Koleksi Ubah Fikir Siri 1

Page 1

SIRI 1

Koleksi pelayaran web Catatan kisah mengubah fikir      

Kisah Benar: Jenazah Mufti Tersemadi di Perkuburan Kristian Mengapa Tidak Rogol Saya? Mengapa Saya Tidak Tutup Aurat? Mengapa Rasulullah SAW tidak pernah sakit? Debat Seorang Pelajar Madrasah dan Seorang Negro Kristian Mengapa Hidup Kita Penuh Dengan Ujian?


Kisah Benar: Jenazah Mufti Tersemadi di Perkuburan Kristian

Ini adalah suatu kisah benar berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Ketika saya mendengar cerita itu, bulu roma saya meremang ketakutan. Saya bimbang mengenai tahap iman saya. Adakah ia sempurna atau sebaliknya. Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Pelik bin ajaib! Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu. Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, �Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk

memeluk agama Islam tetapi kami


menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.” Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”... Cuma, saya kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ‟Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu ... kena buat ini ... . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu‟.” Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah melarang kita berbuat itu dan berbuat ini. Kadang kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ‟senyuman‟ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka! Berhati-hatilah

tatkala

anda

memberi

pendapat

mengenai

sesuatu

pelaksanaan hukum-hukum Allah. Saya sendiri risau dengan tabiat segelintir ahli masyarakat Muslim yang sewenang-wenangnya memberi pendapat negatif berkenaan Hukum

Hudud.

Tidak

takutkah

mempertikaikan perintah Allah?

anda

dimurkai

Allah?

Siapa

kita

untuk


Mengapa Tidak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalamperjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan

dia

agak

gelisah

dan

rasa

takut.

Lebih-lebih

lagi

dia

berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah erogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don‟t you do anything to me on that night even though you know that I‟m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. "...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin „Amr r.a.]

Mengapa Saya Tidak Tutup Aurat?

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang -kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak -buak? 6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH. -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.�


Mengapa Rasulullah SAW tidak pernah sakit?

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini kawan2? Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini? Garenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU + DAGING Jangan makan DAGING + IKAN Jangan makan IKAN + SUSU Jangan makan AYAM + SUSU Jangan makan IKAN + TELUR Jangan makan IKAN + DAUN SALAD Jangan makan SUSU + CUKA Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA

MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU

MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. # JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. `````````````````````````` Nampak

memanglah

pelik..tapi,

kalau

tak

percaya...kawan2

cubalaa.......

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime, dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari

jari,

iaitu

10

kali

ganda

terdapat

dalam

air

liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Cara Rasulullah Makan 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?


Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betulbetul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri

kepada

haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Sama2lah kita mengamalkannya.


Debat Seorang Pelajar Madrasah dan Seorang Negro Kristian Pada suatu hari, seorang pelajar Madrasah Darul Ulum Zakariyya, South Africa, Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) telah ditegur oleh seorang pemuda Negro di dalam van. Ketika itu, mereka baru pulang dari pekan. Berikut adalah dialog yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang berlaku antara mereka. Pemuda Negro: Hai ! Ibnu Batoota: Hai, apa di atas? (terjemahan; what’s up?) Pemuda Negro : Saya sihat. Kamu? Ibnu Batoota: Saya pun sihat. Pemuda Negro: Kau belajar lagi? Belajar di mana? Ibnu Batoota: Ya. Di Zack Park (Madrasah Darul Ulum Zakariyya) Pemuda Negro: Apa yang kau belajar di sana? Selepas habis belajar nanti nanti kau boleh kerja apa? Ibnu Batoota: Aku belajar agama berkaitan agama aku, iaitu Islam. Setelah habis nanti, saya mungkin jadi pemimpin agama, ulama, macam paderi (priest) bagi kamu. Pemuda Negro: Oh? Jadi, kau akan bekerja di gereja? (Mereka panggil masjid orang Islam sebagai church) Ibnu Batoota: Well, not really. Boleh juga hendak kerja di bank (penasihat syariah / perbankan Islam), sekolah dan tempat-tempat lain tetapi kebanyakannya jadi ulama. Pemuda Negro: Oh ! Jadi, kau akan dipandang tinggi oleh masyarakat nanti? Ibnu Batoota: Mungkin. Pemuda Negro: Jadi, kau kena berhati mulia, ambil tahu hal semasa dan masyarakat dan kena bantu masyarakat kerana mereka akan anggap kau pemimpin mereka. Ibnu Batoota: Islam telah ajar semua itu kepada semua penganutnya tidak kira ulama atau orang awam, memang kami kena saling tolong-menolong (ikramul muslimin)


Pemuda Negro: Kau percaya Jesus? (p/s: Dia sudah mula hendak berdakyah) Ibnu Batoota: Ya, aku percaya Jesus, tapi bukan seperti yang kau percaya. Pemuda Negro : Kenapa? Apa bezanya kita? Kita percaya pada Tuhan yang sama, tapi kenapa kita mesti berbeza dan bergaduh? (p/s: Ayat perangkap) Ibnu Batoota: Kami percaya Jesus sebagai Nabi, bukan anak Tuhan! Pemuda Negro: Aah! Macam mana kau tidak percaya yang dia anak Tuhan? Dia lahir tanpa bapa dan boleh buat macam-macam mukjizat (miracle), dia boleh buat burung dengan tanah dan hidupkan. Dia juga boleh sembuhkan orang yang sakit. Ibnu Batoota: Wait! Wait! Wait! Bagi aku cakap pula. Aku mahu tanya kau sesuatu, boleh? Pemuda Negro: Very well. Apa dia? Ibnu Batoota: Kau kata Jesus anak Tuhan hanya kerana dia lahir tanpa bapa? Pemuda Negro: Yes! Ibnu Batoota: Adakah ada sebab lain? Pemuda Negro: Hmmm (berfikir). No! Ibnu Batoota: Jadi kenapa kau tidak sembah Adam dan Eve (Nabi Adam dan Hawa)? Mereka wujud tanpa ibu dan bapa. Mereka lebih layak dijadikan Tuhan berbanding Jesus? Pemuda Negro: Err.. That’s a tough question (soalan yang sangat sukar) Ibnu Batoota: Jadi, tidak boleh jawablah? Pemuda Negro: Hmm, aku rasa, mungkin sebab Jesus 'dilahirkan' tapi Adam dicipta. So, it’s different! Ibnu Batoota: Kalau beza pun kenapa? Tuhan cuma satu dan seperti mana Dia ciptakan Adam tanpa ibu bapa, macam itu juga dia cipta Jesus tanpa bapa. Jadi, kenapa kau suka-suka saja kata Jesus anak Tuhan? Pemuda Negro: Bible yang cakap dia anak Tuhan. Kau tidak baca Bible? Ibnu Batoota: Bible yang mana? (Dengan nada mengejek sebab Bible ada banyak versi dan masing-masing bercanggah. P/s: Sebenarnya, ia bukan kitab tetapi sekadar buku)


Pemuda Negro: Bible versi ni (Dia sebut nama taip Ibnu Batoota terlupa namanya) Ibnu Batoota: Jadi, Bible ini perkataan Tuhankah? Pemuda Negro: Ya. Ibnu Batoota: Versi yang lain, perkataan siapa pula? Pemuda Negro: Err ... Hmm. Ibnu Batoota: ? Pemuda Negro: Hmm. Aku rasa, kau ini seorang wali (saint). Aku ini belajar di sekolah gereja dan kami belajar mengenai Kristian tapi soalan semudah ini aku tidak boleh jawab. Ibnu Batoota: Hahahahaha! Kalau aku kau panggil wali, mungkin guru aku kau ambil jadi Tuhan ke-4. (Kristian percaya kepada 3 Tuhan yang mereka namakantrinity) Pemuda Negro: Mungkin aku kena bawa kau jumpa paderi aku. Kau akan dapat semua keterangan di sana. Kau akan jadi Kristian dan kita akan bersaudara, okey? Ibnu Batoota: Aku memang mahu kau jadi saudara aku, tapi dalam Islam. Insya-Allah, aku akan jumpa paderi kau dan Islamkan dia. Okey? Pemuda Negro: Hahaha. Tidak mungkinlah. Sebab kami yakin Kristian adalah agama yang benar. Ibnu Batoota :Kau kenal (Nabi) Muhammad? Pemuda Negro: Ya. Aku mendengar mengenainya sejak kecil. Ibnu Batoota: Bagi kau, dia siapa? Nabi atau Tuhan? Pemuda Negro: Dia adalah manusia seperti aku, ada daging ,rmbut dan lain-lain. Tidak ada apaapa yang istimewa. Ibnu Batoota: Jadi, adakah Jesus seorang makhluk asing (alien)? Tidak ada rambut, daging dan lain-lain? Pemuda Negro: Hahaha...bukan...maksud aku, dia tidak ada kelebihan macam Jesus... Dia tak boleh sembuhkan penyakit, cipta burung dengan tanah dan lain-lain.


Ibnu Batoota: Mukjizat itu memang diberikan kepada semua Nabi tapi dengan keajaiban yang berbeza. Solomon (Nabi Sulaiman) mukjizat dia lain, Moses (Nabi Musa) lain, Abraham (Nabi Ibrahim) lain, Yoshua (Nabi Yusuf) lain, David (Nabi Daud) lain...mereka semua adalah Nabi. Kenapa kau tak sembah mereka semua sedangkan mereka pun boleh buat benda-benda ajaib? Pemuda Negro: Tapi ... . Ibnu Batoota: Tapi apa? Pemuda Negro: Hmm... Oh ya! Mereka berbeza dengan Jesus kerana Jesus lahir tanpa bapa! Mereka semua pula lahir seperti biasa! Ibnu Batoota: Jadi, macam mana dengan Nabi Adam yang aku sebut tadi? Pemuda Negro: Err.......hmm....(Dia fikir, kemudian senyum seorang diri). Aku rasa kau ini memang saint (wali) yang dihantar oleh (Nabi) Mohammed. Aku tak pernah jumpa orang macam kau! Ibnu Batoota : Hah! Jangan merepek! Aku orang biasa saja, siapa suruh kau tegur aku...haha...ha...banyak soalan aku kau tak jawab. Sekarang, aku mahu tanya lagi. Pemuda Negro: Aku akan take note dan rujuk semua ini pada paderi aku. Ibnu Batoota: Kau sayang Jesus? Pemuda Negro: Tentulah! Ibnu Batoota: Jesus sayang kau? Pemuda Negro : Mestilah ... dalam Bible cakap 'Jesus loves you'. Dia sayang pada aku dan kau. Ibnu Batoota: Apa tanda dia sayang aku dan kau? Pemuda Negro: Dia telah rela disalib dan mati di tiang salib untuk tebus dosa semua umat manusia sampai kiamat. Ibnu Batoota: Jadi, kita bolehlah buat dosa sesuka hati sebab sudah diampunkan? Pemuda Negro: Bukan! Bukan! Kalau kau buat dosa, kau kena dapatkan surat pengampunan daripada priest, priest ini wakil Jesus. Ibnu Batoota: Habis, siapa pula yang hendak bagi surat pengampunan kepada priest?


Pemuda Negro: Hahaha! kau saja hendak kenakan aku, ya? Ibnu Batoota: No! Aku serius ni! Pemuda Negro: Priest tidak ada dosa. Dosa mereka sudah terampun sebab mereka sudah serah diri pada gereja dan sanggup tak kahwin. Ibnu Batoota: Jadi, priest boleh buat dosa sesuka hati dia sebab sudah diampun? Pemuda Negro: Bukan. Mereka tidak buat dosa! Ibnu Batoota: Aku selalu baca berita yang priest rogol budak dalam bilik pengampunan dan homoseks sesama priest . Itu apa cerita? Pemuda Negro: Err ... (tersenyap) Ibnu Batoota: Hehehe ... (gelak ejek) Pemuda Negro: Itu gereja tempat lain. Mereka mazhab lain. Lagipun itu masalah peribadi. Ibnu Batoota: Well, kalau aku masuk Kristian, aku mahu jadi priest-lah, boleh buat dosa sesuka hati...hehe... Pemuda Negro: Kau dah salah faham ni...agama kami bukan macam itu... Ibnu Batoota: Oh ya, tadi kau kata Jesus disalib. Hmm, aku terfikir satu benda la...

Pemuda Negro: Ya, apa dia? Ibnu Batoota: Kalau dia anak Tuhan, kenapa Tuhan biar manusia salib anak dia? Pemuda Negro: What???Wow. Aku tak pernah terfikir. Tapi aku rasa mungkin sebab itu pilihan dia, utk berkorban demi pengampunan dosa manusia sejagat. Ibnu Batoota: Jadi, memang dia lah yang nak mati? Pemuda Negro: Ya...msti la...dia syg kita... Ibnu Batoota: Jd dia bkn la tuhan sb dia mati, kalau tuhan boleh mati,sapa yg nak matikan kau? Pemuda Negro: Hahaha...itu kerja God (Allah) bukan keje ank dia....


Ibnu Batoota: Ok, tp kau tak jawab pun soalan aku, dia kn ank tuhan, knpa dia mati? Pemuda Negro: No...dia cuma mati jasad manusia je...tp hkikatnya dia msih hdup... Ibnu Batoota: =_=' hmpeh mamat ni (ckap dlm hati). Ok...kau ckp kau syg Jesuskan...? Pemuda Negro: Of course... Ibnu Batoota: Kalau Jesus ada dpan kta skrg, dia akn sokong aku ke kau? Pemuda Negro: Mstilah aku! Aku penganut agama dia! Ibnu Batoota: Aku pun pnganut agma dia....dia org Islam, dia pcya satu Tuhan... Pemuda Negro: Aku tak pcya tu.... Ibnu Batoota: Dia xkan skong kau sbb kau bkn pngikut dia... Pemuda Negro: Knpa pulak? Ibnu Batoota: Kau pnah tgk Jesus dan Marry? Pemuda Negro: Ya... Ibnu Batoota: Knpa ye dia bjggut tebal, bjubah putih, rmbut pnjang mmg sbjik mcm Mohammed dan juga mcm aku (aku pkai jubh putih n bjggut).....dan knpa ye Marry pkai jubah hitam dan btdung? sbjik mcm muslimah2 kami... Pemuda Negro: Itu pkaian mreka zman tu... Ibnu Batoota: Jd, knpa priest pkai mcm tu? Pemuda Negro : Itu praturan greja dan tnda mreka cintakan Jesus dan Marry, sbb tu tiru pkai mcm mreka... Ibnu Batoota: Tadi kau ckp kau syg Jesus, tp knpa kau tak tiru mcm dia pakai??Hakikatnya aku lbih sygkn Jesus drpd kau... Pemuda Negro: Hmm......


Ibnu Batoota: Sbnrnya bjggut, brmbut pnjang, bjubah adalah fitrah smua Nabi2 dari Nabi Adam...mreka smua dprntahkan pkai mcm tu oleh Tuhan dan ini mbuktikan knabian Muhammad sbg Nabi trakhir...buktinya,lihat lah smua muslim (org2 islam kt sni mmg majoriti bjubah n bjggut sbb jggut wajib bg mzhb hanafi dan muslimahnya bpurdah), mreka smua bpkaian dan meniru fzkal Muhammad,dan Muhammad pula sma spt Jesus sbb ia adalah trademark para nabi...(sbb tu ulama tekankn kta mengikut sunah nb, bjubah, bserban dll) Pemuda Negro: Hmm..........aku rasa kta xperlu bhas benda ni...kta pcya benda yg sma cuma ada sdkit pbezaan je...(dia trasa sbb dia cuma pkai kemeja n jeans dan xda jggut) Ibnu Batoota: Btul...tp msalahnya pbezaan yg kau ckp kecik tu sbnrnya besar! Jesus xmgkin jd ank Tuhan tp Nabi....Tuhan cuma satu! Pemuda Negro : Hmm......mmg btul kau ni saint Muhammed dtg nk buat aku ragu dgn agma aku... Ibnu Batoota: Apa plak? ...kau yg tgur aku dlu...haha... Pemuda Negro: Hahaha. (dia gelak skali) Ibnu Batoota: Ada satu bnda lg bkaitan crucify (salib) aku nk tnya... Pemuda Negro: Ya.....(dia dah gelabah skit) Ibnu Batoota: Kau ckp Jesus rela disalib utk pngmpunan umat kan? Pemuda Negro: Ya...btul...dia pnyelamat umat... Ibnu Batoota: Habis tu knpa dia meronta2 ktika dtgkap dan merintih mcm tak rela je bila kna salib?(sbb mgkut sjarah, Nabi Isa diangkat dan yg dbwk ke tiang salib tu org lain dan dia mjerit2 mtk dlepaskan dan mrintih) Pemuda Negro: .................. Ibnu Batoota : What? Aku tnya je.... Pemuda Negro : Hmm......aku rasa kau btul2 kna jumpa priest aku...... Ibnu Batoota: Ok... (Kebetulan van dah smpai dpan mdrasah dan dia mjerit kt driver sruh berhenti)


Pemuda Negro: Eh? Dah smpai dah? Aku bru nk tnya soalan dan nk mtk no telefon kau... Ibnu Batoota : (Smbil agkat2 brg) Alaaa kau nampk skolah aku ni? haaa nanti kau bwk smua paderi kau ke sni tau...jumpa aku dan guru2 aku... Pemuda Negro: Nak buat apa? Ibnu Batoota: Nak Islamkan kau dan paderi2 kau....(smbil buat muka macho,kbtulan angin tgh kuat, menggerbang je tali serban dia) (Dia pun tggalkan van tu dan bwk brangnya yang dkat 30kg sorg2 blik asrama) -tamat- ^_^ _________________________________________________ Penulis: Mujurlah si Negro tu tanya orang yang faham pasal Islam dan Kristian. Jika dia tanya orang yang jahil, mungkin sudah terperangkap dan tak mustahil akan dimurtadkan. Berhatihatilah, kerana pendakyah mereka sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Selamatkan iman anda dan saudara2 anda


Mengapa Hidup Kita Penuh Dengan Ujian?

Kita sering mengeluh apabila apa yang kita hajati tidak kesampaian. Kita sering melatah apabila ditimpa dengan sesuatu yang tidak kita pinta. Ada insan yang tidak berdaya memikul setiap ujian yang ditimpakan sehingga mencari jalan penyelesaian yang tidak selari dengan kehendak Allah. Bersabarlah wahai saudaraku, setiap ujian itu ada hikmahnya. Kenapa AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 KENAPA MERASA KECEWA "janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orangorang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45 APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12 Berdasarkan ayat-ayat di atas, masihkan kita mengeluh dengan apa yang ditimpakan ke atas kita? Bersabarlah wahai saudaraku, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar!

Rujukan pelayaran web: http://www.google.com.my/search?q=ujian+allah

http://khairitajudin.blogspot.com


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.