LaPANGAN_59

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 59

MRA KELANTAN

MULA BEROPERASI ASIS tabur bakti di Kampung Songkok Doctors Beyond Borders UKM Peperiksaan akhir tahun SKR-MRA Program Khatan MRA Negeri Bantuan air ke Yemen dilipat ganda “Kami Mendengar” di Universiti Malaya


Menampilkan aktiviti bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) setiap bulan. Jangan ketinggalan untuk mengikuti setiap edisi LaPANGAN. Kami memaparkan gerakerja MRA di dalam dan juga di luar negara, di kawasan terkesan bencana dan juga kawasan tersepit antara konflik. Program berkaitan Orang Asli, Orang Kurang Upaya, Latihan dan Pembangunan, Bantuan Bencana, Pembangunan Semula, Koordinasi dan banyak lagi‌ LaPANGAN adalah majalah bantuan kemanusiaan anda!


MRA Kelantan terus bergerak di Lapangan walaupun masih muda

MRA KELANTAN MULA BEROPERASI MRA terus mengorak langkah dalam memperkukuhkan gerakannya di tanahair. Terbaru, pelancaran MRA Kelantan memberikan indikasi jelas bahawa MRA sedang mengatur pergerakan dengan penuh teliti dan cekap bagi memastikan penguasaan lapangan operasi yang lebih luas dan lebih menyeluruh lagi. Selepas kewujudan MRA Perak, MRA Kedah, MRA Pahang dan kini menyusul pula MRA Kelantan, ini secara rasmi menandakan MRA telah bersedia untuk menjadi pemain utama di lapangan tempatan khususnya dalam kerja-kerja bantuan bagi menghadapi bencana dan musibah di peringkat tempatan yang semakin meningkat dari hari ke sehari.

Sempena musim cuti sekolah ini, MRA di negeri-negeri turut sibuk untuk mengatur program khatan bagi kanak-kanak yang bakal menuju alam dewasa. Inilah antara saat yang menarik dalam musim cuti sekolah kalau di Malaysia. Sementara itu, misi bantuan MRA di Yaman tidak pernah dilupakan, bekalan air terus dapat disalurkan dari hari ke sehari ke kawasan yang bergolak dan terkepung. Rakan pelaksana kami di lapangan terus gigih menghantar bekalan air ini walaupun ianya bukan suatu tugas yang mudah dan selamat. Ancaman keselamatan adalah tinggi dan kami cukup berhati-hati dalam memastikan semuanya adalah terkawal.

Aktiviti di Sekolah Komuniti Rohingya juga terus berjalan lancar. Lebih ramai pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengan MRA kebelakangan ini. Semuanya adalah kerana semakin banyak isu dan berita mengenai pelarian Rohingya yang dilaporkan oleh media yang menimbulkan simpati dan tindak balas dari orang Tenaga-tenaga penggerak MRA Kelantan pula terdiri dari- ramai. pada mereka yang sememangnya pakar dan berpengalaman luas dalam dunia bantuan kemanusiaan, bukan sahaja Program pelatihan MRA juga terus bergerak lancar, dengan pelbagai program dianjurkan bagi melahirkan didalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. lebih ramai sukarelawan dan SAHABAT MRA yang berPenubuhan MRA Kelantan adalah bukti jelas kepekaan maklumat dan berpengalaman. MRA turut dijemput serta kesungguhan MRA untuk menyantuni penduduk di untuk terlibat sama dalam beberapa program yang wilayah pantai timur yang sering diuji dengan pelbagai dianjurkan oleh pihak UNHCR terutama dalam isu yang jenis bencana serta dugaan, dan yang paling kerap melibatkan Rohingya. melanda mereka ialah banjir yang sering datang pada penghujung tahun. Kalau dulu, banjir dianggap oleh orang Moga MRA terus kekal istiqamah dan FOKUS, amin. tempatan sebagai pesta, namun kini ia bukan lagi pesta MOHD SHAHRULAZILAN seperti yang disangkakan. Ianya merupakan tragedi. Pengarah Eksekutif

LAPANGAN 59 Helaian 2

Selain dari menyantuni penduduk terkesan banjir, penubuhan MRA Kelantan juga dijangka dapat membantu usaha bagi memperluaskan aktiviti MRA untuk komuniti Orang Kurang Upaya, Gelandangan, Pelarian Rohingya dan sebagainya dengan cara dan corak bantuan yang lebih tersusun dan terarah lagi.


Helaian 9-10 ASIS DI KAMPUNG SONGKOK

Menarik

59

di dalam

16 November

LaPANGAN

Helaian 21-22 Doctors Beyond Borders

Helaian 29-32 Bantuan Air ke Yemen

Helaian 17— Musim Periksa Tiba

Helaian 11-13 MRA Kelantan mula beroperasi

Helaian 23-24: KHATAN Andalusia MRA Kedah

LAPANGAN 59 Helaian 3

15 Disember 2015


Tahun 2013, kami menelusuri kehidupan pelarian Rohingya di bumi Arakan, di penempatan That-Kay-Phin, Sitwe. Menyalurkan bantuan disamping memberikan mereka semangat untuk terus kekal bertahan di bumi kelahiran mereka ini. Kredit Gambar: Wan Norhisyam

LAPANGAN 59 Helaian 4

GARISMASA


RINGKASAN EKSEKUTIF

Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).

LAPANGAN 59 Helaian 5

MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 59 Helaian 6

ALAMAT PERHUBUNGAN


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli

PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin

PUSAT KOMUNITI

PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak

JABATAN OPERASI

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA

KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee

ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine

PENGURUSAN DANA

KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah

MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 59 Helaian 7

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman


LAPANGAN 59 Helaian 8


Tahniah diatas semangat dan kerjasama yang ditunjukkan.

SUKARELAWAN MUDA ASIS DI

KAMPUNG SONGKOK Sekumpulan Sukarelawan yang terdiri daripada 40 orang penuntut Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS), Kuala Lumpur telah tampil menabur bakti dan jasa menerusi program Khidmat Komuniti kepada komuniti penduduk Orang Asli yang menetap di Kampung Songkok, Batang Kali, Selangor. Kesemua pelajar lelaki ini telah turut disertai oleh dua orang guru pengiring dan dibimbing oleh jurulatih MRA yang terdiri dari ahli Sub-Komiti Orang Asli dan juga Sub-Komiti Latihan MRA.

Kampung Songkok telah dipilih sebagai lokasi latihan buat kumpulan pelajar ini kerana ianya menepati keperluan latihan, lokasinya yang mudah untuk dituju, masyarakatnya yang mesra serta turut mengambil kira kesesuaian bentuk aktiviti yang bakal mereka jalankan.

Agihan kerja gotong royong sedang dilakukan

Selain itu, kawasan ini juga turut terletak di lokasi yang berhampiran dengan Kuala Lumpur, tidak terlalu di pendalaman, mudah untuk dimasuki, selain mempunyai kemudahan lojistik yang diperlukan bagi menampung sukarelawan yang berkumpul disini. Terletak berhampiran sungai yang indah dan bersih, lokasi ini merupakan kawasan latihan yang cukup ideal dan menarik untuk dikunjungi, kenapa? Tak percaya ke?

LAPANGAN 59 Helaian 9

Surau menjadi meriah dengan kehadiran mereka

Program yang berlangsung dari 14-15 November 2015 ini ber tujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat lebih lanjut mengenai kehidupan masyarakat Orang Asli di Malaysia yang menarik dan kaya dengan budaya dan tradisi yang unik.


Interaksi bersama anak penduduk

Aktiviti berkumpulan memantapkan lagi gerakerja Makanan dimasak oleh mereka sendiri, nasiblah...

Gerakerja bersama anak-anak Orang Asli di Kampung Songkok ini memberikan peluang kepada murid-murid Sekolah Sains Alam Shah ini untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup komuniti Orang Asli disini. Solat berjemaah adalah manifestasi kepada teamwork yang sebenar

Melalui aktiviti yang dijalankan, suasana ceria dan harmoni telah dapat dibentuk dan dipupuk dikalangan para peserta program dan penduduk setempat. Tahniah kepada semua yang terlibat.

LAPANGAN 59 Helaian 10

Ceria dan mesra


MRA Kelantan terus gigh membina reputasi mereka sendiri.

KEHADIRAN MRA KELANTAN

MEMERIAHKAN LAPANGAN 14hb. November 2015 MRA Kelantan buat pertama kalinya turun padang secara rasmi menerusi program Kesihatan Pra Banjir di Kg. Keluat, Jajahan Kuala Kerai, Kelantan. 5 Objektif utama yang cuba dicapai menerusi program ini adalah seperti berikut:-

Rawatan kesihatan dari rumah ke rumah

Memeriksa tahap kesihatan penduduk kampung dalam menghadapi musim tengkujuh.

II. Memberi ceramah kesihatan mengenai penyakit bawaan banjir, sebagai langkah persediaan penduduk kampung. III. Meninjau keadaan atau kemusnahan akibat bencana lalu, dan memberi maklumat kepada pihak berwajib.

LAPANGAN 59 Helaian 11

i.


Nantikan kehadiran MRA Kelantanmenambah ceria dunia bantuan kemanusiaan

MRA terus bertapak di Pantai Timur Turun padang

iv. Mengukuhkan silaturahim antara umat Rasulullah melalui program Bekwah v. Menyelitkan unsur dakwah di sepanjang program - solat jemaah bersama penduduk kampung Tahniah kepada tim MRA Kelantan yang gigih dan kreatif, tabik hormat kepada Dato' Dr. Rosemi, Dr. Mokhzani, Dr. Alifah dan seluruh sukarelawan yang terlibat. Semoga kehadiran MRA Kelantan di lapangan bakal memeriahkan lagi dunia bantuan kemanusiaan di Malaysia amnya dan di Pantai Timur khususnya.

Makan ubat cacing

LAPANGAN 59 Helaian 12

Bawah pokok juga boleh dimanfaatkan


Orang ramai berkunjung ke Klinik Lapangan

Kehadiran MRA ditunggu-tunggu

MRA Kelantan terus menabur bakti

MRA Kelantan mengalu-alukan sukarelawan dan mereka yang berada di bumi Cik Siti Wan Kembang untuk berdaftar dengan kami bagi tujuan mengatur gerakerja bantuan terutamanya dalam menghadapi musim banjir yang semakin mendekati. MRA Kelantan dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Rosemi dan Dr. Mokhzani bertindak sebagai Timbalan Pengerusi. Jawatan SU MRA Kelantan pula buat masa ini disandang oleh Dr. Alifah Zizi, menjadikan tim MRA Kelantan antara tim yang cukup berpengalaman dan disegani dalam perlaksanaan kerja bantuan kemanusiaan di dalam negara. Moga MRA Kelantan lebih perkasa dan mampu pergi lebih jauh lagi dalam menyantuni mereka yang memerlukan di lapangan.

NFI turut diedarkan kepada penduduk

LAPANGAN 59 Helaian 13

Santuni penduduk Cik Siti Wan Kembang


Tim Perubatan MRA santuni penduduk Kg. Songkok

MEDIK MRA BUKA KLINIK LAPANGAN

Temui kami di Kg. Songkok

KAMPUNG SONGKOK

Tarik nafas, lepas‌..

Klinik Lapangan MRA yang diketuai oleh Dr. Para Doktor dan Sukarelawan yang terlibat Fairus Ali dan turut di sertai oleh Dr. Maryati Ma- telah bersama mengatur Klinik Lapangan bagi merawat para penduduk di perkampungan haron, Dr Saharudin dan Dr. Fazliana. tersebut. Tahniah diucapkan kepada sukarelaKlinik ini diadakan bersempena dengan program wan dari tim Medik MRA yang turun padang turun padang adik-adik pelajar Sekolah Menen- serta adik-adik dari ASIS yang membantu mem udahkan kerja di lapangan. gah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (ASIS).

LAPANGAN 59 Helaian 14

DI


Dr. Sahrol (kiri), Pengerusi MRA Pahang turut terlibat dalam sesi forum bersama wakil-wakil dari organisasi yang lain

MRA PAHANG KONGSI

Pengalaman Atur Sukarelawan

Peserta dan penganjur bergambar sama

22hb November 2015 Bertempat di Kuantan, Pahang, satu Bengkel Sukarelawan & Pengurusan Bencana telah berjaya diaturkan.

Hadir sama dalam majlis ini ialah para sukarelawan tempatan yang komited dan memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar bagi membolehkan mereka untuk aktif dilapangan. MRA Pahang turut membuka ruang pameran dalam majlis ini.

LAPANGAN 59 Helaian 15

Sesi soal jawab sedang berlangsung

Pengerusi MRA Pahang, Dr. Sahrol Azmi sendiri telah turut sama berkongsi pengalaman MRA Pahang dalam mengatur gerakerja Sukarelawan dan Pengurusan Bencana ketika banjir yang lalu.


Tahniah pada semua yang hadir ikut serta

Bengkel Basic Life Support

Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur Gabungan praktikal dan teori

Ujian bertulis

Latihan amali

Ulangkaji Latihan CPR

Bertempat di Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur, sebuah Bengkel Basic Life Support & CPR telah berjaya dianjurkan secara bersama oleh MRA dan Hospital Pakar Al Islam. Seramai 24 orang peserta telah hadir menjayakan program ini. Alhamdulillah, semua peserta telah lulus dalam Bengkel kali ini.

LAPANGAN 59 Helaian 16

15hb. November 2015.


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR 2015

Jawab betul-betul Guru memantau para pelajar

Serius menjawab soalan peperiksaan

16hb. November 2015

Tahukah anda bahawa anak murid kami perlu menguasai Bahasa Myanmar, Bahasa Rohingya, Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris? Bahasa Arab menerusi pendidikan Al Quran juga turut diajar. Ini semua bertujuan bagi memberikan mereka nilai tambah dalam penguasaan bahasa dan komunikasi. Selamat menjawab soalan peperiksaan.

LAPANGAN 59 Helaian 17

Sama seperti sekolah-sekolah yang lain, Peperiksaan akhir tahun untuk anak-anak murid di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur telah berjalan dengan teratur dan lancar seperti yang dijadualkan.


UNHCR’S EDU PARTNERS COORDINATION MEETING Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Pegawai UNHCR yang terlibat

Antara peserta luar negara yang hadir sama

18hb. November 2015 yang lalu, MRA telah turut sama terlibat dalam Mesyuarat Koordinasi EDU PARTNERS UNHCR di Bangunan UNHCR Kuala Lumpur di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur. MRA sentiasa komited dalam membantu kerja-kerja bantuan kepada komuniti pelarian terutamanya Rohingya di Malaysia ini. Cik Lydia Amira Johari telah mewakili MRA dalam pertemuan ini.

LAPANGAN 59 Helaian 18

Cikgu Lydia mewakili MRA


Permainan mereka tidak mengecewakan

JERSI TAJAAN MRA UNTUK TIM

BOLASEPAK SK POS TENAU

Selain daripada menjadikan kawasan di sekitar Pos Bersih, seperti Pos Tenau, Pos Keding, Pos Tibang dan lain-lain sebagai pusat dan tapak latihan untuk Sukarelawan dan SAHABAT MRA.

Pertama kali MRA taja jersi pasukan bola

Kami juga tidak pernah melupakan untuk turut menyumbang dan membantu pengupayaan dan pembangunan potensi diri anak-anak penduduk tempatan yang tinggal di perkampungan berhampiran agar turut maju dalam bidang kegemaran dan minat yang mereka ceburi. MRA telah tampil memberikan sokongan kepada anak-anak tempatan yang menuntut di SK Pos Tibang ini menerusi penajaan jersi pasukan bolasepak sekolah tersebut. Moga sumbangan kecil ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami dan mereka, seterusnya menjadikan kehadiran kami lebih dirasai dan dialu-alukan.

LAPANGAN 59 Helaian 19

Gaya juara bersama jersi tajaan MRA


Gabungan NGO Islam ASEAN Bertemu Syeikhul Islam Thailand

Tn. Hj. Khairil sedang memberikan taklimat mengenai bantuan MRA di Yemen Para peserta bergambar ramai

22hb. November 2015

Bersama wakil dari Indonesia

Tuan Hj. Khairil Annuar Khalid telah membentangkan mengenai kempen bantuan serta gerakerja bantuan yang telah disalurkan oleh MRA dalam usaha bagi membantu para penduduk yang terkesan akibat sengketa yang sedang melanda Yemen dalam pertemuan tersebut. Kami turut berkongsi secara ringkas mengenai gerakerja yang sedang dilakukan oleh MRA bagi membantu pelarian Rohingya di Myanmar dan juga yang berada di Malaysia. Kami turut memaklumkan mengenai bantuan yang telah disalurkan untuk gempabumi di Indonesia, Taufan Haiyan di Filipina serta gempabumi yang baru sahaja melanda Nepal. Hadir sama dalam pertemuan ini ialah TYT Surin Pitsuwan, bekas Setiausaha Agung ASEAN dan juga TYT Syeikhul Islam Thailand.

LAPANGAN 59 Helaian 20

Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA, Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid telah berada di Thailand bagi mewakili MRA dalam satu mesyuarat khas bersama wakil-wakil NGO-NGO Islam dari rantau ASEAN (Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Myanmar, Thailand dan lainlain).


Bualbicara ini dipengerusikan oleh Dr. Nurwahida

DOCTORS BEYOND BORDERS Serving Without Boundaries Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Mohd Shahrulazilan Said

21hb. November 2015 Program "Doctors Beyond Borders" atau "Doktor Merentas Sempadan" yang mengisi slot Wacana Ilmiah Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur telah berjalan dengan jayanya. Bertempat di Dewan Kuliah, Aras 2, Bangunan Praklinikal, PPUKM Cheras. Pengerusi Wacana ini merupakan Dr. Nurwahida Jamaan, manakala panelis pertama ialah SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman sementara panelis kedua pula ialah Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul. Pengalaman MRA dalam melaksanakan kerja-kerja bantuan di lapangan di seluruh dunia telah dikongsikan bersama para peserta. Program diteruskan dan tambah menarik dengan sesi soal jawab dari para penuntut yang hadir. Tahniah kepada penganjur yang sudi menjemput MRA untuk hadir berkongsi dalam majlis ini. Zabardass!

LAPANGAN 59 Helaian 21

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman


LAPANGAN 59 Helaian 22

Wakil MRA dan wakil JK Penganjur Program bergambar sama.


SAHABAT, Sukarelawan dan Petugas MRA Kedah bergambar bersama

PROGRAM KHATAN ANDALUSIA

MRA KEDAH 2015 LANCAR 21hb. November 2015 Setiap kali kedatangan musim cuti sekolah, antara aktiviti yang pasti mengambil tempat ialah majlis berkhatan. MRA Kedah seperti tradisi sebelumnya, tidak pernah tertinggal untuk menganjurkan majlis khatan kepada kanak-kanak setiap kali menjelangnya musim cuti sekolah. Tradisi ini terus dilaksanakan dalam tahun 2015 ini. Pengerusi MRA Kedah, Dr Saifullah bersama anak-anak yang dikhatankan

Taklimat kesihatan diberikan kepada mereka yang hadir dalam program ini

Terlibat sama ialah seramai 5 orang Tok Mudim Professional dibantu oleh lebih kurang 30 orang petugas MRA Kedah telah berjaya memastikan majlis khatan ini berjalan dengan lancar dan seramai 50 orang anak muda telah berjaya dikhatankan. Kesempatan ini turut diambil untuk menyampaikan ceramah, nasihat kesihatan termasuk mempromosi kerjakerja amal dan bantuan yang dilakukan oleh MRA di dalam dan juga di luar negara.

LAPANGAN 59 Helaian 23

Program Khatan Andalusia MRA Kedah 2015 telah berlangsung dengan jayanya dari jam 8am sehingga 1530pm. Program ini dianjurkan oleh Surau Bandar Laguna Merbok, Sg. Petani dan MRA Kedah.


Program khatan kali ini telah diketuai oleh Dr. Saifullah Al Hany, Pakar Tulang dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. Beliau juga merupakan Pengerusi MRA Kedah.

MRA KEDAH terus tabur khidmat untuk masyarakat

Selain dari aktiviti khatan ini, MRA Kedah turut aktif dalam melakukan pelbagai lagi program amal dan kebajikan untuk mereka yang memerlukan di wilayah utara tanahair. Antaranya ialah program bersama anak yatim, program rawatan kesihatan buat kelompok gelandangan, juga program pembangunan komuniti orang asli, program menyantuni komuniti orang kurang upaya, membantu penduduk terkesan akibat bencana ribut juga membantu penduduk yang terkesan akibat banjir. MRA Kedah turut menjadi tumpuan agensi korporat dan perniagaan bagi membantu dalam perlaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Dalam tahun 2014, MRA Kedah telah menerima sumbangan sebuah kenderaan KIA Pregio dari NAZA Group of Companies bagi memudahkan dan membantu kelancaran perlaksanaan kerja-kerja bantuan yang kami lakukan.

Ikhlas berkhidmat

dekat dengan masyarakat

LAPANGAN 59 Helaian 24

Selamat melangkah ke alam remaja


MRA dan JPAM berpisah tiada

MRA PERAK TIDAK KETINGGALAN

Turut bersiap sedia untuk hadapi kedatangan banjir

MRA Perak meninjau Klinik Lapangan yang dibuka disitu

Melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan yang berhampiran,

23hb. November 2015 Kehadiran Musim Tengkujuh akhir tahun memang tidak dapat dinafikan lagi. MRA Perak telah mula bergerak di lapangan memantau keadaan di beberapa kawasan yang telah mula dinaiki air. MRA Perak telah berada di Kuala Kangsar meninjau banjir yang mula melanda daerah tersebut. Semoga ALlah memudahkan tugasan MRA Perak dalam membantu para penduduk terkesan banjir ini. Mereka yang ingin menyumbang bagi meringankan bebanan penduduk yang diuji ini bolehlah menghubungi kami.

LAPANGAN 59 Helaian 25

MRA Perak turut meninjau kerosakan infrastruktur yang berlaku


MRA Perak turut mengedarkan kit kebersihan kepada para penduduk

MRA PERAK AGIH PEK BAHAN BUKAN MAKANAN (NFI) 23hb. November 2015 Ini merupakan gambar kit kebersihan yang kami edarkan kepada penduduk terkesan banjir di daerah Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

Kit Kebersihan ringkas MRA Perak

Walaupun sibuk dengan pelbagai program lain termasuk program pembangunan bersama komuniti Orang Asli di Pos Bersih, Pos Slim dan beberapa perkampungan Orang Asli di Perak, MRA Perak terus gigih menyantuni komuniti yang memerlukan di kawasan pendalaman. Tahniah kepada tim MRA Perak yang sentiasa komited dan berada sejak dari awal penubuhan MRA.

Berbakti kepada yang memerlukan

LAPANGAN 59 Helaian 26

Tahun ini, seperti tradisinya, MRA pasti akan menyediakan lagi Kit Kebersihan (Hygiene Kit) seperti yang dilakukan dalam banjir tahun lepas. Sebanyak 20,000 kit kebersihan diri telah kami edarkan ke kawasan terkesan banjir tahun lalu merangkumi negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dalam banjir yang lalu.


Jawatankuasa Ad-Hoc Bantuan Kecemasan Bencana MRA siap sedia untuk berkhidmat

BENGKEL PENYELARASAN & TEKNIKAL Jawatankuasa Ad-Hoc Bantuan Kecemasan 27-28hb. November 2015

Serius

Bengkel Penyelarasan & Teknikal Jawatankuasa Ad-Hoc Bantuan Kecemasan MRA telah berjalan lancar di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan untuk mengatur gerakerja MRA ketika berhadapan dengan bencana yang bakal melanda agar lebih tersusun dan mantap, mampu memberikan perkhidmatan terbaik dalam keadaan sukar dan terhad, juga bagi memastikan persiapan sukarelawan dan lojistik berada dalam keadaan bersiap sedia dan siaga untuk digerakkan. Jentera Banjir MRA di setiap peringkat telah bersedia dan diletakkan dalam “mood standby� bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Moga segala usaha kita dipermudahkan.

LAPANGAN 59 Helaian 27

Bengkel Penyelarasan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penggerak MRA diperingkat Negeri dan juga dari Sekretariat MRA di Kuala Lumpur.


SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU SEDUNIA 2015 3hb Disember 2015 Dunia sekali lagi meraikan Hari Orang Kurang Upaya untuk kesekian kalinya. Tema yang menjadi pilihan tahun ini ialah "Kepentingan Inklusif: Aksesibiliti dan Pemerkasaan OKU". Tema ringkas ini membawa tiga impian utama yang diperjuangkan bagi menjadikan OKU lebih rapat dan berperanan didalam masyarakat. Sub-tema tahun ini berhasrat untuk menggalakkan penghapusan semua jenis halangan iaitu yang berkaitan dengan persekitaran fizikal, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) atau halangan dari segi sikap. 3 sub-tema yang diperkatakan adalah menjurus kepada perkara seperti berikut:- • Menjadikan kawasan perbandaran dan ibukota yang inklusif dan boleh diakses oleh semua pihak terutamanya golongan OKU. • Menambah baik data dan statistik berkaitan OKU. • Memastikan semua golongan OKU termasuk yang tidak dapat dilihat kedalam masyarakat dan pembangunan.

LAPANGAN 59 Helaian 28

Tahniah MRA Kedah!


Jangan lupakan Yemen, mereka amat memerlukan bantuan berterusan

Sumbangan a tepat ke sasa

20hb. November 2015 Sebahagian daripada agihan air bersih di bandar Taiz untuk minuman dan pembersihan diri serta berwudhu dilakukan oleh MRA m en e ru s i k er j a s am a den gan organisasi pelaksana tempatan. Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman, tanpa sumbangan dan dokongan anda kami tidak dapat meneruskan agihan ini dengan berterusan. Sehingga kini hampir 4 juta liter air telah berjaya disalurkan. Jazakallah.

LAPANGAN 59 Helaian 29

Bantuan air berterusan


Mereka teruputus bekalan air hampir berminggu

MRA terus gigih atur penghantaran air ke bandar Taiz, Yemen

anda disalurkan aran

Terbaik

LAPANGAN 59 Helaian 30


Terima kasih para penderma yang budiman

Lebih 4 juta liter air t disumbangkan ke Yam

Trip seterusnya tak tahu bila

LAPANGAN 59 Helaian 31

Beratur


Kami masih memerlukan lagi sumbangan dari orang ramai

telah man!

r menunggu giliran

MRA terus menyalurkan bantuan bekalan air bersih kepada para penduduk yang terkepung di wilayah-wilayah bergolak di Yemen. MRA amat mengharapkan sumbangan dari orangramai bagi membolehkan kami meneruskan projek menyalurkan bantuan minuman kepada mereka yang memerlukan ini. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai agihan air di wilayah konflik ini.

Mereka terdesak tetapi masih tetap beradab

LAPANGAN 59 Helaian 32


Rajin

Terbaik

Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi

CERIA SEKOLAH ROHINGYA Fakulti Pengurusan Perniagaan dari UNITAR

Bertempat di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, dari pagi hingga ke petang, sekumpulan 31 orang Siswa & Siswi, Fakulti Pengurusan Perniagaan dari UNITAR telah hadir menjayakan program yang dinamakan "Ceria Sekolah" ini. Tahniah kepada tim yang dipimpin oleh Sdr. Muhammad Fazli ini!

Kreatif

Gembira

LAPANGAN 59 Helaian 33

29hb. November 2015


5hb Disember 2015 merupakan Hari Sukarelawan Sedunia 2015. Kami merakamkan penghargaan dan penghormatan kami kepada semua sukarelawan kami yang digelar "SAHABAT MRA". Jutaan Terima Kasih kepada anda semua yang banyak membantu kami selama ini. Sepotong hadis dari Rasulullah SAW adalah perkataan yang paling tepat untuk merujuk kepada anda semua, SAHABAT MRA yang hebat. Panggilan bagi mereka yang berminat untuk mempelajari bagaimana hendak berkomunikasi secara asas d e n ga n g ol o n gan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran sedang dibuka. Mereka yang berminat boleh hadir ke kelas dua hari ini yang dianjurkan oleh tim sub komiti OKU MRA.

InsyaAllah dalam tempoh masa 2 hari sahaja, anda akan mampu untuk berkomunikasi dalam Bahasa Isyarat Malaysia. Jom ikut serta!

LAPANGAN 59 Helaian 34

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada ahli OKU Pendengaran sendiri.


Tak rugi buat pemeriksaan kesihatan

BERKHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, Hulu Kinta, Perak Main puas-puas dulu

21hb. November 2015 Satu program "Berkhatan & Pemeriksaan Kesihatan" telah berjaya dianjurkan bertempat di Perkampungan Orang Asli Sg. Tonggang, Hulu Kinta, Perak. Program ini merupakan anjuran secara sinergi oleh UniKL RCMP dengan kerjasama MRA Perak, JAIP/MAIP, JAKOA, SK Seri Tanjung, Alumni Perubatan UKM dan Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi sunathon ini.

Mengatur kelengkapan

LAPANGAN 59 Helaian 35

Sakit macam digigit kerengge saja


Tahniah MRA Kedah

MAJLIS KHATAN DI WADI SAKINAH, MERBOK anuran tim perbuatan MRA KEDAH Syabas!

5hb. Disember 2015 Masih lagi dalam suasana khatan, MRA Kedah telah mengadakan Majlis Khatan untuk anak-anak yatim bertempat di Wadi Sakinah, Merbok. Seramai 15 orang kanakkanak telah selamat dikhatankan secara gratis oleh 3 orang mudim yang diketuai oleh MA Nizam, Dr. Farid dan Dr. Zaim. Mereka turut dibantu oleh 8 orang SAHABAT MRA Kedah. Tahniah.

LAPANGAN 59 Helaian 36

Sudah boleh berada di saff depan


Bahasa Isyarat Malaysia bertapak di UM

“KAMI MENDENGAR” Kursus Khidmat Masyarakat, SKET, Universiti Malaya

Semangat

Tumpu

Gigih

Minat orangramai terhadap Bahasa Isyarat semakin meningkat. Bertempat di di Bilik Gerakan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya, sebuah program yang dinamakan “Kami Mendengar” kendalian tim Kursus Khidmat Masyarakat, SKET, Universiti Malaya telah mengambil tempat. Seramai 12 orang penuntut telah terlibat mengikuti program ini. Ini merupakan program pertama Kelas Bahasa Isyarat kendalian MRA yang dijalankan didalam perkarangan menara gading. Tahniah Sub-Komiti OKU MRA!

Tekun

LAPANGAN 59 Helaian 37

5hb. Disember 2015


Guru-guru SKR sedang meneliti pek NFI dan Kit Keselamatan

Wakil UNHCR sedang berucap

3hb. Disember 2015 Majlis "UNHCR's Teacher Appreciation Day" telah berlangsung di Auditorium, Kolej Methodist, Brickfield, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua yang terlibat

MRA menerusi Sekolah Komuniti Rohingya telah diwakili oleh Sdr. Johari Kan Abdullah, Cikgu Lydia Johari, Cikgu Dewi Ratna Sari dan Cikgu Ferozah Abdul Rashid (Lili Win). Tahniah kepada semua tenaga pengajar sekolah pelarian yang turut serta!

LAPANGAN 59 Helaian 38

UNHCR's Teacher Appreciation Day

Wakil-wakil dari 162 buah pusat pembelajaran untuk pelarian yang berdaftar dengan UNHCR telah diraikan dalam majlis ini.


Sunathon datang lagi

SUNATHON 2015 SURAU AL-UBUDIYYAH Damansara Damai, Sg. Buluh

Mempersiapkan peralatan

6hb. Disember 2015. Sunathon 2015 anjuran Kooperasi Persatuan Doktor Perubatan UKM, MRA dan Bank Rakyat dengan kerjasama Nazir, AJK dan komuniti setempat di Surau Al Ubudiyyah, Damansara Damai, Sg. Buloh, Selangor.

Selamat melangkah ke alam dewasa

Seramai 23 orang kanak-kanak asnaf telah selamat dikhatankan. Seramai 14 siswa/i tahun 4 dan 5 Perubatan UKM diketuai oleh Sdr. Akmal Aizat, Presiden Persatuan Mahasiswa Perubatan UKM (PERSIAP). Kenderaan para sukarelawan dari Kampus Cheras adalah ehsan dari pihak PPUKM.

LAPANGAN 59 Helaian 39

Ibubapa turut sabar menunggu


Kami sudah sedia

SUNATHON 2015 SURAU NUR AS SOBIRIN Bandar Tasik Puteri, Rawang Hilangkan gemuruh dulu

Sabar dan berani, ciri lelaki sejaii Taklimat akhir

12hb. Disember 2015. Seramai 14 orang sukarelawan yang terdiri daripada Siswa/i tahun 4 dan 5 Perubatan UKM diketuai oleh Sdr. Akmal Aizat. Presiden Perubatan UKM (Persiap) telah terlibat dalam penganjuran program SUNATHON 2015 anjuran bersama diantara Kooperasi Persatuan Doktor Perubatan UKM, Klinik Pakar Dr. Normalina, MRA dan Bank Rakyat. Program ini turut mendapat kerjasama dari AJK Surau Nur As Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Tahniah pada semua yang terlibat.

LAPANGAN 59 Helaian 40

Mempersiapkan peralatan


29hb. November 2015 Kempen Derma Darah "We Care" anjuran Giant Hypermarket Tawau dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Tawau, Persekutuan Pengakap Malaysia (Daerah Tawau), bersama Unit Tabung Darah Hospital Tawau. Hadir sama memeriahkan dalam majlis ini ialah En. Alex Dennis, Penasihat Kelab Rakan Muda Tawau merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau dan En. S.Santhanam a/l Sundram, Pengurus Besar Giant Hypermarket Tawau. MRA telah turut serta dengan menyediakan sukarelawan bagi menjayakan program ini. Tahniah Tawau! Terbaik dari Sahabat MRA Sabah!

5hb. Disember 2015. Sempena Hari Sukarelawan Sedunia, MRA Pahang turut terbabit dalam menyemarakkan hari tersebut. Projek Ceria Surau ini melibatkan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan beberapa buah surau dan masjid di Pahang. Gambar ini diambil dihadapan Masjid Kampung Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. Tahniah MRA Pahang dan KBS Negeri Pahang!

LAPANGAN 59 Helaian 41

Tahniah MRA Pahang!


MRA Pahang turut membuka pameran semasa program ini berlangsung

22 November 2015 Satu Bengkel Sukarelawan Pengurusan Bencana telah berjaya dianjurkan bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Pengarah Kampus, UIAM Kampus Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sempena Bengkel ini, MRA Pahang dengan kerjasama Biro Kesihatan ABIM Pahang telah sekali lagi berkerjasama dalam mengadakan pameran sekaligus memupuk semangat kerjasama antara organisasi dalam aktiviti bantuan yang segar di lapangan. Tahniah kepada MRA Pahang dan ABIM Pahang diatas kerjasama yang unik dan luarbiasa hebat ini!

Slot yang bertajuk "MISI BANTUAN: Peranan MRA dan Masyarakat" ini akan mengambil tempat di dewan Continous Medical Education (CME) Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada 20hb. Disember 2015, jam 8.00 am.

LAPANGAN 59 Helaian 42

MRA Kelantan telah dijemput bagi mengadakan satu sesi taklimat mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang kami lakukan di dalam dan juga di luar negara. Sesi ini akan dikongsi sendiri oleh Tuan Presiden MRA sendiri, Dato Dr. Abdul Razak Kechik.


Burung Bayan makan ditangan Pelik Toman sesat di kuala Taufan Haiyan kami di lapangan Konflik di Yaman lagikan pula

Bendahari MRA, Dato Dr. Shakir dan Pengerusi MRA Pahang, Dr. Sahrol Azmi sedang berkongsi mengenai gerakerja lapangan serta kempen bantuan MRA ke wilayah bergolak Yemen.

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.