MENGENANG JASA PAHLAWAN Oleh : Ustaz Ramli Bin Sidom
.ًُأَ ِشهَدُ أَنْ ِ اَِلًَ إِالَّ اهلل ُوَحِدَيُ َال َشزَِِلَ َلًُ وَأَ ِشهَدُ أَنَّ سَُِّدَوَا ُمحَمَّدّا عَبِدُيُ وَرَسُىُِل فََُا، ُ أَمَّا َبعِد. َصحَاِبًِ أَجِ َمعُِِه ِ َاَل ّلهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمِ عَلًَ سَُِّدِوَا ُمحَمَّدٍ وَعَلًَ آِلًِ وَأ َِ َفقَدِ فَاسَ الْمَُّتقُىِن،َ أُوِصُِِنُمِ وَاََِّاٌَ بَِتقْىَي اهلل، اَِّتقُىااهلل،عِبَادَ اهلل Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia, Saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, ayuhlah kita bersama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita ke hadrat Allah SWT pada setiap masa dan ketika, semoga dengan yang demikian, Allah SWT akan memberkati hidup kita di dunia mahupun di akhirat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Dalam sejarah Islam ramai pejuang dan pahlawan yang sentiasa berkorban untuk memartabatkan agama Allah SWT dan memerdekakan tanahair mereka daripada belenggu penjajah yang menjajah akidah, pemikiran, budaya dan tanah tumpah darah mereka. Ia berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabat untuk mempertahankan bumi Madinah daripada serangan tentera-tentera al-Ahzab sehinggalah peperangan-peperangan lain dalam sepanjang sejarah Islam. 1
Solehuddin al-Ayubi berjuang memerdekakan al-Quds di Palestine daripada pakatan tentera Salibiyyah, Said Nursi Badi’ az-Zaman mempertahankan Khilafah Othmaniah di Turki, di Libya terdapat Umar Mukhtar membela negaranya daripada penguasaan Perancis, Diponegoro membela Indonesia daripada penjajahan Belanda dan tidak ketinggalan di negara bertuah ini semenjak
tahun
1906
lagi
terdapat
para
alim
ulamak
golongan
pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah berjuang membela negara daripada kuasa penjajah Portugis dan Inggeris. Di antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Perjuangan yang berteraskan kepada Islam ini muncul adalah atas kesedaran masyarakat Melayu pada waktu itu untuk melihat Islam
dapat
ditegak
dan
didaulatkan
dan
ingin
melihat
penjajah
meninggalkan dan dinyahkan daripada negara ini. Kemudian gerakan anti penjajah melahirkan ramai pahlawan Melayu Islam yang bersemangat waja, gagah dan terbilang. Di antaranya termasuklah Haji Mat Hassan Bin Munas (Tok Janggut), Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato’ Maharaja Lela dan tokoh-tokoh terkemudian daripada itu seperti Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Ustaz Abu Bakar Bakir dan sebagainya yang dianggap sebagai pahlawan Melayu kerana menentang penjajah ke atas Tanah Melayu ketika itu. Tetapi yang menjadi persoalan diruang fikiran kita, berapa ramaikah di kalangan kita yang dapat mewarisi semangat kepahlawanan mereka itu?
2
Sidang Jumaat Rahimakumullah, Sempena Sambutan Hari Pahlawan, kita sentiasa berterima kasih kepada para pahlawan yang berjuang semenjak negara sebelum merdeka sehinggalah hari ini. Pengorbanan mereka tidak dapat dibayar dengan harga dunia tetapi hanya Allah yang menilai dan yang akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka samada yang telah pergi atau pun yang masih hidup. Menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah merupakan jihad dan bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada pasukan keselamatan semata tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warganegara ini. Kita sebagai warganegara yang beriman dan perihatin serta bertanggungjawab,
marilah
kita sama-sama menjadi penerus
perjuangan dan jihad mulia ini khususnya memastikan bahawa 50 tahun akan datang negara ini akan terus aman dan selamat sebagaimana kita telah menikmati keamanan dan kemerdekaan sebelum ini. Sidang Jumaat yang dikasihi, Islam ada cara tersendiri menyambut sambutan ataupun perayaan. Dan apa yang pasti Islam tidak pernah mengizinkan sambutan dan perayaan itu dicampuri unsur-unsur maksiat dan penderhakaan kepada Allah apa lagi melibatkan unsur-unsur syirik seperti unsur pemujaan kepada kubur-kubur, patung, termasuk tugu pahlawan dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam. Justru kita mencadangkan agar Umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam menyambut ketibaan Hari Pahlawan. Sebaiknya 3
sambutan
ini
hendaklah
diisi
dengan
ceramah-ceramah
kesedaran
pentingnya berjihad menjaga tanah air, solat hajat untuk keselamatan negara, bacaan tahlil dan doa untuk pahlawan dan pejuang negara yang telah pergi atau yang masih hidup, mengadakan pameran dan paparan berkenaan sejarah pejuang-pejuang terdahulu untuk merangsang semangat dan memotivasikan generasi hari ini dan juga menyusun program-program atau aktiviti lain yang difikirkan perlu untuk mendidik masyarakat agar mengimbau serta mengenang para pahlawan terdahulu. Rasional Islam melarang pengalungan bunga pada tugu peringatan atau pemujaan kepada patung walaupun atas alasan penghormatan dan mengenang jasa-jasa pahlawan ialah: 1.
Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
menyatakan bahawa rumah-rumah yang ada patung tidak akan memasuki ke dalamnya Malaikat Rahmat:
Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada patung. 2.
Akan disiksa orang yang menciptakan patung-patung sebagaimana
dijelaskan oleh dalil hadis muttafaqun a’laih :
Sesungguhnya orang-orang yang menciptakan patung-patung ini akan 4
disiksa pada hari kiamat, seraya dikatakan kepada mereka, hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu. 3.
Firman Allah dalam hadis qudsi diriwayatkan oleh muttafaqun a’laih
bahawa orang yang menciptakan sesuatu (patung) seperti ciptaan Allah akan disebut sebagai zalim:
Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang hendak menciptakan sesuatu seperti ciptaan-Ku? Kerana itu cubalah mereka membuat sebutir zarrah (atom) atau membuat sebutir gandum.
4.
Keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor (14 September 1995) telah
memutuskan bahawa upacara hari pahlawan dengan meletakkan kalungan bunga
di
tugu
peringatan
hukumnya
haram.
Hukum
perbuatan
mengagungkan patung atau tugu yang diukir atau dibentuk seperti manusia adalah haram kerana ia boleh membawa kepada syirik yang merosakkan akidah Islam.
5
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Adapun ciri-ciri pahlawan yang diakui Islam itu mestilah bertepatan dengan syara’, antaranya: 1.
Taat setia kepada Allah, Rasulnya dan pemimpin selama mana pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasulnya.
2.
Berjuang bersungguh-sungguh untuk membela kebenaran Islam, demi mempertahankan agama dan negara.
3.
Memiliki sifat
berani kerana benar, ikhlas karena Allah, tegas dan
sanggup berkorban ketika di medan perjuangan. 4.
Pahlawan sejati adalah orang yang dapat memanfaatkan setiap momentum kepahlawanannya tanpa mengenali istilah rehat dalam perjuangannya.
5.
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sedia berkhidmat, tidak suka bertangguh walau dalam keadaan apa pun.
Mudah-mudahan pahlawan-pahlawan kita dari awal sehinggalah ke hari ini akan sentiasa istiqomah dan terus berjuang berbekalkan ciri-ciri ini dan kita mendoakan agar keselamatan negara tercinta ini akan terus terjamin dan berkekalan sehingga seluruh rakyat negara ini hidup aman dan damai. Sebagai menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka, ayohlah kita bersama menjaga keamanan dan keselamatan tanahair kita sebagai bukti kita menghargai perjuangan mereka yang terdahulu dan Allah berjanji akan memberikan ganjaran dan pahala di atas usaha murni ini. 6
Kerana kita faham bahawa mempertahankan tanah air adalah sebahagian daripada jihad pada jalan Allah.
أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerahdaerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Ali Imran:200)
ِبَا َركَ اهللُ لٍِِ وَلَنُمِ بال ُقزِآنِ العَظُِِمِ وََو َفعَىٍِ وَإََِّامُمِ بِمَا فِ ًُِِ مِهَ اََِاتِ وَالذِّ ْمز ٍِِاحلَنُِِمِ وََتقَبَّلَ مِىٍِّ َومِىِنُمِ تِالوََتًُ إَِّوًُ ٌُىَ السَّمُِِعُ العَلُِِمُ وَاسَِت ِغ ِفزُ اهللَ العَظُِِمَ ل َوَلَنُمِ وَلِسَائِرِ الُمِسِلِ ِمنيَ وَاملُسِلِمَاتِ وَاملُ ِؤمِىُِِهَ وَاملُ ِؤمِىَاتِ فَاسَِت ِغ ِفزُوِيُ فََُا فَىِس َاملُسَِت ِغ ِفزَِِهَ وَََا َوجَاةَ التَّائِبُِِه
7
Kesimpulan bawa kepada khutbah kedua: 1. Perjuangan membela tanah air adalah suatu kewajipan dalam Islam: 2. Kita mestilah mengenang dan menghargai para pejuang terdahulu agar meransang generasi kini turut berperanan mempertahankan tanah air yang tercinta; 3. Cara kita menyambut Hari Pahlawan janganlah sampai melanggari hukum syarak dan menyebabkan kita rosak akidah; 4. Tanamkanlah semangat kepahlawanan Islam dalam jiwa anak-anak kita agar mereka faham erti perjuangan khususnya membela Islam.
8