Kajian Tindakan Frogvle SKTM 2014/2015

Page 1

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK PENGGUNAAN VLE FROGASIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU SK TELUK MEDAN OLEH UNIT ICT SK TELUK MEDAN JALAN TAIPING, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN ABA 3014

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 1


PENGGUNAAN VLE FROGASIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU SK TELUK MEDAN

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan VLE Frogasia dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan VLE Frogasia dalam PdP, kelemahan penggunaan VLE Frogasia dalam PdP dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan VLE Frogasia dalam PdP. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang guru-guru SK Teluk Medan. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik terhadap guruguru SK Teluk Medan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru SK Teluk Medan masih kurang meggunakan VLE Frogasia dalam PdP. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kekangan masa, capaian internet yang lemah dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru-guru SK Teluk Medan dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan VLE Frogasia dalam PdP. 1.

PENGENALAN

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan. Guru dan murid seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. VLE-FROG adalah satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Projek 1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah- sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi capaian Internet.

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 2


2.

PERNYATAAN MASALAH

Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses PdP di SK Teluk Medan sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya Walaubagaimanapun SK Teluk Medan sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmal komputer dan Makmal Mudah Alih Chromebook malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan komputer masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses PdP berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti sejauh mana guru-guru SK Teluk Medan mengaplikasikan penggunaan VLE Frogasia di sekolah. Adakah penggunaan VLE Frogasia ini dapat membantu para pendidik dalam proses PdP, sumber VLE Frogasia yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan VLE Frogasia dalam PdP. 3.

OBJEKTIF KAJIAN

i.

Mengenalpasti kelebihan penggunaan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengenalpasti kelemahan penggunaan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mencadangkan beberapa langkah agar VLE Frogasia dapat digunakan secara berkesan semasa proses PdP berlangsung.

ii. iii. iv.

4.

KEPENTINGAN KAJIAN

i.

Mendedahkan keperluan sebenar guru bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna.

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 3


ii. iii. iv.

5.

Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan site VLE Frogasia yang bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan VLE Frogasia seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dalam menggunakan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan pembelajaran . SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru-guru SK Teluk Medan. 20 orang guru-guru SK Teluk Medan akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan VLE Frogasia dalam pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru-guru pelatih. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual. 6.

METODOLOGI

6.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk soal selidik, tinjauan dan juga pemerhatian. Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku. Soalan soal selidik merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan VLE Frogasia ketika proses pengajaran dan pembelajaran . Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses soal selidik (Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian semasa guru-guru SK Teluk Medan sedang mengajar. Ini untuk melihat secara lansung dan secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan VLE Frogasia semasa mengajar dalam bilik darjah. Namun pada fasa pertama kajian, pengkaji hanya menggunakan kaedah soal selidik. Respoden yang dipilih perlu menjawab beberapa soalan secara atas talian iaitu melalui perisian Google Doc.

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 4


6.2

Tempat Kajian

SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak. 6.3

Sampel Kajian

Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan soal selidik dan pemerhatian secara individu dan terperinci, jadi hanya 20 orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian adalah guru-guru SK Teluk Medan yang dipilih secara rawak. . 6.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan soal selidik. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala soal selidik pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Soal selidik dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan VLE Frogasia dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden diberikan borang soal selidik yang perlu dijawab secara atas talian iaitu melalui google doc yang telah dimuatnaik di portal SK Teluk Medan . 6.5

Soalan Kajian.

1. 2. 3.

Pengetahuan tentang VLE Frogasia. Kekerapan menggunakan VLE Frogasia bagi penyediaan dan proses PdP. Adakah tahap minat belajar murid anda meningkat semasa penggunaan VLE Frogasia dalam PdP. Adakah proses pencapaian objektif pembelajaran lebih cepat jika menggunakan VLE Frogasia. Kekangan dalam menggunakan VLE Frogasia ketika proses pengajaran dan pembelajaran anda.

4. 5.

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 5


7.

Dapatan Kajian.

7.1

Tahap Pengetahuan Berkaitan VLE Frogasia dalam Kalangan Guru-guru SK Teluk Medan.

Melalui data yang diperolehi, kesemua respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan telah menguasai kemahiran VLE Frogasia meskipun pelbagai aras. Hanya seorang dalam kalangan responden mahir menggunakan Frog VLE, 4 tahu, 11 sederhana mahir manakala 5 responden kurang mahir. Di bawah adalah jadual menunjukkan aras kemahiran Frog VLE respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan.

7.2

Mahir

Tahu

Sederhana

Sedikit

1

4

11

5

Jumlah Kursus Frog VLE yang Dihadiri.

Mekakui data yang diperolehi, kesemua guru-guru telah diberi pendedahan berkaitan Frog VLE meskipun di peringkat LADAP sekolah. Seramai 6 orang daripada responden guru telah diberi pendedahan lebih daripada 3 kali. Ini menunjukkan bahawa pendedahan Frog VLE telahpun diberikan oleh pihak pengurusan Frog VLE sekolah. Jadual menunjukkan jumlah kursus guru berkaitan Frog VLE.

7.3

1

2

3

Lebih 3

1

4

11

5

Kekerapan Menggunakan VLE Frogasia dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Mengikut data yang diperolehi, terdapat 8 responden yang belum menggunakan Frog VLE semasa PdP. Manakala 6 responden guru yang menggunakan sekali pada setiap 6 bulan, 2 responden menggunakan sekali setiap sebulan . Data ini menunjukkan penggunaan Frog VLE dalam PdP masih rendah. sekali setiap minggu

sekali setiap bulan

Sekali setiap 6 bulan

lain-lain

1

2

6

11

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 6


7.4

Eksplorasi VLE Frogasia ( Dashboard ) dan Site Pembelajaran.

VLE Frogasia mula diperkenalkan di SK Teluk Medan mulai tahun 2012. Pada tahun 2013, guru-guru dan murid SK Teluk Medan mula dilatih oleh pihak Frogasia dan pengurusan Frog VLE SK Teluk Medan secara berperingkat. Oleh yang demikian, 9 daripada responden telah membina dashboard peribadi mereka manakala 11 daripada 20 responden belum mengubah dashboard Frog VLE masing-masing. Bagi pembinaan site mata pelajaran pula, 13 orang guru telah membina site pembelajaran manakal 7 orang masih belum membina site. Di bawah adalah jadual menunjukkan tahap eksplorasi VLE Frogasia respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Membina Dashboard

Membina Site Pembelajaran

Sudah

9

13

Belum

11

7

7.5

Pengetahuan Tentang Fungsi Butang ‘Quick Launch’ dan ‘FrogDrive’.

Mengikut data yang diperolehi, terdapat hanya 3 responden yang mengetahui fungsi butang menu ‘ Quick Launch’, 15 peringkat sederhana manakala 2 responden masih belum tahu. Bagi butang ‘FrogDrive’ pula 2 responden sahaja yang tahu, 10 sederhana manakala 8 orang responden yang masih belum tahu penggunaannya.

7.7

Kekangan Penggunaan Frog VLE Semasa Pengajaran dan Pembelajaran.

Kekangan merupakan penghalang bagi sesuatu aktiviti yang bakal dan telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, pengkaji menyenaraikan 3 kekangan utama untuk dipilih oleh responden. Kekangan tersebut ialah kekangan masa, kurang pengetahuan dan capaian internet lemah. Secara ringkasnya, 10 memilih kekangan masa menjadi penghalang perlaksanaan penggunaan Frog VLE dalam PdP. Manakala 9 responden memilih kurang pengetahuan berkaitan Frog VLE.

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 7


8.

Kekangan Masa

Kurang Pengetahuan

Capaian Internet Lemah

10

9

1

Cadangan Penambahbaikan Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK Teluk Medan. Daripada kajian yang dilaksanakan melalui soal selidik, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian bagi penambahbaikan Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK Teluk Medan. Berikut disenaraikan perkara-perkara tersebut : 1. Pihak pengurusan ICT sekolah perlu memohon penyenggaraan peralatan ICT yang telah uzur dan rosak agar budaya Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK Teluk Medan dapat dikembangkan di SK Teluk Medan. 2. Latihan kemahiran Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK Teluk Medan juga perlu dilaksanakan secara intensif agar guru-guru SK Teluk Medan mahir menggunakan Penggunaan Frog VLE Semasa PdP. Pihak Frogasia perlu dijemput untuk melatih guru-guru dan murid-murid menguasai Frog VLE agar ianya dapat dijadikan platform pembelajaran maya yang praktikal. 3. LADAP guru juga perlu menumpukan peningkatan kemahiran penggunaan Frog VLE dalam PdP. 4. Guru-guru perlu dibimbing untuk membina lebih banyak site pembelajaran. 5. Rangkaian internet perlu ditambah bagi memperluaskan kawasan boleh akses internet sedia ada. Capaian internet yang perlahan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

9.

Kesimpulan.

Kajian penggunaan Frog VLE semasa pengajaran dan pembelajaran guru amat bermakna kepada guru-guru dan pengurusan Frog VLE sekolah. Melaluinya, pihak pengurusan Frog VLE sekolah dapat merancang serta melaksanakan beberapa aktiviti agar budaya penggunaan Frog VLE semasa pengajaran dan pembelajaran terus berkembang di SK Teluk Medan. Sesungguhnya Frog VLE merupakan satu platform pembelajaran maya disamping memudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 8


Lampiran 1

Lampiran 1 : Soalan Kajian Dimuatnaik ke Portal SK Teluk Medan.

Lampiran 2 UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 9


Lampiran 2 : Keputusan Soal Selidik Kajian di Google Drive .

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP

Page 10


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.