Lapangan 19

Page 1

LAPANGAN MRA operasi di Sitwe Kempen QURBAN TERBAIK 1433 MRA Kutipan dana untuk Tabung Rohingya Jelajah Thailand untuk Rohingya Aktiviti dalaman MRA

EDISI 19-2012


ARAKAN BUKAN MISI SEHARI Dapat masuk dan beroperasi di Sitwe bukanlah bermakna MRA telah berjaya menyelesaikan masalah diantara kedua belah etnik yang ber telagah, jalan masih jauh dan banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang berada di lapangan. Kami telah berusaha untuk kesana sejak bulan Ramadhan lagi dan hanya berjaya berada di Sitwe selepas Syawal yang lalu. Kami hanya menghantar petugas dalam jumlah yang kecil bagi memudahkan segala urusan lojistik dan keselamatan. Mungkin cara kami bekerja berlainan daripada organisasi lain tetapi itulah cara terbaik yang kami lakukan berdasarkan pengalaman lalu dan maklumat terkini yang kami perolehi.

garismasa

Feb 2011 - Misi Tsunami- Sendai, Fukushima

Kemelut Arakan bukanlah satu isu baru, ianya merupakan satu kisah lama yang berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian tuntas. Tragedi yang berlaku sekarang akibat peristiwa pembunuhan pada bulan Jun lalu merupakan klimaks kepada keseluruhan isu ini. Ditambah dengan semangat “politik baru� Myanmar yang diselaputi kemilau demokrasi, isu ini menjadi hangat dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia, paling tidak menyebabkan sebilangan besar umat Islam tersentak mendengar apa yang berlaku. Konflik antara Rohingya dan Rakhine bukanlah satu isu yang simple dan satu arah sahaja. Ianya adalah rumit, multi layer dan multi direction. Penyelesaian yang kekal mungkin mengambil masa yang agak lama, tetapi penyuraian kepada masalah yang berlaku boleh dilakukan secara berperingkat. Kemelut Arakan ini akan mengambil masa yang panjang untuk kembali menjadi neutral, malah potensi untuk ianya menjadi persengketaan berpanjangan juga tidak dapat dinafikan. Masa depan politik baharu Myanmar sedang diuji, bukan setakat Aung San Syu Kyi sahaja yang terkena bahangnya, malah segala pihak yang terbabit termasuk ASEAN perlu melunaskan tanggungjawab mereka dalam mencari penyelesaian terbaik kepada konflik yang semakin membarah ini.

Mei 2011 - Kelas Belon untuk trauma healing

Julai 2011- Coklat Chip yang dihasilkan oleh kaum ibu Rohingya di Kampung Cheras Baru

Konflik ini jika gagal dibendung akan menatijahkan peningkatan kepada persengketaan yang berterusan diantara Muslim dan Buddha di negara-negara Indo China yang lain, ini amatlah membahayakan dan sangat merugikan. Di satu sudut lain pula, inilah peluang bagi pihak tertentu untuk memulakan operasi militer mereka atas alasan mempertahankan umat Islam yang tertindas dan jika ini berlaku, rantau ini pasti akan bertukar wajah. Bersediakah kita? MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif

Tautan Kasih 6 - Ogos 2011 - Pos Bersih


Menadah tangan merafa’ doa bersama penduduk Aung Mingalar yang terkepung sejak Jun 2012 yang lalu

BANTUAN MRA TIBA DI SITWE, ARAKAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) berjaya melepasi halangan untuk tiba di bumi bergolak Arakan apabila berjaya menjejakan kaki di ibunegeri Sitwe pada September yang lalu. MRA telah bertemu dengan wakil kedua belah pihak yang bertelagah, Rohingya dan Rakhine. Kami telah mengadakan perbincangan dengan mereka dan menyatakan hasrat MRA untuk membantu mereka yang menjadi mangsa konflik tanpa membataskan kepada agama dan bangsa mereka. Kami juga menyatakan komitmen kami untuk membantu mangsa konflik ini dan merancang untuk berada di Arakan bagi suatu tempoh yang panjang, sesuai dengan keadaan konflik yang sedang berlaku.

2

LAPANGAN 19-2012

Bersama anak-anak Rakhine di Sitwe


Di Pejabat UNHCR, Rangon

Di Pasar Borong Sitwe, membeli bahan makanan untuk mangsa konflik yang berada di Sitwe

Bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Rangon, Dr. Faizal

USAHA BERTERUSAN SEJAK KONFLIK MULA TERCETUS DI ARAKAN USAHA memasuki wilayah bergolak Arakan telah direncanakan sejak dari mula konflik ini tercetus dan pasukan pertama MRA telah berada di Rangon bagi mengatur gerakan membantu mangsa konflik semasa bulan Ramadhan yang lalu lagi. Pasukan ini telah diketuai oleh Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid yang telah bertemu dengan pelbagai organisasi dan agensi bantuan milik kerajaan dan juga antarabangsa dalam mencari jalan untuk masuk ke Sitwe. Alhamdulillah, usaha berterusan untuk memasuki kawasan ini membuahkan hasil apabila dalam trip yang kedua, MRA telah berjaya mendapatkan kebenaran untuk masuk dan bergerak di Sitwe dari pihak yang mempunyai autoriti. Dibantu oleh kakitangan tempatan, MRA telah berjaya memasuki Sitwe tanpa sebarang masalah besar dan kami telah mengadakan beberapa pertemuan dengan kedua belah pihak dan kami telah bersetuju untuk memberikan bantuan awal yang berbentuk bekalan makanan kering kepada mangsa-mangsa konflik dari kedua belah pihak.

Setakat ini, kami telah berjaya menyalurkan hampir 20tan bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak, bawang, cili, garam, kacang dal, ikan kering, ikan bilis dan lain-lain kepada mangsa-mangsa konflik. Kami telah mendapatkan stok bekalan makanan ini dari bandar Sitwe sendiri melalui jaringan yang telah kami bina, ini secara tidak langsung menjimatkan masa dan dana yang kami miliki. Lebih menarik, bantuan makanan kami telah dihantar ke kawasan Rohingya, kelompok minoriti di Sitwe, terutamanya di perkampungan Aung Mingalar yang terkepung pada waktu siang hari. Kami tidak menghantar bantuan secara sembunyi-sembunyi dan tidak melalui cara yang “gelap�. Semuanya dilakukan secara terang-terangan dan mendapat kebenaran dari pihak yang berkuasa disana. Kami turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Rakhine, Menteri Hasil Mineral dan Perhutanan serta Menteri Kesihatan bagi perlaksanaan dan perancangan kerja-kerja bantuan MRA di masa yang mendatang. Sedikit rumit untuk bekerja di Arakan tetapi ianya tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus menerus membantu mereka yang menjadi mangsa didalam konflik ini. LAPANGAN 19-2012

3


Tim MRA yang berjaya memasuki Sitwe, Sdr. Shahrul, Sdr. Shahid (Koordinator Myanmar) dan Sdr. Johari

ARAKAN MEMERLUKAN Berborak bersama pihak Polis yang bertugas mengawal perkampungan Aung Mingalar di Sitwe

SOKONGAN ANDA

Di lapangan Arakan, MRA telah mengenalKemelut Arakan adalah ibarat bom jangka, yang sudah pasti bidang-bidang yang berpotensi untuk didiketahui merbahaya dan bakal meletus cuma ianya menanti bangunkan bagi membantu mangsa konflik saat dan ketika yang sesuai untuk meledak. dari kalangan dua bangsa yang sedang dalam persengketaan ini. MRA berpendapat, kedua-dua belah pihak perlu dibantu dalam menguruskan konflik ini, ia sebenarnya bukan lagi Antara bantuan yang telah dikenalpasti ialah masalah dalaman Myanmar seperti yang sering dicanangkan, agihan bantuan makanan. Kedua belah pihak ianya sudah melimpah melangkaui sempadan dan telah men- amat memerlukannya, pertelingkahan ini telah jadi masalah serantau, masalah ASEAN. mengakibatkan ekonomi setempat jatuh merudum dan menyukarkan urusan jual beli Malah telah berjangkit kepada negara-negara jiran yang men- makanan kepada penduduk, selain kesukaran jadi tuan rumah (hos) kepada para pelarian yang melarikan untuk mendapatkan bekalan makanan, sikap diri daripada kekejaman dan kezaliman yang dihadapi oleh prejudis dan syak wasangka sesama mereka mereka di tanah kelahiran mereka sendiri. Masalah dalaman tambah memburukan keadaan dan situasi. EmMyanmar ini sudah menjadi satu krisis kemanusiaan yang bargo yang dikenakan terhadap penduduk Romaha hebat. Boleh dikatakan hampir kesemua bahagian ter- hingya merugikan kedua belah pihak. kandung didalam piagam Hak Asasi Manusia PBB (The Universal Declaration of Human Rights) dilanggar oleh pemerin- Bantuan lain yang akan disalurkan ialah bantah Myanmar dalam konteks pelarian Rohingya ini. tuan kesihatan dan perubatan. MRA akan membantu kedua-dua komuniti dalam mendaMengkritik dan menyalahkan kerajaan Myanmar sahaja tidak patkan rawatan perubatan yang terbaik sesuai cukup, mereka sebenarnya perlu ditolong dan dibantu. Men- dengan suasana dan keadaan yang sedang jadi kewajipan kepada negara dan kerajaan yang berjiran, mereka hadapi. MRA telah mengenalpasti apatah lagi mereka merupakan negara anggota ASEAN, un- keperluan perubatan yang mereka perlukan dan tuk membantu dan membimbing Myanmar dalam meng akan berkerjasama dengan pihak berkuasa temamalkan sistem pentadbiran yang bertamadun, adil dan ber- patan didalam menyalurkan bantuan kepada perikemanusiaan terhadap penduduk dan rakyatnya sendiri. mereka yang memerlukan.

4

LAPANGAN 19-2012


FELCRA KG. KURNIA PRIHATIN CAKNA ISU ROHINGYA

Terbaru, Felcra Bhd. Cawangan Kampung Kurnia di sini berjaya mengumpulkan RM3,000 hasil kutipan awam selama seminggu untuk disalurkan melalui Malaysia Relief Agency (MRA). Sumbangan itu disampaikan oleh wakil Felcra cawangan tersebut, Zulkifli Mohd. Yusof kepada wakil MRA, Johari Tan Abdullah sempena Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Bhd. Kampung Kurnia, di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar; Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn dan Pengurus Felcra Bhd. Cawangan Kampung Kurnia, Zulkarnain Zainal Abidin. Zulkarnain ketika ditemui pemberita memberitahu, pihaknya melancarkan kutipan tabung tersebut untuk bersama-sama membantu masyarakat Islam Rohingya yang ditindas.

Sdr. Johari mewakili MRA menerima cek dari Felcra Kampung Kurnia BERUAS 1 Sept. - Penderitaan penduduk Islam Rohingya di Myanmar terus mendapat perhatian rakyat negara ini yang tidak putus-putus menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu golongan tersebut.

"Kutipan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada peserta Felcra Kampung Kurnia yang bersimpati terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam Rohingya. "Diharap sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban penderitaan penduduk di sana. Bantuan tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan dan salurkan kutipan dana dari semasa ke semasa," jelasnya.

JAKIM anugerah MRA RM100,000 10 September 2012, Putrajaya - Malaysian Relief Agency (MRA) merupakan antara 36 NGO yang telah menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sumbangan kepada semua 36 NGO ini berjumlah RM3 juta, disampaikan bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri, JAKIM di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Sdr. Shirajuddin, Pen.SUA MRA menerima cek sumbangan JAKIM dari YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Shirajuddin Sirat, Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang juga sebagai Penolong Setiausaha Agung MRA telah menerima sumbangan sejumlah RM100,000 bagi pihak MRA. YB menghargai kerjasama daripada semua NGO dalam pelbagai aktiviti amal yang dilaksanakan LAPANGAN 19-2012

5


Plight of Rohingya: Solution? Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut serta dalam Seminar “Plight of the Rohingya: Solution?� yang dianjurkan oleh Perdana Global Peace Foundation (PGPF) di ibukota baru-baru ini. Seminar yang bertujuan untuk mencari formula dan jalan penyelesaian yang boleh dirintis bagi memastikan konflik Rohingya di Arakan ini dapat ditamatkan dan satu keputusan mutlak dapat disepakati dalam isu ini. Beberapa pembentangan mengenai isu ini telah disampaikan oleh para pembentang yang terdiri dari para aktivis dan professional dari dalam dan luar negara. Dato Dr. Abdul Razak Kechik sedang menghayati ucapan para panelis MRA, sebagai sebuah organisasi bantuan Malaysia yang memang telah dikenali komited dalam membantu isu Rohingya ini selain daripada telah berjaya memasuki Sitwe telah diberi penghormatan untuk memberikan pandangan terhadap isu ini dalam sidang pleno yang terakhir. MRA telah diwakili oleh Presidennya sendiri, Dato Dr. Abdul Razak Kechik bagi sesi tersebut. Dato Razak telah berkongsi tentang konsep kerjasama tulin seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah iaitu konsep Muhajirin-Ansar.

Konferen Antarabangsa yang membincangkan penyelesaian terbaik kepada konflik di Arakan

6

LAPANGAN 19-2012

Orang Malaysia sebagai Ansar perlu membantu Muhajirin (orang Rohingya) tanpa perlu menunggu isu ini menjadi parah dan semakin berdarah. Malah banyak lagi inisiatif lain yang boleh diambil dalam membantu komuniti Rohingya di Malaysia.


BERTEMU PIMPINAN YMAT DAN MUSLIM THAI Hatyai dan Yala, Selatan Thailand

Presiden YMAT, mantan Presiden, pemimpinpemimpin kanan YMAT ikut serta dalam majlis taklimat MRA mengenai isu Arakan.

MRA telah dijemput untuk turut serta dalam satu mesyuarat di Hatyai bersama beberapa buah organisasi berpengkalan dari Malaysia dan Thailand dalam rekayasa untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak Arakan.

Setiap sesi yang terluang diambil kesempatan untuk bertemu dengan pimpinan setempat

Didalam mesyuarat tersebut, MRA telah memaklumkan aktiviti dan pergerakan yang telah dilakukan di Sitwe, Arakan serta program-program masa depan yang telah direncanakan bagi membantu penduduk disana. Kesempatan berada di Thailand ini telah dimanfaatkan juga dengan berkunjung ke Yala, Selatan Thailand dan bertemu dengan pimpinan kanan serta ahli-ahli Young Muslim Association of Thailand (YMAT) di sana. Kami turut membincangkan masa depan isu Arakan, kesan Pertemuan ini adalah sebahagian daripada misi jangka panjang dan kesan jangka pendek termasuk sebab-akibat Jelajah Misi Kemanusiaan Arakan yang digerakkan yang mungkin akan memberikan tempias kepada umat Islam lain oleh MRA. di Myanmar dan rantau Indo China. Dalam sesi pertemuan ini MRA telah berkongsi dengan YMAT bagaimana MRA berjaya menembusi halangan dan seterusnya dapat bekerja di lapangan Sitwe. Apakah kesukaran yang dihadapi serta cabaran-cabaran yang harus ditempuh.

Kerjasama MRA dan YMAT bukanlah sesuatu yang asing apatah lagi baru kerana kami telah bekerjasama sejak sekian lama dan YMAT merupakan rakan kerja yang cukup setia dalam bantuan yang dihulurkan. LAPANGAN 19-2012

7


Slot Rohingya Menangis TV AL Hijrah Bukti keprihatinan isu ummat TV Al Hijrah menerusi Slot Rohingya Menangis, secara konsisten sejak Ogos 2012 menyiarkan isu berkaitan Rohingya setiap minggu, menampilkan pelbagai individu dan organisasi yang menggerakkan kempen untuk perjuangan Rohingya. Keprihatinan sebegini amatlah dialu-alukan kerana ianya dapat memberikan maklumat yang tepat dan berterusan kepada masyarakat Malaysia khususnya umat Islam mengenai krisis dan tragedi yang berlaku disekeliling mereka. MRA telah berkesempatan tampil dalam 4 siri pada Slot Rohingya Menangis ini dan kami telah dapat berkongsi dengan para penonton ide dan gagasan MRA dalam melihat kepada perkembangan isu ini. Terima kasih kepada penerbit dan TV Al Hijrah kerana mengundang MRA.

KARNIVAL KONSERT AMAL UNITEN &

PENYERAHAN KUTIPAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

8

LAPANGAN 19-2012


Dr. Mohd Ishak Mas’ud, Timbalan Presiden MRA (kiri) bersama Pengarah Eksekutif MRA, Mohd Shahrulazilan Said (kanan) didalam Sidang Media MRA - Qurban Terbaik 1433

Qurban Terbaik 1433 MRA kembali Pada majlis pelancaran Kempen Qurban Terbaik MRA 1433, MRA mensasarkan untuk mendapatkan lebih banyak bahagian Qurban untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Tahun lalu, kempen ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 409 bahagian. Satu Sidang Media yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden MRA. Dr Mohd Ishak Mas’ud dan turut disertai oleh Pengarah Eksekutif MRA telah diadakan bagi menghebahkan kepada orang ramai Kerjasama Erat diantara korporat mengenai program Qurban Terbaik MRA ini. Dr. dan agensi bantuan Mohd Ishak mengalu-alukan pembabitan orang Tradisi perlaksanaan Qurban pada setiap tahun diteruskan lagi. ramai dalam menjayakan kempen ini yang bertujuan Qurban MRA dikenali sebagai program Qurban Terbaik tahun ini untuk membantu mereka yang memerlukan dinegara mensasarkan bantuan Qurban di negara-negara di mana MRA -negara yang berada dalam suasana kesulitan. mempunyai operasi dan kegiatannya. Dalam majlis ini juga, MRA menerima sumbangan Tahun lalu, MRA telah berjaya melakukan Qurban di enam buah awal sebanyak tiga ekor lembu hasil penyertaan dari negara:- Indonesia, Thailand, Kemboja, Somalia, Pakistan dan kakitangan Hosptial Pakar Al Islam untuk disumMyanmar, manakala pada tahun ini, MRA menambah negara Sri bangkan kepada penduduk di kawasan Arakan yang Lanka dan Afghanistan dalam senarai negara yang dibantunya sedang bergolak. MRA amat berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh Hospital Pakar Al untuk ibadah Qurban kali ini. Islam dalam menjayakan program-program yang Kos yang diletakkan bagi setiap bahagian adalah pada RM350 dikendalikan oleh MRA. Semoga lebih banyak sahaja merangkumi segala kos operasi dan pentadbiran meliputi syarikat korporat dan entiti perniagaan yang prihatin urusan penghantaran dana, pembelian ternakan, keselamatan, seperi Hospital Pakar Al Islam dapat tampil membantu kerja-kerja bantuan seperti ini dilain masa. penyembelihan, pengagihan dan pelaporan. LAPANGAN 19-2012

9


Membantu Pelarian Rohingya di Malaysia LUKIS MURAL SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA

Kerjasama membawa muafakat Kerjarajin membawa berkat

Sedang melakar lukisan di kelas sementara

SEKUMPULAN anak muda mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam membantu perjuangan bangsa Rohingya. Mereka telah tampil membantu mengindahkan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru dengan meng hasilkan rekaan dan dekorasi dinding (mural) yang cukup menarik dan ceria.

Lukisan yang telah disiapkan

Mereka sanggup bermalam, makan dan minum disitu bagi memastikan mural ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Anak-anak muda ini secara tidak langsung membuktikan ada banyak cara untuk terlibat dalam membantu komuniti Rohingya terutama dalam bidang pendidikan bagi memAnak-anak muda yang terdiri daripada para penuntut beri dorongan agar anak-anak Rohingya ini belajar berjurusan perubatan dari pelbagai universiti luar negara ini sungguh-sungguh dan menjadi manusia yang berguna di menamakan diri mereka sebagai “MAKE THEM SMILE� kemudian hari. mengambil masa hampir tiga hari untuk menyiapkan keseluruhan lukisan ini. Terima kasih atas bantuan ini, kami amat menghargainya.

10

LAPANGAN 19-2012


UPNM lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pen deritaan masyarakat Islam Rohingya ketika ini mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Menyedari kesusahan dan kesengsaraan yang dihadapi, UPNM cuba membantu meringankan beban etnik tersebut d en g a n me n g h u l ur ka n b ant u a n menerusi Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysia Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Utusan Malaysia. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan apabila mengetahui penubuhan Tabung Kemanusiaan Rohingya tersebut dan telah mula mengutip sumbangan daripada kalangan pelajar serta kakitangan UPNM bermula 30 Ogos lalu.

Pengurus Operasi MRA, Sdr Iqbal mewakili MRA menerima kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya dari UPNM

"Ketika ini, kami berjaya mengumpul hampir RM3,000 dan menjangkakan kutipan meningkat kepada RM5,000 selepas larian amal Jumaat ini. Idea menubuhkan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran MRA serta Utusan Malaysia sangat baik kerana ia memberi ruang kepada pelbagai pihak seperti Katanya, kemuncak kutipan sumbangan kami untuk tampil memberikan sumbangan," itu ialah larian amal pada Jumaat ini katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini yang disertai oleh seluruh warga hari ini. UPNM dan akan disampaikan kepada wakil MRA serta Utusan Malaysia sebagai sebahagian sumbangan mem- Sementara itu, Mohamed Fadzil yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Suka bantu masyarakat Rohingya. relawan Siswa memberitahu, beliau turut me rancang untuk menghantar kumpulan suka "Kami juga bercadang mengutip sum- relawan membantu etnik Rohingya di bangan untuk fasa kedua iaitu ketika Myanmar. bermulanya semester baru pengajian kerana ketika itu lebih ramai pelajar berada di universiti dan yakin kutipan juga akan meningkat.

Katanya, pasukan sukarelawan itu telah dibentuk dan berada dalam keadaan sedia sekiranya dibenarkan mengikuti misi bantuan di Myanmar. "Pasukan sukarelawan ini terdiri daripada empat kumpulan iaitu perubatan, pen didikan, kaunseling dan kejuruteraan. Setiap kumpulan mempunyai 10 hingga 15 sukarelawan. "Buat masa ini, kami belum menerima apaapa panggilan untuk misi bantuan ke sana kerana kami juga faham tahap keselamatan menjadi keutamaan. Bagaimanapun, sekiranya dibenarkan, pasukan ini sedia berkhidmat," jelasnya.

Larian Kemerdekaan UPNM untuk Rohingya

KUALA LUMPUR - 7 Sept. Seramai 800 peserta meliputi pelajar dan staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai larian kemerdekaan bagi mengutip dana mengisi Tabung Kemanusiaan Rohingya UPNM hari ini.

Allatif berkata Tabung Kemanusiaan Rohingya UPNM yang dilancarkan pada 30 Ogos lepas telah mengumpul RM5,020 dan jumlah itu dijangka bertambah sebelum tarikh akhir kutipan pada 14 Sept ini.

"Walaupun pelajar UPNM tidak seramai institusi pengajian tinggi awam yang lain, namun adalah tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang tertindas melalui program seperti ini," katanya kepada pemberita Larian bermula 8.30 pagi itu meli- selepas larian itu. puti jarak sejauh tiga kilometer di sekitar kawasan Kem Sungai Besi Allatif kemudian menyerahkan wang kutipan itu d i s i n i , d i l e p a s k a n N a i b kepada wakil Malaysian Relief Agency untuk Tabung Canselornya Lt. Jen Datuk Seri Kemanusiaan Rohingya.- Bernama LAPANGAN 19-2012

11


JAMI’YAH SUMBANG RM1,413 Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pelbagai pihak kini tampil menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysia Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Utusan Malaysia dan terbaru, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jami'yah), hadir berbuat demikian. Sebanyak RM1,413 disumbangkan hasil kutipan derma kilat oleh ahli-ahli Jami'yah melalui mesyuarat agung diadakan pihak terbabit pada 15 September lalu.

Setiausaha Agung JAM'IYAH, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, sumbangan terbaru itu membuktikan terdapat banyak pihak di negara ini yang samasama bersimpati dengan nasib masyarakat Rohingya di Myanmar.

Doktor-doktor dari Gaza bersama wakil MRA, HUKM dan Al Islam

LATIHAN & KERJASAMA BAGI Malaysian Relief Agency (MRA) sentiasa komited dalam misi membantu Palestin. Terkini, melalui jaringan kerjasama diantara Hospital Pakar AL Islam, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Malaysian Relief Agency (MRA) seramai empat orang pegawai perubatan dari beberapa buah hospital di Gaza telah berjaya dibawa ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program latihan sambil bekerja (OJT) yang bakal dilaksanakan berdasarkan kerj as am a keti ga -t i ga buah organisasi yang disebutkan tadi.

12

LAPANGAN 19-2012

DOKTOR-DOKTOR dari GAZA

MRA-Hospital Pakar Al Islam - HUKM Keempat-empat pegawai perubatan Gaza ini akan mengikuti pelbagai jenis latihan teori, klinikal, pembedahan dan lain-lain menggunakan kaedah yang digunapakai didalam dunia perubatan moden pada hari ini. Sepanjang tempoh kursus yang dianggarkan sekitar enam bulan ini berjalan, MRA akan menanggung segala kos penginapan, elaun dan lain-lain lagi bagi keempat-empat orang pegawai perubatan Besarlah harapan kami, apabila mereka pulang ke Palestin, segala ilmu dan pengalaman yang mereka dapati di Malaysia akan dapat digunakan untuk merawat penduduk Palestin.


MESYUARAT AKADEMI LATIHAN MYCORPS

AKADEMI LATIHAN MYCORPS yang dikenali sebagai ALAMY sedang giat menjalankan mesyuarat dan pertemuan dengan pelbagai organisasi dan individu yang terlibat dalam kerja-kerja bantuan dan berkonsepkan kesukarelaan di Malaysia. ALAMY merupakan kesinambungan kepada program MYCORPS yang digerakkan sejak November 2011 yang lalu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr. Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Rakan Muda, KBS turut dihadiri oleh wakilwakil dari NGO utama yang terlibat dalam melatih dan memperkasakan MYCORPS iaitu MRA, Yayasan SALAM dan GPM

Sebagai sebuah NGO yang bergerak aktif, dana merupakan antara kekangan utama kami, justeru bagi memantapkan lagi urusan pencarian dana, MRA telah menghantar dua orang pegawainya untuk turut serta dalam sebuah kursus pencarian dana yang dianjurkan oleh Kolej Tunku Abdul Rahman.

KURSUS PENGGENDALIAN DANA

Sepanjang kursus dua hari ini, mereka telah di dedahkan dengan pelbagai konsep, kaedah serta teknik pencarian dana yang terkini dan berkesan yang digunakan oleh organisasi terkemuka di seluruh dunia.

MRA BERSAMA LAGI SEBAGAI STAKEHOLDERS-MRSM KALI INI MRA berada didalam kelasnya yang tersendiri, sebagai sebuah organisasi bantuan kemanusiaan, manakala stakeholders yang lain terdiri daripada organisasi dan Jabatan Kerajaan serta syarikat-syarikat korporat yang berjaya dan tersohor dalam bidang masingmasing. MRA buat kesekian kalinya mendapat jemputan untuk menjadi salah sebuah stakeholders didalam sebuah pertandingan yang di kenali sebagai Integrity Champion Challenge 2012 yang diadakan dikalangan para pelajar terbaik dari setiap Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terdapat di Malaysia. Kali ini ianya berlangsung di MRSM Kuala Pilah.

MRA merasa amat berbangga kerana dapat terlibat membantu dalam proses melahirkan pemimpin masa hadapan negara seperti yang dilakukan oleh MRSM ini. LAPANGAN 19-2012

13


Jerat anak seladang Terjerat batu seketul Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul Majlis pengagihan bantuan makanan di Aung Mingalar, Sitwe


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.