LaPANGAN 38

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

LAPANGAN 38

OPERASI SULUNG BANJIR DI BORNEO ASEAN PEOPLE FORUM 2014 Rangoon Membangun Jiwa Merdeka Persiapan Kejohanan Futsal Kubah Masjid CEBU diperbaiki


OPERASI SULUNG BANJIR

Di Borneo

Ketika banjir Kuantan berada di penghujungnya dan ketika Misi Bantuan Taufan Haiyan MRA masih lagi berjalan, kami dengan segala keterbatasan yang ada, Alhamdulillah, masih dapat juga menghantar pasukan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang teruk dilanda banjir, iaitu di Beaufort, Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Ini merupakan operasi yang cukup bermakna buat kami kerana ianya merupakan Misi Sulung MRA di Kepulauan Borneo. Kami setakat ini masih belum pernah melakukan sebarang aktiviti yang besar dibawah nama MRA disini. Kalau ada pun kedatangan kami sebelum ini sekadar membantu mengisi program dan perlaksanaan projek pada skala yang kecil-kecil sahaja. Hujan lebat dan Banjir teruk yang melanda sesetengah kawasan di Sabah meninggalkan kami tanpa sebarang pilihan melainkan perlu tampil menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia sendiri yang kini dilanda kesukaran dan kesulitan. Kalau kami boleh berada di Bossaso, Somalia sewaktu kemarau di bulan Ramadhan, tidak ada sebab kenapa kami tidak boleh sampai ke Daerah Beaufort yang keadaan cuacanya lebih nyaman dari di Somalia Syukur tidak terkata, berkat sokongan padu lagi jitu dari Sahabat-Sahabat MRA di Sabah., kami telah berjaya mengembleng dan mengatur satu gerakerja tersusun, yang sistematik dan benar-benar membantu akar umbi dalam kerja-kerja pembersihan dan pembaikan pasca banjir. Mereka semua terdiri dari anak muda tempatan yang sangat komited dan tangkas.

Pada kesempatan banjir kali ini, kami ber peluang untuk berkerja di lapangan bersama penduduk dan pemimpin tempatan serta ngo setempat yang memberikan kami layanan yang begitu baik sekali. Kami tidak pernah merasa asing sepanjang berada disini. Juga, dalam misi singkat ini kami telah berjaya melakukan beberapa agihan kecemasan kepada para mangsa. Kami telah berjaya menyalurkan bantuan makanan kering kepada para penduduk yang menjadi mangsa dibeberapa buah kampung yang sempat kami kunjungi. Banjir yang berlaku kali ini dikatakan sebagai antara yang terbesar dan telah menyebabkan beberapa buah kampung yang terletak di kawasan rendah digenangi air dan terputus hubungan dan kekurangan makanan. Kehadiran kami di lapangan amat-amat dihargai oleh penduduk kampung. Mereka semacam tidak percaya bahawa kami datang dari semenanjung semata-mata untuk membantu kawasan mereka yang dilanda banjir ini. Mereka menyangka kami datang dari kawasan berhampiran sahaja. Sungguhpun kami berada di sini dalam tempoh masa yang sangat singkat, namun kami telah berjaya membina jaringan kerjasama yang cukup baik dengan organisasi dan persatuan tempatan termasuk ketua kampung dan agensi -agensi kerajaan yang turut terlibat dalam misi bantuan banjir kali ini. SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


Garismasa Sdr. Johari Kan dikelilingi oleh anak-anak Rohingya di perkampungan Aung Mingalar, Sitwe MRA berada di Arakan sejak Ogos 2012 lagi.

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

SOKONG & SUMBANG kepada MRA

PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365

86 0005947 8

MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608

MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

LAPANGAN 38 Helaian 2

MALAYSIAN RELIEF AGENCY


Banjir telah menghakis tebing sungai dan me musnahkan saliran paip air bersih sedia ada. Ini menyebabkan penduduk di Kampung Bakalau Tanjung terputus bekalan air bersih selama beberapa hari. MRA telah tampil membantu penduduk dengan memasang saliran paip gentian bagi membolehkan air bersih sampai ke beberapa kawasan yang telah terputus bekalan air bersih mereka.

MRA BANTU PEMASANGAN PAIP Bekalan air terputus seminggu di

Kerja-kerja pemasangan paip sedang dilakukan sambil dipantau oleh Sdr. Iqbal, Sdr. Fadhil dan Sdr. Alex.

LAPANGAN 38 Helaian 3

Kampung Bakalau Tanjung berjaya dipulihkan


Bersama pemimpin masyarakat setempat, En. Isnin. Kami meninjau keadaan kampung yang teruk dilanda banjir.

MEMANTAU KERJA-KERJA Pemasangan Saliran Paip MRA telah terlibat dalam beberapa misi banjir didalam dan diluar negara. Misi Banjir luar negara yang dibantu oleh MRA bermula dengan Banjir Besar Pakistan 2010 dan Banjir Bangkok pada 2011 yang lalu. Manakala dalam negeri pula, MRA terlibat dalam Banjir Kedah 2010, Mereka amat berbesar hati dengan kehadiran Banjir Selatan 2011 dan Banjir Kuantan 2013 dan sumbangan yang dihulurkan oleh MRA. yang baru lalu.

Memasang paip hingga ke dalam kampung

Memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air.

LAPANGAN 38 Helaian 4

Ketika dalam kunjungan MRA ke Kampung Bekalau Selatan di Beaufort yang teruk dilanda banjir tempohari, kami bertemu dengan para penduduk kampung yang tetap tenang dan redha dengan apa yang berlaku.


Kerja-kerja pembersihan Sekolah St. John, Beaufort oleh SAHABAT MRA Sabah.

ADIK-ADIK, KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT TERLIBAT SAMA

LAPANGAN 38 Helaian 5

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

Kami hanya bertiga dari luar Beaufort, tetapi kami dibantu oleh para belia tempatan yang begitu responsif dan dedikasi. Kerja-kerja pembersihan semuanya berjalan lancar. Adik-adik dari Kolej Komuniti Beaufort telah meluangkan masa mereka untuk turut serta. Tahniah dan jumpa lagi.


Sdr. Alex Dennis sedang menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Sdr. Iqbal.

TERIMA KASIH DAUN KELADI Para Penenderma dan Sukarelawan

LAPANGAN 378 Helaian 6

SAHABAT MRA dari Tawau, Sdr. Alex Daniel turut bersama Sdr. Iqbal dan Sdr. Fadhil membantu para penduduk di Kg. Bakalau, Beaufort. Sdr. Alex telah memilih perjalanan darat dari Tawau dan beliau mengambil masa hampir 12 jam untuk sampai.


Adik-adik dari Kolej Komuniti Beaufort sedang memeriksa pendawaian elektrik di sebuah sekolah yang kami ziarahi

Siri Pembaikan ELEKTRIK MRA hulur bantuan ringankan tanggungan pembaikan

Semasa banjir Pantai Timur yang melanda Pahang dan Terengganu baru-baru ini, MRA telah terlibat dalam kerja-kerja pasca banjir merangkumi kerjakerja pembersihan, pengindahan semula dan juga pembaikan elektrik pada premis-premis milik orang ramai dan mempunyai kepentingan umum.

Memeriksa sama ada boleh diguna lagi atau tidak.

Pada banjir Beaufort, Sabah kali ini, MRA telah turut melakukan perkara yang sama, selain dari terlibat dalam kerja-kerja membantu mengemaskan premis yang teruk dilanda banjir, kami turut memberikan bantuan pembaikan elektrik pada premis-premis yang telah dikenalpasti.

LAPANGAN 38 Helaian 7

Mereka mahir dan pakar dalam tugasan yang diberikan, tahniah diatas komitmen anda


SUMBANGAN UNTUK SYRIA Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid telah menerima bagi pihak MRA, sumbangan untuk Tabung Bantuan Syria dari Sdr. Ismail yang mewakil FEHRD. Sumbangan ini merupakan dana terkumpul yang melalui kempen-kempen yang dijalankan di negara jiran MRA telah menyalurkan bantuan yang pelbagai untuk Syria, terutamanya pelarian Syria yang berada di Jordan. Kami turut terlibat menghantar peralatan perubatan di Hospital Medan bagi membantu mereka yang cedera, terutamanya orang awam yang terperangkap didalam pertempuran diantara kedua pihak yang bertelagah. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas sumbangan ini, kami akan pastikan bahawa ianya dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan di Syria.

MRA sekali lagi meng anjurkan kelas Bahasa Isyarat bagi mereka yang berminat untuk menguasai asas komunikasi menggunakan bahasa Isyarat ini. Kelas ini akan dibimbing oleh SAHABAT MRA yang amat mahir dan mereka sendiri memang menggunakan Bahasa Isyarat ini dalam kehidupan seharian mereka. Kami mengalu-alukan kehadiran mereka yang berminat ke dalam kelas kami ini yang bakal diadakan di Sekretariat MRA.

LAPANGAN 38 Helaian 8

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Sdr. Khairil Annuar Khalid bersama Saudara Ismail, FEHRD


Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA bersama pemimpin-pemimpin NGO Islam

KELAB SUKARELAWAN SOSIAL

ISLAM DILANCARKAN

Terdahulu, telah diadakan satu sesi berformatkan forum yang bertajuk Wacana Bersama Pemimpin NGO. Wacana ini menemukan Presiden HALUAN, Dr. Razali, Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik dan Wakil Negara IRM Malaysia, Ir. Zaharullail.

Pemimpin Ngo Islam dalam sesi Wacana

MRA menyambut baik penubuhan Kelab Sukarelawan Sosial ini kerana kehadiran lebih banyak kumpulan sukarelawan pasti akan dapat memberikan servis dan khidmat kepada mereka yang memerlukan didalam dan di luar negara.

LAPANGAN 38 Helaian 9

JAKIM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Kelab Sukarelawan Sosial yang bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang-orang muda agar dapat terlibat dalam gerakerja sosial yang bakal digerakkan oleh mereka.


MAJLIS PERPISAHAN SDR. AHMAD ROSDI ABDULLAH PENGURUS KEWANGAN & SUMBER MANUSIA

MRA mengucapkan Bon Vovage kepada Sdr. Ahmad Rosdi Abdullah, Pengurus Kewangan & Sumber Manusia MRA yang menamatkan tugas beliau bersama MRA berkuatkuasa pada 16hb Mac 2014. Beliau sebelum berkhidmat bersama MRA pernah bertugas di beberapa buah institusi dan organisasi antaranya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Naza Kia, 7-11, Carefour dan beberapa organisasi lain.

Penyerahan tag kerja Sdr. Rosdi kepada Sdr. Shahrul bermakna tamatnya tempoh perkhidmatan beliau di MRA.

MRA mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr. Ahmad Rosdi, semoga beliau lebih berjaya di organisasi baru yang beliau sertai.

Kelas Belajar

BAHASA ISYARAT

Kelas yang berlangsung selama dua hari ini memberikan pendedahan awal kepada setiap pelajar baru asas komunikasi menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Di akhir sesi, para pelajar telah mampu berkomunikasi secara asas dalam BIM.

LAPANGAN 38 Helaian 10

Pada 1 dan 2 Mac 2014, Kelas Bahasa Isyarat MRA berjalan seperti yang direncanakan bertempat di Sekretariat MRA di Kg. Baru, Kuala Lumpur.


Bengkel Lojistik ASEAN People Forum 2014

Koordinator MRA Myanmar, Sdr. Shine sedang menerangkan objektif Bengkel kepada para peserta Sesi Icebreaking pada hari kedua

Sdr. Iqbal sedang memberikan input

MRA telah diwakili oleh Sdr. Shahrul dan Sdr. Iqbal dan turut disertai oleh Sdr. Shine, Penyelaras MRA Myanmar yang turut bertindak sebagai penceramah dan juga penterjemah.

Peserta Bengkel Lojistik bergambar ramai

Kami telah memberikan mereka penerangan terperinci mengenai tugasan sebagai jawatankuasa Lojistik dan bagaimana mereka harus bertindak semasa harijadi Forum tersebut nanti.

LAPANGAN 38 Helaian 11

MRA Myanmar telah diamanahkan untuk menganjurkan satu Bengkel Lojistik bagi petugas-petugas sempena ASEAN People Forum 2014 yang bakal berlangsung pada 17-19hb Mac nanti.


Sarapan pagi di pejabat lebih menyelerakan serta amat menjimatkan

Menginap di pejabat MRA Myanmar, banyak kos dapat dijimatkan Pada hari kedua, kami sempat mengatur pertemuan dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Rangoon, Datuk Dr. Faizal.

Kali ini, kami menginap di pejabat MRA Myanmar sahaja, banyak kos penginapan yang dapat dijimatkan, yang paling penting kami lebih mesra dan banyak persoalan dapat di bincang secara bersama dengan lebih santai dan ceria. Delegasi MRA, MERCY bersama Duta Besar Malaysia Ke Rangoon, Dato Faizal dan Pegawai-pegawai Kedutaan

Lebih menarik, pertemuan kami turut disertai oleh wakil MERCY Malaysia yang berada di Kedutaan ketika itu. Perbincangan kami banyak tertumpu mengenai isu keselamatan dan keadaan terbaru di Sitwe.

Kunjungan HORMAT MRA ke Kedutaan Besar Malaysia di Rangoon

LAPANGAN 38 Helaian 12

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Setiausaha Pertama dan Setiausaha Keti ga Kedutaan.


MEMBANGUN JIWA MERDEKA

BANGSA ROHINGYA Sekolah Komuniti Rohingya MRA bukan sekadar mendidik anakanak Rohingya ini dengan ilmu Akademik serta kemahiran sematamata malahan kami juga mendidik mereka untuk sayang dan cinta kepada negara dan tanah air yang mereka tinggalkan.

Sesi Lawatan Sambil Belajar anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya

LAPANGAN 38 Helaian 13

Cabaran utama dalam memberikan kesedaran kepada mereka ini ialah kerana mereka merupakan generasi ketiga pelarian yang berada di sini, mereka tidak pernah melihat tanah air mereka, tidak pernah menjejak tanah warisan mereka, tidak pernah menghirup udara segar bumi bertuah itu apatah lagi merasa nikmat berlari di sana.


Anak-anak murid Sekolah Rohingya MRA telah dibawa untuk melawat sekitar Kuala Lumpur oleh pengurus an Sekolah. Agak sukar bagi mereka sekiranya hendak melawat ke tempat-tempat ini sendirian justeru rombongan seperti ini amat membantu mereka. Semoga dengan lawatan ini dapat menambah pengetahuan mereka nanti.

Cakar Makar Kuala Lumpur

KIRIMAN TUDUNG DARI MELAKA

UNIKL CADANG DEKATI PELAJAR ROHINGYA

Setinggi-tinggi penghargaan daripada kami, pihak pentadbiran Sekolah Komuniti Rohingya MRA, ditujukan kepada Sdr. Nur Aminah Mohmad Amin berserta rakan -rakan yang lain yang kini sedang menuntut di Melaka Manipal Methodist College.

Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya, MRA telah berbesar hati menerima kehadiran wakil-wakil penuntut dari UNIKL yang berhasrat untuk berbincang bagi mengadakan program Khidmat Masyarakat UNIKL bersama para penuntut Sekolah Komuniti Rohingya, MRA.

Nur Aminah dan teman-temannya telah mengirimkan sebuah kotak yang penuh berisi tudung-tudung berwarna–warni untuk para pelajar perempuan Rohingya yang berada di Sekolah Komuniti Rohingya, MRA di Cheras Baru.

Kesempatan ini juga turut digunakan oleh MRA dengan sebaik mungkin bagi menerangkan kepada mereka mengenai isu-isu pelarian Rohingya yang sebenarnya.


Tah m

UNIKL ziarah SKR MRA 9hb Mac 2014, sekumpulan sukarelawan muda dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta—UNIKL telah hadir ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru untuk satu sesi pembelajaran kreatif yang amat baik sekali. Dengan hanya lapan orang sukarelawan, mereka telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang dengan kerjasama guru-guru sekolah dan komitmen para pelajar. Mereka telah membahagikan para pelajar kepada tiga kumpulan kecil dan setiap kumpulan berpeluang belajar beberapa kemahiran yang telah dibincangkan sebelum ini menggunakan kaedah yang tidak membosankan.


hniah kepada para penuntut UNIKL kerana sudi hadir menghiburkan adik-adik Rohingya di sekolah ini yang amat memerlukan bimbingan dan sokongan

Mereka telah membahagikan para pelajar kepada tiga kumpulan besar, iaitu yang muda, pertengahan dan besar.

Dengan hanya lapan Sukarelawan, mereka telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang

Manakala bagi yang besar pula, mereka diperkenalkan dengan kaedah lukisan yang mempunyai makna kepada mereka termasuk yang memberikan inspirasi, harapan kepada mereka. Program seperti ini amat membantu para pelajar kami untuk menghadapi realiti dan hakikat sebenar dalam kehidupan mereka sebagai anak pelarian. Lebih malang lagi, mereka adalah pelarian yang disebut oleh Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu sebagai pelarian yang paling teruk ditindas didalam dunia.

LAPANGAN 38 Helaian 16

Kumpulan muda belajar mengenai huruf dan abjad dalam beberapa aktiviti yang menyeronokkan (fun learning activities). Sementara kumpulan pertengahan pula diasak dan didedahkan dengan matematik ringkas tetapi menarik dan kreatif.


MRA terus menghantar anak-anak pelarian Rohingya yang terpilih untuk mengikuti kelas Chinese Brush di Rumah Amal Gemilang di Bukit Antarabangsa. Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang menjadikan Kuda sebagai tema tahun ini, maka kelas ini juga menjadikan kuda sebagai inspirasi pembelajaran pada hari ini. Tahniah pada semua yang hadir dan terlibat dalam program ini.

LAPANGAN 38 Helaian 17

Kelas Chinese Brush


Wayang Kulit adalah benda baru bagi anak-anak pelarian Rohingya ini, tidak ada dalam budaya dan tradisi mereka aktiviti berwayang kulit ini. Justeru, ianya merupakan satu pengalaman yang cukup mengujakan kepada anak-anak ini.

Aktiviti sebegini amatlah perlu kepada anakanak yang berada dalam situasi kehidupan seperti mereka, ianya dapat membantu mereka untuk melepaskan tekanan dan meringankan fikiran mereka terhadap isu dan kesempitan hidup yang sedang mereka lalui.

Apatah lagi, mereka diminta untuk menghasilkan lukisan wayang kulit mereka sendiri, sebelum ianya Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Abby digunting dan dilekatkan kepada buluh yang men- yang sabar dalam mendidik anak-anak terpilih ini. jadikannya boleh digerakkan di sebalik tirai.

LAPANGAN 38 Helaian 18

Masa untuk Bengkel Wayang Kulit pula


Sdr. Fadhil sedang memberikan latihan asas kecergasan

SK Rohingya MRA sahkan penyertaan

LAPANGAN 38 Helaian 19

Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah mengesahkan Sesi latihan sudahpun bermula, Sdr. Fadhil bahawa mereka akan turut serta dalam Kejohanan Fut- Baharom akan menjadi jurulatih kecergasan sal anjuran Kindness. sementara menunggu ketibaan jurulatih yang sebenar. Kejohanan Futsal ini dijangka akan turut disertai oleh pelbagai Rumah Anak Yatim dan Sekolah-sekolah Kami turut bersyukur dan berbesar hati kerpelarian yang terdapat disekitar ibu negara. ana beroleh penaja yang telah menaja pakaian dan kasut bagi setiap pemain Kami pasti memberikan saingan sengit kepada mana- dalam pasukan Sekolah Komuniti Rohingya mana pasukan lain yang bermain menentang kami. MRA.


BERLATIH UNTUK

KEJOHANAN

Para pemain yang telah pun mendapat penajaan bantuan baju, kasut dan peralatan lain ini kelihatan bersemangat untuk sesi latihan hari ini. Mereka turut diberikan dorongan motivasi dan kata-kata perangsang oleh jurulatih bagi membakar semangat mereka untuk memastikan mereka sentiasa terpandu dan mempunyai misi dalam permainan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung nanti.

Tim Futsal Sekolah Komuniti Rohingya MRA untuk Piala Kindness ini diwakili oleh:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Mohd Rofiq bin Amir Hussin Mahmud Nur bin Sidik Mohd Idris bin Rashid Mohd Ariss bin Azizullah Mohd Ariff bin Azizullah Mohd Hassan bin Jani Alam Shakir bin Khasim Ali Shabudin bin Zubir

Pengurusan dan Pentadbiran MRA meng ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada tim futsal ini.

LAPANGAN 38 Helaian 20

Pasukan Futsal lelaki Sekolah Komuniti Rohingya memulakan latihan padang secara intensif dan kami juga telah mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari Jurulatih yang berpengalaman.


CIKGU CK LEONG Cikgu CK Leong secara sukarela mengajar Matematik dan B. Inggeris kepada murid darjah Satu, dua kali seminggu, Isnin dan Rabu. Beliau merupakan seorang Perunding Akaun dan mempunyai perniagaannya sendiri. Teruja untuk membantu anak-anak pelarian ini setelah membaca tawaran kami di ruangan Do Good Volunteers, akhbar The Star.

GURU SUKARELA ibarat lilin membakar diri CIKGU DEWI RATNA SARI Cikgu Dewi Ratna Sari mem punyai minat yang mendalam terhadap pendidikan kanak-kanak. Ini merupakan tugasan sukarela beliau yang pertama. Beliau bertugas mengajar Kelas Pra Sekolah dari hari Isnin hingga Khamis bermula Mac 2014.

LAPANGAN 38 Helaian 21

Beliau tahu mengenai peluang untuk mengajar di sekolah kami melalui program Do Good Volunteers, akhbar The Star.


MESYUARAT KOORDINASI KALI PERTAMA PENGETUA SEKOLAH UNHCR 2014 MRA turut menghantar wakil bagi menghadiri mesyuarat Koordinasi Kali Pertama Pengetua Sekolah UNHCR bagi tahun 2014. Mesyuarat ini mem bincangkan mengenai program pendidikan, acara tahunan bersama, pampasan dan banyak lagi.

LAPANGAN 38 Helaian 22

Pada 15 februari 2013 (Sabtu), Pihak Sekolah Komuniti Rohingya telah menerima sumbangan sebanyak 50buah naskah iq'ra daripada Ustaz Hafiz yang diwakaf oleh Kamal Ariffin. Kami dari pihak sekolah amat berbesar hati menerimanya. ucapan ribuan terima kasih dari pihak kami. Penyerahan dari pihak UstazHafiz dan Penerimaan iq'ra diterima dari Pihak Mra Encik Mohd Azwan.


Mesyuarat berlangusng di Sg. Petani dan dipengerusikan oleh Dr. Saifullah Al Hany Abdul Halim

MRA KEDAH aggresif ATUR GERAK

Tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan sihat ini, maka MRA Kedah juga telah mula menyusun pergerakan untuk memantapkan lagi operasi mereka dengan mengadakan mesyuarat kali pertama pasca retreat.

MRA Kedah sebelum ini telah melaksanakan berbagai-bagai program yang memberikan manfaat kepada orang ramai, antaranya ialah program Khatan beramairamai, Rawatan Kesihatan kepada para penduduk di Pondok Sik, serta rawatan kesihatan untuk anak-anak yatim di Sik.

MRA Kedah turut komited dalam menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan barubaru ini. Juga MRA Kedah turut menghantar tenaga kerja (SAHABAT MRA) untuk sama-sama terlibat dalam Misi Bantuan Filipina sempena Taufan Haiyan di Pulau Bentayan awal tahun ini.

LAPANGAN 38 Helaian 23

SEMANGAT RETREAT yang baru lalu rupanya luarbiasa sekali. Ianya telah memberikan suntikan tenaga yang berganda bagi MRA di peringkat negeri dan MRA Kedah juga tidak terkecuali.


Dr. Abdul Karim Russ, Pengerusi MRA Perak sedang menyampaikan ceramah kepada mereka yang hadir dalam program tersebut

Kempen Kesihatan

MRA PERAK

DARAH TINGGI Terbaru, MRA Perak telah berjaya menganjurkan satu program penerangan mengenai penyakit yang sering menyerang mereka di peringkat usia yang lanjut iaitu penyakit Darah Tinggi kepada para penduduk berusia dan Prof Dr Abd Karim Russ, Pengerusi MRA Perak telah menyampaikan ceramah yang bertajuk DARAH TINGGI kepada penduduk diswarga emas di Ulu Kinta Perak. ana. Beliau menyatakan perihal bahayanya Darah Tinggi dan Program yang berbentuk slot perkongsian dan `medical bagaimana ianya boleh dikawal iaitu dengan mengamalkan cara check up` ini dianjurkan secara bersama oleh MRA Perak hidup sihat dan menjaga pantang larangnya. Kami turut dibantu oleh para pelajar dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta Perak. dan jawatankuasa setempat.

LAPANGAN 38 Helaian 24

MRA Perak meneruskan aktiviti berkala mereka dengan program-program pendidikan kesihatan di kalangan penduduk berusia warga emas yang berada di kampungkampung.


Kami menunggu kehadiran/bantuan anda

Masjid Cebu Madinah yang terletak di bandar Pelabuhan Hagnaya yang rosak akibat Taufan Haiyan tempohari sedang diusahakan pembaikannya oleh MRA, kami sedang dalam proses memasang tingkap, menyiapkan bangunan untuk kelas, pejabat, asrama, dewan kuliah, ruang wudhu serta untuk melengkapkan Masjid ini dengan pelbagai kelengkapan lain seperti permaidani, kipas, lampu dan lain-lain. Terbaru, kami telah berjaya membaiki bumbung Masjid yang telah rosak akibat diterbangkan oleh Taufan Haiyan yang datang melanda 6hb November 2013 yang lalu.

LAPANGAN 38 Helaian 25

Pembinaan MASJID CEBU MADINAH mengikut jadual


SELEPAS TAUFAN HAIYAN berlalu—MRA telah mendapatkan dana bagi membantu membaikpulih kubah Masjid ini dan membetulkan semua bumbung yang tercabut dan bocor.

Dewan solat utama sering basah dan menyebabkan air bertakung apabila hujan turun kerana kubah dan bumbung yang telah bocor. Tambahan, tingkaptingkap Masjid juga masih belum sempat dipasang kesemuanya.

Kami turut mencari sejadah dan tikar termasuk kelengkapan-kelengkapan lain untuk menyemarakkan lagi semangat untuk beribadah didalamnya. Kami mempelawa mereka yang berminat untuk tampil menaja pembaikan tingkap –tingkap di Masjid ini.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA sekali lagi hadir ke Hagnaya bagi meninjau perkembangan projek bantuan yang telah kami salurkan sejak bulan November yang lalu, turut hadir bersama beliau ialah teman-teman Sukarelawan dari Yayasan Al Khalifah

LAPANGAN 38 Helaian 26

SELEPAS TAUFAN HAIYAN melanda—Bahagian kubah dan bumbung masjid Cebu Madinah tercabut dan terpelanting akibat hentaman Taufan Haiyan tempohari.


Sudah Kenyalang, kini Tekukur Diatas dahan mari ditambat Yang lama hilang yang ini Syukur Kepada tuhan sentiasa beringat

Dato Dr Abdul Razak Kechik, Presiden MRA sedang berucap semasa Majlis Pecah Tanah Rumah Syukur di Padang Pariaman.

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.