Poseup

Page 1

POSEUP edisi 16 16 – 30 november 2015

www.malaysiagazette.com

sensasi l informasi l kontroversi l gosip

MILA SUDAH JADI ISTERI ORANG ‘ANAK IKAN’ GODA ALEEZA KASSIM

‘SAYA BUKAN MURAH’ - Nor Albaniah MAK CUN HEBAT KERANA OGY & ERMA

poseup 16 – 30 november 2015 | 1


“

Saya tidak terdesak mencari suami namun juga bukan pemilih orang kerana hingga saat ini saya tidak pernah mempunyai calon pengganti. Mungkin orang lelaki takut dengan saya apatah raut wajah saya yang nampak sombong.�

2 poseup 16 – 30 november 2015


OLEH ARIF NIZAM ABDULLAH FOTO NOOR ASREKUZAIREY SALIM BUSANA kegasehbyanas (016-6930055)

Nor Albaniah TUNGGU LELAKI DATANG MELAMAR K alau dikira tempoh pelakon bernama Nor Albaniah ini menjanda sudah pun melepasi jarak 20 tahun. Memang lama sangat, bukannya baru setahun atau 10 tahun. Dan bukan calang-calang wanita yang senasib dengannya yang mampu bertahan sedemikian rupa apabila melayari hidup tanpa seorang lelaki di sisi siang dan malam. Buat wanita yang berusia 46 tahun itu, lelaki bergelar suami sudah tidak lagi penting bagi dirinya pada hari ini. Katanya, bukan kerana cintanya masih bersisa dan mendalam buat arwah suami tersayang, Sudarman Daud tetapi tiada golongan lelaki yang ingin merapati dirinya selama ini. Malah, pengalaman membesar seorang anak berusia lapan bulan ketika suaminya itu menemui ajal dalam kemalangan ketika usianya baru 25 tahun banyak mengajarnya menjadi seorang ibu tunggal yang berdikari.

poseup 16 – 30 november 2015 3


“Saya tidak terdesak mencari suami namun juga bukan pemilih orang kerana hingga saat ini saya tidak pernah mempunyai calon pengganti. Mungkin orang lelaki takut dengan saya apatah raut wajah saya yang nampak sombong,” katanya sambil ketawa manja. Didesak lagi dengan pertanyaan kriteria calon pilihan hati, wanita kelahiran ipoh, Perak itu berkata, ia merupakan satu kejutan jika ada jodoh kedua buat dirinya. lni kerana katanya, selepas 19 tahun, kenapa baru ada lelaki yang datang ingin melamarnya “Saya reda dengan takdir hidup saya. Jika ada jodoh, saya terima seadanya. Saya pula tiada kriteria tertentu dalam memilih calon suami. Cukuplah baik hati, jujur dan ikhlas menerima saya. Cuma saya tertanya-tanya, ada ke lelaki yang ingin melamar,” katanya yang hadir di Studio MalaysiaGazette, baru-baru ini. Noralbaniah berkahwin pada 1993 ketika berusia 23 tahun namun dua tahun kemudian dia kehilangan suami apabila mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Sepantas waktu yang berlari, hari ini wanita kecil molek itu sudah mempunyai anak dara yang sama cantik dan tinggi dengannya apabila Syarra sudah berusia 21 tahun.

4 | poseup 16 – 30 november 2015


Noralbaniah berkahwin pada 1993 ketika berusia 23 tahun namun dua tahun kemudian dia kehilangan suami apabila mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

poseup 16 – 30 november 2015 | 5


Tetap imej seksi

N

oralbaniah dan kemunculan seksinya bagai tidak dapat dipisahkan. Sekadar menoleh ke belakang, industri seni hiburan pernah gempar dengan penampilan berani mati wanita ini pada 1990 apabila dia bergambar memakai bikini untuk artis muka depan sebuah majalah popular. Hanya dia satu-satunya artis wanita yang berani muncul sebegitu rupa hingga mendapat gelaran simbol seks dunia hiburan. Hampir 19 tahun berlalu, tidak banyak perubahan ketara yang dilaluinya kerana anak kepada anggota polis masih kekal seksi, bergetah dan tidak makan tua. Berkongsi cerita penampilannya yang mampu membuatkan adrenalina kaum lelaki sentiasa panas, dia yang memulakan karier dalam bidang lakonan menerusi filem Kolej 56 itu sekadar memberi senyuman menawan. Malah dia dihimpit kontroversi baru-baru ini gara-gara gemar memuatkan gambar percutian di pulau hanya berpakaian bikini. Jelas anak bongsu daripada lima beradik itu, penampilannya kekal seperti dahulu disebabkan faktor status dirinya yang masih solo hingga hari ini. “Bagi sesiapa yang mengenali artis bernama Noralbaniah ini, mereka tahu saya tidak pernah hipokrit. Sama sahaja penampilan dan perwatakan saya. Kalau dulu macam ini, sekarang pun begini,� katanya yang kini aktif be-

6 | poseup 16 – 30 november 2015

lakon. Ditanya penampilan seksinya itu boleh menjerat dirinya untuk dilabel sebagai wanita simpanan, pelakon filem Main-Main Hantu, Sekretari dan Adik itu tidak kisah dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya. Kata Noralbaniah, peminat barangkali tidak mempercayai jawapannya apabila dia langsung tidak pernah dihimpit oleh golongan lelaki buaya darat bertaraf VIP. Jelasnya bersungguh-sungguh, itu semua kerana berpunca dengan sikapnya yang tidak berminat mendedahkan diri di tempat terbuka seperti bersosial di kelab hiburan. “Kalau betul pun saya dibela, mesti sudah kaya sekarang dan datang ke sesi fotografi ini dengan kereta mewah bersama pengawal peribadi. Ini tidak, sayalah yang memandu sendiri ke mana-mana selama ini,� katanya sambil sesekali membelai rambutnya yang panjang mengurai itu. Menyentuh tentang raut wajah yang masih seperti dulu, Noralbaniah berkata dia percaya kepada kejujuran dan keikhlasan hati selain selalu memikirkan perkara positif dalam kehidupan yang dilaluinya.


“

Kalau betul pun saya dibela, mesti sudah kaya sekarang dan datang ke sesi fotografi ini dengan kereta mewah bersama pengawal peribadi. Ini tidak, sayalah yang memandu sendiri ke mana-mana selama ini.�

poseup 16 – 30 november 2015 | 7


Sensasi

D

i kala usianya mencecah 44 tahun, dia masih kekal cantik dan mempersonakan. Aura peragawati masih dapat dirasai tatkala berbual dengannya. Pelakon bernama Aleeza Kassim ini sebenarnya masih panas sebagaimana dia tampil seksi dalam filem Panas sebelum ini. Empat tahun melayari hidup solo selepas bercerai, dia membawa hati ke Belanda. Umur bukan halangan buatnya untuk terus aktif melakukan ‘catwalk’ di pentas antarabangsa. Soalan walib buat diri samada sudah temui pengganti, dia pantas menjawab penuh jujur. “Saya belum ada perasaan untuk kembali berumahtangga setakat ini. Bukan tidak jumpa calon pilihan, tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. “Saya juga lebih selesa dengan kehidupan hari ini. Rasa sunyi adalah normal tetapi saya di kelilingi ramai rakan-rakan,” katanya tersenyum manis. Ditanya dia terlalu memilih mencari lelaki yang kaya sahaja, dia tergelak besar. “Saya tidak perlu mencari lelaki untuk jaga saya. Arwah ayah sudah tinggalkan segala-galanya untuk saya meneruskan kehidupan,’ jawabnya pantas. Mengorek soalan kategori lelaki manakah yang cuba mendekatinya, Aleeza langsung tidak berselindung. “Anak anak ikan (lelaki muda) ajak dating dan jumpa. Setakat hendak lepak-lepak, saya okey. Tapi kalau hubungan serius tidak mungkin. “Yang sudah kahwin pun ramai nak kenal. Tapi Aleeza Kassim sesekali tidak akan ganggu suami orang,” jelasnya manja. Ujar Aleeza, dia hanya mendambakan kriteria lelaki yang bersikap relaks, tenang dan memahami jiwanya. “Umur kalau yang muda pun tidaklah jarak jauh sangat,” katanya yang tidak menafikan turut didekati golongan VIP.

‘Anak a d o g ’ ikan Aleeza Kassim

8 | poseup 16 – 30 november 2015


Sensasi

Tuah Sharnaaz pakai seluar dalam

M

emakai seluar dalam salah satu babak filem Gila Baby membawa tuah buat pelakon Sharnaaz Ahamd apabila dia diumum Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin (ASK2015). Sharnaaz, 30, berkata, kejayaannya itu sedikit sebanyak mengubat kepayahan berdepan cabaran sepanjang menjalani penggambaran tersebut selepas filem itu kurang mendapat sambutan. “Dalam filem ini saya bawa watak komedi tapi komedi yang jahat. Saya rasa mungkin tuah saya pakai seluar dalam. Ada satu adegan pergaduhan, saya dipaksa oleh Khabir hanya pakai seluar dalam babak berlawan. “Agak segan juga tetapi gara-gara dipaksa, saya buat juga . Tapi bila sudah menang, rasa berbaloi,” katanya

turut berlakon bersama Nadiya Nisaa dan Beto Khuyairy dalam filem itu. Mengenai perancangan masa depan kariernya, Sharnaaz berkata dia merancang memperkembangkan bakat lakonannya ke peringkat Hollywood. Sebagai usaha kearah itu,Sharnaaz memberitahu dia sudah mengintai peluang untuk menghadiri ujibakat namun buat masa ini dia tidak mahu berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut. “Saya mahu ke Hollywood. Ada lah (ujibakat) tapi, rahsia. “Kalau saya dapat peluang itu nanti saya tidak akan sia-siakan sebaliknya saya akan buat sehabis baik,” katanya. Selain Sharnaaz bakal sibuk dengan penggambaran filem aksi berjudul Bomba. Drama bersiri arahan Bade Azmi itu bakal ditayangkan di saluran RTM.

Saya rasa mungkin tuah saya pakai seluar dalam. Ada satu adegan pergaduhan, saya dipaksa oleh Khabir hanya pakai seluar dalam babak berlawan.”

poseup 16 – 30 november 2015 | 9


Glamor

seperti novel cinta

Shiha Zikir 10 | poseup 16 – 30 november 2015


Rezeki belum sampai lagi. Shiha tak salahkan sesiapa dalam hal ini, Cuma Shiha kena kuatkan semangat untuk berusaha lebih lagi.”

E

mpat tahun lalu Shiha Zikir per­ nah menyertai rancangan realiti Mentor dengan menjadi protege kepada allah­ yarham Datuk Sharifah Aini. Setelah itu kedudukan Shi­ ha dalam arena seni hiburan negara masih belum kukuh dan Shiha yang ditemui Pose Up mengakui hal ini. “Shiha anggap hal ini seba­ gai rezeki. Rezeki belum sam­ pai lagi. Shiha tak salahkan sesiapa dalam hal ini, Cuma Shiha kena kuatkan semangat untuk berusaha lebih lagi,” jawab pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir ini. “Bagaimanapun rezeki Shi­ ha masih ada. Selain muncul di kaca televsiyen sebagai pengac­ ara untuk beberapa program dan drama, Shiha masih me­ nerima banyak tawaran nya­ nyian.” Jika sebelum Shiha terikat dengan Monkey Bones Records dan bersama syarikat itu Shiha

muncul bersama sebuah mini album dengan menampilkan lima buah lagu. Terkini Shiha bersama komposer terkenal, Ajai dan syarikat Wake The Baby Sdn Bhd sejak April lalu. “Alhamdulillah, impian Shi­ ha untuk bersama Ajai akhir­ nya tercapai. Shiha memang teringin sangat nak mendapat­ kan sentuhan Ajai kerana lagulagu Ajai banyak yang hit dan evergreen.” “Shiha mula berjumpa den­ gan Ajai semasa terlibat dengan program Mentor dan kini Shiha kembali bersama Ajai,” “Shiha sudah pun merakam lagu bersama Ajai yang ber­ judul Seperti Novel Cinta yang digubah sepenuhnya Ajai. In­ syaAllah single ini akan dilan­ carkan hujung tahun ini,” ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini. Dalam pertemuan itu, Shi­ ha berharap agar peminat da­ pat menerima single itu nanti dan yakin single itu akan men­ jadi hits.

poseup 16 – 30 november 2015 | 11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.