LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
GAZA TERUS DIBANTU RETREAT MRA - Menggaris Halatuju Perjalanan MRA MYGEF bakal bangunkan Wad Paedatrik di GAZA Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan di Mesir & Jordan MRA hantar wakil ke Phang Nga, Thailand Perkembangan SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA MRA PERAK terus beraksi TAWAU Cakna Isu Palestin
LAPANGAN 24-2013
GAZA TERUS DIBANTU Serangan ke atas Gaza dalam bulan Ogos tahun lalu telah menyebabkan ke musnahan yang bukan sedikit terhadap harta benda, pemilikan dan nyawa penduduk Palestin, terutamanya penduduk di Gaza.
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
Serangan yang dikenali dengan nama Operasi Pillars of Cloud ini bertujuan kononnya untuk melindungi rakyat dan penduduk Israel dari serangan roket buatan sendiri pejuang Palestin yang kini dikatakan telah berupaya untuk sampai sehingga ke Tel Aviv, mencetuskan perasaan panik dan ketakutan di kalangan penduduk disana. Serangan tidak bertamadun ini mensasarkan prasarana Pihak Berkuasa Palestin seperti jalanraya, Balai Polis dan beberapa fasiliti termasuk Masjid dan perumahan mencetuskan kemarahan penduduk dunia, yang bersimpati dengan nasib malang yang ditimpakan ke atas penduduk Palestin disana. Malaysian Relief Agency (MRA) telah menghantar satu pasukan bantuan yang diketuai oleh Dr. Ishak Masud, Timbalan Presiden MRA bagi memantau ke perluan untuk membantu dari sudut perubatan. Tim MRA melalui kerjasama rangkaian MYGEF ini telah mendapat undangan rasmi serta kerjasama penuh dari Menteri Kesihatan Palestin, Ketua Pengarah Kesihatan Palestin dan Kementerian Kesihatan Palestin. MRA juga telah dibawa melawat dan meninjau beberapa buah hospital di Rafah dan di Gaza bagi melihat situasi dan keadaan terkini disana. Kami telah menggunakan kesempatan yang ada ini untuk mendapatkan maklumat tepat keperluan sebenar yang mendesak dan dikehendaki dalam sektor kesihatan. Beberapa pertemuan juga telah diatur dengan beberapa pihak yang lain bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi memantapkan lagi penyaluran bantuan yang akan dihulurkan nanti. MRA, diakhir kunjungan ini telahpun mengenal pasti bentuk bantuan yang akan diberikan iaitu, MRA akan membantu untuk membangunkan bangunan tambahan di atas bangunan sedia ada di Hospital Pakar Paedatrik Dr Ranteesi, Gaza untuk dijadikan wad kanak-kanak. Bangunan dua tingkat setengah ini bakal berfungsi sebagai pusat jagaan dan rawatan bagi kanak-kanak di Gaza nanti. Segala urusan berkaitan kanak-kanak akan dikendalikan disini. Pengkhususan ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Gaza. Kekurangan pakar kanak-kanak dapat diatasi dengan kaedah pemusatan rawatan sebegini. Bagi mereka yang ingin turut terlibat dalam membangunkan pusat rawatan ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan dan pembabitan anda. Mari membantu Palestin melalui pembinaan bangunan tambahan dua tingkat setengah ini. Bukan orang lainyang dimaksudkan, tetapi andalah yang kami harapkan dapat membantu. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA
Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF
En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
Retreat MRA 2013
Pusat Belia Antarabangsa Cheras Retreat MRA dijalankan seperti tradisinya diawal setiap tahun bagi menentukan halatuju bagi tahun tersebut disamping bermuhasabah diatas segala tindakan dan pencapaian yang telah diperolehi sepanjang tahun yang lalu. Retreat MRA ini telah disertai oleh seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Exco-exco Pusat, jentera dan pimpinan MRA Chapter Negeri Perak dan Kedah, serta seluruh wargakerja MRA di Sekretariat. Retreat ini mengambil masa selama dua hari membincangkan pelbagai perkara dan isu untuk dijadikan tmpuan dan fokus MRA dalam tahun 2013 nanti. Seperti kebiasaan, Retreat MRA berjalan dalam suasana penuh serius tetapi dalam persekitaran yang penuh ceria dan professional. Perbezaan pendapat dan pertembungan ide adalah sesuatu yang telah dijangkakan dan masing-masing mencari jalan terbaik, paling diplomasi dalam mengetengahkan ide masing-masing. Alhamdulillah, perbezaan pendapat dalam retreat ini menghasilkan keputusan yang terbaik hasil dari adunan pendapat-pendapat yang berbagai. Per tembungan ide menjadikan keputusan yang dihasilkan dilihat dari berbagai sudut sebelum ianya di angkat menjadi sebuah resolusi untuk dilaksanakan. Retreat ini walaupun panas sepanjang perjalanannya, namun pada konklusi hari penutup, ianya menjadikan kami lebih rapat, lebih ber semangat dan bersedia untuk merempuh dan mengempur secara bersama. Retreat ini jelas telah dapat memberikan halatuju seperti yang dihajati dan menambah kekuatan kepada jentera MRA yang sedia ada untuk terus melangkah kehadapan.
LaPANGAN 24 Helaian 2
Mengembleng jiwa, jasad, tenaga dan minda untuk masa depan MRA
Retreat MRA 2013
Menggaris halatuju MRA di peringkat tempatan dan antarabangsa Kehadiran wakil-wakil MRA dari Perak dan Kedah serta kehadiran penuh Exco serta wargakerja MRA secara jelas memberi isyarat bahawa MRA amat serius untuk menggerakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan dalam tahun 2013 di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Mengimbau pencapaian dalam tahun 2012, meng insafi kekurangan dan kelemahan yang sedia ada, selain dari kekangan-kekangan individu dan organisasi yang tidak dapat dielakkan, MRA akan mencari jalan keluar bagi memastikan dalam tahun ini, kekurangan dan kesilapan yang berlaku tidak akan diulangi lagi malah kami bertekad untuk memperkukuhkan lagi pasukan kerja yang sedia ada ini bagi menghadapi hari hari mendatang. Dengan hasrat untuk memastikan MRA kekal relevan dan terus menyumbang mengikut acuannya sendiri diatas landasan kemanusiaan yang betul dan tepat tanpa melupakan gerakerja di peringkat tempatan, terutamanya dengan masyarakat dan kelompok sedia ada yang telah disantuni seperti Orang Asli, Orang Kurang Upaya, Warga Emas dan kelompok pelarian.
LaPANGAN 24 Helaian 3
Dato Shakir Husin, Bendahari MRA sedang memberikan perspektif beliau mengenai Islah dan Istiqamah kepada para peserta retreat yang hadir
MRA turut menyatakan hasrat untuk meletakkan Islam sebagai elemen utama dan terpenting dalam setiap gerakerja dan aktiviti yang sedang dan bakal digerakkan nanti. Justeru, pemantapan dan kefahaman menyeluruh mengenai perkara ini akan dilaksanakan bagi memastikan segala wargakerja memahami arah tujuan dan komitmen MRA.
Kepimpinan dan penggerak MRA di peringkat Pusat, Sekretariat dan Negeri bergambar ramai sempena Retreat kali ke 2 MRA.
Retreat ini selain dari bertujuan membincangkan halatuju MRA turut memberikan peluang untuk setiap penggerak MRA berkenal-kenalan dan merapatkan silaturrahim sesama mereka. Kehadiran penggerak-penggerak MRA dari Kedah dan Perak amatlah dihargai. Komitmen mereka untuk turun ke Cheras, Kuala Lumpur sangat mengkagumkan. Kerjasama dan kefahaman yang tinggi dikalangan penggerak MRA di peringkat negeri, peringkat exco dan wargakerja di Sekretariat amatlah perlu bagi memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan serta dapat mencapai objektif yang maksima dalam setiap apa yang dilakukan. Hubungan erat ini tidak terjalin dalam tempoh sehari sahaja tetapi ianya telah melalui satu proses yang agak panjang, disamping gerakerja yang sering dilakukan secara bersama, memberikan gandingan ini satu sinergi yang cukup luarbiasa kesannya. Kami bertukar-tukar fikiran dan harapan sehingga ke lewat malam dengan satu motif dan tujuan iaitu untuk membantu manusia yang memerlukan, dimana saja mereka berada.
Humanitarian Workers VS Sukarelawan
Retreat yang sarat dengan mesej penambahbaikan dan peningkatan ini berjalan dalam suasana serius tetapi santai. Setiap isu yang dibahaskan dibicarakan dengan begitu mendalam dan terperinci, tanpa sebarang �reservation�. Retreat yang mengambil masa dua hari penuh ini pastinya memberikan suluhan yang cukup terang kepada semua peringkat didalam MRA untuk bekerja lebih gigih dan lebih kuat lagi dalam memastikan segala apa yang diputuskan dapat dicapai dan dilaksanakan mengikut jangkamasa dan ruang lingkup seperti yang telah diputuskan.
LaPANGAN 24 Helaian 4
Bersatu demi Gaza
Sidang Media MYGEF Satu Sidang Media telah diadakan bertempat di Bilik Persidangan Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini oleh gabungan Malaysian Gaza Emergency Fund (MYGEF) yang dipengerusikan oleh Sdr. Amidi Abdul Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Turut hadir ialah Sdr. Mohd Raimi Ab. Rahim, Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Shamsudin, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sdr. Mohd Nazri Sahat, Ketua Pegawai Eksekutif Projek Masjid For Gaza, Majlis Perundingan Ngo-Ngo Islam Malaysia (MAPIM).
Dr. Ishak Masud, Timbalan Pengerusi MRA merangkap sebagai Pengarah Hospital Pakar Al Islam telah bertindak sebagai tuan rumah kepada sidang media ini. Sidang Media ini bertujuan untuk memaklumkan keberangkatan tim peninjau MYGEF ke Palestin bagi melihat keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh para penduduk Palestin dan Gaza terutamanya. Tim ini akan berlepas pada 31hb Januari 2013 dan akan diketuai oleh Dr. Ishak Masud sendiri.
Maulidur Rasul 1434 ANDAI RASULULLAH SAW masih ada, apakah yang akan dikatakan oleh anda kepada Baginda SAW?
Sdr. Johari Kan ketika sesi temuramah
LaPANGAN 24 Helaian 5
Cik Fauziah Tahar ditanya tentang pendirian beliau
Wartawan TV ALHIJRAH t el ah berkunj ung ke Sekretariat MRA bagi menemubual beberapa orang wargakerja MRA untuk sebuah program bersempena dengan Maulidurasul 1434 yang bakal ditayangkan semasa hari tersebut.
MRA menerima kunjungan istimewa dari rakan pelaksana MRA di Thailand iaitu Young Muslim Association of Thailand (YMAT). Kunjungan ini telah diketuai oleh Sdr. Abdul Azis Tadee dan disertai oleh Sdr. Zakaria. Kunjungan ini selain dari bertujuan untuk merapatkan silaturahim, kunjungan ini adalah bagi menyerahkan bantuan dan sumbangan dari masyarakat Muslim Thailand untuk diberikan kepada penduduk Gaza di Palestin melalui MRA. Sebagai rekod, ini bukanlah baru kali pertama YMAT
KUNJUNGAN WAKIL YMAT
dan MRA bekerjasama. Sebelum daripada ini, YMAT telah membantu menyumbangkan dana dalam kerja-kerja bantuan di Indonesia, Sri Lanka, Pakistan, Somalia dan Myanmar. YMAT banyak membantu MRA dalam kerja-kerja bantuan di selatan Thailand dalam bidang pertanian, pendidikan, pembangunan sosial dan pengupayaan ekonomi. Kerjasama erat ini telah bermula secara rasminya pada tahun 2009 iaitu sejak dari penubuhan MRA lagi
Sdr. Ashraff dan Sdr. Shahid mewakili MRA dalam sebuah pertemuan Silang Agama di Yangoon bulan lalu
LaPANGAN 24 Helaian 6
Tahniah kepada Briged Bakti Pahang diatas penganjuran ini...
KURSUS SUKARELAWAN BRIGED BAKTI PAHANG
Sdr. Johari, Sdr. Helmi dan Dr. Ayman bergaya di Pejabat JPAM Kuantan Kenapa sesebuah NGO itu ditubuhkan?
MRA telah dijemput untuk memberikan pengisian mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa dan tempatan serta bagaimana sumbangan dan pembabitan seorang sukarelawan didalam hal-hal sebegini. Tim MRA terdiri daripada Sdr. Shahrul dan juga Sdr. Johari Kan, Penyelaras Sekolah Komuniti Rohingya MRA, turut serta sama ialah Dr. Ayman, doktor dari Gaza yang sedang berada di Malaysia untuk tujuan latihan dibawah kelolaan MRA.
LaPANGAN 24 Helaian 7
Dalam sesi perkongsian ini, MRA telah mengajak semua peserta agar sama-sama dapat meluangkan masa dan tenaga untuk terlibat di dalam membantu kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang dianjurkannya di seluruh negara.
Belia hari ini, pemimpin hari esok
KURSUS SUKARELAWAN RAKAN MUDA PAGOH WOW! WOW! Rakan Muda Pagoh terbaik..
MRA mengucapkan tahniah dan syabas kepada tim Pejabat Belia Daerah Muar yang begitu komited dan prihatin di dalam mewujudkan komuniti sukarelawan muda yang mahir, terlatih dan ber prinsip. Walaupun datang dari latarbelakang organisasi yang berbeza, setiap peserta yang hadir dapat memberikan tumpuan dan kerjasama sepanjang kursus ini berjalan. Kami mengalu-alukan untuk kerjasama yang seterusnya pada masa masa yang akan datang. Semoga belia Muar terus aktif dalam kerja-kerja kesukarelaan.
Membawa Dr Ayman makan roti canai
LaPANGAN 24 Helaian 8
Exco MRA yang bertanggungjawab untuk mengisi slot dalam induksi SAHABAT MRA ini ialah Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak. Beliau telah berkongsi beberapa perkara penting dalam kerja-kerja Induksi SAHABAT MRA memberikan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh MRA. pendedahan kepada mereka yang hadir mengenai sejarah awal penubuhan Induksi SAHABAT MRA akan mula dikembangMRA, falsafah penubuhan, ciri budaya kan ke negeri-negeri lain dalam tahun ini seperti MRA serta cara gerakerja MRA di yang telah diputuskan didalam mesyuarat Retreat MRA yang baru lalu. Ini bertujuan untuk melalapangan. hirkan lebih ramai SAHABAT yang terlatih dan Mereka juga didedahkan dengan bermaklumat di seluruh negara, SAHABAT apakah bidang utama yang menjadi MRA adalah terbuka kepada semua tanpa tumpuan MRA dalam perlaksanaan sebarang had terhadap agama mahupun bangsa. kerja-kerja bantuan kemanusiaan di seluruh dunia. Mereka turut difaham- Sekiranya anda berminat untuk turut serta sebagai kan dengan rasional penumpuan kepada SAHABAT MRA sila hubungi kami. Pegawai bidang-bidang tersebut dan bagaimana kami akan sentiasa bersedia untuk melayani ianya dilaksanakan sehingga memberi- pertanyaan anda. Kami sentiasa mengalu-alukan kan manfaat kepada penduduk setempat penyertaan anda sebagai SAHABAT MRA. serta kepada mereka yang memerlukan. 21 orang SAHABAT MRA telah mengikuti Siri ke 2 Induksi MRA untuk tahun 2013 bertempat di Sekretariat MRA.
LaPANGAN 24 Helaian 9
Para peserta Kursus Induksi MRA sedang khusyuk mendengar taklimat dan perkongsian yang diberikan
BIRO LATIHAN MRA RANCANG PELBAGAI PROGRAM
BIRO LATIHAN & PEMBANGUNAN MRA dipimpin oleh Sdr. Mohd Rezaidi Ishak telah merancang dan merangka pelbagai program latihan bagi memenuhi keperluan MRA untuk tempoh setahun ini. Program latihan seperti Induksi SAHABAT MRA akan dilipatgandakan lagi dengan hasrat dapat mengadakannya sekali pada setiap bulan serta ianya dapat dilaksanakan di luar KL pula. Program latihan tahunan MRA seperti Tautan Kasih dan Tunas Muda akan diteruskan, dimantapkan dan diperkemaskan lagi bagi memastikan ianya benar-benar menjadi satu latihan lapangan yang betul-betul bermanfaat dan memberikan simulasi dan pengalaman terbaik kepada para peserta untuk diaplikasikan dalam lapangan sebenar apabila ianya berlaku. Program bersama para pelajar MRSM juga dijangka akan menjadi antara fokus utama MRA dalam tahun ini seterusnya menjadikan tahun ini sedikit sibuk bagi MRA.
MOHD REZAIDI ISHAK Pengarah Latihan & Pembangunan MRA
LaPANGAN 24 Helaian 10
Misi MYGEF-MRA di GAZA Misi MYGEF ke Gaza, Palestin ini diketuai oleh Dr. Ishak Masud, turut disertai oleh Dr. Zulkifli Hassan dari ABIM, Ustaz Jaafar Muhammad serta Sdr. Mohd Shahrulazilan Said dari MRA. Misi ke Gaza ini adalah bertujuan untuk membincangkan bentuk bantuan MYGEF kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza dalam bentuk bantuan perubatan dan kesihatan.
Dipintu Rafah, menunggu kebenaran untuk masuk
Cuaca sejuk dan perjalanan yang panjang tidak pernah menghalang tim MYGEF untuk menjejak kaki ke bumi perjuangan iaitu Palestin. Kami memasuki Gaza melalui laluan Al Arish-Rafah. Kunjungan kami ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari pelbagai pihak, terutamanya dari wakil MAPIM di Kaherah, para penuntut termasuk kakitangan di Rumah Abassiah di Kaherah, Mesir.
Kami disambut oleh para pelajar dan kakitangan MSD
LaPANGAN 24 Helaian 11
Kami menyifatkan lawatan ini sebagai berjaya dan mencapai objektifnya. Tugasan sekarang ialah untuk memastikan ianya dapat dilaksanakan mengikut apa yang telah direncanakan dan dapat mencari dana yang diperlukan.
Ahli rombongan bergambar bersama Menteri Kesihatan Gaza
Perbincangan serius antara Dr. Ishak dan Dr. Kasyif
ROMBONGAN MyGEF yang dipimpin oleh Dr. Ishak Masud ini telah disambut dengan baik oleh Kementerian Kesihatan Gaza. Kami telah diraikan oleh Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Kasyif di pejabat beliau. Kami turut berpeluang untuk bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Gaza, Dr. Mufiz
Dr. Kasyif, Dr. Ishak dan Menteri Kesihatan Gaza, Dr. Mufiz
Beliau amat mengalu-alukan kedatangan rombongan kami dan berharap segala cadangan dan penambahbaikan yang ingin kami lakukan berjaya dilaksanakan.
Berbincang dengan para doktor di Hospital Paedatrik An Nasir
Lawatan ke Hospital Paedatrik An Nasir
PALESTIN
Lawatan ke Hospital Paedatrik An Nasir
Lawatan ke Hospital Emirate, bersama Dr. Walid, Pengarah
LaPANGAN 24 Helaian 12
Pertemuan dengan Pengarah Hospital As Syifak, hospital terbesar di Gaza
Bersama Dr. Nasir dan Dr. Rifat, menikmati juadah makan malam yang amat menyelerakan
Bersama Dr. Ayman, di bilik Kecemasan Hospital As Syifak, Gaza
Dr. Ahmad I Naji dan Dr. Ishak sedang berbincang. Dr. Ahmad merupakan salah seorang Doktor yang ditaja oleh MRA di Kuala Lumpur
KUNJUNGAN kami ke Jordan, diraikan oleh Dr. Ali Misyal, orang kuat Federation of Islamic Medical Association (FIMA) Kami telah dibawa untuk melawat ke Hospital Dar As Salam yang menempatkan juga beberapa orang pelarian Syria disana. Dr. Al Misyal dan Dr. Ishak, sedang merancang untuk kerjasama seterusnya
Kami turut berbincang dengan Doktor-doktor dari Syria yang berkhidmat disitu mengenai beberapa isu dan perkara. Kami turut berkesempatan untuk melawat Hospital Al Islam, yang memberikan bantuan dan rawatan kepada para pelarian Syria yang berada disana untuk men dapatkan rawatan
LaPANGAN 24 Helaian 13
Dihadapan Hospital As Salam
Berbincang mengenai pesakit dari Syria
Berbincang bila saja ada masa terluang
Abu Faiz, Dr. Ishak Masud, Dr. Ali Misyal, Ikmal Hakim & Zahran Razak di Hospital Al Islam, Jordan
JORDAN
Dr. Omar Ahmad Fathy sedang berbincang bersama Dr. Ishak Masud mengenai kerja-kerja susulan yang akan kami lakukan
Dr. M. Hisham Elsoly, Pengarah Bantuan Kecemasan Arab Medical Union turut mengadakan pertemuan dengan Dr. Ishak Masud.
MESIR
Para penuntut dari Zagazig dan Cairo turut datang menziarahi kami sebelum berlepas pulang ke KL
LaPANGAN 24 Helaian 14
Anak-anak Yatim di Gaza Tidak samakah mereka seperti anak-anak kita?
Masa lapang digunakan untuk mentelaah pelajaran
kreatif
Tim MYGEF dan pengurusan rumah anak yatim Al Amal
Satu kunjungan hormat telah diadakan ke rumah perlindungan anak yatim Al Amal yang terletak bersebelahan dengan bangunan Kementerian Kesihatan Gaza. Rumah ini menempatkan lebih dari 40 orang anak yatim, lelaki dan perempuan. Kami telah bertemu dengan pengurusan rumah anak yatim ini dan beberapa perkara telah dibincangkan secara serius bersama mereka.
LaPANGAN 24 Helaian 15
Dari hati ke hati
Kami telah dibawa melawat dan melihat kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan kepada anak-anak yatim yang berada disini. Sebelum berpisah, kami telah menghulurkan sumbangan dana dari Rakyat Malaysia untuk anak-anak yatim ini.
Kami turut berkunjung ke Rumah Anak Negeri Sembilan di Kaherah dan berkongsi serba sedikit mengenai Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan, layanan yang diberikan amat baik, tak terasa seperti berada beribu batu jauhnya dari Seremban pun.
Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan “Kearah Profesional Muslim Berjiwa Tauhid�
Kami meneruskan program Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan bersama para penuntut Malaysia yang berada di Zagaziq. Seminar telah berjaya dianjurkan di Markas Akademi Quran (AQ) disana. Sambutan dan layanan yang diberikan juga amat baik dan tidak akan kami lupakan.
LaPANGAN 24 Helaian 16
Markas ABIM Kaherah menjadi destinasi seterusnya bagi Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan. Para peserta telah sudi meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama kami. Layanan mesra yang diberikan amat kami hargai.
Ruang utama di Markas ABIM Kaherah menjadi dewan seminar kali ini. Penuntut dari jurusan agama & perubatan hadir sama dalam seminar ini.
Di Irbid, Jordan, Seminar ini dikendalikan didalam dewan Masjid di Irbid. Kehadiran melebihi 50 orang, tahniah.
Seperti di Kaherah, kami bertemu dengan anak bangsa yang merantau jauh di negeri orang demi menuntut ilmu dan menimba pengetahuan kerana Allah. Kerjasama dan layanan yang mereka berikan kekal terpahat didalam ingatan
LaPANGAN 24 Helaian 17
Menjengah pelarian Syria di tengah malam dingin Dr. Ishak Masud, Timbalan Presiden MRA, telah berkesempatan untuk menjengah para pelarian Syria yang baru tiba dari Damsyik, sedang kelaparan, dalam suasana dingin, bilik sempit berhimpit, sesak dengan bau minyak tanah...
Bersama keluarga yang tinggal bersesak
Dr. Ali Mishal mengiringi Dr. Ishak menziarahi para pesakit yang mendapatkan rawatan di situ
Bertukar pendapat
Meninjau sendiri keadaan pelarian Syria yang baru tiba, dalam keadaan penuh kepayahan, ibu yang mengandung, anak-anak kecil, orang tua yang sedang sakit, amat menyedihkan. Namun inilah hakikat yang sedang berlaku dan menimpa rakyat Syria
Rombongan MRA turut melawat pesakit yang merupakan pelarian dari Syria yang sedang menerima rawatan di beberapa pusat kesihatan setempat. Kami turut menimbang untuk menghantar bantuan yang diperlukan oleh para pelarian di sini.
LaPANGAN 24 Helaian 18
WAKIL MRA
Prihatin dan komited, MRA menghantar Koordinator MRA Myanmar, Sdr. Shahid untuk bertemu dengan para pelarian
Ke Phang-Nga
MRA telah bertindak menghantar Koordinator Projek Myanmar, Sdr. Shahid ke Phang-Nga bagi mendapatkan maklumat serta meninjau secara dekat apa yang berlaku disana. Beliau telah berkesempatan untuk bertemu dengan para pelarian Rohingya yang ditahan oleh pihak Imigresen Thailand atas kesalahan memasuki negara Thailand secara tidak sah.
Pelarian di balik jeriji besi di pusat tahanan
Sdr. Shahid didalam rancangan Yateem TV
LaPANGAN 24 Helaian 19
Beliau turut diwawancara oleh sebuah Stesyen Televisyen Thailand mengenai kehadiran para pelaraian tersebut.
Beramah mesra dengan keluarga pelarian di pusat tahanan
TERBAIK! Tahniah diucapkan kepada salah seorang pelajar tahun 6, Abdullah bin Dollah kerana berjaya me lengkapkan latihan hujung minggu yang mengambil masa selama 3 bulan dalam bidang Membaiki Handphone di sebuah institusi latihan tempatan. Program tersebut yang digerakkan dibawah inisiatif UNHCR. Kami akan memastikan lebih ramai pelajar dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA akan dapat turut serta di lain kali. Guru-guru Sekolah Komuniti Rohingya MRA yang komited, kreatif dan berdedikasi. Dari kiri, Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelia merangkap Guru Besar Sekolah, Ustaz Shuib, Cikgu Raziah, Cikgu Syahirah Said dan Cikgu Lydia.
JOHARI
SHUIB
RAZIAH
SYAHIRAH
LYDIA
Jasa kalian dalam mendidik anak-anak Rohingya amatlah besar, semoga Allah sahaja yang membalasnya.
LaPANGAN 24 Helaian 20
Buat pertama kalinya, Sekolah Komuniti MRA bertindak melantik Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas secara rasmi dari kalangan mereka yang dilihat mempunyai bakat dan kebolehan memimpin.
Lantikan Pengawas Ustaz Shuaib menyematkan Name Tag pada salah seorang pengawas yang dilantik
Komited dalam usaha untuk me mastikan para pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan dapat dilahirkan melalui Sekolah Komuniti Rohingya MRA, beberapa lantikan bagi jawatanjawatan tertentu telah diadakan dikalangan para pelajar yang dipilih.
Perlantikan ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda dari kalangan anak-anak pelarian agar mereka kelak boleh dilatih menjadi pemimpin bagi komuniti ini dimasa hadapan.
Melatih anak-anak murid untuk menggunakan Khutub Khanah yang telah disediakan
KHUTUB KHANAH
Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan bukubuku dalam Bahasa Melayu Selangkah lagi dalam usaha memantapkan Sekolah Komuniti Rohingya dan Bahasa Inggeris dari MRA, kami telah berjaya mengadakan sebuah perpustakaan yang bertujuan masyarakat dan organisasi untuk membekalkan anak-anak murid di Sekolah kami dengan bahan bacaan u n t u k di t em p a t k a n d i perpustakaan baru kami ini. sampingan yang bermutu dan berkualiti
LaPANGAN 24 Helaian 21
Tenau sering kelihatan tenang, tetapi seperti api dalam sekam. Sentiasa ada bara yang menyala disana...
POS TENAU tetap di hati Menziarahi Pos Bersih I, II & III, serta perkampungan Tenau dan Keding merupakan rutin yang dilakukan oleh MRA. Sejak dari tahun 2010, MRA telah mengadakan program bersama penduduk di kawasan ini.
Sdr. Iqbal sedang menampal tatacara penggunaan Dewan Komuniti MRA
Penduduk kampung memang mengalualukan kehadiran kami dan mereka senang sekali denan kehadiran SAHABAT MRA di perkampungan mereka. Konsep pembangunan komuniti yang digerakkan oleh MRA tidak mempunyai sebarang jalan pintas, ianya mengambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya. Namun, kami yakin konsep ini mampu memberikan output seperti yang dikehendaki. Sesiapa yang ingin terlibat dan merasai kelainan disini sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
LaPANGAN 24 Helaian 22
“Dari dulu sehingga ke hari ini hujan turun, tapi airnya tak pernah habis… dari mana datangnya air yang sentiasa ada itu? Pastinya ia datang dari perbendaharaan dan khazanah Allah Tuhan Sekelian Alam….” mungkin itu yang diceritakan oleh Haji Hani Yang Kassim, Setiausaha MRA Perak.
MRA Perak terus beraksi Kami serius
Penggerak untuk program Orang Asli di Pos Ulu Slim di Simpang Pulai ialah Tuan Haji Hani bin Yang Kassim, Setiausaha MRA Perak.
Anak-anak, mereka merupakan aset masa depan
LaPANGAN 24 Helaian 23
Beliau dan SAHABAT MRA Perak sering memastikan ada program yang dijalankan setiap bulan di per kampungan berhampiran dengan Dewan Komuniti MRA ini. Komitmen mereka amat kami sanjungi.
Maklumat Perhubungan MALAYSIAN RELIEF AGENCY No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur MALAYSIA
INFO KORPORAT Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB 20/2010) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Sejak dari penubuhannya pada 2009, MRA telah membantu melalui progam bantuan kecemasan ke negaranegara yang ditimpa musibah, bencana alam, bencana buatan manusia dan program pembangunan komuniti dialam dan diluar negara
VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan
MISI Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti profesionalisme, komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri, penyayang.
Tel: 60 3 2697 2007 Faks: 60 3 2692 2002 Emel: admin@mra.my Sawang: www.mra.my Facebook: malaysianreliefagency Twitter: malaysianrelief Youtube: malaysianrelief
Maklumat Perbankan MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank
MOTO Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenal pastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan.
LaPANGAN 24 Helaian 24 LAPANGAN 22-2
Ibubapa ini sedang menyemai akhlak mulia pada anaknya, mengajar erti berkongsi dan bersimpati
Pakcik ini menderma dengan linangan airmata, terkenangkan nasib penduduk Gaza..
TAWAU CAKNA ISU PALESTIN, Tahniah
Orang Tawau memang best.. Menyumbang bersungguh-sungguh untuk kemanusiaan
LaPANGAN 24 Helaian 25
Roslan dalam slot perkongsian di Karnival Hospital Pakar Al Islam baru-baru ini.
TIADA HALANGAN BUAT SDR. ROSLAN Pada zahirnya, memang kelihatan beliau sukar untuk bergerak kemana-mana, namun insan gigih berhati mulia ini sebenarnya seorang yang cekal, kuat semangat dan berhati waja. Diam beliau, adalah diam-diam ubi. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan dua buah siri antologi sajak karya tulisan beliau sendiri. Antologi beliau yang pertama ialah Tajam Fatamorgana dan antologi yang kedua ialah Ratib Jiwa. Beliau yang tinggal sendirian di Datuk Keramat, bijak meluangkan masanya. Selain dari menumpukan masanya di Sekretariat MRA yang digelarkan oleh beliau sebagai Anjung MRA, beliau turut hadir ke program-program anjuran MRA dan beberapa organisasi yang lain lagi. Tidak terperangkap diatas kerusi roda sahaja, Sdr. Roslan merupakan seorang yang aktif dan begitu bersemangat. Kecekalan beliau dalam melakukan sesuatu itu jelas amat mengkagumkan.
Ketika berlangsungnya Karnival Hospital Pakar Al Islam di Kampung Baru tempohari, Sdr. Roslan telah mengadakan satu slot perkongsian m e n g e n a i antologinya yang kedua R atib Jiwa.
Setia menunggu tabung MRA
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan salinan naskah Ratib Jiwa boleh menghubungi Sdr. Roslan sendiri dengan cara SMS beliau di talian: 013 3888824 atau menghubungi Sekretariat MRA di talian 03 26972007. Harga jualan senaskah antologi beliau ialah RM10 sahaja. Saudara Roslan turut terlibat di dalam komiti Orang Kurang Upaya MRA yang baru ditubuhkan dibawah kelolaan Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA.
LaPANGAN 24 Helaian 26
Siang mengganti malam Purnama bersilih Suria Girang menjadi muram Sama kasih rakyat Syria Wajah muram seorang anak pelarian Syria di pinggir bandar Amman, Jordan. Keluarganya mendiami sebuah bilik yang sempit, tiada pengudaraan, tiada pemanas...