PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG
“WE SHARE BECAUSE WE CARE”
Disediakan Oleh : PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG Dengan Kerjasama : MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN JOHOR PASIR GUDANG MAJLIS GURU BIMBINGAN KEBANGSAAN NEGERI JOHOR DAERAH PASIR GUDANG 1
Bil
Perkara
Muka Surat
Jawatan Kuasa Modul Kata Alu-Aluan Pendahuluan
i ii iii
Modul Sayangi Diri Anda Sekolah Rendah Jom Ke Sekolah Sayangi Rakan Saya Hebat Kawal Diri Siapa Rakan Anda? Saya Benci Rokok Bersih Minda Hidup Hanya Sekali Sayangi Keluarga
8 9 10 12 14 16 17 18 20 22
Modul Sayangi Diri Anda Sekolah Menengah Lari Dari rumah Gengsterisme Fenomena Pornografik Dalam Kalangan Remaja Vandalisme Gejala Minum Arak Dalam Kalangan Remaja �Dating� Dalam Kalangan Remaja Sumbang Mahram Kecelaruan Konvensi Kecelaruan Manik-Depresif Kemurungan Bunuh Diri Rujukan Mutiara Kata Penghargaan
24 25 28 31 32 35 39 41 46 47 50 53 56 58 59
2
PENASIHAT Puan Hajah Saadiah Binti Said Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
PENGERUSI Encik Abdul Aziz Bin Awang Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
NAIB PENGERUSI Encik Husnizar Bin Ahmad Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
EDITOR Encik Abdul Aziz Bin Awang Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
PENYUNTING Encik Mohamed Alfian Harris Bin Omar Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling SMK Permas Jaya 2 Cik Wan Hasyimah Binti Wan Osman Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pasir Putih i 3
PENYEDIA MODUL Tuan Haji Huzaini Bin Jufrin Guru Bimbingan & Kaunseling SK Masai
Tuan Syed Ab. Rahman Bin Syed Abdullah Guru Bimbingan & Kanseling SK Taman Puteri Wangsa Puan Suziana Binti Marni Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pelangi Indah
Puan Falina Binti Che Mohamed Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Johor Jaya 3
Mohd Atan Bin Ali Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Desa Tebrau Salimah Binti Amid Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Nusa Damai Rozilah Binti. Abd. Aziz Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Felda Ulu Tebrau Norzila Binti Othman Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Pasir Gudang
4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Kata Alu-Aluan
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Johor Pasir Gudang, Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Johor Pasir Gudang dan Guru Kaunseling Cemerlang yang telah mengambil inisiatif menerbitkan modul Sayangi Diri Anda (S.D.A) dalam memperkasakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah dan sekolah rendah. Modul ini meliputi pelbagai skop bagi memupuk sifat sayang diri dalam kalangan murid sekolah menengah dan sekolah rendah. Elemen yang digarap ini sesuai diaplikasikan dalam pengurusan Bimbingan dan Kaunseling serta dijadikan panduan dan rujukan utama demi kepentingan anak-anak didik di sekolah. Saya berharap dengan pembinaan modul ini akan mencetus minat Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam membina dan memupuk kepakaran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dan seterusnya dapat melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab menyumbang tenaga dan kepakaran sebagai pakar rujuk kepada murid-murid dan juga guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Saya percaya dengan pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa
seiring dengan pembinaan modul ini akan dapat mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
5
SELAMAT MAJU JAYA, Hajah Saadiah Binti Said
ii
Dewasa ini pelbagai gejala sosial sedang menular dalam kalangan remaja dan belia di negara ini. Antara gejala sosial yang kerap dipaparkan di media massa, tidak kira melalui saluran elektronik mahu pun media cetak ialah masalah remaja mengandung luar nikah dan buang anak, masalah lumba haram, masalah kecurian yang melibatkan remaja bawah umur dan pelbagai lagi kes keruntuhan akhlak yang melibatkan remaja, khasnya pelajar sekolah. Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan berita yang melibatkan kes bunuh diri. Walaupun kes ini dianggap terpencil dalam institusi pendidikan tetapi sejak akhir-akhir ini senarionya semakin membimbangkan. Oleh itu, langkah pencegahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini perlu segera dilaksanakan. Oleh yang demikian, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk menghasilkan modul ‘Sayangi Diri Anda (S.D.A). Modul ini disediakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Pasir Gudang untuk membantu dan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang peri pentingnya nilai
dan kesedaran diri
terhadap gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Pasir Gudang (sekolah menengah) dan Majlis Guru Bimbingan Johor, Pasir Gudang (sekolah rendah) mengambil inisiatif untuk menyediakan modul ini dan diedarkan kepada semua sekolah daerah Pasir Gudang seterusnya dilancarkan di peringkat sekolah masing-masing. 6
Objektif pelaksanaan modul ini adalah untukiiimemberikan kesedaran kepada semua anak didik di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang tentang gejala sosial yang sedang menular dan memberi kesan negatif kepada mereka. Selain itu, melalui inisiatif ini masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah dapat dikurangkan seterusnya dibendung daripada terus menular dalam kalangan pelajar. Semoga modul yang digarap untuk semua warga pendidik dan anak didik di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dijadikan rujukan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan negara dalam mendepani dunia global yang kian mencabar.
7
8
OBJEKTIF
1. Meningkatkan rasa seronok dan gembira ke sekolah 2. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
: : : :
3. Menjelaskan kepentingan hadir ke sekolah Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru menerangkan kepentingan hadir ke sekolah. •
Menjadi murid yang berilmu
•
Menjadi manusia yang berguna
•
Membina hubungan sosial yang baik dengan rakan
•
Melakukan aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan
2. Guru menjelaskan kepada murid cara-cara menimbulkan keseronokan hadir ke sekolah. •
Menjadikan guru sebagai idola
•
Meminati semua matapelajaran yang diajar oleh
guru. •
Menjaga hubungan yang baik dengan rakan-rakan.
3. Guru menyebut kesan ketidakhadiran ke sekolah.
CADANGAN
:
AKTIVITI
•
Membuang masa
•
Terdedah kepada gejala sosial
•
Diambil tindakan disiplin
•
Dilabel sebagai murid bermasalah
Guru mengajar murid lagu: Seronok ke sekolah Ke sekolah ke sekolah Gembiranya hatiku Di sekolah
RUMUSAN
:
( Irama lagu London Bridge Is Falling Down ) 1. Murid akan berasa seronok ke sekolah 2. Murid berasa rugi jika tidak hadir ke sekolah 9
OBJEKTIF
1. Menimbulkan rasa sayang dan hormat kepada rakanrakan
SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
: : : :
2. Melatih murid untuk bertingkah laku baik dengan rakan Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru bertanya kepada murid cara-cara menunjukkan kasih sayang kepada rakan? •
Memanggil rakan dengan nama yang baik
•
Bercakap dengan rakan menggunakan intonasi yang sopan
•
Sentiasa berlemah lembut dengan rakan apabila melakukan aktiviti yang memerlukan sentuhan
•
Menyemai rasa bahawa rakan perlu dihormati
2. Guru bertanya kepada murid apa faedahnya menyayangi rakan? •
Ramai rakan
•
Rakan selesa berkawan dengan anda
•
Anda akan lebih dihormati oleh rakan
3. Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihormati oleh rakan, apa yang perlu dibuat? •
Jumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling
•
Berani menyuarakan rasa hati agar diri dihargai
•
Belajar menghormati orang lain supaya rakan menghormati anda
CADANGAN AKTIVITI
: Guru mengajak murid melakukan pergerakan interaktif SAYA ( kedua-dua ibu jari hala ke dada sendiri) SAYANG ( letakkan kedua-dua tapak tangan secara bersilang di dada sendiri)
10
RAKAN (tunjuk kepada rakan) RUMUSAN
:
SAYA (kedua-dua ibu jari hala ke dada sendiri) Mewujudkan suasana yang kondusif dan mesra sesama rakan di sekolah
11
OBJEKTIF
1. Murid dapat menonjolkan sikap positif dalam kehidupan harian
SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
: : : :
2. Mencungkil kehebatan diri Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru menerangkan ciri-ciri murid yang hebat •
Jujur dan bertanggungjawab
•
Mempunyai jati diri yang tinggi
•
Sentiasa berfikiran positif
•
Menggunakan masa sebaiknya
•
Sentiasa mengamalkan perintah Tuhan
• Amanah dan sebagainya 2. Guru bersoal jawab dengan murid apakah faedah menjadi murid yang hebat?
•
•
Disayangi oleh ibu bapa
•
Disayangi oleh guru
•
Dihormati oleh rakan
•
Cemerlang dunia dan di akhirat
Menjadi contoh kepada rakan-rakan dan ahli keluarga
3. Guru menjelaskan cara melatih diri untuk menjadi murid yang hebat dengan teknik mind to muscle 1. SAYA MURID HEBAT (sentuhkan tapak tangan kanan di bahu kiri) 2. SAYA PERCAYA SAYA MURID HEBAT (sentuhkan tapak tangan kanan antara bahu dan siku kiri) 3. SAYA BENAR-BENAR HEBAT (tapak tangan kanan sentuh siku kiri)
12
4. SAYA DAPAT RASA, LIHAT DAN DENGAR SAYA MURID HEBAT (tapak tangan kanan sentuh antara siku dan pergelangan tangan) 5. SAYA TAAT IBU BAPA SAYA PATUH ARAHAN GURU SAYA IKUT PERINTAH TUHAN ( tapak tangan kanan sentuh atas permukaan tangan kiri) 6. Lurutkan tapak tangan kanan dari bahu kiri sehingga ke hujung jari tangan kiri CADANGAN
:
Seperti di atas
AKTIVITI RUMUSAN
:
Murid membina keyakinan pada minda dan menzahirkan melalui tingkah laku bahawa dia benar-benar hebat
13
1. Murid mampu mengawal anggota tubuh badan daripada
OBJEKTIF
melakukan perkara yang mengganggu ketenteraman sekolah 2. Mengelak kemalangan di sekolah 3. Menimbulkan suasana yang harmoni dan tenang ketika SASARAN
:
belajar Semua murid sekolah rendah
MASA
:
10 minit
BAHAN
:
Kad Imbasan
LANGKAH
:
1. Guru menerangkan mengenai maksud kawal diri Kawal diri bermaksud seseorang murid mampu untuk mengawal anggota tubuh badannya seperti mulut, tangan, kaki dan tubuh badan daripada melakukan perkaraperkara yang negatif. 2. Guru memperincikan contoh-contoh tingkah laku yang perlu dikawal: 1. Mulut Mengejek •
Mencarut
•
Bercakap perkara negatif
•
Bising/menjerit
2. Tangan •
Menconteng dinding, meja
•
Mencuri
•
Menumbuk rakan
•
Mencubit
•
Merosakkan harta benda sekolah
3. Kaki •
Menendang kawan, dinding sekolah dll
•
Berlari di dalam kelas/balkoni
14
4. Tubuh Badan •
Menolak rakan
3. Guru bersoal jawab dengan murid faedah mengawal diri •
Mengelak daripada kemalangan, contohnya patah tangan, terjatuh, kemalangan jiwa
•
Mengelak daripada pergaduhan
•
Mengekalkan kecantikan dan kesempurnaan kemudahan asas sekolah
CADANGAN
:
AKTIVITI
•
Menjadikan murid seorang yang berakhlak mulia
•
Lebih fokus dalam pelajaran
Guru menyediakan kad imbasan terdiri daripada perkataan di bawah. Pilih beberapa orang murid untuk memegang kad imbasan tersebut. Murid lain menyebut secara beramai-ramai perkataan yang ditunjukkan oleh murid tadi.
RUMUSAN
:
•
BERJALAN DENGAN TERTIB
•
MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH
•
BERCAKAP DENGAN SOPAN
•
SAYANGI RAKAN
• SENTIASA MENGAWAL DIRI Murid dapat mengawal diri dan tingkah laku ketika berada di sekolah
15
OBJEKTIF SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
1. Murid bebas daripada pergaulan tidak bermoral : : : :
2. Murid didedahkan dengan batas-batas pergaulan Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru menjelaskan kepada murid definisi pergaulan sihat Pergaulan sihat boleh diertikan sebagai hubungan sosial sesama manusia dengan menjaga batas-batas pergaulan dan menerapkan nilai-nilai murni 2. Guru bertanya apakah ciri-ciri pergaulan sihat? •
Bijak memilih rakan
Penggunaan internet yang positif (cth: facebook/e-mel/twitter dan seumpamanya) •
Melakukan aktiviti berfaedah secara berkumpulan
dengan rakan seperti bersukan dan belajar berkumpulan •
Bijak mengawal tingkah laku dan adab berkawan
antara rakan lelaki dan perempuan •
Tahu membezakan antara perkara yang
baik/bermoral atau sebaliknya 3. Guru menyebut kesan pergaulan yang sihat
CADANGAN
:
AKTIVITI
•
Meningkatkan prestasi akademik
•
Sedar tanggungjawab sebagai sesama manusia
•
Menjamin kecemerlangan masa hadapan
• Menjadi insan yang berguna Guru melaungkan ikrar pendek diikuti oleh murid; Saya berjanji akan; 1. Bijak memilih rakan 2. Mengamalkan pergaulan yang sihat
RUMUSAN
:
3. Menjadi insan yang berguna dan sentiasa berfikiran positif Bijak memilih rakan
16
1. Menanamkan rasa benci akan rokok
OBJEKTIF
2. Menjelaskan kesan negatif rokok SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
: : : :
3. Melatih murid bersikap asertif Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru melontarkan soalan kepada murid •
Pernahkan anda melihat rokok?
•
Adakah ahli keluarga anda merokok?
•
Pada pendapat anda, merokok baik atau tidak untuk kesihatan?
2. Guru menjelaskan kepada murid kesan negatif merokok •
Mendedahkan risiko penyakit, contohnya kanser,
gangrene, strok, lemah ingatan dan lain-lain •
Membahayakan orang di sekeliling (asap rokok)
•
Mengganggu prestasi akademik
•
Membazirkan wang
•
Menyebabkan kecacatan kepada anak yang
dikandung 3. Guru menerangkan kepada murid kesan negatif rokok kepada penampilan diri
CADANGAN
:
AKTIVITI
•
Badan dan mulut berbau busuk
•
Gigi kuning dan gusi kehitaman
•
Kuku dan bibir agak kehitaman
Guru mengajar murid laungan semangat; SAYA ( kedua ibu jari ke arah dada sendiri) BENCI (geleng kepala) ROKOK! (silangkan kedua-dua tangan di hadapan)
RUMUSAN
:
Murid akan benci kepada rokok
17
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran untuk mempunyai minda yang bersih 2. Memberi kefahaman kepada murid tentang cara-cara
SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
: : : :
memupuk minda yang bersih Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru menerangkan ” Apa itu Bersih Minda?”. • Minda yang bersih daripada unsur-unsur negatif seperti menonton video lucah dan membaca bahan bacaan terlarang. 2. Guru menjelaskan cara-cara memupuk minda yang bersih: •
Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan
yang suka bersosial (lepak, bercinta, kafe siber) •
Membaca bahan-bahan berilmu •
Sentiasa meningkatkan motivasi diri
•
Penggunaan internet diawasi oleh ibu bapa
3. Guru bertanya kepada murid apakah faedahnya minda yang bersih?:
CADANGAN
:
AKTIVITI
•
Fokus dalam pelajaran
•
Mempunyai akhlak yang mulia
•
Mempunyai akademik yang cemerlang
•
Mudah mengingat/menghafal pelajaran
•
Maruah diri terpelihara
• Menjamin kesihatan diri yang baik Nyanyian lagu MINDA BERSIH Minda bersih dan cergas Jamin hidup yang sihat Akademik cemerlang
RUMUSAN
:
Jadi insan gemilang (irama lagu Twinkle Twinkle Little Star) Murid sedar bahawa minda yang bersih menjamin kecemerlangan akademik dan sahsiah
18
OBJEKTIF
1. Memupuk rasa sayang dan hargai diri 2. Meningkatkan kesedaran bahawa hidup di dunia hanya sekali dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan
SASARAN MASA BAHAN LANGKAH
: : : :
perkara positif Semua murid sekolah rendah 10 minit Tiada 1. Guru membacakan cerita pendek; Pada suatu masa dahulu ada seorang pemecah batu yang bekerja memecahkan batu di kaki sebuah gunung. Ketika dia bekerja di bawah kepanasan matahari dia merasakan matahari itu lebih berkuasa daripadanya. Lalu, dia memohon kepada Tuhan untuk menjadi matahari. Maka tuhan pun perkenankan. Ketika dia menjadi matahari, dia menggunakan kuasanya
dengan
memanaskan
muka
bumi
sehingga
kemarau dan menyebabkan banyak kematian binatang, manusia dan tumbuhan. Dia sangat gembira kerana dia dapat menggunakan kuasanya. Tiba-tiba pada suatu hari, datang segumpal awan mendung yang menurunkan hujan. Muka bumi kembali subur dan manusia hibup dengan gembira. Matahari
tidak
berpuas
hati
menukarkannya
menjadi
awan.
memperkenankan.
Apabila
dia
dan
meminta
Maka, menjadi
Tuhan
Tuhan
pun
awan,
dia
menurunkan hujan yang lebat sehingga menyebabkan bumi banjir. Banyak binatang yang mati dan berlaku kerugian harta benda. Tiba-tiba, datang angin yang meniup awan tersebut ke tempat lain. Awan merasakan yang angin lebih hebat daripadanya. Maka, dia pun meminta Tuhan menjadikannya angin dan Tuhan pun memperkenankannya. Setelah menjadi angin, dia pula meniupkan ribut ke muka bumi sehingga banyak kerosakan berlaku dan manusia hilang tempat tinggal. Suatu hari, dia meniup sebuah gunung. Namun, gunung itu tidak
bergerak
sedikit 19
pun.
Dia
meminta
Tuhan
menukarkannya kepada gunung pula kerana merasakan gunung
itu
lebih
berkuasa.
Permintaannya
kali
ini
diperkenankan. Dia berasa sangat gembira menjadi sebuah gunung yang gagah. Tiba-tiba, datang seorang pemecah batu lalu memecahkan batu di kaki gunung tersebut. Semakin hari, gunung itu semakin banyak dipecahkan. Pada masa itulah baru dia terfikir bahawa kejadian asalnya adalah sebaik-baik kejadian. Lantas, dia memohon sekali lagi untuk dikembalikan seperti sediakala, iaitu seorang pemecah batu. 2. Guru bertanya kepada murid apakah moral yang mereka faham daripada cerita tersebut? •
Kita hendaklah mensyukuri kehidupan yang
dianugerahkan Tuhan. •
Kita mesti sedar bahawa kita adalah kejadian yang
paling sempurna yang dijadikan oleh Tuhan •
Kita seharusnya sentiasa rasional ketika dilanda
musibah. Sebagai contohnya, bunuh diri bukan penyelesaian kepada kekecewaan. •
Sentiasa memuhasabah diri.
CADANGAN
:
CERITA PENDEK
AKTIVITI RUMUSAN
:
Murid dapat menilai dan menghargai diri sendiri
20
OBJEKTIF
1. Menangani masalah sumbang mahram dalam keluarga 2. Memupuk kasih sayang antara ahli keluarga dan mengetahui batas sentuhan dengan bapa, abang dan
SASARAN MASA BAHAN
: : :
datuk. Semua murid sekolah rendah 10 minit Carta / Model tubuh manusia (bahan boleh didapati dari makmal
LANGKAH
:
sains) 1. Guru menyebut beberapa tajuk akhbar yang memaparkan isu berkaitan •
“Datuk rogol cucu”
•
“ Kanak-Kanak 7 tahun dirogol bapa kandung”
2. Guru menjelaskan dengan lebih terperinci maksud sumbang mahram kepada murid dan membezakan sentuhan kasih saying dan ganguan seksual. •
Hubungan terlarang antara ahli keluarga
•
Contoh perlakuan sumbang/ perlakuan tidak senonoh antara datuk dengan cucu, bapa dengan anak, abang dengan adik atau sesama ahli keluarga.
3. Guru menerangkan 5 bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh jantina yang berlainan •
Bibir
•
Alat sulit
•
Paha
•
Punggung
•
Bahagian tubuh badan yang sensitif
4. Guru memberikan contoh-contoh tingkahlaku pelaku yang berniat atau ingin melakukan sumbang mahram •
Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit manja, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual
5. Guru memberikan panduan pencegahan sumbang 21
mahram •
Murid memastikan mereka sentiasa ditemani oleh ahli keluarga yang ahli yang lain.
•
Memakai pakaian yang sopan ketika berada di rumah
•
Segera memaklumkan kepada ibu atau nenek / kakak sekiranya berlaku tanda-tanda tingkahlaku sumbang mahram
6. Guru memberitahu murid tindakan yang perlu dilakukan apabila terlibat dengan sumbang mahram. •
Melaporkan kepada ibu / kakak / nenek (ahli keluarga selain pelaku) , kaunselor atau guru.
•
Menyimpan bahan bukti (pakaian, objek)
Panduan Guru Tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah sekiranya terdapat kes sumbang mahram di sekolah : •
Sekiranya pelaku sumbang mahram ialah abang, pihak sekolah perlu memanggil ibu bapa
•
Sekiranya pelaku ialah bapa, pihak sekolah perlu memanggil ibu atau penjaga yang lain
•
Setelah perbincangan ahli keluarga tersebut hendaklah melaporkannya kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Tindakan pelajar • CADANGAN AKTIVITI
:
Pengakuan bertulis pelajar
Guru menerangkan bahagian badan yang perlu dijaga daripada disentuh oleh ahli keluarga berlainan jantina pada carta / model tubuh badan manusia
22
23
TAJUK
:
LARI DARI RUMAH
DEFINISI Golongan yang melarikan diri dari rumah kebanyakannya adalah daripada golongan remaja yang meninggalkan rumah dengan niat tidak akan kembali semula. Sebahagian daripada remaja tersebut kembali selepas beberapa hari, minggu atau bulan tetapi sebahagiannya tidak akan kembali lagi. FAKTOR REMAJA LARI DARI RUMAH Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah: •
Keganasan rumah tangga. Contoh: o
Penderaan fizikal, emosi atau seksual
o
Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang kebebasan
o •
•
Perselisihan dengan ibu bapa atau diabaikan oleh ibu bapa
Tekanan rakan sebaya/ peranan rakan sebaya. Contoh: o
Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
o
Dipinggirkan atau dibuli
o
Terpengaruh dengan rakan sebaya - suka berfoya-foya
Masalah di sekolah. Contoh: o
Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
o
Prestasi pembelajaran yang rendah
o
Dikenakan hukuman yang berat
Adakah anda terfikir untuk melarikan diri? Remaja yang terfikir untuk melarikan diri biasanya ada tanda-tanda seperti berikut: •
Tidur yang tidak lena dan perubahan selera makan
•
Rasa gelisah, mudah marah dan akan berlaku kemurungan
24
Bolehkah anda membantu diri anda daripada melarikan diri? YA, anda boleh! Sentiasa ada orang lain yang sudi mendengar masalah anda dan membantu anda walaupun anda tidak berfikir sedemikian. Mereka ialah: •
Saudara mara atau adik beradik
•
Jiran
•
Rakan sebaya
•
Guru-guru kaunseling atau guru-guru agama
•
Orang-orang yang anda percayai
KESAN PERBUATAN LARI DARI RUMAH Besar kemungkinan anda juga akan melarikan diri! Bahaya yang menunggu sebagai pelarian ialah anda akan terperangkap dengan: •
Dadah, alkohol dan inhalan
•
Pornografi, pelacuran dan jenayah akan berleluasa
Antara komplikasi lain yang timbul adalah: •
Sakit kelamin
•
Kehamilan di luar perkahwinan
•
Jangkitan HIV/AIDS
Remaja yang melarikan diri boleh juga mendapat masalah psikiatri seperti: •
Kemurungan
•
Tekanan melampau pasca trauma
•
Kecelaruan tingkah laku
•
Sengaja mencederakan diri sendiri atau bunuh diri
25
CARA MENGATASI PERBUATAN LARI DARI RUMAH Selain melarikan diri, ada lagi alternatif lain yang lebih selamat: •
Tinggal dengan rakan yang boleh dipercayai atau saudara sehingga tekanan tersebut berkurangan
•
Berbincang dengan ibu bapa
•
Jika anda didera, buat laporan polis
•
Buat laporan kepada pegawai kebajikan masyarakat untuk perlindungan sementara
•
Berbincang dengan guru kaunseling sekolah, jika anda ada masalah di sekolah
•
Laporkan kepada ibu bapa dan pihak berkuasa sekolah jika anda dibuli
•
Luangkan lebih masa untuk belajar jika prestasi di sekolah tidak baik
•
Telefon talian pertolongan yang terdekat seperti Tele-dera dan lain-lain lagi
•
Minta nasihat dari doktor
"Ingat, melarikan diri bukan penyelesaian kepada masalah! Malah mungkin akan menambah lebih banyak masalah kepada anda!"
26
TAJUK
:
GENGSTERISME
DEFINISI "Gengsterisme" ialah kelakuan/kegiatan samseng yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan. Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'? 'Gengster' sering: •
Mempamerkan tingkah laku yang agresif
•
Merompak
•
Menyeluk poket
•
Terlibat dalam lumba haram
•
Mencuri kereta
•
Mengedar dadah
•
Minum arak
•
Terlibat dalam seks rambang
•
Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka
FAKTOR MENGAPA SESEORANG ITU MENJADI “ GENGSTER”? Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah: •
Latar belakang keluarga yang serba kekurangan
•
Pengaruh rakan sebaya
•
Pengaruh media
•
Personaliti diri
•
"Esteem" kendiri yang rendah
27
Adakah kita boleh mengenal pasti jika seseorang itu cenderung dalam aktiviti 'gengster'? Kebarangkalian besar seseorang itu cenderung ke arah gengsterisme jika seseorang itu: •
Mudah marah disebabkan pertelingkahan kecil
•
Melepak dan suka merosakkan harta benda
•
Sering pulang lewat dari sekolah
•
Sering keluar pada waktu malam
•
Sering tidur pada waktu siang
•
Mempunyai prestasi yang rendah di sekolah
•
Mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan
•
Menghadapi masalah disiplin dan rekod kehadiran sekolah yang buruk/ponteng
•
Menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti melanggar undang-undang
•
Bergaduh menggunakan senjata tajam
•
Merokok
KESAN REMAJA YANG MENJADI SEORANG “ GENGSTER” •
Dikenakan tindakan disiplin
•
Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
•
Dibuang sekolah
•
Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
•
Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa
CARA MENGATASI SEKIRANYA TELAH TERLIBAT DALAM GENGSTERISME Anda seharusnya: •
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
•
Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
•
Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti: o
•
Kelab Tinju, Taekwondo, menyanyi dan bersukan
Katakan "tidak" pada sikap yang negatif
28
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius: •
Dapatkan nasihat dan bimbingan daripada ahli keluarga anda yang rapat
•
Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi
Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting dalam rawatan.
29
TAJUK
:
FENOMENA PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA
DEFINISI Penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian) dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dan sebagainya), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan secara lucah; segala bahan (seperti filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks, segala bahan (seperti filem, terbitan dan sebagainya) yang lucah. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN REMAJA TERLIBAT •
Terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.
•
Kurangnya didikan agama sehingga sanggup melakukan perbuatan yang dilarang
•
Terlalu mudah untuk muat turun melalui telefon bimbit
•
Menyimpan klip video dianggap sebagai hobi untuk dijadikan koleksi peribadi.
•
Pengaruh media massa
KESAN • Haram hukumnya di sisi agama Islam • Terlibat gejala ponteng sekolah dan kes sumbang mahram semakin meningkat •
Menjadi penyebab utama keruntuhan akhlak remaja seperti melakukan perbuatan mencabul, merogol dan lain-lain
• Boleh mengakibatkan perlakuan seks oral atau ketagih seks • Terdedah kepada jangkitan virus HIV/AIDS • Melemahkan daya fikiran dan menumpulkan hati dan mudah terjebak melakukan zina
30
CARA MENGATASI •
Mewujudkan badan yang bertanggungjawab memantau internet untuk menyekat laman web seperti ini dan tindakan undang-undang perlu diambil segera terhadap sesiapa juga yang terlibat.
•
Semua pihak perlu memainkan peranan seperti ibu bapa, guru, masyarakat, KPM dan NGO seperti meningkatkan pendedahan dengan ilmu keagamaan
TAJUK
:
VANDALISME
DEFINISI 'Vandalisme' adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang. •
Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
•
Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.
Mengapa Vandalisme terjadi? Sebab-sebabnya adalah: •
Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit daripada telefon awam
•
Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah
•
Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
•
Untuk membalas dendam dan untuk keseronokan serta kepuasan 31
•
Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi
Mengapa remaja terlibat dalam 'geng'? Remaja terlibat dalam 'geng' kerana pelbagai sebab seperti: •
Keseronokan dan rasa megah / status
•
Perlindungan
•
Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
•
Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
•
Dipaksa (jarang berlaku)
Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan Vandalisme? •
Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya menghadapi masalah peribadi sejak kecil dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
•
Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti sosial
•
Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan fizikal.
•
Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan 'vandalisme' adalah : o
Ponteng kelas atau sekolah
o
Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah
o
Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
o
Kemahiran sosial yang lemah
o
Mencari perhatian dengan cara yang negatif
o
Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
o
Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
o
Masalah keluarga
o
Masalah dalam persahabatan
o
Masalah di sekolah
o
Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
o
Penyalahgunaan dadah
Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam Vandalisme? •
Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan 32
•
Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
•
Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi masalah dengan pihak sekolah
•
Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.
•
Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa kerana ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan menjalani kehidupan yang kurang sihat.
•
Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan masyarakat, terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan pada waktu kecemasan.
•
Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal
•
Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan persahabatan.
Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam Vandalisme? •
Memahami bahawa vandalisme adalah satu kesalahan jenayah.
•
Tanya diri anda :
•
o
Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?
o
Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?
o
Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?
o
Siapa yang boleh membantu saya?
Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan vandalisme. (Lihat cara Menangani Kemarahan)
•
Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar. (Lihat cara Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah )
•
Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk mengelakkan vandalisme. (Lihat cara Kemahiran sosial dan Komunikasi)
•
Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah
33
•
Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan hidup
•
Jauhi rakan-rakan yang melakukan vandalisme
•
Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas kertas
•
Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi
TAJUK
:
GEJALA MINUM ARAK DALAM KALANGAN REMAJA
DEFINISI: Alkohol atau arak merupakan sejenis dadah yang tertua digunakan di dunia.
Alkohol
dikelaskan dalam jenis dadah penenang. Walaupun penglibatan pelajar dalam penagihan alkohol di negara ini tidak keterlaluan serta hanya tertumpu hanya di kawasan bandar tetapi gejala ini akan merebak jikalau tidak dibendung pada peringkat awal lagi. Penagih alkohol juga dikategorikan juga sebagai kecelaruan mental organik yang disebabkan oleh bahan. Mereka mengambil sebahagian besar alkohol sehingga merosakkan kesihatan fizikal, personal dan fungsi sosial.
Mereka
menjadikan alkohol sebagai keperluan yang lebih penting melebihi keperluan yang lain. Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakanuntuk mempertingkatkan "mood" . Arak juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum .Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski PUNCA-PUNCA : •
Diri sendiri Perasaan ingin mencuba. Ingin mencari ketenangan. Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)
34
•
Pengaruh Rakan Sebaya Penerimaan kumpulan. Tujuan bersosial, bergembira, seronok dalam sesuatu majlis
•
Keluarga Ibu bapa yang ketagihan arak boleh mempengaruhi anak mereka untuk mencuba minum arak. Latar belakang keluarga.
•
Persekitaran Mudah didapati dan tidak mahal Pengiklanan yang menarik di media Menjadi budaya masyarakat.
MITOS DAN REALITI TENTANG KEGUNAAN ALKOHOL
MITOS
REALITI
•
Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.
•
Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
•
Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut.
•
Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
•
Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
•
Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya. 35
•
Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
•
Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.
•
Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda mempunyai lebih tanggungjawab.
•
Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting. Malahan, alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
•
Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan dalam hidup.
•
Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.
CARA-CARA MENGATASI : •
Mengamalkan gaya hidup sihat
•
Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi
•
Jauhi rakan yang mengambil alkohol
•
Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda
•
Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
•
Jauhi tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
•
Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
KESAN-KESAN : Kesan pengambilan alkohol merangkumi pelbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial termasuk : 36
•
Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
•
Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
•
Kelakuan Delinkuen/salah laku
•
Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah: •
Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
•
Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk: •
Kerosakan otak yang kekal
•
Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
•
Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
•
Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
•
Kanser usus
•
Penurunan naluri seks dan mati pucuk
•
Keguguran spontan
•
Bayi yang tidak normal
•
Anaemia (kandungan darah rendah)
Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya : •
Perubahan personaliti (lebih kepada kelakuan agresif)
•
Kemurungan
•
Bunuh diri
KESIMPULAN : Ketagihan alkohol dalam kalangan remaja harus ditangani dengan proaktif agar gejala ini tidak menular dalam masyarakat. Remaja yang bebas daripada gejala ketagihan arak akan memberi impak yang lebih positif terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
37
TAJUK
:
‘DATING’ DALAM KALANGAN REMAJA
PENGENALAN ‘Dating’ berlaku, apabila adanya 2 orang yang saling tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan menghabiskan masa bersama untuk saling mengenali. Contoh janji temu adalah menonton wayang, makan bersama. Apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan mencapai akil baligh, mereka akan semakin tertarik di antara satu sama lain. ‘Dating’ adalah proses teruna dan gadis mengenali satu sama lain dengan harapan menjalin hubungan yang lebih serius. Kebanyakan budaya-budaya yang ada telah menggariskan tatacara pergaulan yang telah diterima dan diguna di antara lelaki dan perempuan. Penting bagi anda mengikuti tatacara pergaulan yang sihat dan bermakna mengikut adat resam masing-masing. Paling penting bertujuan untuk menjalin hubungan sihat, di mana anda rasa gembira dan bebas daripada bahaya. Dalam perhubungan yang sihat: •
Pasangan saling menghormati
•
Inginkan yang terbaik untuk pasangan masing-masing
•
Bebas daripada segala bentuk penderaan seperti penderaan emosi, ugutan dan paksaan untuk melakukan seks
BOLEHKAH REMAJA ‘BERDATING’? ‘Dating’ boleh menjadi pengalaman positif sekiranya teman anda hormat dan menyokong keputusan hidup anda. Ibu bapa anda mungkin mencegah janji temu anda kerana bimbang hati anda terluka atau hilang tumpuan pada pelajaran. Pelajaran amat penting untuk kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan anda. Waktu remaja, walaupun badan anda membesar seperti orang dewasa, anda masih belum mempunyai kematangan atau pengalaman sepenuhnya. Hubungan intim boleh menjadi luar kawalan dan ini boleh menjejaskan masa depan dan kebahagiaan hidup anda.
38
PANDUAN ‘BERDATING’ (boleh dibincangkan sekiranya sesuai) •
Tetapkan batas hubungan berdasarkan agama, budaya dan harapan anda untuk mengurangkan bahaya kepada diri sendiri dan masa depan anda. Elakkan seks sebelum berkahwin kerana ia boleh menjejaskan impian perkahwinan anda di masa hadapan. Anda mungkin mengahwini orang lain dan bukan teman anda sekarang
•
Pilih teman yang bijak. Hanya tetapkan janji temu dengan teman yang menghormati dan melayani anda dengan baik
•
Adalah lebih baik melakukan janji temu secara berkumpulan di tempat awam
•
Jangan berkompromi prinsip anda semata-mata untuk menggembirakan orang lain
•
Sebelum janji temu pastikan anda memaklumkan tempat dan nombor telefon kepada orang yang dipercayai seperti ibu bapa, adik beradik atau rakan karib anda.
•
Adalah bijak sekiranya anda memperkenalkan teman anda kepada ibu bapa atau adik beradik untuk mendapatkan pandangan mereka sekiranya anda ingin menjalinkan hubungan yang seriu
TAJUK
:
SUMBANG MAHRAM
DEFINISI Pengertian sumbang mahram atau Inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama. Sebagai contoh, hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, adikberadik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya. Dari perspektif Agama Islam golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan inses ini dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat. PUNCA-PUNCA •
Batas Pergaulan
39
Duduk berdua-duaan di tempat sunyi boleh membawa berlakunya sumbang mahram. Program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang mencolok mata juga menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Keadaan rumah dalam sesebuah keluarga yang tidak mempunyai bilik khusus untuk anak lelaki dan perempuan juga faktor berlakunya sumbang mahram.
•
Tidak Mengamalkan Kehidupan yang Dianjurkan Islam
Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu-waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur. Batas pergaulan diantara bapa dan anak perempuan juga perlu ditekankan di mana sesetengah keluarga moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa kepada bapanya adalah sesuatu yang biasa.
•
Keruntuhan Institusi Keluarga / Perkahwinan
Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.
40
•
Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan) semasa berada di rumah
Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT. Pakaian yang menghairahkan ketika berada di luar ataupun di dalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu. CARA MENANGANI •
Melaporkan Kejadian Sumbang Mahram
Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Ramai mangsa tidak melaporkan kerana diancam oleh penceroboh, rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan kejadian itu. •
Peranan Media
Peranan media dan juga kempen daripada pihak yang bertanggungjawab adalah penting. Media harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempattempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan.
41
•
Penguatkuasaan Undang-undang
Kaedah yang seterusnya adalah berkaitan dengan hukuman. Hukuman yang lebih berat perlu diberikan agar jenayah seksual dapat dibendung sewajarnya. Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses.
•
Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan
Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram.
•
Batasi Pergaulan
Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu.
42
•
Peranan Masyarakat
Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah laku sumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri.
•
Galakkan Perkahwinan
Ibu, ayah, datuk dan nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga sendiri.
Rasulullah
S.A.W
memang
menggalakkan
perkahwinan
untuk
menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada berlakunya jenayah seksual ini.
•
Menjaga Aurat dalam Kalangan Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama
Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batas-batas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga boleh membuka aurat (kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikuti. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.
43
•
Susun Infrastruktur Rumah Mengikut syariat ďƒ˜ Dari sudut infrastruktur rumah dalam sesebuah keluarga pula, dalam menangani masalah inses ini dapat dibuat dengan menyediakan bilik untuk anak gadis dan diasingkan bilik anak lelaki terutama apabila mereka telah akil baligh. Sekurangkurangnya sebuah rumah itu mesti mempunyai tiga buah bilik atau lebih untuk menyusun ahli keluarga mengikut syariat sebenar.
•
Kukuhkan Taraf ekonomi Keluarga
ďƒ˜ Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu, ketua keluarga hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji atau bekerja sendiri. Kebanyakkan kes-kes sumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan ibu keluar mencari nafkah, sedangkan para suaminya tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Maka haruan makan anak akan berlaku semasa ketiadaan ibu di rumah. KESIMPULAN Peningkatan kes sumbang mahram serupakan satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingankepentingan tertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang mahram. Di dalam agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep muhrim yang mengatur hubungan sosial di antara individu-individu yang masih ahli keluarga. Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkahwinan dengan ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu. Masalah sumbang mahram ini, disamping mengenakan hukuman kepada penceroboh, penekanan betapa pentingnya pencegahan dan pengawalan harus diambil kira. Bagi menjamin kesejahteraan komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila serta bertamadun.
44
TAJUK
:
KECELARUAN KONVENSI
DEFINISI Konvensi juga dikenali sebagai histeria. 'Konvensi' terjadi apabila seseorang individu hilang kesedaran mengenai keadaan yang sebenar berlaku atas dirinya yang bukan disebabkan masalah perubatan dan otak tetapi selalunya dikaitkan dengan faktor psikologi PUNCA-PUNCA 'Konvensi' adalah disebabkan oleh: •
Stres
•
Selalu memendam perasaan
•
Kurang kemahiran menangani masalah dan suka mencari perhatian
BAGAIMANAKAH ANDA TAHU ANDA MENGALAMI MASALAH 'KONVENSI'? Ciri-ciri 'konvensi' adalah: •
Hilang fungsi badan o
Contoh, kelemahan anggota tangan/kaki, buta atau pekak
•
Tidak menghiraukan kehilangan fungsi badan
•
Sentiasa mencari perhatian o
Kehilangan fungsi badan bertambah menjadi-jadi apabila di hadapan orang
APAKAH AKAN TERJADI JIKA BANTUAN TIDAK DIBERI? Individu akan bertambah teruk dan mengalami perkara seperti berikut: •
Kurang keyakinan diri dan merasa rendah diri
•
Tidak mempunyai ramai kawan
•
Susah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru
•
Susah menyelesaikan masalah dalam hidup
•
45
•
DI MANAKAH SESEORANG BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN?
Sila dapatkan bantuan dan rawatan lanjut di hospital. TAJUK
:
KECELARUAN MANIK-DEPRESIF (KECELARUAN DWIKUTUB)
DEFINISI Kecelaruan dwikutub adalah satu keadaan apabila seseorang itu mengalami perubahan pada perasaan atau emosi yang bercelaru antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik). Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi. TANDA DAN GEJALA PENYAKIT Fasa Depresif (kemurungan) 1. Gangguan perasaan o
Rasa sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
2. Gangguan fungsi kognitif o
berasa putus asa, tidak ada harapan masa depan.
o
berasa berdosa, diri tidak berguna, tidak dapat ditolong lagi
o
fikiran ingin membunuh diri
o
hilang perasaan seronok
o
hilang penumpuan fikiran
o
hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti
3. Tanda-tanda biologi / fizikal o
Hilang selera makan
o
Turun berat badan
o
Gangguan tidur
o
Hilang nafsu seks
o
Gangguan perjalanan perdarahan bulanan bagi kaum wanita
o
Mudah berasa letih dan tidak bertenaga
46
Fasa Manik 1. Gangguan perasaan o
Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
2. Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang lain dan tinggi harga diri. 3. Mudah berasa marah 4. Kurang keperluan untuk tidur 5. Lebih banyak bercakap dari biasa. 6. Perhatian mudah berubah-ubah. 7. Meningkat nafsu seks 8. Boros dalam berbelanja RAWATAN Penyakit manik depresif adalah satu penyakit mental yang boleh dirawat sepenuhnya. •
Rawatan ubat-ubatan : o
Ubat “antidepression” digunakan semasa fasa depresif dan diberhentikan semasa fasa manik.
o
Ubat antipsikotik digunakan untuk rawatan dikedua-dua fasa penyakit.
o
Sejenis ubat yang dipanggil "mood stabilizer" digunakan untuk mencegah perubahan perasaan yang terlalu cepat.
Semua ubat-ubat ini perlu diambil untuk jangkamasa yang panjang dan pesakit perlu mengambilnya sehinggalah dinasihatkan untuk berhenti oleh doktor. •
Terapi psikologikal: Ini termasuklah kaunseling dan psikoterapi yang membantu seseorang itu mengenali dan memahami dirinya sendiri, memahami penyakitnya dan mencari kemahiran dan teknik terbaik bagi menghadapi cabaran hidup individu.
•
Kaunseling individu o
Akan membantu individu memahami akan hal penyakit dan untuk membolehkan individu lebih bersedia untuk menangani penyakit. Ia juga membantu meningkatkan keyakinan dan jati diri. 47
•
Terapi Berkelompok o
Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit manik depresif menjalani sesi Kaunseling bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
•
Pendidikan kesihatan o
Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya, cara mengenalinya dan langkahlangkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.
•
Terapi Keluarga o
Membantu ahli-ahli keluarga yang hidup bersama pesakit manik depressif menangani stress.
PEMULIHAN Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan cara kerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu pesakit pulih sepenuhnya dari penyakit. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu pesakit pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat. KUMPULAN SOKONGAN •
KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
•
MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
•
Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga disetiap negeri
48
TAJUK
:
KEMURUNGAN
DEFINISI Kemurungan iaalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Hal ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, situasi ini boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri. PUNCA-PUNCA KEMURUNGAN Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah: •
Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
•
Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan o
•
Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
Penyakit kronik o
Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
•
Ciri-ciri peribadi
•
Penyalahgunaan dadah
•
Penggunaan ubat-ubatan tertentu o
Contoh: Steroid, ubat cegah kanser
CIRI-CIRI INDIVIDU MENGALAMI KEMURUNGAN Ciri-ciri kemurungan termasuklah: •
Sentiasa sedih dan menangis
•
Mudah tersinggung
•
Tidak bermaya dan sakit - sakit badan
•
Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
•
Rasa bersalah yang tidak menentu
•
Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan o
Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
•
Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga
•
Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri 49
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI Antara langkah yang boleh diambil termasuklah: •
•
Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti o
Ibu bapa
o
Ahli keluarga yang dipercayai
o
Kaunselor sekolah
o
Guru agama
Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan o
Mendengar
o
Menghibur hati
o
Menasihati
ATAU Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan: •
Doktor
•
Ahli Psikologi
•
Pakar Psikiatri
"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan" KESAN JANGKA PANJANG JIKA TIDAK MENDAPAT BANTUAN Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah: •
•
Kesan ke atas fizikal. Contoh: o
Masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan
o
Gangguan kitaran haid
o
Anemia
Kesan ke atas Psikologi. Contoh: o
Perasaan rendah diri
o
Risiko untuk bunuh diri 50
•
Kesan ke atas sosial. Contoh : o
Pencapaian sekolah yang lemah
o
Ponteng
o
Penyalahgunaan dadah atau minuman keras
DI MANAKAH SESEORANG BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN? Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"
51
TAJUK
:
BUNUH DIRI
DEFINISI Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan kematian. Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti: •
Konflik keluarga
•
Kegagalan personaliti dan kehilangan sesuatu
•
Kesukaran berkomunikasi
•
Penyalahgunaan bahan terlarang
•
Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini
PUNCA-PUNCA Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri termasuklah: •
Kemurungan
•
Salah faham dengan ibu bapa
•
Gagal dalam perhubungan atau gagal dalam peperiksaan
•
Didera atau dibuli
•
Di tinggal sendirian
GEJALA AWAL Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut: •
Berperasaan o
Sedih dan marah
o
Gelisah dan mudah rasa bersalah
•
Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
•
Tidak boleh tidur dan hilang selera makan
•
Sentiasa memikirkan tentang kematian dan tidak boleh melakukan aktiviti harian
52
•
•
Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti: o
Minum arak dan merokok
o
Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
Perubahan kelakuan secara mendadak seperti: o
Memberi barang yang disayangi
o
Meminta maaf dan lebih bercakap tentang kematian
CARA PENCEGAHAN Minta bantuan segera: •
Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
•
Hubungi talian bantuan o
Seperti: BEFRIENDERS
•
Dapatkan nasihat keagamaan
•
Jumpa doktor
AKIBAT TIDAK MENDAPAT BANTUAN AWAL Akan berakhir dengan KEMATIAN!!! TEMPAT MENDAPAT RUJUKAN Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti: •
Ibu bapa atau rakan karib
•
Guru kaunseling atau guru agama
Cari seseorang yang boleh: •
Mendengar, memujuk dan mampu memberi nasihat
ATAU Minta nasihat daripada: •
Doktor perubatan, pakar psikologi dan pakar psikiatri
53
KOMPLIKASI Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan kesedihan
yang
berpanjangan,
penyakit
mental
yang
teruk
seperti
kemurungan
dan
penyalahgunaan dadah dan sebagainya. RAWATAN Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh diri? •
Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.
•
Simpan ubatan di tempat yang susah dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos yang berlebihan.
•
Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
•
Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
•
Elakkan daripada mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda.
•
Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon.
•
Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk rawatan yang selanjutnya
CARA MEMBANTU •
Ambil berat/serius luahan/aduan
•
Jangan mengkritik dan jangan berjanji tentang kerahsiaan
•
Dapatkan bantuan profesional dan pelajari tanda-tanda awal
•
Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri tetapi berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah
•
Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.
REHABILITASI Belajar teknik menangani stres KUMPULAN SOKONGAN THE BEFRIENDERS 54
55
RUJUKAN
Ab. Alim Abd Rahman (1988). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahman Ahmad (1992). Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Islam. Serdang: Human Resource Enterprise. Abd. Rahman Abd Majeed (2005). Penawar Gelisah & Murung. Serdang: Darul Numan. Chiam (1983). Adolescents And His Family: Some Aspects Of Their Relationship. Dalam Laporan Persidangan Nasional Mengenai Kaum Remaja di Malaysia, 23-37 Kuala Lumpur: Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Chiam dan Nik Azis (1983). Prosiding of the 4th ASEAN Forum On Child and Adolescent In Malaysia: Their Problems And Mental Health Adolescent Psychistry. Kuala Lumpur. Hairunnaja Najmuddin (2003). Psikologi Ketenangan Hati. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hairunnaja Najmuddin (2004). Psikologi Ketenangan Hati (Edisi Kedua). Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hajjah Umi Kaltum Abd. Karim (1993). Pendekatan Dalam Menangani Masalah Juvana, Persidangan Pada 11-13 Mei Di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Halimi Abd. Manaf (1982). Masalah-masalah pelajar dan kepentingan pusat perkhidmatan pelajar: Satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Alfian Harris and Mustaffa, Mohamed Sharif (2006) Tahap kestabilan emosi pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. Zainudin Abu Bakar (2000). Kajian Terhadap Penyesuaian Akademik, Sosial Dan Emosional Pelajar Tingkatan Satu Di Sekolah-Sekolah Menengah Felda Daerah Kota Tinggi, Johor. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zakiah Daradjat (1970). Peranan Agama Dalam Kesihatan Mental. Jakarta: Penerbit P.T Gunung Agung.
56
When I change my thinking I change my beliefs When I change my beliefs I change my expectations When I change my expectations I change my attitude When I change my attitude I change my behavior When I change my behavior I change my performance When I change my performance I CHANGE MY LIFE Petikan daripada: Buku Guru Sebagai Fasilitator
57
Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang Unit Pengurusan Sekolah (Rendah), Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang Jawatan Kuasa Penyedia Modul Sayangi Diri Anda Sekolah Rendah Dan Menengah Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang (Sekolah Menengah) Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Johor Pasir Gudang (Sekolah Rendah) Guru-Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Pasir Gudang Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung
58
59