LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
KOMUNITI ROHINGYA TERUS DIPERKASA Bantuan Air ke Yaman lancar Integriti Sukarelawan BSKN “Fun Learning” Taylor’s College Rice & Roses di Pulau Pinang Bantuan Banjir di Arakan
LAPANGAN 56
Berada di perkampungan Aung Mingalar, Sitwe sehari dua ini bukanlah suatu keputusan yang baik sebenarnya
KOMUNITI ROHINGYA TERUS DIPERKASA Tumpuan dalam keluaran LaPANGAN ke 56 ini masih lagi kepada program pendidikan dan penyaluran bantuan buat penduduk Rohingya yang tertindas.
Kedegilan Napydaw dalam melaksanakan nasihat yang telah diberikan oleh TYT Yanghee Lee, UN's special rapporteur on Myanmar amat mengecewakan dan membuktikan sikap berdolak dalik yang mereka amalkan sebelum ini.
Turut dipaparkan ialah agihan FI (Food Item) MRA kepada para penduduk Rohingya yang terkesan akibat banjir besar yang melanda sebahagian wilayah Arakan tempohari. Kami juga berkongsi mengenai kegiatan dan aktiviti yang berjalan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Ingin kami tegaskan, menjadi anak pelarian tidak Penafian hak mereka sebagai warganegara bermakna mereka tidak boleh belajar, menjadi bukanlah bermakna mereka boleh diseksa pandai dan menjadi manusia yang cerdik dan dan disakiti, dinafikan hak kemanusiaan untuk berilmu. mendapatkan bantuan dan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan. Edisi kali ini turut memaparkan mengenai bantuan bekalan air bersih yang telah kami salurkan kepada Suka atau tidak, kemelut yang melanda para penduduk yang terkepung di wilayah-wilayah kaum Rohingya ini akan terus menjadi isu bergolak di Yaman dalam konflik berdarah yang dominan apabila kita membicarakan perihal sedang berlaku. Lebih banyak dana diperlukan hak asasi manusia di kalangan negara bagi membolehkan kami menyediakan bantuan ASEAN. Ianya sangat mengecewakan apa- bekalan air dengan lebih meluas lagi. bila isu ini terus menerus kekal tergantung tanpa ada komitmen yang tuntas dari Kami turut kongsikan kali ini mengenai aktiviti pentadbiran negara yang terlibat untuk men- bantuan dan kegiatan yang digerakkan oleh tim cari jalan penyelesaian. Kesannya, negara- dan Sahabat MRA di peringkat negeri seperti di negara jiran terus menjadi tumpuan Perak, Kedah dan juga Pahang, Tahniah! kebanjiran pelarian Rohingya yang mahu menyelamatkan nyawa dan membina MOHD SHAHRULAZILAN kehidupan baru di tempat yang lebih aman Pengarah Eksekutif dan selamat.
LAPANGAN 56 Helaian 2
Kemelut di Arakan terus menjadi agenda besar MRA kerana ianya merupakan satu isu yang jauh dari sebarang penyelesaian dan masih memerlukan pembelaan dari banyak pihak terutama di kalangan pembuat dasar dan pemimpin kerajaan negara-negara ASEAN terutamanya.
Menarik di dalam LaPANGAN MRA siri ke 56 (16 Ogos – 15 Sept 2015) Ms 13-19 PROGRAM SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA
Bekalan Air MRA ke Yaman
Ms 31-33 Rice and Roses MRA Kedah
Ms 9-10 ENGAGEMENT PROGRAMME MRA Perak
Ms 12 Ground Zero—Yaman
Ms 35-38 Agihan di Aung Mingalar
LAPANGAN 56 Helaian 3
Ms 25-28
GARISMASA Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA, Tn. Hj.Khairil Annuar Khalid dan Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai Masjid Cebu Hagnaya dari Sdr. Abu Bakar.
Tim Recee MRA ini diketuai oleh Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid, Sdr. Shahrul dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar. Sehingga ke hari ini kerjasama erat antara kami dan tim pengurusan Masjid terus terjalin. Syukur!
LAPANGAN 56 Helaian 4
Pertama kali tim MRA tiba di Masjid Cebu Hagnaya ialah pada 20hb. November 2013. Ketika keluar dari Pulau Hagnaya kami terlihat ada bangunan persis sebuah Masjid siap dengan kubah dan menara, yang jelas kelihatan mengalami sedikit kerosakan akibat Taufan Haiyan yang melanda.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.
MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).
LAPANGAN 56 Helaian 5
MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.
MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084
MAKLUMAT PERBANKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY
86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION
3988 591 608 LAMAN MAYA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
PENDAFTARAN
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
LAPANGAN 56 Helaian 6
ALAMAT PERHUBUNGAN
PIMPINAN MRA
SEKRETARIAT MRA
SUB KOMITI MRA
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat
ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik
SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli
PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin
PUSAT KOMUNITI
PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak
JABATAN OPERASI
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA
KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee
ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak
KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine
PENGURUSAN DANA
KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah
MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa
Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my
LAPANGAN 56 Helaian 7
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
LAPANGAN 56 Helaian 8
KAWASAN OPERASI MRA
Para Sukarelawan bergambar ramai di hadapan Dewan Komuniti MRA di Pos Slim. Jangan lupa untuk datang lagi nanti.
“ENGAGEMENT PROGRAM WITH THE INDIGENOUS PEOPLE” 15hb. Ogos 2015 MRA Perak telah berjaya menganjurkan sebuah lagi Program Khidmat Masyarakat bersama Komuniti Orang Asli di Pos Slim, Simpang Pulai. Peserta terdiri daripada penuntut dari UniKL Ipoh, Taylor’s College Sri Hartamas dan Universiti Mansoura, Mesir. Hadir sama ialah kakitangan dari Majlis Agama Islam Perak. Program kali ini bertujuan untuk memperkemaskan Dewan Komuniti MRA yang terletak di kampung ini. Selain dari mem bersihkan kawasan sekeliling Dewan ini, kami turut mengecat dinding dan menghias Dewan ini. Kami turut menyediakan juadah bagi makan tengahari untuk dinikmati bersama para penduduk kampung dan sukarelawan yang terlibat dalam program gotong royong ini.
Puashati dapat bersila
Dewan Komuniti MRA kelihatan lebih “bertenaga” setelah dicat semula oleh Sukarelawan yang hadir.
LAPANGAN 56 Helaian 9
Senyum sambil mengecat dinding
Hati-hati panjat tangga tu
Rajinnya ayah disini
Bersama anak-anak penduduk
Berkhidmat untuk masyarakat
Klinik Lapangan turut dibuka
LAPANGAN 56 Helaian 10
Kemas, bersih dan lapang
En. Mohd Rezaidi Ishak, Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA sedang menyampaikan ceramah dan perkongsian beliau.
PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN ISI SLOT INTEGRITI SUKARELAWAN BSKN 16hb. Ogos 2015
Sukarelawan dan Integriti tidak dapat dipisahkan
Pengarah Latihan & Pembangunan MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak telah hadir untuk berkongsi mengenai “Integriti Sukarelawan� bersama para peserta sempena Bengkel Pemantapan Tugas-tugas Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).
1. Tentukan Nilai Teras 2. Analisa pilihan yang dibuat 3. Galakkan budaya Integriti
Pengurus-pengurus MRA turut hadir
Hadir sama dalam program ini ialah CEO MRA berserta Pengurus-pengurus MRA yang lain.
LAPANGAN 56 Helaian 11
Beliau telah menggariskan 3 langkah untuk membangunkan serta memelihara integriti:-
Pn. Nora Azizi Uzir
Hj. Khairil Annuar Khalid.
Sdr. Lutfy Hafifi
PERKONGSIAN GROUND ZERO
MISI BANTUAN YAMAN
Khalayak yang hadir tekun mengikuti perkongsian
22hb. Ogos 2015 Sesi Ground Zero MRA diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai gerak kerja bantuan MRA kepada penduduk Yaman yang terus terhimpit akibat kemelut dan konflik yang terus bergolak.
MRA mengalu-alukan sebarang permohonan untuk mengadakan perkongsian Ground Zero di mana-mana lokasi lain yang bersesuaian sekiranya diperlukan.
Isu Yaman ini tidak begitu popular jika dibandingkan dengan isu Palestin dan Syria
Sumbangan anda untuk mereka yang sangat memerlukan di Yaman disalurkan atas nama: MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION (No. 39885 91608 Public bank)
LAPANGAN 56 Helaian 12
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA dan Puan Nora Azizi Uzir. Moderator bagi program ini ialah wartawan yang sedang meningkat naik, Sdr. Lutfy Hafifi.
12hb Ogos 2015 Kami menerima kunjungan tetamu dari Selatan Thailand yang berhasrat untuk melihat bagaimana MRA menyalurkan bantuan pendidikan kepada anak-anak pelarian Rohingya yang berada di Malaysia. Kehadiran mereka telah diraikan oleh Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA, Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid yang bertindak memberikan taklimat serta penerangan khusus mengenai aktiviti dan kegiatan pendidikan yang disediakan oleh MRA kepada mereka. 15hb. Ogos 2015 Sekolah Komuniti Rohingya MRA hari ini menerima kunjungan dari para penuntut dari Kolej Professional MARA, Beranang, Selangor. Seramai 14 orang penuntut Kolej tersebut telah turut serta d a l a m p r o g r a m K h i d m at Masyarakat (Suai Mesra) ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penuntut yang hadir bagi berkongsi ilmu disamping dapat membantu menceriakan anak-anak pelarian Rohingya yang berada disini. Terima kasih! 17hb. Ogos 2015
MRA telah membantu mereka untuk mengadakan temubual dan rakaman di rumah kediaman para pelarian tersebut di sekitar kejiranan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Tahniah kepada tim SKR MRA!
LAPANGAN 56 Helaian 13
MRA telah menerima kunjungan dari wartawan dan jurugambar daripada Korea Broadcasting System (KBS) yang berhasrat untuk mengadakan satu dokumentari khas mengenai kehidupan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia terutamanya mengenai program pendidikan untuk anak-anak mereka.
ANAK-ANAK ROHINGYA DIRAIKAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
Menunggu juadah tiba
Daulat Tuanku!
18hb. Ogos 2015 Anak-anak Rohingya dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru telah menerima satu jemputan istimewa untuk hadir sama dalam sebuah Majlis Riang Ria Aidilfitri bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di bawah anjuran Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia bertempat di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Mereka turut diiringi oleh Cikgu Lydia Amira Johari dan Cik Siti Zaharah.
Terima kasih atas jemputan
Ceria dan gembira
Daulat Tuanku!
LAPANGAN 56 Helaian 14
TUANKU HAJJAH HAMINAH
Kelas Seni bersama
Abby Zain
Bersama lukisan yang dihasilkan Hidup perlu kreatif
Tekun
Tunjuk Ajar Serius
Anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA terus ikut serta bersama Kelas Kraf & Seni Pelukis Abby Zain di Studio Seni Puteri Pakma di Ampang. Sejak sekian lama kami menghantar anak-anak Rohingya ke sini bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam pendidikan seni dan kreativiti. Anak-anak Rohingya kami didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan disiplin ilmu termasuk seni bagi menmberikan mereka pendedahan yang pelbagai bagi menjadikan mereka lebih pintar, kreatif dan berani.
LAPANGAN 56 Helaian 15
21hb. Ogos 2015
Fun learning with Taylor’s University students
Terima Kasih semua! Warnakan elok-elok
Makan sikit dulu Seronok untuk belajar
Senyum dan senyum
Dengar sini semua!
22hb. Ogos 2015
Jom kita buat sama-sama
Mereka amat teruja dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sikap prihatin dan cakna yang dipamerkan oleh para penuntut Kolej Taylor terhadap anak-anak ini.
LAPANGAN 56 Helaian 16
Bertempat di Kolej Taylor, anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA didedahkan dengan pengalaman menarik iaitu pembelajaran Sains melalui kaedah yang menyeronokkan.
Kami akan kembali ke Arakan!
cakar makar
Kuala Lumpur Bangau oh Bangau
5hb. September 2015 Anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah mengadakan lawatan ke tempattempat menarik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Mereka telah berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur juga ke Muzium Negara dan beberapa lokasi lain. Mereka turut berpeluang menggunakan kenderaan awam. Seperti biasa, mereka ditemani oleh guru-guru pengiring yang komited dan sentiasa bersemangat!
Ikan emas yang jinak
LAPANGAN 56 Helaian 17
Daytime in the Museum
Tumpukan perhatian bila guru mengajar
Serius belajar
11hb. September 2015 UNITAR Intership Programme diteruskan lagi di Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Program ini memberikan peluang kepada anak-anak murid SKR untuk terus belajar walaupun pada hujung minggu. Dalam dunia di mana hak dan peluang untuk mereka menuntut ilmu tidak begitu diberikan, mereka harus merebut segala peluang yang ada untuk menambah ilmu sebanyak mungkin bagi menjadikan mereka manusia yang berpengetahuan dan cerdik. Menjadi pelarian bukanlah satu alasan untuk tidak menuntut ilmu dan malas ke sekolah.
Kelas Hujung Minggu Cuti Sabtu-Ahad dimanfaatkan
LAPANGAN 56 Helaian 18
Tuntutlah Ilmu walau ke negeri Cina
Tumpu dan tekun semasa belajar
Pycademy For Kids Terus berjalan lancar Kita minum dulu Jom makan bersama
Biar saya bantu
12hb. September 2015
Program yang diadakan kali ini bertempat di Makmal Komputer Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Para pelajar yang menghadiri program ini menunjukkan sikap dan semangat ingin belajar yang luar biasa dan amat membanggakan.
Yang sebetulnya begini...
Semoga apa yang dipelajari dari sesi ini akan dapat digunakan dalam aplikasi harian mereka samada di sekolah mahupun ketika berada di rumah.
LAPANGAN 56 Helaian 19
Program Pycademy for Kid diteruskan lagi. Seramai 7 orang pelajar dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah menghadiri program tersebut.
Tahniah pada Azwan dan Alex
YB Menteri Belia & Sukan, En. Khairy Jamaluddin menyampaikan Anugerah Emas kepada Sdr. Mohd Ikhsan Abd. Wahab
WARGAKERJA & SUKARELAWAN MRA TERIMA
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2015
Majlis penyerahan anugerah ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin. Turut hadir dalam majlis ini Sdr. Alex Dennis, SAHABAT MRA dari Tawau, Sabah yang turut menerima Sijil Penghargaan sebagai Mentor kepada 4 orang penerima Anugerah Emas dari Sabah. Turut serta dalam Majlis ini ialah beberapa ahli MyCorps yang turut terlibat dalam penganjuran majlis tersebut.
Sdr. Ikhsan hadir bersama bonda tercinta
Tahniah pada semua yang terlibat
LAPANGAN 56 Helaian 20
27hb. Ogos 2015. MRA merakamkan setinggi penghargaan buat wargakerja kami, Sdr. Mohd Azwan Ramli yang telah menerima pentauliahan Kategori Emas sempena Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2015. Kami turut merakamkan penghargaan kepada salah seorang SAHABAT MRA yang aktif bersama Sub-Komiti Orang Kurang Upaya, Sdr. Mohd Ikhsan Abdul Wa- Sdr. Mohd Azwan Ramli hab yang turut menerima pentauliahan bersama mentor beliau, Sdr. Shahrul Kategori Emas pada majlis yang sama. Malah Sdr. Mohd Ikhsan Abdul Wahab turut terpilih sebagai salah seorang dari enam penerima Anugerah Khas dalam majlis ini.
BENGKEL PENYELARASAN BANTUAN KEMANUSIAAN
Datane dengan tekad yang sama
Serius untuk beraksi Satu hasrat Satu matlamat
28hb Ogos 2015 Bertempat di Akademi Sukarelawan Briged Bakti Malaysia (ASBAB), Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan, sebuah Bengkel Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan telah berjaya dianjurkan. Wakil dari 8 buah organisasi telah hadir bagi membincangkan gerakerja seterusnya bagi menjalinkan kerjasama erat di kalangan organisasi semasa menghadapi bencana. Pengalaman ber kerjasama dalam musim banjir Pantai Timur yang lalu dijadikan asas untuk kesepakatan ini. Tahniah!
LAPANGAN 56 Helaian 21
Dato’ Dr. Abd. Razak Kechik sedang berkongsi pqndqngqn beliau bersama para peserta
Terima kasih dan Tahniah kerana terus memilih MRA untuk jalinan kerjasama
JURULATIH PLKN SUMBANG UNTUK PELARIAN ROHINGYA
3hb. September 2015 Para peserta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang baru selesai menamatkan bengkel selama 10 minggu berkenaan Pembangunan Manual Kejurulatihan PLKN 2.0, telah mengadakan satu kutipan dana bagi membantu pelarian Rohingya yang berada dalam keadaan serba kesulitan. Tahniah!
Terbaik! JLKN terus prihatin
Kutipan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Radzuan bin Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JLKN kepada En. Mohd Iqbal bin Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA dalam Majlis Penutup bengkel tersebut yang telah dihadiri oleh 83 orang peserta bengkel. Semoga lebih banyak pihak yang prihatin dan tampil untuk turut serta memberikan bantuan buat pelarian Rohingya.
LAPANGAN 56 Helaian 22
Sdr. Iqbal mewakili MRA
6hb. September 2015 Dr. Shahrizal Azwan Samsuddin telah mewakili MRA di program anjuran Persidangan Mahasiswa Perubatan HUKM di Auditorium KKM Putrajaya. Mewakili Mercy Malaysia pula ialah Sdr IR Hanafi yang berpengalaman luas. Dr. Azwan turut berkongsi pengalaman beliau sebagai Pengarah Perubatan MRA dalam masa yang sama bertindak sebagai seorang aktivis di lapangan. Menjadi petugas kemanusiaan memerlukan bukan saja semangat, tetapi ilmu dan sahabat pasukan yang dipercayai. Sebaik-baik nya, latihan asas sukarelawan diperlukan sebelum terjun ke lapangan.
MRA telah menerima kunjungan hormat daripada En. Bakhtiyor Khan (tiga dari kanan), Pegawai yang bertugas di United Nations Development Programme (UNDP) bagi membincangkan halhal berkaitan penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan ketika bencana serta bagaimana hubungan kedua buah organisasi boleh dijalinkan. Terima kasih atas kunjungan ini.
Foto (dari kiri): Mohd Iqbal, Johari, Khairil Annuar, Bakhtiyor, Dr Hyzan & Ashraff
LAPANGAN 56 Helaian 23
9hb.September 2015
LAPANGAN 56 Helaian 24
Adik ini tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan bekalan air untuk keluarganya
Hantaran Air Bersih ke Yaman dilipatganda
Terima kasih penyumbang!
Setakat berita ini ditulis, MRA menerusi kerjasama rakan pelaksana kami, One Life Global Welfare telah berjaya menyalurkan sebanyak 72 agihan lori tangki bekalan air bersih ke kawasan berikut yang amat memerlukan di dalam Yaman; Hajah, Sanaa, Taiz dan Turbah.
Sekiranya anda terlepas lori air ini, anda tidak tahu bila lori berikutnya akan datang lagi
Lebih banyak tajaan diperlukan bagi membolehkan kami menyalurkan bekalan air bersih kepada para penduduk di kawasan yang terkepung dan yang telah terputus hubungan. Boleh bantu kami?
LAPANGAN 56 Helaian 25
28hb. Ogos 2015
Mereka telah menunggu kedatangan lori sejak beberapa hari yang lalu
MRA dan One Life Global Charity komited untuk membantu
Syukur ada air
Kami akan terus salurkan bantuan sedaya kami
Kami amat mengalu-alukan s u m ba n g an o r a ng r a ma i dalam membantu bagi dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh para penduduk Yaman, ter utamanya warga emas, kanak -kanak dan wanita yang terperangkap dalam zon perang yang masih belum nampak penghujungnya. MRA sebagai salah sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang bertugas di lapangan merayu atas nama kemanusiaan kepada mereka yang budiman untuk menaja projek bekalan air bersih kami ini yang sesemangnya memberikan manfaat kepada para penduduk yang telah terputus dari segala kemudahan asas termasuk air, elektrik, telefon, petrol, makanan, ubatan dan lain-lain lagi. Mari bantu Yaman melalui MRA.
LAPANGAN 56 Helaian 26
Beratur menunggu giliran
Bekalan air bersih semakin sukar untuk diperolehi dalam keadaan sekarang
KEPERLUAN ASAS semakin berkurangan
Berkongsi air
Air terpaksa dipikul
Justeru, kami memerlukan sumbangan dana dan sokongan dari mereka yang budiman untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh para penduduk yang sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang amat dahsyat ini.
Lori tangki air yang disediakan oleh MRA untuk misi ini
LAPANGAN 56 Helaian 27
Penyaluran bekalan air bersih kepada para penduduk terkepung di wilayah yang terputus bekalan di Yaman amat diperlukan. Mereka telah terputus bekalan ini sejak sekian lama.
Menanti dengan sabar
Food Item (FI) yang siap untuk agihan
AGIHAN bantuan kecemasan terus ke lapangan bergolak
Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan maklumbalas dari orangramai mengenai Kempen Bantuan Yaman yang kami jalankan ini. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Makanan kering yang sedia untuk diagihkan
Kami juga sedia untuk berkerjasama dengan manamana pihak mahupun organisasi yang berhasrat untuk mendapatkan penceramah bagi membincangkan isu ini termasuk juga mengadakan pameran mengenai konflik yang berlaku di Yaman ini.
LAPANGAN 56 Helaian 28
Alhamdulillah, terima kasih penyumbang yang budiman
Sdr. Mahadi Deraman, SU MRA Pahang sedang mengisi salah satu slot perkongsian
MRA LATIH BELIA PAHANG
Bersedia untuk hadapi sebarang bencana 12hb. September 2015 Sdr. Mahadi Deraman, Setiausaha MRA Pahang telah dijemput untuk berkongsi mengenai gerakerja bantuan bagi menghadapi bencana sempena Kursus Sukarelawan Belia Y-Centre Pahang, yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Y Centre Pahang. Kursus yang berlangsung dari 11-13 September 2015 ini telah mengambil tempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air, Rompin, Pahang. Kursus ini telah turut disertai oleh ramai pemimpin belia akar umbi dari Negeri Pahang. Ini merupakan pendedahan yang cukup baik buat para peserta yang masih muda belia. Tahniah kepada komitmen yang diberikan oleh MRA Pahang dalam usaha membantu melahirkan generasi sukarelawan yang terlatih lagi berilmu ini.
LAPANGAN 56 Helaian 29
Aktiviti Team Building di tepi pantai
Kami juga akan tetap melaksanakan ibadah Qurban di bumi berdarah Arakan walaupun sedia maklum ianya tidak dibenarkan untuk dilaksanakan secara terbuka dan pada sesetengah tempat, proses sembelihan dan agihan terpaksa dibuat secara sembunyi dan dilaksanakan Agihan Qurban kami akan disalurkan ke wilayah pada sebelah malam. konflik di Yaman yang kurang mendapat perhatian dunia dan umat Islam berbanding Doakan yang terbaik buat umat Islam di konflik di tempat lain. Walaupun kami pasti akan dua buah belahan dunia yang sedang berdepan dengan kesukaran dalam per diuji Allah kerana iman dan aqidah laksanaannya nanti, kami tetap komited untuk mereka. menghantar bantuan ke sana.
LAPANGAN 56 Helaian 30
Kempen Qurban Terbaik MRA terus mengambil tempat seperti adatnya. Kempen Qurban Terbaik tahun ini menumpukan sasaran bantuan kami ke kawasan yang serba memerlukan di wilayah yang terus dilanda dengan konflik berterusan.
Masih ramai yang prihatin
KLINIK JALANAN UNTUK SEMUA
kerjasama lapangan MRA dan Rice & Roses MRA telah turut serta dalam aktiviti Dapur Jalanan anjuran tim Rice & Roses yang diadakan di Persiaran Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 12hb. September 2015 yang lalu. Tim MRA telah diketuai oleh Dr. Saifullah Al Hany dan kami telah memberikan tumpuan kepada program pemeriksaan kesihatan dan edaran kit kebersihan diri kepada mereka yang hadir untuk menjamu selera disini.
Jom jamu selera
Tim MRA terdiri dari doktor, para-medik juga sukarelawan telah hadir terlibat sama. Terima kasih diucapkan kepada tim Rice & Roses kerana sudi menjemput kami untuk bergandingan dengan mereka dalam menyantuni kelompok gelandangan disini.
Jemput makan
LAPANGAN 56 Helaian 31
Beratur menanti giliran tiba
Hj. Kamaruddin dan Dr. Saifullah bersama tim MRA sedang memaklumkan kepada orangramai mengenai sasaran kempen hari tersebut
MENYANTUNI GELANDANGAN
MRA harus belajar dari tim Rice & Roses
Klinik Lapangan sedang berjalan rancak, tahniah kepada tim MRA Kedah!
MRA harus belajar mengenai kaedah dan cara perlaksanaan yang digunapakai oleh tim Rice and Roses dalam usaha mendekati kelompok gelandangan di Pulau Pinang yang kelihatan begitu baik dan berkesan sekali. Walaupun kami telah mengadakan agihan bantuan FI dan NFI kepada gelandangan di Kuala Lumpur banyak kali, namun masih ada banyak yang perlu kami pelajari dan perbaiki.
Moga kekal sihat hendaknya
Berkerja secara sinergi diantara organisasi membantu kami untuk lebih fokus tetapi dalam masa yang sama mengembangkan pengetahuan dan pengalaman kami didalam bidang yang kami belum menguasainya dengan baik dan berkesan.
LAPANGAN 56 Helaian 32
Agihan Kit Kebersihan
Ayam berkokok! Harimau?
STREET EDUCATION
BOLEH DIKEMBANGKAN memberi peluang kepada anak gelandangan Jangan lupa datang lagi
Belajar itu menyeronokkan
Aktiviti tidak formal seperti melukis, mewarna, bercerita dan sebagainya amat membantu anak-anak yang berada di jalanan ini untuk turut serta terlibat. Mereka harus didedahkan dengan kepentingan ilmu dan minat ini perlu ditanamkan dari usia muda agar mereka dapat menanam azam untuk menjadi manusia terpelajar.
Belajar walaupun di kaki lima sahaja
LAPANGAN 56 Helaian 33
Program yang kami sertai bersama tim Rice & Roses ini turut men dedahkan kami kepada aktiviti pendidikan ceria buat kanak-kanak yang turut berada di sekitar kawasan tersebut.
Hilux MRA terus berkerja
Santai bersama anak-anak penduduk
Istimewa Ceria
Hati-hati bila angkat barang yang berat-berat,
LAPANGAN 56 Helaian 34
MRA PERAK DI POS BROOKE
Pada 4-6hb. September 2015, bertempat di Pos Brooke (KOA Brooke Lama & Hendrop), Gua Musang, Kelantan. Sebuah Program bersama komuniti Orang Asli telah berjaya dianjurkan secara sinergi. Tahniah kepada semua pihak yang ikutserta:- Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara; MRA Perak, sukarelawan dari UniKL RCMP, KPTM-KL, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang. Syabas!
Arakan, tidak pernah kami lupakan
AUNG MINGALAR tetap dibantu MRA Kaum ibu beratur menunggu giliran
Agihan Ramadhan MRA terus dilaksanakan di wilayah bergolak Sitwe, Arakan. Bertempat di perkampungan terkepung Aung Mingalar, yang merupakan satusatunya perkampungan Rohingya yang masih ada di Sitwe (yang lain telah dimusnahkan). Agihan ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama tim dan sukarelawan MRA di lapangan yang sentiasa siap sedia untuk membantu dan memastikan barangan makanan ini dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Syukur atas sumbangan ini
Sama-sama berkongsi nikmat
LAPANGAN 56 Helaian 35
Terima kasih kepada pendana kami, One Life Global Welfare yang telah menaja kos dan perbelanjaan untuk keseluruhan agihan ini. Semoga semua pihak mendapat manfaat agihan ini.
Agihan dibuat disiang hari dan di tempat terbuka
Bantuan untuk Rohingya
terus disalurkan Terima Kasih
Hati-hati angkat Moga anda tidak kelaparan minggu ini
Jangan lupa doakan kami
Nikmat yang cukup bermakna
LAPANGAN 56 Helaian 36
Perkampungan yang sebelum ini cukup padat dengan penduduk sebelum diserang oleh pelampau Rakhine terus bertahan di zon konflik yang cukup kritikal di Sitwe ini. Bila-bila masa sahaja mereka ini boleh diserang dan dicederakan. MRA telah membantu penduduk yang terkepung disini sejak tahun 2012 lagi dan kami terus menghantar bantuan yang pelbagai sehingga ke hari ini, walaupun kehadiran kami tidak dialu-alukan oleh pihak pemerintah Myanmar.
Tak berat ke letak atas kepala?
BANTUAN TIDAK
MENCUKUPI Berkongsi sama banyak
Pembungkusan bawang
MRA telah bertindak sebagai rakan pelaksana kepada tiga buah organisasi yang berpejabat di United Kingdom; Giving World Charity Trust, International Humanitarian Relief dan Families Relief untuk agihan bantuan mereka kepada penduduk terkesan banjir di Sitwe, Arakan.
Stor pembungkusan
Beras
Minyak masak
LAPANGAN 56 Helaian 37
Bawang siap dibungkus
Agihan barangan makanan (Food Item) yang terdiri daripada beras, tepung, minyak masak, gula, bawang dan lain-lain telah berjaya diatur ke beberapa buah perkampungan Rohingya yang terletak di luar dari bandar Sitwe. Proses penyediaan bahan-bahan ini tidak semudah seperti di tempat lain. Ianya agak sukar dan melecehkan. Para peniaga antara takut dan berani untuk mengadakan urusniaga dengan kami kerana mereka tahu bantuan ini semuanya akan disalurkan untuk kaum Rohingya.
Guna beca untuk bawa pek sumbangan pulang ke rumah
Bawak balik bantuan ke rumah
Sabar dengan ujian
Terima kasih penyumbang
Hadir mewakili keluarga
Agihan bantuan makanan (FI) yang disalurkan kepada para penduduk Rohingya di Arakan ini amat-amat membantu mereka. Sekatan ekonomi dan sosial yang dikenakan keatas mereka oleh pemerintah tentera Myanmar amat menyukarkan kehidupan seharian. Walaupun terlibat sepenuhnya dalam banjir yang melanda, hak mereka tetap dinafikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang bantuan dari pihak berwajib. Justeru, bantuan yang kami salurkan sangat membantu penduduk yang dilanda banjir ini. Semoga lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka.
LEBIH BANYAK BANTUAN DIPERLUKAN DI LAPANGAN
LAPANGAN 56 Helaian 38
Moga dapat membantu
TIPS KESIHATAN
JEREBU – KESAN-KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN C. APAKAH KESAN-KESAN JEREBU KEPADA MANUSIA?
MUQADDIMAH Saban tahun, jerebu melanda negara kita dan menyebabkan peningkatan masalah kesihatan. Tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk mengawal kejadian ini secara tuntas. Oleh hal yang demikian, saya kongsikan beberapa pengetahuan asas tentang jerebu yang perlu kita fahami dan seterusnya diamalkan sewaktu jerebu melanda negara kita. Sekurangkurangnya, dengan mengambil beberapa langkah pencegahan ini, dapat mengurangkan risiko ancaman kesihatan kepada kita dan juga ahli keluarga kita.
1. Terasa gatal dan sakit pada kerongkong 2. Batuk-batuk 3. Terkena serangan asthma dan kesukaran bernafas 4. Mata terasa pedih, mejadi merah dan berair 5. Hidung gatal, berair dan kerap bersin 6. Kulit terasa gatal dan mudah alahan D. Berikut adalah langkah pencegahan dan perawatan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan permasalahan jerebu dan kesannya.
Jerebu adalah satu keadaan dimana partikel halus seperti debu, asap, gas pencemar dan habuk yang saiznya kurang dari 10 mikron terapung-terapung dan berkumpul di permukaan udara yang kering. Seringkali aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti pembakaran hutan secara terbuka dan pelepasan asap industri menyebabkan pencemaran udara ini terjadi. Bagi mengukur tanda aras kualiti udara khususnya sewaktu jerebu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) diperkenalkan. Sebagai contoh, jika IPU melebihi 200, ini menunjukkan kadar udara yang sangat tidak sihat dan boleh menyebabkan ancaman pernafasan. B. SIAPAKAH YANG TERDEDAH KEPADA RISIKO? Jerebu boleh memberi kesan kepada semua orang yang terdedah kepada udara. Walaupun begitu, golongan ini boleh menerima risiko ancaman pernafasan berbanding yang lain.
1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba sehabis baik berada di dalam bangunan 2. Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari 3. Kerap membasuh tangan, muka dan kawasankawasan yang terdedah dengan udara 4. Jika menggunakan kenderaan berhawa dingin, sentiasa hidupkan alat penghawa dingin dan tutup tingkap kenderaan 5. Mmemakai topeng muka N95 atau paling kurang topeng muka 3 lapis (3 ply). 6. Berhenti menghisap rokok 7. Pergi ke hospital dengan segera sekiranya mengalami gejala-gejala yang tidak diingini. Adalah penting mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada penghidap asthma, allergi dan penyakit kronik paru paru kerana mereka akan mendapat kesan yang lebih memudaratkan. Pastikan ubat-ubatan anda seperti inhaler dan ubat alahan berada bersama anda sentiasa dan tidak luput tempoh. Aktiviti di luar perlu dihindarkan atau ditangguhkan ke hari lain yang yang lebih sesuai. Persediaan kita menghadapi jerebu ini boleh membantu kita dan keluarga mengelakkan risiko masalah kesihatan yang lebih besar.
DR. SHAHRIZAL AZWAN BIN SAMSUDIN Pengarah Perubatan MRA
LAPANGAN 56 Helaian 39
A. APAKAH ITU JEREBU?
1. Kanak-kanak 2. Orang Tua 3. Mengalami penyakit paru-paru seperti asthma, radang paru-paru dan penyakit paru-paru kronik 4. Masalah jantung 5. Perokok
Di antara tanda dan gejala jerebu kepada kesihatan kita ialah :-
LAPANGAN 56 Helaian 40
FAKTA-NOMBOR-ANGKA
Menjalar sulur tandanya subur Mekar bunga di hujung taman Bantuan dihulur Bakti ditabur Kekal berguna sepanjang zaman Pada tahun 2011, MRA telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Somalia bagi membantu para penduduk yang terkesan akibat kemarau buruk yang melanda mereka. Ini merupakan salahsatu telaga air yang kami bangunkan di Galkaiyo, Puntland, Somalia.
LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.