27 LaPANGAN

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

KELESTARIAN BANTUAN LUKIS MURAL DI MANSURAH Projek Gelandangan MRA Akan datang MYCORPS II Ramadhan semakin hampir

LAPANGAN 27-2013


KELESTARIAN

BANTUAN Malaysian Relief Agency (MRA) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang masih hijau di Malaysia ini. Kami ditubuhkan pada tahun 2009 yang lalu, masih bertatih dalam dunia kemanusiaan yang penuh mencabar dan penuh dengan dugaan. Namun sejak dari tarikh penubuhan MRA, kami terus mengorak langkah, maju kehadapan, tanpa menoleh ke belakang dan terus mencari ruang dan peluang untuk kami beroperasi. Seperkara yang menarik untuk saya kongsikan kali ini ialah apa yang kami sebut sebagai kelestarian bantuan. Apakah maksud kelestarian bantuan ini? Maksudnya ialah memastikan bantuan yang kami berikan kepada sesuatu komuniti itu dapat bertahan lama, berupaya membantu mengubah kehidupan penduduk setempat disamping mempunyai jangka hayat yang panjang, serta memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Selain itu, kami turut membantu komuniti setempat dengan membekalkan mereka dengan peralatan Mesin menjahit, barang mentah termasuk kain. Sehingga kehari ini projek tersebut terus berjalan dengan lancar. Di Pakistan pula, banjir besar 2010 yang membawa kerosakan skala besar di seluruh wilayah utara Pakistan telah membawa MRA untuk berkhidmat di sana. Selain dari memberikan bantuan kecemasan dan perubatan, kami telah berj a ya m em b an gu nkan R um ah Syukriah buat 80 keluarga mangsa banjir yang terjejas teruk . Kami turut membangunkan puluhan pam air yang memberikan manfaat kepada puluhan kampung disana. Disamping itu, kami turut membantu membiayai gaji guru-guru di sebuah sekolah di Batagram (kawasan pergunungan). Bantuan yang tidak seberapa ini dalam diam telahpun berjalan untuk tempoh masa hampir 2 tahun. Selain itu, program lestari kami turut berlaku di Thailand, Sri Lanka, Myanmar dan Somalia. Ini tidak lain dan tidak bukan bagi menyatakan betapa seriusnya kami dalam melaksanakan tugasan dan kerja-kerja bantuan kemanusiaan ini.

Antara contoh bantuan kami yang berkonsepkan lestari ialah bantuan Rumah Syukur MRA di Padang Pariaman, Sumatera Barat. Sejak dari bulan Oktober 2009 sehingga ke hari ini, MRA masih lagi komited dalam membantu membangunkan rumahrumah tersebut. Biarlah usaha kami ini berskala kecil sahaja tetapi memberikan impak dan Walaupun telah tiga tahun bencana ingatan berkekalan daripada para berakhir, MRA merupakan antara penduduk tempatan. Ayuh! Mari lestariNGO yang masih terus bekerja mem- kan bantuan kita kepada ummat. bantu penduduk dikawasan bencana tersebut. MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah


Menabur jasa dimana sekalipun berada

Make Them Smile 5.0

Malaysian Relief Agency (MRA) ingin me rakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada para penuntut perubatan Malaysia di Mesir yang menggelar diri mereka sebagai tim `Make Them Smile` - MTS.

Sebelum ini, tim MTS juga telah mengadakan satu kerja amal melukis mural di Sekolah Komuniti Rohingya kelolaan MRA di Cheras Baru. Kesempatan bercuti di tanah air bersama keluarga tercinta di kampung halaman sanggup mereka korbankan, inilah semangat altruism Tim MTS ini telah terlibat dalam membantu yang sangat membanggakan. menyiapkan satu projek lukisan mural di dinding sebuah hospital kanak-kanak di MRA mengalu-alukan sebaramg kerjasama Mansourah, Mesir baru-baru ini. dengan mana-mana pihak yang ingin menjalinkan hubungan terutamanya dalam bidang Projek ini yang mengambil masa 12 hari, kesukarelaan dan bantuan kemanusiaan melibatkan lebih dari 30 orang penuntut jelas samada didalam ataupun diluar negara. telah berjaya menambat hati kakitangan hospital, termasuk kanak-kanak dan para Kami bersedia untuk memberikan sokongan pesakit yang mendapatkan rawatan disitu. dan nasihat mengikut kepakaran dan ke mahiran yang kami miliki. MRA adalah satu Program ini merupakan suatu program yang organisasi yang sangat mudah untuk dihubungi julung-julung kali diadakan oleh para penuntut dan kami adalah organisasi massa, milik anda luar negara di Mesir. MRA merasa amat ber- semua. bangga mempunyai tim SAHABAT MRA yang begitu kreatif, sensitif dan komited dalam usaha Pintu kami sentiasa terbuka untuk semua membantu dan menggembirakan orang lain, ini lapisan masyarakat, kami tidak bersifat elitis merupakan satu sifat yang wajar dicontohi. apatah lagi ekslusif.

LAPANGAN 27 helaian 2


mengindahkan dinding hospital

Kerjasama berkumpulan asas kejayaan Tim Make Them Smile yang digerakkan oleh mahasiswa perubatan dari Malaysia yang menuntut di universiti di Mesir telah sudi untuk meluangkan masa mereka menabur bakti dengan meng indahkan dinding-dinding Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru tidak lama dulu. Sumbangan mereka ini telah membantu menjadikan Sekolah Komuniti Rohingya kembali ceria dan menarik, penuh warna warni mendorong anak-anak Rohingya untuk merasakan keseronokan datang ke sekolah. Lukisan yang begitu kreatif hasil cetusan ide para mahasiswa itu sendiri ditambah dengan penggunaan serta pemilihan warna yang menarik menjadikan suasana di bilik darjah begitu hidup dan selesa.

LAPANGAN 27 helaian 3

Selain dari menghasilkan lukisan mural yang begitu kreatif, mereka turut menghasilkan buku ala-ala komik juga t-shirt yang membangkitkan inspirasi dan semangat altruism di kalangan anak muda. Kumpulan ini dianggotai oleh lebih dari 40 orang pelajar perubatan telah terlibat dengan beberapa projek lukisan mural didalam dan diluar negara. Selain dari Sekolah Komuniti Rohingya, mereka telah pernah juga melukis di dinding beberapa buah premis dan terbaru ialah di sebuah Hospital di Mansurah, Mesir. Walaupun berada jauh dirantau orang, anak -anak muda ini tahu bagaimana untuk membawa diri mereka disana. Budi bahasa, adab sopan serta sikap ringan tulang pastinya akan membuatkan mereka diterima dan disayangi oleh masyarakat setempat.


Mengenalpasti kerusi yang rosak

Bersama kerusi yang telah dibaiki dan dicat baru

Membaiki kerosakan pada kerusi yang dikenalpasti

Sebahagian dari tim MTS yang terlibat dalam projek ini

Masa makan jangan dilupa

Ceria dalam melukis

Sempat berposing dengan tangga

Warna yang digunakan

Tanpa mengira penat dan lelah

LAPANGAN 27 helaian 4


`INCLUSIVE INNOVATION ROUNDTABLE` DI UTM MRA telah dipelawa untuk turut serta dalam per temuan meja bulat bagi membincangkan berkaitan isu inovasi keterangkuman (inclusive innovation) anjuran UTM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur barubaru ini. sepahnya

Keterlibatan MRA dalam pertemuan ini adalah berdasarkan rekod pembabitan kami dengan kerja-kerja bantuan kepada para pelarian didalam dan diluar negara. Kami pastinya akan mengetengahkan ide yang bernas dan bermanfaat bagi perbincangan meja bulat ini.

Bilik Operasi MRA yang terletak di Sekretariat MRA di Kampung Baru, begitu sesak dengan pelbagai barang, seperti barangan pameran, barangan sumbangan orang ramai, peralatan bencana, peralatan pembersihan dan macam macam lagi. Kesibukan menguruskan pelbagai misi yang bersilih ganti menyebabkan kami agak lama tidak mengemas bilik ini. Satu program pembersihan Bilik Operasi telah dirancang bagi memastikan bilik ini kembali kemas dan teratur. Justeru itu, sekumpulan SAHABAT MRA telah tampil menawarkan bantuan dan tenaga mereka untuk membantu

MENGEMAS BILIK OPERASI MRA mengemaskan bilik tersebut. Kerjasama mengemaskan bilik operasi MRA ini amat kami hargai dan sanjungi. Semangat yang ditunjukkan oleh SAHABAT MRA amatlah membanggakan, mereka telah membantu menjadikan secretariat MRA kembali ceria dan kemas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua SAHABAT yang terlibat, semoga bantuan yang kalian berikan mendapat keredhaan dan ganjaran dari Allah SWT.

LAPANGAN 27 helaian 5

Nasib baik ada SAHABAT yang muda bertenaga


MRA telah dijemput oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk turut serta meraikan kunjungan oleh MRSM Alor Gajah ke IIM. Kami telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mengenai aktiviti bantuan kemanusiaan yang kami lakukan didalam dan diluar negara kepada para peserta yang hadir dalam kunjungan tersebut. Kami turut menerima Sijil Penyertaan sempena program `Integrity Champion Challenge` yang diadakan baru-baru ini di Muar, Johor.

SOCIAL PROJECT MRA

H ZA I T

AH R A

SI

RH

FA A

AN

Cik Farhana dan Cik Siti Zaharah telah sudi meluangkan lapang mereka untuk membantu MRA menjaga booth ini sepanjang program berjalan, terima kasih kami ucapkan atas komitmen yang diberikan.

HARI TERBUKA Masjid Saidina Ali, Kg. Pandan LAPANGAN 27 helaian 6


Membungkus lauk pauk

Menyiapkan lauk pauk

Projek GELANDANGAN Menyusun ikut lokasi penghantaran

Sekumpulan 30 orang anak muda telah sanggup meluangkan masa mereka untuk sama-sama terlibat dalam program gelandangan MRA di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka telah turut terlibat dalam proses penyediaan makanan seperti membeli, membersih termasuk memasak makanan yang bakal diedarkan kepada pihak gelandangan malam hari nanti.

LAPANGAN 27 helaian 7


prihatin Sdr. Rezaidi sedang menyusun makanan bermasak yang telah siap dibungkus. Makanan ini akan diagihkan kepada para gelandangan yang bakal ditemui disekitar kawasan Pasar Tani.

tekun Sdr. Johari sedang memberikan taklimat akhir kepada semua SAHABAT MRA yang terlibat sebelum mereka memulakan program edaran makanan kepada para gelandangan malam tersebut.

ikhtiar Sdr. Khairil dan isteri, Puan Hashimah turut hadir membantu dan bersama-sama dengan SAHABAT MRA meng edarkan makanan bermasak yang disediakan disekitar kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur.

LAPANGAN 27 helaian 8


Ibubapa mempelajari teknik yang betul

Kaedah terkini yang amat berkesan

MELATIH IBUBAPA GERAKERJA TERAPI PERGERAKAN MRA sekali lagi tampil menganjurkan kelas khas bagi melatih senaman dan gerakerja untuk membantu ibubapa dalam melatih anak-anak mereka untuk bergerak. MRA dengan kerjasama ibubapa dan jurulatih terapi pergerakan seringkali menganjurkan kelas sebegini bagi memberikan latihan dan kursus berterusan kepada ibubapa dan ahli keluarga kanak-kanak yang memerlukan terapi khas ini. Kami mengalu-alukan kehadiran lebih ramai ibubapa bersama anak mereka ke program sebegini dimasa-masa akan datang. Mewarna bersama

Khusyuk mendengar taklimat

MYCORPS membantu Sekolah Pelarian SOMALIA di Setapak Tim Sukarelawan Negara, MYCORPS terus menaburkan jasa walaupun tidak didendang dalam mana-mana media atau akhbar. Kali ini, mereka dengan kerjasama penuntut dari UNITAR telah membantu menceriakan suasana persekolahan di Sekolah Pelarian Somalia yang bertempat di Setapak, Kuala Lumpur

LAPANGAN 27 helaian 9

Sekolah yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu ini mempunyai lebih daripada 40 orang pelajar dan dibantu oleh beberapa orang guru yang berkhidmat secara sukarela.


Maklumat Perhubungan MALAYSIAN RELIEF AGENCY No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur MALAYSIA

INFO KORPORAT Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB 20/2010) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Sejak dari penubuhannya pada 2009, MRA telah membantu melalui progam bantuan kecemasan ke negaranegara yang ditimpa musibah, bencana alam, bencana buatan manusia dan program pembangunan komuniti dialam dan diluar negara

VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan

MISI Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti profesionalisme, komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri, penyayang.

Tel: 60 3 2697 2007 Faks: 60 3 2692 2002 Emel: admin@mra.my Sawang: www.mra.my Facebook: malaysianreliefagency Twitter: malaysianrelief Youtube: malaysianrelief

Maklumat Perbankan MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank

MOTO Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain Wakil MRA Myanmar, Sdr. Shahid melawat pelarian Rohingya di Phang Nga, Thailand

Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenal pastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan.

LAPANGAN 27 helaian 10


Pengambilan batch kedua ini akan dibantu oleh ahli-ahli MyCORPS batch pertama yang telah menamatkan tugasan lapangan mereka Mesyuarat ini telah diperingkat dipengerusikan oleh antarabangsa.

Batch pertama MYCORPS akan memainkan peranan lebih banyak dalam melatih Batch Kedua MYCORPS

BERSIAP UNTUK MYCORPS II Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang bersiap siaga untuk meneruskan inisiatif MYCORPS yang bakal menyaksikan kemasukan batch kedua MyCORPS yang dijangka akan dilakukan pada bulan Jun nanti. Satu sesi percambahan fikiran telah diadakan di Pusat Belia dan Sukan, Rompin, Pahang bagi membincangkan beberapa isu penting yang perlu diperhalusi lagi sebelum perlaksanaan sebenar berlaku. Pengambilan batch kedua ini akan dibantu oleh ahli-ahli MyCORPS batch pertama yang telah me namatkan tugasan lapangan mereka di peringkat antarabangsa.

LAPANGAN 27 helaian 11

En. Abdul Aziz Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh para pegawai KBS dari Bahagian Sukan dan Rekreasi. Sebelum ini, hanya Bahagian Rakan Muda yang terlibat dalam inisiatif ini. Dari segi pembabitan NGO pula, dua buah organisasi bantuan kemanusiaan telah terlibat dalam membantu menjayakan siri MyCORPS kali ini iaitu Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dan Malaysian Relief Agency (MRA). MRA amat berbangga kerana terus dapat turut serta didalam membantu melatih seterusnya melahirkan kumpulan sukarelawan elit negara yang bakal mewarnai dunia bantuan kemanusiaan di Malaysia ini kelak.


Kehabisan Minyak, kami mempelawa beliau untuk menaikkan motor ke belakang Hilux kami

Hilux MRA terus gagah berbakti Perjalanan pulang dari Rompin ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur diiring dengan hujan lebat yang berterusan. Cuaca yang agak mendung dan suram ini memaksa kami untuk memandu dengan lebih berhati-hati kerana jalan licin dan merbahaya. Ketika melewati Kampung Awah, Lebuhraya Pantai Timur, pada laluan bertentangan, Kuala Lumpur ke Kuantan, kami telah berhenti untuk membantu satu kemalangan yang baru sahaja berlaku melibatkan seorang pemandu wanita melanggar besi tengah penghalang jalan menyebabkan kereta tersebut melintang di tengah jalan, kami telah bertindak pantas, menyeberang lebuhraya dan membantu mengawal lalulintas sehingga bantuan dari peronda lebuhraya tiba.

Tidak lama kemudian, kami sekali lagi berhenti dalam hujan lebat, tetapi kali ini bagi membantu seorang penunggang motosikal yang kehabisan minyak yang kelihatan sedang menolak motorsikalnya. Kami telah mengangkat dan meletakkan motor be- Sdr. Fadhil di lokasi kemalangan liau keatas Hilux dan menghantarnya sehingga ke Stesen Petronas di Genting Sempah. Perjalanan kami seterusnya berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah, selamat.

LAPANGAN 27 helaian 12


SAHABAT dari Singapura, memperkukuh silaturahim

Terima Kasih atas sumbangan periuk nasi elektrik

Sdr. Abu Bakar, komited untuk membantu

Saudara Abu Bakar, salah seorang SAHABAT MRA Sepanjang berada di sana, kami turut melalui bedari Singapura telah berkelapangan untuk datang mela- berapa detik yang mencemaskan dan mendebarkan wat dan meninjau perkembangan pelarian Rohingya di yang telah merapatkan lagi hubungan kami. Malaysia tempohari. Dalam kunjungan kali ini, selain dari berkunjung ke Pertemuan kami dengan beliau pada kali pertamanya Sekolah Komuniti Rohingya kelolaan MRA, beliau adalah di Sitwe, Arakan dimana beliau telah hadir men- turut melawat dan bertemu dengan komuniti Rohinyalurkan bantuan melalui MRA kepada para pelarian gya di Madrasah Hamidiah kelolaan organisasi Muslim Aid di Selayang Baru. dan mangsa kepada konflik yang melanda di Arakan.

LAPANGAN 27 helaian 13


Saudara Abu Bakar, sebelum ini telah terlibat dengan pelbagai program berbentuk pembangunan komuniti dan bantuan kecemasan. Sebelum ini beliau telah pernah terlibat dengan program bantuan di Acheh, bantuan kemanusiaan dan kecemasan kepada mangsa gunung berapi di Gunung Merapi, bantuan kemanusiaan di pendalaman Indonesia dan berbagai-bagai lagi bentuk bantuan.

Bertemu Sdr. Muhammad, Muslim Aid

Seorang yang mudah mesra, trade mark beliau ialah sambal kacang ikan bilis untuk misi-misi di negara yang sukar mendapat makanan halal.

Bersama anak-anak Rohingya di sekolah bawah kelolaan Muslim Aid di Selayang

Dalam kunjungan ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Saudara Abu Bakar telah sudi menyumbangkan beberapa bantuan dan sumbangan antaranya ialah sebuah periuk nasi untuk kapasiti makanan 60 orang. Yang menariknya, beliau yang telah memilih, membeli dan membawa periuk tersebut ke sekolah kami.

LAPANGAN 27 helaian 14


POST NATURAL DISASTER MANAGEMENT

PRACTITIONERS WORKSHOP FOR ASIA 14th – 16th April, 2013, Bangkok, Thailand

Para peserta bergambar bersama para pembentang kertaskerja dan tim pelaksana program

Dihadapan pintu masuk pusat latihan

Wakil Afghanistan dan wakil dari Myanmar

LAPANGAN 27 helaian 15


MRA telah diberikan penghormatan untuk menghantar wakil bagi turut serta dalam sebuah bengkel kerjasama serantau yang dianjurkan oleh Asian Resource Foundation (ARF). MRA turut diminta untuk membentangkan satu presentasi berkenaan Kerjasama Bantuan Kemanusiaan Merentas Sempadan berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki oleh MRA sepanjang bergelumang dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam Malaysia dan di luar negara, sebagai perkongsian bersama agensi-agensi bantuan kemanusiaan dari negara Asia yang lain. MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Sdr. Shahrul didalam bengkel ini. Beliau telah menyediakan presentasi seperti yang dikehendaki dan telah membentangkannya didalam majlis tersebut.

Point-point kerjasama yang dikemukakan oleh MRA

Kesempatan ini telah digunakan dengan sebaiknya oleh MRA bagi membina jaringan dan rangkaian kerja dengan agensi-agensi serta organisasi lain yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan MRA dari negaranegara lain seperti Afghanistan, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand dan Jepun. Prof. Omahe dari Jepun sedang berkongsi pengalaman Jepun dalam Tsunami yang lalu

Wakil dari Bangladesh

LAPANGAN 27 helaian 16


Anak-anak Rohingya amat menghargai sokongan anda Tahniah diucapkan kepada penuntut UNITAR yang sudi berkunjung ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA bagi mengadakan majlis ziarah untuk saling kenal mengenal dan memahami secara dekat kemelut yang melanda dikalangan pelarian Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari negara asal dan tanah kelahiran mereka di Arakan, Myanmar.

ZIARAH PENUNTUT UNITAR KE SEKOLAH ROHINGYA MRA Kehadiran ini walaupun singkat pastinya akan menyemai semangat untuk mereka terus gigih belajar dan menuntut ilmu. Mereka hanya akan dapat membina kehidupan yang baik dan berjaya sekiranya dapat mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran, tiada jalan singkat dan pintas untuk ini. Semoga kehadiran penuntut UNITAR dapat menyemarakan semangat mereka ini.

LAPANGAN 27 helaian 17

Keprihatinan anda amat kami hargai


DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Kempen tahunan Ramadhan anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) Tahun lalu, Alhamdulillah, bantuan Ramadhan yang kami terima melalui kempen Dekat Di Mata Lekat Di Hati telah berjaya kami salurkan kepada mereka yang memerlukan di dalam dan di luar negara. Sejumlah dana yang kami terima telah dihantar ke wilayah bergolak yang begitu memerlukan bantuan, Wilayah Arakan, manakala yang lainnya telah diagihagihkan ke Selatan Thailand dan Kemboja. Manakala didalam negara pula, dana yang kami perolehi telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli, Pelarian dan Saudara Baru. Seperti kebiasaannya, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai, para dermawan dan hartawan yang begitu pemurah agar dapat terus menyumbang kepada mereka yang memerlukan dengan cara menyalurkan bantuan tersebut melalui MRA.

Tahun ini, kami berhasrat untuk meneruskan bantuan yang telah kami berikan kepada kelompok yang telah kami bantu sebelum ini, agar ianya dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dan persaudaraan sesama kami. Sumbangan, sedekah dan derma Ramadhan anda amatlah kami hargai dan alu-alukan:-

MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank

LAPANGAN 27 helaian 18


Gadis-gadis aktivis, bergambar depan lori sahaja.. Cool‌ Banjir Utara 2011

LAPANGAN 27 helaian 19

garismasa– Misi Banjir Utara (Kedah dan Perlis)

Gabungan anak-anak muda dan veteran dalam tim SAHABAT MRA semasa Banjir Utara 2011


Berarak awan hari nan mendung Tegak berdiri pohon selasih Anak orang lagi dikendong Anak sendiri kan dipeluk kasih


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.