53_LaPangan

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

MENUJU WILAYAH BERGOLAK YAMAN Penghantaran Bantuan ke Yaman Klinik Lapangan di Nepal rancak Kempen Rohingya berjalan terus Kempen Penerangan di Masjid-masjid MRA Kedah terus memecut laju Kunjungan wakil umat Islam Xinjiang

LAPANGAN 53


LAPANGAN Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

On The Ground


Petugas MRA bersama orang tempatan dan organisasi di Yaman saling berkerjasama di lapangan.

MENUJU WILAYAH BERGOLAK YAMAN Dengan mengambil kira faktor keselamatan dan lojistik terutamanya, MRA memutuskan untuk mengatur gerakan melalui Pejabat Satelit kami di kota Djibouti, Djibouti. Ini merupakan antara lokasi yang menjadi pilihan kebanyakkan organisasi bantuan untuk mengatur penghantaran Pertelingkahan yang berlanjutan ini menyebab- bantuan ke dalam Yaman. kan rakyat Yaman hidup dalam penuh kepayahan. Bahan-bahan asas seperti air, makanan, Berkat kerjasama erat dengan komuniti Yaman ubatan dan petrol begitu sukar untuk didapati yang berada di Malaysia, banyak urusan kami di di pasaran, malah harganya turut meningkat lapangan telah dimudahkan oleh Allah SWT. berkali ganda sekaligus telah mencetuskan krisis Sokongan dan bantuan yang diberikan kepada kemanusiaan yang dahsyat di bumi Yaman. MRA amat disanjungi dan cukup membantu kami untuk bergerak dan beroperasi disini. Kesukaran untuk memasuki Yaman melalui arah Semenanjung Arab juga menyebabkan operasi Dua orang petugas MRA yang berpengalaman bantuan dari badan dunia dan organisasi ban- dalam gerak atur misi bantuan di kawasan konflik tuan luar negara terhalang dan berada dalam dan bencana telah dihantar bagi mengatur serba kesulitan. Konflik yang berlaku ini menye- penghantaran keperluan asas makanan babkan kebanyakkan agensi bantuan men- (FI :Food Item). Mereka dijangka akan berada gambil langkah tunggu dan lihat kerana tidak sehingga pertengahan Ramadhan nanti di bumi mahu nyawa dan keselamatan kakitangan dan Yaman. petugas mereka terancam di daerah yang semakin bergolak ini. Bagi memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku di bumi MRA turut hadir sebaris dengan organisasi ban- Yaman, kami turut menyediakan penceramah tuan kemanusiaan dunia yang lain di bumi Ya- dan mengatur kempen penerangan di seluruh man. Kami membuat percaturan yang agak negara. Kami mengalu-alukan jemputan dari kritikal terutama dari aspek keselamatan, lojistik orangramai termasuk dari organisasi dan masjid. dan dana. Namun kami tidak punyai banyak pilihan demi membolehkan bantuan dari rakyat Malaysia dapat disalurkan kepada mereka MOHD SHAHRULAZILAN SAID yang memerlukan di kawasan bergolak ini. Pengarah Eksekutif

LAPANGAN 53 Helaian 2

Kekacauan yang berlaku di Yaman semakin berlanjutan dan belum nampak sebarang tanda untuk kembali pulih seperti sebelumnya. Ia bakal mencetuskan konflik kemanusiaan terbaru dan berpanjangan di Rantau Arab.


Antara Isi Kandungan LaPANGAN MRA siri ke 53 (16 Mei – 15 Jun 2015)

Ms 13-16 Misi Bantuan ke Gempa NEPAL

Ms 21-22 MRA Kedah dan “Boat People”

Ms 9-12 Perkembangan Isu YAMAN

Ms 17 Persediaan Lojistik MRA Negeri

Ms 24-28 Hantaran Bantuan ke YAMAN

Ms 36 Kunjungan wakil Xinjiang ke MRA

LAPANGAN 53 Helaian 3

Ms 29-32 Aktiviti & Kegiatan MRA Kedah


GARISMASA Gempabumi yang melanda Propinsi Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 2009 telah mengakibatkan kerosakkan dan kerugian harta benda yang besar termasuk juga kecederaan dan kehilangan nyawa.

Walaupun beberapa tahun telah berlalu, namun MRA masih lagi berhubung rapat dengan penduduk disana, kami masih lagi membantu menerusi program pembinaan Rumah Syukur, pembinaan Telaga Air, program Mesin Bordir, dan sebelumnya bantuan Anak Yatim, Qurban dan Ramadhan. Kelihatan dalam gambar diatas, Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud sedang mengagihkan SEMBAKO (Sembilan Bahan Keperluan Asas) kepada para penduduk yang terkesan akibat gempa tersebut.

LAPANGAN 53 Helaian 4

Bantuan MRA ke kawasan Gempabumi ini merupakan operasi bantuan kami yang pertama ke luar negara. Sebanyak 20 misi bantuan telah dihantar melibatkan lebih dari 150 orang Sukarelawan dan Petugas MRA dalam fasa Bantuan Kecemasan dan Pemulihan.


RINGKASAN EKSEKUTIF

Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).

LAPANGAN 53 Helaian 5

MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 53 Helaian 6

ALAMAT PERHUBUNGAN


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli

PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin

PUSAT KOMUNITI

PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak

JABATAN OPERASI

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA

KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee

ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine

PENGURUSAN DANA

KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah

MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 53 Helaian 7

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman


LAPANGAN 53 Helaian 8

KAWASAN OPERASI MRA


TAKLIMAT ISU YAMAN DI NEGERI KEDAH

MRA merasa terpanggil untuk me mulakan kempen bantuan kemanusiaan kami ke Yaman kerana kami mendapat maklumat yang terperinci mengenai keadaan di lapangan yang amat memerlukan bantuan dari luar. Kami juga sedang giat mengatur sesi penerangan dan kempen seluruh Malaysia bagi menerangkan isu sebenar di Yaman kepada rakyat Malaysia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai ceramah dan kempen yang kami anjurkan di seluruh Malaysia.

Hj. Shirajuddin Sirat, CEO MRA mengiringi Dr. Dawood A. Al Hidabi dalam sesi perkongsian mengenai kemelut Yaman bersama ahli qariah masjid

LAPANGAN 53 Helaian 9

Kemelut kemanusiaan di Yaman yang berpunca dari pertelingkahan diantara puak Houthi dan rakyat Yaman semakin meruncing. Campurtangan negara luar telah mendorong konflik dalaman ini bertukar menjadi besar dan kini menjadi masalah serantau. Tidak banyak pihak dan organisasi yang ikut terlibat bagi membantu penduduk Yaman. Lebih ramai yang menumpukan kepada konflik dan kemelut lain di bumi Timur Tengah ketika ini berbanding Yaman.


Perkongsian isu Yaman Bersama IKRAM Kubang Pasu 20hb. Mei 2015. Usai berucap kepada jemaah Masjid Fatimah, Jitra selepas Isya', kami telah bergegas pula bertemu dengan aktivis IKRAM di Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Daerah Kubang Pasu yang terletak di Pusat Pendidikan Al-Azhar, Jitra, Kedah Darul Aman. Kesempatan ini telah digunakan oleh Prof. Dr. Dawood A. Al-Hidabi untuk menerangkan keadaan sebenar konflik Yaman yang masih tidak begitu difahami oleh kebanyakan orang.

Perkongsian seterusnya dari Prof. Dr. Dawood A. Al-Hidabi ialah di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah Darul Aman. Slot perkongsian ini telah diadakan di Dewan Seminar, Pusat Islam UUM dengan tema "Humanitarian Crisis in Yemen". Kehadiran terdiri dariKakitangan dan penuntut UUM Sintok khususnya para pelajar antarabangsanya. Mereka tidak melepaskan peluang untuk hadir bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan yang berlaku di Yaman. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai apa yang sebenarnya berlaku di bumi Yaman!

Taklimat isu Yaman turut diadakan di UUM Sintok

LAPANGAN 53 Helaian 10

21hb. Mei 2015.


Dr. Dawood sedang menyampaikan ucapannya kepada hadirian di USIM

MRA telah hadir memenuhi jemputan bagi memberikan penerangan kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM ) di Nilai, Negeri Sembilan. Dr. Dawood A. AlHidabi telah menyampaikan perkongsian di program “Humanitarian Crisis—Yemen Is Calling” anjuran mahasiswa USIM. Hadir sama dalam majlis ini ialah Bendahari MRA, Dato’ Shakir Husin. Terdahulu, MRA telah turut mengadakan ceramah dan perkongsiaan di beberapa buah masjid di Lembah Kelang dan utara tanahair. Isu Yaman masih baru lagi di kalangan masyarakat Malaysia kerana ianya tidak mendapat liputan media yang meluas seperti isu Syria dan juga Palestin. Kami akan terus memberikan maklumat dan berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia mengenainya. Untuk menjemput kami, anda boleh hubungi talian: 603 9174 4672. Dr. Dawood menerima cenderamat dari wakil USIM

Ahli Jawatankuasa Penganjur Program bergambar bersama Dr. Dawood dan Dato Shakir selepas tamat program

LAPANGAN 53 Helaian 11

MRA atur Kempen Penerangan Isu Yaman seluruh Malaysia


MRA telah mengambil keputusan untuk terlibat dalam Tambah menyukarkan lagi ialah ianya turut termembantu penduduk yang terkesan akibat sengketa yang kait dengan isu polisi dan campurtangan negara sedang melanda Yaman hari ini. Barat, bukan sekadar satu isu kemanusiaan yang berpunca dari pertukaran kuasa atau kejatuhan Beberapa siri pertemuan dan mesyuarat koordinasi telah seorang pemimpin. mengambil tempat bagi membincangkan gerakerja kempen, penyebaran maklumat, penghantaran bantuan, Isu yang kompleks ini, sedikit sebanyak pengaturan siri ceramah termasuk Sidang Media dan men yukarkan penyaluran bantuan yang perlu kenyataan-kenyataan akhbar yang bakal dikeluarkan. diberikan kepada mereka yang terhimpit didalam zon kecemasan dan kawasan pertempuran. MRA turut berkerjasama rapat dengan kelompok komuniti MRA, sebagai sebuah organisasi bantuan yang Yaman yang berada di Malaysia dan yang juga berada berada dilapangan harus berhati-hati dalam di luar negara. Isu ini agak tenggelam dari maklumat setiap gerak geri dan tindakan kerana ianya orang ramai kerana ianya terkait dengan jaringan boleh mengundang salah faham dan menjadikan kerjasama beberapa buah negara Arab, ini sekaligus MRA dilihat sebagai menyokong atau memencilkan isu ini serta menyukarkan sebarang kempen melebihkan satu-satu kumpulan yang sedang pengumpulanan dana dan penghantaran bantuan. bertelagah di Yaman.

LAPANGAN 53 Helaian 12

TABUNG BANTUAN YAMAN SIAP UNTUK DIGERAKKAN


Merawat dari kampung ke kampung Kami tidak menghadapi banyak masalah di lapangan Nepal

Bahasa tidak menjadi masalah besar kerana kami punyai penterjemah yang cekap

Tim Perubatan MRA ke Nepal terus mengatur langkah membantu penduduk terkesan gempa di wilayah pergunungan yang sebelum ini tidak dapat dimasuki akibat terputus perhubungan. Kehadiran kami ke perkampungan berhampiran Gunung Gaun ini amat dialualukan oleh penduduk setempat. Kami mendapat layanan yang baik dari mereka. Terima kasih juga kepada tim ISN (Islamic Sangh Nepal) yang berkerjasama dan memberikan sokongan lojistik kepada kami.

Ceria bersama penduduk tempatan yang berkunjung ke Klinik Lapangan MRA di Nepal

LAPANGAN 53 Helaian 13

Tim Perubatan MRA terus berbakti di Nepal


Kami membuka Klinik Lapangan sehingga ke puncak gunung di Kathmandu

MRA bergerak dari gunung ke gunung

Tim Perubatan MRA turut menyalurkan bantuan di kawasan pergunungan di Thanabanjyang, luar dari Kathmandu.

Gunung didaki lembah dituruni

Walaupun keadaan sudah kembali normal namun masih banyak kerosakkan yang berlaku pada infrastruktur jalan dan kemudahan awam seperti sekolah, balai raya dan lain-lain.

LAPANGAN 53 Helaian 14

Kami terus berkerjasama dengan tim ISN (Islamic Sangh Nepal) yang membantu dari sudut lojistik. Kami telah berjaya merawat hampir 70 orang penduduk disini.


Ceria

MRA santuni komuniti Muslim di Kathmandu

Sepakat

Mesra

Terharu atas kehadiran kami dari Malaysia

MRA santuni komuniti Muslim Nepal MRA telah biasa berurusan dengan komuniti di rantau ini, justeru itu kami amat memahami situasi ini dan telah mengatur pergerakkan dengan sebaiknya.

Memahami budaya setempat amat penting dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan kemanusiaan demi memastikan kelancaran gerakerja serta mendapat sokonKehadiran petugas kami yang bertudung amat dialu- gan dari organisasi dan penduduk tempatan. alukan dan mereka meraikan kedatangan kami dengan cukup baik sekali. Pengalaman MRA berada di beberapa lokasi sensitif sebelum ini banyak mengajar kami untuk bersedia Di wilayah Asia Selatan, masih ada jurang yang luas dalam situasi sebegini. Seramai 120 orang pesakit diantara lelaki dan wanita, terutamanya dalam telah berjaya kami rawat di perkampungan ini. komuniti muslim

LAPANGAN 53 Helaian 15

Tim Perubatan MRA terus menjalinkan kerjasama dengan tim ISN (Islamic Sangh Nepal) dan telah mengadakan Klinik Lapangan bagi komuniti Muslim yang mendiami kawasan pergunungan di sekitar kawasan terkesan gempa tempohari di Dhalko-17, Chhrtrapati, Kahtmandu.


Agama berbeza bukanlah masalah untuk kami memberi khidmat kepada para penduduk di sini.

TIM MRA BERADA 28 HARI DI NEPAL Bertempat di Swayambhu, Kathmandu, kami telah berjaya merawat hamper 70 orang penduduk di Klinik Lapangan kami. Walaupun sudah menghampiri ke penghujung misi, semangat ahli tim perubatan ini masih kental tetap seperti di hari pertama.

Terima kasih atas kerjasama ini, semoga kita berjumpa lagi

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak Kedutaan Malaysia di Nepal serta rakan-rakan kerjasama MRA di lapangan yang telah berkerjasama sejak hari pertama lagi

LAPANGAN 53 Helaian 16

MRA berada di bumi Nepal bagi misi bantuan kali ini selama hampir 28 hari. Seramai 11 orang petugas MRA telah berada di lapangan bagi membantu penduduk Nepal ter utamanya di kawasan yang dilanda gempa menerusi khidmat Klinik Lapangan kami.


SU MRA Pahang,, Sdr. Mahadi Deraman hadir untuk menerima kenderaan pacuan empat roda dari Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar. Turut sama menyaksikan penyerahan ini ialah Sdr. Johari Kan, Koordinator Projek MRA

Bagi menambah keberkesanan dan memantapkan lagi aktiviti bantuan MRA di lapangan, terutamanya ketika menghadapi bencana yang semakin bertambah kebelakangan ini, MRA telah menambah aset dan kelengkapannya bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih cepat dan meluas. MRA telah bertindak menyiapkan tim MRA di Perak dan Pahang dengan kenderaan pacuan 4 roda. Adalah diharapkan dengan bertambahnya aset dan kelengkapan ini, tim MRA di kedua buah negeri dapat memberikan perkhidmatan dan tindakbalas yang lebih pantas bagi menghadapi bencana dan aktiviti seumpamanya.

Timbalan Pengerusi MRA, Tn. Hj. Hani Yang Kassim hadir mewakili MRA Perak untuk menerima pacuan empat roda dari Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar di perkarangan Sekretariat MRA di Cheras Baru.

LAPANGAN 53 Helaian 17

PERSEDIAAN LOJISTIK UNTUK PERKUKUH GERAKERJA MRA DI PERINGKAT NEGERI


Sdr. Shahrulazilan telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai aktiviti bantuan dan gerakerja MRA dibumi Myanmar dalam membantu penduduk Rohingya yang dizalimi di wilayah Arakan. MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada ABIM yang menjemput kami untuk sesi perkongsian ini.

Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul bersama Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Amidi Dato’ Abdul Manan di sebuah program anjuran ABIM Selangor di Bangi, Selangor

LAPANGAN 53 Helaian 18

Tautan Kasih ke 11 akan berlangsung pada 3hb hingga 5hb Julai 2015 nanti di perkampungan Orang Asli di Pos Bersih, Slim River, Perak. Tiga Latihan untuk sukarelawan akan berjalan serentak pada tarikh tersebut. Walaupun bakal berlangsung dalam bulan Ramadhan, kami telah mendapat permohonan untuk turut serta yang luarbiasa daripada SAHABAT dan orangramai.


Malam Peduli Umat anjuran Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru akan langsung pada 12hb Jun nanti. Ianya akan diisi oleh Sdr. Jufitri Joha, Tokoh Belia Negara 2014 dan juga Tokoh Belia ASEAN 2014. Beliau juga merupakan antara pemikir yang terlibat dalam memulakan program sukarelawan muda bertaraf antarabangsa—Mycorps. Sdr. Jufitri merupakan pimpinan kanan ABIM dan sebelum ini giat bergerak melalui organisasi PKPIM. Penceramah berikutnya merupakan Sdr. Shahrulazilan, Pengarah Eksekutif MRA yang juga pernah menerima Anugerah Tokoh Belia Negara (2003) Kategori Kesukarelaan. Juga terlibat aktif didalam PKPIM semasa zaman mudanya. Majlis ini akan dimoderatorkan oleh Sdr. Mohd Faiz Mohd Yusof, mantan YDP ABIM Mesir.

Sekolah yang diusahakan oleh MRA ini memberikan pendidikan akademik, agama dan kemahiran hidup sejak tahun 2009 lagi. Walaupun ianya terletak di kawasan pinggir bandar, namun ianya cukup dekat dengan penempatan pelarian Rohingya di sini. Sekolah ini yang memuatkan lebih dari 90 orang pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh MRA dan mendapat pemantauan dari UNHCR. Bantuan yang kami salurkan kepada komuniti Rohingya bukan setakat makanan dan perubatan sahaja tetapi turut menjangkau kepada pembangunan diri dan keilmuan anak-anak pelarian bagi memastikan kelangsungan perjuangan menuntut pengiktirafan mereka!.

LAPANGAN 53 Helaian 19

Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur terus menjadi tumpuan media. Kali ini giliran New Straits Times pula memaparkan kisah perjuangan anak-anak Rohingya dalam mencari ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding dengan mereka yang tidak berpeluang untuk hadir ke sekolah menuntut ilmu.


Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan “Mini Carnival� Sekolah Komuniti Rohingya tahun 2015 di Cheras Baru, Kuala Lumpur

MINI KARNIVAL RCS MERIAH Dirasmikan oleh Presiden MRA

16-17 Mei 2015. Bertempat di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, satu Mini Karnival telah diadakan sebagai salah satu aktiviti pengumpulan dana bagi menampung kos pengurusan sekolah.

Dato Presiden menandatangani Buku Pelawat sambil disaksikan oleh Cikgu Lydia Amira Johari

Karnival selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam menjayakan karnival yang diadakan ini. Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah yang kreatif.

LAPANGAN 53 Helaian 20

Dato Presiden turut ditemuramah oleh seorang wakil media dari sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam Mini Karnival ini


Tim Perubatan MRA Kedah bergambar di hadapan pintu masuk ke pusat tahanan Imigresen di Belantik

Tim MRA terus hadir memberikan rawatan kesihatan kepada para pelarian yang ditahan di sini

MRA Kedah yang diketuai oleh Dr. Mohd Saifullah Abdul Halim telah diberi kebenaran oleh pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen Belantik, Kedah Darul Aman bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan perubatan kepada kumpulan orang bot (Boat People) yang dipercayau terdiri daripada warga Myanmar (Rohingya) dab warga Bangladesh.

Tahap keselamatan di Pusat Tahanan ini adalah ketat, justeru, kami tidak berpeluang untuk mengambil sebarang gambar bersama mereka yang ditahan bagi tujuan penyebaran maklumat dan hebahan.

MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada tim perbuatan MRA sebelum ini telah pernah memberikan rawatan per- kami untuk turut terlibat membantu orang-orang buatan dan pemeriksaan kesihatan kepada tahanan- bot yang telah ditahan di sini. Selain itu, kami tutahanan imigresen yang telah ditahan kerana memasuki rut menganjurkan siri kempen penerangan menperairan Malaysia tanpa izin. genai isu Rohingya dan Puting Beliung Kedah.

LAPANGAN 53 Helaian 21

TIM PERUBATAN MRA BERAKSI DI PUSAT TAHANAN IMIGRESEN BELINTUNG


Syarikat Hasani sumbang bahan keperluan asas untuk tahanan di Belantik melalui MRA

HASANI SUMBANG ITEM MAKANAN UNTUK “ORANG-ORANG BOT� Bantuan diberi atas dasar kemanusiaan

Bantuan kemanusiaan, terutamanya dari segi perkhidmatan rawatan kesihatan yang diberikan oleh MRA kepada Orang-orang Bot mendapat perhatian banyak pihak.

Melaui jaringan kerjasama MRA, sebuah syarikat bumiputera telah tampil menunaikan tanggungjawab dan menyatakan sokongan mereka melalui sumbangan bantuan keperluan asas makanan dan kebersihan diri.

Ianya turut menginsafkan mereka untuk turut Penyerahan sumbangan ini telah diadakan di Pusat sama terlibat membantu meringankan bebanan Tahanan Belantik dengan wakil yang menerima sumbandan tanggungan dalam membantu mereka yang gan ini merupakan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. berada di pusat tahanan ini. Tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Hasani, pemilik Hasani Group diatas sokongan dan sumbangan ini.

LAPANGAN 53 Helaian 22

Terima kasih daun keladi


CEO MRA, Tn. Hj. Shirajuddin Sirat bersama dengan Tuan Ahmad Rudin Hussain, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah dan ahli-ahli lembaganya,

PERTEMUAN DENGAN PERSATUAN NELAYAN NEGERI KEDAH 20hb. Mei 2015 CEO MRA, Tuan Haji Shirajuddin Sirat telah mengadakan satu pertemuan strategik dengan Tuan Ahmad Rudin bin Hussain, Pengerusi, Persatuan Nelayan Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kubang Rotan, Kota Setar, Kedah Darul Aman. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP) persatuan tersebut. Pertemuan ini diadakan khusus bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh digerakkan antara MRA dan Persatuan Nelayan terutamanya dalam hal menyantuni pendatang Rohingya yang datang melalui kapal laut dan terkandas di perairan Malaysia. 9hb Jun 2015

MRA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT NGO DARI AMERIKA SYARIKAT

Sekretariat MRA terus menerima kunjungan hormat dari organisasi luar. Kali ini kami menerima kehadiran Tuan Ahmed Omarmumin, Ahli Lembaga Pengarah Global Aid Against Poverty (GAAP) yang berpejabat di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Kehadiran beliau telah d i sa mb u t ol e h K e t ua Pegawai Eksekutif MRA, Tn. Hj. Shirajuddin Sirat. Kedua buah organisasi berikrar untuk saling bantumembantu dan ber kerjasama dalam misi-misi yang akan datang sekiranya diperlukan.

LAPANGAN 53 Helaian 23

Moga terjalin kerjasama strategik diantara kedua buah organisasi


MESYUARAT PENYELARASAN PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE YAMAN

Serius dalam membincangkan gerakerja bantuan untuk penyaluran bahan keperluan asas kepada penduduk Yaman yang terkepung

28hb. Mei 2015 Satu Mesyuarat Penyelarasan mengenai penghantaran Bantuan Kemanusiaan ke Yaman telah diadakan bertempat di Sekretariat MRA, Cheras Baru, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh SUA MRA, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, CEO MRA serta wakil-wakil komuniti penduduk Yaman yang bertujuan untuk membincangkan penghantaran bantuan yang bakal disalurkan oleh MRA kepada para penduduk terkesan akibat konflik yang melanda Yaman ketika ini.

LAPANGAN 53 Helaian 24

Mencari kata sepakat dan merancang strategi terbaik demi penyaluran bantuan ke lapangan Yaman


Food Item (Bahan Makanan) sedang mula dibungkus untuk agihan di kawasan yang memerlukan di dalam kawasan yang bergolak di Yaman

BANTUAN MAKANAN KERING MRA KE YAMAN SIAP UNTUK HANTARAN Cabaran utama kami di lapangan ialah bagi mendapatkan kebenaran untuk masuk bergerak di kawasan konflik yang dikuasai oleh kelompok bersenjata. Ketiadaan organisisai kerajaan (authority) yang dihormati di lapangan amat menyukarkan pergerakan. Segala aktiviti dan pergerakan adalah tergantung kepada keadaan semasa dan siapa yang berkuasa di Kedatangan Ramadhan menjadikan kami lebih seuatu kawasan tersebut. berlumba dengan masa dan segala urusan perlu di selesaikan dalam jangkamasa yang lebih singkat dari Selain dari menyulitkan gerakan organisasi bantuan selalu. menyalurkan keperluan kepada penduduk yang berada dalam kesukaran, ianya turut membahayakan Namun ini bukanlah kali pertama MRA menghantar nyawa dan keselamatan para petugas yang berada di bantuan ke kawasan dan wilayah yang memerlukan lapangan. Bagi misi bantuan ke Yaman ini, MRA didalam bulan Ramadhan, sebelum ini kami telah turut telah memilih untuk menyalurkan bantuan melalui terlibat dalam mengatur misi bantuan ke kawasan Djibouti. kemarau di Somalia dan banjir di Pakistan.

LAPANGAN 53 Helaian 25

Tim Bantuan MRA ke Yaman yang diketuai oleh Pengurus Operasi MRA, En. Mohd Iqbal Abu Bakar telah siap sedia menngatur persiapan bagi menyalurkan bantuan ke wilayah-wilayah bergolak di Yaman, yang keadaannya semakin memburuk dari hari ke sehari.


Memperkukuh tekad untuk bersama membantu penduduk Yaman yang sedang dilanda kesukaran

SIDANG MEDIA: MRA SALUR BANTUAN KE YAMAN

Satu sidang Media mengenai gerakerja MRA bagi membantu konflik yang melanda di Yaman telah diadakan pada 4hb. Jun 2015 yang lalu bertempat di Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Cheras Baru, Kuala Lumpur. Sidang Media ini telah dihadiri oleh Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik dan Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA, Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid. Mewakili komuniti Yaman, hadir sama ialah Kaunselor, Kedutaan Besar Yemen ke Malaysia, Tn. Abdulnaser Ali al-Lawzi dan Dr. Abdullah Alhajjaji (yang baru sahaja kembali dari Djibouti).

Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA menjawab pertanyaan dari pihak media

Melalui Sidang Media ini MRA telah menerangkan kaedah dan perancangan geralerka penyaluran bantuan yang telah dirangka, dengan mengambil kira faktor keselamatan dan lojistik yang cukup kritikal ketika ini. MRA telahpun menghantar dua orang pegawainya ke lapangan di Yaman dalam waktu terdekat dan juga telah mengambil kira segala faktor keselamatan dan juga lojistik. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti, MRA turut merayu sumbangan dari orangramai bagi memastikan lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan di wilayah bergolak ini.

LAPANGAN 53 Helaian 26

Taklimat Media oleh Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA


Gudang Makanan Kering MRA di Djibouti sudah mula beroperasi untuk kerja-kerja pembungkusan makanan kering bagi edaran kepada penduduk Yaman yang terkepung di wilayah yang bergolak

Antara bahan ya

Proses membungkus tepung kedalam pek yang lebih kecil

Kami mendapat sokongan dari ramai sukarelawan dalam kerjakerja pembungkusan ini

Bungkusan tepung siap untuk diedar


Tamar merupakan antara barang makanan yang kami turut edarkan

“FOOD ITEM� KE YAMAN SIAP UNTUK PENGHANTARAN

ang akan diedarkan

Alhamdulillah, tim MRA di Djibouti telah memulakan kerja penyediaan barangan untuk Agihan Makanan (Food Item) kepada para penduduk Yemen yang amat kekurangan makanan. Mereka turut menghadapi kekurangan air minuman apatah lagi untuk tujuan pembersihan. Kekurangan kemudahan perubatan di lapangan turut menjadikan kehidupan di sini amat sukar dan sangat menekan.

Minyak Masak

MRA sendiri terpaksa mengatur langkah strategik dengan membuka pejabat operasi lapangannya di Djibouti dan bukannya di dalam Yaman bagi memudahkan urusan pembelian barangan keperluan dan lojistik. Penghantaran dari Djibouti ke Yemen juga bukan kerja yang mudah, ianya perlu menyeberang Laut Merah dan kami perlu menyewa kapal untuk tujuan penghantaran ini. Beroperasi di zon perang ketika masih lagi berlaku pertempuran dan suasana masih lagi belum aman adalah tugas yang amat mencabar dan berisiko tinggi. Ianya memerlukan aturan kerja yang cermat dan teliti. Apatah lagi berada dalam kawasan pertempuran yang masih lagi berlaku tembak menembak, penuh dengan penempak curi, serangan dari kapal terbang dan pellagai lagi. Doakan kejayaan misi bantuan kami ini.

LAPANGAN 53 Helaian 28

Bantuan yang disediakan oleh MRA ini bakal disalurkan kepada mereka yang berada di dalam kawasan konflik yang telah dikenal pasti. Beberapa lokasi yang telah terputus bekalan makanan dan keperluan asas telah dikenalpasti dan kami akan menyalurkan bantuan ke kawasan-kawasan ini terlebih dahulu.


KEMPEN 2 DALAM 1 MRA KEDAH

MRA Kedah terus bergerak aktif dalam berkongsi maklumat dengan komuniti dan penduduk di Kedah. Kejadian puting beliung yang berlaku serta kedatangan “orang bot� terus mendapat perhatian dan tindakan pantas dari tim MRA Kedah. Beberapa siri kempen penerangan telah diaturkan bagi memberikan maklumat dan kefahaman kepada orangramai mengenai kejadian yang berlaku serta bagaimana mereka juga boleh terlibat dalam meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang diberikan ujian ini.

LAPANGAN 53 Helaian 29

Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Abd. Halim sedang menyampaikan perkongsian kepada mereka yang hadir


1hb. Jun 2015 Siri Jelajah Taklimat Isu Rohingya dan Puting Beliung Kedah diteruskan lagi. Lokasi kedua kami ialah di Masjid Padang Temusu, Sg. Petani. Ruang masa senggang antara solat Maghrib menanti solat Isyak telah dimanfaatkan oleh kami untuk berkongsi mengenai apa yang berlaku di bumi Arakan dan bagaimana usaha kami membantu para penduduk terkesan puting beliung di bumi Kedah. 2hb. Jun 2015 Siri Jelajah Taklimat Isu Rohingya dan Puting Beliung Kedah diteruskan lagi, kali ini ber tempat di Masjid Taman Ria Jaya, kami berkongsi mengenai gerakerja bantuan yang digerakkan secara konsisten dan istiqamah bersama ahli qariah Masjid ini. Sumbangan anda pastinya dapat membantu organisasi seperti kami untuk terus berbakti dan menabur jasa kepada mereka yang memerlukan. 3hb. Jun 2015 Kempen Bantuan Kemanusiaan buat penduduk terkesan ribut di Negeri Kedah dan juga nasib Rohingya di Arakan terus berjalan lancar. Hari ini, kempen kami tertumpu di Surau As-Syakirin, Bandar Perdana, Sg Petani. Istimewa untuk hari ini, kami turut disertai oleh CEO MRA, Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, beliau berkongsi mengenai usaha bantuan MRA yang berterusan di bumi Arakan dan juga di Malaysia demi membantu saudara Rohingya ini.

Malam ini, perkongsian Taklimat Isu Rohingya dan Puting Beliung Kedah diteruskan lagi di Masjid Bandar Laguna, Merbok. Sambutan dari ahli qariah amat menggalakkan. Kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Masjid yang telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada MRA. Terima kasih kami ucapkan kepada ahli kariah Masjid Bandar Laguna, Merbok.

LAPANGAN 53 Helaian 30

4hb. Jun 2015


Terima kasih pada semua Sukarelawan yang hadir

KLINIK AMAL ROHINGYA MRA KEDAH di Sg. Petani

Serius merawat pesakit

Teliti dengan ubat-ubatan

Klinik Amal Rohingya MRA Kedah di Sg. Petani telah berlangsung dengan jayanya.

Mereka turut disertai oleh sekumpulan sukarelawan dari komuniti Muslim China yang turut prihatin dengan kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh para pelarian ini. Kerjasama erat

Tahniah diucapkan kepada tim MRA Kedah yang terus istiqamah dalam tindakan.

LAPANGAN 53 Helaian 31

Tim Perubatan MRA Kedah telah diketuai oleh Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Al Hany. Seramai 222 orang pesakit telah berjaya dirawat.


Agihan diberikan kepada mereka yang memerlukan

MRA KEDAH terus santuni keluarga Rohingya Kami prihatin

Moga ada manfaatnya

Sumbangan telah dilakukan oleh sukarelawan MRA kepada 60 buah keluara pelarian disana. Pek bungkusan makanan (Food Item) ini terdiri daripada Gula, Beras, Kicap, Sos Cili dan lain-lain lagi telah berjaya diedarkan kepada mereka yang memerlukan. MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang budiman yang telah memilih untuk menyalurkan dana mereka melalui MRA.

Berkongsi rezeki dengan yang memerlukan

LAPANGAN 53 Helaian 32

MRA Kedah terus membantu mereka yang memerlukan di lapangan. Bersempena dengan Ramadhan ini, MRA Kedah telah mengedarkan pek bantuan makanan kepada komuniti pelarian Rohingya yang serba memerlukan di Sg. Petani, Kedah Darul Aman.


Kami serius dalam membantu pelarian Rohingya

NASIB ROHINGYA TERUS DIPERJUANGKAN Campurtangan komuniti dunia diperlukan untuk bantu Rohingya

Menjawab soalan dari mereka yang berminat dalam isu Rohingya di luar dewan

Perdana Global Peace Foundation (PGPF) telah menganjurkan International Conference on the "Plight of The Rohingya Part II Crime Against Humanity" bertempat di Auditorium, Muzium Kesenian Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. MRA telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif dan beliau telah berkongsi mengenai pengalaman MRA membantu komuniti Rohingya yang berada di Malaysia (Cheras Baru, Belantek dan lain-lain), Thailand dan di Arakan sendiri.

Bersama wakil komuniti Rohingya yang berada di Malaysia

LAPANGAN 53 Helaian 33

12hb. Jun 2015


Kami dikepung oleh pelampau Rakhine ketika di Sitwee, namun kami tidak lemah semangat apatah lagi untuk beralah dan berundur

MRA AJAK BANTU ROHINGYA SEMPENA MALAM PEDULI UMAT Tokoh Belia ASEAN dan Tokoh Belia Negara sedang berkongsi mengenai isu Syria

Wargakerja Hospital Pakar Al Islam sentiasa komited untuk hadir dalam program berunsur keilmuan dan percambahan maklumat

MRA telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif. Beliau turut berkongsi mengenai bagaiBersempena dengan program Malam Peduli mana MRA dapat memasuki wilayah Arakan Ummat yang dianjurkan oleh Hospital Pakar Al yang begitu sensitif ketika tahun 2012 yang lalu. Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur, MRA telah dijemput untuk berkongsi pengalaman kami men- MRA turut membuka sebuah Pejabat Operasi genai kerja-kerja bantuan yang telah dilakukan di Rangoon, Myanmar bagi memudahkan per bagi membantu komuniti Rohingya samada di laksanaan kerja-kerja bantuan kami di lapangan Malaysia mahupun di Arakan sendiri. untuk para pelarian Rohingya.

LAPANGAN 53 Helaian 34

12hb. Jun 2015


Dr. Saifullah berkongsi gerakerja MRA di lapangan, “Kera di hutan disusukan setelah anak sendiri tidur kekenyangan�, kami tak bantu negara luar sehingga mengabaikan keperluan penduduk di Malaysia sendiri

JELAJAH PENERANGAN MRA DI MASJID SUNGAI LALANG Tidak ramai yang maklum mengenai bencana ribut yang melanda utara Tanahair

Siri Jelajah Penerangan MRA Kedah mengenai isu Rohingya Menangis dan Duka Mangsa Puting Beliung; Pedulikah Kita? terus berjalan rancak. Siri penerangan ke-5 ini telah mengambil tempat di Masjid Sungai Lalang, Sungai Petani diantara waktu Maghrib dan Isya'.

Jemaah Masjid memberikan tumpuan kepada penerangan yang kami berikan, terima kasih

MRA terlibat membantu pelarian Rohingya sejak dari awal penubuhan lagi. Kami mempunyai sebuah sekolah harian khusus untuk anak-anak Rohingya di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Disamping itu kami turut mengadakan rawatan kesihatan percuma termasuk rawatan gigi secara berkala untuk komuniti pelarian ini.

LAPANGAN 53 Helaian 35

Lebih menarik lagi ialah ramai dari kalangan ahli qariah masjid yang turut serta hadir men dengar ceramah ini merupakan orang-orang Rohingya yang telah berkerja dan menetap lama di sekitar kawasan tersebut.


Muslim itu bersaudara, tiada sempadan yang dapat memisahkan mereka

KUNJUNGAN ISTIMEWA DARI WAKIL MUSLIM XINJIANG

15hb. Jun 2015 Nasib yang menimpa umat Islam Rohingya terus mendapat perhatian dunia. Terbaru, MRA menerima kunjungan dari wakil umat Muslim dari wilayah Xinjiang, China ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA yang terletak di Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Satu Kalimah, satu Akidah

Kehadiran mereka telah diraikan oleh Cikgu Lydia Amira dan para guru yang lain. Mereka telah telah diberikan taklimat lengkap mengenai sejarah dan perjalanan harian sekolah ini.

Kami amat berbesar hati dan berTerima kasih kepada Puan Asiah dan En. Saeed yang sudi bangga dengan kehadiran saudara seagama dari Xinjiang ke sekolah ini. berkunjung ke sekolah kelolaan kami ini.

LAPANGAN 53 Helaian 36

Terima kasih kerana peduli dengan nasib kami


Waktu pagi terasa nyaman Cuaca sejuk berawan tebal Beralih kami ke bumi Yaman Setelah tamat membantu Nepal Tuan Haji Hani Yang Kassim, sukarelawan perubatan MRA sedang melakukan pemeriksaan kesihatan ter hadap seorang penduduk yang datang untuk men dapatkan rawatan kesihatan di Klinik Lapangan MRA

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.