LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
MRA BERAKSI DI GEMPABUMI NEPAL Rawatan Susulan Kesihatan Gigi Program Jemari Suara berjalan lancar Basic Life Support MRA Kedah Misi Perubatan MRA di Nepal YAMAN perlu bantuan kemanusiaan
LAPANGAN 52
Di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu, petugas MRA bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia yang membuka pejabat di Lapangan Terbang bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia.
MRA BERAKSI DI GEMPABUMI NEPAL Dunia tersentak dengan kejadian gempabumi yang melanda Nepal baru-baru ini. Gempa yang berkekuatan 8.1 pada Skala Richter ini telah mengakibatkan lebih dari 7600 nyawa melayang.
Kejadian gempa yang semakin kerap berlaku ini seharusnya memberikan kita peringatan dan kesempatan agar kita melihat dan melakukan muhasabah mengenai kehidupan kita yang sebenarnya begitu singkat di bumi ini.
Pengalaman bertugas dan terlibat dalam misi-misi bantuan bencana sebelum ini telah mengajar Gempabumi yang melanda ini seharusnya MRA untuk bersiap sedia lebih pantas dan meng menjadikan kita lebih yakin dan dekat kepada ALlah SWT, Pencipta kejadian langit dan bumi, atur pergerakkan dalam masa yang singkat. menjadikan kita lebih insaf dan bersyukur MRA telah berjaya menghantar Tim Peninjaunya dengan nikmat dan faedah yang kita perolehi ke lapangan kurang dari 72 jam selepas sehingga kini. gempabumi melanda. Tim yang diketuai oleh Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr. Hyzan Gempabumi yang meranapkan Kathmandu Yusof telah bergerak di wilayah Bakhtapur, Kath- disamping turut menggegarkan Gunung Everest ini perlulah dijadikan iktibar bagi kita mandu, Nepal. yang tidak diuji dengan keadaan dan Kami telah menumpukan gerakerja kami di kepayahan seperti yang dialami oleh kawasan sekitar Kathmandu, disamping men- penduduk Nepal ini untuk mensyukuri masa jalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi dan ketika yang masih dipunyai ini untuk antarabangsa dan tempatan yang hadir mem- meneruskan ibadah dan amal bakti kepada manusia yang lain. bantu disana. MRA sebelum ini juga telah pernah terlibat dalam bantuan gempabumi di kawasan lain seperti di Padang, Sumatera, Indonesia. Kami telah berjaya menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan, malah sehingga ke hari ini, kehadiran MRA di Padang, Sumatera terus dirasai melalui pembinaan lebih dari 400 buah rumah Syukur (rumah pasca gempa) yang telah dibangunkan menerusi sumbangan orang ramai dan korporat yang prihatin dari Malaysia.
Justeru itu, kami mengajak seluruh pembaca LAPANGAN dan SAHABAT MRA untuk samasama menghulurkan bantuan dan sumbangan agar dapat kami sampaikan kepada penduduk Nepal yang terkesan akibat bencana ini. Moga ada iktibar yang dapat kita pelajari dari kejadian Gempa Nepal ini hendaknya. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif
Nepal tidak dilupakan. Tim Bantuan MRA telah berada di lapangan kurang dari 3 hari gempa berlaku. Kami membuka klinik lapangan di kawasan terjejas gempa sekitar bandar Kathmandu. Terima kasih kepada para penyumbang dan penderma yang budiman. Kami masih lagi memerlukan sumbangan dan dana untuk membantu membangunkan semula Nepal dari kedukaan yang mereka alami. Sumbanglah ke Tabung Kemanusiaan NEPAL di akaun berikut:MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION No AKAUN: 86 0005947 8 (CIMB BANK)
Dr. Maryati Maharon sedang memeriksa seorang kanak-kanak yang berkunjung ke Klinik Lapangan MRA di Bakhtapur, Kathmandu.
LAPANGAN 52 Helaian 2
Untuk maklumat dan pertanyaan, sila hubungi talian:603 9174 4672 atau HP: 6019 233 6611
Ms 13 Program JEMARI SUARA
Antara Isi Kandungan LaPANGAN MRA siri ke 52 (16 April – 15 Mei 2015)
Ms 21-23 Tim PERUBATAN MRA ke NEPAL
Ms 19-20 RAWATAN susulan Kesihatan Gigi
YAMAN Perlu Bantuan Kemanusiaan
LAPANGAN 52 Helaian 3
Ms 32
Ms 27-29 MISI PERUBATAN MRA DI NEPAL
Ms 26 BASIC LIFE SUPPORT MRA KEDAH
Dapatkan koleksi E-Majallah LaPANGAN yang terdahulu
LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
GARISMASA
Presiden MRA turut mengadakan kunjungan rasmi ke Kem-kem pelarian Rohingya di Sitwe, Arakan bersama rombongan dari beberapa organisasi dari Malaysia. Di MRA, kami merasa denyut nadi penduduk yang tertindas ini dengan berada bersama mereka, bukan sekadar membaca keperitan mereka di akhbar.
LAPANGAN 52 Helaian 4
Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik telah turun padang untuk turut sama berada di lapangan meninjau sendiri kehidupan sebenar yang dilalui oleh penduduk Rohingya di wilayah Arakan.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.
MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).
LAPANGAN 52 Helaian 5
MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.
MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084
MAKLUMAT PERBANKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY
86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION
3988 591 608 LAMAN MAYA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
PENDAFTARAN
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
LAPANGAN 52 Helaian 6
ALAMAT PERHUBUNGAN
PIMPINAN MRA
SEKRETARIAT MRA
SUB KOMITI MRA
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat
ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik
SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli
PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin
PUSAT KOMUNITI
PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak
JABATAN OPERASI
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA
KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee
ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak
KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine
PENGURUSAN DANA
KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah
MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa
Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my
LAPANGAN 52 Helaian 7
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
LAPANGAN 52 Helaian 8
KAWASAN OPERASI MRA
JEMARI SUARA datang lagi Kelas Bahasa Isyarat anjuran MRA datang lagi. Sekiranya anda berminat untuk mempelejari asas komunikasi melalui Bahasa Isyarat Malaysia yang mengikut piawai, anda dijemput untuk hadir dan mendalami ilmu Bahasa Isyarat ini dengan jurulatih dan sukarelawan kami yang sentiasa bersedia untuk membantu anda. Kelas komunikasi Bahasa Isyarat Malaysia ini telah kami gerakkan sejak sekian lama bagi memberikan peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mendalami kemahiran komunikasi asas Bahasa Isyarat yang membolehkan mereka untuk berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang menggunakan Bahasa Isyarat sebagai alat komunikasi utama mereka.
MRA berasa amat terharu dan bertertima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah mengeluarkan sekeping Sijil Penghargaan kepada Malaysian Relief Agency (MRA) diatas bantuan dan gerakerja yang telah kami laksanakan semasa berlakunya Banjir di kawasan Pantai Timur tanahair. Penghargaan ini kami dedikasikan dan tujukan khususnya kepada seluruh tenaga sukarelawan dan SAHABAT MRA yang telah datang dari seluruh Malaysia, yang gigih dan bertungkus lumus membantu penduduk di Pantai Timur.
LAPANGAN 52 Helaian 9
PENGHARGAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ATAS GERAKERJA BANJIR MRA DI PANTAI TIMUR
Selamat Datang ke Sekretariat MRA
KUNJUNGAN TETAMU KOREA Jangan serik untuk datang lagi
Tandatangan buku pelawat 17hb. April 2015 MRA의 사무실에 오신 것을 환영합니다 Sekretariat MRA telah menerima kehadiran delegasi 3 orang staf sepenuh masa daripada International Peace Youth Group (IPYG) yang berpengkalan di Busan, Korea Selatan. Mereka telah diketuai oleh Madam Minji Jo. Terima kasih kerana sudi mengunjungji pejabat kami dan mereka telah kami jamu dengan nasi bungkus berserta sambal dan ulam-ulaman.
LAPANGAN 52 Helaian 10
Tiada Kimchee, makan ulam saja
Tn. Hj, Shirajuddin Sirat, CEO MRA sedang menerima sumbangan Mesin Cetak tersebut
MRA TERIMA SUMBANGAN
MESIN CETAK 15hb. April 2015 MRA amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan kepada kami dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai mahupun organisasi yang sudi menyumbang dana dan barangan kepada kami.
Sejumlah 20 buah mesin cetak telah diagihkan kepada lebih daripada 12 badan kebajikan untuk menerima sumbangan ini. MRA merupakan salah sebuah organisasi yang turut bertuah untuk menerima sumbangan mesin cetak ini. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato' Abdul Razak Hussin, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KOPETRO. MRA telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tn. Haji Shirajuddin Sirat.
LAPANGAN 52 Helaian 11
Terbaru, satu Majlis Penyerahan Mesin Cetak telah diadakan sempena perlaksanaan Program CSR KOPETRO bagi tahun 2015.
Selamat jalan dan jumpa lagi
15hb. April 2015
Kami doakan agar Idris Rashid (Tingkatan 1) dan Llyas Rashid (Darjah 3) berserta ahli keluarga mereka perjalanan yang selamat dan semoga cita-cita dan azam untuk meneruskan perjuangan bangsa Rohingya dalam menuntut pengiktirafan dan kemerdekaan tidak pernah padam dan pudar dalam diri mereka. Selamat jalan!
LAPANGAN 52 Helaian 12
Dua orang anak murid kami dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru akan meninggalkan kami dalam masa terdekat kerana akan mengikuti keluarga mereka dalam program Penempatan Semula (Resettlement) di State of Buffalo, United States of America. Program ini adalah dibawah anjuran UNHCR.
Antara mereka yang hadir dalam Program Jemari Suara kali ini, tahniah!
PROGRAM JEMARI SUARA
BAHASA ISYARAT MALAYSIA
18 & 19hb. April 2015 Program Jemari Suara MRA telah berlangsung di Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL dengan meriah sekali. Program ini bertujuan bagi memberikan pen dedahkan kepada masyarakat mengenai asas komunikasi dalam Bahasa Isyarat (Sign Language) Malaysia. Tahniah kepada Sub Komiti OKU MRA diatas penganjuran program ini serta tahniah pada mereka yang turut serta.
LAPANGAN 52 Helaian 13
Belajar dalam suasana ceria
Ahli keluarga turut diajar teknik ini agar boleh dipraktikkan di rumah nanti
Kelas DOUSA HOU MRA di Taman Setapak, KL 12hb. April 2015
Sub Komiti OKU MRA telah berjaya menganjurkan satu kelas Dousa Hou bertempat di Taman Setapak, Kuala Lumpur. Seramai 7 orang peserta yang turut disertai oleh penjaga mereka telah hadir dalam kelas hari ini. Di pihak MRA pula seorang penyelia, seorang koordinator dan 4 orang sukarelawan telah turut serta membantu.
Jurulatih sedang melakukan regangan
Kami mengalu-alukan komuniti Masjid untuk turut mempelawa kami bagi berkongsi kaedah ini dengan anak qariah mereka. Hubungi kami jika anda ingin tahu apakah itu Dousa Hou!
LAPANGAN 52 Helaian 14
Sub Komiti OKU MRA terus membantu masyarakat dengan penganjuran kelas interaksi dan teknik pergerakkan menggunakan teknik Dousa Hou bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang dikategorikan dalam kumpulan CP.
19
&
20hb.
April
2015.
MRA terus hadir memberikan "input" dan "feedback" yang kami miliki bersama agensi-agensi Kerajaan dan badan-badan berwajib yang lain dalam menangani masalah bencana yang semakin kerap melanda tanahair. Pengalaman MRA beroperasi di dalam dan di luar negara dikongsikan bersama bagi merangka pelan tindakan yang "workable" di masa yang akan datang. Bertempat di Hotel Cititel Penang, Pulau Pinang, sebuah bengkel Pengurusan Bencana anjuran bersama Kerajaan Malaysia, OCHA, UNDP, ICRC dan AHA Centre telah diadakan. MRA telah diwakili oleh Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistiknya, Tn. Haji. Khairil Annuar Khalid.
25hb. April 2015 Satu Mesyuarat GIBK (Guru Ibubapa Komuniti) Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah berjaya diadakan bertempat di bangunan sekolah sendiri.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya para guru, pentadbir dan juga ibubapa yang turut hadir. Semoga sekolah ini terus cemerlang di masa yang akan datang. Insya Allah.
Komited mendidik generasi masa depan Rohingya
LAPANGAN 52 Helaian 15
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai aktiviti sekolah dan penambah baikan yang bakal dilakukan bagi menjadikan perjalanan sekolah ini lebih baik lagi.
KHIDMAT KOMUNITI PENUNTUT UNIVERSITI MALAYA
Jangan serik untuk datang lagi!
Terima kasih kerana membantu mencantikkan Sekolah kami!
Sekolah Komuniti Rohingya MRA terus berperanan sebagai pusat pembelajaran dan kecemerlangan ilmu, bukan hanya untuk mendidik pelajar Rohingya tetapi juga memberi peluang kepada penuntut rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini untuk mencurah bakti dan kreativiti mereka. Terkini, sekumpulan penuntut dari Universiti Malaya telah sudi untuk meluangkan masa mereka untuk membantu kami menghiasi dinding di kawasan tangga Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan.
LAPANGAN 52 Helaian 16
26hb. April 2015
Moga BSKN lebih cemerlang selepas ini
Bengkel Pemilihan Pengerusi
Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)
24 - 26hb. April 2015 MRA telah turut terlibat dalam Bengkel Pemilihan Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) Peringkat Negeri yang telah berlangsung di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa, Melaka. MRA telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA. Kami amat berbesar hati kerana turut dilibatkan dalam aktiviti penting BSKN ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah terpilih untuk menerajui BSKN. MRA akan sentiasa bersedia untuk bersama memberikan sokongan dan bantuan mengikut kadar kemampuan dan kepakaran kami.
LAPANGAN 52 Helaian 17
Aktiviti Teambuilding yang cukup menarik
TAKLIMAT MENGENAI GEMPA NEPAL DI IBUPEJABAT IFRC KUALA LUMPUR
NEPAL perlukan bantuan kemanusiaan segera! 30hb. April 2015
Sebelum ini MRA pernah terlibat dalam beberapa misi bantuan bencana lain seperti gempabumi Padang, Tsunami di Fukushima, Banjir Pakistan dan Kemarau di Somalia. MRA dijangka akan menghantar tim peninjaunya ke lapangan Nepal dalam masa yang terdekat. Disamping itu, MRA juga telah mengenalpasti rakan pelaksana dan organisasi tempatan yang boleh digerakkan bersama dalam misi bantuan kali ini. MRA telah diwakili oleh Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Sdr. Johari Kan Abdullah dalam pertemuan ini.
LAPANGAN 52 Helaian 18
Bertempat di ibupejabat IFRC Kuala Lumpur, satu taklimat mengenai Gempabumi di Nepal telah diadakan. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas kepada organisasi dan mereka yang berhasrat untuk terlibat dalam kerja-kerja bantuan kecemasan dan pemulihan kepada para penduduk yang terkesan gempa di Nepal ini.
Di Klinik, kelengkapan dan peralatan lebih lengkap lagi
RAWATAN SUSULAN KLINIK KESIHATAN GIGI
Selepas mengadakan Program Klinik Kesihatan Gigi di Sekolah Komuniti Rohingya MRA pada 11hb. April yang lalu, beberapa orang pelajar telah dikenal pasti perlu mendapatkan rawatan pergigian susulan. Justeru, mereka telah dihantar ke Klinik Kesihatan Putra Mahkota untuk rawatan susulan dibawah seliaan Dr. Saripah dan tim pergigian beliau.
LAPANGAN 52 Helaian 19
27hb. April 2015
Senyum manis dan gigi yang sihat
RAWATAN SUSULAN II KLINIK KESIHATAN GIGI MRA
Hari ini kami telah menghantar tim kedua anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA yang telah dikenalpasti semasa Program Klinik Kesihatan Gigi di Sekolah Komuniti Rohingya MRA pada 11hb. April lalu yang perlu mendapatkan rawatan pergigian susulan. Seperti semalam, mereka juga telah dibawa ke Klinik Kesihatan Putra Mahkota untuk rawatan susulan dibawah seliaan Dr. Saripah dan tim pergigian beliau. Terima kasih Dr. Saripah.
LAPANGAN 52 Helaian 20
28hb. April 2015
Kesatuan dunia kemanusiaan, tim Indonesia, Malaysia dan Turki
MRA DI GROUND ZERO KATHMANDU Sukarelawan dari Nusantara
MRA telah menghantar tim tinjauannya ke “Ground Zero� gempa di Kathmandu pada hari kelima bencana ini berlaku. Tim tinjauan dua orang ini terdiri daripada Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr. Mohd Hyzan Yusoff dan seorang SAHABAT MRA, Sdr. Hadry Hyzan. Mereka dijangka akan berada disini untuk tempoh 10 hari meninjau segala potensi bantuan susulan yang bakal disalurkan oleh MRA. Mereka turut merasakan siri-siri gegaran susulan (aftershock) yang kuat dan mencemaskan. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat.
LAPANGAN 52 Helaian 21
Bersama ibu muda dan anaknya
Jalan sekitar Kathmandu sesak, namun kami harus bergerak pantas
BERGERAK MELALUI MASJID JAME’ GHANTAGHAR KATHMANDU, NEPAL
Kami bergerak dari Masjid
Sukarelawan MRA yang masih muda
MRA telah memilih untuk menjadikan Masjid Jame’ Ghantaghar, Kathmandu, Nepal sebagai pusat operasi sementara kami dalam misi bantuan kemanusiaan ke Nepal ini. Masjid yang berperanan sebagai pusat pengumpulan bantuan ini turut bertindak memberikan bantuan lojistik kepada organisasi dan komuniti Muslim dari luar yang datang membantu di sini.i
LAPANGAN 52 Helaian 22
Walaupun ini merupakan kali pertama kami berada untuk urusan rasmi di bumi Himalaya ini, namun ianya tidak menjadikan kami asing dan sukar untuk bergerak di sini. Pengalaman bergerak di bumi Fukushima, Jepun ketika Tsunami melanda dulu dijadikan panduan.
Meninjau Pusat Penempatan Mangsa Gempa di Bakhtapur
MEMAKLUMKAN KEHADIRAN KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KATHMANDU, NEPAL
Tim Tinjauan MRA ke NEPAL yang diketuai oleh Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr. Hyzan Yusoff turut bergerak meninjau keadaan di kawasan perkampungan dan pusat-pusat penempatan mangsa gempabumi yang berada di sekitar Kathmandu dan kawasan sekitarnya. Ini adalah bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai keadaan dikawasan tersebut.
Bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu
Seperti misi-misi MRA sebelum ini, kami akan sentiasa memastikan bahawa satu kunjungan rasmi ke Kedutaan Malaysia dapat diatur bagi memaklumkan kehadiran MRA dan aktiviti yang bakal kami lakukan di lapangan. Amat membanggakan, kami bertemu Pegawai Kedutaan Malaysia sedang bertugas menanti kehadiran rakyat Malaysia di tempat letak kereta di lapangan terbang Kathmandu.
LAPANGAN 52 Helaian 23
Menziarahi penduduk kampung
Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik sampaikan sumbangan kepada Bro. Abdul Wahab
BRO. ABDUL WAHAB HAGNAYA
TERIMA KERUSI RODA MRA
8hb. Mei 2015
Satu majlis penyerahan kerusi roda kepada Sdr. Abdul Wahab telah disempurnakan oleh Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik. Kerusi roda ini dibawa dari Malaysia oleh Sdr. Mohd Azwan Ramli dan Sdr. Shafiq Shirajuddin. MRA telah berada di Pulau Cebu sejak hari ke-7 Taufan Haiyan melanda Pulau tersebut dan kawasan sekitarnya. Sehingga ke hari ini, MRA masih beroperasi di Pulau tersebut.
LAPANGAN 52 Helaian 24
Bertempat di Hagnaya, Pulau Cebu, Filipina. MRA terus menyantuni penduduk tempatan yang memerlukan bantuan kerusi roda.
Berkongsi pengalaman
9hb. Mei 2015 Bertempat di Sekretariat MRA di Cheras Baru, satu Sesi Bual Bicara "Dari Ground Zero" dengan tajuk "Gempa Bumi Nepal" telah dikupas secara dekat dan terperinci oleh Dr. Hyzan Yusof, Exco MRA yang telah berkesempatan berada di lapangan pada hari ketiga bencana tersebut berlaku.
Dr. Hyzan Yusof
GROUND ZERO
Gempabumi NEPAL
Dr. Hyzan telah berkongsi maklumatmaklumat penting lapangan, termasuk keperluan logistik, keadaan mukabumi, geopolitik, penerimaan masyarakat dan organisasi-organisasi yang boleh dimanfaatkan di lapangan. MRA dalam mesyuarat khasnya telah memutuskan untuk menghantar 4 lagi Misi Bantuan ke Nepal selepas ini. Tahniah Dr. Hyzan!
LAPANGAN 52 Helaian 25
Apa yang boleh kita bantu di Nepal?
Asas Pertolongan Cemas, anda boleh selamatkan nyawa orang lain!
“BASIC LIFE SUPPORT� anjuran MRA Kedah berjalan lancar Latihan secara teori dan praktikal
9hb. Mei 2015 Sebuah program bermanfaat yang dinamakan "Basic Life Support" kelolaan MRA Kedah telah berlangsung di Hotel Dvista dari jam 9 am sehingga 3 pm.
Di akhir sesi ini telah diadakan peperiksaan bagi menguji kefahaman mereka dalam bentuk praktikal dan juga teori. Seramai 6 orang peserta telah mendapat keputusan lulus 100%. Seramai 5 orang jurulatih BLS terlatih dari Hospital Sungai Petani telah turut terlibat membantu kami.
LAPANGAN 52 Helaian 26
Seramai 30 orang peserta telah terlibat dalam program ini. Mereka terdiri daripada pelajar perubatan dan guru sekolah yang berminat untuk mendalami bidang ini.
Nepal tidak terlepas dari radar bantuan MRA
TIM PERUBATAN MRA berpusat di Bakhtapur, Kathmandu
Tim Perubatan ini dijangka akan menumpukan kerja-kerja rawatan kepada para penduduk terkesan gempa di wilayah Bakhtapur serta kawasan sekitar Kathmandu, Nepal. Tim yang kami hantar ini adalah tim yang terlatih dan mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja bantuan di kawasan bencana sebelum ini.
LAPANGAN 52 Helaian 27
Tim Perubatan MRA telah digerakkan ke wilayah dilanda gempabumi, Kathmandu, Nepal. Tim Perubatan ini telah diketuai oleh Dr. Maryati Maharon, turut disertai oleh Dr. Kamarul Al Haqq Abdul Ghani, Sn. Renobastian Nur Syamsi, Sn. Wan Zulaikha Mazuni dan Sdr. Johari Kan Abdullah.
Komited membantu
Tidak semudah yang disangka Keadaan tidak stabil serta gempagempa susulan yang berlaku menyebabkan ramai penduduk yang merasa lebih selesa untuk mendapatkan rawatan dari Klinik Lapangan yang dibuka di pinggir jalan dan di atas padang. Mereka merasa khuatir dan kurang selamat mendapatkan rawatan dalam bilik dan bangunan hospital. Perasaan ini timbul setelah mereka melalui siri-siri gegaran susulan yang agak kuat dan dalam keadaan banyak bangunan masih rosak dan belum disahkan selamat untuk digunakan. Tahniah kepada tim Perubatan MRA yang sanggup membuka Klinik di atas padang!
KLINIK LAPANGAN MRA
Klinik Lapangan di tepi padang sahaja
LAPANGAN 52 Helaian 28
beroperasi di atas padang rumput
Bahasa tidak menjadi halangan
15hb. Mei 2015
Ikhlas membantu
Kami sedia untuk berkhidmat
MRA tetap komited untuk terus membantu mangsa-mangsa gempabumi di NEPAL, kami telah menghantar Tim Perubatan yang berikutnya untuk meneruskan misi bantuan kami di wilayah-wilayah yang terjejas gempabumi di Kathmandu, Nepal baru-baru ini.
Tim Perubatan ini dijangka beroperasi di kawasan sekitar Kathmandu dan meneruskan kerjasama kami dengan organisasi setempat seperti tim perubatan sebelumnya. Kami doakan yang terbaik buat semua petugas MRA yang bakal menabur bakti di bumi Nepal ini.
LAPANGAN 52 Helaian 29
Tim yang bakal menggantikan tim terdahulu ini akan diketuai oleh Dr. Alifah Zizi, tim ini turut disertai oleh Dr. Salmah, MA Zamunir dan SN Norhayati. Mereka akan disambut oleh Sdr. Johari Kan Abdullah, pegawai logistik MRA untuk Misi Gempa Nepal yang kini berada di Kathmandu, Nepal.
MRA telah menghantar Tim Peninjau yang diketuai oleh Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr. Hyzan Yusoff dan kini satu Tim Perubatan MRA yang dipimpin oleh Dr. Maryati Maharon sedang menumpukan kepada kerja-kerja bantuan di lapangan di Nepal, dengan penumpuan di kawasan Bakhtapur, Kathmandu dan sekitarnya. Bagi membolehkan kami melakukan kerja-kerja bantuan yang lebih berkesan, kami mengalu-alukan sumbangan dari orangramai dan penderma yang budiman. Dana yang disumbangkan akan digunakan untuk menampung gerakerja bantuan kami di lapangan. Semoga Nepal dapat bangkit dari gempa yang berlaku ini. Kemelut politik yang berlaku di Yaman amat membimbangkan. Ianya telah bertukar menjadi tragedi berdarah yang sangat menyesakkan dan begitu ramai penduduk yang tidak berdosa telah menjadi mangsa pergolakkan ini.
Justeru itu, kami telah mengambil keputusan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yaman yang terkepung dan kami mengalu-alukan sumbangan dan sokongan dari rakyat Malaysia yang prihatin untuk maksud ini.
LAPANGAN 52 Helaian 30
MRA telah mengambil inisiatif untuk membantu penduduk Yaman yang tidak berdosa, yang terperangkap dan menderita akibat kekurangan makanan dan minuman serta ketiadaan bantuan perubatan di lapangan.
Merasakan denyut nadi gelandangan di lapangan
SANTUNI GELANDANGAN
Pantang larang perlu dipatuhi MRA bersama 33 jururawat pelatih dari Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, disertai oleh 5 kakitangan Hospital dan 4 orang SAHABAT MRA telah menyantuni kelompok gelandangan yang berada di sekitar kawasan Pudu Raya.
Apa yang telah kita pelajari subuh ini? Khidmat sosial ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelatih mengenai kehidupan mereka yang tidak bernasib baik dan betapa kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepada kita.
LAPANGAN 52 Helaian 31
MRA dan pelatih AL ISLAM di lapangan
MRA siap sedia untuk ke Yaman
YAMAN PERLU BANTUAN MRA atur gerakerja bantuan kemanusiaan 11hb. Mei 2015 Bertempat di Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, satu mesyuarat penyelarasan mengenai penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak di Yemen telah diadakan.
Membuat perancangan untuk penyaluran bantuan ke Yaman
MRA sedang dalam persiapan terakhir untuk menghantar para pegawainya ke lapangan bergolak di Yemen dan sedang me mastikan semua urusan berkaitan berjalan lancar dan aspek ke selamatan akan diberikan perhatian sewajarnya. Ianya menjadi keutamaan kami demi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan selamat.dan berkesan. .
LAPANGAN 52 Helaian 32
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tuan Hj. Khairil Annuar Khalid dan telah turut dihadiri oleh SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman dan CEO MRA, Tn. Hj. Shirajuddin Sirat.
Jalan kaki berhati-hati Agar tidak tersandung akar Mana yang sakit kami rawati Walau di gunung jalan nan sukar Tim Perubatan MRA di Pulau Kinatarcan, Cebu, selepas mendarat dari bot untuk membuka Klinik Lapangan kami disitu.
LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.