LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
QURBAN TERBAIK BERJALAN LANCAR Bahang MYCORPS terasa Qurban Terbaik 1434 Klinik Lapangan Hagnaya Daging ke Kampung Asli Ribut Landa Kempadang MYCORPS Bermula
LAPANGAN 45
QURBAN TERBAIK BERJALAN LANCAR Qurban Terbaik MRA terus berjalan lancar seperti tahun-tahun sebelumnya. Penumpuan utama perlaksanaan Qurban Terbaik di luar negara tahun ini ialah di wilayah bergolak Arakan di Myanmar.
Qurban Terbaik juga berjaya dilaksanakan di wilayah yang sedang bergolak Palestin, sejumlah biri-biri telah berjaya di Qurbankan dan diagihkan kepada para penduduk disana.
Alhamdulillah, Qurban ini dapat dilaksanakan walaupun ianya mendapat pelbagai hambatan dan halangan di lapangan. Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid berserta Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi telah sanggup berkorban meninggalkan keluarga pada Hari Raya Aidiladha tahun ini bagi berada di lapangan Myanmar demi menjayakan perlaksanaan ibadah Qurban di wilayah yang cukup sensitif ini. Terima kasih juga kepada wakil MRA di Myanmar, Sdr. Shahid yang telah berusaha sebaik mungkin dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar termasuk urusan pengangkutan dan paling kritikal, keselamatan.
Kami juga berjaya melaksanakan Qurban Terbaik di Mesir untuk komuniti pelajar Malaysia disini. Di tanah air, MRA telah berjaya mengadakan program Qurban Terbaik di dua tempat, yang pertama di Kg. Rinching, Semenyih, Selangor dan yang kedua di Islamic Outreach ABIM (IOA), Kok Lanas, Kelantan.
Daging-daging ini kemudiannya telah kami agihagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan tumpuan utama diberikan kepada komuniti yang Kehadran kami di lapangan bagi melaksanakan Qurban terpinggir dan sering dilupakan iaitu pelarian bersama komuniti Muslim yang agak tertekan di Myanmar Rohingya, yang terdiri daripada keluarga anakkebelakangan ini memberikan suntikan dan semangat kepada anak murid di Sekolah Komuniti Rohingya MRA. mereka bahawa saudara seagama dari luar masih lagi meng Agihan daging-daging Qurban turut telah dilakuingati dan tidak melupakan mereka. kan di beberapa perkampugan Orang Asli yang Qurban Terbaik tahun ini tetap berjaya dilaksanakan di Sitwe, sering kami kunjungi seperti Kg. Songkok, Meiktila dan juga di Rangoon. Daging-daging Qurban ini Batang Kali, Selangor, juga di Kg. Pos Bersih telah dapat diagihkan kepada penduduk Muslim yang berada di Slim River, Perak dan Kg. Batu Balong, Bentong, Pahang. Moga sumbangan ini dapat di sekitar kawasan ini. merapatkan lagi hubungan antara kami dan Kemeriahan Aidiladha disini tidak begitu dirasakan kerana mereka. suasana yang begitu sensitif, tegang dan sikap curiga yang semakin menebal diantara umat Islam dengan penganut agama MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif majoriti disini, Buddha.
LaPANGAN MRA siri ke 45 (16
Sept. — 15Oktb. 2014)
Ms 11-12 Sembelihan Qurban di Malaysia
Ms 13 Qurban Terbaik di Kelantan Darul Naim Ms14-15 Qurbn Terbaik di Jordan dan Palestin
Ms 17-19 Qurban Terbaik dilaksana di Myanmar
Ms 20-22
Agihan Qurban Kampung Orang Asli
Ms 23-24
Qurban & Klinik Lapangan di Hagnaya, Cebu
Ms 26-28
Aktiviti Sekolah Komuniti Rohingya MRA
Ms 29-30
Siri 1, Kursus Lanjutan MYCOPRS
Ms 31-32
MRA tinjau mangsa Ribut Kempadang, Pahang
JOM IKLANKAN PRODUK ANDA DI LAPANGAN. KAMI AKAN BANTU ANDA UNTUK TINGKATKAN JUALAN
LAPANGAN 39 Helaian 4
Daftar Isi Kandungan
RINGKASAN EKSEKUTIF MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah. Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.
MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).
MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY ALAMAT PERHUBUNGAN
SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084
MAKLUMAT PERBANKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY
86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION
3988 591 608 LAMAN MAYA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
PENDAFTARAN
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
PIMPINAN MRA
SEKRETARIAT MRA
SUB KOMITI MRA
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat
ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik
SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli
MEDIK (PERUBATAN) Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharom
PUSAT KOMUNITI
PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak
JABATAN OPERASI
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA
KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee
ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak
KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine
PENGURUSAN DANA
KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah
MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN/USTAZ En. Shuaib GURU-GURU Cikgu Lydia Amira Johari Cikgu Syahirah Saad Cikgu Ferozah
Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my
LAPANGAN 45 Helaian 5
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
LAPANGAN 45 Helaian 6
KAWASAN OPERASI MRA
Menyiapkan segala dokumen yang diperlukan
BAHANG MYCORPS SEMAKIN TERASA
Kursus Asas MYCORPS yang telah berjalan di seluruh Malaysia mengikut zon-zonnya telahpun tamat. Kursus Asas ini adalah dibawah seliaan dan kendalian Yayasan Salam Malaysia. Mereka yang terpilih dari Kursus Asas akan meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya.
Tim Latihan dan Pembangunan MRA, yang dibawah pimpinan Sdr. Mohd Rezaidi Ishak dan dibantu oleh Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Penyelia Projek MRA, Sdr. Johari Kan Abdullah sedang bersiap sedia untuk meneruskan cabaran peringkat pertengahan ini. Kursus pertengahan ini bakal berlangsung di premis KBS Kampar, Perak. Tahniah pada semua yang bakal terpilih!
LAPANGAN 45 Helaian 7
Kini baton MYCORPS beralih tangan. Peringkat seterusnya ialah Kursus Pertengahan dan Kursus Lanjutan yang bakal dikendalikan sepenuhnya oleh MRA.
Julung kali MRA buat pameran di Melaka
KARNIVAL KOKURIKULUM
MRA terus semakin dikenali ramai. Antara negeri yang Sepanjang pameran ini berlangsung, kami men dapat kunjungan dari ramai pelajar yang berminat agak kurang kami menjalankan aktiviti ialah di Melaka. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MRA dan Alhamdulillah, berkat kerja keras dan komitmen semua kerja-kerja bantuan yang telah dan sedang kami tenaga kerja MRA, kami telah berjaya mengadakan satu lakukan, samada didalam mahupun di luar negara. pameran Karnival Kokurikulum 2014 di Sekolah Menengah Sukarelawan kami begitu bersemangat melayan Sains Muzaffar Syah pada 27hb September yang lalu. setiap soalan yang dikemukakan oleh adik-adik disKami telah dibantu oleh SAHABAT MRA di Melaka iaitu ini. En. Azrin dan isterinya, Puan Shu Amil yang begitu komited mempromosikan aktiviti dan kerja-kerja bantuan kemanu- Sekali lagi tahniah kepada penganjur yang sudi menjemput kami. siaan kepada para pelajar sekolah tersebut.
LAPANGAN 45 Helaian 8
SEK. MEN. SAINS MUZAFFAR SYAH
Sdr. Fadhil sedang bertugas di Booth MRA
BOOTH PAMERAN MRA DI KARNIVAL PENDIDIKAN ABIM 2014, BANDAR BARU BANGI
Pameran MRA memberikan tumpuan dan fokus untuk mengajak orang ramai terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan cinta untuk membantu sesama manusia. Pameran kami ini memberikan maklumat kepada orang ramai dimanakah MRA beroperasi, apakah bidang dan keutamaan bantuan kami, samada di dalam ataupun di luar negara. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana memberikan kami peluang dan ruang untuk turut terlibat menjayakan karnival pendidikan ini.
LAPANGAN 45 Helaian 9
26-28 September yang lalu, MRA turut terlibat dalam mengadakan pameran sempena Karnival Pendidikan ABIM 2014 di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Anak-anak yatim bergambar bersama sukarelawan MRA
Terbaru, MRA Kedah telah mengadakan satu klinik Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk anak-anak yatim dan penjaga mereka di Rumah Anak Yatim Kupang di Baling, Kedah Darul Aman. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan juga pihak Rumah Anak Yatim yang memberi kami ruang dan peluang untuk menabur bakti. Kesungguhan dan komitmen yang ditunukkan oleh MRA Kedah wajar dicontohi dan dicemburui oleh MRA dari negeri-negeri lain.
LAPANGAN 45 Helaian 10
MRA Kedah terus merapati masyarakat setempat dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan program yang bertujuan meringankan beban penduduk.
QURBAN TERBAIK BERJALAN LANCAR
Qurban Terbaik MRA tahun ini berjalan seperti tahun-tahun sebelumnya, namun kali ini kami mendapat kerjasama dari lebih ramai SAHABAT dan Sukarelawan.
Kerja-kerja melapah dan membungkus daging telah dilakukan disitu, sebelum daging-daging ini diagih-agihkan kepada komuniti dan mereka yang telah dikenalpasti.
LAPANGAN 45 Helaian 11
Sejumlah 5 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah berjaya disembelih di Kg. Rinching, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
GOTONG ROYONG SAHABAT MRA
Kami kemudiannya mengaghagihkan daging ini kepada komuniti yang telah dikenalpasti seperti kelompok pelarian Rohingya, orang-orang Asli di perkampungan di mana MRA beroperasi seperti di Pos Bersih, Kg. Songkok, dan Kg. Batu Balung. Terima kasih diucapkan kepada semua SAHABAT dan sukarelawan yang tampil membantu kami sepanjang program ini berjalan.
LAPANGAN 45 Helaian 12
Daging yang telah dilapah dan dibungkus ini kesemuanya dibawa ke Kuala Lumpur terlebih dahulu dan disimpan di pejabat MRA (kami mempunyai peti ais yang bersesuaian)
QURBAN TERBAIK
KELANTAN DARUL NAIM
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan juga para sukarelawan dan tukang sembelih yang terlibat membantu dalam kerja-kerja penyembelihan dan melapah dagingdaging korban ini. Tahniah kepada semua yang terlibat.
LAPANGAN 45 Helaian 13
Qurban Terbaik bersama MRA turut berjaya dilaksanakan di Kelantan dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM Kelantan.
QURBAN TERBAIK DI LAKSANA DI MESIR
Kolaborasi diantara MRA dan adik-adik penuntut Malaysia di Mesir diper eratkan lagi. Kali ini kami ber kerjasama untuk perlaksanaan Ibadah Qurban Terbaik pula.
Kerja penyembelihan dan melapah haiwan Qurban ini dilakukan sepenuhnya oleh para penuntut sendiri. Daging-daging ini dikongsikan bersama penuntut-penuntut Malaysia yang lain dan penduduk setempat.
LAPANGAN 45 Helaian 14
Kami telah berjaya menyembelih dua ekor kambing dan seekor unta disini.
Alhamdulillah, dapat juga kami membantu Gaza
QURBAN TERBAIK DI BUMI PALESTIN
Penduduk Palestin yang terkepung sejak sekian lama, ditambah pula dengan peperangan terbaru menjadikan mereka tinggal dalam keadaan penuh kesempitan dan berhadapan dengan tekanan setiap hari. Sumbangan daging Qurban dari rakyat Malaysia ini mampu memberikan mereka kegembiraan dan menaikkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan.
LAPANGAN 45 Helaian 15
Bantuan MRA ke Palestin diteruskan lagi. Kali ini melalui program Qurban Terbaik 1434. MRA berkerjasama dengan The Islamic Society-Jabaliy City. Beberapa ekor kambing biri biri telah diqurbankan dan diagih-agihkan kepada penduduk setempat.
Agihan daging kepada mereka yang memerlukan
MRA laksana Qurban di bumi Palestin
Doa kami untuk penduduk Gaza
Anda tidak dilupakan
Moga dirahmati ALlah
LAPANGAN 45 Helaian 16
Ingatan dari rakyat Malaysia
Ibadah Qurban tidak boleh dilaksana semudah dulu di Myanmar
QURBAN TERBAIK DI WILAYAH BERGOLAK
Sejak sekian lama, kami memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka dari masa ke semasa, bukan hanya ketika Qurban atau Aidilfitri sahaja. Qurban kali ini, MRA menghantar dua orang wakil dari Ibupeabat untuk memastikan ianya berjalan lancar dan sampai tepat ke sasaran.
LAPANGAN 45 Helaian 17
Kempen Qurban Terbaik MRA tidak pernah melupakan saudara seagama yang tertindas dan menghadapi kesukaran di bumi Myanmar.
Umat Islam Myanmar terus gigih dalam perlaksanaan Qurban
Di beberapa buah tempat di Myanmar, ibadah Qurban tidak dapat dilaksanakan seperti keadaannya di tempat-tempat lain. Ini adalah kerana ianya mendapat bantahan dan dihalang oleh penduduk setempat yang lain, yang tidak mengamalkan toleransi dalam beragama. Namun yang demikian, kami masih dapat meneruskan ibadah ini dengan jayanya.
Tumpuan MRA pada tahun ini sememangnya di Myanmar dan kami telah menurunkan Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA sendiri ke lapangan untuk meninjau dan memastikan perlaksanaan Ibadah Qurban tahun ini berjalan lancar di bumi Myanmar.
LAPANGAN 45 Helaian 18
TIDAK MUDAH LAKSANA QURBAN DI MYANMAR
MYANMAR TIDAK PERNAH KAMI LUPAKAN
Salam Aidil Adha dari perantauan
Sungguhpun kami berhadapan dengan keadaan yang mengancam nyawa dan keselamatan, namun kami tetap hadir menyatakan sokongan dan dokongan kami kepada umat Islam disini dengan mesej yang cukup jelas iaitu mereka tidak pernah dilupakan oleh umat Islam dari Malaysia.
LAPANGAN 45 Helaian 19
Di sesetengah kawasan disini, ibadah Qurban terpaksa di lakukan di waktu malam dan secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan gangguan daripada anasir yang menyimpan dengki dan dendam terhadap umat Islam disini.
Kami berkunjung ke Kampung Orang Asli Batu Balong bagi menyampaikan daging Qurban kepada para penduduk disitu. Namun kehadiran kami disambut oleh orang lain, bukan oleh Tok Batin Mohamad Yusof, kami mendapat khabar menyedihkan bahawa beliau telah kembali ke Rahmatullah lima bulan yang lalu. Al Fatihah.
Kg. Batu Balong merupakan salah satu kampung angkat Orang Asli oleh MRA di negeri Pahang. Kami telah berkunjung ke kampung ini sejak tahun 2012 lagi, ketika itu kami datang bersama tim CSR TNB untuk membawa masuk bekalan elektrik kepada para penduduk di perkampungan ini.
Kami meneruskan edaran daging Qurban kepada para penduduk disitu serta beramah mesra bersama mereka. Kami turut membawa bersama sedikit ole-oleh untuk anak-anak penduduk disini.
Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk berkerjasama mengadakan program CSR di perkampungan ini untuk membantu para penduduk dan anak-anak mereka.
LAPANGAN 45 Helaian 20
AGIHAN DAGING QURBAN DI KAMPUNG BATU BALONG
ZIARAH POS BERSIH EDAR DAGING QURBAN
Kehadiran kami disini tidak asing lagi kerana ini merupakan kampung yang kami paling kerap kami kunjungi. Kami juga rapat dan mesra dengan penduduk disini, dari Tok Batinnya sehinggalah ke anakanak buah yang masih bersekolah. Ini merupakan salah sebuah kampung yang berada dalam pemantauan kami.
LAPANGAN 45 Helaian 21
Daging Qurban Terbaik kami turut diagih-agihkan kepada komuniti Orang Asli yang menetap di Kampung Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak.
KE KG. SONGKOK AGIH DAGING QURBAN TERBAIK
Kampung ini juga merupakan salah sebuah kampung yang sering dipantau oleh MRA dan kami mempunyai pelbagai aktiviti di sini setiap tahun. Masyarakat di sini juga mesra dan sudah mengenali kami, justeru kehadiran kami membawa daging Qurban ini amatlah mereka alualukan. Ribuan terima kasih kepada mereka yang melakukan Qurban melalui MRA, daging Qurban anda telah selamat kami agihkan.
LAPANGAN 45 Helaian 22
Lokasi seterusnya bagi agihan Daging Qurban Terbaik MRA tahun ini ialah di Kampung Orang Asli Songkok yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.
QURBAN DI HAGNAYA
Pasukan perubatan dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Royal College of Medicine Perak (RCMP) dengan kerjasama MRA telah sanggup berkorban meninggalkan keluarga tercinta untuk meraikan dan menyambut Aidil Adha seterusnya mengadakan Ibadah Qurban Terbaik 2014 di Hagnaya, Cebu, Filipina. Mereka juga kemudiannya telah mengadakan Klinik Lapangan bagi merawat penduduk tempatan yang datang berkunjung ke kawasan ini. Sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan dan hampir tidak menang tangan dibuatnya.
LAPANGAN 45 Helaian 23
Aidil Adha turut disambut meriah di sini
Menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan
Klinik Lapangan di Hari Raya Aidiladha
Kehadiran pakar perubatan wanita bertudung menjadikan penduduk wanita disini lebih selesa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Komunikasi antara Doktor dan pesakit tidaklah begitu sukar kerana mereka hampir semua boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.
LAPANGAN 45 Helaian 24
Klinik Lapangan yang dibuka oleh tim UNIKL dan RCMP ini mendapat sambutan di luar jangkaan, ratusan pesakit telah berkunjung bagi mendapatkan rawatan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat kesihatan.
Demi menjayakan Misi Qurban Terbaik 1434 di bumi bergolak, Myanmar, petugas MRA terpaksa menyambut Aidiladha di lapangan. Meninggalkan keluarga dan sanak famili bagi memastikan bantuan Qurban dapat dilaksanakan dengan sempurna dan sampai kepada mereka yang memerlukan di lapangan. MRA serius dalam kerja-kerja bantuan yang disalurkan kepada golongan yang memerlukan, kami berada di bumi Myanmar, termasuk Arakan sejak sekian lama dan tidak pernah melupakan mereka walaupun kami tidak mendapat sambutan dan layanan yang mesra dari pihak penguasa. Namun ianya tidak menjadi alasan untuk kami menarik diri dan berpaling dari sini.
Salam Aidil Adha dari kami di bumi Myanmar
LAPANGAN 45 Helaian 25
Di zon yang kami kategorikan merah ini, segala pergerakan dan komunikasi kami dilakukan secara berhati-hati dan penuh teliti kerana kami tahu setiap pergerakan dan tindakan kami semuanya diperhatikan dan dipantau dari masa ke semasa. Namun ianya tidak melemahkan kami untuk terus membantu mereka yang tertindas ini.
berita dan perkhabaran
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA Pada 13hb September yang lalu, Sekolah Komuniti Rohingya MRA terus menerima tetamu dari tetamu luar negara, kali ini kami menerima kunjungan dari dua orang Sukarelawan dari Singapura yang sudi berkunjung ke sekolah ini. Mereka telah diberikan taklimat mengenai sejarah dan perjalanan sekolah oleh Sdr. Johari Kan, yang turut membawa mereka melawat keeluruhan sekolah tersebut. MRA bukan sahaja membantu pelarian Rohingya di Malaysia malah kami turut mempunyai program bantuan di wilayah Arakan, Myanmar juga. 19 September yang lalu, salah seorang Sukarelawan MRA yang gigih, Cik Scha Yaya telah sudi mengadakan kelas Tusyen Ekspress bagi Bahasa Inggeris untuk membantu anak-anak Rohingya dari sekolah kami yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti.
Selain diberikan ilmu akademik dan kemahiran yang diperlukan, anak-anak Rohingya yang bersekolah di sekolah kami turut dididik dengan ilmu dan pendidikan Al Quran. Sekolah Komuniti Rohingya MRA mempunyai seorang Ustaz yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan anak-anak ini celik Al Quran dan boleh mengaji.
LAPANGAN 45 Helaian 26
Bantuan ini amat kami hargai.
berita dan perkhabaran
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA Solat sebagai salah satu latihan buat mereka
KELAS TAMBAHAN DI MASA CUTI Dalam memastikan pendidikan akademik anak-anak Rohingya ini sentiasa cemerlang, kami kerap mengadakan kelas-kelas tambahan pada hari cuti. Kehadiran mereka amat memberangsangkan.
Kelas tambahan bagi memantapkan lagi mereka
Disamping itu, kami juga memastikan bahawa mereka turut diterapkan dengan nilai-nilai dan budaya yang sihat bagi menjadi warga Rohingya yang punya jatidiri, berakhlak mulia dan peribadi yang cemerlang.
Cuti sekolah diguna untuk aktiviti berfaedah
LAPANGAN 45 Helaian 27
Solat tiang agama
berita dan perkhabaran
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA Ilmu dan pendidikan mampu merubah masa depan mereka
Buktikan anda juga boleh cemerlang
ANAK ROHINGYA JUGA AMBIL UPSR MRA mengorak satu lagi kejayaan pada tahun ini apabila kami telah dapat menghantar empat orang murid dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA untuk menduduki peperiksaan UPSR bertempat di Sentul baru-baru ini, semoga mereka lulus dengan cemerlang.
Aagihan daging Qurban untuk dibawa pulang
AGIH DAGING QURBAN UNTUK KELUARGA MURID ROHINGYA Kami turut mengagihkan Daging Qurban kepada keluarga anak-anak murid yang bersekolah di Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Daging Qurban yang diterima ini pastinya dapat menggembirakan seisi keluarga disamping dapat mengurangkan perbelanjaan mereka.
Sdr. Johari dan Sdr. Alex sedang mengambil daging
LAPANGAN 45 Helaian 28
Buktikan kemampuan anak murid Sekolah Rohingya MRA
Peperiksaan yang diadakan disini adalah untuk mereka yang bersekolah di Sekolah-sekolah pelarian di bawah naungan UNHCR
MRA MULAKAN KURSUS PERTENGAHAN MYCORPS 2014 MRA terlibat secara langsung dalam program pelatihan Sukarelawan MyCORPS yang berada di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia. Kami telah diamanahkan untuk melatih para peserta MyCORPS di peringkat pertengahan dan lanjutan. Peringkat pertengahan akan berlangsung sebanyak 3 siri.
Kursus siri pertama peringkat pertengahan ini telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar, Perak selama 3 hari bermula pada 13hb sehingga 16hb Oktober 2014 yang lalu.
Kami juga telah menurunkan sebahagian besar daripada Resource Person MRA, termasuk Pegawai MRA di Myanmar Kursus Asas MyCORPS yang berjalan sebelum ini mengi- untuk turut sama terlibat dalam berkongsi pengalaman, kut zon-zon di Malaysia telah dikendalikan dengan membimbing dan melatih para peserta yang masih muda jayanya oleh Yayasan Salam Malaysia (SALAM). Kami dan baru dalam kerja-kerja bantuan dan kesukarelaan ini. akan meneruskan usaha untuk melatih pemimpin sukarelawan dalam bidang bantuan kemanusiaan yang berilmu, Semoga kami dapat membantu hasrat negara untuk melabermaklumat, berkemahiran dan mempunyai integriti diri. hirkan sukarelawan yang terlatih dan berpengetahun. Simulasi latihan amat membantu
Para penceramah yang terlibat, Dari Kiri: Sdr. Shine, Tn. Hj. Khairil, Tn. Hj Shirajuddin dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar
Jurulatih, Penceramah dan Fasilitator yang turut terlibat.
LAPANGAN 45 Helaian 29
“Sharing� dari pakar memberikan mereka kefahaman jelas
Perkongsian hebat dari Sdr. Johari Kan Abdullah
Kami menurunkan jurulatih yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang masing-masing. Dalam Kursus Pertengahan ini, ianya tidak lagi membincangkan teori sematamata tetapi melibatkan praktikal dan gerakerja yang mencabar kemampuan dan menguji asas kemahiran mereka. Kami menumpukan kepada kefahaman total setiap peserta mengenai ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi menjadi Sukarelawan yang bakal membawa nama Malaysia melalui misi MyCORPS, ianya bukan tugas yang mudah.
MyCORPS bukanlah satu program latihan yang hanya mahu melahirkan Sukarelawa begitu sahaja. Program ini direka dan bertujuan untuk melahirkan pemimpin Sukarelawan yang boleh berfungsi dan bertindak dalam segala macam suasana, baik ketika bencana, konflik mahupun dalam keadaan aman dan tenang. Mereka dilatih untuk bergerak dalam kumpulan yang kecil tetapi efektif dan berkesan dalam setiap tindakan dan gerakan yang bakal dilakukan. Itulah yang dimaksudkan sebagai pemimpin Sukarelawan, meninggalkan kesan dan impak kepada masyarakat dan kelompok yang disantuninya.
Hanya yang terbaik bakal melangkah ke siri yang seterusnya...
Serius dan penuh penumpuan
LAPANGAN 45 Helaian 30
MyCORPS adalah untuk mereka yang serius hendak berbakti kepada manusia dan alam sejagat.
Tim MRA Pahang di lapangan bagi meninjau sendiri keadaan disini
MRA TINJAU MANGSA RIBUT TAUFAN DI KEMPADANG
Kejadian ribut bukanlah fenom en a asin g di Malaysia sebelum ini, namun apa yang berlaku adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku, ribut yang begitu kuat hingga menerbangkan atap dan merosakkan rumah penduduk di situ. Kunjungan ini disertai oleh Pengerusi MRA Pahang, Dr. Sahrol dan SU MRA Pahang, Sdr. Mahadi Deraman
LAPANGAN 45 Helaian 31
Oktober 13 2014, MRA telah mengadakan lawatan kecemasan bagi meninjau rumah salah seorang penduduk di kawasan Kampung Kempadang yang dilanda ribut baru -baru ini.
Dalam kunjungan ini MRA turut meninjau kerosakkan yang melanda rumah tersebut. Kami turut dibawa melihat keadaan di dalam rumah mangsa yang dilanda ribut. MRA akan melihat dan memutuskan apakah bentuk bantuan yang bakal disalurkan kepada keluarga ini.
Sedikit sumbangan bagi meringankan beban dari kami
LAPANGAN 45 Helaian 32
Meninjau kemusnahan yang menimpa rumah tersebut
Di akhir kunjungan ini, MRA menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.
MRA telah dijemput untuk hadir bersama di Majlis Hi-Tea anjuran Tun Fatimah Global Care yang baru didaftarkan pada 27 Ogos 2014 yang lalu. Majlis yang diadakan di KGPA ini turut disertai oleh NGO-NGO yang lain. MRA telah diwakili oleh Cik Fauziah Tahar dan Cik Lydia Johari.
Majlis Hi-Tea Tun Fatimah Global Care
LAPANGAN 45 Helaian 33
25 september
Cik Fauziah Tahar, Pengurus Komunikasi Korporat MRA telah hadir di dalam Konvensyen Pertama CBR ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 17hb September 2014 yang lalu.
Garismasa-Timeline Tim MRA beroperasi di Peshawar, Khyber Pakhtun Khwa, Pakistan ketika Banjir Pakistan tahun 2010 yang lalu. MRA telah mem bangunkan hampir 80 buah Rumah Syukriah membina Pam-pam Air juga projek Mini Hidro bertujuan bagi membantu penduduk yang serba memerlukan selepas dilanda banjir besar. Kami masih memantau projek-projek kami disini sehingga ke hari ini. Kereta yang kami sewa meragam di pagi hari, jadi kena tolak dulu.
Kami telah menghantar petugas MRA ke lapangan dan kami telah berada hampir sebulan disana menyalurkan bantuan dari rakyat Malaysia. Untuk misi ini kami berkerjasama dengan ALEPS (Alumni Look East Policy Society). Tim kami menyediakan juadah Mee Soto kepada penghuni di pusat pemindahan ini.
LAPANGAN 45 Helaian 34
Ketika Bencana Tsunami melanda wilayah Fukushima, Jepun dalam tahun 2011 yang lalu, MRA merupakan dia n tar a or g a nis as i bantuan dari Malaysia yang mendapat kebenaran untuk ber operasi di lapangan oleh Kedutaan Jepun.
Lepas ayam masuk ke reban Anak itik mandi bertujuh Lepas sudah ibadah Qurban Kini sedia menanti tengkujuh
LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.