Bristol's Great Graffiti Tour, Going Places, May 2013

Page 1

May 2013

goingplaces

FALLAS, FERIAS AND FIREWORKS IN VALENCIA SHANGHAI’S ‘PYJAMA PARTY’ STREET FASHION


destinasi

89

MENJEJAKI GRAFITI BRISTOL Bandar pelabuhan Inggeris yang sentiasa sibuk juga dikenali sebagai destinasi karya seni jalanan yang menakjubkan.

photo Images Š tonyhowell.co.uk

Teks asal Tracy You Terjemahan Matkim

goingplaces may2013

Salah sebuah bangunan dipenuhi dengan seni grafiti di Bristol, tempat kelahiran ikon artis jalanan, Banksy One of many graffiticovered buildings in Bristol, the birthplace of iconic street artist Banksy

goingplaces may2013


90

destinasi

91

photo JEROME LORIEAU

photo Images © tonyhowell.co.uk

K

epada pencinta seni, ada dua jenis kota yang menarik perhatian mereka untuk dilawati: Yang mempunyai banyak muzium (seperti London dan New York) dan yang kaya dengan pelbagai karya seni. Bristol tersenarai dalam kategori ini. Terletak di Barat Daya England, kota ini umpama galeri yang boleh keluar masuk secara percuma, 24 jam sehari. Mural yang ada di sini cukup menarik, rekaan stensil aneh dan papan tanda pula mewarnai seluruh pelosok kota berbukit ini, sekali pandang seperti skital. “Bristol mempunyai budaya kreativiti yang cukup unik,” kata Rob Dean, 32, seorang rakyat tempatan. “Grafiti dan seni jalanan telah lama wujud di Bristol, yakni semenjak 1983 pabila pemuzik 3D dari kumpulan Massive Attack dan Inkie (artis legenda Bristol) mula melukis di sekitar jalanan),” tambah Rob yang juga pengasas Bristol Street Art Tour dan orang di belakang app telefon pintar yang menggunakan nama yang sama. Jamu mata anda dengan karya terbaik artis urban Bristol di lokasi-lokasi ini:

Potrait yang begitu sempurna di Stokes Croft A postcardperfect portrait in Stokes Croft (Bottom left) Dari hati Have a heart

photo Images © tonyhowell.co.uk

(bottom right) Pencinta seni berehat sewaktu acara See No Evil tahun lepas Art lovers taking a break during last year’s See No Evil event

goingplaces may2013

Stokes Croft Anda mungkin berharap mempunyai dua otak, tiga pasang mata dan leher yang boleh berpusing 360 darjah semasa menyusuri Stokes Croft: Terlalu banyak karya seni yang ingin dilihat, apatah lagi di semua arah. Laluan sepanjang 400m dan jalan berdekatannya umpama pameran karya seni moden yang sangat menakjubkan. Lukisan grafiti memenuhi setiap dinding, ada lukisan wajah makhluk asing sehinggalah gambar karakter tikus, malah tong sampah juga tidak terlepas daripada kerjakerja seni. Berdekatan simpang Jamaica Street, pada dinding bangunan tiga tingkat yang dibina daripada batu bata perang terpampang mural bertajuk The Mild Mild West oleh artis grafiti legenda Banksy yang dihasilkan pada awal 1990-an. Orang Bristol menyukai lukisan ini sehingga mereka memilihnya sebagai ‘Alternative Landmark of Bristol’ pada 2007 untuk dicalonkan dalam satu undian online oleh BBC. Di jalan bertentangan pula terletaknya ibu pejabat People’s Republic of Stokes Croft, satu komuniti yang bertujuan untuk melindungi dan memperkembangkan pembangunan budaya di kawasan hip tetapi penuh kontroversi ini. Di sekeliling ofis, di bahagian Jamaica Street terdapat sebuah lukisan jalanan dan arca serta poster untuk mengumumkan acara paling cool di Stokes Croft. Nelson Street Hanya 10 minit berjalan ke arah Selatan Stokes Croft, anda akan menemui laluan sempit dan diturap batu buntar. Di sepanjang jalan ini umpama medan perang karya seni. Sedozen restoran, kilang dan pejabat multi-tingkat diselimuti lukisan grafiti yang besar-besar belaka. Malah koridor gereja juga tidak selamat daripada serangan aerosol. >>

Tumpuan grafiti lain yang menarik: St Paul Di Timur Stock Croft di Utara Bristol, yakni kawasan pinggir bandar multi-budaya ini menyajikan keindahan seni grafiti dan lukisan dalam semua saiz di sepanjang jalan. Rob mencadangkan laluan bawah tanah di Lebuh Raya M32 sehingga ke persimpangan 2 kerana lukisan grafiti di sini berubah setiap minggu. Easton Banksy pernah menetap di Timur Laut Bristol dan melukis di sini. Anda boleh melihat beberapa hasil kerja awalnya di Stanley Park, Foster Street dan Fishponds Road (berdekatan Coombe Road). Tempat lain yang juga berbaloi dikunjungi ialah Mivart Street, berdekatan Mivart Studios yang mana lukisan grafiti pada dinding-dinding bangunan selalu diperbaharui. Nota Untuk mengetahui lebih banyak cerita dalaman mengenai budaya grafiti di Bristol, sertai Bristol Street Art Tours setiap Selasa www.wherethewall.com

+

Untuk melihat sendiri serta mencari beberapa tapak grafiti hebat di Bristol, dapatkan dengan app percuma Bristol Street Art Tours, sesuai digunakan oleh peranti iOS dan Android dan sedia dimuat turun dari App Store Apple dan Google Play

goingplaces may2013


destinasi

Ini adalah tapak projek seni See No Evil yang terbesar di UK. Seramai 45 artis jalanan antarabangsa mengosongkan 3,500 tin cat semburan untuk menghasilkan mural pada 12 dinding bangunan, Ogos lalu. Apabila berada di sini, anda akan berasa seolah-olah dibawa ke dalam dunia seni yang cukup mengagumkan. Di bahagian timur kawasan ini terpamer lukisan musang gergasi yang sedang memeluk ekornya. Karya seni hitam putih ini adalah hasil kerja pertama yang muncul di See No Evil dan dilukis oleh artis jalanan Belgium yang dikenali sebagai ROA. Bersebelahannya ialah dinding dengan lukisan abstrak pelbagai warna. Kecilkan mata anda dan berfikirlah tema sebenarnya: Adiwira yang sedang terbang seperti Superman dan The Incredible Hulk juga muncul pada konkrit itu. Nelson Street yang panjangnya 200m menyusur ke Quay Street di bahagian barat dan di sinilah kemuncak mural itu. Semua persimpangan dikelilingi lukisan yang cukup menarik: Sesetengahnya diwarnai ton gelap, ada juga yang lucu dan tidak kurang setinggi 10 tingkat, sehingga boleh disaksikan dari segenap kota itu.

anda akan berasa seolah-olah dibawa ke dalam dunia seni yang cukup mengagumkan Bedminster Jalan North Street di Bedminster umpama syurga grafiti di Selatan Bristol. Bermula di bahagian Timur, mengelilingi kilang tembakau, terdapat karya hebat artis seperti Stik, yang Rob gelar sebagai pengganti Banksy. Mural pada dinding bangunan kilang itu memaparkan lukisan perbualan di antara pari-pari dan anjing yang dihasilkan pada 2011 oleh pasangan Herakut dari Jerman. Berjalan di sepanjang Jalan North Street, arah barat anda akan dapat melihat pintu kedai yang dipenuhi lukisan grafiti, ke sana awal (sebelum kedai dibuka) atau lewat (selepas kedai ditutup). Dean Lane Skate Park adalah mercu tanda kota di bahagian selatan kerana peminat grafiti pasti terpesona melihat dindingdinding yang diselimuti cat semburan berwarna-warni itu. Terletak di hujung bahagian barat North Street, berdekatan bulatan mini, taman itu kini “sentiasa dicat dan kelihatan sangat menakjubkan,” kata Rob. goingplaces may2013

93

Ketelitian sebuah poster yang menghiasi ruang dinding di Bristol Close-up of a poster that decorated a wall in Bristol

Bristol graffiti trail For art lovers, there are two types of cities that light up their passion: The ones that are jam-packed with amazing museums (think London or New York) and the ones that stand as a work of art in their own right. Bristol falls neatly into the latter category. Located in southwest England, the city is like a free 24-hour outdoor graffiti gallery with elaborate murals, quirky stencils and bright signs everywhere. “Bristol has a culture of creativity that is unique,” says 32-year-old Bristolian Rob

Dean. “Graffiti and street art has been happening in Bristol since 1983 when [musician] 3D from Massive Attack and [legendary Bristol artist] Inkie started painting on the streets,” adds Rob, who is the founder of the Bristol Street Art Tours and the smartphone app of the same name. Feast your eyes on the best of Bristol’s urban artists at Stokes Croft, Nelson Street, Bedminster, St Paul and Easton. Malaysia Airlines flies direct from Kuala Lumpur (KUL) to London (LHR) twice daily on the A380: from London, you can reach Bristol by train or bus

Malaysia Airlines terbang terus dari Kuala Lumpur (KUL) ke London (LHR) dua kali sehari menggunakan pesawat A380; dari London, anda boleh ke Bristol menaiki tren atau bas

photo JEROME LORIEAU

92

goingplaces may2013


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.