LaPANGAN 42

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

BOSNIA TERUS DIBANTU Kelas Bahasa Isyarat Rapat Jurang Pelancaran Dekat Di Mata Lekat Di Hati 1435 Pameran MRA di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya Dialog Silang Agama Mampu Kekang Islamphobia Kunjungan hormat dari wakil IHH, Turki Iftar dan Nuzul Quran Sekolah Rohingya Ustaz Shuaib dan Keluarga berhijrah Agihan Ramadhan dan Klinik MRA Kedah


BOSNIA TERUS DIBANTU Bosnia I Herzegovina merupakan sebuah negara yang terletak di Benua Eropah, beribu batu jauh jaraknya dari Malaysia. Namun apabila Bosnia di timpa musibah banjir baru-baru ini, MRA tidak duduk diam melainkan menghulurkan bantuan bagi membantu mereka yang sedang dalam kesulitan. Bosnia merupakan sebuah negara yang begitu dekat dan akrab dengan Malaysia, Perang Balkan yang tercetus akibat dari pembubaran negara Yugoslavia, telah mengakibatkan peperangan diantara negara Serbia, Croatia dan Bosnia I Herzegovina. Malaysia telah tampil membantu sejak awal penubuhan negara ini lagi. Malaysia memainkan peranan penting sebagai salah sebuah negara terawal mengiktiraf kewujudan dan kedaulatan negara Bosnia I Herzegovina, malahan tidak cukup dengan itu, kita turut komited kepada proses perdamaian dan gencatan senjata, termasuk penghantaran pasukan tentera Malaysia bagi membantu proses pemantauan dan pematuhan gencatan senjata di bawah panji-panji Bangsa Bangsa Bersatu (UN). Hari ini, apabila Bosnia diuji dengan banjir besar, MRA tampil membantu dan kami hanya meneruskan tradisi membantu Bosnia yang sedang dalam kesulitan. Bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia melalui MRA ini amat signifikan sekali kepada mereka. Dalam keadaan dunia sibuk tertumpu kepada konflik serta kemelut yang berlaku di Timur Tengah, masih ada lagi yang sudi hadir membantu mereka yang kehilangan rumah, sumber pendapatan dan sumber pertanian. MRA sendiri bukanlah sebuah organisasi maha besar, yang boleh memberikan respons dan bantuan jutaan dollar dalam masa yang singkat. Kami hanyalah sebuah organisasi bantuan yang masih lagi bertatih dan sedang belajar. Dana kecemasan kami pun tidaklah sebesar mana, namun ianya dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan prihatin kami ke atas apa yang telah menimpa penduduk Bosnia. Kami tidak boleh mengharapkan orang lain untuk tampil membantu Bosnia, sebaliknya kamilah yang perlu tampil mengetuai yang lain untuk menggerakkan kempen bagi membantu Bosnia yang dilanda banjir dan tanah runtuh kali ini. SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


JOM IKLANKAN PRODUK ANDA DI LAPANGAN. KAMI AKAN BANTU ANDA UNTUK TINGKATKAN JUALAN

Daftar Isi Kandungan LaPANGAN MRA siri ke 42 Ms 6 Kelas Bahasa Isyarat

Ms13 Pusat Pemindahan Mangsa Banjir

Ms 27 Agihan Ramadhan & Klinik MRA Kedah

Ms 24 IFTAR dan Nuzul Quran di Sekolah Komuniti Rohingya

LAPANGAN 39 Helaian 4

Ms 26

Selamat Jalan Ustaz Shuaib dan keluarga

Ms 23 Kunjungan Hormat dari IHH

Ms 19 Ziarah Sekolah Somalia

Ms 16 Pelancaran Kempen Ramadhan

Ms 11 Bantuan MRA di Lapangan

Ms 7 Bosnia Perlu Sokongan


RINGKASAN EKSEKUTIF MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah. Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY ALAMAT PERHUBUNGAN

SEKRETARIAT MRA Lot 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel no: +603 - 2697 2007 Faks no: +603 - 2692 2002 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

JAB. HAL EHWAL KORPORAT

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharom JABATAN OPERASI PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

GURU KANAN/USTAZ En. Shuaib GURU-GURU Cikgu Lydia Amira Johari Cikgu Syahirah Saad Cikgu Ferozah

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid MEDIK (PERUBATAN) Dr. Shahrizal Azwan

PUSAT KOMUNITI ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

PENGURUSAN DANA MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 2697 2007 Faksimili: 03 2697 2002 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 42 Helaian 5

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman

PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar


Belajar dari mereka yang pakar dan mahir

KELAS BAHASA ISYARAT

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia berjalan lagi di Sekretariat nombor adalah diantara tumpuan pembelaMRA di Kampung Baru, sekumpulan anak-anak muda telah jaran setiap peserta. hadir untuk mengikuti kelas asas bahasa Isyarat ini. Kaedah pengajaran menggunakan kumpulan Kelas ini yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang kecil dan jurulatih bagi setiap kumpulan memterdiri dari Sahabat MRA yang sememangnya menggunakan bantu memudahkan lagi pemahaman dan penBahasa Isyarat ini dalam kehidupan seharian mereka. guasaan mereka. Kelas ini menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang cukup praktikal membolehkan para peserta menguasai asas Bahasa Isyarat dalam tempoh dua hari sahaja. Asas mengeja dan menguasai abjad A hingga Z, serta penggunaan

Kelas Bahasa Isyarat ini merupakan aktiviti berkala sub komiti OKU MRA dan kami mengalu-alukan pembabitan orang ramai dalam kelas yang kami anjurkan.

LAPANGAN 42 Helaian 6

Merapatkan jurang komunikasi sesama manusia


BOSNIA perlu sokongan

Di Serbia, banjir menjejaskan kehidupan hampir 1.6 juta penduduk, terdapat 51 kematian dimana 23 dar oleh lemas. Sekitar 32,000 penduduk telah dipindahkan dari kediaman mereka. Sekitar 5,000 orang terpak dahan selebihnya menumpang dirumah sanak saudara.

Di Bosnia Herzegovina pula, lebih dari sejuta penduduk telah terjejas akibat banjir ini, hampir 90,000 oran kes kematian telah direkodkan. Hujan berterusan mengakibatkan berlakunya lebih daripada 3000 tanah ru tuh ini telah merosakkan lebih dari 75,000 buah rumah dengan 25,000 buah musnah dan rosak teruk. Ke sanitasi terganggu teruk, termasuk menganggu mata pencarian penduduk setempat.

Di Croatia, banjir mengakibatkan kekurangan tenaga elektrik dan bekalan air, mengganggu infrastruktur, carian penduduk. Tiga orang dilaporkan terbunuh sementara 15,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke ka


n

ripadanya adalah disebabkan ksa menginap di pusat pemin-

, penternakan dan mata penawasan selamat.

MRA telah membantu para penduduk yang menjadi mangsa banjir ini melalui bantuan kecemasan yang disalurkan. Antaranya ialah melalui bantuan makanan dan minuman. MRA turut menyalurkan bantuan makanan untuk haiwan ternakan, bantuan ini diberikan kerana ketiadaan padang ragut setelah semua tanah ragut yang ada telah ditenggelami banjir dan ditimbusi selut. MRA mengalu-alukan sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh orangramai terutamanya para penyumbang tradisional MRA. Pastinya, Bosnia I Herzegovina akan tetap dalam radar bantuan kami.

LAPANGAN 42 Helaian 8

ng terpaksa di pindahkan. 25 untuh. Banjir dan tanah runemudahan kesihatan, air dan

Banjir terburuk dalam tempoh 120 tahun Bosnia moden mengakibatkan kehidupan lebih daripada sejuta penduduk Bosnia terjejas. Selepas Perang Balkan 10 tahun yang lalu, ini merupakan bencana terbesar yang berlaku kepada mereka.


Kesan-kesan di bumi Bosn

Kerugian yang dialami di Bosnia I H dalam banjir Mei 2014 dianggarkan melebihi 1.3 Billion Euro. Mengata yang dialami oleh Bosnia dalam Per (1992-1995).

Banjir terburuk dalam sejarah 120 ta ini juga telah menjejaskan kehidupa 1 juta penduduk Bosnia. Keseluruha Bosnia berjumlah hampir 4 juta oran makna 1/4 daripada mereka telah ter kehidupannya.

Hujan yang turun tidaklah lebat, hanya hujan renyai-renyai tetapi ianya turun untuk jangkamasa yang lama, menjadikan tanah gunung yang poros itu lembap dan tidak lagi mampu untuk menahan air hujan yang turun. Banjir selut dan lumpur ini turut mengakibatkan hakisan yang menghasilkan tanah runtuh di banyak kawasan berhampiran sungai, dianggarkan lebih dari 3000 kejadian tanah runtuh berlaku dalam jangkamasa tersebut. Kerosakan yang berlaku akibat banjir lumpur ini adalah diluar jangkaan dan dianggarkan melebihi kemusnahan akibat perang yang lalu.


Kemusnahan nia I Herzegovina

Herzegovina berjumlah asi kerugian rang Balkan

LAPANGAN 42 Helaian 10

ahun Bosnia n hampir an penduduk ng, ini berrjejas


BANTUAN MRA DI LAPANGAN Bantuan kecemasan yang disalurkan oleh MRA terbahagi kepada Item Makanan (FI), Item Bukan Makanan (NFI), Item Makanan Haiwan (AFI), bantuan pembersihan dan pembelian peralatan keperluan. MRA juga telah menaja pembelian pelbagai peralatan termasuk jet air (water jet), mesin pengering (dryer), kereta sorong (wheel barrow) dan lain-lain lagi. MRA dapat memberikan respons dalam jangkamasa yang singkat kerana kami mempunyai rangkaian rakan pelaksana tempatan yang komited dan siap sedia untuk membantu. Bagi Misi Bantuan Banjir di Bosnia ini, MRA telah berkerjasama dengan Persatuan Alumni IIUM, Cawangan Bosnia I Herzegovina. Syabas kepada semua!


LAPANGAN 42 Helaian 12


Pusat Pemindaha

Banjir besar yang melan lalu membawa kerosaka Herzegovina, Serbia dan

Ada diantara mereka y mara yang mampu men dapatkan perlindungan d

MRA telah menaja sebua di wilayah utara Bosnia bahan-bahan makanan macaroni, telur, daging, yang diperlukan.


an Mangsa Banjir

nda negara-negara Balkan pada bulan Mei 2014 yang an besar kepada puluhan ribu buah rumah di Bosnia I n Croatia.

yang kehilangan rumah dan tidak mempunyai saudara nampung mereka sekeluarga, justeru mereka perlu men di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir yang ditubuhkan.

LAPANGAN 42 Helaian 14

ah dapur umum di Pusat Pemindahan Banjir yang terletak a. Kami membekalkan dapur umum ini dengan bantuan kering seperti beras, tepung, minyak masak, spaghetti, , sayur-sayuran dan buah-buahan serta keperluan lain


PERPINDAHAN SEKRETARIAT NOTIS PERPINDAHAN Untuk makluman, Malaysian Relief Agency (MRA) kini beroperasi di alamat berikut:Alamat: C 45-2 Jalan Danau Lumayan Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel: 03 91744 672, Faks: 03 91746 672 SMS: 013 3371 672, Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 42 Helaian 15

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pengurus Kanan (Jabatan Hal Ehwal Korporat) di talian tertera di atas.


Sidang Media di pengerusikan oleh Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik, turut disertai oleh Penolong Setiausaha Agung, Tuan Haji Shirajuddin Sirat dan Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul

Disamping itu, MRA juga tidak lupa untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti dan kelompok yang memerlukan didalam Malaysia sendiri seperti kelompok Orang Asli, Pelarian, Warga Emas, OKU dan Miskin. Bantuan yang sewajarnya juga bakal disalurkan kepada mereka yang memerlukan untuk Tahun ini, fokus bantuan MRA bagi di luar negara Ramadhan yang bakal menjelang tiba. adalah bagi membantu penduduk di wilayah yang dilanda banjir besar di Bosnia I Herzegovina. MRA MRA mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi sebelum ini telah menyalurkan bantuan melebihi membantu kami dalam menyalurkan bantuan RM50,000 bagi tujuan bantuan kecemasan, makanan kepada kelompok yang serba memerlukan bantuan dan sokongan ini. dan pembersihan. Kempen Dekat Di Mata Lekat Di Hati memasuki musim yang ke 4. Kempen Ramadhan MRA ini diteruskan bagi membantu mereka yang serba kesusahan samada mreka yang berada di dalam ataupun di luar negara.

LAPANGAN 42 Helaian 16

PELANCARAN DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI


Puan Faridah Salleh, Dr Shaharizal Azwan, Cik Fauziah Tahar, Sdr. Shahrul dan Cik Siti Juriana, Eksekutif, Jabatan Komunikasi Korporat UMW

KUNJUNGAN KE UMW TOYOTA

Tim MRA telah diketuai oleh Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Mohd Shahrulazilan, disertai sama oleh Pengarah Perubatan MRA, Dr. Shahrizal Azwan dan Pengurus Kanan, Hal Ehwal Korporat MRA, Cik Fauziah Tahar. Kami turut disertai oleh Puan Faridah Salleh yang bertanggungjawab mengatur kunjungan hormat ini. Di pihak UMW TOYOTA, kami telah disambut oleh En. Azmin Yusoff, Executive Director, Group Financial Services dan kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat. Dikesempatan ini, kami telah berkongsi mengenai keseluruhan aktiviti MRA di dalam dan di luar negara, bentuk bantuan yang kami salurkan, juga kami berkongsi mengenai projek-projek CSR yang telah kami laksnakan.

Kami turut diberikan taklimat mengenai aktiviti CSR yang dilakukan oleh UMW TOYOTA selama ini. Kami turut dimaklumkan mengenai aktiviti yang telah mereka jalankan, dan apakah penumpuan yang diberikan dalam perlaksanaan program CSR mereka. Kami turut dimaklumkan mengenai kejayaan projek-projek CSR mereka sebelum ini. Kami merasa kagum melihat kepada kejayaan yang telah dicapai sebelum ini, dan merasa teruja untuk menawarkan diri bagi program-program sumpamanya di masa akan datang. MRA merasa amat berbesar hati kerana dapat mengadakan pertemuan ini dengan sebuah organisasi korporat yang begitu prihatin dan penuh tanggungjawab. Budaya kerja dan nilainilai yang diamalkan di UMW TOYOTA amat menarik dan begitu praktikal. Syabas kepada tim UMW TOYOTA Malaysia.

LAPANGAN 42 Helaian 17

MRA telah juga mengadakan kunjungan ke Ibupejabat UMW TOYOTA di Shah Alam bagi memperkenalkan diri sebagai salah sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia bagi menggerakkan kerja-kerja bantuan di dalam dan di serata dunia, terutamanya di kawasan konflik dan dilanda bencana.


Sdr. Khairil sedang berkongsi kerja-kerja yang MRA lakukan bersama Dato Husamuddin dan pegawai-pegawainya.

Kunjungan Hormat ke Kumpulan

Karangkraf Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) ke Pejabat Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Dato Husamuddin di Shah Alam baru baru ini.

kepada kemungkinan potensi untuk MRA berkerjasama dengan Kumpulan Karangkraf dalam be- Manakala di pihak Karangkraf pula, mereka telah memberapa hal dan isu kemanusiaan yang berlaku di- bawa kami untuk melihat dan meninjau ruang operasi dan editorial serta melawat galeri buku dan hasil penerdalam dan diluar negara. bitan Kumpulan Karangkraf yang terdapat disitu. Kami Dalam kesempatan ini, kami telah berkongsi men- juga diberikan taklimat mengenai projek Baca Al Quran genai aktiviti bantuan dan gerakan kemanusiaan yang digerakkan sebagai aktiviti CSR oleh Kumpulan yang telah kami lakukan bagi membantu mangsa- Karangkraf. Semoga kunjungan ini membawa rahmat kepada kedua belah pihak hendaknya. mangsa banjir di Bosnia I Herzegovina tempohari.

LAPANGAN 42 Helaian 18

Tim MRA telah di ketuai oleh Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tuan Haji Khairil Annuar bin Khalid dan turut disertai oleh Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat, Cik Fauziah Tahar, Pengarah Eksekutif, Mohd Shahrulazilan dan Ekse- Kami turut memaklumkan mengenai aktiviti bantuan kemanusiaan yang lain seperti di Pakistan, Indonesia, kutif Pengumpulan Dana, Sdr. Fadhil Shuaib. Sri Lanka, Filipina, Thailand, Somalia, Myanmar, Kunjungan hormat ini diadakan bagi melihat Afghanistan, Palestin dan lain-lain lagi.


Sdr. Shahrul bersama Sdr. Fitaax Farey dan salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Somalia.

Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul dan Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat, Cik Fauziah Tahar telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Sekolah Komuniti Somalia yang terletak di Gombak. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai penganjuran Majlis Musabaqah kali ke 4 berserta iftar untuk tahun ini.

MRA berhasrat untuk menjadi penganjur utama program Musabaqah kali ini dan bakal mengadakannya di tempat yang sama seperti tahun lalu, iaitu di Masjid Salahuddin Al Ayubbi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Kami juga dijangka mendapatkan beberapa penaja baru untuk Majlis ini yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberikan membantu kami bagi memastikan kejayaan perlaksanaan peluang kepada para pelajar Al Quran dari kalangan pelarian mem- Musabaqah kali ini. Beberapa penaja lama juga dijangka persembahkan mutu dan kualiti pembacaan Al Quran masing- akan terus menyumbang bagi menyokong acara yang berfaemasing. dah ini.

LAPANGAN 42 Helaian 19

ZIARAH SANTAI KE SEKOLAH SOMALIA


Sahabat MRA, Wan Ahmad Shakeel dan Sdr. Fadhil sedia menunggu kunjungan orang ramai ke booth pameran MRA di Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya.

MRA telah mengubah pendekatan Kempen Ramadhan kami `Dekat Di Mata Lekat Di Hati` dengan mengadakan pameran selama sepanjang Ramadhan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Kehadiran MRA adalah juga bagi meraikan program `Ramadhan With A Difference`yang dipimpin oleh Mufti Ismail Menk sepanjang Ramadhan di Masjid tersebut. Program ini adalah dibawah anjuran

An Naqiy dengan kerjasama pengurusan Masjid Tuanku Mizan. Alhamdulillah, MRA telah berjaya bertemu dengan pelbagai orang yang hadir ke Masjid ini dan berpeluang untuk menerangkan mengenai aktiviti dan operasi MRA. Kami mendapat maklumbalas dan sokongan yang cukup memberangsangkan daripada orangramai yang hadir. Terim kasih kepada seluruh SAHABAT MRA yang telah bertungkus lumus menjayakan pameran ini.

LAPANGAN 42 Helaian 20

PAMERAN MRA SEPANJANG RAMADHAN DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN


28hb Jun 2014, Sekretariat Malaysian Relief Agency (MRA) sekali lagi menerima kunjungan dari luar, namun kali ini kami menerima kehadiran tim dan ahli jawatankuasa PKPTM (Pertubuhan Kebajikan Pembantu Tadbir Malaysia). Kehadiran PKPTM adalah untuk membincangkan peluang-peluang kerjasama diantara MRA dan PKPTM dalam bidang bantuan kemanusiaan dan kesukarelaan. Kami amat gembira dengan pertemuan ini dan bersedia untuk saling berkerjasama dimasa-masa yang akan datang.

MRA telah hadir membantu Global Community Club (GCC) mengadakan pameran sempena Taaruf Week baru-baru ini. Pameran ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa UIA PJ mengenai aktiviti yang telah dijalankan secara bersama oleh MRA dan GCC. Hubungan erat yang terjalin diantara MRA dan GCC adalah kerana kami berkongsi satu cita-cita dan satu tekad iaitu untuk berbakti sebaik mungkin kepada manusia yang lain, sesuai dengan moto MRA: `Sebaik-baik Manusia adalah Yang Paling Bermanfaat kepada yang lain`

LAPANGAN 42 Helaian 21

MRA telah menerima kunjungan dari Tuan Andrew Bartles Smith, Penasihat Serantau Hal Ehwal Kemanusiaan ICRC ke Sekretariat MRA. Beliau telah diraikan oleh Pengarah Eksekutif, Sdr. Mohd Shahrulazilan. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan organisasi bantuan kemanusiaan serantau. Terima kasih pada Sdr. Fahmi, Eksekutif ICRC yang mengatur pertemuan ini.


Pejabat MRA Myanmar terus menerima kunjungan dari pelbagai pihak yang datang untuk berbincang dan menjalinkan kerjasama. Tahniah dan kekalkan momentum!

Dialog Silang Agama Mampu Kekang Islamphobia MRA sentiasa percaya bahawa penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda Myanmar hari ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak bersedia untuk saling hormat menghormati dan mempunyai kefahaman yang mantap mengenai agama dan kepercayaan orang Mengambil sempena keberkatan Ramadhan, baru-baru ini, Pejabat lain. MRA Yanggon telah menganjurkan satu Majlis Iftar yang turut disertai oleh beberapa pemimpin Buddha tempatan yang juga berpendapat MRA sebelum ini telah terlibat dengan pelbagai dialog bahawa keamanan dan keharmonian beragama adalah sesuatu yang dan pertemuan dengan pelbagai agama dan ke perlu dipertahankan dan dikekalkan di Myanmar. percayaan di Myanmar dalam misi kami untuk membantu mencapai solusi dan mencari jawapan kepada MRA mengambil langkah proaktif dengan terus mengadakan pelbagai kemelut sedia ada. Kami amat positif dan sentiasa siri dialog silang agama, di Yanggon dan juga di Mandalay, dalam berusaha agar lebih banyak dialog sebegini dapat usaha memberikan kefahaman tentang Islam dan menjawab segala dianjurkan bagi membolehkan lebih banyak pihak mensalah faham yang timbul terhadap Islam. dapat manfaat dan kefahaman. Dialog silang agama adalah salah satu daripada caranya dan kami komited Tugasan ini bukanlah mudah dan menyenangkan, ianya amat sulit ianya perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. dan menyukarkan tetapi ianya perlu dilakukan bagi membuka terus Kami bersedia untuk berkerjasama dengan mereka yang pintu perbincangan. berminat.

LAPANGAN 42 Helaian 22

MRA sentiasa komited dengan aktiviti perbincangan dan dialog ter utamanya yang melibatkan dialog silang agama (interfaith dialogue). Justeru kami sentiasa mencari jalan dan usaha bagi memastikan ianya sentiasa segar dan relevan dikalangan masyarakat.


Ramadhan menemukan kami.

Berkongsi maklumat

Bertukar cenderamata

Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak telah mengetuai tim MRA menyambut kehadiran bradaram dari IHH, Turki.

MRA merasa cukup berbesar hati diatas kunjungan delegasi organisasi bantuan kemanusiaan yang terkenal malahan juga merupakan organisasi bantuan kemanusiaan yang terbesar di Turki. Delegasi IHH ini telah dipimpin oleh Tuan Yavuz Dede selaku Vice President dan Tuan Izzet Sahin, Board Member. MRA telah diwakili oleh Yang berbahagia, Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA,

turut serta ialah Pengarah Eksekutif MRA, Mohd Shahrulazilan, Pengurus Operasi MRA, En. Mohd Iqbal Abu Bakar. Perbincangan kami tertumpu kepada isu bantuan pelarian Syria dan Humanitarian Advocacy. Perbincangan ini berjalan dengan suasana cukup ceria dan sangat akrab. Terima kasih diatas kunjungan yang telah diberikan.

LAPANGAN 42 Helaian 23

KUNJUNGAN HORMAT IHH


Anak-anak Rohingya dididik dan diasuh untuk menjadi insan berguna, berilmu dan berkemahiran, celik sejarah dan yang bakal meneruskan perjuangan menuntut hak penduduk Rohingya dari Kerajaan Myanmar.

IFTAR & NUZUL AL QURAN SEKOLAH ROHINGYA NUZUL QURAN telah diraikan dengan cukup meriah di Sekolah Komuniti Rohingya MRA tahun ini. Kali ini kami mendapat sumbangan penaja yang cukup lumayan, kami bukan setakat mendapat penaja untuk nasi, malah kami juga turut menerima sumbangan makanan lain, air minuman Roselle dan aiskrim.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman serta para sukarelawan yang sanggup datang dan iftar bersama anak-anak pelarian ini. Tidak lupa, terima kasih juga ditujukan kepada pihak media yang hadir memberikan liputan. MRA telah membuka dan menjalankan sekolah untuk Rohingya ini sejak tahun 2009 lagi.

LAPANGAN 42 Helaian 24

Majlis ini turut disertai oleh adik-adik GCC (Global Community Club) yang berpusat di matrikulasi UIA PJ. Mereka telah membantu kami mengatur program dan aktiviti ketika program ini berjalan.


IFTAR DI MRA YANGGON Staf MRA Myanmar iftar bersama

Pejabat MRA Myanmar beroperasi seperti biasa didalam bulan Ramadhan, kami memantau perkembangan yang berlaku di Yanggon, Mandalay dan Sitwee setiap hari bagi memastikan keadaan sebenar yang berlaku di lapangan. MRA mempunyai operasi di Arakan dan kami juga pernah membantu dan menganjurkan aktiviti di Mandalay dan Rangoon. MRA komited dan penuh yakin bahawa Myanmar berpotensi untuk dibangunkan.

MRA dalam ASSALAMUALAIKUM berkenaan isu Banjir BOSNIA MRA telah dijemput oleh TV ALHIJRAH melalui program bualbicara Assalamualaikum bagi memaklumkan kepada penonton Malaysia mengenai kerja-kerja bantuan yang sedang dan telah dilakukan oleh MRA di Bosnia Herzegovina. MRA tidak asing dibumi Bosnia. Kami cukup rapat dengan mereka.

LAPANGAN 42 Helaian 25

MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Mohd Shahrulazilan, beliau telah memaklumkan mengenai gerakerja yang telah dijayakan disamping yang bakal dilaksanakan oleh MRA, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk tampil membantu penduduk Bosnia terutama kehadiran Ramadhan yang semakin hampir, penduduk Bosnia amat memerlukan sokongan dan bantuan dari luar kerana mereka sedang menghadapi krisis yang terburuk sejak tamatnya perang Balkan, sepuluh tahun yang lalu.


Ustaz. Shuaib, isterinya, Cherry Win dan anak mereka bakal berhijrah ke New Zealand. Semoga mereka sukses dan menikmati kehidupan yang lebih baik disana nanti.

Mesyuarat Teknikal Tautan Kasih 10 sedang berlangsung di Sekretariat, membincangkan mengenai modul, penyertaan, lojistik dan keselamatan.

MRA telah kehilangan salah seorang dari staf yang begitu komited dan bertugas agak lama dengan kami. Ustaz Shuaib merupakan, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam, Al Quran dan Bahasa Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya MRA akan berhijrah ke New Zealand bersama isteri dan anaknya. Penghijrahan beliau ini merupakan sebahagian daripada Proses Perpindahan Third World Country anjuran UNHCR untuk pelarian dari Myanmar. Kami mengucapkan selamat jalan kepada beliau, semoga kita bertemu lagi di lain masa.

LAPANGAN 42 Helaian 26

USTAZ SHUAIB DAN KELUARGA HIJRAH KE NEW ZEALAND


AGIHAN BANTUAN

RAMADHAN

&

PEMERIKSAAN

KESIHATAN 5hb Julai 2014 yang lalu, MRA Kedah telah mengambil inisiatif bagi memulakan Kempen Ramadhan Dekat Di Mati Lekat Di Hati MRA bagi tahun 1435 dengan penganjuran program Sumbangan Ramadhan serta Program Pemeriksaan Kesihatan buat Warga Emas di Guar Chempedak. Tim kami turut disertai oleh Helwa Surau Taman Semarak, Sungai Petani.

Sukarelawan MRA Kedah gigh membantu

Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah bersama barangan yang bakal diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Ramadhan bukan bulan rehat

LAPANGAN 42 Helaian 27

Tahniah diucapkan kepada Tim MRA Kedah yang komited dalam menjayakan progrom Agihan dan Pemeriksaan Kesihatan ini.


Sekolah Komuniti Rohingya telah dijemput untuk turut serta m em berik an per sembahan sempena program menyambut kehadiran Ramadhan oleh Nirwana Inter national College di Kuala Lumpur. Seramai 16 orang pelajar diiringi oleh guru dan pegawai MRA telah turut serta.

Kami turut menerima sumbangan tamar dari mereka yang pemurah. Tamar ini kami kongsi bersama satu sekolah, anak murid dan guru masing-masing dapat.

LAPANGAN 42 Helaian 28

Mesyuarat EXCO MRA tetap diadakan walau di dalam bulan Ramadhan, cuma ianya diadakan pada waktu siang berbanding kebiasaan waktu malam.

Kami menerima sumbangan yang pelbagai dari orangramai dan korporat. Kali ini kami menerima sumbangan dalam bentuk produk ubat-ubat dari CCM. Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan, kami amat menghargainya.


Kalau suka terung menerung Letak juga bawang semayang Kalau suka tolong menolong Kelak Tuhan bertambang sayang Misi Bantuan Perubatan MRA bergerak dari pulau ke pulau semasa membantu penduduk di Hagnaya, Filipina.

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.