34_LaPANGAN

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

LAPANGAN 34

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

QURBAN TERBAIK beri manfaat       

Peralatan untuk Hospital Lapangan Perlaksanaan Qurban Terbaik 1434 Mesyuarat ASEAN CSO di Rangon Pertemuan Rasmi Di Sitwe Agihan makanan di Sitwe Misi Gelandangan Medical Daie Success


QURBAN TERBAIK beri manfaat MRA meneruskan program berkala tahunannya, Qurban Kami juga terus membantu saudara-saudara di Selatan Thailand, mereka ibarat peha kiri, jika Terbaik untuk kesekian kalinya. dicubit, peha kanan juga terasa. Konflik mereka Kali ini MRA menghantar daging Qurban kepada saudara- terus berpanjangan tanpa ada penghujung. Moqg saudara kita pelarian Syria yang hidup dalam penuh ke daging Qurban yang dikirim saling mengingatkan sukaran dan kepayahan. Mengharungi gunung dan meren- bahawa mereka tidak keseorangan dalam tasi padang pasir mencari kehidupan yang lebih tenang dan mengharungi kehidupan ini. selamat buat anak-anak dan mereka yang tidak berdaya. Kami mencari mereka di pinggir Amman, Jordan dan Kesepian yang melanda wilayah Arakan juga tidak pernah melalaikan MRA. Kami terus hadir membantu sekadar kemampuan kami. melaksanakan ibadah Qurban, walaupun tidak mudah dan senang, tetapi kami akan hadapi bersama Di Sri Lanka, kami terus menjejaki saudara-saudara yang mereka, juga untuk memaklumkan bahawa mereka masih lagi tinggal dalam kesulitan walaupun perang tidak bersendirian dalam menghadapi krisis ini. diantara Tamil Eelam dan tentera kerajaan sudah tamat, namun kesan kepada peperangan ini masih segar kelihatan Namun, kami juga tidak lupa pada mereka yang dan menimbulkan masalah kepada komuniti Muslim disini. berada di tanah air, kami turut mengadakan agihan daging kepada komuniti pelarian Rohingya Kami juga tidak lupa kepada saudara-saudara di dan Somalia yang tinggal di Kuala Lumpur. Siapa Afghanistan, walaupun sudah merdeka, kehidupan masih be- lagi yang mesti membantu kalau bukan kita? lum pulih sepenuhnya, ekonomi masih merudum, Kebebasan tidak menjanjikan semua orang akan kenyang dan sihat. MOHD SHAHRULAZILAN SAID MRA terus hadir membantu mereka yang berada disini. Pengarah Eksekutif


PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Antara projek kami di Gaza dalam tahun 2010 ialah penajaan anak-anak yatim disana. Kami telah menaja 10 orang anak yatim Gaza lebih dari setahun. Terima kasih kepada para penaja, moga anda terus diberi kekuatan dan kemampuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

SOKONG & SUMBANG kepada MRA

Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 1411 0000588 10 2

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 5960 8

MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

LAPANGAN 34 Helaian 2


Pakar –pakar Rujuk sedang menanti Teksi untuk ke Bangkok dari NongChok

Expert Meeting: Future of Emerging Asian Aid Agencies

MRA menerima jemputan dari Asian Muslim Action Network Dalam ucaputama program ini, Prof. Dr. Azyumardi (AMAN) untuk turut terlibat dalam satu pertemuan pakar men- Azra, Pengerusi AMAN, telah mengetengahkan begenai kebangkitan organisasi bantuan dari Asia. berapa isu penting:8 wakil dari NGO dan agensi bantuan dari Asia telah hadir, antaranya ialah Dompet Dhuafa dari Indonesia, Shapla Neer dari Japan, Muslim Aid UK (Indonesia), Helping Hand of USA (Thailand), Malaysian Relief Agency, People Empowerment of Thailand, The Asian Resource Foundation of Thailand dan Asian Muslim Action Network (AMAN) telah hadir dalam pertemuan yang diadakan pada 28-29. Oktober, 2013 di Nong Chok, Bangkok.

1. Agensi bantuan berpengkalan di Asia akan terus berkembang. Beliau optimis dengan menjadikan kemakmuran China, India dan Indonesia sebagai sandaran. 2. Peningkatan aktiviti kedermawanan berasaskan agama, terutamanya Islam. Mengambil contoh Indonesia, 40 juta penduduk Muslim kelas pertengahan Indonesia dapat memberikan sumbangan yang lumayan pada organisasi bantuan. 3. Patern penurunan Dana dari negara Pertemuan ini meletakkan sasaran untuk mengenalpasti Barat memerlukan konsolidasi sesama organisasi cabaran-cabaran, medan keutamaan, mekanisma kerjasama bantuan dari Asia. 4. Perlunya pengukuhan rangdiantara individu dan organisasi yang terbabit bagi mengha- kaian kerjasama antara organisasi Asia dengan dapi tahun-tahun penuh risiko yang bakal mendatang. penderma dari Asia.

LAPANGAN 34 Helaian 3


Dalam senyap kami menghantar bantuan ke Syria, moga selamat digunakan dan memberi manfaat kepada mereka di lapangan

PERALATAN UNTUK HOSPITAL LAPANGAN

Dr. Ishak dan Dr. Ali Mishal berbincang dengan Dr. Bilal

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah membuat penghantaran dua unit monitor dan dua unit x-ray ke hospital lapangan di dalam Syria bagi membantu kakitangan perubatan tempatan menguruskan pesakit kerana keadaan hospital setempat yang musnah dan rosak kerana peperangan yang meletus. MRA telah berkerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa dalam memastikan peralatan yang kami hantar ini sampai tepat ke sasaran dan digunakan dengan sebaiknya di hospital lapangan yang dipilih.

Dr. Ishak melawat pesakit dari Syria yang mendapatkan rawatan di Amman

LAPANGAN 34 Helaian 4


QURBAN TERBAIK 1434

Perlaksanaan Qurban Terbaik 1434 QURBAN TERBAIK 1434 telah dilaksanakan dengan jayanya di negara-negara terpilih dikalangan para penyumbang untuk program Qurban Terbaik 1434. Seperti kebiasaan dan tradisinya, MRA pasti akan melaksanakan Qurban di negara Thailand dan Sri Lanka, juga di Malaysia, terutamanya untuk para pelarian Rohingya dan juga Somalia, yang sangat menantikan kedatangan bulah Zulhijjah yang begitu istimewa buat mereka. Moga memberi manfaat

Terimalah daging Qurban ini

Tahun ini, MRA turut melaksanakan ibadah Qurban untuk para pelarian Syria yang berada di pinggir bandar Amman, Jordan. Kesulitan dan kepayahan yang mereka alami akibat peperangan yang meletus dan berlanjutan sehingga kini mendapat simpati yang tinggi dari rakyat Malaysia. Melalui MRA, mereka telah menyumbangkan sejumlah haiwan ternakan untuk dijadikan qurban tahun ini dan dagingnya diagihkan kepada para pelarian yang berada disekitar kawasan ini. Terima kasih kepada para penyumbang yang mengamanahkan kami untuk melaksanakan ibadah Qurban 1434 ini bagi pihak mereka.

LAPANGAN 34 Helaian 5


Bersama anak-anak pelarian Syria

Mensyukuri nikmat yang ada

Kesempatan untuk berqurban

Qurban terbaik sedang menanti giliran Misi Qurban Terbaik MRA untuk pelarian Syria di Jordan telah diuruskan oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri, Sdr. Shahrul. Beliau telah dibantu oleh dua orang SAHABAT MRA Jordan iaitu Sdr. Ikmal dan Sdr. Zahran, penuntut sebuah Universiti disana. Kami telah berjaya melaksanakan Qurban di Jordan ini dengan sempurna bermula dengan proses pemilihan haiwan qurban, seterusnya proses menyembelih, melapah dan seterusnya mengagihkan daging Qurban kepada keluarga pelarian Syria yang telah dikenalpasti.

LAPANGAN 34 Helaian 6


Qurban di LAND OF THE BRAVES MRA dan Afghanistan sangat akrab. Kami tidak asing di bumi sang pemberani ini. Kami mengikuti perkembangan Afghanistan secara dekat dan penuh minat. Kami tidak hadir bermusim di Afghanistan. Hujung tahun lalu, sebuah NGO terkemuka dari Afghanistan telah menjemput MRA untuk turut serta berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan isu berkaitan pembangunan komuniti dan pengurusan jantina (gender) dalam sebuah seminar antarabangsa . MRA telah menghantar Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA dan En. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA untuk terlibat dalam seminar tersebut. Dato Dr. Abdul Razak Kechik turut ber kesempatan untuk mengisi satu slot perkongsian dengan semua peserta yang hadir mengenai pengalaman MRA dan Malaysia.

Sedang melapah...

Dalam perlaksanaan Misi Antarabangsa MYCORPS yang lalu pula, sukarelawan MYCORPS telah ber kesempatan untuk menganjurkan 3 siri latihan kepimpinan bagi belia Afghanistan di 3 bandar utama Afghanistan iaitu di Kabul, Ningarhar dan Faizabad.

Qurban Terbaik kali ini turut dilaksanakan di Kota Kabul, Afghanistan. Kota yang sering menyaksikan pertembungan kuasa besar dunia pada setiap kurun ini kembali berada didalam radar operasi MRA dalam masa masa yang mendatang nanti Insya Allah. MRA telah berjaya lmelakukan Qurban Terbaik tahun ini di sana dengan kerjasama dari bahagian pentadbiran sebuah sekolah yang berpusat di Kabul, Afghanistan. Sedikit mengenai sejarah ringkas, MRA telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah ini semenjak tahun 2012 lagi ketika kami menghantar tiga sukarelawan MyCORPS dalam Misi Antarabangsa mereka ke Afghanistan dahulu. Dalam tahun 2002, Sekolah ini yang dikenali sebagai Sooriya High School ini pada awalnya berada disebuah tempat didalam Kota Peshawar, NWFP, Pakistan yang dikenali sebagai Miskeenabad. Status sekolah ini ketika itu ialah sebuah sekolah untuk anak-anak pelarian Afghanistan yang berada di Peshawar, Pakistan. Namun, kini setelah keamanan pulih dan kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, sekolah ini telah berpindah dari Peshawar dan kembali di buka didalam bandar Kabul, Afghanistan. Kini, sekolah ini merupakan antara sekolah yang aktif dan terkedepan dalam kualiti dan mutu pendidikan berbanding dengan yang lain.

Menguruskan daging buat mereka yang kesulitan

QURBAN TERBAIK 1434

LAPANGAN 34 Helaian 7


QURBAN TERBAIK 1434

SELATAN THAI terima 10 ekor lembu dari MRA YMAT dan MRA saling berkerjasama dalam hal-hal kebaikan

Kerjasama membawa berkat

Meneruskan tradisi yang biasa diamalkan, MRA melalui Misi Qurban Terbaik 1434 telah berjaya melakukan qurban sebanyak 10 ekor lembu di wilayah Narathiwat, Songhkla dan Patani. Keutamaan agihan daging Qurban ini adalah kepada keluarga anak-anak yatim dan ibu tunggal yang kematian atau kehilangan suami. Dikesempatan ini, MRA juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada rakan pelaksana tempatan kami iaitu Young Muslim Association of Thailand (YMAT) yang terus istiqamah membantu kami sepanjang pelaksanaan

LAPANGAN 34 Helaian 8


QURBAN TERBAIK 1434

Membaca penama Qurban

Mengasingkan daging

Membungkus dalam plastik

Agihan dilaksanakan

Tahun ini, Qurban Terbaik telah berjaya disempurnakan di Meiktilla berhampiran Mandalay. Umat Islam di Meiktilla dalam bulan Ogos yang lalu telah menerima serangan dan gangguan dari pelampau tempatan yang telah bertindak memusnahkan sebuah Masjid dan Madrasah serta membunuh lebih dari 10 orang pelajar disitu. Umat Islam disini berada dalam keadaan amat tertekan. Justeru, kami hadir membawa daging Qurban disamping memberikan mereka semangat dan dorongan untuk uterus bertahan dan istiqamah dalam amalan dan tindakan.

LAPANGAN 34 Helaian 9


Kerjasama semakin kukuh

QURBAN TERBAIK 1434

Cam garang je lembu ni

Melaksanakan tanggungjawab

MRA meneruskan tradisi Qurban Terbaik, iaitu memberikan bantuan Qurban kepada mereka yang berada di kawasan yang sukar untuk dimasuki dan umat Islam disitu berada dalam keadaan yang sukar dan sangat sulit.

Tahun ini, Alhamdulillah, kami dapat menghantar daging Qurban sehingga ke pendalaman beberapa penempatan Rohingya di Arakan, terutama di pinggir Sitwe yang meliputi Kem sementera pelarian Rohingya juga termasuk ke penempatan terakhir Rohingya di Justeru, sekali kami berjaya menganjurkan ibadah Qurban Sitwe iaitu perkampungan Aung Mingalar. di bumi Arakan yang terus bergolak tanpa ada sebarang tanda yang ianya akan susut dan tamat dalam masa yang Suasana setempat di Sitwe dan Arakan secara keseuruterdekat. hannya masih tidak berubah. Keadaan masih lagi tegang dan penuh prejudis. Kerajaan Myanmar dan Tahun lalu, di bumi yang sama, kami melaksanakan ibadah Kerajaan Negeri Rakhine masih lagi mereka-reka forQurban ini dalam keadaan penuh berhati-hati, kami ter- mula perdamaian yang mereka mahukan tanpa mahu paksa melaksanakan proses penyembelihan, melapah dan melihat dan meniru formula sebenar yang telah terbukti agihan di waktu malam. Tahun ini, keadaan masih belum mampu dilaksana seperti yang diamalkan di Malaysia. ada sebarang perubahan positif, namun kami masih tetap berikrar mahu melaksanakan Qurban Terbaik disini demi MRA optimis keadaan aman dan damai mampu dicapai saudara yang serba kekurangan dan menjadi mangsa sekiranya pihak berkuasa dan pihak berkepentingan diskriminasi dan penindasan bersedia untuk duduk dan berunding secara ikhlas.

LAPANGAN 34 Helaian 10


QURBAN TERBAIK 1434

Kesan peperangan diantara tentera Sri Lanka dan pejuang pemisah Tamil Eelam masih kelihatan disana-sini, merata-rata di kawasan yang pernah menjadi medan pertempuran diantara kedua belah pihak. Umat Islam menjadi mangsa keadaan dan sering terperangkap ditengah-tengah dalam pertempuran kedua belah pihak ini.

Semoga diterima Qurban ini

SRI LANKA terus menjadi destinasi Qurban Terbaik 1434. Umat Islam disini amat gembira dengan pembabitan MRA dalam melaksanakan ibadah Qurban bersama mereka. Kerjasama dikalangan penduduk setempat dalam melaksanakan ibadah Qurban ini amat baik dan membuktikan mereka sangat rapat dan saling berkerjasama.

Agihan pada yang memerlukan

LAPANGAN 34 Helaian 11


QURBAN TERBAIK 1434

SRI LANKA tetap dalam ingatan

Dipisahkan dalam tompok tompok

Siap dibungkus

Siap untuk agihan

LAPANGAN 34 Helaian 12


QURBAN TERBAIK 1434

Belah perut berhati-hati

Kulit dipisahkan

Somalia dan Rohingya bergandingan

Lapah sehingga habis

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini, MRA memutuskan untuk melakukan proses penyembelihan dan melapah haiwan Qurban ditempat lain, bukan di mana-mana premis MRA. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan kerjakerja pengagihan disamping ianya dapat menjimatkan masa dan lebih teratur. Kami hanya membawa daging yang telah siap dibersihkan dan dibungkus kecil untuk satu keluarga.

Alhamdulillah!

Kami telah memilih rumah penyembelihan di Kg. Rinching Hulu sebagai lokasi penyembelihan dan melapah. Daging Qurban disini akan kami agihkan kepada para pelarian Rohingya dan Somalia yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

LAPANGAN 34 Helaian 13


TRADISI QURBAN Seperti kebiasaan, agihan daging Qurban Terbaik pasti diberikan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia, khususnya buat keluarga murid -murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Berbeza dari tahun-tahun yang lalu, Qurban Terbaik diselenggarakan kini di luar kawasan Cheras Baru. Kalau dulu ianya dilaksanakan berhampiran padang sekolah.

Keutamaan pada pelajar sekolah

Ianya dapat memastikan kebersihan dan kecekapan pengurusan. Lebih mudah dan lebih cepat pengurusannya. Untuk Qurban Terbaik tahun ini, MRA menggabungkan kerja-kerja Qurban untuk komuniti Rohingya dan komuniti Somalia di Kg. Rinching Hulu. Disini, haiwan Qurban akan disembelih, dilapah dan dipotong mengikut kesesuaian. Kemudiannya daging ini dibungkus kecil bagi keperluan satu keluarga sebelum ianya diangkut ke Sekolah Komuniti Rohingya dan Pusat Pendidikan Somalia untuk diagih-agihkan kepada keluarga yang memerlukan.

Ust. Shuaib sedang mengagihkan daging

MRA mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti pelarian Rohingya dan Somalia kerana kami sering terlibat dalam program pendidikan serta program kesihatan untuk mereka.

Terima Kasih atas sumbangan!

LAPANGAN 34 Helaian 14


Jangan lupa Qurban lagi tahun hadapan

QURBAN TERBAIK 1434

Perlaksanaan Ibadah Qurban tahun ini menjadi lebih meriah lagi dengan penglibatan Komuniti Pelarian Somalia yang berada di ibukota. MRA telah memperuntukan seekor lembu untuk komuniti mereka yang kebanyakkannya berada di Setapak, Gombak, Wangsa Maju dan sekitarnya.

Satu keluarga dapat satu

Bagi melicinkan serta memudahkan pentadbiran ibadah Qurban, kerjakerja penyembelihan, melapah dan membungkus telah diadakan di Rinching Hulu, Selangor.

Gembira kerana ada yang peduli Terima kasih

Disini, kami turut melaksanakan ibadah Qurban untuk agihan ke Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras Baru juga. Para pelarian Somalia amat gembira dan sangat berterima kasih diatas sumbangan kecil ini.

LAPANGAN 34 Helaian 15


Tahniah kepada semua ibubapa/penjaga dan petugas PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) serta MRA yang telah berjaya menjalani Kursus Dousa Hou kali ke-2 anjuran JKMWPKL. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JKMWPKL yang telah menerima ibubapa/penjaga dari MRA-ICPSG (Independent Cerebral Palsy Support Group) yang telah mengenali kaedah Dousa Hou pada 9 Mac 2013 dan terus berusaha mengguna kaedah tersebut dibawah kelolaan Pn Sariah (Supervisor Dousa Hou) serta Pn Suhana (Tr ai ner D ous a H ou) s elama 8 kali.

Kursus Dousa Hou Seramai 7 orang ibubapa/penjaga MRA-ICPSG telah di kurniakan sijil trainer dan 2 orang mendapat sijil assistant trainer. Tahniah diucapkan kepada setiap orang yang hadir kursus selama 6 hari dari 25 Okt sehingga 30 Okt 2013. Terima kasih juga dirakamkan kepada Mr Masafumi Ara, Presiden FAMAT (Fukushima Association of Motor Action Training), yang juga merupakan pakar yang hadir untuk memberi tunjuk ajar pada kursus kali in

Moga lebih komited

Satu pengiktirafan

Kesungguhan dalam kursus

LAPANGAN 34 Helaian 16

En A


MESYUARAT ASEAN CSO

DI RANGOON

Kami memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman serba sedikit yang kami punyai Shine turut mengetuai satu perbincangan

MRA telah terlibat secara aktif dalam Mesyuarat CSO ASEAN yang diadakan di Rangoon baru-baru ini. Kesemua wakil negara dalam gabungan ASEAN hadir turut serta kecuali Brunei dan Singapura. Mesyuarat ini antara lain mengambil keputusan untuk membantu CSO (Organisasi Masyarakat) dari Myanmar agar dapat diperkuatkan lagi serta diberikan pelbagai pendedahan dan input bagi menjadikan mereka lebih maju, berdikari dan aktif, sejajar dengan perlantikan Myanmar yang menduduki kerusi Pengerusi kepada ASEAN untuk tahun 2014 ini.

LAPANGAN 34 Helaian 17


Pertemuan Rasmi MRA berhubung secara langsung dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Bersama pengawal sempadan

Delegasi MRA yang diketuai oleh Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Sdr. Khairil Annuar Khalid telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Sitwe dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran beroperasi di kawasankawasan penempatan Rohingya di Sitwe.

Kami turut mengatur pertemuan bagi bertemu dengan Ketua Polis Sitwe untuk tujuan memaklumkan kehadiran kami serta untuk mendapatkan nasihat dan maklumbalas beliau terhadap suasana dan keadaan terkini. Kami turut memohon untuk mendapatkan NOC bagi me mudahkan pergerakan kami.

Bersama para guru sukarelawan

Bersama Polis lapangan terbang

Kesempatan yang terhad, gara-gara pertukaran waktu penerbangan, kami kesuntukan masa. Namun kami sempat mengatur pertemuan dengan wakil UNICEF di Sitwe yang bertindak sebagai penyelaras agensi-agensi UN di Sitwe.

LAPANGAN 34 Helaian 18


Kami mendengar rungutan mereka

Menyabarkan mereka atas ujian yang datang

Pandangan mereka kami catitkan

Kami akan bersama sehingga akhir

Di Aung Mingalar selepas jam 7 malam

Keadaan tidak berubah menjadi lebih baik, ianya masih di takuk lama. Penduduk di Aung Mingalar masih dikepung dan dipulaukan. Mereka masih lagi berhadapan dengan kemungkinan dipukul dan dibunuh, situasi ini tidak berubah langsung sejak setahun yang lalu. Perkampungan Aung Mingalar merupakan satu-satuanya penempatan asal penduduk Rohingya yang masih kekal utuh berada di dalam bandar Sitwe sedangkan perkampungan dan bandar majoriti Rohingya yang lain telah hangus dibakar dan dimusnahkan setahun lalu. Sama seperti keadaan Gaza, mereka dihimpit dengan pelbagai keperluan yang mendesak terutama dari segi makanan, kesihatan, pendidikan dan juga termasuk aspek keselamatan.

LAPANGAN 34 Helaian 19


Kesemua makanan akan diagihkan ke kemkem pelarian Rohingya yang terletak di pinggir Sitwe. Bekalan ini akan diagihkan kepada 5 buah kem pelarian yang telah dikenalpasti.

U Aung Win bersama -sama kami

10 tan beras untuk diagihkan

Agihan Makanan di Kem IDP Sitwe Dalam kunjungan kali ini, MRA telah menyumbangkan kepada para penduduk di lima kem penempatan sementara bagi penduduk Rohingya di Sitwe. Setiap kem akan mendapat 2 tan beras sumbangan dari orang ramai yang disalurkan melalui MRA. Beras -beras ini kemudiannya akan diagihkan oleh peng urusan penempatan tersebut kepada isirumah yang terletak dibawah pentadbiran mereka. Terima kasih Ya Allah!

Keadaan tidak banyak berubah, dan dalam segala hal kelihatan seperti ianya menjadi semakin parah dan tidak dapat dikawal.

LAPANGAN 34 Helaian 20


Sumbangan dari Malaysia

Dasar tidak mengiktiraf penduduk berbangsa Rohingya sebagai warganegara Myanmar tidak bermakna kerajaan dan penduduk lain yang bertaraf warganegara boleh dan berhak untuk menindas, menyakiti, menyiksa, mendera malahan membunuh mereka. Hak mereka sebagai manusia yang terkandung didalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) perlu dipatuhi dan dihormati.

MRA EDAR BERAS DI SITWE Dihadapan sekolah terbaik di Sitwe

10 tan beras yang kami mampu

LAPANGAN 34 Helaian 21


Sekali lagi di AKYAB Tim MRA masuk sekali lagi di Sitwee (Akyab) dalam misi kami untuk membantu para penduduk berbangsa Rohingya yang tersepit dengan segala macam kepayahan yang dipaksakan keatas mereka. Kami sedang dalam proses menyiapkan pam-pam air di beberapa penempatan semula Rohingya sekitar Sitwee.

Siri 4M: Muzakarah Mahasiswa Muslim Myanmar Sekumpulan mahasiswa muslim Myanmar telah mengadakan pertemuan dengan MRA dalam kunjungan kami ke Yangoon kali ini. Bertempat di Pejabat MRA Yangoon. Kami telah bertukar-tukar fikiran dan secara prinsipnya MRA bersedia untuk berkerjasama dan membantu mengikut daya kemampuan kami dalam aspek pelatihan pemimpin dan gerakerja organisasi yang mereka sertai.

LAPANGAN 34 Helaian 22


Sesi taklimat dikendalikan oleh Sdr. Johari Kan bagi memastikan semua yang hadir tahu gerakerja dan objektif yang hendak dicapai. DO`S dan DON’T`S dikongsi bersama agar semua jelas misi dan visi program.

MISI GELANDANGAN yang digerakkan oleh MRA mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Kami menggerakkan Misi Gelandangan atas kepercayaan dan keyakinan bahawa mereka yang menjadi gelandangan ini boleh dibantu dan dibawa keluar dari kehidupan gelandangan mereka.

Antara ciri utama Misi Gelandangan kami ialah ianya digerakkan di persekitaran kawasan Cahaya Suria, Dataran Maybank dan sekitar Puduraya. Kami hanya tumpukan di kawasan ini sahaja. Satu lagi ciri misi kami ialah kami memberikan kit hygiene dan bukannya nasi berlauk. Jom rasai kelainannya!

Pembahagian kumpulan dan tugasan

LAPANGAN 34 Helaian 23


Tiba di destinasi, tepi Maybank berhampiran Cahaya Suria

Mengambil bahagian masing-masing

MRA turun padang lagi untuk bersama dengan gelandangan di kawasan tradisi kami bergerak iaitu di Dataran Maybank, sekitar Cahaya Suria dan Pasar Seni. Mengekalkan konsep bantuan kami, iaitu Pek Hyigene, kami melakukan distribusi dikawasan tersebut. Kami disertai oleh hampir 20 orang termasuk 15 orang penuntut dari Fakulti Sains Sosial, UPM dan selebihnya adalah SAHABAT MRA telah bergerak sekitar jam 12.00 malam.

Selesai untuk kali ini, jumpa lagi.

O Group untuk recall apa yang telah dipelajari

LAPANGAN 34 Helaian 24


Making ballons‌ fun and easy, but must be creative

Cartoon Character @ Bangi Kopitiam We are One Malaysian

MRA telah terlibat dan turut serta dalam program Cartoon Character yang dianjurkan oleh Rumah Seni Gemilang di Bangi Kopitiam yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sempena program ini, MRA telah membuka pameran dan mengadakan kaunter membuat belon bagi anakanak para pengunjung yang hadir ke program ini. Terima kasih kepada para SAHABAT yang telah hadir membantu kami dengan tulus dan ikhlas.

I got mine!

Rumah Seni Gemilang telah menganjurkan sesuai dengan operasinya telah mengadakan satu pameran berasaskan karektor kartun untuk dilukis oleh para peserta mengikut kesesuaian dan kepandaian masing masing.

LAPANGAN 34 Helaian 25


Tim dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA bergambar ramai.

Berikan yang terbaik! Bersama Sijil yang diperolehi

Tekun berusaha pasti berjaya

Seramai 10 orang anak murid dari Sekolah Komuniti Rohingya telah turut serta mengambil bahagian dalam program ini. Untuk makluman, kami memang mempunyai kerjasama erat dengan Rumah Seni Gemilang kerana kami sering menghantar para pelajar Sekolah Komuniti Rohingya untuk belajar matapelajaran seni di sini.

Dalam program ini, beberapa pelajar kami telah mendapat hadiah kerana memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Rumah Seni Gemilang kerana sudi menjemput dan memberikan ruang kepada para pelajar kami untuk turut serta dalam program sebegini.

LAPANGAN 34 Helaian 26


Rakan Dakwah IKRAM MRA telah dijemput hadir ke Perhimpunan Tahunan IKRAM barubaru ini. Kami telah dijemput sebagai rakan dakwah IKRAM. Pengiktirafan yang diberikan kepada MRA sebagai rakan dakwah ini amat bermakna dan kami begitu menhargainya.

Bergerak ke Hadapan Memperkasa IKRAM

Kami mendoakan agar IKRAM kekal relevan sebagai gerakan dakwah yang mampu mewarnai ruang dakwah di Malaysia yang serba mencabar dewasa ini.

Penerangan Kerja Bantuan MRA di Hospital PUSRAWI, Jalan Pahang, Kuala Lumpur Pengarah Eksekutif dan Pengarah MRA Medik telah dijemput oleh jawatankuasa latihan Hospital Pusrawi untuk berkongsi bersama para peserta pengalaman dan tips untuk menjadi seorang sukarelawan yang efektif dan efisien. Sdr. Shahrul telah menceritakan mengenai asas-asas Sukarelawan serta sejarah ringkas MRA manakala Dr. Shahrizal Azwan pula telah berkongsi mengenai misi-misi perubatan MRA yang lalu.

Taklimat Sukarelawan di Hospital Pusrawi Majlis Konvo Nabil Buat pertama kalinya dalam Sejarah Sekolah Komuniti Rohingya, seorang pelajar dari Sekolah Komuniti Rohingya ini telah berjaya mencatat keputusan yang cukup membanggakan.

LAPANGAN 34 Helaian 27

Moga Nabil terus cemerlang

Adik Nabil telah berjaya menduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang baik. Beliau merupakan satu -satunya anak murid Sekolah Rohingya yang berjaya melepasi UPSR. Pencapaian ini membuktikan bahawa silibus dan sistem yang diaplikasi di Sekolah Rohingya MRA mampu melahirkan pelajar yang setanding dengan Sekolah Kebangsaan yang lain. Tahniah.


PROGRAM GUNTING RAMBUT

Gunakan kemahiran dan kepakaran anda untuk berbakti. Sdr. Mohd Denny, pemilik Kedai Gunting Rambut Taman Bukit Indah telah membuktikannya. Beliau telah bermurah hati untuk menyumbangkan kepakarannya didalam kerja-kerja menggunting rambut dengan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada 11 orang murid Sekolah Komuniti Rohingya Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sdr. Mohd Denny diatas sedekkah jarian yang telah beliau sumbangkan.

LAPANGAN 34 Helaian 28


MEDICAL DAIE

PENDAKWAH PERUBATAN

sukses

Dr. Ishak Masud Dr. M. Daud Sulaiman

Prof. Dato Dr. Mohd Tahir bin Azhar

Dr. M Saifullah Al Hany

Puan Jamia Azdina

Seminar Medical Daie yang dianjurkan secara bersama oleh Biro Kesihatan ABIM, Hospital Pakar Al Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Malaysian Relief Agency ini merupakan sesuatu yang dinanti-nanti selama ini.

Dr. Safwan Mohamad

Prof. Dato Dr. Ariff Osman

Dr. Shahrizal Azwan

Dr. Kamarol Bahyah

mengujakan. Semestinya perkongsian ilmu dan pengalaman dari mereka yang berada lapangan tidak sama dengan membaca teori dari ratusan buku ataupun kertas kerja.

Semoga perkongsian seperti ini Perkongsian maklumat dan sumber dapat diperbanyakkan lagi bagi dari mereka yang memang terlibat terus menyemarakkan peranan secara langsung di Lapangan amat pendakwah perubatan.

Presiden ABIM, Tuan Hj. Amidi Dato Abdul Manan sedang menerima cenderahati dari Dr. Safwan

LAPANGAN 34 Helaian 29


Petugas Kaunter yang komited..

Moga berjumpa lagi dilain masa..

MEDICAL DAIE cemerlang Menyemarak dakwah melalui perubatan

KHUSYUK dan penuh serius

Komited untuk melakukan yang terbaik

Seminar Medical Daie merupakan satu forum yang menemukan Dikesempatan ini, MRA ingin mengucapkan ribuan SAHABAT Perubatan MRA dengan sukarelawan-sukarelawan terima kasih diatas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan perubatan dari organisasi dan institusi yang lain. seminar ini. Peluang yang julung-julung kali datang ini seharusnya diraikan dan disambut baik oleh semua pihak yang terlibat. MRA sendiri Terima kasih kepada pihak UIAM Kuantan kerana merasakan seminar sehari ini perlu diadakan lagi dimasa-masa sudi menjadi tuan rumah serta kepada Biro Kesihatn mendatang bagi memberikan pendedahan yang meluas kepada ABIM dan Hospital Pakar Al Islam yang amat mereka yang berminat untuk terlibat dalam kerja-kerja sebegini. komited dalam memastikan kejayaan program ini.

LAPANGAN 34 Helaian 30


LOKASI: Masjid Lama Kg. Ulu Kuang

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

MRA Perak melangkah ke tahun baru 1435 dengan meneruskan bakti kepada ummah. Bertempat di Masjid Lama Kg. Ulu Kuang, satu Program Pemeriksaan Kesihatan (Medical Screening) telah diadakan. Program yang dianjurkan dengan kerjasama MRA, MAPIM dan penduduk setempat ini diketuai oleh Tuan Haji Hani, Naib Pengerusi MRA Perak.

SAHABAT MRA komited membantu mangsa

Kami mengucapkanterima kasih diatas peluang yang diberikan kepada MRA untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat.

LAPANGAN 34 Helaian 31


Buat rumah si batang leban Dapat papan si kayu jati Selesai sudah bantuan Qurban Tahun hadapan berberi lagi

CATATAN SANTAI Di Rangoon, orang ramai yang kehausan boleh minum air yang diletakkan didalam tempayan tergantung di bawah pohon bidara ini. Air ini disumbangkan oleh mereka yang budiman dan baik hati. Sangat membantu bagi mereka yang diperjalanan dan tidak mempunyai duit.

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang ber matlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.