LaPANGAN_50

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

TA’DIB TERAS KEUTUHAN BANTUAN KEMANUSIAAN Majlis Anugerah Dakwah Negara RETREAT MRA 2015 Bantuan Banjir Pantai Timur Santuni Penduduk Terkesan Ribut Kedah

LAPANGAN 50


Syabas Presiden MRA!

TA’DIB TERAS KEUTUHAN BANTUAN KEMANUSIAAN Seperti adat kelazimannya, Tema Retreat MRA Retreat 2015 ini turut menyaksikan keperluan pembangunan kapasiti MRA diperingkat 2015 dijadikan tajuk LaPANGAN edisi ke 50 ini. negeri dengan lebih laju dan lebih meluas Ta’dib berasal dari akar kata “adaba” yang ber- lagi. erti: “mengundang manusia ke arah bersifat dengan akhlak yang baik dan meninggalkan Kewujudan MRA Perak, MRA Kedah, MRA Pahang dan yang terbaru bakal beroperasi akhlak yang keji. dalam masa terdekat, MRA Kelantan amat Ta’dib juga membawa erti “usaha mendisiplinkan diperlukan di lapangan. Kehadiran MRA ini manusia agar mempunyai disiplin yang mulia dari perlu dirasai dan memberikan manfaat kepada penduduk setempat. MRA harus bersegi jiwa dan rohani”. peranan menjadi “trend setter” dan bukan Manakala menurut ilmuan terkemuka Islam sekadar menjadi pengikut atau penurut Prof. Naquib al Attas pula, Ta’dib ini membawa arahan mana-mana pihak semata-mata. maksud “Melahirkan insan yang beradab dengan Penciptanya, dengan manusia dan makhluk- Kitalah yang harus memimpin perlaksanaan makhluk yang lain. Manakala orang yang tidak kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Malaysia dan mengambil tanggungjawab didalam beradab di gelar sebagai biadab”. mendidik masyarakat untuk redha dan bersyuMRA sebagai sebuah organisasi bantuan ke kur dalam menghadapi apa saja ujian yang manusiaan yang jelas halatuju dan kaedah per didatangkan. Namun kita juga turut terlibat laksanaanya sentiasa memastikan segala aktiviti dalam tindakan yang dikira sebagai usaha dan gerakerja bantuan yang dilaksanakan di dan ikhtiar manusia untuk menghindarkan lapangan bagi menyantuni mereka yang serba musibah dan ujian berat yang boleh berlaku memerlukan baik didalam mahupun diluar akibat kerosakkan yang dilakukan oleh negara, sentiasa berada didalam ruang lingkup tangan-tangan manusia. yang sepatutnya. Menjadikan setiap petugas dan sukarelawan kami jelas dengan kerja-kerja bantuan yang dilakukan, menginsafi bahawa kepayahan dan kesukaran yang didatangkan oleh ALLah SWT sebagai tanda peringatan serta ujian dari Maha Pencipta bagi mengangkat darjat mereka yang diuji dan ditimpakan musibah serta kepayahan tersebut.

Kami konsisten dan akan memastikan ta’dib akan terus menjadi teras keutuhan dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


Lembaga Pemegang Amanah, Ahli-ahli Exco, Ahli Sub Komiti, Pimpinan MRA Negeri, Pejabat MRA Luar Negara, wargakerja dan SAHABAT MRA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan kesyukuran diatas penganugerahan yang diterima oleh Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik. Semoga ianya menjadi dorongan dan cabaran buat kami untuk berkerja dan berusaha lebih gigih lagi dalam melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada yang memerlukan.

LAPANGAN 50 Helaian 2

Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik bersama Sijil Penghargaan yang diterimanya.


Antara Isi Kandungan LaPANGAN MRA siri ke 50 (16 Feb. – 15 Mac 2015) Ms 2, 9-10 Majlis Anugerah Dakwah Negara YADIM

Ms 11-17 Retreat MRA 2015, Port Dickson Ms 18-21 Misi Banjir Pantai Timur terus berjalan

Ms 22,24,28 Kunjungan tetamu luar ke Sekretariat MRA di Danau Lumayan

LAPANGAN 50 Helaian 3

Ms 27, 31-32 Gerakerja bantuan MRA Kedah dan MRA Perak


Dapatkan koleksi E-Majallah LaPANGAN yang terdahulu

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

Kejadian gempa bumi yang melanda SUMATERA BARAT (SUMBAR) pada Disember 2009 begitu dahsyat. Ianya mengakibatkan lebih daripada 200,000 jiwa terkorban, puluhan ribu cedera dan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan. Gempa berskala besar ini sehingga kini masih meninggalkan puluhan ribu penduduk tanpa rumah yang selesa dan sempurna seperti yang mereka pernah miliki sebelum kejadian tersebut. Di daerah ini, Alhamdulillah MRA telah berjaya membangunkan sebanyak 416 buah Rumah Syukur buat penduduk yang telah kehilangan kediaman mereka dalam gempa tersebut.

LAPANGAN 50 Helaian 4

GARISMASA


RINGKASAN EKSEKUTIF

Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).

LAPANGAN 50 Helaian 5

MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 50 Helaian 6

ALAMAT PERHUBUNGAN


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli

PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan

EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharom

PUSAT KOMUNITI

PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak

JABATAN OPERASI

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA

KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee

ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine

PENGURUSAN DANA

KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah

MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 50 Helaian 7

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman


LAPANGAN 50 Helaian 8

KAWASAN OPERASI MRA


YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak men Tokoh Dakwah Negara 2015 kepada YBhg. Presiden MRA, Dato Kechik, sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Ment Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Yang Dipertua YADIM, Da Dusuki. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Dr. Abdul Razak!

MAJLIS ANUGERAH DAKWAH

Tahniah Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiaman bergambar kenangan bersama Dato’ Dr. Abdul Razak dan Datin.

Bergambar bersama para penerima Anugerah yang lain


nyampaikan Anugerah o’ Dr. Abdul Razak bin teri, YB Mejar Jeneral ato’ Dr. Asyraf Wajdi

k

Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ahli EXCO, Pengerusi dan ahli Sub-Komiti, Pimpinan MRA di peringkat Negeri, Wakil MRA di luar negara, wargakerja MRA dan seluruh SAHABAT MRA mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berbahagia Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Dakwah Negara tahun 2015. Anugerah yang diadakan julung-julung kali ini telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersempena dengan ulangtahun ke 40 penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) (1974-2014). Dalam Majlis ini, Ybhg. Dato Dr. Abdul Razak Kechik telah menerima sekeping sijil penghargaan, cenderamata dan mock-cek bernilai RM15,000. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak, disaksikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir dan Yang di -Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Hj. Dato’ Dusuki. Pemilihan Dato Dr. Abdul Razak sebagai penerima anugerah yang julung kali diadakan ini adalah berdasarkan kepada pembabitan dan penglibatan beliau yang konsisten dan berterusan sejak dari dahulu sehingga ke hari ini melalui program pengupayaan komuniti Orang Asli, program kebajikan dan pem belaan anak-anak yatim, juga melalui kerja-kera dakwah didalam dan luar negara termasuk dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

Selain menjadi Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dato Abdul Razak juga menjadi Presiden kepada Yayasan Al Khalifah (YAK) yang terlibat secara langsung dengan program pem bangunan komuniti Orang Asli di Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Juga, Dato Abdul Razak turut menjadi Pengerusi Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan yang bergiat aktif dalam kerja -kerja dakwah dan pengIslaman saudara baru terutamanya di negeri Kelantan. Seterusnya, Dato Dr. Abdul Razak juga merupakan Pengerusi kepada Persatuan Rumah-rumah Anak Yatim (PEYATIM) yang menumpukan kepada program kebajikan anak-anak Yatim seluruh negara. Akhir sekali, Dato Dr. Abdul Razak juga merupakan Presiden kepada Briged Bakti Malaysia sebuah badan ko kurikulum yang mempunyai keanggotaan melebihi 50,000 orang di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia. Semoga kejayaan ini mampu menjadi pemangkin mencetuskan semangat orang lain untuk turut berbakti seperti yang telah ditunjukkan oleh Dato Razak!

LAPANGAN 50 Helaian 10

H

Tim MRA diketuai oleh SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman bergambar kenangan bersama Dato Dr. Abdul Razak dan Datin di pentas utama.


TA’DIB TERAS KEUTUHAN BANTUAN KEMANUSIAAN Retreat MRA 2015: Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Sesi pembukaan Retreat MRA 2015 berjalan pada hari Sabtu 21hb Februari 2015 dimulakan dengan sesi Ucaputama oleh Yang berbahagia Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak bin Kechik. Ucaputama beliau bertajuk Ta’dib Teras Keutuhan Bantuan Kemanusiaan. Retreat MRA kali ini mengambil tempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Berlangsung dari 20hb Februari sehingga 22hb Februari 2015. Dihadiri oleh seluruh warga MRA terdiri dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), Pimpinan MRA Negeri (Perak, Kedah dan Pahang), AJK Sub Komiti MRA juga turut serta untuk pertama kalinya ialah wakil JK Penaja MRA Kelantan, tahniah diatas kehadiran ini. Ringkasan catatan mengenai ucaputama Dato’ Presiden mengenai moto Retreat kali ini adalah seperti berikut:Ta’dib berasal dari akar kata “adaba” yang bererti: “mengundang manusia ke arah bersifat dengan akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang keji. Ta’dib juga membawa erti “usaha mendisiplinkan manusia agar mempunyai disiplin yang mulia dari segi jiwa dan rohani”. Matlamat Ta’dib menurut Prof. Naquib al-Attas, Melahirkan insan yang beradab dengan Penciptanya, dengan manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Manakala orang yang tidak beradab di gelar sebagai biadab.

LAPANGAN 50 Helaian 11

Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik sedang menyampaikan ucaputama Retreat MRA 2015: “Ta’dib Teras Keutuhan Bantuan Kemanusiaan”


AJARAN ISLAM MENGENAI BANTUAN KEMANUSIAAN Dato’ Presiden turut mengupas mengenai anjuran Terangkum didalam tajuk yang sama, Al Quran terhadap perlaksanaan kerja-kerja bantuan Dato’ Presiden terus mengupas ayat 10kemanusiaan dan kebajikan yang terakam di dakan 17 Surah Al Balad: Al Quran menerusi ayat 1 hingga 7 dari Surah Al Maun. 10: “Dan Kami tunjukkan kepadanya dua 1: “Adakah engkau perhatikan orang yang mendustajalan raya kan agama? 11: Tetapi dia tiada berusaha menempuh 2: Itulah (orang) yang mengherdik anak yatim jalan mendaki. 3: Dan tiada menganjurkan untuk memberikan makan 12: Tahukah engkau, apa jalan mendaki kepada orang miskin itu?

6. Yang mengerjakan (kebajikan) untuk dilihat orang

15: kepada anak piatu yang dekat;

7: Dan enggan menolong sebarang pertolongan”

16: atau orang miskin yang berbaring di tanah.

Intisari yang terkandung dalam ayat-ayat dari surah ini ialah apa yang dikatakan Islam itu bukanlah hanya 17: Selain itu, dia termasuk orang-orang sekadar ibadah solat semata-mata, tetapi juga meliputi yang beriman dan berwasiat satu dan merangkumi kerja-kerja kebajikan dan bantuan sama lain supaya berhati teguh dan seperti menolong dan menyantuni anak yatim, memberkasih sayang. bantu dan meringankan bebanan orang miskin atau lakukanlah sebarang pertolongan yang boleh merin- 18: Itulah kaum kanan.” gankan bebanan orang lain.

LAPANGAN 50 Helaian 12

4: Sebab itu, celaka untuk orang-orang yang bersem- 13: Memerdekakan hamba sahaya, bahyang 14: Atau memberikan makanan di hari 5: Yang lalai dari sembahyangnya kelaparan


Qiamullail dan Kuliah Subuh hari terakhir disampaikan oleh Al Fadhil Prof. Dr. Razali Nawawi: “Amanah Dalam Kerjaya” CERAMAH JEMPUTAN disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ismail Che Ku, terima kasih Ustaz.

KULTIM Kedua Retreat 2015 disampaikan oleh SU MRA Pahang, Sdr. Mahadi Deraman

Tajuk: “Ikhlas dan Jujur Beramal” Pengkuliah: Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA

KULTIM Pertama dalam retreat ini telah disampaikan oleh Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Al Hany Abdul Halim

Alhamdulillah, sepanjang Retreat MRA 2015 ini berlangsung, kami telah berjaya mengatur dua KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) diantara Maghrib dan Isyak, dua KULSUB (Kuliah Subuh), satu Kuliah Pembukaan oleh Ust. Ismail Che Ku dan slot Qiamullail yang dipimpin oleh Al Fadhil Ust. Prof. Dr. Razali Nawawi. Kesasaan tubuh badan fizikal serta kebijakan akal fikiran mengatur strategi perlu sentiasa diringi dan disulami dengan keyakinan serta pengharapan mendapat keredhaan dari ALLah SWT.

LAPANGAN 50 Helaian 13

KULIAH-KULIAH SEPANJANG RETREAT 2015 BERLANGSUNG


MRA Perak aka lipat gandakan usaha di Perkampungan Orang Asli

Pengerusi MRA Perak, Dr. Abdul Karim Russ memberikan taklimat mengenai aktiviti dan gerakerja bantuan yang telah dilakukan oleh MRA Perak selama setahun yang lalu, terutamanya kepada masyarakat Orang Asli dan harapan mereka untuk menghadapi tahun yang mendatang. Tahniah kepada tim MRA Perak yang hadir sama dalam retreat ini. MRA Kedah sudah mula sibuk menghadapi kejadian ribut yang semakin meningkat di Kedah

MRA Kedah telah melakukan pembentangan yang bertenaga sekali, disampaikan oleh Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Al Hani. MRA Kedah kelihatan lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan perancangan dan aktiviti yang lebih tersusun. Mereka turut menambah jumlah sukarelawan dalam jentera MRA Kedah bagi memastikan ianya terus bergerak aktif di lapangan. MRA Pahang bertindak cemerlang dalam misi bantuan dalam Banjir Pantai Timur yang baru lalu.

LAPANGAN 50 Helaian 14

MRA Pahang juga tidak ketinggalan, diwakili oleh Pengerusinya, Dr. Sahrol Azmi, menggariskan halatuju dan perancangan MRA Pahang dalam menghadapi hari mendatang. Pahang merupakan cawangan MRA yang terbaru dan dalam tempoh terdekat ini mereka telah diuji dengan kejadian Banjir Pantai Timur yang menyaksikan kemampuan MRA Pahang di lapangan.


Tn. Haji Shirajuddin Sirat, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MRA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MRA me mulakan aktiviti Retreat MRA 2015 dengan Kuliah Maghrib pembukaan yang disampaikan oleh Sdr. Mahadi Deraman, SU MRA Pahang.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman membentangkan pencapaian MRA pada tahun 2014, dari sudut kejayaan dan juga kekangan dan muhasabah gerakan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan. Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik memberikan pandang an beliau terhadap beberapa isu yang dilontarkan didalam retreat MRA kali ini.

Tim. Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud menyampaikan khabar gembira mengenai rancangan pembinaan Kompleks MRA yang bakal di laksanakan dalam tempoh terdekat. Semoga MRA akan terus menjadi organisasi bantuan yang kekal berpijak diatas paksi yang betul

LAPANGAN 50 Helaian 15

Moga MRA terus bergerak kehadapan dibawah pimpinan Dato Presiden!


“Memperkasa Pengurusan Dana & Media” telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul

“Pengurusan Bencana Dalam Negara” dan “MRA Berhad” merupakan slot yang dibentangkan oleh Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA

Pn. Noor Yuslinda Yusof, SU Sub Komiti Latihan bertindak menjadi Moderator bersama dalam sesi Retreat 2015 ini

Terima kasih kepada Sdr. Mohd Rezaidi Ishak yang turut membantu melancarkan program dan bertindak sebagai Moderator bersama.

Slot “Pengurusan Bencana Dalam Negara” telah disampaikan oleh Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid, di ikuti oleh slot “MRA sebagai Ngo Kemanusiaan di peringkat Nasional dan ASEAN” oleh SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman. Seterusnya slot diisi oleh Sdr. Shahrul “Memperkasakan Pengurusan Media & Dana”. Sesi Pembentangan pada hari terakhir, Cik Lydia Amira Johari telah memberikan pembentangan mengenai perjalanan “Sekolah Komuniti Rohingya MRA” di Cheras Baru dan Tn. Haji Khairil Annuar Khalid telah memberikan pembentangan mengenai perjalanan “MRA Berhad”. Tn. Haji Shirajuddin Sirat telah membentangkan “Tarbiyyah Diri & Gerakerja Sekretariat MRA”. Sesi terakhir ialah Slot Penggulungan yang telah disempurnakan oleh Tim. Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud. Terima kasih diucapkan juga kepada pasangan moderator, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak dan Puan Noor Yuslinda Yusof yang membantu perjalanan keseluruhan Retreat kali ini.

LAPANGAN 50 Helaian 16

Cikgu Lydia Amira berkongsi mengenai perjalanan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur


LAPANGAN 50 Helaian 17

Port Dickson, Negeri Sembilan

20-22 Februari 2015

RETREAT MRA 2015

BERDIRI (Akhir) Dasuki Wahab, Dr. Sahrol Azmi, Zulfekar Gohar Rahman, Dr. Mohd Nur Gohar Rahman, Ust. Hamidullah Dudumiya, Mahadi Deraman, Stien Van Lutam, Dr. Faried Zulfahmi, Johari Kan Abdullah, Mohd Iqbal Abu Bakar dan Fadhil Baharuddin.

BERDIRI (Barisan Tengah) Dr. Abdul Karim Russ Hassan, Dr. Saifullah Abdul Halim, Hj. Azmi Ahmad, Dr. Alifah Zizi, Lydia Amira Johari, Fazlinie Abdul Rahim, Fauziah Tahar, Dr. Maryati Maharon, Noor Yuslinda Yusof, Dr. Mahrizah, Noor Hazwani bt. Md Roslan, Siti Zaharah Chik dan Nur Amalina Zakaria

DUDUK (dari kiri) Mohd Rezaidi Mohd Ishak, Ramlah Md. Salleh, Khairil Annuar Khalid, Shirajuddin Sirat, Dr. Ishak Mas’ud, Dato Dr. Abd. Razak Kechik, Dr. Mohd Daud Sulaiman, Dr Shahrizal Azwan Shamsuddin, Mohd Shahrulazilan Said dan Mohd Azwan Ramli.


LAPANGAN 50 Helaian 18


Kami terus mengadakan kunjungan dan mengagihkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan bantuan

MRA ziarah penduduk wargamas pasca banjir di Kelantan Terima kasih kepada para penyumbang, kami tolong hantarkan saja

TIM Sukarelawan MRA di Kota Bharu, Kelantan terus gigih menziarahi penduduk yang memerlukan bantuan pasca banjir tempohari. Terbaru, kami telah mengagihkan bantuan tilam, bantal dan lampin dewasa kepada penduduk setempat yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan ini.

Terus menziarahi penduduk di lapangan

Tahniah diucapkan kepada sukarelawan MRA yang terus berada di lapangan mencari ruang dan peluang untuk terus berbakti kepada mereka yang memerlukan walaupun air banjir telah lama surut.

LAPANGAN 50 Helaian 19

Agihan barangan keperluan


Terima Kasih dan Tahniah diatas kerjasama ini, semoga kita boleh terus berkerjasama di masamasa yang akan datang

MRA LETAK TABUNG DERMA DI PREMIS BERRY’S Kami berbangga dengan para peniaga yang prihatin Bantuan kemanusiaan merentasi batas bangsa

MRA telah mendapat kerjasama dari Sykt. Berry’s yang telah sudi untuk meletakkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur di 10 buat premis perniagaan mereka. Penyerahan Tabung-tabung sumbangan ini telah disempurnakan oleh CIK. Lai mewakili Berry’s kepada Cik Fauziah Tahar mewakili MRA.

LAPANGAN 50 Helaian 20

16hb. Februari 2015


Memastikan penduduk mendapat bekalan ubat yang betul

TIM PERUBATAN MRA MASIH BERTUGAS DI LAPANGAN

Kerjasama bantuan di lapangan terkesan banjir diteruskan secara bersama oleh MRA dan Lipan Bara. Kali ini penumpuan kerja-kerja bantuan telah diberikan buat membantu penduduk di Jajahan Kota Bharu. MRA telah berada di Kelantan sejak dari harihari awal banjir melanda dan kami dijangka akan berada di lapangan untuk tempoh sekitar sebulan lagi menjadikan tempoh keseluruhan kami di lapangan ialah selama 3 bulan.

Sdr. Ezri LipanBara juga sudah boleh memeriksa darah pesakit Terima kasih pada Sukarelawan semua

LAPANGAN 50 Helaian 21

Bersama masyarakat


Thank you for visiting us, we really appreciate your ideas and intention for collaboration with MRA

MRA TERIMA KUNJUNGAN MUSLIM AID AUSTRALIA

Exchanging information

Ta’awannu Allal Birri Wa Taqwa

Kehadiran mereka di Sekretariat MRA telah disambut oleh CEO MRA, Tn. Haji Shirajuddin Hari ini, MRA telah menerima kunjungan istimewa Sirat, Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik dari sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid dan Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu berpengkalan di Australia. Bakar. Muslim Aid Australia ini telah diwakili oleh Bro. Mohammad Quadan dan Bro. Riyaad Ally. Mereka Banyak perkara penting telah dibincangkan berada di Malaysia dalam rangka kerja untuk dalam pertemuan singkat ini. Semoga per bertemu dengan organisasi bantuan kemanusiaan temuan ini dapat membuahkan hasil yang di Malaysia bagi menjalinkan hubungan strategik positif dalam operasi kedua buah organisasi, Insya ALlah. untuk kerjasama di masa yang akan datang.

LAPANGAN 50 Helaian 22

23hb Februari 2015


MRA is serious in what we are doing around the world and we look into further collaboration with others who are interested to start working with us

SUA MRA HADIR MAJLIS PERTEMUAN DENGAN VALERIE AMOS, USG, OCHA MRA sememangnya serius dalam kerja-kerja bantuan yang kami lakukan di dalama dan juga di luar negara.

24hb. Februari 2015 Kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh MRA bukanlah bersifat melepaskan batuk ditangga atau dilaksanakan sebegitu sahaja tanpa sebarang penilaian, malah setiap bantuan yang kami salurkan bertepatan dan memenuhi piawaian antarabangsa. Di luar negara, segala aktiviti yang kami lakukan pastinya memenuhi keperluan asas piawaian bantuan kemanusiaan yang dianjurkan oleh pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).

Jemputan ini merupakan satu penghargaan diatas kerjakerja bantuan yang telah kami lakukan malahan ianya juga dapat dilihat sebagai pengiktirafan badan dunia itu terhadap usaha-usaha yang telah MRA lakukan selama ini. Pertemuan ini telah dihadiri oleh Dr. Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA dan kami telah turut menyuarakan pandangan kami kepada beliau dalam pertemuan ini.

LAPANGAN 50 Helaian 23

Terbaru, MRA telah turut dijemput untuk menghadiri pertemuan dengan Mrs. Valerie Amos, Under Secretary General, OCHA. Pertemuan ini telah dihadiri oleh pemainpemain utama organisasi bantuan kemanusiaan di bumi Malaysia.


Terima kasih kerana sudi mengunjungi Sekretariat kami yang serba kekurangan ini

Kunjungan dari Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) ke MRA 27hb. Februari 2015 Sekretariat MRA telah menerima kunjungan dari sebuah organisasi yang dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara singkatannya HaRUM. Mereka telah diwakili oleh Presiden HaRUM Youth, Sdr. Syahmi Nikman dan EXCO Belianya, Sdr. Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan.

Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar memberikan taklimat mengenai operasi MRA

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada HaRUM kerana sudi mengunjungi pejabat kami bagi menjalin hubungan strategik dimasa hadapan. Tahniah kami ucapkan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

LAPANGAN 50 Helaian 24

Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar telah memberikan taklimat ringkas mengenai MRA.


LAPANGAN 50 Helaian 25

25hb. Februari 2015. Tabung MRA untuk Gaza turut diletakkan di Ibupejabat Ututsan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.


MRA Kongsi Maklumat Lapangan dengan penderma

Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid telah membentangkan kepada tim penderma dari Thailand mengenai bagaimaana dana mereka telah kami salurkan

Dalam pertemuan ini Tn. Haji Khairil telah memberikan laporan lengkap mengenai bagaimana dana bantuan yang disalurkan oleh pejabat Syeikhul Islam dalam bulan Ramadhan yang lalu telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh MRA di bumi Palestin. Serangan Israel keatas bumi Palestin dalam bulan Ramadhan 1434 yang lalu telah menimbulkan kemarahan dan kutukan orang ramai dan masyarakat dunia. Serangan ini telah menyebabkan ribuan penduduk Palestin cedera dan ratusan lagi telah terkorban. Terima kasih kepada pejabat Syeikhul Islam yang sudi menyalurkan bantuan melalui MRA.

Walaupun disekat kemasukkan dana dari luar, MRA tetap berjaya menyalurkan dana di lapangan Palestin tepat pada masanya

Semua dana yang disumbangkan telah selamat kami agihkan kepada penduduk yang memerlukan, terima kasih sahabat Thailand!

LAPANGAN 50 Helaian 26

Padah 2hb Mac 2015 yang lalu, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid telah mengadakan per temuan dengan Pejabat Syeikhul Islam (Pejabat Mufti Thailand) di Bangkok, Thailand.


4hb Mac 2015 Tim Pemantauan MRA Kedah, diketuai oleh Timbalan Pengerusi nya, Dr. Safar telah turun memantau kerosakan yang berlaku di Pendang, Kedah akibat ribut puting beliung yang telah melanda rumah-rumah disitu. Turut serta ialah Exco MRA Kedah, MA Nizam, Sdra. Fauzi dan seorang lagi SAHABAT MRA Kedah.

MRA TINJAU KEROSAKAN RIBUT DI PENDANG, KEDAH

Sukarelawan MRA sedang membuat bancian bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kerosakkan yang dialami oleh penduduk

Meninjau di Ground Zero

Bumbung tercabut

LAPANGAN 50 Helaian 27

Terbang melayang


Pertemuan NGO Kemanusiaan serumpun

KUNJUNGAN TETAMU Dari ACT, INDONESIA

Berbincang mengenai potensi kerjasama di masa hadapan

MRA menerima kunjungan hormat dari rakan organisasi bantuan kemanusiaan tersohor Indonesia - ACT (Aksi Cepat Tanggap). Diwakili oleh Sdr. Andika Rahman, Global Partnership. ACT sedang dalam kunjungan untuk membina jalinan kerjasama dengan organisasi bantuan kemanusiaan dari Malays i a . Terima kasih kerana sudi mengunjungi kami. MRA telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, Pengurus Operasi, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Pengurus Hal Ehwal Korporat, Cik Fauziah Tahar.

LAPANGAN 50 Helaian 28

6hb. Mac 2015


Petugas MRA bergambar bersama Tun Dr. Siti Hasmah Ali, mantan Wanita Pertama Malaysia

International Conference The “New World Order”

MRA telah berpeluang untuk mengadakan pameran semasa berlangsungnya International Conference The “New World Order” anjuran Perdana Global Peace Foundation (PGPF) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre pada 9hb Mac 2015 yang lalu.

Antara tetamu istimewa yang hadir dalam Persidangan ini ialah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Ruang pameran MRA turut menerima kunjungan dari orang ramai yang berminat untuk Persidangan ini telah dihadiri oleh ramai tokoh mengetahui mengenai kegiatan dan aktiviti terkemuka dan aktivis masyarakat yang lantang bantuan yang dijalankan oleh MRA didalam menolak kekerasan dan keganasan. dan diluar negara.

LAPANGAN 50 Helaian 29

Petugas kami bersama dengan Prof. Dr. Chandra Muzaffar, seorang tokoh pemikir di Malaysia


10hb. Mac 2015. MRA telah dijemput untuk turut serta terlibat didalam berkongsi pandangan dan buah fikirian kami dalam Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bertempat di Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya. MRA telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Haji Shirajuddin Sirat dan Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Sdr. Johari Kan Abdullah.

LAPANGAN 50 Helaian 30

5hb. Mac 2015 . MRA turut menghantar wakil untuk hadir bersama membincangkan mengenai gerakerja terkini dalam menggerakkan kempen membantu penduduk Rohingya yang terus tertindas di bumi Myanmar. Pertemuan yang digerakkan oleh MAPIM ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Azmi Hamid, Pengerusi MAPIM dan turut disertai oleh beberapa NGO lain.


SU MRA Kedah turun padang santuni penduduk terkesan ribut

MRA membantu sedaya kami termampu

MRA BANTU PENDUDUK KOTA SETAR TERKESAN RIBUT

11hb. Mac 2015

MRA Kedah telah mengambil inisiatif untuk melawat para penduduk terbabit disamping menyalurkan bantuan kecemasan kepada keluargakeluarga yang terlibat dalam puting beliung ini. Tahniah kami ucapkan kepada tim MRA Kedah yang telah turun padang menyantuni mereka yang terkesan akibat puting beliung ini.

LAPANGAN 50 Helaian 31

Kejadian ribut Puting Beliung yang melanda pada hari Ahad yang lalu di Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman telah mengakibatkan kerosakkan kepada hampir 15 buah rumah penduduk di kawasan tersebut.


MRA PERAK EDAR VITAMIN DI POS SLIM

Bersama anak-anak Orang Asli di Pos Slim selepas mengedarkan Vitamin C kepada mereka

Gembira bertemu petugas MRA

15hb. Mac 2015 Selain dari menyalurkan bantuan kemanusiaan di lokasi yang terjejas bencana samada didalam atau diluar negara, MRA turut terlibat dalam menjayakan program pembangunan komuniti.

MRA Perak terus menyantuni penduduk Orang Asli di perkampungan yang kami sering lawati. Terbaru, kami turut melakukan penyerahan vitamin kepada penduduk Orang Asli di Pos Slim. Jangan tak makan Vitamin C ni pula

Agihan Vitamin ini telah dipantau oleh Sdr. Dasuki Wahab, AJK MRA Perak

LAPANGAN 50 Helaian 32

Antara komuniti yang terus mendapat perhatian dan tumpuan MRA ialah komuniti Orang Asli.


15hb. Mac 2015

15hb. Mac 2015 Presiden MRA, Dato' Dr. Abdul Razak Kechik telah tampil dalam rancangan bualbicara Assalamualaikum, TV Al Hijrah berkisar mengenai kerja-kera bantuan kemanusiaan dan dakwah yang belliau lakukan sehingga mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia melalui penganugerahan Tokoh Dakwah Negara kepada beliau oleh YADIM pada 6hb Mac yang lalu.

LAPANGAN 50 Helaian 33

MRA telah diwakili oleh Puan Ramlah Md. Salleh, SU MRA Kedah dalam satu mesyuarat koordinasi mengenai ribut yang telah melanda Kedah baru-baru ini. Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Daerah Kota Star, Kedah ini telah turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu penduduk terkesan ribut ini.


Kami boleh membantu perlaksanaan projek CSR untuk organisasi anda Hubungi kami di talian

03 9174 4672

untuk perbincangan lanjut

PELARIAN

OKU

ORANG ASLI

GELANDANGAN FAQIR MISKIN ANAK YATIM

LATIHAN

PRAKTIKAL

CERAMAH

PERUBATAN KECEMASAN SUKARELAWAN BAHASA ISYARAT

KOMUNITI

ALAM SEKITAR

“FIRST AID”

PAMERAN

PENDIDIKAN

BANJIR

RIBUT

RAMADHAN


Ke tepi pantai mengutip lokan Enak dimasak bersama cekur Bantuan Kemanusiaan kami salurkan Sebagai tanda rasa bersyukur Pasukan Peninjau MRA di Hagnaya, Tn. Haji Khairil Annuar (Jurufoto), Mohd Iqbal Abu Bakar (duduk), Shahrul (membonceng) dan Rambo, pemandu motor roda tiga

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.