Qurban TERBAIK MRA 1433

Page 1

LAPORAN PERLAKSANAAN

QURBAN TERBAIK 1433 Malaysia-Thailand-Myanmar-Pakistan-Somalia-Sri Lanka-Afghanistan-Mesir


Agihan terbaik buat penyumbang Qurban melalui MRA

QURBAN TERBAIK SEMAKIN MANTAP Tahun lalu, melalui kempen Qurban Terbaik 1432, MRA telah berjaya mengagihkan bahagian Qurban sebanyak 408 bahagian ke enam buah negara iaitu Somalia, Thailand, Indonesia, Burma, Pakistan termasuk Malaysia. Haiwan Qurban pula terdiri daripada Unta, Lembu, Kambing dan Biri-biri.

Konflik yang melanda wilayah Arakan menyebabkan umat Islam Rohingya menjadi mangsa diskriminasi dan keganasan yang berterusan. Tekanan dan serangan berlanjutan menjadikan konflik ini berpanjangan tanpa kesudahan. Ianya juga meny ebabkan kesukaran bagi umat Islam di Arakan mengerjakan ibadah Qurban ditempat terbuka dan disiang hari. Alhamdulillah, tahun ini, jumlah bahagian yang diperolehi me- Qurban kami telah dilakukan pada waktu malam dan lalui Qurban Terbaik 1433, MRA telah meningkat kepada 617 dikawasan yang tersorok bagi mengelakkan sebarang masalah. bahagian, berlaku peningkatan sebanyak 209 bahagian. Jumlah pembabitan negara juga meningkat kepada lapan buah Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumnegara, ini bermakna peningkatan dua buah lagi negara. bang yang telah memilih untuk melakukan ibadah Qurban bersama MRA. Kepercayaan anda terhadap kami amat MRA telah berjaya mengekalkan perlaksanaan Qurban Terbaik disanjungi dan kami hargai. Kami senantiasa bertekad untuk di Somalia, Thailand, Myanmar, Pakistan dan Malaysia, menam- memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap peserta bah perlaksanaan di Sri Lanka dan Afghanistan. yang menyertai ibadah Qurban kelolaan kami ini. Kerja-kerja perlaksanaan Qurban Terbaik di negara-negara tersebut telah dilakukan dengan kerjasama rakan-rakan pelaksana MRA yang berada di negara tersebut. Ketekunan dan kerjasama yang mereka berikan amat kami hargai dan sanjungi.

Bagi tahun Qurban Terbaik 1434 yang bakal mendatang, MRA mensasarkan untuk menggandakan sekali ganda jumlah bahagian yang diperoleh pada tahun lalu kepada sekurangkurangnya 1400 bahagian.

Kami memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak Untuk makluman, tidak mudah bagi kami melakukan Qurban untuk membantu kami menjayakan kempen Qurban Terbaik di beberapa buah kawasan, terutama di zon konflik dan zon tahun ini. peperangan. Kami berhadapan dengan beberapa kesulitan dalam melaksanakan Qurban di Arakan tahun ini. SEKRETARIAT QURBAN TERBAIK MRA 1433 Malaysian Relief Agency


8 negara

617 bahagian

64 76 3 kambing

lembu

unta

QURBAN TERBAIK

1433H

MENERUSKAN SILATURAHIM MERAPATKAN UKHUWAH Kempen Qurban Terbaik 1433 MRA berjalan dengan Tahun ini, program Qurban Terbaik 1433 telah berjaya dilakukan baik dan Alhamdulillah mendapat peningkatan ber- di lapan buah negara seperti berikut (termasuk di Malaysia):banding dengan jumlah bahagian yang diterima pada A. Pakistan tahun lalu (1432). B. Afghanistan Sambutan orangramai kepada program Qurban C. Sri Lanka Terbaik MRA semakin meningkat dan kami perlu me- D. Mesir mastikan sokongan ini berterusan buat tahun-tahun E. Thailand F. Myanmar yang mendatang. G. Somalia MRA mengucapkan kesyukuran kehadrat ALLah SWT kerana masih terus diberikan kepercayaan oleh Operasi penyembelihan dan pengagihan daging-daging qurban banyak pihak bagi menggendalikan serta melaksana- sepanjang program Qurban Terbaik 1433 telah berjalan dengan lancar dikesemua lokasi yang telah ditetapkan. kan ibadah Qurban bagi pihak mereka.

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 2

QURBAN TERBAIK 1433


PERTAMBAHAN 209 BAHAGIAN BERBANDING TAHUN 1432 Tahun 1433H, MRA telah berjaya mengumpulkan sebanyak 617 Disamping itu, kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam bahagian Qurban untuk diedarkan samada didalam mahupun diluar bentuk daging dari Individu-individu yang prihatin, juga Masjid dan Surau, terutamanya pada qariah yang mempunyai jumlah negara. penduduk yang kurang. Berbanding dengan jumlah sebelumnya, 408 bahagian sahaja. Ini bermakna MRA telah berjaya menambah sebanyak 209 bahagian Apa yang akan kami lakukan dengan daging ini? Kami akan simpan didalam peti sejuk beku dan akan kami serahkan kepada lagi tahun ini. mereka yang memerlukan selepas dari hari-hari Tasyrik. Pertambahan bahagian Qurban ini amat jelas membuktikan kami sedang mula dikenali sebagai pelaksana ibadah Qurban yang perlu Namun fasiliti peti sejuk beku ini hanya dapat diberikan kepada Masjid/Surau/atau Institusi yang berada didalam kawasan Lembah diberkan peluang dan ruang untuk memberikan perkhidmatan. Kelang sahaja atas alasan lojistik. Walaupun terdapat penurunan dari segi bilangan Qurban pada sesebuah negara ini tidak dapat kami elakkan kerana ianya Untuk pertanyaan lanjut mengenai ibadah Qurban dan Akikah 1434, sila hubungi kami di Sekretariat Ibadah Qurban MRA di merupakan kehendak pilihan para penyumbang sendiri. talian 03-2697 2007. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 3


MRA terus membantu SAUDARA diperantauan

QURBAN TERBAIK 1433

Kunjungan yang dilakukan oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik bersama Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar ke Sri Lanka baru-baru ini telah menambahkan lagi rangkaian kerja MRA disana. Hubungan yang lama dipererat dan hubungan baru terus dimeterai, begitulah semangat kami bekerja didalam organisasi bantuan kemanusiaan. MRA berkat sokongan orang ramai telah berjaya melaksanakan Qurban Terbaik 1433 dengan jayanya di Sri Lanka. Sebanyak 40 ekor lembu telah selamat di sembelih dan diagih-agihkan dagingnya kepada penduduk setempat di empat buah wilayah yang memerlukan iaitu di Kanthalai, Thopur, Morthuur dan Irakakandy. MRA terlibat dengan program pembaikan dan pembangunan semula Masjid yang musnah akibat perang, juga program pertanian organik dan pembangunan komuniti di kawasan yang pernah dilanda perang sebelum ini.

Qurban Terbaik 1433 - Sri Lanka

SRI LANKA

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 4


Daging Qurban dihantar kepada mereka yang memerlukan

Agihan daging di IRAKAKANDY Pertempuran diantara kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) dengan tentera kerajaan Sri Lanka menyebabkan banyak perkampungan terpaksa dikosongkan, terutama di kawasan pendalaman dan terpencil, jauh dari bandar dan kota.

Yang lebih menderita ialah penduduk dari perkampungan Muslim, mereka menjadi mangsa konflik diantara kedua belah pihak yang bertempur. Kedua belah pihak menaruh syak dan sangsi kepada penduduk Islam dan sering menjadikan mereka sebagai mangsa. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 5


Bantuan diberikan kepada mereka yang serba memerlukan

KANTALAI dikunjungi Antara program kendalian MRA yang berjalan di Sri Lanka ialah Sumbangan daging Qurban melalui program Qurban Terbaik program Pembangunan Komuniti, Pertanian Organik juga Pembinaan MRA telah sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan Masjid termasuk pendidikan. makanan yang mereka tanggung sebelum ini. Alhamdulillah, kesemua program ini berjalan dengan lancar, berkat Kami amat mengalu-alukan sumbangan orangramai bagi memkerjasama dan bantuan daripada rakan pelaksana tempatan. bantu penduduk setempat yang serba memerlukan. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 6


MOORTHUR tidak dilupakan

Semoga Hari Raya Qurban mereka disambut meriah...

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 7


MRA cuba untuk memberikan yang terbaik

Rai Qurban di Thoppur, Sri Lanka Kesibukan dan keprihatinan kita dalam membantu saudara tertindas di Arakan, saudara yang berada dalam wilayah konflik seperti Syria dan saudara yang dijajah seperti di Palestin dan Kashmir, jangan sampai kita melupakan penduduk Muslim Sri Lanka yang menjadi mangsa konflik dalam peperangan diantara tentera kerajaan Sri Lanka dan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE)

MRA membantu komuniti Muslim disini untuk berdikari dan membina semula penempatan mereka yang telah punah dan musnah dalam pertempuran dahulu. Banyak Masjid dan Sekolah yang musnah dan rosak, telaga dan sumber air yang dikambus dan diracun. Ini belum lagi kawasan yang masih dipenuhi dengan jerangkap samar yang belum dibersihkan lagi. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 8


Dari SAUDARA untuk SAUDARA

Malaysian Relief Agency (MRA) meneruskan misi Qurban Terbaik di Selatan Thai dengan ber kerjasama dengan beberapa buah organisasi tempatan disana. Tahun ini sebanyak 10 ekor lembu telah berjaya disumbangkan ke wilayah bergolak ini. Proses menyembelih dan mengagihkan dagingdaging Qurban ini kepada mereka yang memerlukan telah dilakukan oleh penduduk setempat dengan kerjasama organisasi yang telah dipilih oleh MRA. MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang Qurban kerana tidak melupakan wilayah Selatan Thailand yang masih memerlukan sokongan dan bantuan.

Qurban Terbaik 1433 - Selatan Thailand

QURBAN TERBAIK 1433 SELATAN THAI, THAILAND

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 9


MRA tidak pernah lupa kepada Selatan Thailand

Sejak tahun 2009, MRA telah beroperasi di Selatan Thai merangkumi program Anak Yatim, Pengupayaan Wanita, Pembangunan Komuniti, Bantuan Kecemasan dan beberapa lagi program lain. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 10


QURBAN TERBAIK 1433

SOMALIA tetap didalam senarai Qurban MRA dan tidak dilupakan dalam Qurban tahun ini. Sejumlah 3 ekor unta telah berjaya disembelih dan diagih kepada para penduduk setempat yang serba kesusahan, yang masih belum pulih sepenuhnya dari krisis kebuluran, kemarau serta kemelut politik.

Daging-daging Qurban pada tahun ini telah diagih-agihkan kepada para pelarian dalaman yang telah dikenalpasti menghuni beberapa petempatan di Garowe, Puntland.

MRA secara teknikalnya masih beroperasi di Puntland, Somalia dan telah mengenalpasti dan bercadang untuk memDengan kerjasama NGO tempatan, YAHAN NETWORKS, MRA bangunkan projek pembekalan air bersih kepada kawasan telah berjaya mengatur Qurban Terbaik 1433 Somalia dengan yang memerlukan dalam tahun 2013 kelak. sebaik mungkin.

Qurban Terbaik 1433 - Garowe, Somalia

Bossaso, Puntland, Somalia

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 11


Anda memberikan kelainan Qurban kali ini kepada mereka

Para pelarian Somalia yang tinggal di Kem-kem pelarian sementara sering menghadapi masalah kekurangan makanan. Kehadiran Aidil Adha memberikan mereka peluang untuk menikmati daging segar dan makanan yang lebih baik dari kehidupan seharian mereka.

Belum lagi peluang untuk mendapat rawatan kesihatan yang terbaik serta tidak membebankan mereka. Bayangkan kehidupan seharian yang dilalui. Mereka tidak dapat menikmati manfaat kehidupan seperti kita yang berada di Malaysia. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 12


Dekat Di Mata Lekat DiHati

Qurban Terbaik 1433 - Garowe, Somalia KEMARAU yang melanda Somalia tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya, kawasan rumput untuk ragutan haiwan masih kering kusam tanpa ada sebarang rumput hijau tumbuh. Langit tanpa awan jelas tidak menunjukkan sebarang tanda kehadiran awan membawa hujan dikala ini.

MRA dengan penuh kesedaran tampil membantu para pelarian Somalia yang tinggal di khemah-khemah dengan memberikan bantuan bekalan air bersih untuk minuman dan ternakan. Program MRA di Somalia masih berterusan dan kami Kehidupan juga tidak banyak yang berubah, air masih lagi menjadi satu akan menghantar tim berikutnya bagi mengadakan pekeperluan mendesak. Namun ianya tidaklah sedahsyat tahun lalu yang mantauan keatas projek-projek yang telah kami laksanamenyaksikan beberapa kematian disebabkan oleh kekurangan air minuman. kan sebelum ini. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 13


Terima Kasih MALAYSIA

Di SOMALIA, kami berqurban UNTA

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 14


QURBAN TERBAIK 1433

Agak sukar untuk melaksanakan Qurban di sini pada mulanya kerana situasi setempat yang masih belum pulih sepenuhnya. Keselamatan di lapangan masih tidak dapat dijamin malah tambah memburukkan lagi ialah berlakunya rusuhan kali kedua di seluruh wilayah Rakhine. Rusuhan kali kedua ini turut melibatkan etnik Kaman dan ianya dikatakan berlaku pada skala lebih besar dari rusuhan kali pertama tempohari. Rusuhan kali ini turut melarat sehingga ke Mandalay dan Kachin, kelihatan lebih teratur dan lebih terancang daripada yang pertama. Dalam suasana serba tidak menentu itu, Alhamdulillah MRA masih dapat menyempurnakan ibadah Qurban yang telah diniatkan oleh para penyumbang dari Malaysia dan dagingdagingya telah dapat diagih-agihkan ke kawasan-kawasan yang memerlukan disekitar Sitwe.

Lain macam cabaran Qurban tahun ini

Kami juga terpaksa mengadakan penyembelihan di waktu malam kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu ketika itu. MRA akan menumpukan program bekalan makanan dan program kesihatan di daerah Sitwe dalam masa terdekat ini dan meninjau potensi bantuan didalam sektor-sektor lain sekiranya diperlukan. MRA berharap orangramai tidak melupakan Rohingya ditengah kehangatan isu-isu lain.

Qurban Terbaik 1433 - Sitwe, Arakan

Sitwe, Rakhine, Myanmar

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 15


Daging Qurban sumbangan anda amat dihargai oleh penduduk setempat

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 16


Terimalah Qurban mereka Ya Allah! LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 17


Qurban Terbaik 1433 - Sitwe, Arakan

Ibadah Qurban terpaksa dilaksanakan diwaktu malam

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 18


QURBAN TERBAIK 1433 Komuniti Rohingya Cheras Baru

Nasib para pelarian Rohingya di Malaysia terus mendapat perhatian dan dibela. Komuniti Rohingya yang menetap di Cheras Baru telah menerima sumbangan seekor lembu dari MRA bagi memeriahkan sambutan Aidil Adha tahun ini.

Pelarian Rohingya merupakan penduduk asal di Arakan (Rakhine), Myanmar yang terpaksa melarikan diri dari kekejaman dan keganasan serta ketidak adilan yang dilakukan terhadap mereka.

Qurban Terbaik 1433 - Cheras Baru

Mereka melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa mereka

Segala aktiviti menyembelih, melapah, mengurus serta mengagihkan Mereka yang berada di Malaysia mendapat perlindungan dan diberikan status pelarian oleh UNHCR. telah dilakukan oleh komuniti tersebut sendiri. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 19


Mereka adalah MUHAJIRIN dan kitalah ANSAR kepada mereka. Sekolah Komuniti Rohingya MRA menggunakan silibus yang dibangunkan oleh MRA sendiri menggunakan penanda aras silibus yang digunakan di sekolahsekolah rendah di Malaysia. Namun, kami tidak melupakan aliran agama, sekolah kami masih mengadakan pengajian agama disebelah petang.

MRA membantu para pelarian Rohingya ini dengan memberikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Rohingya agar mereka dapat mempersiapkan diri mereka serta tidak ketinggalan dalam bidang akademik dibandingkan dengan bangsa-bangsa Myanmar yang lain. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 20


TAWARAN KERJASAMA MASJID /ORGANISASI MALAYSIA MRA merayu kepada Masjid / Madrasah / Surau / Organisasi / Persatuan Khairat / Persatuan Penduduk / Jawatankuasa Perlaksanaan Qurban agar dapat mempertimbangkan rayuan kerjasama MRA sempena Qurban 1434 nanti. 1. AGIHAN DAGING QURBAN DALAM MALAYSIA

MRA menyediakan fasiliti bilik pendingin beku di Pasar Basah Chow Kit, Kuala Lumpur bagi menerima agihan daging-daging Qurban dari Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi yang ingin diserahkan kepada kami. Daging-daging ini akan disimpan di bilik pendingin beku ini sehingga tamat hari Tashrik. Daging-daging ini kemudiannya akan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan keluarga miskin yang serba memerlukan yang telah kami kenalpasti. Sekretariat MRA akan beroperasi sepanjang tempoh hari ibadah qurban berjalan (10 hingga 13hb Zulhijjah) bagi menerima sumbangan daging-daging dari Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi. Sekiranya anda ingin menyumbang daging qurban kepada kami sila hubungi Sekretariat Qurban Terbaik MRA untuk memudahkan urusan lojistik. 2. PERLAKSANAAN QURBAN DI DALAM MALAYSIA

MRA turut melaksanakan Qurban Terbaik kepada komuniti yang memerlukan di dalam Malaysia. Komuniti utama yang menjadi tumpuan kami adalah:A. Komuniti Pelarian (Rohingya, Somalia, Syria dan lain-lain) B. Komuniti Orang Asli (diperkampungan Orang Asli yang dibantu oleh MRA dan jaringan kerjasama kami) C. Komuniti Mualaf (yang sering dibantu oleh MRA) MRA akan melakukan acara Qurban bersama-sama dengan komuniti yang terlibat, wakil dan warga Masjid/Madrasah/Surau/ Organisasi dijemput untuk hadir dan bersama dalam majlis dan acara Qurban yang diadakan. MRA bertindak sebagai fasilitator dalam membantu perlaksanaan acara Qurban ini nanti. 3. PERLAKSANAAN QURBAN DI LUAR NEGARA

MRA mempunyai jaringan kerjasama yang baik di beberapa buah negara luar dan juga di wilayah konflik, justeru kami mem pelawa pihak Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi untuk turut menyumbang melalui aktiviti Qurban di kawasan-kawasan tersebut. Sumbangan melalui Qurban ini amat membantu kami dalam menggerakkan momentum dalam usaha membangunkan semula komuniti yang berada dalam kesusahan, kepayahan, bencana dan konflik. Sumbangan ini amat bermakna dan dapat memberikan mereka keyakinan bahawa saudara seagama yang berada di tempat lain turut membantu dan ingat kepada mereka sentiasa. MRA akan memastikan segala sumbangan dan Qurban yang dilakukan akan direkodkan dan didokumentasikan. Segala transaksi adalah telus dan dicatat rapi. Untuk makluman, MRA mempunyai laporan akaun yang diaudit setiap tahun. LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 21


BILANGAN BAHAGIAN QURBAN MENGIKUT NEGARA

YAYASAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para penyumbang. Sokongan yang anda berikan amat bermakna dan sangat membantu mereka yang memerlukan di lapangan. Kami berusaha sedaya mungkin dalam memastikan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan semaksima mungkin. Disesetengah lapangan dimana aktiviti Qurban Terbaik dilakukan, MRA menggunakan petugas tempatan dari kalangan rakan pelaksana MRA yang telah kami kenalpasti berpotensi dan berkemampuan untuk melaksanakan ibadah ini mengikut cara dan konsep yang digunapakai oleh MRA. Lapangan Sitwe di Arakan memberikan kami cabaran terbesar dalam perlaksanaan Qurban Terbaik kali ini, perlaksanaan terpaksa dilakukan diwaktu malam dan dalam keadaan tersorok, ada operasi merampas kamera dan komputer mengakibatkan petugas kami di lapangan kehilangan gambar dan lambat berkongsi maklumat mengenai perlaksanaannya. Sekali lagi, saya amat-amat berterima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan berserta ahli keluarga yang memilih untuk melaksanakan ibadah Qurban melalui MRA. Ianya sangat membantu kami dalam membina dan memantapkan hubungan kami bersama masyarakat setempat.

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 22


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.