Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), UTM

Page 1


SENARAI KUMPULAN KIK

Au


KANDUNGAN 2

Pengenalan KIK UTM

3

Senarai Panel Juri

4-5

Kriteria Penilaian

6-19

Ringkasan Projek Kumpulan

20

Senarai Pemenang KIK 2012

21

Senarai Pemenang KIK 2013

22

Rasional Logo


PENGENALAN Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UTM adalah aktiviti kualiti yang diadakan setiap tahun bagi menggalakkan staf secara berkumpulan menjana idea-idea kreatif dan inovatif dalam menambah baik atau menyelesaikan masalah pada proses atau penghasilan kerja. Ianya pertama kali diadakan pada tahun 2005 dan Konvensyen KIK Peringkat UTM bagi tahun 2013 adalah merupakan konvensyen kali kesembilan. Kumpulan Inovatif dan Kreatif adalah merupakan satu pendekatan kualiti untuk menyelesaikan masalah ditempat kerja dengan penghasilan kaedah yang boleh memberi impak dari segi penjimatan, produktiviti dan keberkesanan. Konvensyen KIK Peringkat UTM pada kali ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Pengurusandan Kategori Teknikal. Melalui konvensyen ini, ianya dapat memberi peluang kepada kumpulan KIK yang berjaya menyiapkan projek, mempersembahkan projek mereka di peringkat UTM.

Ia juga boleh menjadi platform kepada staf dari bahagian/fakulti lain untuk mempelajari teknik dan pendekatan yang digunakan bagi permasalahan yang dibentangkan dan kaedah penyelesaian secara sistematik. Selain daripada itu, program ini dapat mengetengahkan bakat dan meningkatkan keyakinan diri staf dalam membuat persembahan, melahirkan idea-idea yang kreatif dan inovatif serta membina keupayaan dan kemahiran menjawab soalan juri yang memerlukan maklum balas spontan.

Justeru, melalui platform ini juga diharap para peserta dapat mempertingkatkan kompetensi diri, membudayakan kerja berpasukan, membina keupayaan menganalisa punca sesuatu masalah dan berusaha menyelesaikannya secara efektif dengan menggunakan “quality tools� yang bersesuaian.

Kategori Pengurusan Kategori Pengurusan merupakan projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contoh projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan serta faedah-faedah lain. Kategori Teknikal Kategori Teknikal merupakan projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti Kejuruteraan, Seni Perusahaan (Industrial Arts) dan Sains Gunaan (Applied Science). Masalah projek yang dikenal pasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pengubahsuaian reka bentuk peralatan lama kepada baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru.

2


SENARAI PANEL JURI

Tuan Hj. Abu bin Mohamad Mantan Pegawai Program Institiut Tadbiran Awam Negara (INTAN) No. 10, Jalan Intan 3/5, Taman Intan, 86000, Kluang, Johor Darul Takzim. Encik Zainudin bin Hj. Elias Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Pejabat Wilayah Selatan, No. 8, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Puan Hjh. Sumiyati binti Nawawi Pengurus Kanan, SIRIM Johor, No.3, Jalan Teknologi 5, Taman Teknologi Johor, 81400, Senai, Johor Darul Takzim.

3


KRITERIA PENILAIAN Markah Maksimum

Kriteria Penilaian

Item

Wajaran

1.0

Pengenalan

50

1.1

Latar belakang jabatan, kumpulan dan pemilihan kumpulan diterangkan

20

2

1.2

Kumpulan membuktikan penyertaan dan keberkesanan perancangan projek

30

3

2.0

Pemilihan Projek dan Definisi

150

2.1

Kumpulan menerangkan dengan jelas bagaimana dan kenapa projek menjadi pilihan

80

8

2.2

Projek diterangkan dengan jelas. Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan

40

4

2.3

Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian latar belakang dan maklumat serta data-data masa lepas

30

3

3.0

Analisis dan Penambahbaikan

3.1

Peluang penambahbaikan telah dikenal pasti berdasarkan data/maklumat mencukupi yang telah dikumpul melalui pelbagai cara dan alat-alat yang bersesuaian

3.2

250

80

8

Analisis secara sistematik dan penilaian sebab-sebab yang berpotensi dibuat untuk mengesahkan sebab-sebab tersebut dengan penggunaan alat yang bersesuaian

120

12

3.3

Pengesahan dan validasi peluang penambahbaikan/ sebabsebab yang dibuat dengan menggunakan pelbagai kaedah

50

5

4.0

Penyelesaian/Pelaksanaan Kreatif dan Inovatif

200

4.1

Kumpulan telah mengenal pasti pelbagai potensi tindakan/penyelesaian kreatif dan inovatif

50

50

4.2

Kumpulan telah menilai setiap penyelesaian alternatif dengan berhati-hati berdasarkan kepada pemilihan akhir berasaskan kriteria yang sesuai (kelebihan dan kekurangan diambil kira)

70

7

4.3

Kumpulan telah menilai penyelesaian akhir yang kreatif dan inovatif ke atas objektif yang disasarkan

30

3

4.4

Kumpulan telah membuat dan melaksanakan penyelesaian kreatif dan inovatif dengan jayanya (kesulitan/halangan atau bagaimana ia diatasi, dijelaskan)

50

5

4


Item 5.0

Markah Maksimum

Kriteria Penilaian

Wajaran

100

Pemantauan dan Penyeragaman Kumpulan telah membuat pemantauan yang mencukupi dan sistematik bagi memastikan penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara

50

5

5.2

Kumpulan berupaya membuat pembaikan bagi memastikan penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara

20

2

5.3

Langkah-langkah telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru telah disokong, diguna pakai, didokumenkan dan dikongsi

20

2

5.4

Tindakan-tindakan telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru yang diguna pakai telah diseragamkan dan diselenggara

10

1

6.0

Pencapaian dan Penciptaan Nilai

200

6.1

Gambaran jenis-jenis dan kuantum pencapaian dan penciptaan nilai

70

7

6.2

Penyesuaian sasaran pencapaian sebenar telah dibuat (kos di luar jangkaan dijelaskan)

30

3

6.3

Pemilihan penyelesaian telah dikenal pasti mengikut keunikan di peringkat syarikat/industri/kebangsaan dan antarabangsa

40

4

6.4

Kesan-kesan pencapaian dan penciptaan nilai kepada persekitaran, komuniti dan ahli-ahli kumpulan dinyatakan

30

3

6.5

Kumpulan menyediakan bukti pengesahan dan validasi pencapaian dan penciptaan nilai

30

3

7.0

Persembahan Projek

50

7.1

Persembahan yang kemas, turutan yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan

30

3

7.2

Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik

20

2

Jumlah

1000

5.1

5

100


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK KATEGORI

: : : :

BEST FAKULTI SAINS KELEWATAN CAPAIAN REKOD ASET ALIH DAN INVENTORI TEKNIKAL

(I) Latar Belakang Projek Projek ini dicadangkan dan dibangunkan bagi membantu fakulti untuk: (a) Menjimatkan kos pengurusan dengan pengurangan kes kehilangan aset (b) Lokasi aset dapat diselia dengan baik (c) Daftar harta lengkap dan sistematik (d) Suasana fakulti lebih lestari dengan pelupusan yang lebih sistematik (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Kesukaran mendapatkan dokumen aset/surat pendaftaran (KEW.PA-2 & KEW.PA-3) (b) Garis panduan kurang jelas dan penyebaran panduan arahan tidak menyeluruh (c) Sistem pelekat yang tidak berkualiti (d) Kurang pengawasan dari staf yang bertanggungjawab (e) Persekitaran tidak selesa dan selamat (kawalan) (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Membangunkan satu sistem di mana sistem tersebut menyimpan segala maklumat dan rekod mengenai aset harta tetap dan inventori (peralatan) yang dibeli/diterima seperti lokasi penempatan dan staf yang bertanggungjawab serta maklumat pelupusan melalui QR-Code yang dikeluarkan selepas mengisi borang daftar harta tersebut. QR-Code yang dikeluarkan adalah dalam bentuk pelekat/label yang berkualiti. Bagi tujuan pelupusan pula, staf berkenaan hanya perlu mengemaskini maklumat aset/inventori tersebut dalam borang daftar harta dan sistem. Untuk mengetahui bahawa status aset/inventori tersebut samada berkeadaan baik atau sudah lupus, hanya perlu mengimbas (scan) sahaja QR-Code yang dilekatkan pada aset tersebut. (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Mengurangkan kos pengurusan melalui pengurangan kehilangan aset (b) Mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat lengkap/surat beranak tentang sesuatu aset tersebut melalui barcode yang telah diimbas (scan) (c) Tidak memerlukan staf yang ramai untuk mengendalikan proses kerja tersebut (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan Projek yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan kepada sebahagian objektif jabatan iaitu: (a) Menyediakan persekitaran kondusif bagi pertukaran pengetahuan, pandangan dan idea inovatif. (b) Menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup, pengawalan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli.

6


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN

: :

TAJUK PROJEK KATEGORI

: :

DOSIS PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA DAN ALUMNI PEMBAZIRAN STOK BEKALAN (UBAT DAN BUKAN UBAT) PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Pengurusan ubat-ubatan di sebuah Pusat Kesihatan amatlah penting untuk memastikan bekalan ubat-ubatan yang sentiasa mencukupi dan tersedia untuk digunakan terutama dalam waktu-waktu kecemasan dan kritikal. Walaubagaimanapun, pengurusan yang tidak cekap, boleh menyebabkan berlakunya lambakan ubat sehingga ubat tidak boleh digunakan kerana telah tamat tempoh, penggunaan ruang penyimpanan ubat yang tidak cekap dan meningkatkan kos pembelian yang tidak sepatutnya. Oleh itu, selaras dengan pengurusan kewangan yang berhemah yang disarankan oleh UTM, Pusat Kesihatan Universiti mengambil inisiatif untuk mengenal pasti permasalahan pengurusan bekalan ubat-ubatan agar stok bekalan ubat-ubatan berada di tahap yang optimum dan membuat pesanan apabila diperlukan sahaja. Ini akan dapat memastikan bekalan ubat-ubatan yang mencukupi, sentiasa boleh digunakan dan penggunaan ruang yang efisien. (ii) Punca - Punca Utama Masalah Kaedah: (a) Kekangan masa (b) Jenis rak kurang sesuai Bahan: (a) Stok yang diterima hampir (b) Tamat tempoh (c) Stok lambat bergerak Manusia : (a) Ramai pesakit (b) Kurang peka (c) Kurang informasi baki stok Persekitaran: (a) Ruang terhad (b) Stok tidak diasingkan Peralatan: (a) Rak penyimpanan kurang sesuai (b) Tiada “Alert Expired� (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Mewujudkan User Data Base di setiap bilik doktor. Baki stok sebelum tamat tempoh luput dapat dilayari oleh setiap doktor.

7


(iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai Faedah yang diperolehi : (a) Membuat pembelian ubat-ubatan apabila mencapai tahap yang ditentukan sahaja. (b) Pengurusan Kewangan lebih berhemah dan digunakan bagi keperluan yang mengikut perancangan. (c) Penggunaan tenaga kerja yang minima untuk membuat pemeriksaan bekalan ubat-ubatan kerana laporan telah disediakan secara sistematik. (d) Pengurusan masa lebih cekap dan staf boleh melakukan kerja-kerja lain yang berkaitan. (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan (a) Dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan yang mendapat perkhidmatan rawatan kesihatan. (b) Pengurusan Kewangan yang berhemah dan setiap pembelian dilakukan mengikut perancangan yang sistematik. (c) Berupaya meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan.

8


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK

: : :

KATEGORI

:

BERLIAN PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA DAN ALUMNI KESUKARAN MENGESAN INVENTORI DAN HARTA PEJABAT HEMA PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Setiap tahun Pejabat HEMA akan membuat pembelian inventori dan harta untuk keperluan meningkatkan perkhidmatan yang diberi kepada pelajar. Setiap pembelian direkod secara manual dan menimbulkan masalah untuk dikesan apabila bertukar Pejabat dari satu bangunan ke tempat yang baru. Pejabat Bendahari akan melakukan semakan ke atas inventori dan harta setiap tahun, dan ini menimbulkan kesukaran kepada staf untuk mengenal pasti peralatan dari segi lokasi dan bertambah sukar bila peralatan tiada pelekat yang biasa digunakan untuk pengenalan. Ini boleh menyebabkan peralatan dibawa keluar tanpa pengetahuan dan seterusnya menimbulkan pembaziran kepada pihak Universiti. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Kesukaran untuk mengakses data/maklumat dengan segera (b) Tiada pelekat UTM pada peralatan dan inventori (c) Lokasi inventori dan harta tidak dinyatakan secara spesifik (iii)Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Memperkenalkan Pengurusan On-Item (Online – Inventory System). Kebaikannya adalah seperti: (a) Data mudah dicari (b) Mengurangkan kerja secara manual (c) Lebih sistematik/cepat (d) Penstoran data besar (iv)Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Menjimatkan proses carian status aset (b) Tidak memerlukan bilangan staf yang ramai (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan (a) Membangunkan sistem pengkalan data maklumat (b) Meningkatkan imej dan kualiti pengurusan HEMA (c) Mampu menjadikan pengurusan inventori dan harta lebih berkesan dan bersistematik

9


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK KATEGORI

: : : :

SPARK PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA DAN ALUMNI PEMBAZIRAN ELEKTRIK DI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR UTM PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Trend kenaikan bil elektrik di kolej-kolej kediaman pelajar yang semakin meningkat amat membimbangkan. Statistik menunjukkan terdapat elemen pembaziran seperti tidak menutup suis lampu/kipas apabila tidak digunakan. Penggunaan tenaga elektrik oleh pelajar yang tidak terkawal perlu ditangani secara serius dengan kaedah yang berkesan untuk membantu universiti menjimatkan wang dan tenaga elektrik ke arah persekitaran yang lebih lestari. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Peralatan : pelajar bawa alat elektrik yang tidak dibenarkan (b) Manusia : kurang kesedaran/prihatin (c) Persekitaran : peningkatan aktiviti/program pelajar (d) Kaedah : kurang kempen kesedaran (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Meningkatkan tahap kesedaran pelajar tentang penjimatan tenaga elektrik serta inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh pihak universiti melalui kempen-kempen kesedaran yang efektif & berterusan. (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Pengurangan/penjimatan kos, masa dan sumber manusia (b) Membantu universiti menjimatkan tenaga elektrik dengan mengurangkan kos kewangan (bil utiliti) (c) Meningkatkan tahap kesedaran pelajar ke arah 'sustainable' (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan (a) Meningkatkan perkhidmatan & prasarana dengan kos berpatutan termasuk penjimatan kos elektrik (b) Meningkatkan imej university melalui pelbagai inisiatif/kempen seperti 'green campus', 'sustainable campus' & persekitaran yang lestari

10


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN

: :

TAJUK PROJEK KATEGORI

: :

INSPIRE BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN (HCM), PEJABAT PENDAFTAR KELEWATAN PENYEDIAAN PELAPORAN PERANGKAAN STAF PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Projek dipilih berdasarkan pemilihan masalah utama hasil daripada edaran borang soal selidik. Pemilihan masalah utama dibuat berdasarkan skala tertinggi di mana masalah Kelewatan Penyediaan Pelaporan Perangkaan Staf mencatatkan skala tertinggi iaitu 159 jumlah skor. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Seorang penyalur maklumat (b) Data tidak tepat (c) Pembaziran kertas (d) Rekod penyimpanan secara konvensional (manual) (e) Penghantaran data melalui emel (f) Sistem sedia ada tidak efisien (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Pembinaan Sistem Pelaporan Perangkaan Staf (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Masa capaian maklumat bagi setiap proses permohonan dapat dikurangkan daripada 9 jam kepada 4 jam (b) Kos kertas, toner dan pembiayaan kerja lebih masa serta penggunaan tenaga kerja dapat dikurangkan (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan Perlaksanaan projek ini akan dapat memenuhi ketetapan tempoh masa penyampaian maklumat dalam tempoh 4 jam sebagaimana petikan ucapan yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

11


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN

: :

TAJUK PROJEK

:

KATEGORI

:

HCD UNITY BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (HCD), PEJABAT PENDAFTAR PENGURUSAN MESYUARAT PANEL PEMBANGUNAN PROFESIONAL YANG KURANG EFISIEN PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Unit Pembangunan Profesional (HCD) menguruskan hal ehwal staf yang bercuti belajar, cuti sabatikal, latihan ikhtisas dan post doctoral kepada staf. Ini selaras dengan pencapaian Universiti yang berstatus Universiti Penyelidikan. Proses kerja yang manual telah menyebabkan pengurusan Mesyuarat Panel Pembangunan Profesional mempergunakan masa, bahan dan tenaga kerja yang banyak. Ini mencetus kepada penyelesaian ke arah pejabat berautomasi dan elektronik. Ia juga menyahut seruan Universiti dengan mengamalkan kampus lestari serta seiring dengan dasar kerajaan membudaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan kakitangan awam. (ii) Punca - Punca Utama Masalah Cara kerja lama dan pengurusan mesyuarat yang konvensional menyebabkan penyediaan mesyuarat memerlukan masa yang lama. Ini akan meningkatkan kos operasi serta menjejaskan imej jabatan. Salinan dokumen mesyuarat yang banyak menyumbang kepada masalah ini di samping masalah mesin. (iii)Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif (a) Memendekkan waktu penyediaan mesyuarat dengan lebih lestari dan berautomasi. (b) Mewujudkan sistem pengimbas dokumen dan maklumat dihantar secara terus ke komputer. Medium ICT dijadikan platform pengurusan mesyuarat yang baru dengan dokumen secara softcopy dan dapat diakses secara maya oleh ahli mesyuarat. (iv)Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Membantu menjimatkan kos penyediaan mesyuarat Panel Pembangunan Profesional sebanyak RM2,647.90 setahun (b) Mengurangkan penggunaan kertas dan menyuburkan amalan kampus lestari (c) Memudahkan capaian dokumen (d) Memendekkan proses kerja dalam penyediaan mesyuarat dari 5 hari kepada 2 hari (e) Memudahkan panel mesyuarat membuat semakan terhadap dokumen mesyuarat (f) Budaya kerja staf lebih efisien dan bersistematik (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan Ia dapat mencapai objektif HCD untuk membuka peluang latihan melalui perkhidmatan latihan jangka panjang. Untuk mendapatkan pengurusan latihan jangka panjang yang berkualiti, penyediaan Mesyuarat Panel Pembangunan Profesional yang efisien sangat perlu dan proses kerja yang mudah, cepat, dan bersistematik dapat meningkatkan imej HCD khususnya dan UTM amnya.

12


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK

: : :

KATEGORI

:

AURUM FAKULTI SAINS MASALAH SEMAKAN GILIRAN STATUS ANALISIS SAMPEL DI MAKMAL RESONANS MAGNET NUKLEUS (RMN), FAKULTI SAINS PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Projek ini merupakan sebuah sistem pengurusan sampel untuk analisis Resonans Magnet Nukleus (RMN). Terdapat dua buah alat RMN yang digunakan, ia boleh beroperasi dalam kaedah cecair dan pepejal. Alat ini penting kepada pengesahan terakhir molekul organik, tak organik, polimer dan banyak lagi. Alat RMN sangat mahal berharga jutaan ringgit setiap satu. Hatta pentingnya alat ini dalam penyelidikan dan pengajaran maka ia menjadi kaedah popular sekarang ini. Maka pertambahan pengguna yang terdiri daripada pelajar pasca ijazah, tahun akhir dan pengguna dalam dan luar UTM. Kesannya sudah pasti menjadikan alat ini begitu sibuk sekali. Pengguna tidak sabar untuk mengetahui status dan hasil kerja mereka. Oleh yang demikian pengguna amat mengharapkan agar sampel yang dihantar dapat dianalisis dengan cepat. Oleh itu banyak pertanyaan diterima melalui telefon, datang sendiri ke makmal, melalui emel dan sebagainya. Maka suatu sistem pengurusan sampel yang cekap adalah diharapkan. Bahkan jika dibandingkan dengan harga alat yang mahal sudah sepatutnya sebuah sistem pengurusan yang cekap dan diyakini perlu diwujudkan sekali gus memberikan keyakinan pengguna yang berurusan dengan makmal ini. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Kesukaran untuk menyemak status analisa sampel kerana sampel yang dihantar terlalu banyak melebihi 2 ribu sampel setahun. (b) Sampel direkod dalam Buku Terima & Analisis Sampel (Buku Log) dan jika terlalu banyak maka ia semakin sukar untuk semakan status sampel. (c) Kedudukan makmal RMN adalah terlalu jauh dari makmal penyelidikan utama (hampir 500 meter). (d) Pelajar dan pengguna RMN akan menggunakan telefon samada sendiri atau UTM atau pergi ke makmal. Malangnya kadang kala sampel belum dianalisis. (e) Pertanyaan yang banyak memberi gangguan kepada tugas utama operator untuk menjalankan operasi alat yang melibatkan proses tuning dan set-up parameter.

13


(iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif (a) Membangunkan sistem perisian komputer, e-SSNMR (elektronik-Status Sampel RMN) ke arah perkhidmatan yang lebih efisien. - Sebuah perisian yang boleh memberi maklumat status analisis sampel yang telah dihantar ke makmal RMN secara Local Networking - Alamat: kiminv.utm.my/nmr. (b) Perancangan Masa Depan: - Pengguna boleh mengetahui status analisis sampel melalui internet. - Status analisis sampel untuk lain instrumen dalam3 jabatan seperti Jabatan Kimia, Fizik dan Matematik. - Memberi kelebihan kepada pengurusan dengan mengetahui jumlah sampel dan analisis yang telah dilaksanakan. - Ini penting dalam perancangan seperti penyediaan keperluan aksesori, bahan pelarut, dan aspek penyenggaraan. (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai Jumlah sampel diterima: lebih 1500 setahun Jumlah analisa sampel RMN: Lebih 2500 Jumlah kos analisa: RM250 ribu setahun (dibanding dengan kos setiap ujian) Jumlah pelajar PhD/MSc/PSM/Luar UTM: 100 orang setahun Kadar Ujian RMN bagi satu sampel: Proton=RM100.00/Karbon13=RM150.00/COSY=200/DEPT=RM250.00/HMBC=RM250.00/ HMQC=RM250.00/RMN Pepejal=RM300.00 Keseluruhan ujian bagi 1 sampel RM1,200.00 hingga RM1,500.00. (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan (a) Membantu pengguna dan pelajar dalam mengelakkan pembaziran bil telefon pelajar dan UTM. (b) Rasa tanggungjawab yang tinggi kepada harta benda UTM khususnya alat RMN yang mahal dan penting. (c) Jabatan memberi peluang kepada stafnya untuk memberikan sumbangan idea. (d) Kemudahan kepada operator alat dalam memberi tumpuan yang maksima kepada pengendalian alat tanpa banyak gangguan daripada pengguna. (e) Mengurangkan kesilapan dan kerosakan besar alat RMN dan boleh merugikan serta gangguan tumpuan tugas kepada operator dan melemahkan pengurusan jabatan. (f) Proses pembelajaran dalam jabatan berjalan lancar. (g) Rekod dan data disimpan secara sistematik dan boleh digunakan semula bagi tujuan pengurusan dan penyenggaraan. (h) Matlamat akhir sistem memberi faedah apabila sistem ini dapat diakses melalui web Fakulti Sains untuk tiga buah jabatan dengan jumlah alat melebihi 20 buah untuk alat utama.

14


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN

: :

TAJUK PROJEK KATEGORI

: :

HCD RESOLVE BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (HCD), PEJABAT PENDAFTAR PENGURUSAN INVENTORI ALAT TULIS KURANG SISTEMATIK PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Projek dipilih berdasarkan pemilihan masalah melalui senarai masalah yang telah disenaraikan melalui teknik percambahan minda. Setiap masalah telah dicadangkan dan dibuktikan dengan sumber rujukan. Kumpulan kami telah menggunakan teknik force ranking melalui pengukuran tahap kritikal dan keupayaan untuk mendapatkan senarai pendek tiga masalah utama. Pemilihan masalah utama hasil daripada kajian peratusan kekerapan masalah yang berlaku berdasarkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 65% bagi masalah Pengurusan Rekod Keluar Masuk Alat Tulis HCD kurang sistematik. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Cuai letak stok kad (b) Rekod tidak tersusun (c) Rekod mengelirukan (d) Data hilang (e) Stok kad hilang dan rosak (f) Stok kad terlalu banyak (g) Baki stok alat tulis tidak diketahui (iii)Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Pembinaan Excel VBA Rekod Keluar Masuk Alat Tulis HCD Berkomputer (SAB) (iv)Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Dapat mengurangkan masalah kehilangan alat tulis (b) Pengurangan lambakan stok alat tulis (c) Dapat mewujudkan had penggunaan alat tulis bagi setiap staf (d) Dapat mewujudkan kuantiti pesanan semula secara automatik bagi memastikan stok sentiasa ada apabila diperlukan (e) Dapat mewujudkan laporan penggunaan alat tulis di HCD (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan Perlaksanaan projek ini dapat : (a) Memenuhi permintaan pengurusan bagi mengurangkan masalah kehilangan alat tulis. (b) Perancangan kewangan untuk penggunaan alat tulis dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik. (c) Menjamin maklumat dan rekod sentiasa bersepadu, lengkap, tepat dan selamat.

15


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN

: :

TAJUK PROJEK

:

KATEGORI

:

ECO LESTARI UNIT LANDSKAP, BAHAGIAN PENYENGGARAAN DAN UBAHSUAI, PEJABAT HARTA BINA PROJEK W2W DALAM PROSES KITAR SEMULA SISA MAKANAN TEKNIKAL

(I) Latar Belakang Projek Pemantauan terhadap pembuangan sampah pepejal dari kampus UTM dari tahun 2009 hingga 2012 didapati meningkat sebanyak 8% setahun. Sehingga tahun 2012 sahaja sebanyak 3520.42 tan sampah telah dibuang dengan kosnya berjumlah RM 425,800.00. 5%- 30% darinya merupakan sisa makanan yang boleh dikitar semula. Kumpulan Eco Lestari telah melancarkan projek kitar semula sisa makanan untuk mengurangkan peningkatan kadar pembuangan sampah pepejal. Projek tertumpu kepada penggunaan sisa makanan untuk tujuan penghasilan bahan makanan ternakan. Objektif utama projek adalah untuk mengamalkan amalan 3R dan seterusnya menukar suasana kampus kepada yang lebih mampan dan lestari. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Aktiviti bakteria pengurai sisa makanan (b) Ekologi pembiakan lalat (c) Tulang-tulang (sisa) yang pelbagai saiz (d) Campuran sampah bukan organik (e) Kelembapan dan air hujan (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif (a) Program Pungutan Sisa Berjadual (b) Pembentukan pallet makanan ternakan (Animal Fooder) (c) Penggunaan kawalan biologi (HOB) (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Pengurangan kos pelupusan sisa pepejal UTM (b) Pengurangan bau busuk pada laluan operasi lori sampah (c) Penubuhan Pusat Pemprosesan Bio (d) Penjimatan kos terhadap projek penternakan pelajar (keusahawanan) (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan (a) Pengurangan kos pelupusan sisa pepejal UTM RM 19,920.00 setahun (b) Pengurangan bau busuk pada laluan operasi lori sampah (c) Penjimatan Kos Pengeluran Ternakan (pembelian bahan makanan) sebanyak RM2,000.00 sebulan

16


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK

: : :

KATEGORI

:

5K PERPUSTAKAAN UTM MEMPERCEPATKAN PROSES PEMINJAMAN, PEMULANGAN DAN PENYUSUNAN KOLEKSI TESIS PENGURUSAN

(I) Latar Belakang Projek Mengikut statistik pada tahun 2010, sebanyak 4,000 helai kertas bersaiz A4 telah digunakan untuk mencetak 16,000 helai slip rujukan tesis. Pihak kumpulan 5K, menganggap situasi ini sebagai satu pembaziran berdasarkan 3 faktor, salah satu daripadanya ialah slip yang digunakan bukanlah sebagai rekod permohanan tetapi lebih kepada sebagai penanda yang digunakan oleh staf bagi memudahkan untuk menyusun semula tesis di tempat asal. Selepas tesis disusun semula, slip yang dijadikan sebagai penanda itu akan dibuang. Walaupun slip tersebut digunakan sebagai penanda, kesilapan menyusun tesis masih juga berlaku. Oleh yang demikian, pihak kumpulan 5K menganggap pembaziran ini perlu dihentikan. Dengan itu, terhasillah sebuah penanda yang boleh diguna semula di mana ianya merupakan penanda rak yang memudahkan proses penyusunan semula tesis ke tempat asal tanpa sebarang kesilapan, tekanan, tepat dan cepat. Selain itu, ianya secara tidak langsung dapat mempertingkatkan proses pengesanan bahan dan mempertingkatkan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan tesis dengan lebih efektif dan efisien. (ii) Punca - Punca Utama Masalah (a) Tiada alat penanda yang lain selain slip (b) Slip yang dicetak terlalu besar (c) Pengguna tersilap mengisi borang (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif (a) Mencipta penanda rak yang boleh diguna semula (b) Mengecilkan saiz slip (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai (a) Penjimatan kos : RM400.00 setahun (b) Penjimatan masa menyusun : 7 minit kepada 2 minit untuk 10 buah tesis (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan (a) Memberi perkhidmatan maklumat kepada pelanggan (b) Mengurus maklumat yang menepati keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan UTM

17


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK

: : :

KATEGORI

:

VOLTANAGE FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK MENAMBAH BAIK KELENGKAPAN BAIK PULIH KABEL BAGI AKTIVITI PENYELENGGARAAN TEKNIKAL

(I) Latar Belakang Projek Kerja-kerja penyenggaraan peralatan uji kaji serta kabel-kabel penyambung mestilah dijalankan dari semasa ke semasa atau berkala bagi memastikan setiap peralatan boleh digunakan. Penambahbaikan yang disumbangkan oleh kumpulan ini ialah mereka bentuk tempat menguji dan baik pulih pelbagai jenis kabel yang terdapat di dalam makmal. (ii) Punca - Punca Utama Masalah Tiada tempat pengujian yang khusus (iii) Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Mereka bentuk tempat menguji kabel pelbagai jenis yang dilengkapi dengan ruang penyimpanan kabel dan bekalan kuasa dikenali sebagai Portable Cable Tester & Storage. (iv) Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai Hasil reka cipta kumpulan adalah seperti: (a) Kerja penyenggaraan dan penyusunan lebih mudah (b) Penjimatan masa pengujian kabel (c) Mengiktiraf kemahiran staf makmal (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan Penghasilan projek ini membantu menaikkan imej jabatan atau organisasi di kalangan pelanggan terutama pelajar, kakitangan, ibu bapa dan pelawat dari dalam dan luar negara. Ianya secara tidak langsung mempromosi fakulti kepada pihak luar.

18


NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN TAJUK PROJEK KATEGORI

: : : :

DE DOOR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK PENGUMPULAN DATA KESAN HARMONIK LEBIH SISTEMATIK TEKNIKAL

(I) Latar Belakang Projek Penghasilan keputusan uji kaji yang tepat di Makmal Pengajaran adalah dengan menggunakan kemudahan peralatan uji kaji yang baik dan sentiasa sedia untuk digunakan. Staf makmal turut bertanggungjawab untuk memastikan peralatan yang disediakan adalah mencukupi dan membantu pelajar semasa uji kaji dijalankan. Projek ini dibangunkan bagi menambah baik peralatan uji kaji yang melibatkan pengumpulan data kesan gangguan terhadap bekalan kuasa yang dikenali sebagai harmonik yang tidak sistematik. (ii) Punca - Punca Utama Masalah Peralatan yang menyumbangkan kepada kesan harmonik tidak setempat (iii)Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Mencipta panel pengumpulan data kesan harmonic setempat dikenali sebagai “Harmonic Load Bank” (iv)Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai Dengan mereka bentuk projek ini: (a) Masa pengumpulan data lebih singkat (b) Kos projek yang rendah (c) Mengiktiraf kemahiran staf makmal (v) Sumbangan Projek kepada Objektif Jabatan “HARMONIC LOAD BANK” telah membantu pelajar dalam menghasilkan keputusan uji kaji yang lebih baik serta memuaskan pihak penyelia dan menjimatkan kos pengurusan.

PROTOTAIP 1

PROTOTAIP 2 19


SENARAI PEMENANG KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KALI KE-8 13-14 DISEMBER 2012 KATEGORI PENGURUSAN EMAS/PERAK/GANGSA

KUMPULAN

BIL. 1

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: HCD Unity : Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar

2

Nama Kumpulan Fakulti

: BEST : Fakulti Sains

3

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: G2 GLORIOUS : Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar

EMAS

4

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: HCD Solution : Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar

EMAS

5

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: HCD Resolve : Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar

EMAS

GANGSA

EMAS

KATEGORI TEKNIKAL BIL.

KUMPULAN

1

Nama Kumpulan Fakulti

: INOFIZ : Fakulti Sains

2

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: Eco Lestari : Pejabat Harta Bina

3

Nama Kumpulan Fakulti

: Ideal : Fakulti Sains

EMAS/GANGSA/PERAK EMAS

PERAK EMAS

KUMPULAN TERBAIK KATEGORI PENGURUSAN : G2 GLORIOUS, Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pej. Pendaftar KATEGORI TEKNIKAL : INOFIZ, Jabatan Fizik, Fakulti Sains PERSEMBAHAN TERBAIK KATEGORI PENGURUSAN : HCD SOLUTION, Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pej. Pendaftar KATEGORI TEKNIKAL : IDEAL, Jabatan Kimia, Fakulti Sains

20


SENARAI PEMENANG KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KALI KE-9 26-28 NOVEMBER 2013 KATEGORI PENGURUSAN EMAS/PERAK/GANGSA

KUMPULAN

BIL. 1

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

2

Nama Kumpulan Fakulti

: :

3

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

4

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

5

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

6

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

7

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

KATEGORI TEKNIKAL BIL.

KUMPULAN

1

Nama Kumpulan Fakulti

: :

2

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

3

Nama Kumpulan Fakulti

: :

4

Nama Kumpulan Unit/Bahagian

: :

5

Nama Kumpulan Fakulti

: :

EMAS/GANGSA/PERAK

KUMPULAN TERBAIK KATEGORI PENGURUSAN : ………………………………………………………………………. KATEGORI TEKNIKAL

: ………………………………………………………………………

PERSEMBAHAN TERBAIK KATEGORI PENGURUSAN : ………………………………………………………………………. KATEGORI TEKNIKAL

: ………………………………………………………………………

21


RASIONAL LOGO

· Warna latar putih melambangkan kebersihan dan ketulusan jiwa ahli kumpulan · Warna hijau melambangkan kesegaran idea dan kelestarian organisasi · Bulat melambangkan tekad dalam mengejar aspirasi, holistik dalam pendekatan dan sebagai bumi yang manusia berperanan mengimarahkannya · Tiga manusia membentuk bulatan melambangkan kekuatan dan sinergi ahli kumpulan dalam mengejar satu matlamat · Huruf “i” pada pokok melambangkan inovasi yang terus subur · Daun-daun pokok adalah hasil-hasil inovasi dalam pelbagai rupa dan bentuk untuk dimanfaati oleh organisasi Nota : Bagi tahun 2013, logo yang dihasilkan menggabungkan Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Universiti Kali ke-2 dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UTM Kali ke-9 yang diadakan secara bersama.

22



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.