1 minute read
ProDuk PElANCoNgAN/ mAChINCANg PETlAND
from Santai Travel 88
by Santaidesign
PEsona EroPah timur di Casa dEl mar
Advertisement
TEKS : AK FoTo : AK & IhSAn CASA DEL MAr
Pantai Cenang merupakan
kawasan penginapan yang paling popular di Pulau Langkawi. Kawasan ini umpama Pantai Patong di Phuket yang sering menerima kehadiran tetamu yang tinggi. Sepanjang jalan Pantai Cenang terdapat deretan hotel dan motel namun Casa Del Mar yang terletak berhadapan dengan Laman Padi cukup menarik perhatian. Bangunan hotel yang berkonsepkan Mediterranean kelihatan seakanbangunan-bangunan yang ada di pesisir selatan Eropah ini memiliki ciri khas senibina yang tidak kaku, berwarna-warni, memiliki dinding bertekstur dan didominasi perabot bergaya rustic.
Inspirasi senibina Mediterranean yang natural, hidup, dan sejuk datang dari suasana laut, bunga-bunga, dan landskap alam yang menjadi ciri khas negara-negara di Eropah Selatan. Dengan latar belakang tersebut, maka penggunaan material seperti kayu dan batu bayak digunakan di Casa Del Mar malah rekaan Mediterranean sangat dipengaruhi oleh pencahayaan matahari dan ukuran tingkap.
Casa Del Mar merupakan sebuah hotel butik yang menawarkan servis peribadi (personalized service) buat para tetamunya. Sebaik sahaja saya masuk ke lobi, mata saya dijamu dengan lukisan seorang matador dengan lembu jantan. Saya seperti berada di Sepanyol ketika berada di dalam kawasan hotel ini. Setiap bilik serta restoran mempunyai tingkap berukuran besar serta pintu kaca yang bertujuan untuk membiarkan sebanyak mungkin sinar matahari masuk ke dalam ruangan untuk menyempurnakan konsep Mediterranean.
Sementara menunggu urusan daftar masuk, secangkir teh halia limau dan tuala sejuk diberikan kepada tetamu. Casa Del Mar menawarkan lima jenis kategori bilik iaitu seaview room, seaview studio suite, beachfront studio suite, seaview junior suite dan seaview deluxe suite. Saya kemudiannya dibawa ke Casa Beachfront Studio