LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
SKALA KECIL
tetapi Istiqamah
Program Mahabbah di Kg. Leryar Lawatan MRA Myanmar Program `Follow-Up` Kg. Songkok Ziarah MRA Perak ke Kg. Pos Slim Klinik Lapangan MRA Kedah Do Good Volunteers vs Dousa Hau Klinik Lapangan di Somalia Learning Centre
LAPANGAN 33
SKALA KECIL
MRA dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan kemanusiaan amat mementingkan kesinambungan dan apa yang kami sebut sebagai pembangunan komuniti (community development). Kita membantu komuniti setempat untuk bangkit Berbagai konflik dan bencana berlaku dalam dunia dan bangun, berdiri diatas kaki sendiri, kembali hari ini. Lebih dahsyat lagi, ianya berlaku dalam malahan lebih baik dari situasi sebelumnya. tempoh masa yang sangat hampir di antara satu sama lain, malahan dalam banyak ketika, ianya kelihatan seolah-olah bertindan diantara satu sama lain.
tetapi Istiqamah
Keadaan ini menimbulkan kesukaran dan memaksa organisasi bantuan kemanusiaan untuk lebih berhati -hati dalam memberikan respon terhadap satu-satu konflik atau bencana yang berlaku. Di Malaysian Relief Agency (MRA), kami amat berhati-hati dalam memberikan sebarang komitmen untuk membantu mana mana komuniti yang ditimpa Kecil tapi Istiqamah bencana ataupun konflik. Kami bukanlah sebuah organisasi yang mempunyai dana yang besar dan berjuta, kami hanyalah sebuah organisasi kecil yang Sebagai contoh, kami masih lagi beroperasi di masih bertatih dan kurang serba serbinya. lapangan kami yang pertama dalam tahun 2009 Justeru, untuk kekal relevan dan berada di arus iaitu Padang, Sumatera Barat. Sehingga ke hari perdana (mainstream), MRA harus pandai me ini, kami masih berada disana dan masyarakat letakkan (positioning) dirinya di peta bantuan ke- disana sedia maklum kehadiran dan pembabitan manusiaan agar kehadiran kami itu nanti memberi- kami dalam misi bantuan yang kami lakukan. kan impak maksima kepada komuniti yang dibantu Kami membangunkan rumah dan juga memdisamping ianya tidak merobekkan kantung dana berikan mereka peralatan dan pekerjaan dan menyedut tenaga sumber manusia yang kami seterusnya menyediakan mereka ruang untuk berniaga. miliki. Begitu juga pembabitan kami di Pakistan, kami datang ketika fasa Relief, bertahan hingga ke fasa Rehab dan kini kami berada didalam fasa akhir iaitu Rebuild. Kami berjaya membina 80 buah rumah Syukriah, hampir 100 pam serta satu empangan mini hidro buat kegunaan penduduk disebuah perkampungan. Kami berApabila kita telah membuat komitmen untuk terlibat mula dengan kecil dan mempertingkatkan didalam sesebuah konflik tetapi kemudian kita tidak bantuan dari masa ke semasa. kelihatan berada di lapangan untuk membantu, masyarakat akan membuat penilaian dan memberi- Biarlah kita bermula dalam skala kecil, tetapi kan satu tafsiran persepsi yang tidak baik bagi or- istiqamah, daripada permulaannya yang gah tetapi hujungnya bersepah dan tidak ada impak ganisasi. kepada komuniti yang kita bantu, Wallahualam. Untuk itu, kami tidak boleh respons pada semua konflik dan semua bencana. Sentimen serta emosi harus ditadbir secara bersama seiring dengan ke mampuan dan kapasiti organisasi untuk melaksanakan tuntutan dan keperluan bagi membantu sesebuah komuniti tersebut.
Memberikan satu imej positif terhadap kemampuan organisasi untuk melaksanakan dan menyampaikan amanah bantuan yang diberikan oleh orang ramai M. SHAHRULAZILAN SAID amatlah berat dan payah untuk dipertahankan, Pengarah Eksekutif tetapi tidak mustahil dilakukan.
Perigi Organisasi lain yang sedang beroperasi di Garowe, Puntland, Somalia
Perigi MRA yang baru digali, siap untuk digunakan.
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA
Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
Garismasa di Somalia 2011 MALAYSIAN RELIEF AGENCY
SOKONG & SUMBANG kepada MRA
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
5640 9820 6365 1411 0000588 10 2
PENGARAH EKSEKUTIF
En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION
3988 5960 8
MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
Mari Kenali MRA Kepada yang masih baru dan belum men- E Majallah LAPANGAN ini turut menjadi satu genali MRA sepenuhnya, pasti ramai yang ter- medium bagi MRA dalam mendidik masyarakat agar memahami kerja dan tutanya-tanya apakah visi dan misi MRA. gasan sebagai seorang pekerja bantuan Dimanakah MRA beroperasi didalam dunia ini. kemanusiaan dan peranan seorang sukareAdakah MRA beroperasi di luar negara sa- lawan, yang kami gelar sebagai SAHABAT haja? Adakah MRA melakukan sesuatu untuk didalam MRA. masyarakat yang memerlukan didalam Banyak kekeliruan timbul terutama dalam negara? mendefinasikan tugasan sebagai Pekerja Siapakah penggerak penggerak MRA dan Bantuan Kemanusiaan dengan seorang bagaimanakah MRA menjana dana bagi sukarelawan yang ikhlas membantu. menggerakkan programnya diseluruh tempat. Masyarakat Malaysia masih lagi ber Bagaimana MRA menggerakkan sukarela- anggapan tugasan membantu mereka wannya menghadapi bencana dan operasi yang ditimpa musibah ini sebagai kerja sukarela, yang dilakukan bila kita senang didalam dan diluar negara. dan ada masa lapang., bukan sebagai Segala persoalan anda akan terjawab di- kerjaya yang penuh tanggungjawab. dalam majalah LAPANGAN ini, yang bakal menceritakan pengalaman, aktiviti, sumban- Dunia memerlukan ramai pekerja bantuan gan, para penggerak dan berbagai-bagai kemanusiaan dan SAHABAT yang komited lagi cerita dan kisah mengenai MRA dan dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungkegiatannya, samada didalam mahupun di- jawab yang diamanahkan kepada mereka. luar negara.
Banyak kekeliruan timbul terutama dalam mendefinasikan tugasan sebagai Pekerja Bantuan Kemanusiaan dengan seorang sukarelawan yang ikhlas membantu.
LAPANGAN 33 Helaian 3
Sesi ramah mesra dan perkongsian bersama adik-adik Orang Asli
ORANG ASLI MAHABAH PROGRAM Program Mahabah bersama Orang Asli di Kampung Leryar ini merupakan program tahunan Facilitator Team, UIAM Kuantan. Program pembangunan kanak -kanak berserta program kebersihan adalah modul utama yang ditekankan didalam program ini. Tahniah diucapkan kepada adik-adik UIAM Kuantan yang begitu prihatin dan cakna terhadap nasib dan masa depan anak-anak orang asli disini
Sarapan pagi bersama komuniti Orang Asli
LAPANGAN 33 Helaian 4
HUMANITARIAN EXPO UIA Bergambar bersama VVIP dan JK Penganjur
Majlis Penutupan Expo telah disempurnakan oleh Dato` Prof. Dr. Mizan Hitam dan beliau telah sempat berkunjung ke pameran MRA, dan penerangan ringkas mengenai aktiviti dan pembabitan MRA dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan didalam dan diluar Expo ini turut menampilkan beberapa organisasi lain negara telah diperjelaskan dengan terperinci oleh seperti Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Pengarah Eksekutif sendiri. AMAN Palestin dan banyak lagi. Turut mengadakan pameran ialah persatuan dalaman UIA yang bernaung Kami mengalu-alukan kerjasama sebegini dilain-lain masa oleh mana-mana organisasi yang berminat. di bawah CENSERVE. MRA telah dijemput oleh penganjur untuk turut terlibat dan mengadakan pameran sempena Humanitarian Expo UIA yang berlangsung pada 17 hingga 20hb September 2013 yang lalu.
LAPANGAN 33 Helaian 5
Cik Fauziah Tahar sedang menerangkan sesuatu Mesra dan Santai
TERIMA KASIH jemput kami
Sdr. Firdaus sedang memberikan penerangan mengenai MRA
Tertarik dengan MRA? Jom daftar sebagai SAHABAT
LAPANGAN 33 Helaian 6
Bersama anak-anak Somalia
Menyemak kefahaman mereka...
LAWATAN KERJA MRA MYANMAR Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Koordinator MRA Myanmar, Sdr. Shahid @ Shine. MRA mengalu alukan kunjungan beliau bagi melihat secara dekat dan memahami dengan lebih jelas perjalanan program dan aktiviti yang digerakkan oleh MRA. Dikesempatan ini, beliau turut dibawa untuk bertemu dengan beberapa wakil organisasi yang banyak membantu pelarian Rohingya dan umat Islam di Myanmar sebelum daripada ini. Fittax Farey VS Shine Win
Beliau turut dibawa melawat ke sebuah Sekolah Pelarian Somalia yang berada di Kuala Lumpur. Beliau telah diberikan penerangan mengenai perjalanan sekolah itu oleh pengurus Sekolah tersebut, Sdr. Fittax Farey. Bersama wakil organisasi Burma di Malaysia
Mendengar Anak Rohingya bertutur dalam bahasa mereka
LAPANGAN 33 Helaian 7
Makan malam bersama tim YAPEIM
Pertemuan dengan Islamic Outreach ABIM di Masjid Negara
Bertemu Dato Haji Razali Shahbudin, Pengarah Pembangunan Insan, JAKIM di Masjid Negara
Dihadapan bangunan sekolah
Beliau juga berkesempatan untuk makan malam bersama wakil dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) serta mengadakan lawatan ke Islamic Outreach ABIM (IOA) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kami turut mengatur pertemuan dengan Ustaz. Dato Roslan, Timbalan Pengarah JAKIM di Kuala Lumpur.
Hingga bertemu lagi!
LAPANGAN 33 Helaian 8
Dr. Mohd Daud Sulaiman, SUA MRA turut hadir memberikan sokongan dan beliau turut berharap agar para peserta yang terlibat dapat membantu komuniti Orang Asli secara serius, istiqamah dan ada strategi serta perancangan.
UNISEL DI KAMPUNG SONGKOK
Walaupun dalam keadaan di musim hujan, kawasan kampung ini menghadapi masalah ketiadaan air. Ini adalah kerana tadahan utama mereka telah dimasuki pasir dan menyebabkan saluran ke rumahrumah tersumbat. Kerja pembaikan akan mengambil masa beberapa hari.
Tok Batin juga dalam ucapannya mengalualukan kehadiran para peserta dan juga mengucapkan terima kasih pada MRA kerana sudi melakukan program di Kampung Songkok ini.
Justeru itu, kami terpaksa mencari alternatif lain untuk air minum dan aktiviti memasak. Walaupun sungai ada berdekatan, tapi kami tak galakkan untuk gunakan air sungai ketika ini.
Beliau turut berkongsi adat amalan dan istiadat serta budaya Orang Asli sebagai maklumat kepada para peserta yang hadir. Tahniah pada semua.
LAPANGAN 33 Helaian 9
Mengumpul kayu api sekadar keperluan
Cari buluh yang matang, senang digergaji/potong Mula masukkan beras
Alas buluh dengan daun pisang
Resepi Nasi Buluh Songkok
Nasi Buluh Songkok adalah salah satu resepi yang perlu dipelajari oleh semua peserta yang ikut serta dalam program Orang Asli MRA. Pertama, kita perlu ada niat nak memasak, agar semua fokus dan terarah. Kedua, carilah kayu api yang banyak dan bersesuaian dengan jumlah peserta yang nak makan.
Ketiga, carilah buluh yang sesuai, lagi besar lagi bagus, ini bukan nak buat lemang. Keempat, cari daun pisang untuk dimasukkan kedalam buluh terlebih dahulu,ini bagi mengelakkan nasi dari terlekat lekat di dalam batang buluh. Bakar dengan api yang sekata. Kelima. Apabila diperiksa nasi sudah masak, maka barulah diangkat dari kawasan pembakaran.
LAPANGAN 33 Helaian 10
SN Hadzamee sedang menyediakan ubatan
Tekanan darah di sukat disini
Dr. Fairuz turut sudi meluangkan masa bersama Klinik Lapangan ini.
Lagi koleksi gambar-gambar
KLINIK LAPANGAN
Perincian Diri (profiling) dicatat disini.
Dr. Maryati turut serta membantu
Sumbangan masa dan tenaga dari adik-adik Medical amat kami hargai
LAPANGAN 33 Helaian 11
Selamat Datang ke dunia Kesukarelaan. Dunia yang menjanjikan pengalaman dan keseronokan
Induksi MYCORPS di Kelang Komited untuk cemerlang
Berikan yang terbaik
MYCORPS siri kedua sedang rancak berjalan seperti yang direncanakan. Jawatankuasa MYCORPS telah memutuskan untuk mengadakan Kursus Induksi MyCORPS ala-ala MyCORPS junior bagi memilih 60 orang peserta akhir yang terpilih dan layak untuk menyertai Kursus Asas MYCORPS kali ke 2.
Kursus Asas MyCORPS ini adalah dibawah kendalian Yayasan Salam Malaysia (SALAM), MRA akan terlibat untuk latihan hanya diperingkat pertengahan dan lanjutan.
Apa yang membanggakan ialah hampir 80% daripada fasilitator Kursus kali ini terdiri dari ahli MyCORPS siri pertama dahulu. Mereka kembali untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman yang telah mereka kutip sepanjang menjadi ahli MYCORPS.
Kursus Asas Kesukarelawanan yang diberikan oleh SALAM ini amat penting dan sangat membantu mereka dalam memahami ertikata Sukarelawan yang sebenar, bukan sekadar menjadi sukarelawan T-Shirt atau Topi, atau Sukarelawan untuk memenuhi ruang kosong agar nampak ramai.
LAPANGAN 33 Helaian 12
Induksi SAHABAT MRA kali ke 7 Berjalan lancar dan penuh ceria
Selamat datang & terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir. Seperti sesi induksi sebelum ini peserta diperkenalkan kepada visi, misi & aktiviti MRA yang mempunyai moto, "Sebaik-sebaik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat kepada yang lain". Tahniah diucapkan kepada sahabat yang telah mengikuti induksi pada siri ini. Dari kiri: Mohamad Hafizul, Siti Munirah, Sharifah Masmurni, Nurulashikin, Tun Mohd Firdaus, En.Mohd Shahrulazilan (tengah), Fatimatuzzahrah, Atika Adzman dan Sharifah Khalidah.
KUNJUNGAN CIK DALILA Ke Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras Baru
Miss DALILA, seorang sukarelawan dari Perancis telah berkunjung ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA baru-baru ini dan menawarkan perkhidmatannya untuk mendidik anak-anak Rohingya dengan matapelajaran English dan Sains. Beliau telah diberikan penerangan panjang lebar mengenai operasi Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan juga mengenai hala tuju, misi dan visi MRA dalam program pendidikan terutamanya untuk anak-anak Rohingya.
Sdr. Syafiq (Guru Sementara) sedang menerangkan mengenai Sekolah kepada Cik Dalila.
MRA mengalu-alukan komitmen beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas semangat dan komitmennya.
LAPANGAN 33 Helaian 13
Haji Hani bersama masyarakat setempat: sebati
ZIARAH MRA PERAK KE POS SLIM
Menunggu makanan siap
Menyiapkan juadah sendiri
Perbincangan Operasi
MRA Perak meneruskan tradisi menziarahi serta menyantuni penduduk Orang Asli di Pos Slim melalui program makan-makan dan tayangan gambar bagi merapatkan hubungan kami disamping membina tali silaturrahim yang lebih kukuh bersama mereka. Apa yang dibawa tu?
Memotong sayur untuk dimasak
Lebih menarik, mereka turut terlibat bersama bergotong royong menyediakan juadah makan bersama. Mereka turut sama memotong bawang, memasak air dan memasak nasi. Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi MRA Perak, Dr. Karim Russ, SU MRA Perak, Tuan Haji Hani Yang Kassim serta penggerak dah SAHABAT MRA Perak yang komited.
Beramah mesra dgn penduduk
LAPANGAN 33 Helaian 14
Barisan Doktor dan Jururawat bersama SAHABAT MRA Kedah bergambar ramai
KLINIK LAPANGAN MRA KEDAH Kerjasama MRA-MAPIM-SALIMA dan JK Surau Al Amin Salima-MAPIM-MRA berkerjasama
Puan Ramlah sedang memberikan taklimat
Kaunter Pendaftaran
MRA sentiasa percaya dan menyokong kaedah kerja bersamasama demi mencapai keputusan yang terbaik dan lebih ber kesan lagi. Justeru itu, satu program Pemeriksaan Kesihatan untuk komuniti Rohingya telah diadakan bertempat di Surau Al-Amin, Taman Sejahtera, Sg. Petani.
LAPANGAN 33 Helaian 15
Program kali ini turut melibatkan ramai sukarelawan dari beberapa organisasi yang hadir bagi membantu pelarian Rohingya seperti MAPIM, Salimah dan JK Surau Al Amin. Terima kasih kepada semua sukarelawan MRA dan para doktor dan jururawat dari Hospital Sultan Abdul Halim .
Doktor yang terlibat datang dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sg.Petani, manakala sukarelawan terdiri daripada para penuntut KUIN, KISMEC dan MRA. Kaunter tekanan darah
Profiling peserta
Ambil ubat disini
LAPANGAN 33 Helaian 16
MESYUARAT Lembaga Pemegang Amanah MRA turut dihadiri oleh Sdr. Shine@ Shahid. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa perkara penting termasuk Operasi MRA di Padang, Operasi MRA di Somalia, Operasi MRA di Myanmar dan Operasi dalam Malaysia termasuk isu Rohingya dan OKU. Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah seperti biasa di pengerusikan oleh Dato Dr. Abdul Razak Kehik, Presiden MRA. Membincang perihal Misi Myanmar secara dekat lagi
SATU mesyuarat khas telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru diantara Tim MRA dan wakil dari Persatuan Rohingya Malaysia yang ber tanggungjawab bagi kebajikan dan kemajuan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia. Selain dari memaklumkan mengenai aktiviti mereka serta tujuan mereka ingin mengadakan pertemuan ini, mereka turut mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh MRA kepada penduduk mereka yang terus berada di bumi Arakan.
Yang kiri tim Myanmar dan yang kanan tim MRA
Kami turut memaklumkan kepada mereka mengenai aktiviti bantuan MRA yang sedang digerakkan di peringkat lapangan. Malaysian Relief Agency (MRA) serius dalam mempersiapkan segala gajet dan perkakasan kami dalam menghadapi tahun 2014. Kami sedang mempersiapkan laman sesawang kami dengan wajah baru, bersama ciri-ciri alam maya yang lebih `happening` dan berdaya saing dengan lebih meyakinkan lagi. Laman Sawang kami selain dapat memberikan informasi terkini, ianya juga bertujuan untuk memberikan maklumat, data dan fakta mengenai pergerakkan MRA di dalam dan di luar negara.
Serius mendengan penerangan
Laman ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada para penyumbang dan para penyokong MRA mengenai kemana dana mereka dibelanjakan, mengapa dan sebagainya,
LAPANGAN 33 Helaian 17
Membincangkan isu Rohingya habis-habisan
MRA menerima kunjungan delegasi dari MAPIM yang diketuai oleh Sdr. Abdullah, SUA MAPIM ke secretariat kami. Delegasi ini turut disertai oleh Cik Mouna Deroouish, dari sebuah NGO Hak Asasi Manusia dari Perancis. Perbincangan kami tertumpu kepada program pembangunan komuniti yang boleh digerakkan secara bersama di Arakan dan untuk Rohingya keseluruhannya. Perbincangan kami berjalan lancar dan banyak keputusan yang telah dicapai dan bakal digerakkan secara bersama.
Laporan Gaza Slow Death telah dilancarkan oleh MAPIM dan rakan -rakan NGO yang lain agar sempadan Rafah dapat dibuka agar penduduk Gaza yang berjumlah 1.7 juta yang kini terjejas teruk kerana kekurangan bekalan minyak, perubatan, makanan dan lain-lain.
Gaza Slow Death
Selain berhadapan dengan rejim Israel yang tidak berperikemanusiaan, penduduk Gaza turut berhadapan tentera Mesir yang mula menutup segala ruang keluar masuk dari Rafah ke Gaza. MRA telah menghantar Sdr. Shahrul untuk turut serta dalam majlis yang dianjurkan di pejabat MAPIM ini.
Shahrul hadir sebagai mewakili tim MRA
Satu Mesyuarat mengenai perlaksanaan program MYCORPS siri ke-2 telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. MRA telah diwakili oleh Pengurus Operasi, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Penyelia Program Rohingya MRA, Sdr. Johari Kan Abdullah. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperhalusi modul yang bakal digunakan, perbelanjaan, tarikh perlaksanaan dan keperluankeperluan lain berkaitan perlaksanaan Program MYCORPS yang seterusnya.
Iqbal dan Johari, bergambar untuk rekod MRA
MRA dan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) merupakan dua buah organisasi yang terlibat dalam melatih bakal peserta dalam siri yang ke-2 ini.
LAPANGAN 33 Helaian 18
4 Oktober 2013, MRA sekali lagi mengisi slot untuk latihan MYCORPS yang diadakan di Desaru, Johor. Peserta Kursus yang hadir kali ini adalah mereka yang terpilih untuk Zon Selatan tanahair. Ramai dari kalangan mereka ini yang berpotensi dan tidak kurang juga yang berpengalaman. Slot MRA bermula pada jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam 2 pagi, namun, kami masih dapat mengekalkan tumpuan mereka kepada perkongsian yang diberikan melalui kaedah Reset Minda. Terima kasih kerana sudi menjemput MRA.
Kunjungan hormat dan satu pertemuan telah diatur oleh MRA dengan pihak akhbar The Star. Tujuan utama pertemuan adalah bagi membincangkan mengenai projek CSR serta mengenai latihan asas sukarelawan buat mereka yang ingin terlibat dalam kerja-kerja bantuan dan kesukarelaan.
Satu pertemuan telah diaturkan di Sekretariat MRA bagi mendapatkan maklum balas dari golongan OKU dari cabang Cacat Penglihatan. Pertemuan ini bertujuan untuk merancang dan merangka gerakerja MRA dalam membantu golongan orang cacat penghlihatan . Turut hadir ialah JK OKU MRA. Program pada malam tersebut dimulakan dengan Majlis Tahlil ringkas bagi mendapat keberkatan serta mendoakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
LAPANGAN 33 Helaian 19
Program yang ditunggu-tunggu bakal menjelma. Buat julung-julung kalinya, satu Seminar bakal dianjurkan bagi mengetengahkan konsep Medical Daie atau yang lebih disebut sebagai Pendakwah Perubatan. Pendakwah Perubatan ini tidak seperti pen dakwah konvensional lain yang gigih ber ceramah, berkhutbah dan memberi kuliah, nasihat dan pesanan melalui kata-kata dan perbuatan yang baik lagi benar. Tetapi, mereka adalah insan yang melaksanakan kerja-kerja dakwah, menyeru yang maaruf dan melarang yang mungkar, mengajak kepada cahaya dan mengeluarkan dari kegelapan menggunakan kemahiran dan kepakaran yang mereka miliki dalam bidang perubatan. Seminar Sehari ini yang digerakkan atas inisiatif bersama dari Universiti Islam Antarabangsa (Kampus Kuantan), Biro Kesihatan ABIM (BKA), Malaysian Relief Agency (MRA) dan Hospital Pakar Al Islam mengetengahkan tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung di lapangan, orang-orang amali dan bukan sekadar pencipta teori dan gagasan semata. Selamat Berseminar! Kempen Qurban Terbaik MRA 1434 bermula lagi. Kami mengharapkan sokongan orang ramai untuk melaksanakan ibadah Qurban mereka melalui MRA di kawasan di mana kami bergerak dan ber operasi. Sumbangan Qurban anda pastinya dapat membantu mereka yang serba kekurangan merasakan keseronokan dan kegembiraan sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha nanti. MRA menjangka akan melaksanakan ibadah Qurban di Myanmar, Afghanistan, Pakistan, Sri Lanka, Thailand dan kawasan-kawasan yang serba memerlukan termasuk Syria. Kami mengalu-alukan pembabitan orang ramai untuk Qurban Terbaik 1434 tahun ini.
LAPANGAN 33 Helaian 20
10hb Oktober upsi Berada di pentas UPSI merupakan satu pengiktirafan dari golongan pendidik terhadap kerja-kerja yang MRA lakukan, kami amat berbangga!
BICARA SUKARELAWAN 2013 Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) MRA telah diminta untuk mengambil bahagian dalam sesi Bicara Sukarelawan 2013 yang diadakan bersempena dengan Pesta Buku UPSI 2013. Pengarah Eksekutif MRA, En. Shahrul telah hadir dan berkongsi dengan para peserta mengenai pengalaman lapangan MRA didalam dan diluar negara.
Tim Pameran MRA
Bergambar bersama JK Penganjur Bicara Sukarelawan 2013 dan teman-teman lama
Terima Kasih UPSI
LAPANGAN 33 Helaian 21
THANK YOU for coming
DO GOOD VS DOUSA HAU VOLUNTEERS
PARTICIPANTS
Bertenaga dan penuh semangat, syabas!
Kelas Dousa Hou MRA kali ini menerima tetamutetamu yang terdiri dari anak-anak muda yang berhati mulia dan tulus. Mereka merupakan sekumpulan 12 orang sukarelawan yang datang dari sebuah organisasi yang di kenali sebagai Do Good Volunteers. Do Good Volunteers merupakan organisasi berasaskan sukarelawan dan kerja kebajikan yang ditubuhkan atas inisiatif akhbar berbahasa Inggeris Malaysia:- The Star dengan kerjasama sebuah subsidiari yang berasaskan `social enterprise`, Leaderonomics yang bertujuan melahirkan generasi sukarelawan yang mempunyai semangat untuk menyumbang dan memberi kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan.
Belajar dari ibubapa yang hadir sama
LAPANGAN 33 Helaian 22
Ibubapa merasa gembira dengan kehadiran anakanak muda yang ceria dan sangat berkerjasama ini. Turut hadir dalam program kali ini ialah seorang pemerhati dari UKM.
Dr. Azwan sedang membuat catatan berkenaan salah seorang pesakit yang beliau rawat
MEREKA datang awal, tidak mahu ketinggalan mendapatkan rawatan dari tim MRA
Semua gembira dengan kehadiran Tim Medik MRA di sekolah ini
KLINIK LAPANGAN MRA Sekolah Komuniti Somalia, Taman Melati, Setapak
Mudah, doktor wanita merawat pesakit wanita.
Mesra dan disukai oleh para pesakit, tahniah.
LAPANGAN 33 Helaian 23
Sabar menunggu giliran
Jangan takut jumpa doktor
Anak anak Somalia Selain dari anak-anak yang belajar di Somalia Learning Centre, ibu bapa dan komuniti Somalia yang turut berada di kawasan berhampiran turut hadir mendapatkan rawatan di Klinik Lapangan MRA.
Kami juga tidak menghadapi masalah komunikasi yang besar kerana sebahagian dari kanak-kanak yang hadir boleh berbahasa Malaysia dan Inggeris, berkat percampuran dengan kanak-kanak setempat.
Klinik kami mendapat sambutan yang cukup luarbiasa, kami tak menang tangan dibuatnya, kami Namun, kami turut menyediakan pentermenerima puluhan pesakit pada hari tersebut. jemah untuk pesakit dewasa yang tidak mahir bertutur dalam Bahasa Malaysia.
LAPANGAN 33 Helaian 24
Mereka menumpang hidup di negara kita setelah negara mereka dilanda kemarau dan perang saudara. Merekalah Muhajirin dan kitalah Ansar.
Tim MEDIK MRA dan tim pelajar perubatan UITM memang sebati
Tak sakit, jangan risau
Doktor nak check sikit...
Hulur lidah, nganga sikit..
Kerjasama erat yang terjalin diantara Biro Medik MRA dan para pelajar perubatan dari UITM amat kami hargai.
Ubat hati ada 5 perkara
Semoga kita dapat berkerjasama lagi dimasa masa hadapan dalam situasi dan konflik yang Terima kasih, kami dah tutup kedai berbeza nanti.
LAPANGAN 33 Helaian 25
Generasi muda orang asli perlu didekati dan diperkasakan. Kita perlu bercakap dengan gayabahasa yang mereka faham bukan gayabahasa yang kita nak mereka faham.
Orang Muar cari pengaga Kalau dapat si pucuk kesum Yang luar diberi dijaga, Yang dekat dipeluk dicium LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang ber matlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.