AMALAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SK TELUK MEDAN BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN
oleh MOHAMAD SHAH BIN RAMLI Guru Besar SK Teluk Medan, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan
Abstrak
Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid (KPM:2012). Bagi mencapai hasrat yang tersebut, warga SK Teluk Medan sangat komited dengan program Mengurus Masa Instruksional yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak pentadir sekolah yang diketuai oleh guru besar telah merancang serta melaksanakan pelbagai program bagi memastikan kelangsungan amalan murid belajar guru mengajar. Antara program yang telah dilaksanakan ialah mewujudkan Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas, Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan, Aplikasi Guru Ganti ABA3014, Pemantauan Mengejut, LADAP dan beberapa program sokongan lain. Hasil daripada perlaksanaan program-program tersebut khususnya Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas, didapati peratus kehadiran guru ke kelas telah meningkat. Melalui analisis data-data keberadaan guru di dalam kelas yang dibentangkan pada pertemuan bulanan, saya mendapati bahawa ianya menjadi dorongan kepada guru-guru untuk berada di dalam kelas pada waktu yang telah ditetapkan. Namun demikian data-data tersebut hanya menggambarkan keberadaan guru sahaja tanpa mengambilkira kebenaran guru mengajar. Oleh yang demikian, pemantauan secara berkala turut dilaksanakan oleh guru besar dengan bantuan guru-guru penolong kanan bagi memastikan proses PdP berjalan seperti yang guru rancang. Setelah dua tahun Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas dilaksanakan, satu kajian ( soalselidik ) berkaitan aplikasi berkenaan telah dilaksanakan. Keputusannya, lebih 95 peratus daripada guru-guru bersetuju agar aplikasi tersebut terus digunapakai dalam pentadbiran sekolah. Malahan hampir kesemua guru-guru berpendapat bahawa Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas mampu meningkatkan motivasi mereka untuk berada di dalam kelas bagi menunaikan tanggung jawab untuk mengajar dan mendidik anak-anak SK Teluk Medan. Hasilnya, Gred Purata Sekolah ( GPS ) bagi peperiksaan UPSR telah meningkat ke 2.10 bagi tahun 2013 sekaligus menaikkan band sekolah daripada band 3 ke band 2.
1|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
1.0
PENGENALAN.
Mengurus Masa Instruksional ( MMI ) bermaksud sebagai masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. MMI mengandungi 4 elemen utama iaitu masa persekolahan (allocated schooling time), masa bilik darjah (allocated class time), masa instruksional (instructional time) dan masa pembelajaran akademik (academik learning time). Mengurus Masa Instruksional sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah.
Hal
ini
perlu diberi perhatian dalam
memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran
murid ke arah membangunkan
modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat ( KPM:2012). Jelasnya, pihak pentadbir sekolah menghadapi beberapa kekangan bagi memastikan proses PdP berlangsung dengan sempurna mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.0
PENYATAAN MASALAH.
Objektif pengajaran dan pembelajaran hanya akan dicapai melalui pengurusan masa instruksional yang berkesan. Lebih daripada itu, pelajar akan memperolehi ilmu yang dikehendaki dan guru akan dapat menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Namun demikian, pelbagai kekangan dan masalah dikenalpasti
menyebabkan ianya perlu tangani dengan bijak oleh pentadbiran sekolah agar kekangan dan masalah tersebut dapat kurangkan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah :
2.1
Guru tiada di sekolah kerana cuti rehat atau menghadiri aktiviti luar sekolah seperti berkursus dan terlibat sebagai jawatankuasa bagi aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.
2|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
2.2
Guru hadir ke sekolah tetapi tiada di dalam kelas. Ianya timbul disebabkan kurang kepekaan guru terhadap tanggungjawabnya sebagai guru atau terpaksa menyiapkan tugasan lain seperti menyiapkan minit mesyuarat dan memasukkan data secara atas talian seperti data SPS, APDM, SAPS dan sebagainya.
2.3
Guru berada di dalam kelas tetapi tidak mengajar. Sebahagian kecil guru berada di dalam kelas tetapi tidak melakukan tanggungjawabnya untuk mengajar. Kehadirannya ke dalam kelas hanyalah takutkan pentadbir semata-mata tetapi melakukan kerja tidak sepatutnya seperti melayari internet dan menyiapkan tugasan tidak rasmi. Manakal murid dibiarkan tanpa sebarang aktiviti pembelajaran.
2.4
Sebahagian guru tidak bersedia bagi sesi pembelajarannya.
Sesi
pembelajaran disampaikan secara bersahaja tanpa persediaan rapi, alat bantuan mengajar, aktiviti yang menarik dan latihan yang mencabar. Terdapat juga guru yang kurang mahir menggunakan sesuatu peralatan ICT lalu mengambil masa yang panjang untuk memulakan sesi pengajaran. Ini ditambah pula oleh capaian internet yang perlahan dan sering putus-putus. 2.5
Setiap sekolah mempunyai acara rasmi tahunannya dan dicatat di dalam takwim sekolah. Antara acara rasmi yang biasanya tercatat di dalam takwim sekolah ialah kejohanan olahraga, sambutan Hari Guru, sambutan Hari Kanak-kanak dan sambutan Maulidur Rasul. Perlaksanaan aktiviti-aktiviti ini jika tidak dikelolakan dengan baik dan teratur akan menyebabkan masa instruksional yang sepatutnya berlaku akan lenyap begitu sahaja.
Oleh yang demikian, pihak pentadbiran SK Teluk Medan telah merancang dan melaksanakan beberapa program demi mengurangkan kekangan yang di atas. Beberapa aplikasi telah dibina dan beberapa program dirancang dan dilaksanakan. Kesannya, peratus kehadiran guru ke kelas telah meningkat. Malahan dari aspek pencapaian UPSR, Gred Purata Sekolah turut meningkat ke 2.10 sekaligus meletakkan SK Teluk Medan bersama sekolah-sekolah band 2 berbanding band 3 pada tahun-tahun sebelumnya. 3|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
3.0
KAJIAN LITERATUR.
Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas, Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan, Aplikasi Guru Ganti ABA 3014 dan Aplikasi Headcount yang diberi penekanan oleh pihak pentadbir merupakan aplikasi yang sangat penting kepada MMI SK Teluk Medan. Selain daripada merekod maklumat, kedua-dua aplikasi yang dibina mempunyai kelebihan dari aspek analisis data. Pengrekodan maklumat tradisional secara menulis maklumat di dalam buku catatan mempunyai banyak kelemahannya. Antaranya maklumat yang dicatat tidak boleh dianalisis dan tidak boleh diakses di tempat lain berbanding kaedah pengrekodan elektronik. Meskipun ketelusan data sering dipertikaikan namun kita yakin bahawa lebih daripada 90 peratus data yang diperoleh dan dianalisis adalah boleh diterima pakai. Meskipun peningkatan kecekapan dan produktiviti disinonim dengan ICT, namun peranan rekod adalah signifikan dalam menambahbaik kelancaran operasi sesebuah organisasi (Kowlowitz 2002) malah menjadi penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Mengurus rekod mengguna aplikasi ICT mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari segi pengurangan kos antara 25 peratus hingga 50 peratus (Shipman 2002). Menurut BlasĂŠ (1998) kepimpinan instruksional ialah gabungan penyeliaan, pembangunan staf, dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembang proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein,1989). Kepimpinan instruksional juga boleh didefinisikan
sebagai pemimpin sekolah yang mengambil peduli dan cakna akan
pengajaran guru dan pembelajaran
murid
serta
perkembangannya
dan
sentiasa
membina iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya. Oleh yang demikian, warga SK Teluk Medan amat komited tentang dasar MMI yang disarankan oleh pihak
4|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan guru menunaikan tanggung jawab sebagai pendidik dan murid memperoleh ilmu yang dihajati.
4.0
APLIKASI REKOD KEHADIRAN HARIAN GURU DAN KAKITANGAN.
Sebelum tahun 2011, rekod kehadiran guru dan kakitangan SK Teluk Medan menggunakan cara tradisional iaitu menulis nama dan waktu kehadiran pada buku Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan yang disediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri ketika itu. Penggunaan rekod kehadiran cara ini seringkali menimbulkan masalah pemantauan kehadiran guru. Oleh kerana rakaman waktu kehadirannya yang tidak automasi, guru-guru seringkali tidak menulis nama ketika awal pagi malahan ada yang menulis nama selepas beberapa jam di sekolah atau selepas beberapa hari persekolahan. Kesannya, ketidak hadiran guru pada hari semasa tidak dapat dikesan dengan cepat yang mengakibatkan sistem guru ganti tidak dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Ini akan menyebabkan murid-murid terbiar tanpa guru di dalam kelas. Namun setelah aplikasi ini diperkenalkan, guru-guru lebih komited untuk hadir awal ke sekolah memandangkan masa kehadiran ke sekolah dirakam oleh komputer. Ianya sekaligus akan memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan guru ganti. Antara objektif Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan diperkenalkan ialah : a.
Memudahkan tugas guru dan kakitangan untuk merekod kehadiran.
b.
Menganalisis data kehadiran bulanan dan tahunan guru dan kakitangan.
c.
Mempercepatkan proses menentukan guru ganti.
d.
Meningkatkan motivasi guru dan kakitangan untuk hadir awal ke sekolah.
e.
Menanamkan sifat telus dalam kalangan guru dan kakitangan SK Teluk Medan.
5|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan dibina menggunakan aplikasi MS Excel oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Aplikasi ini mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2011 dan mula berkuatkuasa penggunaannya mulai 13 Julai 2011. Melalui aplikasi ini, guru dan kakitangan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan ke dalam sistem ke hadir ke sekolah manakala nama dan waktu kehadiran dirakam secara automasi oleh komputer. Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan turut dapat menganalisis kehadiran guru mingguan, bulanan dan tahunan secara individu. Melalui aplikasi ini juga waktu kehadiran guru dirakam dengan lebih telus berbanding cara tradisional. Ringkasnya, Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan lebih praktikal berbanding sistem perakam waktu yang digunapakai oleh kebanyakan jabatan kerajaan dan swasta.
4.1
PERLAKSANAAN APLIKASI REKOD KEHADIRAN HARIAN GURU DAN KAKITANGAN SK TELUK MEDAN. 4.1.1 Pra Perlaksanaan. i.
Membina pengkalan data Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan
ii.
Memberi taklimat kepada guru-guru dan kakitangan berkaitan Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan.
iii.
Mengadakan tempoh percubaan sistem bagi membiasakan guru dan kakitangan menggunakan Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan.
4.1.2
Perlaksanaan Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan
6|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
i.
Pembantu Am Pejabat / Pentadbir melancarkan aplikasi pada awal pagi.
ii.
Guru dan kakitangan memasukkan nombor kad pengenalan pada ruangan disediakan.
iii.
Nama dan waktu kehadiran dijana oleh komputer.
iv.
Guru dan kakitangan memasukkan semula nombor kad pengenalan ketika pulang atau pergerakan.
v.
Pentadbir mencetak laporan harian kehadiran guru dan kakitangan.
4.1.3
Pasca Perlaksanaan Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan
Kakitangan SK Teluk Medan i.
Mendapat maklum balas guru di dalam mesyuarat bulanan.
ii.
Membentangkan analisis kehadiran guru.
iii.
Menjalankan kajian melalui soal selidik secara atas talian.
SK TELUK MEDAN
Gambar 1 : Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan
7|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
Setelah hampir 3 tahun Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan diaplikasikan dalam sistem pentadbiran sekolah, pihak pentadbiran telah mengadakan satu kajian bagi mengenalpasti pendapat warga SK Teluk Medan tentang aplikasi berkenaan untuk tujuan penambahbaikan. 25 orang responden telah dipilih secara rawak daripada kalangan guru-guru dan kakitangan SK Teluk Medan. Manakala responden perlu menjawab soalan-soalan soal selidik berkaitan aplikasi secara atas talian. Daripada kajian terhadap Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan 19 daripada responden sangat setuju bahawa Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru sesuai menggantikan sistem lama iaitu menulis kehadiran pada Buku Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan manakala 6 orang daripada responden bersetuju. Bagi soalan ke-2 iaitu Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan memudahkan anda berbanding sistem lama iaitu menulis nama pada Buku Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan, 18 responden memberi jawapan sangat setuju manakala 7 responden menjawab setuju. Bagi soalan Adakah Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan membantu meningkatkan motivasi anda untuk hadir awal ke sekolah pula, kesemua daripada 25 responden mengakui kenyataan bahawa aplikasi mampu meningkatkan motivasi guru dan kakitangan untuk hadir awal ke sekolah. Pada soalan terakhir iaitu adakah perlaksanaan Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan wajar diteruskan, 24 daripada responden mengaku bahawa aplikasi wajar diteruskan. Kesimpulannya, Aplikasi Rekod Kehadiran Harian Guru dan Kakitangan SK Teluk Medan diterima oleh warga SK Teluk Medan sebagai satu sistem rekod kehadiran yang memudahkan dan praktikal digunapakai dalam pentadbiran sekolah.
8|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
Gambar 2 : Soal Selidik Persepsi Aplikasi Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan Atas talian
Gambar 3 : Laporan Soal Selidik Persepsi Aplikasi Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan Atas talian
( Laporan rujuk Lampiran )
9|Amalan Melindungi Masa Instruksional SK Teluk Medan
5.0
APLIKASI GURU GANTI ABA3014.
Ketidakhadiran guru ke sekolah merupakan fenomena biasa yang sering menjadi isu kepada dunia pendidikan. Ketidakhadiran guru ke sekolah disebabkan cuti rehat, cuti tanpa rekod dan guru-guru berkursus atau yang terlibat dengan aktiviti tertentu. Melalui cara tradisional, pentadbiran sekolah mengambil masa yang agak panjang untuk menentukan guru yang bakal menggantikan guru yang tidak hadir. Masalah didak dihadapi sekiranya ketidakhadiran ke sekolah dimaklumkan terlebih awal melalui permohonan cuti rehat. Namun masalah sering timbul sekiranya ketidakhadiran guru ke sekolah hanya diketahui pada awal pagi. Proses menentukan guru ganti memerlukan masa sedangkan kelas-kelas yang sepatutnya diisi tidak dapat diisi dengan segera. Menyedari permasalahan ini, En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan telah membina Aplikasi Guru Ganti ABA3014. Aplikasi Guru Ganti ABA3014 ini dibina menggunakan perisian MS Excel yang mengandungi beberapa kemudahan. Data jadual waktu harian guru diimport dari data Aplikasi Jadual Waktu ABA3014 yang telah dibina ketika pembinaan jadual waktu tahunan. Antara objektif utama pembinaan Aplikasi Guru Ganti ABA3014 ialah : a.
Memudahkan pentadbiran membuat semakan bagi menentukan guru ganti.
b.
Mempercepatkan proses semakan jadual guru serta menentukan guru ganti.
c.
Menganalisa ketidak hadiran guru dan guru ganti untuk rekod simpanan.
5.1
PERLAKSANAAN APLIKASI GURU GANTI. 5.1.1 Pra Perlaksanaan. i.
Menyediakan jadual tahunan guru.
ii.
Membina pengkalan data Aplikasi Guru Ganti ABA3014.
iii.
Memberi taklimat kepada guru-guru perlaksanaan Aplikasi Guru
10 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
Ganti ABA3014 5.1.2
Perlaksanaan Alikasi Guru ganti ABA3014.
i.
Mendapatkan maklumat guru yang tidak hadir.
ii.
Memasukkan KOD guru untuk dijana dan disemak bagi menentukan guru ganti.
iii.
Mencetak senarai guru ganti serta menyerahkannya kepada guru ganti terlibat.
5.1.3
Pasca Perlaksanaan Aplikasi Guru Ganti ABA3014.
i.
Mendapat maklum balas guru di dalam mesyuarat bulanan.
ii.
Membentangkan analisis guru ganti.
Melalui Aplikasi Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan, pihak pentadbir mensasarkan proses menentukan guru ganti adalah kurang daripada 10 minit. Keadaan ini tidak dapat dilaksanakan melalui kaedah tradisional. Seperti aplikasi lain, Aplikasi Guru Ganti ABA3014 ini juga membantu pihak pentadbir untuk membuat analisis ketidakhadiran guru ke sekolah secara individu berdasarkan KOD Guru. Kewujudan Aplikasi Guru Ganti ABA3014 membantu pihak sekolah merealisasikan misi Mengurus Masa Instruksional.
11 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
12 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
Gambar 4-6 : Aplikasi Guru Ganti ABA3014
6.0
APLIKASI KEHADIRAN GURU KE KELAS.
Kehadiran guru ke kelas seringkali menjadi tanda tanya dan pertikaian antara pentadbir dan guru. Ini adalah kerana tiada maklumat yang membuktikan kehadiran guru ke dalam kelas. Sistem lama yang diamalkan di sekolah ini ialah guru mencatat nama di dalam buku catatan yang diletakkan di dalam kelas. Melalui cara ini, guru boleh menulis nama dalam buku tersebut pada hari berikutnya atau selepas beberapa hari. Menyedari hakikat ini, pihak pentadbir telah membina satu aplikasi agar masalah ketidak hadiran guru ke kelas dapat diselesaikan. Antara objektif pembinaan aplikasi ini ialah : a.
Memberi maklumat kepada pentadbir berkaitan kehadiran guru ke dalam kelas.
13 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
b.
Menganalisa peratus kehadiran guru ke kelas secara bulanan dan tahunan.
c.
Membentangkan peratus kehadiran guru ke kelas secara individu untuk diambil tindakan susulan.
6.1
PERLAKSANAAN APLIKASI KEHADIRAN GURU KE KELAS.
6.1.1
Pra Perlaksanaan Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas ( Penghujung Tahun 2012 ).
i.
Guru ditaklimatkan berkaitan Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas.
ii.
Setiap guru diberikan KOD yang berbeza ( contoh : 46 ) bagi memudahkan sistem.
iii.
Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas diuji beberapa minggu bagi membiasakan guru akan perlaksanaan aplikasi.
iv.
Ketua kelas ditaklimatkan berkaitan tanggung jawab mereka untuk melaksanakan Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas
6.1.2
Peringkat Perlaksanaan Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas ( 2013 )
i.
Ketua kelas akan mengambil Borang Kehadiran Guru pada awal pagi di pejabat.
ii.
Guru menulis nama dan menandatangi Borang Kehadiran Guru setiap kali masuk ke kelas berkaitan.
iii.
Ketua kelas menghantar semula ke pejabat selepas waktu
14 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
persekolahan. iv.
Pentadbir / Kerani akan memasukkan maklumat dari borang ke dalam sistem Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas.
v.
Analisis kehadiran guru ke kelas dijana oleh komputer.
vi.
Analisis kehadiran guru ke kelas dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.
6.1.3
Pasca Perlaksanaan Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas.
i.
Maklum balas guru di dalam Mesyuarat Guru.
ii.
Soal selidik / kajian secara atas talian ( rujuk lampiran )
Setelah lebih setahun Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas dilaksanakan, satu kajian persepsi terhadap aplikasi telah dilaksanakan. 20 orang guru telah dipilih secara rawak sebagai responden bertujuan mengetahui persepsi guru tentang aplikasi yang dibina. Kajian berupa soal selidik dilaksanakan secara atas talian. Responden perlu menjawab soalansoalan yang disediakan. Hasilnya, bagi soalan pertama iaitu adakah anda bersetuju Aplikasi Kehadiran Guru Ke Kelas menggantikan sistem lama iaitu menulis nama pada buku yang diletakkan di dalam semua kelas terdapat 13 orang daripada 20 responden menjawab sangat setuju manakala hanya 7 orang sahaja yang menyatakan setuju. Bagi soalan Aplikasi Kehadiran Guru Ke Kelas membantu meningkatkan motivasi anda untuk berada di dalam kelas pada waktu sepatutnya pula, 13 responden turut menyatakan sangat setuju berkaitan soalan yang diajukan. Ringkasnya, 12 daripada 20 responden yang dipilih menyatakan sangat setuju Aplikasi Kehadiran Guru Ke Kelas sekarang lebih praktikal berbanding cara lama iaitu menulis nama pada buku yang diletakkan di dalam setiap kelas.
15 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
PELAKSANAAN PEMANTAUAN ORGANISASI
SK TELUK MEDAN
PELAKSANAAN PEMANTAUAN ORGANISASI (2013)
SK TELUK MEDAN
16 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
PELAKSANAAN PEMANTAUAN ORGANISASI (2014)
SK TELUK MEDAN
Gambar 7 – 9 : Aplikasi Rekod Kehadiran Guru ke Kelas
17 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
Gambar 10 - 11 : Kajian Persepsi Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas
7.0
APLIKASI HEADCOUNT ABA3014.
Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah.
Definisi
lain
ialah
"Proses
mengenal
pasti,
merasionalkan
dan
menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003). bagi menterjemahkan maksud di atas pengurusan sekolah SK Teluk Medan telah membina sebuah aplikasi headcount yang dinamakan Headcount ABA3014. Aplikasi ini mula diperkenalkan secara berperingkat mulai tahun 2012. Terdapat beberapa objektif utama aplikasi ini diwujudkan. Antaranya ialah : a.
Untuk melihat keupayaan sedia ada setiap murid.
18 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
b.
Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap.
c.
Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat.
d.
Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif.
e.
Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Guru Besar, GPK, guru kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;
f.
Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
g.
Murid dapat meletakkan target yang mereka kehendaki.
h.
Guru dan murid dapat mengurus masa dengan sebaik mungkin bagi mencapai target yang disasar.
7.1
PERLAKSANAAN APLIKASI HEADCOUNT ABA3014.
7.1.1
Pra Perlaksanaan Aplikasi Headcount ABA3014.
i.
Guru
Besar
membina
pengkalan
data
Aplikasi
Headcount
ABA3014. ii.
Guru ditaklimatkan berkaitan Aplikasi Headcount ABA3014 khususnya berkaitan beberapa istilah seperti TOV, ETR, dan OTI
iii.
Ibu-bapa ditaklimatkan berkaitan Aplikasi Headcount ABA3014 khususnya berkaitan beberapa istilah seperti TOV, ETR, dan OTI
7.1.2
Peringkat Perlaksanaan Aplikasi Headcount ABA3014
i.
Guru mengumpul data keputusan peperiksaan lalu melalui SAPS..
19 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
ii.
Pentadbir memasukkan data ke dalam sistem.
iii.
Guru bersama murid menentukan sasaran pencapaian murid ( OTI ) sehinggalah pencapaian sebenar ( AR/ATR ).
iv.
Pentadbir menyediakan kad TOV murid untuk ditampal di atas meja masing-masing.
v.
Murid membina Graf Prestasi Diri setiap kali selepas peperiksaan atau ujian.
vi.
Ibu-bapa ditaklimatkan tentang TOV anak-anak secara individu.
vii.
Analisis headcount murid di bentangkan serta dibincangkan di dalam mesyuarat guru, mesyuarat panitia, perjumpaan murid dan perjumpaan ibu-bapa setiap kali selepas peperiksaan.
7.1.3
Pasca Perlaksanaan Aplikasi Headcount ABA3014.
i.
Maklum balas guru di dalam Mesyuarat Guru.
ii.
Mengenalpasti masalah perlaksanaan headcount.
iii.
Mengenalpasti kekangan pencapaian sasaran murid.
iv.
Membuat penambahbaikan dalam sistem.
Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pengurusan masa, aktiviti PdP, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhan. Umumnya setelah 2 tahunnya ianya diperkenalkan di SK Teluk Medan, warga pendidik lebih mengenalpasti fokus yang ingin di capai berdasarkan kebolehan murid. Bagi murid pula, mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai target yang disasarkan berdasarkan 20 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
data headcount individu. Kesedaran ini amat membantu guru dan murid untuk memberi perhatian terhadap PdP khususnya pengurusan masa yang melibatkan Pengurusan Masa Instruksional. Hasil daripada kesedaran ini, pencapaian UPSR SK Teluk Medan dari aspek GPS telah meningkat ke 2.10 yang meletakkan SK Teluk Medan di band 2 pada tahun 2013 berbanding band 3 pada tahun-tahun sebelumnya.
SK TELUK MEDAN
21 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
SK TELUK MEDAN
SK TELUK MEDAN
22 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
8.0
PEMANTAUAN MENGEJUT.
Pentadbir selaku pemimpin instruksional perlu menjadikan pembelajaran pelajar terutamanya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sebagai fokus utama. Mereka perlu memastikan pelaksanaan setiap program akademik di institusinya berjalan lancar dan me ncapai sasaran yang ditetapkan. Oleh yang demikian, dalam melindungi masa instruksional SK Teluk Medan, proses pemantauan juga perlu dilaksanakan selain beberapa aplikasi yang dinyatakan di atas. Pemantauan secara mengejut dilaksanakan oleh pentadbir yang terdiri daripada guru besar dan guru-guru penolong kanan bagi memastikan masa instruksional murid dilindungi. Terdapat beberapa objektif pemantauan mengejut dilaksanakan yang antaranya ialah : a.
Memastikan guru berada di dalam kelas pada waktu yang sepatutnya.
b.
Memastikan proses PdP berjalan mengikut perancangan guru.
c.
Memastikan murid berada di dalam kelas dalam keadaan sedia belajar.
d.
Memperoleh maklumat keberadaan guru sewaktu persekolahan.
8.1.1
Pra Perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
i.
Pentadbir membina prosedur perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
ii.
Guru ditaklimatkan prosedur perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
8.1.2
Peringkat Perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
i.
Pentadbiran melaksanakan pemantauan mengejut mengikut keputusan mesyuarat pentadbir.
ii.
Pentadbir mengisi borang Pemantauan Mengejut.
23 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
.
8.1.3
Pasca Perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
i.
Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan guru yang tidak berada di dalam kelas pada waktu sepatutnya.
ii.
Mengambil tindakan susulan kepada guru yang tidak berada di dalam kelas pada waktu sepatutnya.
9.0
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP ).
LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan latihan yang perlu diikuti oleh semua penjawat awam. Setiap orang penjawat awam perlu menghadiri sebanyak 7 hari LADAP dalam setahun. LADAP di sekolah merupakan tempat bagi bagi guru-guru dan staf sokongan mendapat ilmu tentang tugas profesional mereka. Biasanya topik-topik yang berkaitan tentang keperluan dalam kurikulum, kokurikulum dan juga keperluan kerja sepasukan diadakan bagi memantapkan kerjaya guru dan staf sokongan. Bagi SK Teluk Medan, program LADAP turut dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru dan kakitangan berkaitan aspek tertentu terutama berkaitan dasar KPM, perubahan sukatan pelajaran, kaedah serta teknik PdP dan lain-lain yang berkaitan. Antara tujuan utama LADAP SK teluk Medan ialah : a.
Memberi pendedahan kepada guru berkaitan perubahan sukatan pelajaran.
b.
Memberi pendedahan kepada guru berkaitan amalan terbaik PdP.
c.
Melatih penggunaan BBM khususnya peralatan TMK agar guru mahir menggunakannya sekaligus mengelakkan pembaziran masa ketika proses PdP.
d.
Menambah BBM sedia ada melalui bengkel membina bahan BBM.
24 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
e.
Memberi motivasi kepada guru dan kakitangan berkaitan tanggung jawab sebagai pendidik dan penjawat awam melalui sesi ceramah dan kuliah.
9.1
.
PERLAKSANAAN LADAP SK TELUK MEDAN.
8.1.1
Pra Perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
i.
Mengedar borang aspek keperluan LADAP guru.
ii.
Memilih keperluan LADAP yang sesuai mengikut cadangan guru.
iii.
Menentukan tarikh perlaksanaan LADAP.
iv.
Menentukan fasilitator yang terlibat menyampaikan LADAP.
v.
Membuat anggaran perbelajaan LADAP guru.
8.1.2
Peringkat Perlaksanaan LADAP Guru.
i.
Melaksanakan LADAP mengikut tarikh yang ditetapkan.
8.1.3
Pasca Perlaksanaan Pemantauan Mengejut.
i.
Membuat refleksi berkaitan LADAP.
ii.
Menandakan program dalam Kad LADAP.
25 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
10.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SK TELUK MEDAN.
Setiap program yang dilaksanakan pasti mempunyai kelemahannya. Oleh yang demikian, pihak pentadbir bersama guru-guru telah berbincang serta mengenalpasti beberapa masalah bagi tujuan penambahbaikan akan program MMI SK Teluk Medan. Antara perkara perkara yang perlu dilaksanakan penambahbaikan adalah seperti di bawah. i.
Pihak sekolah perlu menambah jumlah komputer bagi Aplikasi Rekod
Kehadiran Guru dan Kakitangan sekurang-kurangnya sebuah lagi bagi mengelakkan kesesakan ketika awal pagi dan sewaktu waktu pulang. ii.
Pihak sekolah perlu menaik taraf komputer yang digunakan bagi tujuan
Aplikasi Rekod Kehadiran Guru dan Kakitangan. Ini kerana komputer yang sedia ada sangat perlahan. iii.
Perlaksanaan guru ganti perlu mengambilkira situasi guru yang bakal
menggantikannya. Kadangkala guru yang menggantikan mempunyai tugas khas yang perlu dilaksanakan segera. iv.
Pentadbir perlu mengingatkan guru yang akan bercuti atau berkursus supaya
menyediakan tugasan untuk kelas yang ditinggalkan. v.
Panitia perlu membina modul pembelajaran dan latihan murid agar boleh
digunakan oleh guru ganti sekiranya guru terlibat cuti kecemasan. vi.
Data Aplikasi Kehadiran Guru ke Kelas kadang kala tidak menggambarkan
suasana sebenar PdP. Guru boleh memasukkan data dan meninggalkan kelas selepas data diisi. Oleh yang demikian, pemantauan perlu dilaksanakan oleh pentadbir bagi memastikan guru mengajar dan murid belajar.
26 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
vii.
Penggunaan KOD Guru perlu dikekalkan kerana semasa proses
pembentangan data keberadaan guru, nama guru tidak disebut sekaligus ia tidak menjatuhkan air muka guru yang terlibat. viii.
LADAP berkaitan TMK perlu ditambah memandangkan kemahiran TMK
guru paras sederhana dan boleh menyebabkan pembaziran masa ketika penggunaannya dalam proses PdP. ix.
LADAP pembinaan kesedaran diri serta tanggungjawab sebagai pendidik
perlu ditambah bagi memberi kesedaran kepada tentang kepentingan masa dalam melaksanakan proses PdP. x.
LADAP berkaitan pembinaan BBM perlu ditambah agar bahan yang akan
digunakan sebagai bahan bantu mengajar dapat ditambah. xi.
Tahap capaian internet yang perlahan merupakan gangguan kepada proses
PdP berasaskan TMK. Oleh yang demikian, Unit ICT SKTM perlu sentiasa memantau perkembangan capaian internet semasa.
11.
KESIMPULAN.
Kesimpulannya, dapatlah dinyatakan
bahawa
usaha
melindungi
masa
instruksional di sekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutama semasa guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana bercuti, berkursus dan bertugas di luar sekolah.Lebih daripada itu, keberadaan guru semasa proses PdP turut perlu dipantau agar murid memperoleh pengetahuan yang sepatutnya. Usaha ini diharap dapat meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, seterusnya merealisasikan visi dan misi sekolah, dan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kejayaan yang diharapkan ini memerlukan
komitmen dan kolaborasi semua pihak di sekolah. Hal ini,bermula dengan peranan Guru Besar selaku instruktor sekolah,
perlu memahami dan mendalami tugasnya
sebagai pemimpin instruksional serta melaksanakannya. Guru-guru kanan, guru-guru, 27 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
dan semua warga sekolah sewajarnya menyokong dan memantau keberkesanan program MMI dengan rapi dan berkesan. Guru pula perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Manakala murid pula perlu diberi semangat yang tinggi untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan masa dalam kehidupan seharian khususnya ketika menuntut ilmu.
28 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
Rujukan :
Ahmad Tajuddin Abd. Hamid (1989). Peranan Pengetua dalamKepimpinan Pengajaran. DisertasiSarjana Pendidikan. Tidakditerbitkan: FakultiPendidikan, Universiti Malaya. AriffinBa’ada. (2003). Pembangunan SumberManusia:MelaluiPerspektif Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. IAB, KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006–2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Md.KasimHussin. (1999). Jangkaan Peranan, Harapan dan Amalan Pengetua Sebagai Pemimpin Sekolah pada Abad ke-21. Jurnal Pendidikan. 4:2-7. James Ang Jit Eng ( 2014 ), Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan, Selangor : PTS Akamedia.
29 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
LAMPIRAN. APLIKASI KEHADIRAN REKOD KEHADIRAN GURU DAN KAKITANGAN
30 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
APLIKASI GURU GANTI ABA3014
31 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
APLIKASI KEHADIRAN GURU KE KELAS
32 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
LAPORAN KAJIAN SOAL-SELIDIK
33 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
34 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
APLIKASI HEADCOUNT ABA3014
SK TELUK MEDAN
Taklimat Headcount kepada ibu-bapa murid UPSR
35 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
PENINGKATAN UPSR
GPS ( GRED PURATA SEKOLAH ) 2.35 2.3 2.25
2.2 2.15
2.33 2.26
2.32
2.21
2.1 2.05
2.16
2
2.1
1.95 2008
2009
2010
2011
2012
2013
GPS
36 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
PEMANTAUN MENGEJUT
37 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
LADAP
38 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n
PAS KELUAR KELAS
39 | A m a l a n M e l i n d u n g i M a s a I n s t r u k s i o n a l S K T e l u k M e d a n