mempunyai latar belakang dalam bidang sosiologi dan adalah penerima Ijazah Sarjana dalam bidang Industri Kreatif dan Budaya dari King’s College, London. Amir sebenarnya lebih cenderung ke bidang seni atau kewartaan sensasi. Wong Chen sendiri meyakinkan Amir untuk menyertai pejabat beliau. Sejak menyertai pejabat ini, Amir telah ditugaskan untuk menangani isu-isu berkaitan kawasan perumahan kos rendah di Desa Mentari. Beliau juga membantu sedikit-sebanyak dengan kerja kaji selidik hal-hal Parlimen. Bagi Amir, pengalaman pekerjaan ini merupakan satu pengembaraan yang penuh bermakna dan beliau benar-benar menghargai peluang ini. Walaupun pada awalnya beliau tidak beberapa pasti akan kerjaya yang ingin diceburi, beliau kini merupakan seorang pegawai operasi yang penting di pejabat ini.

NADIRAH SHARIF Nadirah merupakan seorang graduan undang-undang dari Cardiff University dan baru sahaja menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman apabila beliau pertama sekali bertemu dengan YB Wong Chen dan pasukannya di kem kesihatan percuma Angsana semasa bekerja sebagai seorang sukarelawan. Tertarik dan masih tidak pasti dengan profesion dalam bidang undang-undang, Nadirah membuat keputusan untuk menyertai pejabat YB Wong Chen sebagai seorang intern untuk menjelajah kerjaya alternatif. Sebagai seorang intern, Nadirah telah berpeluang bekerja dengan pasukan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016, menyelidik Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik, dan menyelesaikan isu-isu kemiskinan bandar. Selepas dua bulan setengah, beliau ditawar jawatan pegawai penyelidik.


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

KOLEKSI GAMBAR

ACARA-ACARA KEBELAKANGAN INI Berikut adalah koleksi gambar beberapa acara yang telah diadakan sepanjang 6 bulan yang lalu.

Mengikut arah jam dari gambar di bahagian teratas di sebelah kanan: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pengagihan racun serangga organik yang diderma oleh Captain Wang Hock Leong semasa perayaan Deepavali PJS 7 Pejabat saya dalam persediaan untuk Bersih 4.0 pada keesokan hari Wawancara di BFM mengenai isu-isu belanjawan negara Bersama staf saya menyambut Hari Kanak-kanak anjuran YB Hannah Yeoh di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya Bersama YB Hannah Yeoh dan para penduduk USJ 2 pada Hari Mesra Keluarga USJ 2 Taklimat dengan AP berkaitan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan untuk Malaysia 2016


Pusat Khidmat Kelana Jaya Surat Berita Isu #6

Kami berkhidmat kepada semua penduduk di konstituensi Parlimen Kelana Jaya, yang merangkumi:

PERKHIDMATAN Yang Ditawar Oleh Pejabat YB Wong Chen

 USJ  PJS 5 – 10 (Desa Mentari)  Taman Glenmarie  Kelana Jaya

 SS5, SS7, SS8, and SS9

BAGAIMANA BOLEH KAMI BANTU ANDA?

1 2 3

Parlimen

 Membantu isu nasional bagi pihak anda  Mewakili Kelana Jaya dalam penggubalan dasar dan perundangan  Memberi maklum balas terkini dalam isu nasional Isu Kebajikan, Pelajaran, dan Perubatan  Menyokong permohonan bantuan perubatan dan kebajikan  Membuat permohonan pengecualian yuran perubatan  Berhubung dengan pihak kebajikan dan NGO perubatan Isu Kewarganegaraan  Menyokong permohonan bagi KP biru dan pengeluaran surat sokongan  Membuat penyusulan dengan JPN dan imigresen Pertanyaan:

Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita #6: Januari 2016 Penyunting: Wong Chen Penyumbang: Nadirah Sharif, Abigail Nimbalker, Lau Chun Tung, Wong Weng Wai

Emel: research@wongchen.com Tel: 03-5613 7918 Faks: 03-5613 7919 Alamat: 113B (Tingkat 2) Jalan SS14/1 47500 Subang Jaya Selangor, Malaysia

Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen diterbitkan oleh Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya Ahli Parlimen Kelana Jaya Selangor Malaysia. Surat Berita Konstituen Wong Chen Kelana Jaya adalah produk yang tidak dikawal. Informasi yang terkandung di dalam surat berita ini adalah untuk maklumat am dan tidak bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan, menghasilkan semula atau menyesuaikan apa-apa kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.