LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
MEMPERKUKUH GERAKERJA
BANTUAN KEMANUSIAAN Edaran Vitamin C ke seluruh Malaysia Kunjungan Organisasi luar ke MRA Integrity Global Champions 2015 Rawatan Pergigian Rohingya Humanity in Diversity di Pos Bersih
LAPANGAN 51
MEMPERKUKUH GERAKERJA BANTUAN KEMANUSIAAN Dalam suasana dunia yang semakin kerap dilanda bencana dan musibah mutakhir ini, gerakerja organisasi bantuan kemanusiaan seperti MRA perlu dipertingkat dan diperkemaskan lagi.
MRA peka kepada keperluan dan persiapan untuk menghadapi bencana di masa hadapan. Sejajar dengan itu, perkongsian pintar dengan organisasi dan kumpulan yang mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama telah kami atur dan digerakkan dengan lebih giat lagi. Kami bersedia untuk berkerja dengan mana-mana organisasi yang mempunyai hasrat yang sama untuk membantu.
Koordinasi dan latihan di lapangan perlu dilipatgandakan lagi, pergerakan perlu dimantapkan bagi memberikan setiap ahli dan SAHABAT MRA persiapan dan pengalaman yang mencukupi bagi membolehkan mereka bersiap sedia dalam sebarang situasi yang bakal dihadapi. Selain itu, penambahan aset-aset penting juga sedang dalam perbincangan dan akan Latihan demi latihan perlu diadakan bagi mem disempurnakan sesegera mungkin bagi membolehkan setiap SAHABAT MRA berada dalam bolehkan kami memberi tindak balas yang keadaan bersedia dan terlatih, siap untuk digerak- lebih baik di masa yang akan datang. kan ke lapangan apabila diperlukan. Sungguhpun sibuk dengan aktiviti pasca banjir MRA amat menitik beratkan aspek pelatihan dan di Pantai Timur, MRA tidak pernah melupakan peningkatan kualiti serta mutu setiap SAHABATnya, komitmen kami terhadap komuniti Rohingya justeru itu, pelbagai program latihan dan pening- yang terus dihimpit dan ditekan, juga kami katan kemahiran dan kualiti sukarelawan telah tidak pernah melupakan tanggungjawab dirancang dan digerakkan. kami kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di tanah air. Komitmen dan tumpuan Mobilasi “strength� SAHABAT MRA dapat dilihat kami kepada pembangunan komuniti Orang apabila berlakunya bencana seperti banjir di Asli melalui program-program pendidikan dan Pantai Timur tempohari, tetapi Alhamdulillah, anak angkat terus dipergiatkan. berkat latihan dan gerakerja yang sering diper kemaskan dari masa ke semasa, koordinasi Kami mempelawa lebih ramai sukarelawan bantuan MRA di lapangan semakin baik dan lebih dan organisasi untuk turut terlibat dan berkertersusun. jasama dengan MRA dalam membantu kelompok dan individu yang memerlukan Dalam dunia bantuan kemanusiaan, mana-mana bantuan didalam dan juga di luar negara. gerakerja bantuan yang tidak tersusun dan diatur dengan rapi secara automatik akan mengambil tempat sebagai “bencana kedua� di lapangan MOHD SHAHRULAZILAN SAID pula. Pengarah Eksekutif
Membantu Palestin mengikut cara dan kemampuan kami
PALESTIN TETAP DIHATI Bantuan MRA tiba tepat pada masanya
MRA meneruskan misi bantuan kami untuk penduduk di bumi ujian Palestin dengan cara kami tersendiri. Kali ini kami kongsikan gambar kerjasama kami dengan Arab Medical Union dalam urusan penghantaran per alatan perubatan ke Semenanjung Gaza selepas perisitiwa serangan keatas mereka ketika Ramadhan yang lalu, sekitar Oktober 2014. Peralatan yang dihantar ini telah selamat sampai dan telah digunakan kesemuanya, terima kasih kami ucapkan kepada para penderma yang budiman sekelian jazakallah!
LAPANGAN 51 Helaian 2
Bantuan kami di Palestin sampai tepat ke sasarannya
Antara Isi Kandungan LaPANGAN MRA siri ke 51 (16 Mac – 15 April 2015) Ms 15-18 Liputan Edaran Vitamin C ke seluruh Malaysia
Ms 21-22, 25-26 Kunjungan Organisasi luar ke Sekretariat MRA
Ms 27-29 Rawatan Kesihatan Pergigian Sek. Komuniti Rohingya MRA
Ms. 30-32 Humanity In Diversity di Pos Bersih, Slim River
LAPANGAN 51 Helaian 3
Ms 33-34 INTEGRITY GLOBAL CHAMPIONS 2015, MRSM-IIM
Dapatkan koleksi E-Majallah LaPANGAN yang terdahulu
LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
GARISMASA Selain terlibat dalam gerakerja bantuan kemanusiaan di dalam negeri, MRA turut terlibat dalam misi bantuan di luar negara, terutamanya di wilayah bergolak dan konflik seperti di Sri Lanka.
Di Sri Lanka, MRA terlibat dalam menyalurkan bantuan melalui projek pendidikan, pertanian, pembangunan komuniti dan bantuan kecemasan. Terima kasih kepada rakan pelaksana kami di lapangan yang sentiasa komited untuk membantu kami ketika di perlukan.
Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA, Tn. Hj. Khairil Annuar Khalid bersama anggota tentera yang ditugaskan untuk mengawal ke selamatan beliau sepanjang berada di wilayah konflik di Sri Lanka.
LAPANGAN 51 Helaian 4
Tim Bantuan MRA telah berjaya menyalurkan bantuan kemanusiaan di bumi Sri Lanka sejak dari awal tahun 2010 lagi dan sehingga kini kami masih menyalurkan bantuan mengikut keperluan dari masa ke semasa.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.
MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).
LAPANGAN 51 Helaian 5
MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.
MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084
MAKLUMAT PERBANKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY
86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION
3988 591 608 LAMAN MAYA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
PENDAFTARAN
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
LAPANGAN 51 Helaian 6
ALAMAT PERHUBUNGAN
PIMPINAN MRA
SEKRETARIAT MRA
SUB KOMITI MRA
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat
ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik
SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli
PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin
PUSAT KOMUNITI
PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak
JABATAN OPERASI
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA
KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee
ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak
KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine
PENGURUSAN DANA
KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah
MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa
Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my
LAPANGAN 51 Helaian 7
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
LAPANGAN 51 Helaian 8
KAWASAN OPERASI MRA
LAPANGAN 51 Helaian 9
Sebelum ini, pejabat MRA terletak di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Kami mengalu-alukan mereka yang berminat untuk berkerjasama dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan perlaksanaan projek CSR untuk menghubungi kami agar kita dapat berbincang panjang. Kami boleh sediakan teh panas semasa perbincangan nanti. Hubungi kami di talian: 03 9174 4672.
LAPANGAN 51 Helaian 10
Ini merupakan bangunan baru menempatkan pejabat Malaysian Relief Agency (MRA) yang ter letak di C-45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
MRA merupakan organisasi bantuan milik rakyat Malaysia, kami membantu dan berkerjasama dengan segala kelompok bangsa,
SATU GADJET DOT. COM sumbang untuk Tabung Banjir MRA
Terima kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi
Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA telah menerima cek sumbangan berjumlah RM29,850 dari En. Rex Tang Wai Kit, wakil Satu Gadget Dot. Com., sebuah syarikat menjual peralatan IT dan Elektronik. Sumbangan ini dikumpul melalui kutipan derma dan penjualan T-Shirt. Hadir sama ialah En. Alex Chong Wai Kit dan pengurus -pengurus MRA.
Inisiatif dari Satu Gadget Dot. Com.
LAPANGAN 51 Helaian 11
23hb. Mac 2015
Tahniah Dato’ Presiden
Akhbar Harian Metro
Temuramah Presiden MRA
23hb Mac 2015 Bertempat di Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Cheras Baru, Kuala Lumpur, akhbar Harian Metro telah mengadakan sesi wawancara bersama Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Dakwah Negara 2015 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada beliau dalam satu majlis yang telah diadakan pada 6hb Mac 2015 yang lalu.
Dato Presiden tidak lokek berkongsi cerita dan pengalamannya
Harian Metro melalui wartawannya, Cik Aniza Zainuddin telah hadir menemuramah Dato Dr. Abdul Razak mengenai penglibatan beliau dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan didalam dan diluar negara, termasuk kerja-kerja pem bangunan komuniti bersama masyarakat Orang Asli dan asnaf Anak Yatim. MRA mengucapkan syabas kepada Dato Dr. Abdul Razak diatas pengiktirafan ini.
LAPANGAN 51 Helaian 12
Temuramah dialankan dalam suasana santai dan ceria
MRA KEDAH HADIR MESYUARAT KOORDINASI RIBUT KEDAH
Puan Ramlah Md. Salleh sedang tekun meneliti dokumen mesyuarat
17hb. Mac 2015 MRA Kedah terus hadir dalam Mesyuarat Koordinasi Bencana kali ke 3 yang diadakan di Alor Setar, Kedah. Mesyuarat yang berada dibawah pemantauan Kerajaan Negeri Kedah ini telah diwakili oleh SU MRA Kedah, Puan Ramlah Md. Salleh dan Sdr. Fauzi, AJK MRA Kedah. MRA Kedah telah bertindak pantas dalam menyalurkan bantuan mengikut kemampuan kami bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh para penduduk yang terkesan akibat ribut kali ini.
LAPANGAN 51 Helaian 13
MRA Kedah tampil untuk membantu mangsa ribut
MRA Kedah terus berjasa di Wadi Sakinah
KLINIK KESIHATAN MRA KEDAH DI WADI SAKINAH, MERBOK
21hb. Mac 2015 MRA Kedah terus beraksi di Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Merbok, Sg. Petani, Kedah Darul Aman.
Lebih dari 40 orang pengunjung telah berjaya dirawat oleh Tim MRA Kedah yang diketuai oleh Pengerusi MRA Kedah sendiri, Dr. Saifullah Abdul Halim. Dr. Saifullah bersama salah seorang kanak-kanak yang berkunjung ke Klinik Rawatan MRA Kedah
Selain dari itu, sesi soal jawab mengenai penjagaan kesihatan juga telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada tim MRA Kedah.
LAPANGAN 51 Helaian 14
Sebuah program Pemeriksaan Kesihatan untuk penghuni dan kakitangan di Rumah Penyayang tersebut telah dianjurkan oleh MRA Kedah.
25hb. Mac 2015 MRA meneruskan aktiviti susulan kami di kawasan terjejas banjir Pantai Timur yang baru lalu. Kami telah mengunjungi sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Guchil di jajahan Kuala Krai, Kelantan. Agihan Vitamin C yang disumbangkan kepada kami telah diagihkan kepada para pelajar disini yang berjumlah hampir 100 orang kesemuanya. Agihan ini telah dilakukan oleh Dr. Alifah Mohd Zizi bagi pihak MRA.
25hb. Mac 2015
LAPANGAN 51 Helaian 15
MRA turut melakukan penghantaran sumbangan Vitamin C ke Tadika KEMAS di Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Kebanyakkan murid disini datang dari kawasan sekitar Jalan Geale, Kg. Tualang, yang teruk terjejas dalam banjir tempohari. Agihan Vitamin C ini telah di sempurnakan oleh Dr. Alifah Mohd Zizi mewakili MRA, syabas!
19hb. Mac 2015 Bertempat di Pusat Pengumpulan Bantuan MRA di Kg. Baru, Kuala Lumpur, satu majlis penyerahan pakaian kepada Rumah Amal C h es hi re t el a h d i l a ku k a n . Penyerahan telah dilakukan oleh Cik Siti Zaharah bt. Chik mewakili MRA dan telah diterima oleh Puan Mazyana Shukor mewakili Rumah Amal Cheshire. Tahniah, semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan diperhebatkan lagi.
19hb. Mac 2015
Kami amat berbesar hati diatas kunjungan dari Kami turut meraikan kehadiran Sdr. Muhammad Puan Sharifah Sharina bt. Syed Aswad, Naib Presi- Kamarulazizi dari KINDNESS untuk membantu den, Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Malaysia. pengedaran Vitamin C yang masih berada dalam stok kami. Beliau akan mengedarkan Beliau akan mengagihkan sumbangan Vitamin C Vitamin ini kepada anak-anak murid Rohingya yang disalurkan ini kepada anak-anak dibawah di Madrasah Hashimiah di Selayang Baru dan jagaan mereka.Kehadiran beliau telah disambut kepada komuniti Orang Asli yang bakal mereka oleh Eksekutif MRA, Cik Siti Zaharah bt. Chik. kunjungi. Dalam masa terdekat nanti.
LAPANGAN 51 Helaian 16
19hb. Mac 2015
24hb. Mac 2015 Sekretariat MRA amat berbesar hati diatas kunjungan wakil dari IOA (Islamic Outreach ABIM) Sabah. Kami telah menyerahkan kepada Sdr. Nik Mohd Adham b. Che Zainuddin bekalan Vitamin C untuk beliau bawa pulang dan agihkan di Sabah. Kami telah menyerahkan sejumlah bekalan Vitamin C Chewable Gummmies dan Vitamin C Blackcurrant Tablets untuk beliau agihkan.
Misi Bantuan Banjir di Pantai Timur MRA masih belum berakhir. Terbaru, melalui kerjasama rakan pelaksana kami di lapangan, Kelab 4x4 Lipan Bara, sebanyak 100 26hb. Mac 2015 pasang kasut sekolah telah berjaya diagihkan kepada MRA telah menyerahkan sumbangan Vi- murid terkesan banjir di Sekolah Kebangsaan Tualang tamin C Chewable Gummies kepada Cik Tinggi, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Nor Azmiza Mamat dari Ground Zero Dzul Iman. Vitamin C ini akan diedarkan Sumbangan ini telah diterima oleh Puan Zaitun bt Pen. Kanan Pentadbiran. kepada murid-murid tadika dibawah J a a f a r , kendalian mereka. Terima kasih kerana Terima kasih diucapkan kepada tim Lipan Bara dan membantu mengedarkan Vitamin C Terima kasih juga kepada penyumbang dan penderma yang budiman. tersebut.
LAPANGAN 51 Helaian 17
Penyerahan telah dilakukan oleh Eksekutif MRA, Cik Siti Zaharah bt. Chik.
25hb. Mac 2015. Pengagihan Vitamin C juga rancak dilakukan oleh MRA Pahang. Setiausaha MRA Pahang, Sdr. Mahadi Deraman telah melakukan penyerahan Vitamin-vitamin tersebut kepada penghuni dua buah rumah anak yatim di Kuantan iaitu Rumah Anak Yatim Nur Iman dan Rumah Anak Yatim DiC. Tahniah diucapkan kepada Tim MRA Pahang yang komited membantu kami mengedarkan Vitamin C tersebut. Zabardas MRA Pahang!
LAPANGAN 51 Helaian 18
MRA PAHANG turut bantu edar Vitamin C
Banyak jasa bangunan ini kepada MRA
BILIK GERAKAN BANJIR MRA di Taman Sari, Kota Bharu ditutup secara rasmi 9hb. April 2015
Tim Briged Bakti Malaysia, rakan pelaksana MRA di lapangan, dibawah pimpinan Sdr. Zakri telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan melakukan penyerahan semula premis yang bertindak sebagai Depoh Bantuan MRA terletak di Taman Sari, Kota Bharu, Kelantan kepada pemiliknya semula, Tn. Haji Utama Abdullah dan Hjh. Rohani Abdul Rahim. Jazakallah khairan kathiran diucapkan kepada pe miliknya yang budiman yang memberikan MRA dan rakan-rakan pelaksananya memakai premis ini lebih daripada 3 bulan secara percuma!Semoga ALlah sahaja yang dapat membalas budi baik dan jasa kalian berdua.
LAPANGAN 51 Helaian 19
Tinggal kenangan
Setelah beroperasi selama lebih dari tiga bulan, di premis ini, namun hari ini MRA telah bertindak untuk menyerahkan semula premis yang begitu berjasa sepanjang Misi Banjir Pantai Timur kami yang baru lalu. Premis yang dijadikan depoh pengumpulan bantuan dan juga penempatan petugas dan Suka relawan MRA ini akan sentiasa kami ingati.
Anak-anak Rohingya bertudung manis
TERIMA KASIH
Parma Fashion & Design 23hb. Mac 2015 Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur telah menerima sumbangan tudungtudung berwarna putih yang sesuai untuk digunakan oleh anak-anak murid perempuan di sekolah ini. Sumbangan ini telah diterima daripada En. Haqaille mewakili syarikat Parma Fashion & Design. Kami mengalu-alukan sumbangan yang telah beliau lakukan. Ianya amat sesuai dan disukai oleh kesemua pelajar perempuan yang menerimanya. Sekolah Komuniti Rohingya MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Haqaille diatas sumbangan ini dengan serangkap pantun Melayu lama, “Terima kasih daun keladi, Kalau ada berilah lagi� Serahan ini telah diterima oleh En. Johari Kan mewakili Sekolah Komuniti Rohingya MRA.
Anak murid SKR MRA sedabg mencuba tudung yang disumbangkan
LAPANGAN 51 Helaian 20
Sdr. Johari menerima sumbangan mewakili SKR MRA
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke pejabat kami
SUKARELAWAN DARUL TAKZIM
Berkunjung ke Sekretariat MRA
27hb. Mac 2015 MRA telah menerima kunjungan dari rakan kerjasama kami di lapangan, iaitu Sukarelawan Darul Takzim. Kami mengalu-alukan pertemuan strategik diantara pimpinan utama Sekretariat MRA dengan wakil dari Sukarelawan Darul Takzim yang hadir untuk mem bincangkan gerakerja bersama di antara kedua organisasi untuk kerja-kerja bantuan di lapangan samada di dalam ataupun di luar negara. Terima kasih kerana sudi berbincang dengan kami. Moga ada sesuatu yang dapat kita gerakkan secara bersama di masa hadapan.
LAPANGAN 51 Helaian 21
Serius betul berbincang
Terima kasih atas kunjungan ini
BRIGED BAKTI MALAYSIA (Kelantan)
Ziarah Sekretariat MRA 27hb. Mac 2015 Kami amat berbesar hati kerana telah menerima kunjungan dari rakan pelaksana kami semasa Misi Banjir Pantai Timur yang lalu. Kerjasama yang terjalin diantara MRA dan Briged Bakti Malaysia di lapangan amat baik sekali.
Uniknya mengenai kerjasama dan hubungan MRA dan Briged Bakti Malaysia ini adalah kerana kami mempunyai ketua yang sama iaitu Dato’ Dr. Abdul Razak bin Kechik.
Sesi Taklimat mengenai MRA
Semoga kerjasama erat yang terjalin di lapangan ini dapat dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa.
LAPANGAN 51 Helaian 22
Pertukaran Cenderamata
Sekretariat MRA telah dikunjungi oleh tim petugas Briged Bakti Malaysia (BBM) Cawangan Kelantan yang diketuai oleh Hj. Che Yob Mohamood. Rombongan seramai 37 orang anak muda bersemangat waja ini telah diberikan taklimat menyeluruh mengenai kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh MRA di dalam dan di luar negara.
Jom jadi SAHABAT MRA
MRA BUKA PAMERAN DI Gambang Fest, UIA Kuantan, Pahang
28hb. Mac 2015 Pusat Matrikulasi UIAM di Gambang, Pahang telah mengambil peluang memperkenalkan Universiti ini kepada masyarakat setempat melalui penganjuran aktiviti “Gambang Fest”.
Klinik Kesihatan MRA & ABIM Pahang MRA Pahang telah turut serta bersama ABIM Pahang memeriahkan festival “Gambang Fest” ini dengan mengadakan Klinik Rawatan percuma kepada orang ramai yang berkunjung ke situ. Kami turut mengambil kesempatan untuk membuka pameran bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenai MRA dan kegiatannya.
Program ini membolehkan orang ramai yang tinggal berhampiran dengan Gambang untuk melihat dan merasai kehidupan sebagai penghuni Tahniah diucapkan kepada Tim MRA Pahang kampus UIAM Gambang ini. yang kini semakin gigih bergerak di lapangan.
LAPANGAN 51 Helaian 23
Sesi pameran MRA
RETREAT SEKRETARIAT MRA di Ulu Kalong, Hulu Selangor
Siap sedia untuk menggempur
Retreat Sekretariat MRA telah berlangsung dengan jayanya di Ulu Kalong, Hulu Selangor pada 2931hb Mac 2015. "Ukhuwah Berpasukan dalam Kerja Kemanusiaan" menjadi tema retreat kali ini. Selain dari perbincangan serius mengenai gerakerja dan pemantapan aktiviti MRA. Kami turut santai memasak, bertempur dengan monyet dan juga nyamuk. Juga 5 ekor Ikan Tengas turut berjaya diamankan. Solat Jemaah, Qiamullail dan Al Mathurat juga berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Terima kasih diatas kerjasama dan komitmen semua wargakerja yang terlibat.
LAPANGAN 51 Helaian 24
CEO mengetuai perbincangan serius dalam suasana santai
Terima Kasih kerana sudi bertandang ke Sekretarait kami ini
MRA terima kunjungan dari EXCO ASEAN Youth Council (AYC) 9hb. April 2015
CEO MRA dan Tn. Haji Azizuddin sedang bertukar pandangan, sambil disaksikan oleh Cik Fauziah Tahar.
Kami terus menerima kunjungan dari pelbagai pihak yang berminat untuk berkerjasama dan menjalinkan hubungan strategik bersama MRA. Terbaru, Tn. Hj. Azizuddin Ahmad, ahli Exco ASEAN Youth Council (AYC) telah mengunjungi Sekretariat MRA di Danau Lumayan. Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Agung ABIM serta Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) turut pernah bergerak aktif sebagai pimpinan PKPIM Pusat dizaman mahasiswa beliau.
Kehadiran beliau telah diraikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRA, Tn. Haji Shirajuddin Sirat dan Ketua-ketua Jabatan MRA. Hadiri sama dalam lawatan ini ialah ialah Sdr. Nabil Che Anuwa. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan melawat kami di Sekretariat MRA.
Jemput menjamu selera
LAPANGAN 51 Helaian 25
Dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan pula, beliau turut memainkan peranan dalam menubuhkan Misi Keamanan Sejagat (gabungan lebih dari 70 buah NGO Malaysia untuk membantu pelarian Afghanistan) ketika menjadi Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM.
Jemput datang lagi di lain kesempatan ke Sekretariat MRA
MRA terima kunjungan penuntut dari
Universiti Multimedia, Cyberjaya
Tim yang diketuai oleh Cik Nur Aqielah Anuar ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan urus tadbir sumber manusia yang diamalkan oleh MRA. Mereka juga ingin memahami bagaimana organisasi tidak berasaskan keuntungan seperti MRA mengurus dan mentadbir kakitangan dan operasinya.
LAPANGAN 51 Helaian 26
Taklimat mengenai aktiviti MRA 10hb. April 2015 disampaikan oleh CEO MRA MRA terus memainkan peranan sebagai organisasi pembelajaran. Terbaru, bertempat di Sekretariat MRA di Danau Lumayan, Kuala Lumpur, kami menerima kunjungan dari 4 orang penuntut Tahun 2, Jurusan Perakaunan, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya.
Rawatan Kesihatan Pergigian Sekolah Komuniti Rohingya MRA
Gigi sihat, senyuman pasti menawan 11hb. April 2015 Bertempat di Sekolah Komuniti Rohingya (SKR) MRA di Cheras Baru, Kuala Lumpur, satu Program Rawatan Kesihatan Pergigian yang diketuai oleh Dr. Saripah Saud telah berjaya diatur dengan jayanya.
Dua orang lagi doktor gigi yang terlibat membantu ialah Dr. Muhammad Amir Firdaus Wan Hasamuddin dan Dr. Muhammad Fathul Ehsan Razali. Terima kasih juga kepada 5 orang Sahabat MRA yang turut serta melancarkan program pada hari tersebut:- Mohd Fadzil Ismail, Muhamad Faqhruddin Solihin Harun, Nur Ezwany Abdul Majid, Zainab Awang Kechil dan Siti Nor Hani Mohd Noor Nordin.
Asas penjagaan gigi untuk anak-anak Rohingya
Urusan persiapan fasiliti, tempat dan logistik dari HQ telah disediakan oleh Sdr Mohd Fadhil Baharudin manakala persiapan di SKR dilakukan oleh Cikgu Lydia Amira Johari.
LAPANGAN 51 Helaian 27
Anak-anak murid di Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah didedahkan dengan tips-tips mengenai pen jagaan gigi disamping turut terlibat dalam mendapatkan rawatan gigi dan mencabut gigi yang rosak.
Berani
Tidak takut
Ustaz pun turut dapatkan rawatan
Tahniah pada semua yang terlibat!
RAWATAN KESIHATAN PERGIGIAN Tahniah diucapkan kepada semua anak murid Rohingya yang hadir mendapatkan rawatan sepanjang program ini berjalan. Walaupun ada rasa gerun dan takut namun mereka telah tampil berani mendapatkan rawatan dan pemeriksaan yang terbaik buat Rawatan pergigian kepada guru juga amat penting gigi mereka. kerana mereka turut memerlukan rawatan dan Gigi yang dijaga sempurna pastinya menghasilkan senyuman yang manis. menjalani cabutan kepada gigi yang bermasalah. Program Rawatan Kesihatan Pergigian yang dilakukan secara percuma ini telah dihadiri oleh anakanak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA disini. Turut serta mendapatkan rawatan pergigian dalam program ini ialah guru-guru yang bertugas.
LAPANGAN 51 Helaian 28
GURU SEKOLAH TURUT DIRAWAT
Cara gosok gigi yang betul
JOM JAGA GIGI KITA RAWATAN KESIHATAN PERGIGIAN
Kaedah gosok gigi yang seharusnya dipraktikkan
Program yang dianjurkan setiap tahun ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada anak-anak Rohingya disini. Terima kasih diucapkan kepada semua Doktor dan SAHABAT MRA yang turut serta membantu program dalam program ini.
LAPANGAN 51 Helaian 29
Salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu dalam program Rawatan Kesihatan Pergigian ini ialah anak-anak murid Rohingya kami akan diberikan tips-tips penjagaan gigi agar sentiasa bersih, sihat dan dijaga dengan baik. Mereka turut diajar praktikal menggosok gigi yang betul.
Jangan serik untuk datang lagi di masa hadapan
HUMANITY IN DIVERSITY UNITAR Pos Bersih, Slim River, Perak
10hb. April 2015
Pertukaran Cenderamata
Program Harmony in Diversity UNITAR telah berlangsung di Kampung Orang Asli Pos Bersih, Slim River, Perak pada 10 hingga 12hb April 2015 yang lalu.
Tumpuan utama dalam aktiviti bimbingan kaunseling ini ialah untuk mendidik dan memberikan mereka pendedahan mengenai peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian.
Seramai 35 orang penuntut dan 2 orang pensyarah telah terlibat dalam program ini. Objektif utama program ini ialah untuk memberikan bimibingan kaunseling kepada anak penduduk disini.
Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada seluruh peserta yang terlibat didalam program Harmony in Diversity ini, moga kita boleh berjumpa lagi dilain masa.
LAPANGAN 51 Helaian 30
Lukisan Mural di dinding
Mencantikkan dinding sekolah
PESERTA HUMANITY IN DIVERSITY Menceriakan Persekitaran
Dalam program Harmony in Diversity UNITAR ini, Selain dari memantau dan memastikan program keseluruhannya berjalan dengan lancar, MRA telah turut memberikan beberapa perkongsian kepada semua yang hadir dan turut serta dalam program ini:-
Menyapu sampah
Mengutip sampah Membersihkan persekitaran
LAPANGAN 51 Helaian 31
1. Volunteerism as Career Path 2. Social Inclusiveness (Orang Asli –Do’s & Donts) 3. Night Walk—Love The Nature Tahniah kepada semua peserta program.
Ramah mesra dengan anak anak Orang Asli di Pos Bersih
HUMANITY IN DIVERSITY
Santuni anak Orang Asli Pos Bersih
11hb April 2015 Program Harmony in Diversity UNITAR telah berlangsung di Kampung Orang Asli Pos Bersih, Slim River, Perak pada 10hb hingga 12hb April 2015 yang lalu.
Jom tiup belon
Gotong Royong, Terapi Seni, Permainan Menyeronokkan dan Malam Budaya. Terima kasih pada semua yang terlibat dan yang menjayakan proJom kita melukis gram ini.
LAPANGAN 51 Helaian 32
Ada empat aktiviti utama yang dijalankan melalui program ini:-
Terima kasih IIM kerana terus libatkan MRA dalam program ini
Merawat orang kampung bersama MRA Kedah
Pembangunan Komuniti Setempat
11hb. April 2015 Bertempat di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah Darul Aman, tim Perubatan MRA Kedah telah turut serta dalam program "Simulation Ground Zero" bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan penuntut Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang datang dari seluruh Malaysia. Klinik Lapangan & eksesais bersama penduduk kampung ini merupakan sebahagian daripada aksi "Integrity Global Champions 2015". Tema tahun ini ialah "Integrity: Crafting Trust". Tahniah kepada semua yang terlibat.
LAPANGAN 51 Helaian 33
Klinik Lapangan bersama MRA Kedah
MRA KEDAH kongsi pengalaman
Perkongsian pengalaman lapangan MRA Kedah
Puan Ramlah Md. Salleh sedang menyampaikan ucapan
Antara peserta yang hadir dalam program perkongsian ini 12hb. April 2015
Bertempat di MRSM Pendang, Kedah Darul Aman, tim MRA Kedah telah mengadakan pertemuan dengan para penuntut dan tenaga pengajar MRSM mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan aktiviti yang telah dilakukan oleh MRA secara keseluruhannya dan oleh MRA Kedah sendiri. Sesi perkongsian ini telah diberikan oleh Puan Ramlah, SU MRA Kedah dengan dibantu oleh Dr. Faried dan Dr. Nik, AJK MRA Kedah.
LAPANGAN 51 Helaian 34
MRA Kedah telah turut terlibat dalam berkongsi pengalaman dan gerakerja kami bersama para peserta “International Global Cahmpions 2015�.
Mari dimasak sayur dan ikan Jadikan rencah didalam bubur Budaya Infaq kita hebahkan Semangat membantu dikembang subur Sdr. Johari Kan Abdullah sedang berusaha gigih untuk menewaskan seorang pemandu beca di Rangoon dalam permainan catur jalanan. Bagaimanpun beliau tetap tewas.
LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.