26 Lapangan

Page 1

LAPANGAN 26-2013 Kelas Bahasa Isyarat di Putrajaya MRA Kedah beraksi lagi Lawatan guru UPSI ke SKR-MRA

LAPANGAN Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

On The Ground

Kelas Bahasa Isyarat MRA di Taman Botani, Putrajaya

Generasi Pelapis


PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

MEMBINA GENERASI PELAPIS PEKERJA BANTUAN KEMANUSIAAN (HUMANITARIAN) Dunia Barat, negara-negara maju dan sebahagian negara Dunia Ketiga mempunyai jumlah pekerja bantuan kemanusiaan (humanitarian) yang ramai.

Pekerja Bantuan Kemanusiaan adalah mereka yang berani menyahut cabaran untuk bertugas di wilayah dan kawasan yang tidak ramai mahu berada apatah lagi menjejakkan kaki Mereka ini terlatih dan berpengalaman, di kawasan tersebut. mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang yang diperlukan. Kawasan berisiko tinggi yang ter dedah kepada bencana alam dan Pekerja bantuan kemanusiaan terbahagi bahaya ciptaan manusia adalah kepada beberapa kelompok, antaranya tempat bermain dan menimba adalah kelompok pengurusan yang meng pengalaman bagi para pekerja urus dan mentadbir organisasi, kelompok bantuan kemanusiaan. pakar (expert) yang terlibat secara sepenuh masa dilapangan, kelompok advokasi yang MRA juga sedang mengenalpasti bertanggungjawab memberikan penerangan individu yang bersedia untuk menjadi dan mencari penyelesaian melalui pelbagai sukarelawan `humanitarian` bagi cara konvesional dan tidak konvensional. m e m a s t i k a n d u n i a b a n t u a n Kelompok yang tidak kurang pentingnya kemanusiaan di Malaysia tidak ialah para sukarelawan yang membantu tandus daripada tenaga dan ide mengikut kapasiti masing-masing secara generasi muda yang semakin separuh masa dan berkala. terbuai dengan kesibukan gaya hidup moden yang sibuk melayan gajet dan Di Malaysia, pekerja bantuan kemanusiaan media sosial. secara sepenuh masa sangatlah sedikit dan tidak ramai yang mempunyai pengalaman Dengan fenomena perubahan iklim luas. Mungkin ianya adalah kerana yang semakin ketara, lebih ramai kurangnya berlaku bencana skala besar di Humanitarian perlu disiapkan, tapi Malaysia atau juga kerana kecekapan dan mampukah kita? kemampuan agensi-agensi kerajaan dalam mendepani dan menangani bencana dan MOHD SHAHRULAZILAN SAID mangsanya secara pantas dan berkesan. Pengarah Eksekutif

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah


Doktor-doktor sukarela hari ini terdiri daripada para doktor yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah

MRA KEDAH beraksi lagi Rumah Anak-anak Yatim Darul Sakinah

Menyukat ketinggian, menimbang berat bagi mendapatkan BMI setiap seorang

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) cawangan Negeri Kedah, diketuai oleh Dr. Saifullah Al Hany telah berjaya meng gendalikan satu program rawatan kesihatan bertempat di sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai Rumah Darul Sakinah, Sungai Petani. Sejumlah 40 orang penghuni rumah anak yatim, lelaki dan perempuan telah mendapatkan rawatan dari tim perubatan MRA. LAPANGAN 26 - 2


Para SUKARELAWAN dan SAHABAT MRA bergambar ramai setelah tamat program pemeriksaan kesihatan

Rumah Anak Yatim Darul Sakinah merupakan sebuah rumah anak yatim yang terletak di Sungai Petani dan didiami oleh seramai hampir 50 orang anak yatim lelaki dan perempuan, yang datang dari pelbagai pelusuk negara, tidak terhad hanya kepada rakyat negeri Kedah semata.

Beramah mesra bersama anak-anak yatim

Selain dari mengadakan program pemeriksaan kesihatan, MRA turut mengadakan program gotong royong pembersihan di persekitaran Rumah Anak Yatim tersebut. Program ini telah turut disertai oleh 40 orang penuntut dari Kolej Komuniti Sg. Petani, kakitangan perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani termasuk para SAHABAT MRA yang berada di Sg. Petani. MRA Kedah sebelum ini pernah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan yang kami sebut sebagai Klinik Lapangan di beberapa buah tempat antaranya di Perkampungan Orang Asli di Ulu Legong dan Pondok Haji Salleh, Sik, Kedah. Kami turut mengadakan projek berkhatan pada setiap tahun sempena cuti sekolah. MRA Kedah sedang dalam proses mempersiapkan dan memperbaiki gerakerja mereka di seluruh negeri Kedah agar menjadi lebih efektif, tersusun dan lebih menyeluruh. Justeru kami mengalu-alukan mana mana individu ataupun organisasi untuk tampil berkerjasama dengan MRA dalam menjayakan mana-mana misi bantuan yang bakal kami anjurkan dimasa mendatang.

Dr. Saifullah turut merawat pesakit LAPANGAN 26 - 3


Praktikal Bahasa Isyarat dengan para fasilitator yang berpengalaman luas

Praktikal Bahasa Isyarat di

Taman Botani, Putrajaya Kelas Bahasa Isyarat MRA diteruskan lagi dengan latihan penerusan yang lebih santai dan ceria. Kami telah bersetuju untuk mengadakan latihan susulan di Taman Botani, Putrajaya.

Sesi ulangkaji dan ramah mesra

Para pelajar dan para fasilitator telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan masing-masing kerana sanggup hadir meluangkan masa cuti mereka untuk menjayakan kelas susulan ini. Para pelajar juga telah berpeluang menjalani latihan praktikal berbahasa Isyarat di Taman Botani dan juga di Alamanda, Putrajaya. Semoga semua pihak yang terlibat mendapat manfaat dari program ini hendaknya. LAPANGAN 26 - 4


Perpustakaan UPSI, kaya dengan khazanah pendidikan dan perguruan, satu penghormatan buat MRA untuk mengadakan pameran disini kelak

berkunjung ke UPSI Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Sdr. Shahrul sedang menerangkan mengenai operasi MRA didalam dan diluar negara kepada wakil UPSI yang turut hadir

Malaysian Relief Agency (MRA) telah berkunjung ke Universiti Perguruan Sultan Idris, di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini. Berada di Universiti yang cukup terkenal dalam melahirkan tokoh pejuang dan cendikiawan ini merupakan satu penghormatan kepada kami. Berkerjasama dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan kesukarelaan pula merupakan satu pengiktirafan kepada usaha dan upaya yang telah dan sedang digerakkan oleh MRA. MR A b akal me n gad aka n pameran dan perkongsian mengenai gerakerja kami di Perpustakaan UPSI kelak. Nantikan kehadiran kami!

LAPANGAN 26 - 5


NAM pelopor konsep Ta`awanu MRA sekali lagi menerima jemputan dari NAZA Automotive Manufacturing (NAM) untuk berkongsi mengenai aktiviti dan kegiatan yang kami lakukan didalam dan diluar negara bersama mereka. Namun, kali ini, MRA telah dijemput untuk turut serta dalam satu mesyuarat khas yang turut dihadiri oleh wakilwakil beberapa syarikat dan organisasi lain yang beroperasi di Gurun, Kedah. Mesyuarat ini bertujuan untuk memulakan satu inisiatif diantara organisasi yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah kepada masyarakat. Ini bukanlah sesuatu inisiatif yang luarbiasa, kerana sebelum ini pelbagai kerjasama berbilang organisasi telah diadakan dalam bidang sukan, sosial dan sebagainya. Jelas ini membuktikan bahawa NAM menjadi pelopor kepada konsep Ta`awanu-bertolong bantu Wargakerja NAM sebelum ini telah turut menyumbang sejumlah dana kepada Tabung dalam kerja kebajikan dan taqwa. (Al Kemanusiaan Arakan yang digerakkan oleh MRA Ma`idah –2) LAPANGAN 26 - 6


Anak-anak perantauan Pyaktaw di Cheras Baru

Soal jawab diantara MRA dan ahli persatuan

Sesi Penerangan mengenai aktiviti persatuan

PERSATUAN PYAKTAW BERTEMU MRA Sdr. Shahrul dan Sdr. Johari telah mewakili MRA dalam pertemuan dengan Persatuan Pyaktaw yang berpejabat di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Persatuan ini lebih tepat lagi digelar sebagai persatuan anak-anak Pyaktaw yang berada di Malaysia.

Kami turut membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diadakan diantara MRA dan mereka, memandangkan lokasi pejabat mereka dan Sekolah Komuniti Rohingya MRA berada dalam radius lingkungan yang begitu hampir sekali.

Persatuan yang telah bergerak sejak 10 tahun yang lalu ini kelihatan aktif dan teratur, mempunyai aktiviti yang terancang dan mempunyai sumber kewangan bulanan yang baik.

Kami turut bersoal jawab dengan wakil-wakil Rohingya yang hadir dalam pertemuan tersebut, terutamanya mengenai keadaan terkini di Myanmar dan Arakan. LAPANGAN 26 - 7


Pimpinan Kanan termasuk Timbalan Presiden dan SUA turut serta bersama dalam mesyuarat ini. Hadir sama ialah Ketua Biro Kesihatan MRA. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Biro Bantun Kecemasan & Lojistik MRA

Mesyuarat Tergempar Isu Meiktilla Muslim yang bukan Rohingya menjadi mangsa seterusnya

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah bertindak pantas memanggil sebuah Mesyuarat Tergempar bagi membincangkan isu Meiktilla, iaitu serangan yang dilakukan oleh sekelompok penduduk Myanmar yang dikatakan beragama Buddha menyerang Masjid dan penduduk beragama Islam disebuah bandar bernama Meiktilla di Mandalay.

MRA turut dijemput oleh TV Al Hijrah melalui Slot Rohingya Menangis untuk berkongsi mengenai bantuan yang bakal disalurkan kepada mangsa-mangsa di Meiktilla, malah mereka turut menelefon Sdr. Shine @ Shahid, Koordinator MRA Myanmar mengenai per kembangan terkini di lapangan.

Pertelingkahan yang dikatakan bermula dengan jualbeli emas yang tidak berjalan lancar diantara satu pasangan Budda dengan pekedai emas Muslim. Dalam sekelip mata, pertelingkahan ini bertukar menjadi siri serangan skala besar besaran terhadap penduduk Islam yang bukannya berbangsa Rohingya tetapi berbangsa India, Arab dan lainlain lagi. Akibat serangan ini, beberapa buah Masjid dan ratusan kedai dan rumah milik orang Islam telah rosak dan binasa, ribuan pelarian Islam sedang berlindung disebuah stadium di Meiktilla, menanti bantuan disalurkan kepada mereka yang melarikan diri sehelai sepinggang sahaja. Pejabat MRA di Rangoon juga sedang memantau perkembangan di Meiktilla dengan teliti bagi membolehkan MRA membuat keputusan terbaik sebelum menghantar sebarang bantuan ke Meiktilla.

MRA akan terus membantu di Lapangan LAPANGAN 26 - 8


Mesin basuh dan peti ais, masih elok dan baru

ORANG RAMAI menyumbang BARANGAN kepada MRA Televisyen besar...

KEDERMAWANAN seseorang itu tidak mem punyai batasan. MRA cukup bertuah kerana mempunyai ramai penyumbang yang komited dan ikhlas dalam memberikan sumbangan dana dan barangan. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan mereka ini sepanjang masa dan memberikan ganjaran yang setimpal diatas pemberian ini.

Set Hi Fi turut disumbangkan

Sumbangan yang mereka berikan kadangkala tidak disangka dan tidak dijangka. MRA mengalu-alukan sumbangan dana dan barangan dari orang ramai, namun kami berharap ianya dilakukan dengan penuh ikhlas mengambil iktibar dari kisah pengorbanan antara manusia terawal, Habil dan Qabil. LAPANGAN 26 - 9


KELAS SENI LUKIS UNTUK

ANAK-ANAK ROHINGYA

Syukur atas nikmat, dan redha atas ketentuan Illahi

Kali ini, kami membawa para pelajar Sekolah Komuniti Rohingya MRA ke sebuah studio seni di Bukit Antarabangsa bagi mencungkil bakat bakat seni yang mereka miliki. Disini, mereka diajar untuk melukis, mewarna dan membuat arca. Peluang yang diberikan ini membolehkan mereka belajar diluar daripada kebiasaan mereka di sekolah. Kami juga dapat mengenal pasti potensi sebenar yang mereka miliki, disamping bakat terpendam yang mereka Para Guru dan pentadbir Sekolah Komuniti Rohingya MRA punyai. sentiasa mencari jalan dalam memberikan keseronokan bagi mewujudkan keinginan untuk belajar dan menuntut ilmu dalam Selain daripada ini, kami turut mendedahkan anak-anak pelarian ini diri setiap anak-anak Rohingya. dengan dunia luar melalui program lawaAntaranya, ialah kami sering membawa anak-anak pelarian ini tan ketempat-tempat yang berfaedah serta keluar daripada sekolah mereka untuk berinteraksi dan bergaul mengadakan kunjungan ke sekolahsekolah lain. dengan para pelajar luar dari lingkungan sekolah mereka. LAPANGAN 26 - 10


FORUM KASIH ROHINGYA menunjukkan kematangan dan mempamerkan kecaknaan mahasiswa dalam isu-isu menyentuh masalah umat serantau dan antarabangsa

Rohingya tidak dilupakan..

Johari mengupas mengenai keadaan Rohingya ROHINGYA MENANGIS, begitulah tajuk Forum yang disertai oleh MRA di Dataran Keris Mas di Kolej Keris Mas. MRA telah diwakili oleh Sdr. Johari Kan, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA. Kedua-dua ahli panel berpengalaman luas dalam penyaluran bantuan ke bumi Arakan dan mereka berdua telah pernah menjejakkan kaki ke bumi Arakan termasuk ke bandar Sitwe. MRA telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan di lapangan Arakan sejak Ogos 2012 lagi.

Terima sebagai Benggali atau terus tersiksa sebagai Rohingya Forum ini pula telah dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif kepada Nasyid FM. Forum ini juga telah disiarkan secara langsung di saluran Nasyid FM ini. Sepanjang Forum berlangsung, kami dapati sambutan dan maklumbalas dari para penonton yang terdiri dari kalangan para penuntut amat memberangsangkan, pelbagai soalan ditanyakan kepada panelis forum menunjukkan kematangan dan mempamerkan kecaknaan mahasiswa dalam isu-isu menyentuh masalah umat serantau dan antarabangsa. LAPANGAN 26 - 11


Maklumat Perhubungan MALAYSIAN RELIEF AGENCY No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur MALAYSIA

INFO KORPORAT Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB 20/2010) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Sejak dari penubuhannya pada 2009, MRA telah membantu melalui progam bantuan kecemasan ke negaranegara yang ditimpa musibah, bencana alam, bencana buatan manusia dan program pembangunan komuniti dialam dan diluar negara

VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan

MISI Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti profesionalisme, komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri, penyayang. Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenal pastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan.

Tel: 60 3 2697 2007 Faks: 60 3 2692 2002 Emel: admin@mra.my Sawang: www.mra.my Facebook: malaysianreliefagency Twitter: malaysianrelief Youtube: malaysianrelief

Maklumat Perbankan MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank

MOTO Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

Bersama anak-anak Palestin di tepi jalan LAPANGAN 26 - 12


4

Bersedia untuk meneroka alam bantuan kemanusiaan

INDUKSI MRA KALI KE EMPAT 2013 Induksi SAHABAT MRA kali keempat ini disertai oleh beberapa individu yang pernah terlibat dengan kerja-kerja sukarela dengan beberapa organisasi lain sebelum ini. Seperti biasa, Induksi ini membincangkan bagaimana gerakerja MRA apabila berlakunya sesuatu yang memerlukan MRA untuk turut terlibat sama. Peserta Induksi juga didedahkan dengan konsep `Kera di hutan disusukan, Anak sendiri tidur kekenyangan`, yang mana menangkis sebarang tuduhan bahawa MRA hanya bergiat membantu di luar negara dan mengabaikan bantuan kepada penduduk dan rakyat Malaysia yang memerlukan. 4 elemen utama yang menjadikan kehadiran sahabat yang baik pada Satu untuk semua dan Semua untuk satu setiap kali program induksi diadakan adalah seperti berikut:1. Komitmen Bahagian SAHABAT MRA menjalankan kempen memaklumkan mengenai program ini disamping membuat panggilan susulan bagi memastikan kehadiran peserta. 2. Tim Jurulatih dan Fasilitator yang komited. Pengerusi Biro Latihan dan Pembangunan MRA sendiri telah meluangkan masa beliau untuk turut hadir dalam setiap siri induksi. 3. Modul Induksi yang lebih bersepadu. Pengalaman mengadakan kursus induksi tahun lalu diperkemaskan dan kali ini ianya lebih terurus lagi. 4. SAHABAT yang komited. Alhamdulillah, kami mendapat ramai SAHABAT yang berkualiti dan paling penting komited untuk membantu MRA dalam apa segi yang termampu LAPANGAN 26 - 13


Kemampuan anak-anak Rohingya menguasai pelajaran diuji oleh guru-guru UPSI yang hadir

LAWATAN KERJA GURU-GURU DARI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Mendengar dengan serius... Kunjungan dua orang guru Mohd Hafizudin Jusoh dan Mohd Azman Saleh dari bahagian silibus Universiti Perguruan Sultan Idris baru-baru ini ke Sekolah Komuniti Rohingya bagi melihat kemampuan dan keupayaan para pelajar kami membaca, menulis dan mengira amatlah dihargai dan sangat kami alu-alukan. Silibus Sekolah MRA ini dibangunkan melalui pengalaman kami menggerakkan sekolah ini sejak 2009, serta dengan membuat perbandingan dengan sekolah-sekolah pelarian yang lain dan menanda aras (benchmark) sekolah kebangasaan dan sekolah antarabangsa yang ada di Malaysia.

Menegur sebarang kesilapan yang dilakukan Secara semangatnya, kami sangat serius mempersiapkan anak-anak Rohingya ini untuk mereka bersedia serta mempunyai ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi mereka membina kembali negara Arakan yang mereka telah tinggalkan. Apabila keamanan sudah mula dikecapi, apabila jaminan mengenai keselamatan dan nyawa mereka dapat dipastikan. Mereka mesti pulang untuk membangunkan, menjadikan Arakan sebuah negara yang maju, aman damai dan makmur. LAPANGAN 26 - 14


SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA

terima kunjungan TV Al Hijrah

Krew TV AL HIJRAH sekali lagi hadir di Sekolah Komuniti Rohingya MRA bagi mendapatkan maklumbalas dan maklumat terkini dari MRA mengenai keadaan dan situasi terkini yang sedang berlaku di Myanmar dan khususnya terhadap nasib umat Islam Rohingya.

Turut ditemuramah ialah Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul. Beliau menyatakan bahawa skala serangan terhadap umat Islam di Myanmar semakin meningkat, ianya bukan lagi melibatkan hanya mereka yang berbangsa Rohingya, malah etnik Islam yang diiktiraf sebagai salah satu daripada 136 etnik rasmi Myanmar juga telah diserang, iaitu bangsa Kaman.

Turut serta ialah wartawan penyiaran Sdr. Lutfy Hafifi yang kelihatan begitu menguasai Malah dalam serangan di Takheta berhampiran kemelut sebenar yang melanda bumi Arakan Ranggon dan Meiktila di Mandalay, yang menjadi mangsa utama ialah penduduk yang berbangsa dan sejarah umat Islam Rohingya. India Muslim dan mereka ini adalah dari kalangan Mereka telah turut menemuramah salah pedagang (ahli perniagaan) dan telah menetap di seorang guru kanan MRA yang telah bertugas kawasan tersebut sejak zaman berzaman lagi. sejak dari tahun 2009 lagi, anak kelahiran Arakan; Ustaz Shuaib. Beliau telah berkongsi MRA melalui pejabatnya di Rangoon akan mengenai kejadian terkini yang sedang memantau perkembangan ini secara dekat dan melanda Myanmar dan beliau turut memastikan tahap keselamatan petugas MRA di melahirkan hasrat hati menyatakan bahawa lapangan dalam keadaan baik dan selamat. MRA beliau mahu pulang dan berbakti kepada juga mendesak agar kesemua pihak dapat negaranya sendiri, mengenang sanak saudara bertenang dan belajar untuk saling hormat yang dizalimi dan nasib komuniti mereka menghormati dan memahami ajaran agama lain yang tidak menentu, beliau melahirkan rasa bagi menambah kefahaman masing masing. sedih dan kecewanya.

LAPANGAN 26 - 15


MESYUARAT SUSULAN OPERASI DALAM NEGERI Kesuntukan masa dan kesukaran untuk bertemu di kalangan EXCO MRA diatasi dengan mengadakan mesyuarat pada waktu makan tengahari, cumanya mesyuarat singkat tengahari ini hanya dapat membincangkan paling banyak pun hanya dua agenda, namun ianya sangat membantu kerana dapat membantu melangsaikan beberapa isu penting berkaitan operasi dan latihan.

Sebagai permulaan, MRA akan mengadakan program memberikan makanan kepada para gelandangan terlebih dahulu sebelum beralih kepada aktivitiaktiviti lain untuk mereka.

Mesyuarat ini membincangkan secara khusus mengenai aktiviti yang perlu digerakkan oleh MRA melalui kerjasama segala rangkaian yang dimiliki termasuk untuk memperkasakan lagi kehadiran SAHABAT MRA. Hasil mesyuarat ini ialah MRA akan menggerakkan aktiviti bersama masyarakat terpinggir terutamanya yang bergelandangan dalam tempoh terdekat, dengan tumpuan utama lokasinya di sekitar Kuala Lumpur terlebih dahulu.

MRA sedang dalam usaha untuk melipat gandakan usaha dan aktiviti mereka didalam negara bagi memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan semaksima mungkin.

Kami perlu mengenali mereka terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu untuk mereka. Kalau kami tidak rapat dengan mereka agak sukar untuk kami mencadangkan sesuatu perkara kepada mereka, ini Mesyuarat yang terkini ini diadakan di gerai makan di merupakan satu proses yang rumit dan mengambil Stadium Hoki Nasional di Jalan Duta berhampiran masa tetapi kami pasti ianya sesuatu yang sangat dengan Stesen Bas Jalan Duta. berbaloi.

Kami mengalu-alukan pembabitan mana-mana individu atau organisasi yang ingin turut serta dalam program gelandangan yang berikutnya. LAPANGAN 26 - 16


Dalam perpisahan sementara ini kami berkata kepada Dr. Ayman bahawa kita akan bertemu lagi di Al Quds nanti ‌ itulah azam kami di MRA..

DR. AYMAN PULANG KE GAZA, PALESTIN Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA bersama barisan penerima bantuan kerusi roda

Setelah berada hampir 8 bulan di Malaysia, salah seorang dari doktor tajaan MRA, Dr. Ayman Harbi kembali semula ke tanah bertuah, bumi Gaza bagi meneruskan kerjaya beliau di Hospital As Shifa.

MRA ingin merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih pada Auralife di atas sumbangan 7 kerusi roda dan 3 buggy kepada golongan OKU pada Majlis Makan Malam di PWTC pada 24/3/13. Sumbangan ini dapat membantu dan permudahkan penerima bergerak untuk menjalankan urusan mereka, mendapatkan khidmat serta permudahkan ibubapa penjaga mengurus anak-anak yang perlu bantuan sepenuhnya. LAPANGAN 26 - 17


MRA MEMBANTU PROGRAM FISIO Bahagian MRA OKU membantu Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar mengisi program fisio setiap dua minggu sekali. OKU yang diambil adalah bermasalah fizikal (CP dan pel bagai) atau terlantar. MRA bersetuju untuk membantu ibu dan anak mengadakan sesi pembelajaran mengendalikan anak-anak mereka dari segi fizikal. Persetujuan mengadakan sesi fisio dua minggu sekali telah dilaksanakan bagi memberi ibu-ibu pengetahuan serta kemahiran menguruskan pergerakan motor kasar mereka dengan cara yang baik, peralatan yang boleh digunakan serta khidmat nasihat. Aktiviti diatas tilam seperti berguling, menjalar, merangkak, melutut dan mencangkung. Mobilisasi pasif dan rengangan, pembetulan postur dan latihan imbangan. Sesi bersama ibu-ibu/penjaga adalah penting kerana setiap perkara atau pergerakan serta latihan perlu dibuat selalu.

Ibubapa gigih melatih anak mereka

Tahniah pada ibu-ibu/penjaga yang berusaha untuk berkumpul dan berusaha ke Persatuan untuk latihan serta menjalankan latihan di rumah.

SUMBANGAN BUAT ARAKAN BAKIT TM sekali lagi tampil membantu dalam meringankan bebanan yang ditanggung oleh pelarian dan penduduk Rohingya di wilayah bergolak Arakan. Sumbangan kali ini adalah merupakan kutipan yang terkumpul di surau ibupejabat TM yang terletak di Menara TM, Pantai Baru, Kuala Lumpur. Kami turut berbincang untuk rangka kerja bantuan seterusnya bukan sahaja di Arakan malahan di tempattempat lain yang memerlukan, bantuan Ramadhan, perlaksanaan Ibadah Qurban termasuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan bantuan kecemasan untuk isu-isu tertentu. Terima kasih BAKIT TM atas sumbangan yang diberikan, semoga anda dan organisasi anda diberkati dan dirahmati Allah. LAPANGAN 26 - 18


BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN SDR. HAFIZ Sdr. Mohd Rezaidi Ishak, Pengarah Biro Latihan dan Pembangunan MRA bertukar pandangan bersama Sdr. Hafiz

Bagi memantapkan lagi jentera latihan dan pembangunan MRA, terutamanya dalam bidang Kesedaran Mengenai Orang Kurang Upaya, MRA telah mengadakan pertemuan dengan Sdr. Hafiz dari Majlis Orang Buta Malaysia (MAB). Sdr. Hafiz merupakan salah seorang penceramah yang bertauliah daripada MAB. Beliau terlibat aktif dalam m em b er i k an p en er an gan d an adv ok asi k ep ad a m as ya r a k at mengenai peranan, tanggungjawab dan keperluan orang kurang upaya. Kami turut belajar dari beliau mengenai konsep `exclusiveness` versus `inclusiveness` dalam kehidupan OKU.

Sekumpulan anak-anak muda yang menggabungkan diri mereka dalam sebuah kumpulan yang dinamakan Make Them Smile telah berjaya menganjurkan sebuah lagi projek khidmat masyarakat, iaitu projek menambah ceria sebuah wad kanakkanak di hospital MESIR. Anak-anak muda ini merupakan para penuntut jurusan kedoktoran dari beberapa buah universiti di Mesir, dan ini merupakan sebahagian daripada projek khidmat masyarakat mereka. Sebelum ini mereka telah terlibat menambah ceria dibeberapa buah tempat yang lain termasuk di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur. MRA amat tertarik dengan kesungguhan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh tim ini, yang secara tidak langsung membawa nama baik Malaysia bersama dalam setiap projek penambah ceriaan yang mereka lakukan.

Sebuah lagi projek MAKE THEM SMILE di Wad Kanak-kanak Hospital Kaherah, Mesir. LAPANGAN 26 - 19


Kehadiran yang memberangsangkan, membuktikan mahasiswa masih mampu menjadi jurubicara ummat jika diberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya

SLOT Perkongsian MRA di UTHM, Batu Pahat Kali ini MRA telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dengan para penuntut di Universiti Teknologi Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. MRA telah dijemput oleh para penuntut Fakulti Khidmat Sosial, terdapat lebih daripada 14 grup, yang mana setiap grup merangkumi sekitar 10 orang ahli. MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif dan beliau telah berkongsi mengenai Gerakerja MRA, bagaimana MRA bergerak didalam dan diluar negara. Beliau turut berkongsi pengalaman MRA di Somalia, Afghanistan, Pakistan, Myanmar, Lebanon, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, Mesir, Palestin termasuk Jepun.

Beliau turut memaklumkan mengenai program dalam negeri MRA seperti program bersama Warga Emas, program bersama Orang Asli, program bersama Orang Kurang Upaya, Pelarian, Saudara Baru, penuntut, gelandangan dan lain -lain lagi. MRA sentiasa memastikan segala aktivitinya seimbang bagi dalam dan luar negara. Para peserta juga dipelawa untuk mengadakan program dan melawat serta menziarahi program Orang Asli MRA di Pos Bersih dan Pos Ulu Slim.

Wow! Wow! LAPANGAN 26 - 20


â˜ş

Asam gelugur si bunga kandis Menambah rasa si buah betik Walaupun jauh Baitul Maqdis Kami tak lupa walau sedetik Hasil kraftangan anak-anak yatim yang mendiami rumah anak-anak yatim Al Amal di Gaza yang diziarahi oleh tim MRA.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.