LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
SUKARELAWAN
Berilmu & Berkemahiran
Inclusiveness vs Exclusiveness Kunjungan NGO Lebanon Bengkel Komunikasi ICPGS MRA Perak santuni penduduk Orang Asli Projek Rumah Syukur diteruskan
Salah satu daripada 215 buah Rumah Syukur MRA di Padang, Sumatera Barat
LAPANGAN 28
SUKARELAWAN BERILMU & BERKEMAHIRAN Melahirkan generasi Sukarelawan yang berilmu dan berkemahiran terutamanya dalam bidang yang bersangkut paut dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan me rupakan satu cabaran yang amat besar. MRA merasakan bahawa setiap Sukarelawan atau dalam konteks MRA dikenali sebagai Sahabat perlu diberikan tunjuk ajar, pendedahan, perkongsian dan latihan bersepadu dalam aspek kerja-kerja bantuan kemanusiaan ini samada secara berperingkat-peringkat atau modul demi modul.
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA
Hj. Shirajuddin Sirat
SAHABAT MRA harus keluar dari kepompong lama mitos dunia sukarela iaitu membantu secara mendatar begitu sahaja, dimana sahaja dalam apa sahaja kondisi dan situasi. SAHABAT harus dibimbing dan dipimpin dalam melakukan kerja-kerja bantuan dan kemanusiaan agar mereka melakukan sesuatu perkara itu dengan betul dan meng ikut keperluan-keperluan yang digunapakai dalam kerja-kerja bantuan sebegini. Ketiadaan maklumat dan ilmu dalam bidang ini akan membuatkan kerja bantuan yang dilakukan tersasar jauh dari matlamat, tidak berkesan malah tidak memenuhi kehendak dan keperluan sebenar mereka yang serba kekurangan di lapangan. Tanpa latihan yang sepatutnya, ia berkemungkinan menjadikan sesuatu bantuan yang diberikan tidak berkesan, lambat dan mungkin juga merugikan dari segi kewangan dan pengurusan. Tanpa pendedahan yang sewajarnya, ia boleh menjadikan seseorang SAHABAT itu sukar untuk melaksanakan tugasannya kerana tidak berpengalaman, terpaksa menceduk ide orang lain dan melakukan apa yang dirasakannya sebagai betul dan benar walhal ada cara yang lebih baik, murah, berkesan yang boleh digunakan dalam perlaksanaan sesuatu aktiviti tersebut.
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
MRA amat menitikberatkan proses pembelajaran SAHABAT kami, terutamanya mereka yang komited dan aktif dengan program kami. Seboleh mungkin, mereka ini diberikan input-input yang bersesuaian agar mereka menjadi lebih yakin, gigih dan kental. Pelapis aktiviti kemanusiaan MRA harus memiliki ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia kemanusiaan ini agar mereka nantinya dapat memberikan perkhidmatan, bantuan dan layanan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan. Mampu mengenalpasti kehendak mereka serta menjiwai kesukaran dan keperitan yang dialami. Pastinya, ilmu dan kemahiran adalah keperluan mendesak bagi sukarelawan muda! MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF
En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
TA`AWANU ALAL BIRRI WA TAQWA MRA mengalu-alukan kunjungan dari organisasi seperjuangan ke pejabat kami di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kehadiran sahabat-sahabat MAPIM ke pejabat kami pastinya membawa barakah dan rahmat yang tidak disangka-sangka.
Perbincangan berkisar kepada isu tempatan dan isu antarabangsa. Kami turut berbincang mengenai pengurusan Sekolah untuk pelarian Rohingya, meliputi kepada aspek disiplin, aspek keselamatan, komitmen, silibus dan berbagai perkara lagi.
Kunjungan ringkas ini telah disertai oleh Ust. Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ustaz Abdullah dan seorang lagi wakil MAPIM. MRA selaku tuan rumah telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi, Sdr. Johari Kan, Penyelia Sekolah Rohingya MRA dan Sdr. Ashraff Abdul Rahman, Pengurus Program MRA di Myanmar.
Untuk makluman, MRA & MAPIM saling berkerjasama untuk program-program tertentu seperti di Gaza dan juga program untuk membantu pelarian Rohingya di Arakan dan di Malaysia. Semoga kerjasama ini sentiasa mantap dan diper kukuhkan dari hari ke sehari. LAPANGAN 28 - helaian 2
MRA telah berjaya menubuhkan 2 tim Futsal bagi mewakili Sekolah Komuniti Rohingya MRA dalam manamana kejohanan futsal. Beberapa perlawanan per sahabatan telah mula diatur bagi memberikan persediaan awal kepada tim ini sebelum menyertai mana-mana kejohanan. Perlawanan persahabatan ini juga bertujuan untuk membentuk keserasian dikalangan pemain bagi menghadapi perlawanan-perlawanan yang berikutnya. Tim yang telah dibentuk ialah tim bawah 15 tahun dan tim bawah 12 tahun.
SKR-MRA FC bakal mengganas
LAPANGAN 28 - helaian 3
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih kerana mengajar kami
Anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA Suasana sekeliling dan persekitaran menjadikan meraikan hari guru dengan penuh ceria dan mereka lebih terdesak untuk mencari rezeki dan sesuap makanan daripada hadir ke sekolah untuk menkegembiraan. imba ilmu dan pengetahuan. Mendidik anak-anak Rohingya memerlukan kesabaran dan kecekalan, juga perlu lebih kreatif dan Guru perlu menanamkan azam dan tekad dihati setiap sensitif. Mereka perlu dibantu untuk merasakan ke- pelajar untuk hadir ke sekolah dan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk hari-hari pentingan ilmu dalam kehidupan. mendatang. LAPANGAN 28 - helaian 4
LATIHAN KETERANGKUMAN (INKLUSIF) OKU
BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA ZON E
Menyusun barangan untuk agihan esok
Sdr. Iqbal sedang memberikan taklimat
MRA telah diminta untuk membantu menggendalikan sesi penglibatan MRA telah menurunkan enam orang jurulatih dan lima orang bersama komuniti kepada bakal anggota Briged Sukarelawan Khidmat fasilitator untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah, reaksi yang kami terima dari para peserta amatlah memberangsangNegara bagi Zon E yang bertempat di Mersing baru-baru ini. kan. Seramai 180 orang peserta dari seluruh Negeri Johor telah berkampung di Maktab Teknik Mersing sepanjang kursus ini berlangsung. Daripada Tim MRA kali ini turut disertai oleh Sdr. Hafiz, yang mengalami jumlah yang hadir ini, pihak pengurusan akan memilih mereka yang cacat penglihatan untuk tampil memberikan penerangan dan menunjukkan kualiti kepimpinan dan kemampuan bekerja dalam kumpulan ceramah mengenai apa yang dimaksudkan sebagai inklusif untuk menyertai skuad induk Briged Sukarelawan Khidmat Negara nanti. orang kurang upaya. LAPANGAN 28 - helaian 5
Sdr. Mohd Rezaidi, Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA sedang mengendalikan sesi bersama para peserta didalam kumpulannya
Bermesra dengan anak-anak di PDK
Sdr. Johari Kan Abdullah bersama Cik Fazlinie bergambar bersama kumpulan yang akan bertolak ke PDK Mersing. Mereka semuanya bersemangat dan begitu teruja untuk berkhidmata di lapangan LAPANGAN 28 - helaian 6
Lt. Kolonel Rosli bin Tahir, Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni telah sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan para peserta di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Nitar 2. Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada semua kakitangan yang berkhidmat di PDK tersebut.
Kuih Kapit in the making
Lt. Kol. Rosli sedang membuat Kuih Kapit.
Lt. Kolonel Rosli telah turut melawat hampir kesemua PDK dan melihat sendiri bagaimana setiap peserta memainkan peranan mereka didalam menjayakan program bersama komuniti ini. Kehadiran beliau ke setiap lokasi program membayangkan betapa seriusnya Jabatan Khidmat Negara dalam melahirkan sukarelawan mereka yang berkualiti dan berpengalaman. LAPANGAN 28 - helaian 7
Sdr. Hafiz sedang menyampaikan ceramah beliau.
CERAMAH `INCLUSIVENESS` UNTUK
PENGGERAK PDK MERSING
Antara para penggerak PDK yang hadir, serius dan khusyuk mendengar ceramah Hafiz
Lebih dari 50 orang penggerak PDK dari seluruh daerah Mersing Apabila kita menyediakan lif berasingan, tandas berasingan, fasiliti telah hadir dalam sesi taklimat mengenai `Inclusiveness` yang berasingan dan segala macam yang khusus untuk golongan orang disampaikan oleh Sdr. Hafiz. kurang upaya, ini bermakna kita memberikan layanan EKSLUSIF kepada mereka, tanpa kemudahan ini mereka pastinya sukar untuk Ramai yang tidak memahami apakah maksud sebenar apa yang bergerak atau berada pada sesuatu tempat itu. dikatakan sebagai Inclusiveness ini. Ianya bukanlah sesuatu yang asing tetapi ianya mungkin satu terma baru yang diguna pakai INKLUSIF ini bermakna kita menyediakan sesuatu kemudahan yang didalam dunia hari ini. boleh digunapakai termasuk oleh mereka yang kurang upaya tanpa memerlukan banyak pertolongan dari orang lain. Sebagai contoh, Dalam konteks ceramah ini, ianya merujuk kepada bagaimana kita jalan masuk ke Masjid yang landai tidak bertangga-tangga hingga berurusan dengan golongan Orang Kurang Upaya. menyukarkan mereka yang berkerusi roda untuk hadir bersolat. LAPANGAN 28 - helaian 8
menjiwai SEMANGAT SUKARELAWAN rancangan SIS, TV9
SIS tv9 sebuah program untuk Muslimah telah ke Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras untuk bertemuramah dengan Muslimah muda yang memilih untuk bertugas dengan NGO sebagai guru melalui tajuk "Semangat Sukarelawan".
Ceria dan sopan
Gambar dari Kiri: Yuslinda, Shaheera, Maslinda, Zaida, Dr Saripah, Nidzamuddin, Stien, Rezaidi dan Johari. Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir. Seperti sesi induksi sebelum ini, peserta akan diperkenalkan kepada visi, misi dan aktiviti MRA. Dalam sesi ini juga, peserta di dedahkan kepada bidang aktiviti untuk mereka membuat pilihan bidang yang diminati. LAPANGAN 28 - helaian 9
MRA telah dikunjungi oleh Ms Amina Ahmed dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Somaliland yang ingin berkenalan dan mengetahui serba sedikit mengenai kerja-kerja yang dibuat oleh MRA, pagi ini. Beliau juga sempat berkon gsi m engen ai keadaan di Somaliland.
Sister Amina dari Somaliland melawat MRA Tahniah! Alex Denis TAHNIAH! Alex Denis yang telah memenangi “Anugerah Perdana Belia Negara, Peringkat Negeri Sabah Tahun 2013” (Kategori Lelaki) pada bulan Mei 18, 2013. MRA amat berbesar hati menerima kunjungan Alex ke MRA setelah selesai menghadiri kursus “TOT MyCorps”
Penerima Anugerah Perdana Belia SABAH melawat MRA a
Pengurus Sekretariat MRA, Hjh Fauziah telah berkesempatan untuk melawat pasangan Ustaz Shuaib dan isterinya Raziah yang baru menimang cahayamata pertama mereka.. Ibu mertua Ustaz Shuaib juga sanggup datang dari Myanmar untuk menjaga cucu mereka. Muhammad Marwan. Tahniah dari seluruh wargakerja MRA
Muhammad Marwan lahir LAPANGAN 28 - helaian 10
Perbincangan kerjasama Gateway of Islamic Relief, Daa’wa & Journey dengan MRA . Bro. Amjad Romman dalam sesi lawatannya ke Malaysia telah sudi meluangkan masa di pejabat MRA, Kg Baru. Beliau telah bertemu dan dilayan oleh En Mohd Iqbal dan En Johari . Bro. Amjad berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai gerakerja bantuan yang MRA salurkan kepada para pelarian Rohingya disini juga bantuan yang telah kami salurkan kepada penduduk Rohingya di Sitwe, Arakan.
Lawatan Wakil HHRD - Mr Arief Khalil dari HHRD (Helping Hands, Rellief and Development), Bangkok, Thailand telah ke MRA Pusat bagi membincangkan program-program yang MRA dan HHRD selaku rakan strategik boleh berkerjasama. Beliau menyatakan minat untuk melawat Sekolah Komuniti Rohingya dan seterusnya me ninjau keperluan mendesak para pelarian Rohingya disini.
MRA menerima kunjungan dari mahasiswa UKM yang diketuai oleh Sdr. Wong. Beliau merupakan juga seornang Duta Yayasan Sukarelawan Siswa yang terlibat dalam program bantuan kemanusiaan YSS ke Vietnam baru-baru ini. Kehadiran beliau bersama temannya adalah untuk membincangkan bentuk bantuan yang boleh mereka salurkan kepada Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Tahniah diatas keprihatinan anda. LAPANGAN 28 - helaian 11
KUNJUNGAN NGO
DARI LEBANON
Mesyuarat di Hospital Pakar Al Islam
MALAYSIAN RELIEF AGENCY menerima kunjungan hormat dari sebuah organisasi yang berpengkalan di Beirut, Lebanon baru-baru ini. Kunjungan mereka ke Malaysia adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan NGO dari Malaysia terutamanya dalam isu menangani kebanjiran pelarian Syria di negara-negara berjiran dengan mereka.
Slot Assalamualaikum untuk Syria
Dikesempatan yang ada, MRA telah mengatur satu slot TV Al Hijrah, Assalamualaikum—untuk mereka berkongsi kepada rakyat Malaysia apa yang boleh dilakukan bagi membantu pelarian Syria di negara jiran Lebanon.
Semoga kunjungan mahabbah ini dan jalinan kerjasama Sebuah badan gabungan dengan ahli gabungan melebihi 100 buah NGO, yang dibentuk dapat memberikan suatu bentuk bantuan tidak dinafikan mereka merupakan antara organisasi di Lebanon yang yang konkrit dalam usaha membantu pelarian Syria yang perlu diambil kira sekiranya berhasrat untuk membantu pelarian Syria di semakin membanjiri negara jiran mereka. bumi Lebanon. LAPANGAN 28 - helaian 12
Aplikasi teknologi memudahkan
Demonstrasi penggunaan gajet
BENGKEL KOMUNIKASI Anjuran tim ICPSG-MRA Satu Bengkel Komunikasi anjuran tim ICPSG-MRA untuk ahli-ahli ICPSG, ibubapa, sahabat dan ahli professional telah berjaya diadakan pada 27/4/13 di Sekretariat MRA di Kampung Baru. Bengkel komunikasi ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli-ahli ICPSG-MRA mengenai penggunaan perisian yang telah dikenalpasti bermanfaat dan berfaedah kepada mereka, yang boleh dimuat turun kedalam iPad, Tablet dan telefon bimbit (Android, iPod, Samsung S3 dan lain-lain). Ianya adalah bertujuan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pertuturan untuk ber komunikasi. En Shahrulikram seorang patologis pertuturan telah memberi pendedahan serta kefahaman cara mencari perisian yang sesuai (di mana seseorang boleh membeli atau memuat turun secara percuma) dan bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut untuk tujuan komunikasi. Ia merupakan satu bengkel dan perjumpaan yang sangat menarik diantara pemberi khidmat, ahli-ahli yang berminat dengan pemasalahan ini serta inovasi dengan pengguna (orang dewasa CP dan ibu bapa mereka). LAPANGAN 28 - helaian 13
Memudahkan komunikasi interaktif
Mereka yang hadir dalam bengkel
Penggunaan gajet dan teknologi akan dapat mengurangkan kebergantungan OKU kepada orang lain, dan ini akan menjadikan mereka lebih berdikari, lebih produktif disamping dapat meningkatkan lagi motivasi dalam diri mereka masing-masing. Disamping, ianya juga dapat mengubah persepsi segelintir pihak bahawa OKU ini tidak boleh berjaya tanpa bantuan orang lain. Aplikasi gajet dan teknologi yang bersesuaian akan membantu mereka dalam banyak segi dan yang pastinya akan mengeluarkan mereka dari dunia ekslusif kepada dunia inklusif.
Tunjukajar dari pakar amat diperlukan
Aplikasi gajet dan teknologi yang bersesuaian akan membantu mereka dalam banyak segi dan yang pastinya akan mengeluarkan mereka dari dunia ekslusif kepada dunia inklusif.
Terima kasih kepada Sdr. Casey yang telah sudi meminjamkan pad pelekap untuk memudahkan Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan penggunaan iPad, Tablet dan telefon pada kerusi maklumat lanjut mengenai aplikasi dan gajet yang kami paparkan ini, sila hubungi Sekretariat MRA di roda. talian 03 26972007 untuk mendapatkan penerangan Selaras dengan komitmen MRA untuk memper lebih terperinci dan juga untuk mengadakan temujanji. kenalkan serta mengembangkan lagi konsep keterangkuman (inclusiveness) kepada masyarakat MRA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Malaysia dan komuniti OKU sendiri, pelbagai pihak yang terlibat dalam perbincangan yang amat bengkel dan ceramah ringkas seperti ini akan berhasil ini serta berkesempatan mengadakan perbincangan hal-hal lain. diadakan lagi di masa masa hadapan. LAPANGAN 28 - helaian 14
Maklumat Perhubungan MALAYSIAN RELIEF AGENCY No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur MALAYSIA
INFO KORPORAT Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB 20/2010) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Sejak dari penubuhannya pada 2009, MRA telah membantu melalui progam bantuan kecemasan ke negaranegara yang ditimpa musibah, bencana alam, bencana buatan manusia dan program pembangunan komuniti dialam dan diluar negara
VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan
MISI Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti profesionalisme, komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri, penyayang. Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenal pastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan. LAPANGAN 28 - helaian 15
Tel: 60 3 2697 2007 Faks: 60 3 2692 2002 Emel: admin@mra.my Sawang: www.mra.my Facebook: malaysianreliefagency Twitter: malaysianrelief Youtube: malaysianrelief
Maklumat Perbankan MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank
MOTO Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Kempen tahunan Ramadhan anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) Tahun lalu, Alhamdulillah, bantuan Ramadhan yang kami terima melalui kempen Dekat Di Mata Lekat Di Hati telah berjaya kami salurkan kepada mereka yang memerlukan di dalam dan di luar negara. Sejumlah dana yang kami terima telah dihantar ke wilayah bergolak yang begitu memerlukan bantuan, Wilayah Arakan, manakala yang lainnya telah diagihagihkan ke Selatan Thailand dan Kemboja. Manakala didalam negara pula, dana yang kami perolehi telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli, Pelarian dan Saudara Baru. Seperti kebiasaannya, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai, para dermawan dan hartawan yang begitu pemurah agar dapat terus menyumbang kepada mereka yang memerlukan dengan cara menyalurkan bantuan tersebut melalui MRA.
Tahun ini, kami berhasrat untuk meneruskan bantuan yang telah kami berikan kepada kelompok yang telah kami bantu sebelum ini, agar ianya dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dan per saudaraan sesama kami. Sumbangan, sedekah dan derma Ramadhan anda amatlah kami hargai dan alu-alukan:-
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank LAPANGAN 28 - helaian 16
Antara siswa dan siswi yang hadir dalam Sesi forum ini
ADA APA DENGAN PALESTIN? Satu diskusi tentang Palestin yang bertemakan `Ada apa dengan Di Lebanon, MRA mempunyai operasi di beberapa buah Palestin` telah dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat melalui kem pelarian dan tumpuan diberikan kepada projek-projek dua buah persatuan dalaman iaitu i-Rec dan ReCMA pendidikan dan pembangunan komuniti. MRA dalam tahun 2009 pernah membawa seorang kanak-kanak Palestin dari Diskusi ini turut disertai oleh Sdr. Muaz (Akademi Fantasia) yang hadir Lebanon yang tercedera akibat terkena jerangkap samar sebagai Duta AMAN Palestin ke program ini. Sdr. Muaz telah untuk mendapatkan rawatan dan khidmat susulan di berkongsi pengalaman beliau berada di Palestin dan maklumat yang Hospital Pakar Al Islam Kuala Lumpur. Beliau tidak boleh beliau ada mengenai perjuangan menentang penjajahan zionis ini. bergerak tanpa bantuan kerusi roda, namun selepas Sdr. Shahrul pula telah berkongsi bersama para hadirin mengenai pembedahan, beliau sudah boleh berjalan dan berlari aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh MRA untuk Palestin. menggunakan kaki palsu. Untuk makluman, bagi program Palestin, MRA beroperasi di Gaza, Lebanon dan Kuala Lumpur. Di Gaza, MRA mempunyai program tajaan anak yatim, perkhemahan cuti musim panas dan juga kami bakal terlibat dengan projek membangunkan sebuah Wad Pediatrik disana. LAPANGAN 28 - helaian 17
Selain itu MRA juga telah berjaya membawa lima orang doktor dari Gaza, Palestin untuk menjalani latihan praktikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan kerjasama Hospital Pakar Al Islam, HUKM dan MRA.
Apa anda bakal perolehi sebagai seorang SAHABAT MRA
Apa anda bakal perolehi sebagai seorang SUKARELAWAN
INDUKSI SAHABAT MRA UITM PUNCAK PERDANA Sdr. Mohd Rezaidi Ishak , Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA berserta Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA telah hadir ke UITM Puncak Perdana bagi menjayakan program Induksi Sahabat MRA UiTM Puncak Perdana. Seramai 80 orang peserta telah ikutserta dalam program ini yang bertujuan mendedahkan mereka dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan dunia kesukarelaan.
Sdr. Shahrul pula kemudiannya mengupas mengenai tajuk Apa Yang Anda Akan Perolehi Sebagai SAHABAT MRA. Tajuk ini adalah berkaitan pembinaan diri dan peribadi seseorang sukarelawan yang digelar SAHABAT didalam MRA.
Dalam sesi Induksi ini Sdr. Rezaidi telah mengupas mengenai gerakerja dan halatuju MRA melalui misi -misi bantuan yang telah kami lakukan, termasuk program bantuan didalam negara yang terus menerus dilakukan. Beliau turut mengupas tentang budaya integriti dan konsep inclusiveness kepada para peserta yang hadir.
Tajuk ini menerangkan konsep Fastabiqul Khairah— Ta`awanu Alal Birri Wa Taqwa-Bunyanun Marsus. Selain dari kita berlumba-lumba kearah kebaikan, kita juga harus bersama-sama bertolong bantu dalam melaksanakan kerja-kerja bantuan ini, agar nanti kita akan kelihatan sebagai satu bangunan yang tersusun kukuh, tidak mudah digugat apatah lagi diruntuh. LAPANGAN 28 - helaian 18
Pendedahan berkaitan teknologi sangat membantu dalam komuniti Orang Asli
MRA PERAK ISTIQAMAH SANTUNI PENDUDUK Gotong royong memasak
Pusat kegiatan MRA PERAK di kalangan komuniti orang Asli bertempat di Pos Slim. Disini, MRA mempunyai sebuah Dewan Komuniti yang bertindak sebagai dewan orang ramai juga dewan serbaguna bagi memenuhi keperluan aktiviti penduduk setempat. Sama seperti perkampungan Orang Asli yang lain, kampung ini mempunyai sungai sebagai sumber airnya yang tersendiri, walaupun agak kebawah letaknya. Terletak di pertengahan jalan menuju ke Cameron Highlands, kampung ini tidak kurang sejuknya di waktu malam, mencucuk hingga ke tulang.
Gerakerja tersusun
Kampung yang didiami oleh lebih dari 20 keluarga ini dipimpin oleh seorang Tok Batin yang cukup prihatin dan berkerja keras, iaitu Tok Batin Alang, disayangi oleh anak buah dan pengikutnya. Tok Batin Alang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kepimpinan dan petah mengatur kata dalam setiap bicaranya. MRA telah bergerak di perkampungan ini sejak dari tahun 2010 lagi dan hubungan kami dengan penduduk setempat amat baik dan kami sentiasa memastikan hubungan ini kekal baik sepanjang masa.
LAPANGAN 28 - helaian 19
Pendekatan yang digunakan oleh MRA dalam mendekati dan menyantuni komuniti Orang Asli berbeza mengikut tempat dan `mood` di sesebuah perkampungan itu. Namun, modus operandi yang biasa kami gunakan ialah interaksi dengan anak-anak dan aktiviti sukan bersama remaja setempat.
Jangan tinggalkan anak-anak, merekalah asset Sukaneka
Aktiviti lain yang sering kami lakukan ialah sukaneka, makan secara bersama dan menonton tayangan gambar di skrin besar.
Gotong royong disemai
Bersih Cekap Amanah
MESRA & CERIA
bersama Komuniti Tidak seperti masyarakat bandar, masyarakat Orang Asli masih lagi mengekalkan adab sopan dan budaya mereka secara baik. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda. Keakraban dikalangan penduduk kampung sesama mereka amat ketara sekali. Mereka hidup sebagai satu keluarga besar, setiap seorang dalam komuniti tersebut diraikan dan mempunyai peranan masing-masing. Namun, program pendidikan masih amat diperlukan dan masyarakat disini amat terbuka untuk menerima maklumat dan pandangan dari luar namun ianya haruslah mengambil kira keterbatasan dan prinsip hidup setempat dan semasa yang mereka amalkan.
Tayangan UPIN & IPIN mampu menarik perhatian
LAPANGAN 28 - helaian 20
Barisan Penceramah malam ini...
TAKLIMAT TAUTAN KASIH VIII Pengerusi Majlis yang tidak kurang hebatnya
Peserta yang hadir mendengar taklimat
Program Tautan Kasih Siri ke VIII bakal berjalan di Pos Bersih pada 18-20hb Jun nanti. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Taklimat mengenai perjalanan program telah diadakan pada malam Jumaat 21hb Jun 2013 di Dewan Kuliah Fakulit Perubatan dan Sains Kesihatan UPM yang terletak bersebelahan dengan Hospital Serdang. LAPANGAN 28 - helaian 21
Turut hadir berkongsi maklumat dan pengalaman ialah Sdr. Khairil Anuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Dr. Shahrizal Azwan, Pengarah Perubatan MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA, Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Mohd Shahrulazilan.
RUMAH SYUKUR yang telah disiapkan
PROJEK RUMAH SYUKUR DITERUSKAN 100 buah rumah lagi bakal dibangunkan di Sumatera Barat Gempa bumi kuat, pada skala Richter 6.4 telah menggegarkan bumi Sumatera Barat pada Oktober 2009. Ribuan menjadi korban, tewas dalam runtuhan bangunan dan tanah longsor. Gempa bumi ini mendapat respon pantas dari MRA, kurang dari 48 jam, pasukan bantuan MRA telah bergerak menuju Ground Zero dan hari ini selepas 5 tahun kejadian tersebut, MRA masih lagi beroperasi disana. Di tempat yang sama 5 tahun lalu.
Pak Daryanto dan En. Shiraj dihadapan lokasi tahun lalu
MRA kini menumpukan kepada projek pembinaan Rumah Syukur. Apakah yang dikatakan sebagai Rumah Syukur ini? Ianya merupakan sebuah rumah yang dibangunkan di tapak rumah lama yang musnah, menggunakan semula barangan rumah lama seperti pintu, tingkap, bumbung manakala batu-bata, dinding dan atap akan dibantu oleh MRA. LAPANGAN 28 - helaian 22
Sebanyak 215 buah Rumah Syukur telah berjaya disiapkan oleh MRA dalam era pembangunan semula di wilayah SUMATERA BARAT (SUMBAR), Indonesia yang mengalami gempa bumi kuat pada tahun 2009.
MRA telah menggerakkan kempen membangunkan Rumah Syukur ini bagi meringankan kesukaran dan kesulitan yang dialami oleh para penduduk yang kehilangan rumah, harta benda dan orang tersayang dalam bencana ini. Melalui jaringan kerjasama dan kesepakatan yang dimiliki MRA, sebanyak 115 buah Rumah Syukur telah dapat dibina melalui sumbangan dan kutipan dana dari orang perseorangan, organisasi dan pertubuhan.
Gempa kuat ini turut telah memusnahkan banyak rumah kediaman serta bangunan-bangunan yang lain serta ianya turut mengubah landscape SUMBAR dengan begitu dahsyat sekali. Alhamdulillah, 100 buah lagi dapat dibangunkan kemudian apabila CIMB Islamik turut serta mengamMRA hadir dalam misi bantuan bil bahagian dalam meringankan bebanan yang diakecemasan pada peringkat awalnya lami oleh penduduk setempat yang serba daif. dan kami terus menerus memberikan bantuan termasuk memberikan Hari ini, 215 buah Rumah Syukur yang dibina oleh bantuan pendidikan dan bantuan MRA ini masih lagi berfungsi dan digunakan oleh bagi menjana pendapatan. para penduduk yang mendapat bantuan ini. LAPANGAN 28 - helaian 23
Dato Abdul Razak sedang meletakkan batu tanda Rumah Syukur
Antara bahan yang digunakan ialah kayu dari pohon kelapa
Diseseparuh tempat, penduduk masih menadah air hujan (rain water harvesting) untuk bekalan air mereka
Sdr. Shirajuddin dan Sdr. Shahrul diatas tapak rumah yang telah disediakan oleh penduduk Penghuni Rumah Syukur bersama Pak Daryanto
Rumah Syukur yang telah siap
Penyelia Projek MRA Padang, Pak Daryanto bersama Sdr. Shahrul dihadapan deretan rumah Syukur yang telah disiapkan
Berbatu batu berjalan setia Hendak menguji hati puteri Bantu Membantu Amalan Mulia Akhlak terpuji pelengkap diri Mural yang dibangunkan oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka MAKE THEM SMILE di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru.