31_LaPANGAN

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

RAMADHAN

menjenguk lagi

LApangan 31

Tim Gelandangan beraksi Tautan Kasih 9 kembali Sokongan JAKIM Dousa Hau terus ligat CSR Jururawat Al Islam Iftar bersama YAB PM


SEKALI LAGI RAMADHAN MENJENGUK Kehadiran Ramadhan tahun ini menyegarkan kembali kenangan kami di beberapa kawasan dimana MRA pernah dan sedang beroperasi. Ramadhan merupakan bulan aksi kepada organisasi bantuan kemanusiaan seperti kami. Ramadhan menjadi bulan paling sibuk buat kami selalunya. Ramadhan adalah bulan yang kami nanti-nantikan dan pemergiannya adalah satu kehilangan kerana tiada jaminan bahawa kami akan bertemu Ramadhan di tahun hadapan nanti.

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

Ketika Ramadhan 1431 tiba, kami terlibat dalam menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan ke Khyber Pakhtun Khwa di Pakistan, membantu mangsa banjir besar yang melanda wilayah utara pergunungan yang datang tanpa disangka skalanya. Banjir besar ini membawa kemusnahan yang cukup besar, memusnahkan sebahagian besar prasarana sedia ada menyebabkan ianya seolah-oleh berpatah balik 50 tahun kebelakang. Justeru, Ramadhan disambut dalam suasana muram disini, MRA hadir menghulurkan bantuan kecemasan dalam bentuk bekalan makanan, air bersih dan klinik lapangan. Setakat ini kami telah membangunkan puluhan pam air, 80 buah Rumah Syukriah dan sebuah Empangan Mini Hidro. Ramadhan 1432 kami menghantar tim bantuan ke Puntland, Somalia bagi membantu mangsa kemarau yang mendiami kem-kem IDP yang bertaburan di sekitar Puntland. Kami komited untuk hadir membantu di negara ini walaupun menyedari risiko keselamatan yang perlu ditanggung, Somalia merupakan negara yang tidak begitu selamat untuk pekerja bantuan kemanusiaan sejak sekian lama. Kami memberikan bantuan kecemasan dengan menumpukan kepada pengagihan air bersih bagi tujuan minuman dan pengurusan diri. Kami telah berjaya menyalurkan lebih daripada 4 juta liter air ke puluhan kem-kem IDP yang terletak di sekitar bandar Bossaso dan Gardo. Masih jelas terdengar di telinga kami, ketika dalam satu pertemuan dengan penghuni kem, mereka mengatakan begini: `Semalam, dalam doa selepas solat tarawikh, kami mohon agar kami mendapat bekalan air yang mencukupi bagi memastikan Syawal nanti dapat diraikan dengan sebaiknya` tambah beliau lagi `dan hari ini Allah hantarkan anda (MRA) untuk menghantar air kepada kami, terima kasih`. Ramadhan 1433 merupakan ujian paling getir buat kami. Kami gagal untuk memasuki wilayah Arakan pada Ramadhan tersebut. Kami hanya dapat masuk ke Sitwe, Arakan pada Syawal (Ogos) sahaja. Sekatan dan tekanan yang diberikan kepada organisasi bantuan dari luar negara yang ingin berkerja di Arakan juga agak luarbiasa. Kami juga tidak terkecuali dalam isu sekatan ini. Kami juga tidak mendapat layanan dan sambutan yang sewajarnya daripada komuniti setempat. Namun, ianya tidak mematahkan semangat dan iltizam kami untuk terus membantu komuniti yang bertelagah di Arakan. Ramadhan juga merupakan bulan latihan kepada SAHABAT MRA, tahun ini, Tautan Kasih siri ke 9 mengambil tempat. Puluhan anak muda menyertainya dan ianya melibatkan lokasi lebih dari 7 kampung orang asli di Slim River dan juga di Ulu Slim. Tautan Kasih merupakan satu program yang dibangunkan bagi melatih anak-anak muda dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang merangkumi aspek pembangunan komuniti, klinik lapangan, agihan bantuan, asas komunikasi, air dan sanitasi serta pelbagai lagi. Ramadhan adalah bulan aksi buat kami, bulan dimana kami harus melipatgandakan usaha! MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah


5 Kempen Gelandangan MRA

4 Sokongan JAKIM kepada NGO Islam

Iftar SOMALIA

BASUKA sokong Rohingya

6

Global Community Club UIA

TAUTAN KASIH 9—Menerus Tradisi Kesukarelaan

Isi kandungan

3

7 15

13 CSR Jururawat Al Islam

17 ZIARAH ke Batu Balong

IFTAR Perdana di Putrajaya

18 MRA Myanmar temui Thomas Quintana

19

22

KLINIK LAPANGAN MRA DI

KLINIK LAPANGAN MRA

Rumah WargaMas Bagan Serai

Selepas Aidilfitri yang lalu

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN LAPANGAN 31 Helaian 2


SAHABAT MRA berinteraksi secara langsung bersama gelandangan TIM GELANDANGAN MRA yang masih bertatih dan belum mantap sepenuhnya meneruskan lagi aktiviti turun padang bagi bertemu dan menyantuni penghuni lorong lorong sepi di ibukota ini. Kali ini tumpuan kami masih lagi di tempat yang sama kami lawati dulu. Kami masih lagi mengunjungi penghuni lorong yang sama bagi merapatkan diri dengan mereka agar mendapat kepercayaan dan mewujudkan kemesraan di antara kami dan mereka. Mereka di jalanan bukan kerana tidak berilmu tetapi setiap orang disitu ada ceritanya tersendiri.

TIM GELANDANGAN MRA Jadikan kawasan Kotaraya dan Cahaya Suria sebagai Bilik Kuliah

Semoga Tim Gelandangan lebih perkasa lagi nanti

LAPANGAN 31 Helaian 3


Iftar Sekolah Komuniti Somalia Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul dan keluarganya telah berkesempatan untuk meluangkan masa beriftar bersama komuniti Somalia di Setapak baru-baru ini. Majlis tersebut telah diadakan di Sekolah Komuniti Somalia di Setapak, turut dihadiri oleh tenaga pengajar sekolah tersebut.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Presiden MyCORPS, Sdr. Ashraff Abdul Rahman. MRA terlibat secara aktif membantu pelarian dan mangsa kebuluran di Somalia tempohari dan kami masih lagi komited dalam membantu mereka sehingga ke hari ini.

Mesyuarat Komiti Tautan Kasih 9

Ramadhan merupakan bulan untuk Tautan Kasih. MRA sejak tahun 2011 telah mengadakan program Tautan Kasih setiap kali menjelang Ramadhan. Bertujuan untuk mengambil keberkatan maksimum semasa bulan tarbiyyah yang penuh dengan ganjaran dan keistimewaannya, Tautan Kasih merupakan lapangan utama kami untuk melatih tenaga muda dan penuntut bagi membuat persiapan dalam menghadapi bencana, krisis dan konflik. Modul latihan yang direka rapi menggunakan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki MRA bertujuan untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan dan pekerja bantuan kemanusiaan yang terlatih dan berkemahiran. Biar kita bermandi peluh dalam latihan daripada bermandi air mata apabila tiba situasi sebenar nanti.

LAPANGAN 31 Helaian 4


Presiden MRA diiringi oleh Pengarah Eksekutif dan Pengurus Operasi MRA di Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada NGO Islam 2013

SOKONGAN JAKIM

Membakar semangat MRA untuk berusaha lebih gigih Malaysian Relief Agency (MRA) telah dipilih oleh JAKIM untuk menerima Bantuan Kewangan kepada Ngo Islam bagi tahun 2013 oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). MRA telah menerima sejumlah RM120,000 bagi kegunaan menguruskan MRA dan perlaksanaan program yang kami lakukan sejak penubuhan kami. MRA telah diwakili oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden dan diiringi oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik menerima replika Cek dari YB Mej. Jeneral Dato Seri Jamil Khir

MRA amat berterima kasih dengan pemberian ini dan pengiktirafan JAKIM ini amat membantu kami dalam gerakerja dakwah didalam dan diluar Malaysia.

LAPANGAN 31 Helaian 5


Ahli-ahli BASUKA sedang begitu komited dalam membantu Rohingya

Sumbangan Badan Sukan Dan Kebajikan Pejabat-Pejabat

Dalam Kompleks Kota Darul Naim (BASUKA) kepada MRA untuk masyarakat ROHINGYA

Dato Dr. Abd. Razak Kechik mewakili MRA Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA diiringi oleh Dr. Mokhzani telah menghadiri dan seterusnya mewakili MRA dalam satu majlis sumbangan yang diadakan oleh Badan Sukan dan Kebajikan Pejabat-pejabat Dalam Kompleks Kota Darul Naim (BASUKA) untuk masyarakat Rohingya. MRA telah terlibat dalam isu Rohingya sejak dari penubuhannya hinggalah ke hari ini. MRA mempunyai sebuah Sekolah untuk pelarian Rohingya di Cheras Baru, Kuala Lumpur dan MRA juga turut menyalurkan bantuan kemanusiaan dan lain-lain lagi di wilayah Arakan, Myanmar. Sumbangan ini amat bermakna dan bakal disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

LAPANGAN 31 Helaian 6


SAHABAT MRA sedang bersiap sebelum bertolak ke Tautan Kasih 9

TAUTAN KASIH 9: menerus tradisi Tautan Kasih dan Ramadhan begitu sinonim, dan kali ini, dalam Tautan Kasih 9, tradisi ini diteruskan. Ramadhan menjadi bulan latihan bagi SAHABAT MRA dari dalam dan luar negara. Tautan Kasih merupakan satu program latihan yang direka khusus menggunakan sistem modular yang dibangun berdasarkan kepada pengalaman petugas dan aktivis MRA didalam dan diluar negara. Diinspirasikan berasaskan orientasi di kawasan konflik, bencana dan zon perang. Tautan Kasih mempunyai kelainan yang tersendiri dan ianya merupakan medan utama bagi MRA melatih dan mendidik sukarelawan yang kami gelar SAHABAT ini.

PERKONGSIAN PENGALAMAN (EXPERIENCE SHARING) Elemen utama yang dapat dilihat didalam program Tautan Kasih ini ialah proses memindahkan pengalaman dan kemahiran daripada mereka yang berpengalaman berkhidmat di lapangan kepada adik-adik peserta yang baru berjinak dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan ini. Perkongsian pengalaman ini amat penting kerana ianya mempermudahkan lagi kefahaman para peserta mengenai bagaimana kerja-kerja bantuan ini dilaksanakan di lapangan kerana mereka mendapat penerangan dan bimbingan daripada mereka yang telah berpengalaman dan berada di ground zero yang sebenar. Justeru itu, kami sering memastikan kehadiran para petugas MRA yang berpengalaman di lapangan untuk sering bersama dengan peserta bagi memahamkan mereka dengan lebih baik lagi.

LAPANGAN 31 Helaian 7


MERASAI KELAINAN Tautan Kasih menawarkan kelainan berbanding mana-mana kursus atau latihan yang pernah anda sertai sebelum ini. Kelainan yang paling ketara ialah ini merupakan satu latihan bantuan kemanusiaan yang hampir 80% menepati ciri-ciri sebenar sesuatu lapangan itu. Kelainan yang lain ialah ianya direka berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh MRA sepanjang tempoh kami beroperasi di lapangan sebenar. Setiap modul yang dikongsi sepanjang program ini berjalan telah dipastikan sebagai modul yang diperlukan oleh seorang sukarelawan semasa mereka berada di lapangan. Seterusnya, suasana alam semulajadi dan persekitaran yang segar dan nyaman menjadikan program ini begitu menenangkan dan menyegarkan. Menjadikan setiap peserta sentiasa komited dan bersemangat untuk mengharunginya sehingga tamat.

MEMAHAMI BUDAYA SETEMPAT Tautan Kasih mendedahkan setiap peserta dengan peluang untuk mempelajari budaya tempatan yang begitu unik dan tersendiri. Memahami budaya Orang Asli merupakan aspek terpenting dalam komunikasi dan perhubungan dengan mereka. Hubungan yang lebih erat dapat dijalinkan sekiranya kita dapat memahami budaya yang diamalkan. Segala pantang larang dan taboo dalam masyarakat ini sekiranya dapat dikenalpasti akan dapat membantu kita dalam berinteraksi dengan lebih berkesan lagi. Mengenali budaya mereka akan menjadikan kita lebih rapat dan lebih dipercayai mereka. Ini akan memudahkan segala usaha untuk memenangi hati dan fikiran mereka.

KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN Para peserta akan belajar untuk berkerjasama dalam masa yang singkat dengan semua peserta yang lain sepanjang program ini berjalan. Terdapat pelbagai latarbelakang peserta yang boleh ditemui sepanjang program ini berlangsung. Walau apapun latarbelakang setiap peserta, ianya perlu disebatikan dalam kumpulan masing-masing, bagi menjadikan mereka lebih fokus dalam bekerja dan memahami keperluan untuk hormat menghormati sesama manusia. Kerencaman peserta dalam setiap kumpulan harus dimanfaatkan dan digunakan semaksima mungkin bagi memastikan objektif utama setiap kumpulan dapat dicapai seperti yang dikehendaki.

LAPANGAN 31 Helaian 8


MENIKMATI ALAM

CIPTAAN ILLAHI Tautan Kasih sentiasa mendekatkan peserta dengan alam semulajadi ciptaan Allah. Flora dan fauna itu menjadi begitu dekat dengan peserta. Rahsia alam semulajadi diteroka satu persatu. Menjadikan peserta lebih peka dan peduli dengan alam semulajadi. Hubungan manusia dan alam begitu besar, banyak tanda dan contoh yang boleh dipelajari dari alam.

KONGSI KEGEMBIRAAN Pendekatan yang kami gunakan untuk anak-anak Orang Asli serta komuniti disini sepanjang program Tautan Kasih berlangsung ialah ceria dan menyeronokkan. Kami tidak menggunakan pendekatan takut dan sedih, biarpun dimasa kami akan berpisah dengan mereka. Anak-anak ini harus ceria dan keluar dari kepompong `selesa` yang mereka miliki. Lebih senang mengingati orang yang menceriakan kita dari yang menyedihkan

SELF SERVICE Setiap peserta harus melayani keperluannya sendiri. Mereka harus mendirikan khemah, mencari tempat tidur sendiri, memasak dan sebagainya. Nasiblah kalau masakan anda hangit atau tempat yang pilih untuk bermalam esok paginya banjir, penuh dengan air. Tiada layanan istimewa. Mahu layanan anda perlu ke program lain, bukan disini. Kami mahu melatih mereka yang serius dan berani menghadapi cabaran.

LAPANGAN 31 Helaian 9


LATIHAN ASAS BANTUAN KEMANUSIAAN Rawatan kesihatan kepada anak-anak

LATIHAN ASAS BANTUAN KEMANUSIAAN (LABK) melibatkan bilangan peserta teramai. Kebanyakkan yang hadir adalah mahasiswa yang sedang bercuti samada dari Universiti tempatan mahupun luar negara.

Modul-modul asas LABK merangkumi penggunaan walkie talkie, abjad fonetik, asas sukarelawan, persiapan lapangan, penyediaan klinik lapangan, asas rundingan, asas kebersihan dan lain-lain lagi.

Terpenting ialah interaksi diantara peserta sesama Turut terlibat ialah individu yang telah mendaftar peserta, peserta dan tenaga pengajar dan diantara sebagai SAHABAT MRA dan telah mengikuti peserta dan penduduk setempat (host community). Kursus Asas Induksi MRA. Mereka ini kebanyakkannya telah bekerja dan pernah menganggotai LABK adalah permulaan untuk peserta meneroka lebih lanjut mengenai dunia kemanusiaan. pelbagai organisasi sebelum ini.

LAPANGAN 31 Helaian 10


Merapatkan silaturahim diantara Orang Asli dan kami.

TAUTAN KASIH 9

Kami sentiasa memastikan hubungan kami dengan penduduk setempat adalah baik dan memuaskan Memilih untuk berada bersama penduduk Kampung Pos Bersih daripada berada disamping keluarga tercinta merupakan satu pengorbanan yang cukup berbaloi. Meluang masa dengan bermain-main dan berceloteh dengan anak orang asli pastinya sangat mengujakan bagi mereka yang tahu erti kasih sayang dan penjanaan sumber manusia. Berada dalam komuniti orang asli membawa kita mengembara ke alam sebenar yang bebas dari kepura-puraan dan pengaruh kebendaan. Alam orang asli sentiasa segar dan hijau dengan rimbunan daun dan pucuk muda yang pantas menjalar mencari cahaya matahari bagi menjayakan fotosintesis.

LAPANGAN 31 Helaian 11


Kami akan datang lagi‌. Tunggu!

9 H I S A K TAUTAN

Tautan Kasih ke 9 ini membawa kelainan dari segi perlaksanaannya berbanding 8 Tautan Kasih yang telah lalu. Tautan Kasih kali ini mengabungkan dua buah latihan secara serentak iaitu Latihan Asas Bantuan Kemanusiaan dan Latihan Tindakan Krisis Kemanusiaan.

Kami dibenarkan menggunakan makmal komputer Sub Komittee Orang Asli sedang memberikan taklimat

Kedua buah Latihan ini merupakan produk MRA yang direka khusus berdasarkan pengalaman dan kemahiran kami didalam kerja-kerja bantuan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Latihan Tindakan Krisis Kemanusiaan (LTKK) ini menumpukan kepada aspek pembangunan komuniti, pemantapan komuniti dan pemberdayaan ekonomi penduduk setempat. Untuk mengikuti LTKK ini, para peserta dimestikan untuk hadir dan mengikuti Latihan Asas Bantuan Kemanusiaan (LABK) secara penuh dan aktif. MRA amat berharap kualiti LABK dan LTTK akan dapat dipertingkatkan dimasa mendatang bagi memastikan lebih banyak SAHABAT berkualiti dapat dilahirkan.

LAPANGAN 31 Helaian 12


MRA bertemu dengan sebuah lagi persatuan mahasiswa prihatin yang ber konsepkan dakwah bil hal telah ditubuhkan di UIA Petaling Jaya dibawah nama Global Community Club UIA.

MRA turutserta teambuilding

GLOBAL COMMUNITY CLUB UIA

Kami telah dijemput untuk hadir memberikan latihan kepimpinan dan pembinaan pasukan kepada pimpinan dan ahli persatuan ini. Tahniah kepada semua yang terlibat.

MRA menurunkan Sdr. Rosdi Abdullah, Pengurus Sumber Manusia dan Cik Siti Zaharah, Eksektutif PR bagi mengendalikan program ini

MRA telah dijemput untuk membantu mengendalikan sesi teambuilding kemanusiaan bagi tim GCC di Petaling Jaya. MRA telah diwakili oleh Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik, Tuan Haji Khairil Annuar Khalid, Pengurus HR, MRA, Sdr. Ahmad Rosdi dan Cik Siti Zaharah, Eksekutif Komunikasi Korporat MRA.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan GCC kepada MRA dalam membantu melatih dan mendidik ahli ahli GCC dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

LAPANGAN 31 Helaian 13


CSR JURURAWAT

HOSPITAL PAKAR AL ISLAM Rak Buku dan Al Quran untuk Sekolah Rohingya MRA

Sumbangan ini pastinya menyemarakkan semangat anak-anak Rohingya untuk terus belajar dan membaca. Kemuliaan dan keberkatan Ramadhan dimanfaat sepenuhnya oleh Jururawat dari Hospital Pakar Al Islam, Kuala Lumpur. Mereka telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Rak Almari dan naskah Al Quran kepada Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Rak-rak almari ini akan digunakan bagi melengkapkan Pusat Sumber Sekolah Komuniti Rohingya ini. Penyerahan Rak-rak Almari ini telah disempurnakan oleh Dr. Suhaimi sambil disaksikan oleh Dr. Ishak Mas`ud, selaku Pengarah Hospital Pakar Al Islam yang juga merupakan Timbalan Presiden MRA. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan ini dan semoga kita boleh bekerjasama lagi di lain masa.

LAPANGAN 31 Helaian 14


IBUBAPA & Penjaga yang prihatin turut sama hadir dalam kelas ini bagi mempelajari teknik dousa hau yang betul

Dousa Hau terus dikongsi

Perkongsian pintar

Tekun dan serius KELAS DOUSA HAU MRA seperti biasa mengambil tempat di Sekretariat MRA. Kelas ini berjalan lancar seperti biasa dan menariknya, kali ini penyertaan peserta adalah dari kumpulan MYCP yang berpusat di Shah Alam. Taklimat Dousa Hau telah diberikan oleh Cik Fauziah Tahar kepada ibubapa yang hadir, memberikan mereka kefahaman dan maklumat mengenai Dousa Hau yang sebenarnya.

LAPANGAN 31 Helaian 15


Pengarah Eksekutif MRA, En. Mohd Shahrulazilan Said dan Pengurus Operasi MRA, En. Mohd Iqbal Abu Bakar bergambar kenangan bersama YAB Perdana Menteri dan YAB Mantan Perdana Menteri.

Wargakerja wanita MRA turut berkesempatan untuk bergambar kenangan dengan Tun Dr. Siti Hasmah, Datin Seri Rosmah Mansur dan Dato Dr. Mashitah. Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut serta dalam Majlis Iftar Ngo-ngo Islam bersama YAB Perdana Menteri anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kediaman Rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh pelbagai NGO dan pertubuhan lain juga.

MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Pengurus Sekretariat, Pengurus Operasi dan kakitangan sekretariat MRA. Kami berkesempatan berbual dengan YAB PM dan mantan PM mengenai MRA dan aktiviti kami.

LAPANGAN 31 Helaian 16


Cik Fauziah Tahar bersama-sama dengan nak penduduk disana

Ziarah Mahabbah BATU BALONG, RAUB, PAHANG

MRA mengakhiri kempen Ramadhan kami dengan mengadakan Ziarah Mahabbah ke Kampung Orang Asli di Batu Balong, Raub. Kami pernah mengadakan program Corporate Social Responsibility (CSR) di Kampung ini tempohari bersama dengan Tenaga Nasional Berhad. Kesempatan ini telah kami gunakan untuk beramah mesra dengan para penduduk dan anak-anak mereka. Kami turut menyampaikan sedikit sumbangan barang keperluan asas buat mereka menyambut kehadiran le- Ingatan tulus sempena Syawal dari MRA baran yang penuh bermakna.

LAPANGAN 31 Helaian 17


MRA Myanmar terus beraksi Konflik Arakan di Myanmar dipantau oleh MRA secara dekat melalui Pejabat MRA di Rangoon. MRA sentiasa memastikan agar dapat turut serta dalam sebarang perbincangan mengenai masa depan Arakan.

Koordinator MRA Myanmar, Saudara Sharhid @ Aung Naing Win telah berkesempatan untuk bertemu serta berdialog dengan Mr. Thomas Quintana, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki Mun ke Myanmar. Di kesempatan ini MRA telah ber kesempatan untuk menyuarakan pandangan kami mengenai penyelesaian konflik ini dalam jangkamasa panjang. Kami turut menyuarakan mengenai kesukaran kami untuk bekerja di lapangan secara rasmi kerana tidak begitu mendapat kerjasama dari pihak berwajib yang seolah-olah tidak mahu menggalakkan kehadiran lebih banyak NGO luar negara dan antarabangsa daripada bergerak di Arakan bagi membantu komuniti yang terlibat.

Presiden MRA bertemu dengan U Kyaw Hla MRA turut melahirkan perasaan kecewa kami diatas penahanan U Kyaw Hla, seorang peguam yang kini menjadi jurucakap dan memimpin penduduk Rohingya yang berada di Sitwe dan kem-kem IDP disekitarnya. Beliau merupakan salah seorang daripada `contact person` MRA di lapangan Arakan. Kami berkerjasama dalam urusan pendidikan dan kebajikan penduduk Rohingya di kem-kem IDP disana.

LAPANGAN 31 Helaian 18


Tentera turut terlibat membantu kami

Rumah Warga Mas Bagan Serai bersama MRA Perak MRA Perak di bawah kendalian Dr. Abdul Karim Russ sekali lagi mengadakan Klinik Lapangan di Rumah Warga Mas di Bagan Serai Perak untuk para penghuni yang mendiami rumah tersebut. MRA Perak kerap mengadakan pelbagai program samada berbentuk kesihatan, pendidikan mahupun sosial bersama para penghuni di rumah ini.

Pengerusi MRA Perak turut serta hadir membantu rawatan di sini.

Pada program kali ini, kami turut mendapat kerjasama dari pasukan Tentera Darat yang bersama-sama membantu menyantuni para penghuni rumah tersebut.

LAPANGAN 31 Helaian 19


SAHABAT dan Petugas MRA Perak sedang menyantuni para penghuni Rumah Wargamas ini

Rumah Warga Mas Bagan Serai bersama MRA Perak Selain dari mengambil bacaan tekanan darah dari setiap penghuni rumah tersebut, kami turut mengadakan pemeriksaan asas yang lain termasuk memeriksa sakit pening dan lain-lain bersangkutan dengan kesihatan, maklumlah, kebanyakan penghuni disini merupakan warga mas yang sudah berumur, pastilah mereka mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang perlu dipantau. Ceramah kesihatan juga turut diadakan bagi memaklumkan kepada semua yang hadir mengenai kaedah penjagaan diri yang terbaik dan yang praktikal.

LAPANGAN 31 Helaian 20


Sdr. Johari Kan dan Ustaz Shuaib mewakili Sekolah Komuniti Rohingya MRA (Cheras Baru)

Syawal merupakan hari raya yang penuh meriah buat kanak-kanak yang merasakan Ramadhan bulan yang penuh ujian dan kepayahan. Namun bagi kami di MRA, Syawal merupakan bulan kesyukuran dan lebih banyak perlu dilakukan kerana gandaan pahala sudah tidak ada lagi berbanding Ramadhan. MRA telah dijemput oleh Stesen TV Al Hijrah untuk rancangan Assalamualaikum Syawal bagi berkongsi pengalaman dan cara menyambut Syawal bagi golongan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia. MRA telah diwakili oleh Penyelia Sekolah Rohingya MRA, Sdr. Johari Kan dan Ustaz Shuaib Ramazan salah seorang dari tenaga pengajar di sekolah tersebut. Sekumpulan pelajar dari Sekolah Komuniti Rohingya juga telah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka yang diadakan diperkarangan TV Al Hijrah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

LAPANGAN 31 Helaian 21


KLINIK LAPANGAN MRA DI DANAU KOTA DIKETUAI OLEH DR. ISHAK MAS`UD

Klinik Lapangan ini memberi rawatan awal kepada para penghuni Malaysian Relief Agency (MRA) telah menghantar satu tim perubatan yang dipimpin oleh Dr. Ishak Mas`ud yang turut disertai oleh tim nurse dari Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru bagi mengadakan klinik rawatan asas kepada para penghuni Dewan Komuniti Orang Ramai Danau Kota di Setapak. Para penghuni ini merupakan penduduk yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Bandar Dalam, Sentul Pasar dalam kebakaran yang berlaku semasa cuti hari raya aidilfitri baru-baru ini. Kebakaran ini telah memaksa mereka untuk berpindah dan menghuni di Dewan Komuniti sehingga mereka mendapat penginapan baru yang akan ditentukan oleh pihak berwajib.

MRA buta perkauman, kami berkhidmat untuk negara

LAPANGAN 31 Helaian 22


Doktor MRA & AL ISLAM sedang melakukan rawatan

MRA menerima kunjungan dari salah seorang SAHABAT MRA dari Tashkent, Uzbekistan. Beliau merupakan Sdr. Azim Yuldashev yang kini merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar di Fakulti Bahasa Melayu, Universiti Bahasa-Bahasa Dunia, Tashkent, Republik Uzbekistan. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anak.

Sdr. Azim dan anaknya bertemu Sdr. Shahrul Paket yang kami berikan kepada teman-teman gelandangan terdiri dari item-item untuk kebersihan dan penjagaan diri (Hygiene Kits).

Beliau yang juga merupakan adik kepada Saudara Kahramon Yuldashev akan berada di Malaysia buat masa yang agak panjang kerana beliau akan menyambung pengajiannya di peringkat Master di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Kuala Kangsar. Pek Hygiene Kit sumbangan MRA untuk agihan

Ada tuala lembut, pengetip kuku, berus gigi, ubat gigi, sabun dan beberapa lagi barangan yang lain. Kami juga sediakan sebotol air mineral, sebuku roti juga biskut. Namun semua ini mengikut kepada bentuk dan jumlah dana yang kami miliki. Kalau besar dananya, mungkin item boleh ditambah atau bilangan penerima boleh ditingkatkan. Mana-mana bungkusan yang tidak habis diedarkan boleh dibawa ke agihan akan datang, tidak rosak dan tidak rugi.

LAPANGAN 31 Helaian 23


Pada tahun 2011, MRA telah terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia. Pelbagai bentuk bantuan kecemasan telah dihulurkan bagi membantu pelarian yang disebabkan oleh kemarau yang berpanjangan dan menyebabkan ramai yang terjejas kehidupan mereka.

Somalia tetap dihati

Klinik Lapangan MRA ini dikendalikan oleh Dr. Daud Hersi yang begitu gigih dan komited

LAPANGAN 31 Helaian 24


Malaysian Relief Agency (MRA) telah dijemput oleh Perdana Global Peace Foundation (PGPF) untuk turut serta terlibat didalam Perhimpunan NGO-NGO Malaysia yang membantu Palestin. Antara NGO lain yang terlibat ialah Viva Palestina, Mercy Malaysia, Haluan, Pertubuhan Aqsa Shariff, Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Aman Palestin dan Islamic Relief Malaysia (IRM).

MRA mempunyai beberapa program bersama penduduk Palestin yang telah kami laksanakan sejak dari tarikh penubuhan kami dalam tahun 2009 lagi.

Antara program bantuan yang disalurkan oleh MRA ialah program penajaan anak-anak yatim di Gaza, penganjuran perkhemahan cuti musim panas dan pelbagai program pendidikan. MRA juga pernah membawa seorang pemuda Palestin yang tercedera di kedua belah kaki akibat jerangkap samar untuk mendapatkan rawatan di Malaysia. MRA juga mempunyai program pelatihan dengan membawa Kesemua NGO ini mempunyai pembabitan yang lima orang doktor Palestin dari Gaza bagi mendapatkan latihan tersendiri dalam membantu penduduk Palestin dan pendedahan di hospital Malaysia. yang tertindas dan terhimpit dalam kepungan Selain di Gaza, MRA turut membantu pelarian Palestin yang Israel yang semakin mencengkam. berada di Lebanon.

LAPANGAN 31 Helaian 25


Burung hantu matanya celik Lihat rerama disarang tempua Mari dibantu pelarian konflik Saudara seagama berlainan benua LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Dr. Ishak Mas`ud, Timbalan Presiden MRA semasa meninjau kehidupan pelarian Syria yang menghuni pinggir bandar Amman, Jordan.

Dr Ishak Mas`ud, Timbalan Presiden MRA bersama anakanak pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Amman, Jordan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.