KAJIAN TINDAKAN TAJUK PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURUGURU SK TELUK MEDAN OLEH UNIT ICT SK TELUK MEDAN JALAN TAIPING, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN ABA 3014
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 1
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURUGURU SK TELUK MEDAN
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam PdP, kelemahan penggunaan ICT dalam PdP dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan ICT dalam PdP. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang guru-guru SK Teluk Medan. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik terhadap guruguru SK Teluk Medan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru SK Teluk Medan masih kurang meggunakan ICT dalam PdP. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru-guru SK Teluk Medan dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam PdP. 1.
PENGENALAN
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan. Guru dan murid seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan PdP. Selain daripada perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 2
Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses PdP. penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003). 2.
PERNYATAAN MASALAH
Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di SK Teluk Medan sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya Walaubagaimanapun SK Teluk Medan sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmal komputer dan Makmal Mudah Alih Chromebook malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan komputer masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses PdP berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti sejauh mana guru-guru SK Teluk Medan mengaplikasikan penggunaan ICT di sekolah. Adakah penggunaan ICT ini dapat membantu para pendidik dalam proses PdP, sumber ICT yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan ICT dalam PdP. 3.
OBJEKTIF KAJIAN
i.
Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. iii.
4.
KEPENTINGAN KAJIAN
i.
Mendedahkan keperluan sebenar guru bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 3
ii. iii. iv.
5.
Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan ICT seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran . SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru-guru SK Teluk Medan. 20 orang guru-guru SK Teluk Medan akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru-guru pelatih. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual. 6.
METODOLOGI
6.1
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk soal selidik, tinjauan dan juga pemerhatian. Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku. Soalan soal selidik merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran . Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses soal selidik (Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian semasa guru-guru SK Teluk Medan sedang mengajar. Ini untuk melihat secara lansung dan secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan ICT semasa mengajar dalam bilik darjah. Namun pada fasa pertama kajian, pengkaji hanya menggunakan kaedah soal selidik. Respoden yang dipilih perlu menjawab beberapa soalan secara atas talian iaitu melalui perisian Google Doc.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 4
6.2
Tempat Kajian
SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak. 6.3
Sampel Kajian
Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan soal selidik dan pemerhatian secara individu dan terperinci, jadi hanya 20 orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian adalah guru-guru SK Teluk Medan yang dipilih secara rawak. . 6.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan soal selidik. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala soal selidik pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Soal selidik dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden diberikan borang soal selidik yang perlu dijawab secara atas talian iaitu melalui google doc . 6.5
Soalan Kajian.
1. 2. 3. 4. 5.
Tahap kemahiran menggunakan peralatan ICT. Kekerapan menggunakan ICT bagi penyediaan dan proses PdP. Adakah tahap minat belajar murid anda meningkat semasa penggunaan ICT dalam PdP. Adakah proses pencapaian objektif pembelajaran lebih cepat jika menggunakan ICT. Kekangan dalam menggunakan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran anda.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 5
7.
Dapatan Kajian.
7.1
Tahap Penguasaan ICT Guru-guru SK Teluk Medan.
Melalui data yang diperolehi, kesemua respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan telah menguasai kemahiran ICT meskipun pelbagai aras. 5 daripada responden mahir menggunakan ICT, 13 responden sederhana mahir manakala seorang kurang mahir dan seorang sangat mahir. Di bawah adalah jadual menunjukkan aras kemahiran ICT respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan.
7.2
Sangat Mahir
Mahir
Sederhana Mahir
Kurang Mahir
1
5
13
1
Perisian Micro Office yang dikuasai Guru-guru SK Teluk Medan.
Perisian MS Office bukan sesuatu yang asing kepada pengguna komputer. Daripada kajian yang dijalankan, kesemua responden menguasai perisian MS Word dan MS Powerpoint. Namun begitu, hanya 10 responden menguasai MS Excel dan 8 responden menguasai MS Publisher manakala tiada seorang pun daripada kalangan responden menguasai MS Access. Di bawah adalah jadual menunjukkan penguasaan respoden berkaitan MS Office daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan
7.3
MS Word
MS Powerpoint
MS Excel
MS Publisher
MS Access
20
20
10
8
0
Kekerapan Menggunakan Komputer Untuk Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran.
Mengikut data yang diperolehi, terdapat 4 responden yang menggunakan komputer setiap hari bagi penyediaan PdP. Ini disebabkan di SK Teluk Medan, terdapat guru-guru yang menyediakan persediaan mengajar menggunakan komputer. Daripada kajian juga, 4 responden menggunakan komputer untuk persediaan PdP sebanyak 2 kali seminggu, 4 responden sekali seminggu dan 8 responden menggunakan komputer sekali dalam masa 2 minggu. Di bawah adalah jadual menunjukkan kekerapan menggunakan komputer untuk PdP respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 6
Setiap hari
2 kali seminggu
Sekali seminggu
Sekali dalam 2 minggu
4
4
4
8
7.4
Kekerapan Menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kekurangan dan keuzuran peralatan ICT merupakan salah satu faktor mengapa penggunaan ICT kurang di SK Teluk Medan. Tiada daripada kalangan responden menggunakan peralatan ICT setiap hari. Terdapat 4 responden menggunakan kemudahan ICT sebanyak 2 kali dalam seminggu, 9 responden sekali seminggu, sekali dalam masa 2 minggu dan 6 responden menggunakannya sekali dalam masa 2 bulan. Di bawah adalah jadual menunjukkan kekerapan penggunaan peralatan ICT respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan. 2 kali seminggu
Sekali seminggu
Sekali dalam 2 minggu
Sekali dalam 2 bulan
4
9
1
6
7.5
Eksplorasi VLE Frogasia.
VLE Frogasia mula diperkenalkan di SK Teluk Medan mulai tahun 2012. Pada tahun 2013, guru-guru dan murid SK Teluk Medan mula dilatih oleh pihak Frogasia secara berperingkat. Oleh yang demikian, 16 daripada responden telah membina dashboard peribadi mereka manakala 14 daripada 20 responden telah membina site pembelajaran dalam portal Frog VLE masing-masing. Di bawah adalah jadual menunjukkan tahap eksplorasi VLE Frogasia respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Membina Dashboard
Membina Site Pembelajaran
Sudah
16
14
Belum
4
6
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 7
7.6
Persepsi Guru Terhadap Aplikasi ICT semasa Pengajaran dan Pembelajaran.
Responden yang terdiri daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan mempunyai pelbagai pandangan berkaitan aplikasi ICT semasa PdP di dalam kelas. Namun demikian, kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan ICT semasa PdP mampu menarik minat murid-murid serta memberi tumpuan kepada pembelajaran. Namun daripada aspek pencapaian objektif lebih cepat jika menggunakan ICT semasa PdP, hanya 15 daripada responden bersetuju manakala 5 responden kurang setuju. Apa pun, majoriti daripada responden masih bersetuju bahawa penggunaan ICT semasa PdP mampu mempercepatkan pencapaian objektif pembelajaran murid. Di bawah adalah jadual menunjukkan persepsi responden terhadap penggunaan ICT semasa PdP. Penggunaan ICT menarik minat murid belajar
Penggunaan ICT percepatkan pencapaian objektif
Setuju
20
15
Kurang setuju
0
5
7.7
Kekangan Penggunaan ICT Semasa Pengajaran dan Pembelajaran.
Kekangan merupakan penghalang bagi sesuatu aktiviti yang bakal dan telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, pengkaji menyenaraikan 4 kekangan utama untuk dipilih oleh responden. Kekangan tersebut ialah kekangan masa, peralatan ICT yang tidak mencukupi, peralatan ICT yang telah uzur dan kekangan menghabiskan sukatan pelajaran. Secara ringkasnya, kesemua responden memilih ke empat-empat kekangan yang disenaraikan. Ini membawa maksud bahawa penggunaan ICT dalam PdP tidak dapat dilaksanakan dengan baik disebabkan ke empat-empat kekangan yang disenaraikan.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 8
8.
Cadangan Penambahbaikan Pengurusan ICT SK Teluk Medan. Daripada kajian yang dilaksanakan melalui soal selidik, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian bagi penambahbaikan pengurusan ICT sekolah demi membudayakan penggunaan ICT dalam PdP guru-guru SK Teluk Medan. Berikut disenaraikan perkara-perkara tersebut : 1. Pihak pengurusan ICT sekolah perlu memohon penyenggaraan peralatan ICT yang telah uzur dan rosak agar budaya ICT dapat dikembangkan di SK Teluk Medan. 2. Latihan kemahiran ICT juga perlu dilaksanakan secara intensif agar guru-guru SK Teluk Medan mahir menggunakan ICT dalam PdP khususnya berkaitan VLE Frogasia. Pihak Frogasia perlu dijemput untuk melatih guru-guru dan muridmurid menguasai Frog VLE agar ianya dapat dijadikan platform pembelajaran maya yang praktikal. 3. LADAP guru juga perlu menumpukan peningkatan kemahiran ICT dan Frog VLE. 4. Rangkaian internet perlu ditambah bagi memperluaskan kawasan boleh akses internet sedia ada. Capaian internet yang perlahan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Pihak sekolah juga perlu membeli perisian pembelajaran tertentu memandangkan perisian pembelajaran sedia ada banyak berkaitan PPSMI. 6. Bengkel pembinaan BBMB berasaskan ICT perlu dilaksanakan oleh Panitia Mata Pelajaran bagi mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar.
9.
Kesimpulan.
Kajian penggunaan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran guru amat bermakna kepada guru-guru dan pengurusan ICT sekolah. Melaluinya, pihak pengurusan ICT sekolah dapat merancang serta melaksanakan beberapa aktiviti agar budaya ICT terus berkembang di SK Teluk Medan. Sesungguhnya ICT merupakan medium bagi memperoleh maklumat terkini disamping memudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 9
Lampiran 1
Lampiran 1 : Soalan Kajian Tindakan Penggunaan ICT melalui Google Doc.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 10
Lampiran 2
Lampiran 2 : Soalan Kajian Dimuatnaik ke Portal SK Teluk Medan.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 11
Lampiran 3
Lampiran 3 : Soalan Kajian Dimuatnaik ke Portal SK Teluk Medan.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 12
Lampiran 4
Lampiran 4 : Keputusan Soal Selidik Kajian daripada Google Drive ( simpan sebagai PDF )
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP
Page 13