Pada 7-9 haribulan Mac 2009 yang lalu aku dan family telah bercuti ke Cameron Highland. Aku telah lama bercadang hendak ke sana setelah sekian lama tidak kesana. Kali terakhir aku dan family ke sana ialah pada tahun 2005. Semasa itu Aliff belum ada lagi. Anak sulung aku, Siti Nuraliah baru berumur 5 tahun dan Siti Nurathirah 3 tahun. Bagi mereka yang masih banyak baki cuti tetapi tidak tahu hendak ke mana, di sini aku cadangkan anda ke Cameron Highlands untuk merehatkan diri. Mungkin lokasi percutian ini tidak memberangsangkan anda, tetapi percayalah ia pasti tidak mengecewakan. Lupakan seketika percutian yang sesak dengan manusia dan hiruk pikuk yang membingitkan telinga. Hey! Take a break! Setahun sekali anda perlu lari daripada semua itu. Ambil masa berehat dengan suasana nyaman dan tenang.
Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur merupakan destinasi dalam negara yang cukup ideal untuk anda berehat sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup indah! Terletak setinggi 1,524 meter di atas paras laut, bumi Cameron Highlands boleh anda jejaki setelah memandu kira-kira empat jam dari Kuala Lumpur. Memanglah laluan ke pusat peranginan tinggi terbesar di Malaysia ini agak memualkan kerana jalan yang bengkang-bengkok, tetapi sebaik sahaja tiba di Ringlet, anda sudah boleh menarik nafas lega. Semuanya kerana pemandangan ladang teh yang menakjubkan. Jika keletihan, singgahlah sebentar di Hentian Teh Bharat untuk menikmati secawan teh segar. Ambil kesempatan ini untuk menghayati keindahan alam yang cukup berharga. Jika perut terasa lapar, bolehlah mencuba hidangan skon yang popular di sini. Enak dan menyelerakan.
Pelbagai pilihan penginapan Kalau sudah namanya percutian hujung tahun, sudah pasti anda ingin menghabiskan masa beberapa hari di sini bukan? Paling kurang 3 hari 2 malam. Soal penginapan tidak perlu dirisaukan. Cameron Highlands menawarkan pelbagai jenis penginapan, daripada penginapan bajet sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang. Semuanya terpulang kepada anda, tepuk dada tanya selera. Antara penginapan yang popular di sini ialah Century Pines Resort, Equatorial Resort, Casa de la Rosa, Heritage Hotel, Rossa Passadena, The Lake House dan The Smoke House. Namun, aku ingin cadangkan kepada anda supaya menginap di Equatorial Hill Resort yang terletak di Brincang dan berdekatan dengan Kea Farm. Resort ini menjanjikan penginapan yang selesa dan berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Terdapat dua jenis bilik yang boleh anda pilih, ‘suite’ atau ‘hotel’. Untuk bilik suite ada yang sebilik dan ada yang dua bilik. Kalau berminat hubungi aku sebab aku duduk di sana dengan berjaya vacation club. Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi kemudahan asas seperti kebanyakan hotel lain. Cuma tiada penghawa dingin memandangkan udara di sini sudah cukup sejuk. Anak-anak aku tak kira sejuk ke apa janji nak mandi juga kolam...
Kalau sebut pasal buah yang berasal dari luar negara ini, Cameron Highlands memang tidak boleh dipisahkan dengannya. Di mana-mana sahaja terdapat ladang strawberi yang setia menanti kedatangan pelancong. Big Red Strawberry Farm & Gift Center antara ladang strawberi yang popular di sini. Ladang ini terletak di Brinchang dan jalan masuk ke sini berada berhampiran dengan Hotel Rossa Passadena. Selain menanam strawberi, ladang ini juga menanam pelbagai jenis salad serta menyediakan kedai cenderamata. Kalau teringin memetik strawberi dari pokoknya, anda boleh membayar RM12 untuk memetik setengah kilogram strawberi. Aku sendiri tidak lepaskan peluang, sambil petik, sambil makan. Jangan risau pasal kebersihan, peladang di sini tidak gunakan racun serangga. Selepas puas makan strawberi segar, bolehlah ke kafe berhampiran untuk mencuba pelbagai hidangan yang berasaskan buah ini. Jangan lupa mencuba pancake bersama jem dan ais krim strawberi. Yummy! Sungguh enak sekali.
Ladang teh luas terbentang Satu lagi tarikan Cameron Highlands sudah pastilah ladang-ladang teh yang terbentang luas sehingga mewujudkan lanskap alam yang cantik menawan. Jangan lupa singgah di Sungei Palas Tea Centre yang terletak di Ladang Boh Sungei Palas. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang. Kunjungan anda ke sini memberi peluang untuk anda mengetahui bagaimana teh diproses sebelum dipasarkan. Sebelum bertolak pulang, rakamkan memori indah untuk dibawa pulang nanti. Selain itu, anda juga boleh membeli produk-produk teh keluaran BOH untuk dijadikan buah tangan kepada rakan-rakan.
ティーガーデン普及 もう一つのタグボートキャメロンハイランドフィールドが広がるので、必ず茶農家は、美しい自然の景観を実現するワイ ド魅了されています。でSungei Palas茶センターで停止するには、現場カーブでSungei Palas位置を忘れないでください。 Isninを除く毎日9時から夜の時間は午前4:30が開いているこの場所。ここではあなたの訪問学習の機会を与える方法で処理 されますお茶の前に販売す る。家、後に自宅まで送ってrakamkan美しい思い出を始める前に。また、果物の出力曲線の rakan - rakanされる製品を買うことができます。
‌‌‌..Kalau g time cuti sekolah best, sebab tiap2 hari ada pasar kat Brinchang ke tanah rata (hehe aku pun confuse). segala mak nenek nak beli (sayur,bunga, souvenir, dll) yg ada jual kat kedai2 besar tu, ko leh dptkan kat pasar mlm ni dgn harga yang lagi murah dpd jual kat kedai2 besar tu... Tapi kat pasar tu, jaga2lah, byk barang makanan pun dijual oleh chap ya nun alif. so, tengok2 la peniaganye sama, kalu indon pun, better jgn beli lah. cari yang melayu, insyaAllah halal. musim2 hujan ni, jaga2 lah sikit nak naik tu. jgn terover confident. biar lambat asal selamat. cadangan aku jugak, ikut SImpang Pulai, sebab jalan dia cantik, dan kurang simpang siur. kalu ikut tapah, pada sapa yang senang mabuk-mabuk, disarankan bawak le plastik kot2 muntah sbb jln dia bleh tahan mcm ular kena palu.
Charming Highlands 2004-2009
Siti Nu raliah d i tah u n yang berbeza semasa di Cameron Highland
Charming Highlands 2004-2009
Siti Nu rath irah d i tah u n yang berbeza semasa di Cameron Highland
Charming Highlands 2004-2009
Charming Highlands 2004-2009
Ummi, Aliah dan At h i r a h d i t e m p a t y a n g sama iaitu berhadapan Lobi Equatorial Hill Resort..2009 tambah seo ran g lagi Mat Alif f
Charming Highlands 2004-2009
Siti Nu raliah d an Siti Nu rath irah d i telefon Booth lama ala –london depan S m o ke H o u s e . K al au ke Cam e r o n m e s ti nak ambil gambar di sini‌.
Charming Highlands 2004-2009
Charming Highlands 2004-2009
Charming Highlands 2004-2009
Charming Highlands 2004-2009
Charming Highlands 7-9 March 2009
Charming Highlands 2004-2009