LaPANGAN_44

Page 1

LAPANGAN

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

BANTUAN TEPAT & CEPAT Tangki Air untuk Palestin CEO MRA atur bantuan Gaza Pameran MRA di WCIT ke 2 MRA Kedah terima Pregio Lagi Rumah Salamat dibina Membina jatidiri Rohingya

LAPANGAN 44

On The Ground


BANTUAN TEPAT DAN CEPAT Serangan Israel keatas bumi Gaza ketika umat Islam seluruhnya sedang menyambut Ramadhan merupakan satu penghinaan dan tindakan terkutuk yang harus mendapat kecaman dari seluruh dunia.

Untuk perlaksanaan fasa yang seterusnya, MRA telah menghantar Ketua Pegawai Eksekutif MRA, Tn. Haji Shirajuddin Sirat bagi mengatur gerakerja dengan organisasi bantuan dari Mesir yang mendapat akses untuk masuk ke Palestin bagi menghantar bantuan Serangan ke atas penduduk Gaza yang telah terkepung kemanusiaan dan perubatan. sejak sekian lama, tanpa dapat dibantu oleh dunia luar kerana dihalang oleh regim zionis merupakan satu Tumpuan kami ketika ini ialah untuk menyalurkan tindakan melampau dan tidak berperi kemanusiaan. bekalan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan juga Ambulans, namun semuanya tergantung kepada situasi MRA mempunyai hubungan yang baik dengan organisasi semasa yang sangat tidak menentu. Namun kami bantuan yang beroperasi didalam wilayah Palestin dan percaya, berkat doa dan sokongan rakyat Malaysia, negara-negara berjiran dengan Palestin seperti Mesir dan bantuan ini pasti sampai ke sasarannya. juga Lebanon. Hubungan baik ini membolehkan kami untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa Walaupun sibuk dengan isu pencabulan Gaza, MRA peperangan ini, terutamanya wanita dan kanak-kanak tidak pernah lupa dengan bantuan kepada wilayah lain di wilayah-wilayah yang telah dibom dan diserang oleh yang turut memerlukan, keluaran kali ini kami kongsipihak regim zionis. kan bantuan kami ke Bosnia, Myanmar, Thailand dan Filipina. Juga kami kongsikan bantuan kami melalui Bantuan kami dalam fasa kecemasan dan kritikal ini ber- Klinik-klinik lapangan dan juga aktiviti kami di permula dengan bekalan makanan bermasak untuk iftar dan kampungan Orang Asli di Perak, Kedah dan Selangor. juga bekalan air bersih ke penempatan yang memerlukan (MRA membekalkan 5 tong besar air berserta bekalan air Dalam dunia bantuan kemanusiaan, penyaluran yang dihantar dengan lori tangki dua kali sehari). bantuan yang tepat dalam masa yang cepat amatlah diperlukan, agar bantuan itu benar-benar memberi Untuk fasa yang seterusnya, MRA telah menyatakan manfaat kepada mereka yang memerlukannya di komitmen kami untuk terus membantu penduduk Palestin lapangan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan secara langsung dengan pelancaran Tabung Bantuan kepada kami. Palestin MRA Utusan Malaysia bagi membolehkan orangramai khususnya rakyat Malaysia menyalurkan MOHD SHAHRULAZILAN SAID bantuan dana terus kepada penduduk Palestin. Pengarah Eksekutif


Daftar Isi Kandungan LaPANGAN MRA siri ke 44 (16 Ogos –15 September 2014) Ms 8-12 Tangki Air MRA di Gaza

JOM IKLANKAN PRODUK ANDA DI LAPANGAN. KAMI AKAN BANTU ANDA UNTUK TINGKATKAN JUALAN

Ms 13-16 Lawatan Kerja CEO MRA ke Mesir Ms17-18 Kempen-Kempen Tabung GAZA MRA

Ms 23-24

Aktiviti & Program MRA Kedah

Ms 27

GLOBAL TAWBAH Shaykh Hamza Yusuf

Ms 29-30

Aktiviti Sekolah Komuniti Rohingya MRA

Ms 32-33

Pembinaan Rumah Salamat MRA

Ms 34-37

Liputan Agihan Ramadhan

LAPANGAN 39 Helaian 4

Ms 19-22 Aktiviti & Program MRA Perak


RINGKASAN EKSEKUTIF MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah. Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY ALAMAT PERHUBUNGAN

SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli

MEDIK (PERUBATAN) Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan

EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharom

PUSAT KOMUNITI

PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak

JABATAN OPERASI

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA

KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee

ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine

PENGURUSAN DANA

KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah

MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN/USTAZ En. Shuaib GURU-GURU Cikgu Lydia Amira Johari Cikgu Syahirah Saad Cikgu Ferozah

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 44 Helaian 5

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman


LAPANGAN 44 Helaian 6

KAWASAN OPERASI MRA


TANGKI AIR RAKYAT MALAYSIA SAMPAI KE GAZA Selain dari berjaya menyalurkan bantuan untuk Iftar di Gaza, MRA juga telah berjaya membekalkan penduduk Gaza dengan tangkitangki air berserta bekalan air sebanyak dua kali sehari. Walaupun tiada petugas MRA rakyat Malaysia yang berjaya menyeberang masuk ke Gaza dalam waktu terdekat, namun ianya tidak bermakna kami tidak dapat membantu penduduk Gaza yang sedang terhimpit. Melalui rakan kolaborasi MRA di lapangan, kami telah berjaya menyalurkan bantuan yang amat diperlukan selain makanan dan ubatan iaitu air bersih untuk tujuan minuman dan keperluan lain.

Kami amat berterima kasih kepada para penyumbang yang memberikan kepercayaan kepada MRA untuk menyampaikan sumbangan mereka buat penduduk Gaza.

LAPANGAN 43 Helaian 7

MRA sebelum ini telah menaja lima orang doktor dari Palestin untuk mendapatkan latihan selama hampir setahun di Malaysia disamping usaha -usaha dan program bantuan berterusan untuk kanak-kanak dan wanita Palestin.


LAPANGAN 44 Helaian 8


Ramadhan kali ini begitu mencabar buat penduduk Gaza di bumi Palestin. Mereka berdepan dengan kekurangan bekalan air dan makanan, disamping berdepan dengan risiko serangan bom dan tembakan menggila dari regim Zionis.

LAPANGAN 43 Helaian 9

MRA komited untuk menyalurkan bantuan dalam fasa kecemasan ini dan melalui pengalaman serta jaringan yang sedia ada, kami dapat membantu dalam waktu yang begitu kritikal ini.

RAMADHAN YANG PENUH KESUKARA


LAPANGAN 44 Helaian 10

G AN


Serangan bom regim Yahudi bertujuan untuk melumpuhkan kehidupan seharian penduduk Gaza dan menyukarkan mereka.

Kesukaran untuk memasuki Gaza tidak bermakna bantuan tidak dapat disalurkan. Terima kasih kepada para penyumbang.

Dalam bulan Ramadhan, umat Islam menahan lapar dan dahaga. Tetapi di Gaza, mereka ketiadaan air bersih untuk di minum dan bekalan makanan dihalang dari masuk ke dalam.


BANTUAN MRA SAMPAI TEPAT PADA MASANYA Sungguhpun tidak ada mana-mana wakil MRA yang berjaya memasuki wilayah Palestin sepanjang pertempuran meletus, namun ianya tidak bermakna bantuan tidak dapat dihantar kepada penduduk Palestin yang serba memerlukan. Melalui kerjasama dengan organisasi From Gaza With Love, MRA telah berjaya menyalurkan bantuan Iftar dan juga bantuan tangkitangk air berserta bekalan air dua kali sehari di lebih dari 4 lokasi yang telah dikenal pasti. Walaupun tiada sebarang organisasi dari luar yang dibenarkan masuk ke wilayah-wilayah Palestin dalam masa terdekat ini, namun ianya tidak bermakna bantuan tidak dapat disampaikan kepada mereka.

Dana yang diterima dari orangramai telah kami salurkan pada masa-masa yang begitu kritikal kepada para penduduk yang sangat terhimpit akibat kekurangan air bersih dan juga makanan. Kami sedang mencari jalan dan mengatur untuk membiayai penghantaran Ambulans dan juga bekalan ubat-ubatan kepada Hospital-Hospital yang sedang beroperasi didalam Gaza dan sedang berhadapan dengan risiko kehabisan bekalan ubatan pada waktu terdekat ini.

LAPANGAN 44 Helaian 12

MRA, melalui jaringan kerjasama, kepercayaan dan pengalaman kami, Alhamdulillah dapat menyalurkan bantuan yang disumbangkan melalui kutipan dana dari rakyat Malaysia kepada para penduduk Palestin yang menderita akibat kekurangan makanan dan minuman, serta diancam serangan bom dan tembakan dari regim Zionis yang menggila.


Kumpulan UTUSAN dan MRA serius dan komited untuk membantu Gaza yang sedang diserang Zionis Turut hadir mewakili Kumpulan Utusan ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Tn. Noordin Abbas. Ini bukanlah kerjasama pertama antara MRA dan Kumpulan Utusan, sebelum ini kami telah berkerjasama dalam pelbagai isu termasuk isu Somalia, Pakistan, Indonesia dan Banjir.

Kami mempunyai program tajaan keluarga yatim, program tajaan perekolah anak-anak Palestin, program Cuti Musim Panas, termasuk program bantuan makanan, Kekejaman yang menimpa rakyat Palestin dalam waktu ter- perubatan, Ramadhan dan Qurban. dekat ini menimbulkan keresahan kepada umat Islam sedunia. MRA turut mengecam tindakan ini dan mengambil langkah Melalui kerjasama MRA-Hospital Pakar Al Islam dan HUKM, kami telah berjaya melatih 5 orang pegawai untuk turun membantu penduduk Palestin yang tertindas ini. perubatan Palestin selama setahun di Malaysia, kini Untuk menjayakan tujuan dan hasrat murni ini, MRA telah mereka telah pulang dan kembali berkhidmat di Gaza. berkerjasama dengan akhbar tersohor Utusan Malaysia dan Program bantuan rakyat Palestin MRA tidak hanya terkami telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Utusan- tumpu di Gaza tetapi juga di Mesir dan Lebanon. MRA.

Tabung ini turut berjaya mengumpulkan Satu Sidang Media telah diadakan di Ibupejabat MRA dan RM26,000 pada hari pelancarannya hari telah dihadiri oleh Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Tn. disumbangkan oleh Konsortium Hospital Islam Haji Khairil Annuar Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif MRA, (RM15,000) dan Hospital Pakar Al-Islam Baharu (RM11,000). Tn. Haji Shirajuddin Sirat.

sejumlah ini yang Malaysia Kampung

LAPANGAN 44 Helaian 13

MRA tidak asing di bumi Palestin, kami mempunyai pelbagai program yang telah digerakkan bersama organisasi tempatan sejak dari hari penubuhan MRA sendiri.


Tim Bantuan MRA diketuai oleh Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, CEO MRA diiringi oleh Sdr. Muhammad Amir Firdaus Wan Hasamudin, SAHABAT MRA

Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, CEO MRA bersama wakil Akademik Al-Quran Medic Malaysia di pejabat mereka di Hayyu Sabiq, Kaherah

MRA KE MESIR BAGI MENGHANTAR BANTUAN KE PALESTIN Bagi memastikan gerakerja yang lebih tersusun untuk jangkamasa panjang, MRA telah mengambil keputusan untuk menghantar Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, CEO MRA ke Mesir bagi mengatur gerakan bantuan yang lebih terancang berserta organisasi bantuan lain, terutamanya dari Mesir. Beliau turut diiringi oleh Sdr. Muhammad Amir Firdaus Wan Hasamudin, SAHABAT MRA yang berpengalaman menuntut di Mesir.

Secara umumnya para pelajar yang ditemui berbesar hati untuk turut serta membantu usaha-usaha murni yang dijalankan oleh MRA, malah ada di kalangan mereka yang sudahpun menjadi ahli Sahabat MRA dan pernah mengikuti beberapa program pelatihan dan kerja-kerja di lapangan yang dilaksanakan oleh MRA. Semoga lebih ramai yang bersedia memberikan khidmat bakti mereka dalam melaksanakan kerja-kerja amal.

Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, dan Sdr. Amir Firdaus mengadakan kunjungan dan menziarahi para penuntut Malaysia di Mesir

LAPANGAN 44 Helaian 14

Pada 20hb Ogos 2014, bertempat di Teratak ABIM Mesir, satu pertemuan telah diadakan dengan penuntut Malaysia di Kaherah bagi membincangkan gerakerja bantuan dan khidmat sukarelawan dalam penyaluran bantuan kepada penduduk Gaza.


Sdr. Shirajuddin sedang berbincang bersama wakil ARAB MEDICAL UNION (AMU) mengenai keperluan mendesak di Gaza dan kaedah penghantaran

KERJASAMA MRA-AMU UNTUK BANTU GAZA

21 Ogos 2014, Kaherah: Satu perbincangan telah diadakan di antara MRA dan Arab Medical Union (AMU) di pejabat mereka di Zahra', Kaherah. MRA dan AMU pernah berkerjasama sebelum ini lagi bagi penyaluran bantuan ke Gaza dan juga ke Syria.

Penyelarasan penghantaran barang-barang bantuan dibuat oleh AMU dengan pihak berkuasa Mesir dan Palestin dari semasa ke semasa. AMU mempunyai pejabat cawangannya di Gaza. Pada pertemuan ini, MRA telah bersetuju untuk bekerjasama dengan AMU sebagai rakan pelaksana utamanya. Mereka memang berpengalaman dan telah terlibat dalam penghantaran barang bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak awal konflik ini meletus lagi.

LAPANGAN 44 Helaian 15

Perbincangan kali ini menjurus kepada penghantaran bantuan ke Gaza yang berupa ubat-ubatan, peralatan perubatan dan ambulan.


Seperti adat kebiasaan mana-mana misi bantuan MRA yang lain, kami tidak lupa mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia, memaklumkan kehadiran dan pergerakan kami di lapangan. Terima kasih diucapkan kepada Duta Besar Malaysia, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari yang sedia menerima kehadiran kami ini.

Tuan Haji Shirajuddin juga telah mengadakan satu kunjungan hormat ke pejabat Bulan Sabit Merah Mesir bagi mem bincangkan sebarang peluang untuk ber kerjasama dalam membantu mangsamangsa peperangan di Gaza. Segala potensi dan peluang yang ada telah kami gunakan dengan sebaiknya.

LAPANGAN 44 Helaian 16

Tuan Haji Shirajuddin Sirat juga telah ber kunjung ke sebuah syarikat pembekal ubatubatan dan peralatan kesihatan di Mesir bagi memastikan bekalan ubat -ubatan dan peralatan yang amat diperlukan di Gaza mempunyai bekalan yang mencukupi. Kami akan berkerjasama dengan AMU bagi menghantar ubatan dan peralatan yang diperlukan ke dalam Palestin apabila keadaan mengizinkan.


Wakil MRA, Sdr. Johari dan Sdr. Fadhil bergambar bersama Ybhg Datin Seri Rosni binti Omar bersama replica cek untuk Tabung Kemanusiaan Palestin MRA

ISU SERANGAN GAZA terus mendapat perhatian dari rakyat Malaysia, dari utara hingga ke selatan, timur dan barat, semuanya mengutuk kekejaman regim Yahudi ini.

Sumbangan bernlai RM1500 telah disampaikan oleh Ybhg Datin Seri Rosni binti Omar (isteri kepada YAB Menteri Besar Johor) untuk Tabung Kemanusiaan Palestin MRA.

Pada 24hb Ogos yang lalu, sebuah kempen “Selamatkan Gaza! Bebaskan Bumi Palestin� telah diadakan di Muar, Johor bersempena dengan program Larian Merdeka. Program ini telah diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Terima kasih diatas sumbangan ini dan teruskan cakna dengan isu Palestin. MRA telah terlibat dalam membantu penduduk Palestin yang tertindas ini sejak hari awal penubuhannya lagi.

LAPANGAN 44 Helaian 17

SELAMATKAN GAZA! BEBASKAN BUMI PALESTIN


Wakil Persatuan Belia Sepakad, Parit Kadir Darat, Muar, menyampaikan sumbangan mereka kepada MRA untuk bantuan kepada rakyat Palestin

SELAMATKAN BUMI PALESTIN & GAZA!

Tim MRA telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian dan Ambang Merdeka Karnival Sepakad Kali ke 90. Sdr. Johari Kan dan Sdr. Fadhil Baharom telah mewakili MRA.

Rakyat Malaysia terus prihatin dan mengambil berat terhadap apa yang menimpa saudara mereka di Gaza. Lebih ramai yang tampil untuk membantu dan membela Palestin. Solidariti atas dasar ukhuwah dan kemanusiaan ini begitu membanggakan, sekaligus membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak pernah cuai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai manusia yang bertamadun.

LAPANGAN 44 Helaian 18

Kami mengucapan ribuan terima kasih kepada Persatuan Belia Sepakad, Parit Kadir Darat, Muar, yang sudi memilih MRA sebagai wahana pelaksana jariah mereka. Terima kasih!.


Anak-anak Orang Asli turut membantu membersihkan kawasan persekitaran Dewan Komuniti MRA di Pos Slim

GOTONG ROYONG DI POS SLIM

Program ini telah diketuai oleh Naib Pengerusi MRA Perak, Tuan Haji Hani Yang Kassim dan turut disertai oleh beberapa penduduk tempatan. Pelbagai program bakal menyusul sebelum berakhirnya tahun 2014 nanti.

LAPANGAN 44 Helaian 19

Satu program Gotong Royong memperindahkan Dewan Komuniti MRA di Kampung Orang Asli Pos Slim telah diadakan pada 29hb Ogos yang lalu.


Mesyuarat ringkas antara Dato Abd. Razak dan tim MRA Perak berserta penduduk kampung.

Makan durian bersama anak-anak disini

Dato Abdul Razak tidak kekok duduk bersama anak penduduk kampung

Pada 7hb September yang lalu, Presiden MRA, Dato Dr. Abd. Razak Kechik diiringi oleh Pengerusi MRA Perak, Prof. Dr. Abd. Karim Russ telah mengadakan kunjungan ke Kampung Orang Asli Pos Slim. Turuh hadir ialah SAHABAT MRA yang lain, seperti biasa, penduduk disitu dijamu degan nasi berlauk yang sediakan.

LAPANGAN 44 Helaian 20

ZIARAH MAHABBAH KE POS SLIM


DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah merasmikan World Conference On Islamic Th Rise and Fall of Civilization: Contemporary States WCIT ke-2 2014

PAMERAN MRA DI W

LAPANGAN 43 Helaian 17

World Conference On Islamic Thou (The Rise and Fall of Civilization: Contemporary S


h Ibni Sultan Azlan Shah hought & Civilization (The of Muslim Affairs) atau

ught & Civilization

States of Muslim Affairs))

MRA telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena World Conference On Islamic Thought & Civilization (The Rise and Fall of Civilization: Contemporary States of Muslim Affairs) atau WCIT ke-2 2014 - yang diadakan di Hotel Casuarina @ Meru Raya, Ipoh, Perak, pada 18-19 Ogos 2014. Konferen dwi tahunan ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Sultan Azlan Shah. MRA telah diberi penghormatan bagi mengadakan pameran mengenai aktiviti bantuan kami di dalam dan juga di luar negara. Pameran ini telah dijayakan dengan bantuan SAHABAT MRA dan juga MRA Perak. Semasa pameran ini berlangsung, kami telah berpeluang untuk menerangkan kepada para peserta seminar dan pengunjung pameran mengenai aktiviti dan kerja-kerja bantuan yang kami laksanakan didalam dan luar negara. Pelbagai soalan dan pertanyaan yang kami terima dari mereka yang berkunjung ke ruang pameran MRA. Ramai yang menyatakan minat dan kesediaan untuk terlibat membantu dalam kerjakerja bantuan seperti yang kami lakukan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada panitia pameran dari Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak

LAPANGAN 44 Helaian 22

WCIT ke-2

Pengerui MRA Perak, Dr. Abd. Karim Russ bersama Tim Pameran MRA bergambar di ruang pameran MRA.


Terima kasih atas kepercayaan ini, akan kami manfaatkan sepenuhnya

VAN PREGIO UNTUK MRA KEDAH

Tahniah diucapkan kepada MRA Kedah kerana terpilih untuk menerima sumbangan sebuan Van KIA Pregio dari Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. Sumbangan ini diberikan sempena pelancaran kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd.

Kesemua penerima sumbangan CSR Naza bergambar ramai

Exco Kerajaan Negeri Kedah YB. Dato' Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail telah menyampaikan replika kunci kepada Dr. Saifullah Abdul Halim, Pengerusi MRA Kedah sambil diperhatikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA SM Nasaruddin SM Nasim.

LAPANGAN 44 Helaian 23

Dr. Saifullah, Pengerusi MRA Kedah menerima replika kunci


Sepertimana MRA Perak, tidak duduk diam, MRA Kedah juga tidak mahu ketinggalan. Mereka turut sibuk dengan program Klinik Lapangan ke perkampungan Orang Asli.

Mereka turut melakukan profiling ke sebuah perkampungan berhampiran iaitu Kampung Baru Siong yang didiami oleh orang asli dari suku Kensiu.

KLINIK LAPANGAN DI KG ORANG KENSIU

Kensiu adalah suku kaum Orang Asli dari rumpun bangsa Semang-Negrito. Perkampungan ini merupakan satu-satunya penempatan mereka dan perkampung orang Kensiu yang terdekat terletak di Kampung Rai Yala Selatan Thailand.

SAHABAT MRA bersama salah seorang penduduk kampung Jamu selera bersama

Adik-adik kena beratur dulu

LAPANGAN 44 Helaian 24

Kali ini, MRA Kedah kembali ke Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling. Ini merupakan kampung tradisi yang kami sering lawati sejak dulu lagi.


September 7

Jangan serik untuk datang lagi ke Kg. Songkok

TRAINING OF ACTIVIST 2.1 CARE FOR UMMAH di Kg. Songkok Dr. Maryati merawat seorang ibu yang berkunjung

Program "Training of Activist 2.1, Care for Ummah" telah berlangsung pada 6hb dan 7hb Sept 2014 bertempat di Kg. Songkok, Batang Kali. Program ini telah dijayakan oleh seramai 35 orang siswi/siswa dari UIA dan turut disertai oleh kakitangan MRA. Beberapa aktiviti telah dijalankan bersama penduduk setempat seperti Klinik Lapangan, Program bersama anak -anak Orang Asli dan lain-lain lagi. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. Terima kasih dan syabas pada semua yang terlibat!

Sukarelawan sedang mempersiapkan juadah

LAPANGAN 44 Helaian 25

Dispensari ubat sedang menunggu pelanggan


LAPANGAN 44 Helaian 26


GLOBAL TAWBAH Shaykh Hamza Yusuf

Shaykh Hamza Yusuf bersama petugas MRA ketika melawat pameran Sepanjang kami berada di sini, kami menerima kunjungan dari orang ramai dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan dan kerjakerja yang kami lakukan. Tidak kurang juga yang bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada tabung MRA yang disediakan.

Pendakwah terkenal, Shaykh Hamza Yusuf telah berkesempatan meluangkan masa berkunjung ke gerai pameran MRA semasa berlangsungnya program beliau di PWTC, Kuala Lumpur. MRA merakamkan jutaan penghargaan kepada penganjur program, An Naqiy yang sudi membenarkan kami membuka pameran bagi memberikan maklumat dan pendedahan kepada orang ramai dan pengunjung ke program syarahan Shaykh Hamza Yusuf mengenai kerjakerja yang kami telah lakukan dan yang sedang kami lakukan di dalam dan di luar negara.

LAPANGAN 44 Helaian 27

Kami bersedia untuk hadir dalam majlis-majlis seumpama ini dimasa-masa mendatang. Hubngi kami untuk mengatur pameran seumpama ini dalam program anjuran anda.


MRA Myanmar Pejabat MRA Myanmar yang terletak di Yangoon, telah menerima kehadiran para peserta Mesyuarat Silang Kepercayaan ke pejabat kami. Ada dari kalangan peserta yang datang dari Mandalay dan juga Meiktila. Sdr. Shine telah memberikan penerangan secara ringkas mengenai aktiviti dan pergerakan MRA dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di seluruh dunia.

Kempen membantu penduduk Palestin yang sangat memerlukan akibat dikepung dan dinafikan hak mereka oleh regim Zionis turut mendapat perhatian dan simpati dari umat Islam di Thailand.

Mereka turut mengadakan kutipan derma dan majlis penerangan bagi memberikan maklumat dan perkembangan yang sedang melanda wilayah Palestin dari masa ke semasa. MRA turut berkerjasama dengan organisasi Al Ehsan, Zakat Takbai dan AYATA untuk memberikan penerangan mengenai keadaan terkini di lapangan dan bagaimana bantuan dapat dihantar ke sana.

LAPANGAN 44 Helaian 28

Kesukaran yang dialami oleh penduduk Palestin turut dikongsi oleh umat Islam di negara ini, mereka juga tidak mahu ketinggalan dalam usaha membantu saudara yang tertindas di Palestin.


Menerima kunjungan dari Pensyarah UNIMAS, Dr. Ling yang melawat penuntut UNIMAS yang sedang dalam latihan praktikal di MRA, Cik Nur Amalina bt. Zakaria. Dr. Ling telah disambut dan diberikan penerangan lengkap mengenai aktiviti dan operasi MRA oleh Sdr. Iqbal, Pengurus Operasi MRA dan dibantu oleh Sdr. Johari Kan, Penyelia Projekprojek MRA. Sebelum daripada Nur Amalina lagi, kami telah pernah menerima beberapa penuntut dari UNIMAS untuk menjalani latihan praktikal mereka bersama kami.

Sdr. Johari Kan, mewakili Sekolah Komuniti Rohingya MRA menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Presiden GCC - UIA PJ, Sdr. Amier Rostam. GCC bermaksud Global Community Club, sebuah pertubuhan pelajar yang berdaftar di UIA PJ, yang memberikan penumpuan kepada kerja-kerja pembangunan komuniti untuk mahasiswa mereka. Kerjasama yang terjalin sejak sekian lama diantara MRA dan GCC adalah amat baik dan kami berharap ianya dapat berkekalan berpanjangan. Terima kasih diatas kerjasama yang cukup baik selama ini.

Kami juga tidak lupa untuk menghargai sukarelawan atau SAHABAT MRA yang komited dan cemerlang dalam tugasan mereka. Tahniah kepada Sdr. Stien Van Lutam yang aktif dan komited dalam bantuannya kepada Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Terima kasih daun keladi.

LAPANGAN 44 Helaian 29

MRA merupakan sebuah institusi yang percaya kepada konsep “Learning Organization: Organisasi Pembelajaran’. Kami mendidik kakitangan dan sukarelawan yang datang untuk berkhidmat bersama kami.


Belajar kemahiran melukis di Rumah Seni & Kraftangan Gemilang

Anak-anak Rohingya ini beruntung kerana mendapat peluang untuk mempelajari illmu seni dan kraf dari pengasas dan Pengetua Rumah Seni & Kraftangan Gemilang, Bukit Antarabangsa, Ampang, Puan Abby Zain sendiri. Kami mempersiapkan anak-anak ini dengan ilmu dan kemahiran bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin Rohingya yang berilmu suatu hari nanti.

LAPANGAN 44 Helaian 30

Selain daripada memberikan pendidikan formal dalam kelas, MRA turut memberikan pen dedahan kepada anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya untuk membangunkan daya kreativiti mereka.


Mesin Batu Bata mempercepatkan kerja

Usaha pengeluaran batu bata semakin dilipat ganda bagi membolehkan lebih banyak bata dapat dihasilkan bagi menyiapkan lebih banyak Rumah Salamat yang bakal dibina. Walaupun Taufan Haiyan telah lama pergi meninggalkan mereka, tetapi kesan-kesan kemusnahannya masih banyak yang belum diperbaiki.

LAPANGAN 44 Helaian 31

MRA telah mendapatkan sebuah lagi Mesin pembuat bata yang berkuasa tinggi bagi memper cepatkan lagi proses pembuatan batu-bata untuk kegunaan pembinaan Rumah Salamat MRA di Hagnaya, Cebu.


Lagi RUMAH SALAMAT dibangunkan di Hagnaya

4 Unit blok Rumah Salamat sedang dalam pembinaan.

Proses pembinaan Rumah Salamat menjadi lebih cepat dan mudah kerana kami telah berjaya menghasilkan batu bata kami sendiri, tidak lagi perlu bergantung kepada pembekal dari luar. Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman.

LAPANGAN 44 Helaian 32

MRA telah berjaya menyiapkan 4 buah lagi Rumah Salamat di wilayah Hagnaya untuk penduduk tempatan.


MRA tidak pernah melupakan saudara se Islam yang berada di Selatan Thailand. Setiap tahun, kami menyantuni ibu tunggal, OKU, anak yatim, warga emas, orang miskin dan faqir disini Bantuan dan sokongan berterusan dari anda semua memberikan kami ke upayaan untuk menjayakan program bantuan ini secara istiqamah. Kami berkerjasama dengan YMAT, YAKIS dan FEHRD.

Agihan bantuan Ramadhan MRA diteruskan lagi di negeri Pattani melalui rakan pelaksana kami FEHRD, YAKIS dan YMAT. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang yang budiman. Semoga anda diberkati dan dirahmati ALlah hendaknya.

LAPANGAN 44 Helaian 33

AGIHAN RAMADHAN MRA DI SELATAN THAILAND


400 pasang Baju Raya Anak Yatim

LAPANGAN 44 Helaian 34

Alhamdulillah, tahun ini jumlah anakanak yatim yang ditaja baju rayanya telah meningkat kepada 400 orang. Ketika kami menyerahkan baju raya ini ada diantara anak yatim ini yang menitiskan air mata mereka, mungkin terkenangkan ibu atau ayah yang telah tiada. Terima kasih kepada para penyumbang, Allah sajalah yang dapat membalas budi baik dan jasa anda semua.


Humanitarna

pomoć iz Malezije

Banjir Besar yang melanda wilayah Balkan tempohari tidak dilupakan oleh MRA lagi. Kami masih terus membantu dan menyalurkan bantuan. Kali ini kami menghantar bantuan makanan kepada penduduk di kawasan utara Bosnia yang terjejas akibat banjir bagi mereka menyambut Ramadhan yang mendatang. Kami berkerjasama dengan Persatuan Alumni UIA Bosnia yang komited membantu kami sejak dari awal banjir melanda tempohari. Terima kasih kepada pada rakyat Malaysia dan penyumbang yang menyalurkan bantuan melalui kami.

LAPANGAN 44 Helaian 35

Bantuan Kemanusiaan Dari Malaysia


PADANG

Gempa bumi yang melanda wilayah Pariaman pada tahun 2010 yang lalu tidak pernah sepi dari ingatan kami. Walaupun relatifnya keadaan telah pulih di kawasan ini, namun kesan gempa ini, terutamanya akibat kehilangan jiwa dan harta terus kekal membara di hati dan ingatan setiap penduduk yang terlibat.

Untuk makluman, MRA telah membangunkan lebih dari 411 buah Rumah Syukur di wilayah yang terkesan akibat gempa yang melanda tempohari. Dari jumlah ini, sebanyak 300 disumbangkan melalui dana dari CIMB Islamik manakala selebihnya datang dari pelbagai penyumbang yang terdiri dari organisasi pelbagai dan orang ramai.

Melalui wakil MRA di Padang, Pariaman, Bapak Daryanto Lee, kami telah menyalurkan Sembako Ramadhan kepada keluarga- Gempa Padang kekal terpahat didalam ingatan MRA keluarga yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan bagi kerana disinilah bermulanya misi bantuan kecemasan merayakan Ramadhan kali ini. kami yang begitu teratur dan melibatkan ramai sukarelawan datang membantu. Alhamdulillah, selepas 4 Kami telah memilih beberapa keluarga yang miskin dan susah tahun, Padang masih di pandang oleh MRA. sebagai penerima utama bantuan kami.

LAPANGAN 44 Helaian 36

tetap di pandang


Penindasan yang menimpa penduduk muslim Rohingya yang mendiami wilayah Arakan di Myanmar terus mendapat perhatian dari MRA. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami telah menyalurkan bantuan Ramadhan kepada mereka yang memerlukan di Kem Pemindahan Thatkeyphin berhampiran bandar Akyab (Sitwee). Pejabat MRA Myanmar bertanggungjawab untuk mengurus dan mengatur penghantaran bantuan ini.

Sebagai catatan, MRA merupakan organisasi bantuan dari Malaysia yang pertama dapat masuk secara rasmi untuk perlaksanaan kerja-kerja bantuan di wilayah bergolak ini. Berkerja di sini tidak seperti berada berada di Kabul, Peshawar ataupun di Puntland, keadaannya sama sekali berbeza. Kami sentiasa dicurigai dan sering menjadi mangsa keraguan penduduk berbangsa Rakhine dan pihak berkuasa yang memerhatikan.

LAPANGAN 44 Helaian 37

ROHINGYA tidak pernah dilupa


KEMPEN QURBAN TERBAIK MRA

Seperti lazimnya, kami menawarkan kepada orang ramai untuk menjadi organisasi pelaksana bagi menjalankan ibadah Qurban buat mereka di kawasan yang serba memerlukan di dalam dan di luar negara. Tahun ini kami menjangkakan penumpuan bagi perlaksanaan ibadah Qurban Terbaik kami akan tertumpu di wilayah bergolak Arakan khususnya dan Myanmar amnya.

LAPANGAN 44 Helaian 38

MRA kini sedang mengatur g e r a k b ag i m e n y am b u t kedatangan Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban.


Tanak nasi guna Messtin Dimakan sama Ayam Selasih Walau sibuk bantu Palestin Kami tak lupa Kg. Pos Bersih Kalau hendak mencari kerang Selut berlumpur pastikan jumpa Walau sibuk di negara orang Negeri sendiri tak pernah lupa Semasa Misi Bantuan Taufan Haiyan di Pulau Hagnaya dan sekitarnya, petugas MRA selalunya menggunakan motor tiga roda sahaja untuk bergerak. Tautan Kasih Siri ke X telah berakhir secara rasmi. 68 orang peserta daripada 2 siri latihan (LABK & LPBK) telah terlibat, juga khidmat sokongan dari 16 orang staf dan pakar dalam bidang masing-masing. Tema simulasi latihan tahun ini ialah Operasi Bantuan di Kawasan Kemarau Berpadang Pasir

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.