3 minute read

BERITA/SKS ANTARABANGSA

Advertisement

SKS AIRWAYS MENDAPAT LESEN PENUH MAVCOM

S

SKS AIRWAYS KINI BERLEPAS SECARA RASMI

SKS Airways, syarikat penerbangan komersil terbaharu Malaysia melancarkan penerbangan sulungnya baru-baru ini.

SKS Airways, syarikat penerbangan komersil terbaharu Malaysia melancarkan penerbangan sulungnya baru-baru ini. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan yang melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor. Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn. Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.

“Penerbangan sulung ini amat bermakna kepada kami semua di SKS Airways kerana ia menandakan permulaan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial yang menawarkan perkhidmatan penumpang, kargo dan charter. Menerusi hab kami yang terletak di Subang dan Senai, kami merancang untuk menghubungkan Malaysia ke destinasi di ASEAN dan selatan China. Kami mengambil kesempatan untuk memenuhi permintaan perjalanan terpendam (pent-up travel demand) untuk perjalanan domestik dan bersiap sedia untuk perjalanan antarabangsa apabila dibuka semula,” kata Dato’ Rohman Ahmad.

Berucap kepada tetamu pada majlis pelancaran itu, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia berkata, “Saya amat berbesar hati untuk menyaksikan pelancaran syarikat penerbangan terbaharu Malaysia ini. Ini adalah indikasi sentimen positif pelanggan terhadap perjalanan udara, terutamanya perjalanan domestik. Pada Oktober 2021, MAVCOM mendedahkan hasil Tinjauan Pengguna yang menunjukkan bahawa 60% pengembara Malaysia masih memilih perjalanan udara domestik. Antara faktor yang dinyatakan kenapa perjalanan domestik tetap menjadi pilihan termasuklah kos perjalanan yang lebih rendah, risiko terdedah kepada COVID-19 lebih tinggi apabila melancong ke luar negara dan responden yang tinggal bersama ahli keluarga berisiko tinggi. *Oleh itu, saya percaya dengan pelancaran SKS Airways khususnya ke destinasi pulau popular seperti Pulau Pangkor yang bebas cukai akan menjadi sesuatu yang dinantikan untuk perjalanan domestik dan memberikan nafas baru buat semua pengendali pelancongan tempatan di kawasan tersebut.”

SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.

Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapasiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala. SKS Airways menggunakan sistem Tambang 3 Peringkat yang boleh dipilih oleh pengembara bergantung pada destinasi dan masa tempahan. Ia adalah SKS PROMO, SKS LITE dan SKS PLUS.

SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek. Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.

Untuk perkembangan terkini, berita, aktiviti, promosi mahupun untuk menempah percutian pulau anda yang seterusnya dengan menaiki SKS Airways, layari www. sksairways.com atau ikuti media sosial SKS Airways di Twitter (twitter.com/sksairways), Facebook (facebook.com/sksairways), Instagram (@sksairways) dan LinkedIn (SKS Airways).

PENERBANGAN No. DESTINASI DARI -KE Frekuensi Penerbangan Tarikh Berkuat Kuasa

KI 6512 Subang -Redang Setiap hari 31-Jan-22 KI 6513 Redang -Subang Setiap hari 31-Jan-22 KI 6351 Subang -Pangkor Setiap hari 26-Jan-22 KI 6352 Pangkor -Subang Setiap hari 26-Jan-22 KI 6516 Subang -Redang Setiap hari KI 6517 Redang -Subang Setiap hari KI 6602 Subang -Tioman Setiap hari KI 6603 Tioman -Subang Setiap hari KI 6606 Subang -Tioman Setiap hari KI 6607 Tioman -Subang Setiap hari KI 6131 Johor Bahru -Tioman Setiap hari KI 6132 Tioman –Johor Bahru Setiap hari suku kedua 2022

This article is from: