Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Page 1

LAPORAN AKTIVITI 2015 UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) www.utm.my/oshe/ https://www.facebook.com/UnitOSHEUTMJB


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Fungsi Unit OSHE

3

Objektif Unit OSHE

4

Latarbelakang Unit OSHE

5-8

Aktiviti Unit OSHE 2015

9 -15

Latihan Staf Unit OSHE 2015

16 -17

Lawatan Kerja IPT

18 -19

Statistik Insiden KKP 2015

20- 21

2


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

3

FUNGSI UNIT OSHE UTM  Merancang dan melaksanakan aktivitiaktiviti pemantauan dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.  Menyelaras dan melaksana program latihan mengenai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Merancang dan menjalankan aktiviti pengauditan berkala dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Menyediakan keperluan bahan dan peralatan untuk aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Menyediakan laporan audit dan pemeriksaan keselamatan serta mengemaskini garis panduan laporan makmal/bengkel di UTM.  Menyelenggara inventori peralatan keselamatan (Safety Equipment) di UTM.  Mengurus dan menyelia proses pengumpulan dan penghantaraan sisa buangan terjadual untuk dilupuskan.  Merekod dan menyimpan dokumen berkaitan inventori bahan kimia dan sisa terjadual.


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

4

OBJEKTIF UNIT OSHE UTM  Mencegah kemalangan dan masalah kesihatan pekerja dan orang awam di UTM.  Merancang pemeriksaan berkala terhadap standard kemudahan fizikal dan keselamatan pekerjaan dan merancang aktiviti pengauditan terhadap tempat, sistem dan prosedur kerja yang selamat.  Melaporkan dan menyiasat semua insiden yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada aset Universiti dan merancang langkah-langkah pengawalan.  Menyedia dan mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang selamat untuk mengurangkan kecelakaan terhadap keselamatan dan kesihatan.  Menyediakan maklumat terkini kepada pekerja dan menyediakan latihan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi.  Mengkaji dan memperbaiki polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dari masa ke semasa.


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

LATAR BELAKANG UNIT OSHE Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM telah ditubuhkan pada Jun 2001 bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan pada 25 Februari 1994. Matlamat utama akta ini ialah untuk memupuk komitmen majikan dan juga pekerja terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, langkah penguatkuasaan akta ini merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk membendung kejadian-kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan di negara ini yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Akta ini digubal untuk melengkapi undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah sedia ada, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan ianya telah memperkemaskan lagi kehendak-kehendak perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mewujudkan suatu sistem penguatkuasaan yang berasaskan kepada gabungan-gabungan peruntukan-peruntukan Akta, peraturan-peraturan dan tataamalan-tataamalan industri yang disediakan melalui kerjasama kerajaan, majikan dan pekerja. Menurut peruntukan-peruntukan di dalam Akta ini, tanggungjawab utama untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terletak pada mereka yang mewujudkan risiko di tempat kerja dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut. Oleh yang demikian, golongan utama di tempat kerja yang diberi kewajipan am di bawah Akta ini ialah majikan, orang-orang yang bekerja sendiri dan pekerja di samping mereka yang merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekal peralatan dan bahan-bahan yang digunakan di tempat kerja. Akta ini telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil oleh majikan, setakat yang praktik, untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka. Antaranya ialah mengada dan menyenggara loji dan sistem kerja yang selamat, menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk memastikan

5


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, memastikan premis kerja, serta jalan masuk dan keluarnya, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerjapekerjanya, serta menyedia dan menyenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerjanya. Di samping kewajipan-kewajipan am tersebut, majikan juga dikehendaki untuk menyediakan pernyataan bertulis mengenai dasar, organisasi dan susunan langkahlangkah untuk memlihara keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta dikehendaki menyebarkan dasar tersebut kepada para pekerja. Falsafah AKKP berasaskan kepada pendekatan pengaturan kendiri, iaitu tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut. Konsep pengaturan kendiri ini menggalakkan perundingan, kerjasama serta penglibatan pekerja dan majikan dalam usaha untuk meningkat tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Selain daripada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), akta-akta lain yang berkaitan dengan tugas serta tanggungjawab Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) ialah; 1. Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), 2. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), 3. Akta Racun 1952 (Akta 366), 4. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan lain-lain.

6


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Unit OSHE berada di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Yg Bhg Prof. Dr Azlan b. Ab Rahman. Manakala Unit OSHE pula diketuai oleh seorang Pengarah, dibantu oleh tiga orang Timbalan Pengarah, iaitu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Radiasi & Biokeselamatan dan Alam Sekitar. Bagi melancarkan pengurusannya, Unit ini mempunyai beberapa staf profesional dan sokongan yang terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Penolong Jurutera dan staf pentadbiran pejabat.

7


PENGARAH (DS54) PM Dr. Johan b. Sohaili SETIAUSAHA PEJABAT (NA27) Cik Nurnadia bt. Sohaini

BUILDING & CONSTRUCTION

TIMB. PENGARAH (DS52) PM Dr. Yahya b. Mohamad Yatim

OSHA

BIOSAFETY & RADIATION

TIMB. PENGARAH (DS54) PM Dr. Jafariah bt. Jaafar

ICT

PENTADBIRAN

TIMB. PENGARAH (DS52) Dr. Suhairul bin Hashim

PEGAWAI SAINS (C41) En. Ab Hanan b. Md Basri PEN. PEG. SAINS (C27) En. Mohd Azri b. Mohd Amin

PEN. PEG. SAINS (C27) Pn. Intan Nordiana bt. Ahmad

PEN. JURUTERA (J29) En. Mohd Hanif b. Amir JURUTEKNIK KOMPUTER (FT22) En. Abd Aziz b. Abd Latif PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) Pn. Nor Izyawaty bt. Ithnin

Carta Organisasi Unit OSHE PEMBANTU OPERASI (N11) En. Nazrullah Farihaz b. Nasir


CERAMAH KKP - Ceramah CHRA di FKK (8 Februari 2015) - Ceramah Safety at Lab di Institut Ibnu Sina (10 Mac 2015) - Bengkel Pengurusan Risiko – HIRARC di UPMU (26 Mac 2015) - Taklimat KKP di UTM KL (3 April 2015) - Bengkel Permurnian HIRARC di FP (5 April 2015)

AUDIT AKKP 2014 Aktiviti pengauditan untuk Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2014 (AKKP 2014) bersempena Anugerah Citra Karisma 2015 ( Mac – April 2015)


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (Kerjasama Bahagian Keselamatan, PHB & PKU) PTJ yang mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan: 1. Kolej Tun Fatimah (12 Mac 2015) 2. Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan (30 April 2015) 3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik (27 Mei 2015) 4. Menara Razak UTMKL (12 Ogos 2015) 5. Fakulti Sains (27 Oktober 2015) 6. Kolej Tuanku Canselor (3 November 2015) 7. Akademi Bahasa (16 November 2015) 8. Fakulti Pengurusan (29 November 2015) 9. Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (3 Disember 2015) 10. MJIIT UTMKL (15 Disember 2015) 11. Kolej Siswa Jaya UTMKL (15 Disember 2015) 12. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (16 Disember 2015) 13. Pejabat Harta Bina (17 Disember 2015) 14. Pejabat Bahagian Keselamatan UTM Johor (21 Disember 2015) PTJ yang mengadakan taklimat Latihan Pengungsian Bangunan: 1. Kolej Perdana (2 Jun 2015) 2. Fakulti Komputeran (20 Ogos 2015) 3. ICC (10 September 2015) 4. Unit Perhubungan Alumni (1 Oktober 2015) 5. Kolej Datin Seri Endon (22 Oktober 2015) 6. Perpustakaan PSZ & PRZS (29 Oktober 2015) 7. Kolej Dato Onn Jaafar (19 Disember 2015)

10


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

MESYUARAT KKP (Mesyuarat JKKP Induk UTM) Bil. Mesyuarat

Tarikh

Tempat

1

15 Mac 2015

Bilik Mesyuarat Dekan, FBME

2

17 Jun 2015

Bilik Mesyuarat Utama, CICT

3

30 September 2015

Bilik Mesyuarat Dekan, FBME

4

3 Disember 2015

Bilik Mesyuarat Dekan, FBME

(MBKKP (Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IPT (Awam & Swasta) & IPP (Institut Pembangunan Penyelidikan))

Bil. Mesyuarat

Tarikh

Tempat

1

1 Jun 2015

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

11


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

LATIHAN/KURSUS/BENGKEL KKP Bengkel Audit Dalaman MS1722:2011 & OHSAS18001:2007 19 – 21 Januari 2015

Program CHEMCLASS@UniSchool (Dengan kerjasama pihak DOSH Malaysia) 8 Jun 2015

12


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

13

Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Awam (Dengan kerjasama pihak Akademi Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Selangor.) 17 – 19 Mei 2015

Kursus Perlindungan Sinaran (Dengan kerjasama pihak HCD UTM) 16 – 18 Ogos 2015


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

14

Kursus-Kursus Kompetensi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bagi Pematuhan Perundangan OSHA 1994 (Akta 514) (Peraturan – Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) USECHH, 2000) - Industrial Hygiene Technician (Chemical Monitoring) – IHT1 (5 – 9 Oktober 2015) - Industrial Hygiene Technician 2 (Inspection, Testing & Examination of Engineering Control Equipment) – IHT2 (14 – 18 Disember 2015) - Chemical Health Risk Assessor (CHRA) ( 3 – 14 April 2016 & 7 – 18 Mac 2016) - Occupational Health Doctor (Mei 2015)]

Biosafety Training Workshop (Dengan kerjasama Malaysian Biosafety & Biosecurity Association (MBBA) dan UiTM)


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Bengkel Pemantapan HIRARC (Dengan kerjasama pihak HCD UTM) 28 Oktober 2015

PEMANTAUAN KKP -Aktiviti kerja oleh pihak kontraktor di dalam UTM (Kerjasama pihak PHB dan Bahagian Keselamatan)

15


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Bil 1.

Nama -PM Dr. Johan -PM Dr. Jafariah -Dr. Yahya -En. Ab Hanan -En. Mohd Azri -Pn. Intan Nordiana -En. Mohd Hanif -Pn. Nor Izyawaty -En. Abd Aziz

Jawatan Pengarah TP TP PS PPS PPS PJ PT (P/O) FT

Kursus Bengkel Audit Dalaman MS1722:2011 & OHSAS18001:2007

Tarikh 19 – 21 Jan

2.

-En. Ab Hanan

PS

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal IPTA Ke 12

9 Februari

3.

-PM Dr. Jafariah -Dr.Yahya -En. Ab Hanan

TP TP PS

Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan USM 2015. 'Keselamatan & Kesejahteraan Kampus Tanggungjawab Bersama'

3 – 4 Mac

4.

-PM Dr. Jafariah -En. Mohd Azri -Pn. Intan Nordiana

TP PPS PPS

Join In Building A Culture Of Preventive On OSH

28 Apr

5.

-PM Dr. Jafariah -En. Ab Hanan -En. Mohd Azri -Pn. Intan Nordiana

TP PS PPS PPS

Program CHEMCLASS@UniSchool

8 Jun

6.

-PM Dr Suhairul -En. Mohd Hanif

TP PJ

Radiation Protection Conference & Workshop 2015

9 – 11 Jun

7.

-En. Mohd Azri -Pn. Intan Nordiana -En. Mohd Hanif

PPS PPS PJ

Seminar Ar-Rayyan

21 Jun

16


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

8.

-PM Dr Jafariah

TP

Train The Trainer Training Management for Business, NIOSH

26 – 30 Jul

9.

-Dr.Yahya -En. Mohd Azri

TP PPS

OSH Week 2015, DOSH Johor

4 Ogos

10.

-PM Dr Suhairul -En. Ab Hanan

TP PS

Train The Trainer, Pusat Latihan UTM

3,4,5,10,11 Ogos

11.

Pn. Intan Nordiana

PPS

Biorisk Management Awareness Workshop

2 Sept

11.

Pn. Intan Nordiana

PPS

Kursus Industrial Hygiene Technician (Chemical Monitoring) – IHT1, NIOSH Bangi

5 – 9 Okt

12.

-PM Dr. Johan -En. Ab Hanan

P PS

Kursus HIRARC & HADDON

24 – 25 Okt

13.

En. Mohd Azri

PPS

Kursus Industrial Hygiene Technician 2 (Inspection, Testing & Examination of Engineering Control Equipment) – IHT2 NIOSH Bangi

14 – 18 Dis

17


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

LAWATAN KERJA DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) Lawatan Kerja Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 22 Disember 2015

Lawatan Kerja Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) 7 Disember 2015

18


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Lawatan Kerja Pelajar Kursus Psikologi Kolej Universiti Islam Melaka 9 November 2015

Lawatan Kerja Unit KKP UiTM Pasir Gudang 7 Oktober 2015

19


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

20

STATISTIK INSIDEN DI UTM SEPANJANG TAHUN 2015 (BERDASARKAN ADUAN DAN PEMANTAUAN)

Bil

Kategori Jan-Mac

1 2 3 4

5

6

Kemalangan Pekerjaan Kemalangan Nyaris Kebakaran Tindakan Tidak Selamat 4.1 Kerja Tempat Tinggi 4.2 Tidak Memakai PPE 4.3 Tiada Prosedur Kerja Keadaan Tidak Selamat 5.1 Bumbung/Siling Runtuh 5.2 Serangan Kulat 5.3 Pokok Tumbang 5.4 Tanah Runtuh 5.5 Gangguan Binatang Liar 5.6 Salahguna Peralatan Bomba 5.7 Keselamatan Elektrik 5.8 Lain-lain Pencemaran Sungai JUMLAH

Bulan Apr-Jun Jul-Sept

Jumlah Okt-Dis

1 1 3

1 0 1

1 1 2

0 0 0

5 13 4

5 12 6

0 0 0

2 3 4

3 2 6 54

89 2 0 1 0 10 4 3 21 0 68

3 0 0 0 4 4 1 17 0 54

0 0 0 0 0 1 0 1 0 6

1 0 1 0 3 1 1 10 0 26

Jadual: Kategori insiden berlaku di UTM sepanjang tahun 2015 (Berdasarkan Aduan dan Pemantauan)

0 154


Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

Rajah: Statistik Insiden Di UTM Sepanjang Tahun 2015

21


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.