LaPANGAN_60

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN

MRA KELANTAN bantu Monsoon Trail 2015 Kerjasama MRA-Briged Bakti Kunjungan Sukarelawan Darul Ta’zim MRA, HUKM & KINDNESS bantu Rohingya NFI MRA Persiapan untuk banjir

LAPANGAN 60

Gambar lama Misi Gempa Padang 2009: Hj. Khairil Annuar Khalid sedang mengedarkan FI (Food Item) kepada mangsa gempa

5 tahun


Menampilkan aktiviti bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) setiap bulan. Jangan ketinggalan untuk mengikuti setiap edisi LaPANGAN. Kami memaparkan gerakerja MRA di dalam dan juga di luar negara, di kawasan terkesan bencana dan juga kawasan tersepit antara konflik. Program berkaitan Orang Asli, Orang Kurang Upaya, Latihan dan Pembangunan, Bantuan Bencana, Pembangunan Semula, Koordinasi dan banyak lagi‌ LaPANGAN adalah majalah bantuan kemanusiaan anda!


Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud tidak memberi arahan dari Sekretariat MRA semata, beliau turun ke lapangan. Ini aksi beliau bersama pelarian Syria di pinggir Jordan

5 TAHUN MAJALAH LAPANGAN 60 bulan tanpa “absent” memberi laporan Majalah LAPANGAN hadir mengisi kekosongan (vaccum) ketiadaan bahan bacaan atau media penulisan untuk bahan berbentuk bantuan kemanusiaan dan kerja-kerja kesukarelaan seperti yang kami dan beberapa organisasi lain lakukan.

Bertahan untuk 60 keluaran adalah sesuatu yang amat kami banggakan. 5 tahun kami hadir tanpa “absent” memberikan laporan tanpa prejudis dan kekangan mengenai kemelut dan peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara yang menjadi “concern” MRA.

Apapun, untuk bertahan dalam tempoh selama ini dan mempersiapkan diri untuk keluaran-keluaran yang bakal mendatang memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi. Iltizam dan kepercayaan bahawa MRA harus berperanan sebagai “learning organisation” atau dalam bahasa mudahnya organisasi pembelajaran—satu organisasi dimana generasi muda dapat LAPANGAN bertujuan untuk memberikan para pembaca, belajar sesuatu daripadanya, aspek perkongsian ilmu, khususnya SAHABAT MRA, para penderma dan orang ra- maklumat dan ide amatlah dititikberatkan. mai maklumat sebenar dan apa yang kami hadapi serta lalui di lapangan. Dalam LAPANGAN kami membicarakan Terima kasih kepada seluruh pimpinan MRA yang soal pembangunan komuniti, pendidikan lestari, tanggung- merestui seterusnya menyokong kewujudan majalah jawab sosial korporat, kepedulian, isu alam sekitar dan LAPANGAN ini. Moga usaha gigih MRA di lapangan terus dapat dilaporkan kepada masyarakat setiap bencana. bulan seperti 5 tahun sebelum ini. Moga LAPANGAN Kami juga melaporkan mengenai budaya, adat resam, ting- terus menjadi wadah MRA dalam pelaporan bantuan kah laku, politik setempat termasuk pemerhatian kami ter- penuh berintegriti dan bermaklumat hadap sesuatu isu dan perkara. Penulisan di LAPANGAN dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan semangat MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif perkongsian maklumat yang tinggi.

LAPANGAN 60 Helaian 2

LAPANGAN bukan hadir untuk mendabik bahawa MRA melakukan itu dan ini, di situ dan di sini, di dalam mahupun di luar negara, LAPANGAN hadir bagi memberikan laporan sebenar mengenai kerja-kerja yang telah kami lakukan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk penulisan yang santai dan menarik, bersama ilustrasi, gambargambar dan bacaan yang ringan.


60

LAPANGAN 60 Helaian 3

LaPANGAN

di dalam

Helaian 23-26 SANTUNI ROHINGYA DI KL

16 Disember

KUNJUNGAN SUKARELAWAN DARUL TAKZIM

Helaian 17-19

Helaian 11-12 MONSOON TRAIL EXTREME 2015

Menarik

15 Januari 2016

Helaian 27-30 AGIHAN “NFI” MRA KE NEGERI

Helaian 15-16 Khidmat Bakti MRA Kelantan


Tahun 2010, penulisan LAPANGAN bermula. Majalah ini lahir di lapangan, bukan di bilik berhawa dingin, di pejabat besar lengkap dengan peralatan dan kemudahan. LAPANGAN lahir di lapangan sebenar, bersama keringat, air mata dan titisan hujan...

LAPANGAN 60 Helaian 4

GARISMASA


RINGKASAN EKSEKUTIF

Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).

LAPANGAN 60 Helaian 5

MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 60 Helaian 6

ALAMAT PERHUBUNGAN


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli

PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin

PUSAT KOMUNITI

PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak

JABATAN OPERASI

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA

KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee

ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine

PENGURUSAN DANA

KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah

MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 60 Helaian 7

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman


LAPANGAN 60 Helaian 8


LAPANGAN 60 Helaian 9

5

Tahun berada di LaPANGAN


LAPANGAN 60 Helaian 10

Meletakkan kami didalam kategori ini merupakan satu penghormatan buat MRA.


Merawat para penduduk Orang Asli di sepanjang laluan Monsoon Trail Extreme 2015

MRA KELANTAN IKUT SERTA

MONSOON TRAIL EXTREME 2015 24-27hb. Disember 2015 Tirai aktiviti MRA Kelantan bagi tahun 2015 ditutup dengan program amal dan bakti yang berterusan kepada komuniti yang memerlukan. Tim MRA Kelantan telah turut terlibat memberikan khidmat sokongan bersama Yayasan Al Khalifah (YAK) dalam menjayakan program Monsoon Trail Extreme 2015. Menggunakan laluan Kuala Betis-Pos Hau-Balar-BelatimBihai-Kuala Betis (sekitar 180km offroad).

LAPANGAN 60 Helaian 11

Bertanya khabar sambil menyediakan ubat untuk penduduk yang hadir mendapatkan rawatan


KLINIK LAPANGAN DIBUKA

DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Menziarahi serta menyantuni para penduduk di perkampungan Orang Asli disepanjang laluan Monsoon Trail merupakan pengalaman yang cukup menarik dan begitu berharga.

MRA merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan komuniti, pelatihan generasi muda, gerakerja lapangan. Bantuan dan sokonSelain daripada memberi bantuan sokongan kepada para gan perubatan yang kami berikan ini mepeserta yang terlibat dalam Monsson Trail ini, MRA turut rupakan sebahagian dari sokongan kami mengambil kesempatan untuk meniziarahi para penduduk kepada aspek pembangunan komuniti di sepanjang laluan ini. Orang Asli.

LAPANGAN 60 Helaian 12

Moga hubungan kami dengan penduduk tempatan bertambah erat dan lebih rapat selepas ini


Terima kasih sudi mendapatkan pandangan kami

PERKONGSIAN ISU ROHINGYA

BERSAMA MAHASISWA UKM Bincang santai

Kongsi Maklumat

MRA merupakan diantara organisasi bantuan kemanusiaan yang konsisten dalam usaha membantu pelarian Rohingya ini. Bantuan yang kami salurkan bukan sahaja kepada komuniti pelarian Rohingya yang tertindas dan berada di bumi Arakan semata-mata. Malah kami turut membantu memberikan anak-anak mereka peluang pendidikan yang telah dinafikan oleh pemerintah Sdra. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA yang bertang- junta tentera yang kejam sejak sekian lama. Selain gungjawab memantau isu Rohingya dan pernah sampai itu, kami turut memberikan lain termasuk latihan ke bandar Sitwe di Arakan ketika krisis Rohingya- kemahiran dan khidmat sokongan lain. Rakhine memuncak dalam tahun 2011 lalu telah berkongsi pengalaman beliau. Beliau turut pernah Kami turut memberikan bantuan perubatan berkala menghantar bantuan ke perkampungan terkepung dan kepada komuniti Rohingya dibeberapa penempatan juga beberapa kem pelarian Rohingya di Arakan. di ibukota berdasarkan kemampuan kami.

LAPANGAN 60 Helaian 13

Isu kehadiran kapal yang membawa pelarian Rohingya yang masuk ke Malaysia terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Terbaru, MRA telah menerima kunjungan dari sekumpulan 3 orang penuntut Master of Sosiologi USM (Sdr. Yusri, Sdr, Haszihan dan Sdri. Erina) yang berhasrat untuk mendapatkan sudut pandang MRA mengenai isu kehadiran “Orang Bot� Rohingya ini.


LAPANGAN 60 Helaian 14


KHIDMAT BAKTI DI PONDOK SUNGAI DURIAN

KUALA KRAI, KELANTAN

Memberi manfaat kepada penghuni pondok

Mengatur Persiapan

Sesi rawatan bermula

Agihan pek “NFI� MRA

LAPANGAN 60 Helaian 15

Tirai 2016 MRA Kelantan dimulakan dengan gerakerja bantuan Ketika ramai orang memilih 1hb Januari untuk bereperubatan menerusi Program Khidmat Bakti MRA Kelantan di hat dan bersantai bersama keluarga tercinta, MRA KePondok Sg. Durian, Kuala Krai, Kelantan. lantan memilih sebaliknya, mereka lebih sengang berada di lapangan bagi bertemu penduduk kampung. Tidak menunggu hanya ketika musim tengkujuh atau banjir untuk bergerak, tim perubatan MRA Kelantan terus mengambil Terima kasih juga diucapkan kepada tim Briged Bakti sikap positif untuk terus turun menyantuni penduduk yang Malaysia (Kelantan) yang turut hadir sama membantu. memerlukan di lapangan.


Membantu komuniti Ziarah ke rumah

Kerjasama erat bersama Briged Bakti Malaysia

MRA & BRIGED BAKTI SALING BERKERJASAMA

Program Khidmat Bakti MRA Kelantan turut melibatkan program Klinik Lapangan, Ziarah Wargaemas, Sumbangan Pek Persekolahan dan Kunjungan Rumah. Tahniah diucapkan kepada tim MRA Kelantan diatas penganjuran program ini.

Menyantuni penduduk

LAPANGAN 60 Helaian 16

1hb. Januari 2016


Terima kasih daun keladi, ada masa datanglah lagi

JELAJAH ILMU KESUKARELAAN DAN

Sukarelawan Darul Takzim Daerah Ledan 29hb. Disember 2015

Kami merasa amat teruja apabila turut disenaraikan sebagai salah satu organisasi yang dimasukkan dalam siri lawatan kerja adik-adik dari Sukarelawan Darul Takzim ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke pejabat kami yang penuh sarat dengan Non Food Item (NFI).

LAPANGAN 60 Helaian 17

Kesibukkan mengatur persiapan bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda bila-bila masa sahaja tidak menghalang MRA untuk menerima kunjungan dari tim Sukarelawan Darul Takzim Daerah Ledang dan Muar.


ng dan Muar

Turut berkongsi maklumat dalam sesi lawatan adik-adik dari Sukarelawan Darul Ta'zim ini ialah Cik Siti Zaharah bt. Chik, Eksekutif Operasi MRA. Beliau telah berkongsi panjang lebar mengenai gerakerja bantuan kemanusiaan dan pembangunan MRA kepada komuniti Orang Asli di beberapa buah perkampungan di Malaysia. Beliau turut secara santai menerangkan mengenai pantang larang, budaya dan adat resam masyarakat Orang Asli yang harus difahami oleh Sukarelawan terlebih dahulu bagi memudahkan interaksi. Beliau ada juga menyebut tentang kewujudan "Hantu Gigi Jarang"... apakah itu? BERKHIDMAT DI NEGARA KONFLIK Seterusnya perkongsian disampaikan oleh Saudara Fadhil, Eksekutif Dana, beliau telah berkongsi mengenai pengalaman beliau dalam misi bantuan kemanusiaan kepada para penduduk terkesan perang di Yemen, Ramadhan tahun ini. Juga pengalaman beliau dalam perlaksanaan misi MYCORPS beliau ke wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan. Sdr. Fadhil kelihatan bertungkus lumus untuk memastikan beliau menggunakan Bahasa Melayu baku dalam setiap sebutan agar tidak menjadi masalah kepada adikadik yang rata-ratanya datang dari daerah Muar, Johor ini. (Sdr. Fadhil asal dari Terengganu)

LAPANGAN 60 Helaian 18

N KEMANUSIAAN

KOMUNITI ORANG ASLI


Seterusnya sesi perkongsian disampaikan oleh Cik Lydia Johari, Guru Kanan Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Cikgu Lydia menerangkan secara ringkas mengenai perjalanan Sekolah Komuniti Rohingya MRA serta kemelut yang melanda penduduk Rohingya akibat konflik yang berlaku. Juga diterangkan mengenai program Repatriation ke luar negara menerusi UNHCR dan program-program CSR yang digerakkan dengan organisasi korporat dan IPT. Sesi perkongsian MRA dengan adikadik dari Sukarelawan Darul Ta'zim turut diisi dengan slot perkongsian bersama Pengerusi Sub-Komiti OKU MRA, Cik Fauziah Tahar. Kelompok sasaran OKU MRA terdiri daripada mereka yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, ketidak mampuan untuk bergerak, hilang upaya dan pelbagai lagi. Beliau telah berkongsi mengenai aktiviti dan gerakerja OKU yang digerakkan oleh MRA melalui programprogram seperti Kelas Bahasa Isyarat Malaysia, Bengkel Dousa Hau, Masjid Prihatin OKU, Perlaksanaan Incheon Strategy dan lain-lain lagi.

Beliau yang juga merupakan salah seorang dari ahli MYCORPS berkongsi pengalaman lapangan beliau di Indonesia dan di Filipina, terima kasih diatas “sharing� yang santai, ikhlas dan jujur. Moga adik-adik Sukarelawan Darul Ta’zim mendapat perkongsian yang bermanfaat dari beliau.

LAPANGAN 60 Helaian 19

Turut berkongsi sama ialah Sdr. Mohd Azwan Ramli, Eksekutif IT & Dokumentasi. Beliau menceritakan pengalaman beliau bergiat dalam aktiviti belia dan kesukarelaan.


Tim Perubatan MRA kali ini sedang bersiap untuk mengangkut ubat-ubatan dari Tingkat 3, Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Bandar Tun Razak untuk ke kawasan Pasar Borong Selayang bagi program Klinik Lapangan kami bersama komuniti Rohingya yang berada disitu.

Memunggah ubat-ubatan dari tingkat 3

Tim Perubatan pemunggahan kali ini diketuai oleh Dr. Fairus dan beliau telah dibantu oleh sekumpulan siswa muda dari Fakulti Perubatan UKM Cheras. Kami mohon maaf sebab stor penyimpanan kami terletak di tingkat tiga dan kerja membawa turun segala ubatubatan ini masih primitif lagi, iaitu perlu diangkut secara manual dan kami tidak punya sebagarng lif di bangunan ini. Moga semua dapat bersabar!

TIM PERUBATAN MRA SEDANG BERSIAP UNTUK BERGERAK

Moga sukses dalam program di lapangan nanti

LAPANGAN 60 Helaian 20

SIAP SEDIA KE SELAYANG


DATO’ DR. ABDUL RAZAK KECHIK, PRESIDEN MRA

MISI BANTUAN: PERANAN MALAYSIAN RELEIF AGENCY (MRA) DAN MASYARAKAT

20hb. Disember 2015

Lebih menarik lagi, slot ini telah disampaikan sendiri oleh Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik. Tahniah diucapkan kepada MRA Kelantan diatas penganjuran program yang cukup baik ini.

LAPANGAN 60 Helaian 21

Bertempat di Continous Medical Education (CME), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, MRA Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan satu sesi taklimat mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang digerakkan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) di dalam dan juga di luar negara.


15hb. Disember 2015 Sebagai sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang memberikan tumpan kepada pemgangunan dan bantuan kepada komuniti OKU di Malaysia, MRA sentiasa terlibat aktif untuk menjalinkan kerjasama dan membantu organisasi lain dalam program dan aktiviti yang membantu pengupayaan komuniti Orang Kurang Upaya. MRA turut menghantar wakil untuk turut serta dalam Konvensyen OKU Negeri Selangor 2015. Program yang bertemakan “Memberdayakan OKU Selangor� ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Puan. Dr. Daroyah binti Alwi.

MRA terlibat dalam membantu komuniti OKU menerusi pelbagai aktiviti dan gerakerja. Antara kelompok OKU yang menjadi tumpuan MRA untuk dibantu ialah komuniti cacat pendengaran, komuniti cacat penglihatan, komuniti CP (Cerebral Palsy), komuniti bisu dan beberapa komuniti yang lain. MRA turut mempunyai beberapa program berkala dan bersiri untuk kelompok-kelompok yang kami santuni ini antaranya ialah program Dousa Hou, Program Kelas Bahasa Isyarat, Program Mesra OKU, Program Masjid Inklusif OKU dan pelbagai lagi.

LAPANGAN 60 Helaian 22

Cik Fauziah Tahar, Pengerusi Sub Komiti Pengupayaan OKU MRA telah turut bertindak sebagai Moderator bagi slot Bengkel 3 : Pendidikan.


Menerima rawatan percuma

KERJASAMA STRATEGIK

HUKM, MRA & KINDNESS santuni Rohingya

MRA terus memberikan kerjasama dan bantuan mengikut kadar kemampuan kami kepada tim HUKM dan KINDESS dalam menyantuni kelompok pelarian Rohingya yang berada di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang, lebih tepat lagi di Madrasah Hashimiah yang dibantu tadbir oleh KINDNESS. Para pelarian Rohingya yang belajar di Madrasah ini berserta ahli-ahli keluarga telah hadir untuk mendapatkan rawatan dan nasihat kesihatan dari tim perubatan MRA yang hadir dalam program ini.

Mendapat khidmat nasihat

LAPANGAN 60 Helaian 23

Membuat catatan dan profiling


Sabar menanti giliran masing-masing

DAKWAH BIL HAL

MEMBANTU MEREKA YANG DAIF Mereka ini turut menjadi mangsa kepada pelbagai sindiket pemerdagangan manusia (human traficcer) dan juga terdedah menjadi mangsa kepada rangkaian penyeludupan dan yang menjurus kepada aktiviti jenayah dan kegiatan peras ugut. Justeru apa yang MRA, KINDNESS, tim Sukarelawan Perubatan HUKM lakukan adalah sesuatu yang amat perlu bagi membantu komuniti yang serba ditindas ini.

Saling berkerjasama

LAPANGAN 60 Helaian 24

Kebelakangan ini isu mengenai pelarian Rohingya terus diperkatakan, terutamanya dalam isu orang hanyut atau “Boat People�.


Apakah sakit saya?

MEREKA YANG MEMERLUKAN

Tahniah semua!

Pemeriksaan kesihatan kepada komuniti pelarian Rohingya ini merupakan komitmen kami terhadap membela nasib mereka yang menjadi mangsa penindasan akibat konflik berdarah yang masih belum berkesudahan di negara asal mereka, Myanmar. Kehidupan mereka di kawasan berhampiran Pasar Borong Selayang ini juga cukup daif dan serba kekurangan, cumanya mereka ini lebih bernasib baik kerana tidak berhadapan dengan ancaman bunuh dan mereka boleh mencari rezeki, boleh solat berjemaah, anak mereka boleh bersekolah, mereka boleh menutup aurat dan hidup dalam keadaan tenang dan damai.

LAPANGAN 60 Helaian 25

BANTUAN KEPADA


Memberi nasihat dan tips

PEDULI DAN

PRIHATIN Memastikan catatan profiling adalah betul

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh organisasi seperti KINDNESS, MRA dan Sukarelawan HUKM serta banyak lagi organisasi bantuan di luar sana adalah atas dasar dan prinsip kemanusiaan.

Tunggu giliran

Ceria

LAPANGAN 60 Helaian 26

Tidak timbul sebarang soal bahawa bantuan yang disalurkan kepada pelarian Rohingya ini mengambil peruntukan atau menafikan hak sebarang rakyat Malaysia yang susah dan memerlukan di luar sana. Ini malahan, merupakan satu pernyataan sikap dan tanggungjawab sebagai seorang manusia kepada manusia lain yang berada dalam kesusahan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut serta terlibat dalam program ini.


Jentera MRA di peringkat pusat dan negeri telah diminta untuk bersiap sedia bagi menghadapi kedatangan banjir yang dijangka bakal tiba pada bila-bila masa dari sekarang. Justeru itu, persiapan banjir MRA telah mula diatur dan disusun agar dapat bersedia dalam saat-saat yang diperlukan. Kami turut memastikan persiapan kelengkapan dan peralatan lain agar kami dapat membantu dengan lebih berkesan lagi dalam bencana kali ini. Sebanyak 3000 pek Item Bukan Makanan (NFI) telah siap diagihkan kepada negeri.

PERSIAPAN BANJIR MRA

LAPANGAN 60 Helaian 27

Agihan NFI ke negeri-negeri


Sdr. Mahadi sedang memantau anak buahnya

MRA PAHANG siap sedia hadapi banjir

Sdr. Mahadi Deraman, SU MRA Pahang dan sukarelawan MRA Pahang telah bersiap sedia membantu apabila diperlukan kelak. Kelihatan mereka sedang mengatur persiapan dan barangan Item Bukan Makanan (Non Food Item窶年FI) yang dihantar dari Kuala Lumpur. Moga MRA Pahang dapat memberikan bantuan terbaik dalam banjir kali ini.

Komited dan cergas

LAPANGAN 60 Helaian 28

Sebagai salah sebuah dari negeri yang dijangka berisiko untuk dilanda banjir, MRA Pahang telah membuat persediaan awal termasuk mengadakan pelbagai latihan dan perancangan yang termampu bagi memastikan mereka lebih bersedia bagi menghadapi musibah banjir kali ini.


Punggah NFI untuk MRA Kedah

MRA KEDAH

sentiasa bersedia 4hb. Januari 2016 Wakil-wakil dari MRA Negeri telah mula turun untuk mendapatkan bekalan “Hygiene Kit� dari MRA Pusat sebagai persiapan dan ikhtiar kami dalam menghadapi kedatangan musim tengkujuh nanti.

MRA sedang mempersiapkan seluruh jentera di peringkat negeri dengan pek kebersihan diri ini dan sedang memantau perkembangan banjir secara teliti. Tahniah MRA Kedah! Tidak lupa juga terima kasih kepada suami Puan Ramlah yang turut bertindak sebagai pemandu dan pengawal keselamatan sepanjang perjalanan tersebut.

Satu pejabat turun

LAPANGAN 60 Helaian 29

MRA Kedah telah mewakilkan Pn. Ramlah Salleh, SU MRA Kedah untuk hadir ke Sekretariat MRA dan mengambil Pek Kebersihan yang telah diperuntukkan untuk edaran di negeri Kedah dan wilayah utara.


Melawat pusat pemindahan banjir

MRA PAHANG mula agih NFI

Agihan kepada yang memerlukan

Banjir Kilat telah melanda daerah Kempadang, Kuantan, Pahang. Seramai 9 buah keluarga telah terlibat dalam banjir ini dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Kempadang.

NFI diagihkan kepada mangsa banjir

SU MRA Pahang, Sdr. Mahadi Deraman telah turun menziarahi dan turut membantu dengan menyerahkan kit kebersihan (hygiene kit) kepada semua yang terlibat.

LAPANGAN 60 Helaian 30

28hb. Disember 2016.


ZIARAH DARI DANISH MUSLIM AID

Kami menerima kunjungan dari Cik Fatimah, wakil dari Danish Muslim Aid yang sedang dalam rangka lawatannya ke Malaysia. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Bantuan Kecemasan & Logistik, Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid. Hadir sama ialah Pengerusi Sub-Komiti OKU MRA, Cik Fauziah Tahar. Perbincangan banyak tertumpu kepada gerakerja bantuan untuk komuniti Rohingya dan penduduk terkesan konflik di Selatan Thailand.

LAPANGAN 60 Helaian 31

31hb. Disember 2015


MESYUARAT MRA DI HOSPITAL AL ISLAM

4hb. Januari 2016 Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru memulakan sesi persekolahan tahun 2016 dengan kehadiran 39 orang pelajar. 30 orang merupakan pelajar lama, manakala baki 9 orang merupakan pelajar baru.

OPERASI BERSEPADU MRA KEDAH 22hb. Disember yang lalu, MRA Kedah telah turut serta dalam program Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Pengemisan Daerah Kota Setar 2015. Program yang bermula dari jam5 pm to 11 pm ini telah berpusat di Pasar Malam Hadapan Pasaraya Pacific Alor Setar, Pasar Malam Tandop dan di kawasan Bank-bank sekitar Kota Setar.

LAPANGAN 60 Helaian 32

Tim dari MRA Kedah terdiri daripada 6 doktor sahabat (seorang dari Sungai Petani manakala selebihnya dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. SAHABAT MRA Kedah seramai 12 orang turut terlibat sama. Antara agensi lain yang turut sama ialah JKM Negeri Kedah dan Pejabat Kebajikan Masyatakat Daerah Kota Setar. Hadir sama ialah wakil dari media Harian Metro dan Sinar.


MENDIDIK ANAK ROHINGYA AGAR BERILMU DAN BERADAB 4hb. Januari 2016 Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru telah memulakan sesi persekolahannya bagi tahun 2016. Sekolah ini yang telah ditadbir oleh MRA sejak tahun 2010 lagi memberikan pendidikan asas sekolah rendah kepada anak-anak Rohingya yang berada di sekitar kawasan ini.

Justeru, kami amat mengharapkan dokongan dan sokongan dari orang ramai, individu dan organisasi yang prihatin untuk tampil sama membantu kami dalam mendidik anak-anak pelarian ini dengan ilmu, amal dan adab bagi menjadikan mereka manusia yang mampu bersaing di luar sana nanti.

LAPANGAN 60 Helaian 33

Sekolah kami ini tidaklah besar, apatah lagi juga tidak mewah dan banyak lagi kelengkapan yang masih kurang dan perlu disedikan bagi memberikan peluang untuk anak -anak ini menikmati suasana pembelajaran yang lebih baik lagi semasa berada disini.


MEMASTIKAN JATIDIRI ROHINGYA TERUS SUBUR 4hb. Januari 2016 Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru memulakan sesi persekolahan tahun 2016 dengan kehadiran 39 orang pelajar. 30 orang merupakan pelajar lama, manakala baki 9 orang merupakan pelajar baru. Ini merupakan perkara biasa bagi sekolah untuk anak-anak pelarian di mana sahaja.

LAPANGAN 60 Helaian 34

Jumlah pelajar yang kecil di hari awal persekolahan adalah perkara lumrah di kalangan sekolah sebegini. Jumlah ini akan meningkat secara perlahan-lahan. Apapun, syabas dan tahniah kepada tim guru-guru di Sekolah Komuniti Rohingya MRA ini.


Anak-anak murid Rohingya kami menerima sumbangan beg dan beberapa kelengkapan lain dari para penyumbang yang budiman, terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada masa depan kami.

Esensi BM PMR (8buah) Esensi BM Tingkatan 1 (10buah) Esensi BM Tahun 5 (7buah) Esensi BM UPSR (6buah) Esensi tatabahasa UPSR (10buah) Bravo Sasbadi Tingkatan 1(11buah) Essential English PMR (10buah) Essential English Tahun 6 (8buah) Terima kasih kami ucakan kepada UNHCR.

LAPANGAN 60 Helaian 35

14hb. Januari 2016 En.Amir telah mewakili UNHCR Education dalam satu majlis penyerahan sumbangan buku teks kepada Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Berikut adalah senarai buku berserta kuantiti yang diberi:


Manakala pada 21 hingga 22hb Januari 2016 pula nanti, MRA turut terlibat dalam memberikan bantuan khidmat nashat dan sokongan kepada para penuntut dari UUM, Sintok yang berkunjung ke Daerah Tawau, Sabah dalam Program Bakti Siswa (Ayok Bah Kita P Sabah). Tahniah kepada tim MRA Sabah yang sudi membantu mereka.

Anda adalah dipelawa untuk hadir sama memeriahkan ma- Tidak lupa juga kepada Dr. Alifah, MRA Kelantan diatas jlis ini dan mengambil manfaat dari perkongsian yang bakal poster ringkas “Beg Bencana Individu� yang comel lote itu, paling tidak kita ada sesuatu untuk dijadikan asas. berlangsung nanti. Ianya pasti menarik!

LAPANGAN 60 Helaian 36

16 Januari 2016. Program Ground Zero MRA datang lagi dan kali ini ianya bakal membincangkan mengenai tajuk menarik iaitu Volunteerism: Japanese Experience. Program ini akan dikongsikan oleh Encik Ueda Hiroyuki, Koordinator Sukarelawan dari JICA (Japan International Cooperation Agency).


Pada 23hb. Januari 2016 nanti, Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechil telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan keluarga dan anak-anak. Seminar Kemahiran Keibubapaan ini adalah dibawah anjuran PIBG SMKPP 16 (1) dan LA21 Perbadanan Putrajaya.

Manakala pada 30hb. Januari 2016 nanti, Induksi SAHABAT MRA akan dianjurkan lagi bertempat di Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Induksi ini akan memberikan pendedahan asas kepada mereka yang hadir mengenai gerakerja MRA dalam dunia bantuan kemanusiaan serta bagaimanakah mereka boleh terlibat untuk ikut serta dalam aktiviti dan program yang kami anjurkan kelak. Jom ikut sekali!

LAPANGAN 60 Helaian 37

Bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Anda semua dialu-alukan untuk hadir.


USTAZ HASRI HARUN MAJLIS DISKUSI ILMU

7hb. Januari 2016

Dalam sesi soal jawab, pelbagai soalan telah diketengahkan oleh para hadirin. Al Fadhil Ustaz turut menghuraikan secara panjang lebar mengenai ciri-ciri dan sifat Orang Fasik termasuk hadis mengenainya. Hadir sama dalam majlis ini ialah Presiden MRA, Dato' Dr. Abdul Razak Kechik dan keluarga.

LAPANGAN 60 Helaian 38

Perkongsian hebat kali ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hasri Harun. Tajuk yang dibicarakan oleh beliau ialah "Manisnya Bersangka Baik".


SEMBANG SANTAI “Malam Bersama Belia� 14hb. Januari 2016 Pengarah Eksekutif, Sdr. Shahrulazilan telah dijemput untuk hadir sebagai salah seorang dari Ahli Panel dalam Program Sembang Santai "Malam Bersama Belia" bersama Moderator Dai'e Azam Alkankari dan seorang lagi Ahli Panel merupakan Sdra. Taleeb Mizad (Artis Youtube) yang sedang meningkat naik.

Semoga kerjasama yang lebih konkrit dapat dijalinkan diantara MRA dengan para belia setempat yang kelihatan begitu bersemangat untuk menawarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu mereka yang memerlukan di mana saja.

LAPANGAN 60 Helaian 39

Program yang dianjurkan bersempena dengan Maal Hijrah ini mendapat sambutan yang baik dari belia setempat walaupun ianya berlangsung sehingga lewat malam. Majlis Sembang Santai ini telah berlangsung di Perkarangan Masjid Jamek Al-Amin Bukit Kangkar, Sg Mati, Tangkak, Johor Darul Takzim.


LAPANGAN 60 Helaian 40


Senduduk liar ditepi batu Berbunga putih jadi penyeri Pelarian Somalia lagi dibantu Inikan pula rakyat sendiri

MRA membantu pelarian Somalia di negeri PUNTLAND dalam Misi Bantuan 2011 untuk Somalia.

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.