JEREBU: Kesan-kesan dan Langkah Pencegahan

Page 1

JEREBU – KESAN-KESAN DAN

LANGKAH PENCEGAHAN MUQADDIMAH Saban tahun, jerebu melanda negara kita dan menyebabkan peningkatan masalah kesihatan. Tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk mengawal kejadian ini secara tuntas. Oleh hal yang demikian, saya kongsikan beberapa pengetahuan asas tentang jerebu yang perlu kita fahami dan seterusnya diamalkan sewaktu jerebu melanda negara kita. Sekurangkurangnya, dengan mengambil beberapa langkah pencegahan ini, dapat mengurangkan risiko ancaman kesihatan kepada kita dan juga ahli keluarga kita.

C. APAKAH KESAN-KESAN JEREBU KEPADA MANUSIA? Di antara tanda dan gejala jerebu kepada kesihatan kita ialah :1. Terasa gatal dan sakit pada kerongkong 2. Batuk-batuk 3. Terkena serangan asthma dan kesukaran bernafas 4. Mata terasa pedih, mejadi merah dan berair 5. Hidung gatal, berair dan kerap bersin 6. Kulit terasa gatal dan mudah alahan

D. Berikut adalah langkah pencegahan dan perawatan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan permasalahan jerebu dan kesannya.

A. APAKAH ITU JEREBU? Jerebu adalah satu keadaan dimana partikel halus seperti debu, asap, gas pencemar dan habuk yang saiznya kurang dari 10 mikron terapung-terapung dan berkumpul di permukaan udara yang kering. Seringkali aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti pembakaran hutan secara terbuka dan pelepasan asap industri menyebabkan pencemaran udara ini terjadi. Bagi mengukur tanda aras kualiti udara khususnya sewaktu jerebu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) diperkenalkan. Sebagai contoh, jika IPU melebihi 200, ini menunjukkan kadar udara yang sangat tidak sihat dan boleh menyebabkan ancaman pernafasan. B. SIAPAKAH YANG TERDEDAH KEPADA RISIKO? Jerebu boleh memberi kesan kepada semua orang yang terdedah kepada udara. Walaupun begitu, golongan ini boleh menerima risiko ancaman pernafasan berbanding yang lain. 1. Kanak-kanak 2. Orang Tua 3. Mengalami penyakit paru-paru seperti asthma, radang paru-paru dan penyakit paru-paru kronik 4. Masalah jantung 5. Perokok 6. Pekerja luar yang sentiasa terdedah kepada udara

1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba sehabis baik berada di dalam bangunan 2. Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari 3. Kerap membasuh tangan, muka dan kawasankawasan yang terdedah dengan udara 4. Jika menggunakan kenderaan berhawa dingin, sentiasa hidupkan alat penghawa dingin dan tutup tingkap kenderaan 5. Mmemakai topeng muka N95 atau paling kurang topeng muka 3 lapis (3 ply). 6. Berhenti menghisap rokok 7. Pergi ke hospital dengan segera sekiranya mengalami gejala-gejala yang tidak diingini. Adalah penting mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada penghidap asthma, allergi dan penyakit kronik paru paru kerana mereka akan mendapat kesan yang lebih memudaratkan. Pastikan ubat-ubatan anda seperti inhaler dan ubat alahan berada bersama anda sentiasa dan tidak luput tempoh. Aktiviti di luar perlu dihindarkan atau ditangguhkan ke hari lain yang yang lebih sesuai. Persediaan kita menghadapi jerebu ini boleh membantu kita dan keluarga mengelakkan risiko masalah kesihatan yang lebih besar.

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin Ketua Biro Kesihatan ABIM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.