6 minute read

Keith Foo rai musim perayaan sebagai bapa tunggal selama empat tahun berturut-turut

Keith

Meletakkan keperluan cahaya mata kesayangannya melebihi segalanya, aktor berdarah campuran ini berkongsi pengalaman meraikan musim perayaan sebagai bapa tunggal. Foo

Oleh fAIZAl HARUN NASUTION

Etika berkerja aktor asal dari Negeri Sembilan ini cukup mengagumkan. Dalam pada kesibukannya menjalani rutin harian dan memenuhi tuntutan kerjaya, keith Foo tetap bersedia melayani kerenah saya yang ‘memburunya’ tanpa belas, tanpa mengira waktu. Pun begitu, dia tetap berusaha memenuhi permintaan untuk ditemu bual meski pun jadualnya ketika itu amat padat dengan penggambaran drama rantaian berjudul Sekali aku Bahagia.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang saya miliki dalam kerjaya lakonan. Semalam adalah tugasan terakhir saya untuk drama Sekali aku Bahagia dan maaf sangat kerana saya kebatasan waktu untuk memberi maklum balas dengan segera. Semalam babak akhir untuk bahagian saya dalam drama tersebut dan hari ini saya menyambung penggambaran untuk drama baharu bersama produksi yang lain. kali ini untuk drama yang bakal ditayangkan ramadan nanti,” ujar keith Foo, 40, yang nampaknya kembali kencang muncul di kaca televisyen tempatan. ketika ditanya tentang kemungkinannya muncul di layar perak, keith mengakui dia ada menerima pelawaan untuk membintangi sebuah filem tetapi enggan berkongsi tentangnya memandangkan status tawaran tersebut masih belum diputuskan. “Saya baru lepas menjalani penggambaran drama 15 episod untul slot Samarenda, tV3 dan kemudian ke produksi baharu untuk drama rantaian 20 episod, juga untuk slot yang sama. Saya masih menantikan kata putus tentang tawaran berlakon filem tersebut, sebab itu saya tidak boleh berkata apa-apa tentangnya.”

Mahu melihat anak membesar di depan mata

antara tawaran drama dan filem, mana yang lebih menarik? “kedua-duanya istimewa dan punya kemampuan tersendiri dalam menyokong nama seseorang selebriti pada aras industri seni. Drama khasnya drama rantaian, mampu memahat nama dan memori kepada penonton kerana ditonton setiap hari atau mengikut siaran berjadual. Filem juga mempunyai peranannya dalam mempengaruhi kerjaya seni seseorang pelakon.”

Kata Keith, ia bergantung kepada jalan cerita. Andai hebat dan bagus ceritanya, impaknya juga akan tempias kepada jenama kita sebagai pelakon dan begitu jugalah sebaliknya. “Secara peribadi, saya tidak memilih atau meletakkan mana salah satu sebagai kepentingan. Mencari rezeki dalam bidang ini, prinsip saya, terima sahaja tawaran yang ada asalkan sesuai dan ia tidak menggangu keseimbangan waktu dan jadual harian saya,” jawabnya yang ketika itu dalam perjalanan ke set penggambaran.

Sedia maklum, sebagai bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Keith mahu menjadi bapa yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya seni malah, berjaya menjadi bapa terbaik buat Skylar Raymond Foo yang bakal menjengah usia enam tahun pada 30 Mei nanti. “Sebab itu sebolehnya saya akan mengambil tawaran pekerjaan yang memberikan saya sedikit kelonggaran masa terutamanya pada waktu pagi. Andai boleh, biarlah call time bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 9.45 pagi,” ujar Keith yang begitu dedikasi kepada kerjaya dan anak tunggal perempuannya. Keith mahu menjalankan rutin harian seperti mana bapa-bapa lain yang menghantar dan mengambil anaknya pergi dan balik sekolah andai tiada sebarang halangan. Beliau berazam untuk melihat Skylar membesar di depan mata tanpa ada tertinggal satu momen atau perkara pun. Waima waktu berehat ketika di set penggambaran, Keith akan meluangkan masa untuk membuat panggilan telefon atau panggilan video bersama anaknya, bertanyakan apa yang patut dan sebagainya.

Empat tahun beraya sebagai bapa tunggal

“Diam tak diam, sudah empat tahun saya merayakan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai bapa tunggal,” kata Keith mengira kembali fasa beraya secara solo tatkala saya bertanyakan tentangnya. Bagaimana dengan penggiliran anak ketika musim perayaan? “Oh, ia tidak menjadi sebarang masalah kerana bekas isteri dan keluarganya kurang memberikan perhatian kepada sambutan Tahun Baru Cina. Mereka lebih fokus kepada sambutan Hari Natal. Jadi tiada isu anak perlu beraya dengan siapa dan balik ke rumah mana. “

Meski sudah tidak lagi tinggal sebumbung, tetapi hubungan Feith dengan bekas isteri sangat baik sebagai rakan. Selalunya pada Hari Natal, anak akan meraikannya bersama isteri dan keluarga manakala untuk sambutan Tahun Baru Cina, anak akan bersama Keith dan keluarga untuk menyambutnya.

“Saya amat melindungi emosi anak saya. Saya beri dia peluang untuk mengekspresikan perasaan. Saya tidak mahu rasa terpaksa memilih itu wujud dalam dirinya. Saya mahu dia merasa selesa dengan situasi sekarang dan saya yakin, dia mula mengerti status hubungan kami sebagai penjaganya,” ujar Keith lagi.

“Tahun Baharu Cina disambut meriah, sama sahaja bagaimana kaum-kaum lain meraikan hari perayaan mereka. Tiada banyak yang berbeza rutinnya. Biasalah petang menjelang perayaan, kami akan berkumpul dan makan sekeluarga. Tahukan istilah acara ‘makan besar?’ Keesokan harinya kami akan saling kunjung mengunjung dan yang paling dinantikan, acara pemberian duit raya atau Ang Pow.”

Keharmonian hubungan kekeluargaan Keith Foo memang mengagumkan. “Mengapa perlu memeningan kepala dengan daram yang tidak perlu? Paling penting pada saya ialah semua saling hormat-menghormati sesama ahli keluarga, terus berkasih-sayang dan utamakan kebersamaan. Sedia maklum, dua adik-beradik saya juga bergelar mualaf dan kami meraikannya dengan cara yang cukup harmoni,” jelas jejaka dari Gemas ini.

Berasal keluarga kahwin campur (Cina dan India), mesti ada beza atau uniknya khususnya di meja makan. “Kelainan mungkin dari segi menu. Ibu saya selalunya akan sediakan rendang, ayam cili, sup ABC dan macam-macam lagi hidangan yang berasaskan sayuran. Siap dengan ulam-ulaman lagi. Menu Tahun Baru Cina biasanya adalah menu gabungan antara makanan India, Cina dan Melayu,” cerita Keith lagi.

Apa pantang-larang budaya masyarakat Tiong Hwa ketika sambutan Tahun Baru Cina ? Sengaja kami mengujinya. “Alamak, sekejap ya... (ketawa). Setahu saya lah, orang tua saya beritahu yang selepas kita membakar mercun, kita tidak boleh sama-sekali menyapu sisa-sisa serpihan mercun yang bertaburan. Ia ibarat menyapu, menghalau atau membuang tuah. Itu antara amalan yang menjadi kepantangan untuk dilakukan pada hari perayaan Tahun Baru Cina. Setahu saya lah,” kata Keith yang mengharapkan tempias tuah arnab tahun ini.

19 Januari –25 Januari, 2023

MAJORITI 7

High glamor gaya Rizman Ruzaini

Busana menakjubkan tidak dapat ditandingi hasil rekaan Rizman Ruzaini yang melengkapkan musim perayaan ini. Koleksi klasik itu mencedok gaya penuh kemewahan berbalas efek sensual wanita secara utuh.

Fabrik mewah dengan tekstur yang megah berperincian jemeki. Bulu-bulu ostrich pada bahu dan lengan menjadi kombinasi eksklusif yang membiaskan aura keanggunan yang sungguh glamor lagi mahal.

Leher halter bersama kolar Mandarin mencetus keunikan, sempurna buat wanita yang mendambakan kelainan pada musim perayaan kali ini.

Manipulasi kontemporari ceongsam tradisi

Sempena Tahun Baharu Cina ini, cipta memori bersama keluarga dan teman-teman dengan penampilan tradisional klasik yang menyaksikan manipulasi kontemporari ceongsam oleh tiga pereka fesyen tanah air terkemuka.

Sentuhan eklektik Innai Red

Koleksi Innai Red untuk mengembalikan warisan Cina dengan sentuhan moden. Gaya, elemen dan siluet ikonik Innai Red diperkenalkan semula dan ditafsir semula melalui reka bentuk yang menyegarkan dengan kepekaan moden yang kuat.

Selaras dengan suasana perayaan, warna-warna cerah dan corak bunga mendominasi penampilan yang mudah dihidupkan oleh tradisionalis dan fesyen. Setiap gaya dibuat dalam pelbagai warna yang benar-benar menjadikannya piece eksklusif.

Ropol, manik, organza tipis dan corak penuh detail menjadikan busana dalam koleksi ini tampil menghormati siluet tradisional sambil mempamerkan konsep moden.

Khoon Hooi kekal klasik

Khoon Hooi menghasilkan himpunan perayaan khusus bagi menampilkan kemuncak keanggunan Tahun Baharu Cina. Apresiasi buat tahun yang melambangkan keanggunan dan kecantikan itu terpancar menerusi busana dipertaruhkan.

Sesuai disarung buat majlis paling mewah, pembaca dapat memilih pelbagai set qipao dan co-ord unik mengikut potongan kegemaran. Beberapa pilihan boleh dikenakan mengikut reka bentuk sama ada berhasrat untuk glam up bergantung pada majlis.

Salah satu busana dalam koleksi mempersembahkan Mei Hui yang memberikan keseimbangan antara moden dan tradisi dengan bintik polka dihiasi bulu burung unta mengembang penuh keseronokan.

Digayakan dengan rambut sanggul bergaya diikat kemas menghasilkan look bak bintang.

This article is from: