satu aspirasi pembangunan masa hadapan
RINGKASAN EKSEKUTIF ıı 28 NOVEMBER – 29 DISEMBER 2005
10 BLOK PERANCANGAN Setiap Kawasan Berlainan Ciri-ciri Fizikal
PEMBANGUNAN PERTANIAN
Galakan Pertanian Moden
FELDA
Pembangunan dan Permodenan
PALONG 14,15,16
Pusat Penternakan Daerah
JEMPOL 2015
Pengeluar Hasil Tani Dan Industri Asas Tani
JEMPOL HISTORICAL TOUR
Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan
Majlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol
Satu Aspirasi Pembangunan Masa Hadapan
Prakata RINGKASAN EKSEKUTIF ıı 1 OKT – 1 NOV 2005 SIDANG REDAKSI MAJLIS DAERAH JEMPOL, 72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SEMBILAN TINGKAT 3, BLOK A, WISMA NEGERI, 70646 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA, PEJABAT PROJEK MELAKA, TINGKAT 2-4, GRAHA PELADANG, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA.
REKA BENTUK MUSTAFAH BIN DAHLAN ROSIDAH BINTI ALI PENERBIT JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA, PEJABAT PROJEK MELAKA, TINGKAT 2-4, GRAHA PELADANG, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA.
PENCETAK MISAS NO.30, JALAN 4/23B, TAMAN DANAU KOTA, 53300 KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Rancangan Tempatan Daerah merupakan salah satu mekanisma yang digunakan bagi menggalak dan mengawal pemajuan tanah serta pemeliharaan sumberjaya di peringkat daerah. Ia menjadi sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan lestari bertepatan dengan ciri-ciri sosio budaya tempatan. Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah selaras dengan keperluan di bawah Seksyen 12 sub-seksyen (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa yang mengkehendaki agar sesuatu Rancangan Tempatan disediakan meliputi keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ke arah perancangan penggunaan tanah dan penggalakkan pembangunan yang seragam dan sistematik. Draf Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan bagi memandu pembangunan sekaras dengan wawasan di peringkat negara yang diterjemah di peringkat negeri dan diperhalusi di peringkat daerah. Ia menjadi garis panduan di dalam mengawal selia pembangunan daerah secara keseluruhan di dalam memantapkan bukan sahaja ekonomi malahan sosio budaya dan masyarakat kepada masyarakat madani dan berdikari serta berdaya saing. Proses publisiti yang diadakan ini merupakan suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan sekaligus penglibatan masyarakat setempat berhubung dengan perancangan bagi kawasan mereka di samping membolehkan mereka melibatkan diri dalam perancangan. Penglibatan masyarakat setempat sangat penting bagi memastikan perancangan yang dibuat tidak lari dari aspirasi yang mereka idamkan. Dengan adanya proses publisiti ini, adalah diharapkan penglibatan masyarakat di Daerah Jempol akan memberikan gambaran jelas kepada arah tuju pembangunan yang digariskan. Penglibatan masyarakat bukan sahaja akan memberikan kesan yang lebih positif, ia juga akan mempercepatkan proses pembangunan yang dirancangkan di dalam merialisasikan wawasan daearah ke arah daerah maju 2020. Amatlah diharapkan penglibatan masyarakat di dalam proses publisiti ini akan membantu di dalam perancangan Daerah Jempol yang lebih maju di masa hadapan.
Terima kasih Sidang Redaksi
Satu Aspirasi Pembangunan Masa Hadapan
SENARAI KANDUNGAN
01 02 04 07 08 09 15 17 23 25 26
Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015 Profil Daerah Jempol Perspektif Keseluruhan Idea dan Konsep Pembangunan Daerah Jempol Pembentukan 10 Blok Perancangan Wawasan dan Strategi Perancangan Daerah Jempol Maju Menjelang Tahun 2020 Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan Strategi Memperkukuhkan Hierarki dan Peranan Pusat Petempatan Strategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Strategi Memulihara Alam Sekitar FELDA Rancangan Pemodenan Felda Peta Cadangan Rancangan Tempatan 2015
Rancangan Tempatan
Daerah Jempol 2002-2015
‘Rancangan Tempatan Daerah Jempol’ (RTD) adalah satu laporan rancangan pemajuan yang mengandungi strategi dan cadangan-cadangan pembangunan. Rancangan ini meliputi tempoh 14 tahun bermula dari tahun 2002 sehingga 2015. Ia disediakan bersesuaian dengan peruntukan sedia ada iaitu Akta 172 atau Akta Perancangan Bandar dan Desa dan Kaedah Rancangan Pemajuan bagi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di mana setiap pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menyediakan Rancangan Tempatan bagi setiap kawasan masing-masing.
Menterjemahkan aspirasi perancangan peringkat negara dan hierarki rancangan pemajuan iaitu Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan Tujuan Penyediaan RTD Jempol Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan dengan tujuan menterjemah aspirasi perancangan di peringkat negara iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN). Selain itu ia juga memperhalusi dasar-dasar strategik di peringkat negeri iaitu Rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan (RSN). Terdapat tiga hierarki rancangan pemajuan iaitu Rancangan Fizikal Negara di peringkat nasional, Rancangan Struktur Negeri di peringkat negeri dan Rancangan Tempatan di peringkat daerah. Untuk itu, Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan adalah pelengkap kepada hierarki tersebut. Rancangan pemajuan ini merupakan satu dokumen yang menjadi rujukan bersama oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan jabatan-jabatan teknikal lain serta agensi-agensi yang terbabit di dalam pembangunan Daerah Jempol. Laporan Rancangan Tempatan Daerah Jempol akan menjadi garis panduan untuk merancang dan memajukan tanah di dalam Daerah Jempol berasaskan kepada wawasan, objektif dan keperluan perancangan. Ia juga akan menjadi panduan dalam melaksana pembangunan yang lebih teratur dan sistematik.
JEMPOL 2015 ıı 01
Profil Daerah Jempol Perspektif Keseluruhan
Kawasan Kajian bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah meliputi keseluruhan kawasan Daerah Jempol yang merangkumi lima buah mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol. Daerah Jempol merupakan daerah yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar. Daerah Jempol disempadani oleh beberapa daerah lain iaitu Daerah Jelebu, Daerah Tampin, Daerah Kuala Pilah, Daerah Segamat, Johor dan Daerah Bera, Pahang. MUKIM
KELUASAN (HEKTAR)
PERATUS (%)
Rompin
73,156.97
49.34
Serting Ulu
29,400.24
19.83
Serting Ilir
24,418.89
16.47
Jelai
17,441.57
11.76
Kuala Jempol
3,859.64
2.60
148,277.31
100.00
Jumlah
Pentadbiran bagi kawasan Daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar. Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah Jempol terletak di dalam kawasan Zon Perancangan Tengah (Central Planning zone) yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Sebahagian Besar dari kawasan Daerah Jempol merupakan kawasan pertanian utama yang perlu dipelihara untuk tujuan pertanian berasaskan kepentingan kelas tanah tahap 2. Di peringkat negeri pula, Daerah Jempol berkepentingan sebagai sebuah “agropolis” yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama selain dari menjadi ‘hinterland’ kepada Bio-Valley di Daerah Jelebu.
JEMPOL 2015 ıı 02
Jempol dalam konteks Rancangan Fizikal Negara
Daerah terbesar di Negeri Sembilan Ditadbir oleh Majlis
Daerah Jempol & Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan Dengan Asas Utama Ekonomi Tertumpu Pada Sektor Pertanian
Kajian yang telah dilaksanakan telah mengenalpasti beberapa isu pembangunan di Daerah Jempol yang perlu diambilkira di dalam proses pembangunan. Isu-isu tersebut ialah pergantungan kepada sektor pertanian, tekanan pembangunan perbandaran yang perlahan, pencapaian hierarki yang lemah, tahap kemudahsampaian yang lemah, bilangan penduduk dalam kumpulan umur aktif yang tinggi dan produk pelancongan yang lemah. Daerah Jempol mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang perlahan iaitu 0.61 peratus setahun. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Daerah Jempol pada tahun 2000 ialah seramai 129,733 orang dan Melayu adalah etnik terbesar, diikuti oleh etnik Cina dan India. Pada tahun 2003, 85.16 peratus guna tanah Daerah Jempol terdiri dari tanah pertanian. Keluasan kawasan tepu bina yang merangkumi kawasan-kawasan perumahan, perindustrian, perdagangan, institusi dan pengangkutan hanya membentuk 5.15 peratus. Tumpuan aktiviti ekonomi Daerah Jempol adalah kepada sektor pertanian. Sektor pertanian menyumbang sebanyak 49.38 peratus kepada Keluaran Dalam Daerah Kasar (KDDK) pada tahun 2000. Aktiviti utama sektor pertanian tertumpu kepada tanaman komersial iaitu kelapa sawit dan getah yang mewakili 95 peratus dari keseluruhan aktiviti pertanian daerah. Sektor perindustrian adalah penyumbang kedua terbesar iaitu 17.57 peratus dan diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak 14 peratus. Guna tanah terbesar Daerah Jempol ialah pertanian yang mewakili 80 peratus dari keseluruhan kawasan daerah. Pada tahun 2000, sektor pertanian telah menyumbang hampir 50 peratus dari KDDK. Pergantungan terhadap sektor pertanian kurang memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi daerah. Tumpuan terhadap tanaman komoditi yang terdedah kepada turun naik harga pasaran juga memberi kesan terhadap daya pertumbuhan ekonomi. Pembangunan perbandaran semasa tertumpu di tiga bandar utama di bahagian barat negeri iaitu Seremban, Nilai dan Port Dickson. Bandar-bandar primary ini merupakan pemangkin pembangunan ke kawasan sekitarnya khususnya bagi pusat-pusat di koridor Nilai – Port Dickson, Nilai – Seremban – Pedas – Tampin. Daerah Jempol pula terletak di sebelah timur dan dipisahkan dari lain-lain pembangunan oleh gugusan Banjaran Titiwangsa yang menyebabkan kelembapan terhadap pasaran hartanah di Daerah Jempol.
Kebanyakan pusat petempatan sediada tidak dapat memenuhi jumlah penduduk tadahan, fungsi dan peranannya berdasarkan hierarki petempatan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Keadaan semasa menunjukkan hanya Bandar Bahau sahaja yang memenuhi had penduduk minimum yang ditetapkan untuk memenuhi kriteria penentuan hierarki Pusat Pertumbuhan Utama. Penduduk kumpulan umur aktif iaitu 15-64 tahun membentuk peratusan yang tinggi dari jumlah penduduk Daerah Jempol. Ia diunjurkan semakin meningkat menjelang tahun 2015. Kumpulan umur aktif ini merupakan potensi gunatenaga Daerah Jempol. Bagi memastikan mereka tidak berhijrah keluar maka peluang-peluang pekerjaan perlu diwujudkan. Kemudahan latihan terutamanya bidang industri asas tani perlu dicadangkan bagi melatih gunatenaga. Daerah Jempol mempunyai beberapa produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan terutamanya dari kategori produk pelancongan sejarah, eko-pelancongan, agro-pelancongan, sukan dan pendidikan. Produk-produk tersebut kurang menyerlah serta tidak dapat menandingi produk pelancongan di daerah bersebelahan. Masalah yang dikenalpasti punca berlakunya senario ini ialah faktor pembangunan produk secara ad-hoc, kurang publisiti dan kurang produk kemudahan sokongan pelancongan. Kebanyakan jalan hampir memenuhi kapasiti yang ditetapkan. Di samping itu keadaan fizikal jalan kurang memuaskan seperti sempit dan permukaan tidak rata. Tahap kemudahsampaian ke Daerah Jempol perlu ditingkatkan supaya limpahan pembangunan mampu sampai lebih cepat melalui peningkatan jalan dan cadangan jalan baru. JEMPOL 2015 ıı 03
Idea & Konsep
Pembangunan Daerah Jempol Idea dan Konsep pembangunan Daerah Jempol bertepatan dengan konsep pembangunan yang digunapakai di peringkat Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan (RSN). Konsep Kosentrasi dan Serak digunakan sebagai modul di dalam pembentuksn konsep pembangunan di Daerah Jempol. Konsep ini memecahkan Daerah jempol kepada beberapa bentuk zon.
Konsep Kosentrasi dan Serak
memecahkan Daerah Jempol kepada 3 bentuk zon iaitu Zon Tumpuan dan Berpotensi Bagi pembangunan, Zon Pemeliharaan Tahap 1 dan Zon Pemeliharaan Tahap 2
JEMPOL 2015 ıı 04
Zon Tumpuan Dan Berpotensi Bagi Pembangunan Zon Tumpuan dan Berpotensi Bagi Pembangunan adalah terdiri daripada kawasan yang telah dibangunkan dan kawasan bandar dan petempatan yang telah diberi keutamaan pembangunan oleh RFN dan RSN. Kawasan ini dibentuk oleh tiga zon nodus dan koridor iaitu Nodus Pembangunan Strategik Bandar Seri Jempol, Koridor Penggalakan Pembangunan Barat dan Koridor Penggalakan Pembangunan Timur.
Zon Pemeliharaan Tahap 1
Zon Pemeliharaan Tahap 2
Zon Pemeliharaan tahap 1 ialah kawasan hutan simpan kekal, tapak-tapak warisan sejarah, kawasan tanah pertanian paling subur, kawasan-kawasan tadahan air dan sungai. Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang perlu dikekalkan bagi tujuan menjaga keseimbangan alam sekitar.
Zon Pemeliharaan tahap 2 adalah kawasan ekopelancongan, kawasan agropelancongan dan kawasan pertanian subur di Daerah Jempol. Zon ini juga termasuk kawasan hutan lipur dan kawasan bersejarah yang dimajukan untuk tujuan pelancongan. Ia terletak di antara nodus dan koridor pembangunan serta di pinggir kawasan pembangunan.
JEMPOL 2015 ıı 05
Konsep Pembangunan Daerah Jempol
Konsep Kosentrasi & Serak
JEMPOL 2015 ıı 06
Pembentukan 10 Blok Perancangan Daerah Jempol yang luas memerlukan perancangan yang strategik. Bagi memandu perancangan di sebuah Daerah yang besar seperti Daerah jempol ini, perlu diwujudkan beberapa blok perancangan. Ini bertujuan untuk memudahkan perancangan bagi kawasan-kawasan sekitar daerah yang mempunyai ciri-ciri dan bentuk fizikal yang berbeza-beza. Disamping itu juga perancangan boleh disediakan dalam bentuk yang lebih terperinci. Daerah Jempol dipecahkan kepada 10 blok Perancangan iaitu, Blok Perancangan Bahau – Mahsan, Blok perancangan Bandar Seri Jempol – Feldajaya, Blok Perancangan Pekan Batu Kikir, Blok Perancangan Pekan Rompin, Blok Perancangan Kuala Jempol, Blok Perancangan Kampung Bukit Perah, Blok Perancangan Serting Ilir, Blok Perancangan Lui, Blok Perancangan Rompin dan Blok Perancangan Jelai.
1. Bahau-Mahsan 2. Bandar Seri Jempol 3. Pekan Batu Kikir 4. Pekan Rompin 5. Kuala Jempol 6. Kampung Bukit Perah 7. Serting Ilir 8. Lui 9. Rompin 10. Jelai
Daripada 10 blok perancangan yang dibentuk, ia dipecahkan lagi kepada 70 blok-blok perancangan kecil bagi tujuan perancangan guna tanah yang lebih khusus mengikut ciri-ciri fizikal kawasan blok perancangan kecil tersebut.
BLOK PERANCANGAN
KELUASAN (HEKTAR)
PERATUS (%)
BP 1 : Bahau - Mahsan
3,835.03
2.59
BP 2 : Bandar Seri Jempol
2,892.64
1.95
BP 3 : Pekan Batu Kikir
586.11
0.40
BP 4 : Pekan Rompin
1,154.43
0.78
BP 5 : Kuala Jempol
2,451.29
1.65
551.06
0.37
BP 7 : Serting Ulu
28,607.07
19.29
BP 8 : Lui
20,608.46
13.90
BP 9 : Rompin
72,003.48
48.56
BP 10 : Jelai
15,587.74
10.51
JUMLAH
148,277.31
100.00
BP 6 : Kampung Bukit Perah
JEMPOL 2015 ıı 07
Wawasan & Strategi Perancangan
Daerah Jempol Maju Menjelang Tahun 2020 Matlamat utama Rancangan Tempatan Daerah Jempol ialah untuk merealisasikan wawasan yang dibentuk iaitu:
“ Menjadikan Daerah Jempol sebagai daerah terancang yang moden menjelang Tahun 2020 sebagai pengeluar hasil pertanian dan industri asas tani yang utama bagi Negeri Sembilan”
• • • •
Mempergiat sektor ekonomi dan peluang pekerjaan. Memperkukuhkan hierarki dan peranan pusat petempatan, Meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan Memelihara alam sekitar
Bagi memastikan wawasan pembangunan Daerah Jempol menjadi kenyataan, 4 teras utama pembangunan telah dikenalpasti. Ia mengambilkira penggunaan sumberjaya dan aset daerah sediada serta sumber-sumber yang berpotensi yang akan menjadi pemangkin pembangunan secara keseluruhan bagi Daerah Jempol. Strategi teras tersebut ialah mempergiat sektor ekonomi dan pekerjaan melalui pembangunan sektor pertanian moden, memperkukuh hierarki dan peranan pusat petempatan terutamanya di Pusat Separa Wilayah Bandar Seri Jempol dan Pusat Petempatan Utama Bandar Bahau, meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pembangunan tahap ekonomi, dan memelihara alam sekitar sekaligus mewujudkan alam persekitaran yang seimbang menjurus kepada pembangunan lestari.
JEMPOL 2015 ıı 08
aju M
Daerah Jempol Menjelang Tahun
2020
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan Tanaman Komersial dan Sumber Makanan Tatatur pusat penternakan daerah di Felda Palong 14, 15 & 16.
Aktiviti pertanian yang menjadi aktiviti ekonomi utama di Daerah Jempol perlu diperkukuh melalui strategi mengukuhkan aktiviti pertanian komersial sebagai penyumbang utama ekonomi. Melalui strategi ini aktiviti pertanian komersial di kawasan pertanian subur dan tanaman sawit rank 2 perlu dikekalkan dan tidak digalakan sebarang aktiviti pembangunan lain. Kawasan tanaman getah di tanah subur kelas 2 digalakan untuk tanaman semula dengan tanaman kelapa sawit apabila mencapai tahap tidak produktif. Bagi mempercepatkan proses pengembangan sektor pertanian, penggunaan teknologi pertanian moden sangat digalakan terutamanya di kawasan pertanian kormersial. Selain itu, satu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian MOA Inc akan diwujudkan di Pusat Tempatan Utama Felda Lui Muda bagi menggalakan penemuan kaedah pertanian moden yang membawa pulangan lebih menguntungkan. Petani juga digalakan menjalankan aktiviti pertanian berintergrasi secara bersepadu di dalam kawasan ladang dan kebun dengan aktiviti penternakan atau akuakultur. Selain memberi penekanan terhadap aktiviti pertanian komersial, penekanan juga akan diberikan terhadap aktiviti penternakan ladang di seluruh daerah. Untuk itu satu Pusat Penternakan Daerah yang terletak di Felda Palong 14, 15 dan 16 akan diwujudkan bagi mengembangkan aktiviti penternakan secara komersial. Aktiviti penternakan secara integrasi di kawasan ladang sediada perlu dikembangkan di kawasan ladang milik Felda, Felcra dan swasta. Peneroka digalakan menjalankan aktiviti penternakan secara berkelompok atau usahasama dengan pihak Felda atau Felcra manakala bagi ladang swasta digalakan untuk mengusahakan 20 peratus daripada kawasan tanamannya dengan aktiviti penternakan secara intergrasi. Tanaman tradisi iaitu rempah dan herba perlu diberi nafas baru. Penanaman tanaman rempah ratus dan herba seperti cili padi, halia, kunyit dan serai perlu diperluas ke seluruh petempatan desa. Usaha ini pula akan disusuli dengan pembangunan industri desa bagi memproses hasil berasaskan tanaman rempah dan herba tersebut dan dipasarkan di pusat-pusat pemasaran setempat dan pusat-pusat khusus yang diintegrasikan dengan pemasaran hasil tani lain secara borong.
JEMPOL 2015 ıı 09
Strategi Pengukuhan
Aktiviti Pertanian & Sumber Makanan
Akuakultur Tanaman Getah Tanaman Kelapa Sawit Tanaman Padi Lain – lain Aktiviti Pertanian
JEMPOL 2015 ıı 10
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan Aktiviti Perindustrian Kesinambungan dari pengukuhan aktiviti pertanian dan sumber makanan, aktiviti pertanian ini diperkembangkan lagi untuk menjadi sumber kepada aktiviti perindustrian. Bagi memastikan keseimbangan di antara desa dan bandar, aktiviti pembangunan perindustrian akan ditumpukan di kedua-dua kawasan sekaligus akan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Bagi tujuan tersebut, Zon Industri Asas Tani akan dibangunkan di Felda Palong 4, 5, 6 dan di Felda Serting Ilir. Aktivti yang dijalankan akan tertumpu kepada aktivti pemprosesan bahan mentah khususnya minyak mentah dan pemprosesan penyulingan minyak mentah kepada produk siap yang lain.
Felda Palong 4,5 & 6
Sektor perindustrian akan diperluas ke seluruh Daerah Jempol. Kawasan Perindustrian Bahau dan Mahsan akan dizonkan sebagai kawasan perindustrian jenis sederhana, ringan dan bengkel. Taman Industri Serting Tengah pula akan dikekalkan sebagai kawasan perindustrian berat dan sederhana. Di samping itu juga industri seramik dan batu-bata berskala kecil dan sederhana digalakan diusahakan bagi mengexploitasi sumber sediada di Daerah Jempol. Industri IKS dan perkhidmatan akan diperluas terutamanya di kawasan Industri Feldajaya.
Industri Sawari
Industri desa juga akan dikembangkan terutamanya di kawasan petempatan Felda dan kampung tradisional. Industri asas tani digalakan sebagai sebahagian dari aktiviti hiliran pertanian. Tumpuan akan diberikan kepada industri berasaskan kepada pengeluaran makanan, pemprosesan hasil rempah ratus dan herba. Dalam memangkin pertumbuhan ekonomi kawasan petempatan Felda, pengezonan bagi industri SAWARI dicadangkan di Felda Lui Muda, Felda Palong 4,5,6 dan di Felda Serting Hilir. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan termasuklah aktiviti memproses makanan berasaskan sumber pertanian seperti kerepek, kuih-muih dan jem.
Feldajaya
Industri IKS & Perkhidmatan
JEMPOL 2015 ıı 11
Bagi memperkukuh lagi pulangan sektor perindustrian terhadap ekonomi Daerah Jempol, beberapa kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan sumber mineral bernilai komersial akan direzabkan sebagai kawasan perlombongan dan galian. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah kawasan pengeluaran lempung bebola di Bahau dan Felda Palong, kawasan pengeluran pasir silika di bekas lombong Sungai Lui, kawasan pengeluran batu dimensi dan batu aggregate di Felda pasoh 3, kawasan pengeluaran batu kapur di Jelai.
Strategi Pengukuhan
Aktiviti Perindustrian Industri perusahaan ringan seperti industri desa dan bengkel kenderaan/motor di Felda Lui Muda, BP 7
Kluster industri pemprosesan makanan, industri sederhana dan ringan, serta industri bengkel, alat ganti dan aksesori kenderaan di Kawasan Industri Feldajaya, BP 2
Industri SAWARI di Felda Serting Hilir, Industri Kelapa Sawit dan Industri Sarung Tangan di BP 9 Kluster industri berasas perkayuan dan papan, industri bengkel dan industri berasas hasil bumi / lombong / kuari Taman Industri Serting Tengah, BP 3
Pusat Ternakan dan Pemprosesan Daerah di Felda Palong 14,15,16, BP 9
Kluster industri bengkel/industri perkhidmatan di Taman Industri Bahau dan Taman Industri Mahsan, BP 1
Kawasan perindustrian sediada di BP10 dikekalkan
Kawasan perindustrian sediada di BP4 dikekalkan
Industri SAWARI di Felda Palong 4,5,6 BP 9
Industri Sediada Cadangan Industri
JEMPOL 2015 ıı 12
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan Pembangunan Tarikan Pelancongan Cadangan Laluan Penarikan jejak Tun Teja
Produk pelancongan yang terdapat di Daerah Jempol akan diperkukuh dengan pelaksanaan beberapa strategi utama bagi memastikan produk-produk tersebut mampu memberikan pulangan yang baik kepada ekonomi daerah. Strategi utama yang akan dilaksanakan bagi memangkin sektor pelancongan Daerah Jempol ialah melalui pembangunan Zon Segitiga Pelancongan Warisan Budaya Daerah Jempol di kawasan Batu Kikir. Melalui strategi ini, bangunan dan tapak warisan yang mempunyai kepentingan sejarah kepada negara akan dipelihara dan dimajukan bersama pembangunan pelancongan desa dan agro-pelancongan untuk memperkukuh daya tarikan pelancong. Kawasan ini akan dikenali sebagai “Jempol Historical Tour” atau kawasan warisan budaya dan sejarah Daerah Jempol. Antara komponen utama Zon Segitiga Pelancongan Warisan Budaya dan Sejarah ini ialah laluan penarikan jejak Tun Teja Sungai Muar, Istana Raja Muda Serting, Teratak Za’aba, sawah padi, dusun buah-buah dan homestay.
Produk homestay dan kemudahan penginapan dalam suasana persekitaran desa akan dimajukan di kampung tradisi terpilih. Di samping itu, produk pelancongan homestay ini akan diperkenalkan di kawasan Felda seperti Felda Serting Ilir sebagai produk pelancongan baru. Untuk tujuan itu, ciri-ciri petempatan tradisional di zon segitiga pelancongan daerah tersebut perlu dikekalkan agar keunikan dan nilai-nilai tradisi tidak hilang begitu saja. Selain dari zon segitiga pelancongan, produk eko-pelancongan dan agro-pelancongan akan dimajukan. Sebagai daerah pertanian yang penting, produk pertanian boleh diintegrasikan sebagai salah satu produk pilihan samada secara produk utama ataupun integrasi di dalam program homestay serta bersama pakej pelancongan antara daerah bersempadan. Kawasan hutan lipur akan dimajukan secara terkawal sebagai produk eko-pelancongan yang menarik. Daerah Jempol akan menjadi destinasi kepada penggemar sukan lasak di seluruh Malaysia melalui produk sukan lasak yang sediada. Untuk itu, produk sukan lasak perlu dimajukan terutamanya dari segi penyediaan kemudahan-kemudahan bagi memudahkan kedatangan dan penginapan penggemar-penggemar sukan lasak dan pelancong.
JEMPOL 2015 ıı 13
Strategi Pengukuhan
Aktiviti Pelancongan PELANCONGAN SUKAN
EKO PELANCONGAN
• R&R • Stadium • Kompleks Sukan Bermotor • Motor Cross and Rally Car (Extreme Sports) • Pin Ball
• Hutan Lipur Serting • Serting Resort • Jeram • Gua • Rentis Semulajadi • Eco Theme Park • Family Based Attraction • Dusun Buah
AGRO PELANCONGAN • Pusat Ternakan Daerah • Pasar Borong Palong 4,5,6 • Industri SAWARI • Program Homestay Felda Serting Hilir • Kawasan petempatan Felda dan ladangladang Felda yang terdapat di Daerah Jempol
Lui Lui LuiMuda Muda Muda Muda(F) (F) (F) (F) Lui Lui Lui Muda Muda (F) (F)
Serting Serting SertingHilir Hilir Hilir(F) (F) (F) Kg. Kg. Seri Seri Air Air Hitam Hitam Pasoh Pasoh Pasoh3 33 33 3(F) (F) (F) (F) Kg. Kg. Kg. Kg.Seri Seri Seri SeriAir Air Air AirHitam Hitam Hitam Hitam Pasoh Pasoh Pasoh (F) (F) Bandar Bandar BandarSeri Seri Seri SeriJempol Jempol Jempol Jempol Bandar Bandar Bandar Seri Seri Jempol Jempol PUSAT PELANCONGAN JEMPOL • Pusat Informasi Pelancongan • Kawasan R &R • Gerai jualan hasil pertanian/Pasar Borong/Pasar Tani • Terminal Bas • Tempat meletak kenderaan • Landskap
Palong Palong Palong7,8 7,8 7,8(F) (F) (F)
Batu Batu Batu Kikir Kikir Batu Batu BatuKikir Kikir Kikir Kikir
WARISAN BUDAYA DAN SEJARAH (Jempol Historical Tour) • Laluan Penarikan • Sungai Muar – Jejak Tun Teja • Istana Raja Muda Serting • Teratak Za’aba • Sawah Padi • Ladang Organik • Ladang Getah • Ladang Kelapa Sawit • Dusun Buah-Buahan • Homestay Kampung Lonek • Kampung Kuala Jempol
Bahau Bahau Bahau Bahau Bahau Bahau
Palong Palong Palong 9,10,11 9,10,11 (F) (F) Palong Palong Palong9,10,11 9,10,11 9,10,11 9,10,11(F) (F) (F) (F)
Jelai Jelai Jelai Jelai Jelai Jelai
Palong Palong Palong4,5,6 4,5,6 4,5,6 4,5,6(F) (F) (F) (F) Palong Palong Palong 4,5,6 4,5,6 (F) (F) Rompin Rompin Rompin Rompin Rompin Rompin
BAHAU BINTANG WALK • Pusat Membeli Belah • Pusat Jualan Hasil Pertanian • Pusat Tekstil
Jalan Utama Sungai Pusat Petempatan Pintu Masuk
JEMPOL 2015 ıı 14
Strategi Memperkukuhkan Hierarki & Peranan Pusat Petempatan
Perbandaran PSW & PPU
((( ))) ggg Bandar Bandar Bandar Seri Seri Jempol Jempol Bandar Bandar BandarSeri Seri Seri SeriJempol Jempol Jempol Jempol
rr Bahau Bahau Bahau Bahau Bahau Bahau
HIERARKI PETEMPATAN
BANDAR / PEKAN
Pusat Separa Wilayah (PSW)
1.
Bandar Seri Jempol Feldajaya
Pusat Petempatan Utama (PPU)
1. 2. 3.
Bahau – Mahsan Felda Palong 4, 5, 6 Felda Lui Muda
Pusat Petempatan Kecil (PPK)
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Pekan Batu Kikir Pekan Rompin Felda Palong 7, 8 Felda Palong 9, 10, 11 Felda Serting Ilir Felda Palong 14, 15, 16
Teras pembangunan kedua yang sangat penting dan perlu diambilkira ialah memperkukuhkan hierarki dan peranan pusat petempatan. Di dalam konteks Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol telah ditetapkan pada hierarki tertinggi daerah iaitu Pusat Separa Wilayah Negeri yang berperanan sebagai pusat pentadbiran daerah. Bandar Seri Jempol dilihat mempunyai potensi untuk pembangunan perdagangan pada masa akan datang. Bandar Bahau pula dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama yang berfungsi sebagai bandar perdagangan dan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk sekitar. Langkah yang diambil dalam memperkukuh hierarki dan peranan pusat petempatan ialah melalui pengukuhan aktiviti perbandaran di Pusat Separa Wilayah Bandar Seri Jempol dan Pusat Petempatan Utama Bandar Bahau, Felda Palong 4, 5, 6 dan Felda Lui Muda. Ia bertujuan bagi memastikan pembangunan perbandaran Daerah Jempol akan lebih terancang dan sesuai berdasarkan fungsi dan hierarkinya yang telah ditetapkan. Di antara usaha penting yang perlu dilaksanakan ialah memantapkan Bandar Seri Jempol sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri yang mandiri serta membangunkan Bandar Bahau sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan utama daerah.
JEMPOL 2015 ıı 15
Strategi Pengukuhan
Hierarki & Peranan Pusat Petempatan PUSAT SEPARA WILAYAH (PSW)
PUSAT TEMPATAN UTAMA (PTU)
PUSAT TEMPATAN KECIL (PTK) PUSAT PERTUMBUHAN DESA (PPD)
Felda Lui Muda
Felda Pasoh 3
Pekan Air Hitam
Felda Serting Hilir
Felda Palong 14, 15 & 16 Bandar Seri Jempol - Feldajaya Felda Serting Tengah Batu Kikir
Felda Palong 7 & 8 Kg. Serting Ilir
Bahau - Mahsan
Felda Palong 9, 10 & 11
Kg. Kuala Jempol Jelai Felda Palong 2
Pekan Rompin
Felda Palong 4, 5 & 6
Felda Bukit Rokan
Sempadan Mukim
Laluan Utama
Sempadan Daerah
Naik Taraf Jalan
Semapadan Negeri
Jalan Baru
JEMPOL 2015 ıı 16
Strategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
Peningkatan Tahap kemudahsampaian
Meningkatkan kualiti hidup masyarakat merupakan teras pembangunan yang ketiga. Ia merangkumi aspek-aspek yang antara lain memberi penekanan kepada pembangunan tahap ekonomi penduduk yang telah diterangkan di dalam teras pertama, meningkatkan kualiti jaringan jalan raya dan perhubungan di antara pusat tumpuan daerah dengan kawasan luar bandar, pembangunan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan masyarakat. Strategi yang akan disentuh di dalam teras ketiga ini ialah peningkatan tahap kemudahsampaian. Strategi meningkatkan tahap kemudahsampaian bertujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi kesan dari limpahan pembangunan daerah dan negeri bersempadan terutamanya Daerah Seremban dan Negeri Selangor. Di samping itu ia dapat memudahkan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan di pusat-pusat tumpuan seperti Bandar Seri Jempol dan Bandar Bahau.
CADANGAN
NAMA JALAN
Pringkat Wilayah
1. Jalan Baru Felda Pasoh – Kg. Baharu Sg. Lui 2. Jalan Baru Palong – Segamat 3. Jalan Felda Lui Selatan ke Jalan Bera – Muadzam Shah
Peringkat Daerah
1. Jalan Mahsan – Kok Foh 2. Jalan Kok Foh – Palong 9,11 3. Jalan Kok Foh – Ladang Geddes 4. Jalan Lingkaran Dalam Bandar Bahau 5. Jalan Lingkaran Selatan Bandar Bahau 6. Jalan Bahau – Mahsan 7. Jalan Baru Kuala Sialang 8. Jalan Pekan Rompin – Ladang Tanah Panjis 9. Jalan di kawasan Bandar Bahau
JEMPOL 2015 ıı 17
Dalam melaksanakan strategi tersebut beberapa langkah diambil iaitu meningkatkan kualiti perhubungan jalan darat di peringkat wilayah di dalam bentuk cadangan jalan baru dan cadangan naik taraf jalan, termasuk cadangan Jalan Lingkaran Tengah Negeri dan Lebuhraya Seremban – Kemayan. Selain itu, kualiti perhubungan jalan darat di peringkat daerah dipertingkatkan di dalam bentuk cadangan jalan baru, cadangan naik taraf jalan dan persimpangan termasuk cadangan Jalan Lingkaran Selatan Bandar Bahau dan jalan-jalan di petempatan Felda dan kampungkampung induk. Sistem perhubungan daerah juga di pertingkatkan melalui pembangunan sistem pengurusan lalulintas bandar yang lebih efisien di samping mempertingkatkan sistem pengangkutan awam untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
Strategi Peningkatan
Tahap Kemudahsampaian
CADANGAN JALAN PERINGKAT DAERAH Cadangan Jalan Baru Bahau-Mahsan
Cadangan Lingkaran Selatan Bandar Bahau
Cadangan Jalan Pintas Bandar Bahau
Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 11, 13, 1270, 1271, 1283 & 1284
Cadangan Jalan Baru Mahsan-Kok Foh
Cadangan Naik Taraf Jalan Negeri N16, N17, N19, N20, N21, 1268, 1286, 1287, 1291 & 1282
Cadangan Jalan Baru Kok Foh-Palong 9, 11
Cadangan Jalan Tempatan Baru Felda Palong 9, 10 & 11
Cadangan Jalan Baru Kok Foh-Ladang Geddes
Cadangan Naik Taraf Jalan Tempatan Felda Pasoh 2 & 3
Cadangan Jalan Lingkaran Feldajaya
Cadangan Lorong Motosikal Di Jalan Persekutuan 10 & 11
JEMPOL 2015 ıı 18
Strategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
Perumahan Dan Kemudahan Langkah pertama adalah dengan menumpukan pembangunan perumahan mampu milik di Pusat Separa wilayah, Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil. Langkah kedua adalah meningkatkan pembangunan dan penyediaan kemudahan masyarakat dan rekreasi yang berkualiti di pusat-pusat petempatan.
Selain strategi meningkatkan tahap kemudahsampaian, strategi kedua bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat Daerah Jempol ialah dengan meningkatkan penyediaan perumahan mampu milik di samping penyediaan kemudahan masyarakat dan kawasankawasan rekreasi yang berkualiti. Secara umumnya, kawasan yang telah dizonkan sebagai kawasan kediaman bagi keseluruhan Daerah Jempol ialah 4,276 hektar. Daripada jumlah tersebut, 1,100 hektar merupakan zon kawasan kediaman baru yang dijangka akan dipenuhi pada tahun 2015. Walaupun jika dilihat dari unjuran, keperluan penambahan kawasan kediaman sehingga tahun 2015 adalah kecil tetapi kesan daripada faktor ekonomi yang dijana dari perancangan yang telah dibuat akan memberi kesan positif dalam peningkatan pembangunan kawasan kediaman. Beberapa langkah perlu dilaksanakan dalam memastikan strategi ini berjaya membawa kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat di Daerah Jempol. Langkah yang pertama ialah dengan menumpukan pembangunan perumahan mampu milik di Pusat Separa Wilayah, Pusat Tempatan Utama dan Pusat Tempatan Kecil. Langkah yang kedua ialah meningkatkan pembangunan dan penyediaan kemudahan masyarakat dan rekreasi yang berkualiti di pusat-pusat petempatan.
JEMPOL 2015 ıı 19
Strategi Pengukuhan
Perumahan & Kemudahan Kg Baru Sg Lui
Ladang Bukit Keramat
Felda Sungai Lui
Felda Lui Timur
PPU Felda Lui Muda
Lui Muda (F)
DAERAH JELEBU
Kg Serampang Indah
DAERAH BERA (PAHANG)
Felda Lui Selatan 1,2
Felda Lui Barat
Serting Hilir (F)
BP 8
PPK Felda Serting Hilir
PPD Kg. Baru Air Hitam
Felda Pasoh 2
Kg. Baru Air Hitam Pasoh 3 (F)
Kg Serting Ulu
PPD Felda Pasoh 3
BP 7
Bandar Seri Jempol
Felda Palong 14,15,16
Kg. Serting Tengah
PSW Bandar Seri JempolFeldajaya PPD Kg. Serting Tengah
BP 6 BPPPK 3 Batu Kikir
PPK Felda Palong 14,15,16
BP 2
Ladang Geddes
Ladang Sungai Sebaling Ladang Kok Foh
Batu Kikir
PPU Bahau-Mahsan
Kg. Serting Hilir
PPD Kg. Serting Hilir
BP 1 BP 5 PPD Kg. Kuala Jempol Bahau
Ladang Melayu Rompin
BP 9
Felda Palong 12,13
Palong 7,8 (F)
PPK Felda Palong 7,8
Ladang Bahau
Kg. Kuala Jempol
Palong 9,10,11 (F)
Kg Taman Jaya
Kg Bukit Tempurung
PPK Felda Palong 9,10,11
Ladang Cheong Wing Chan
Ladang Kelpine
Ladang St Helier
Ladang Baru Rompin Ladang Senama Jelai
PPD Jelai Ladang Sialang
Palong 4,5,6 (F)
Ladang Jeram Padang Ladang Baru Rompin
DAERAH KUALA PILAH
PPD Felda Palong 2
Ladang Good Wood Ladang Bukit Pilah
BP 10 Kg Kepis Batu 12
Felda Bukit Rokan Barat
PPU Felda Palong 4,5,6
Felda Palong 2
Rompin
PPK Rompin
Ladang Batang Jelai
BP 4
DAERAH SEGAMAT (JOHOR)
Kg Sri Rompin
Felda Palong 1 Felda Palong 3
PPD Felda Bukit Rokan Barat
DAERAH TAMPIN
Sediada dan ditetapkan Cadangan 2015 Cadangan akan datang
JEMPOL 2015 ıı 20
Strategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
Infrastruktur dan Utiliti
Meningkatkan kualiti penyediaan kemudahan asas iaitu bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Meningkatkan pembinaan dan penyelenggaraan sistem perparitan serta saliran. Membangunkan stesen pemindahan sementara sisa pepejal dan sisa terjadual.
Strategi ketiga bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat Daerah Jempol ialah dengan meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti. Terdapat beberapa komponen infrastruktur dan utiliti yang diambilkira di dalam perancangan Daerah Jempol iaitu bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi dan teknologi maklumat, pengairan dan saliran, sistem pembentungan dan pengurusan sisa pepejal. Terdapat tiga langkah telah digariskan perlu kepada pelaksanaan dalam memastikan strategi ini mampu memberi kesan positif kepada peningkatan kualiti hidup. Langkah pertama adalah dengan meningkatkan kualiti penyediaan kemudahan asas iaitu air dan elektrik ke seluruh daerah terutamanya di kawasan luar bandar yang jauh dari kawasan pusat tumpuan penduduk. Langkah yang kedua ialah meningkatkan pembinaan dan penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran manakala langkah yang ketiga ialah membangunkan stesen pemindahan sementara sisa pepejal dan sisa terjadual.
JEMPOL 2015 ıı 21
Strategi Pengukuhan
Infrastruktur & Utiliti
Cadangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Cadangan Tangki Air Cadangan Menaik Taraf ibu Sawat Cadangan Transfer Station Sisa Pepejal Cadangan Paip Pembentungan Utama
JEMPOL 2015 ıı 22
Strategi Memulihara Alam Sekitar
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dalam konteks Daerah Jempol boleh dikategorikan kepada tiga iaitu KSAS bernilai sokongan hidup, KSAS bernilai warisan dan KSAS berisiko bencana.
Bagi kawasan KSAS bernilai sokongan hidup, strategi yang digariskan ialah dengan mengekalkan kawasan-kawasan KSAS bernilai sokongan tersebut iaitu kawasan yang bernilai tinggi menyokong keperluan hidup seperti kawasan pertanian sumber makanan, penternakan, tanah-tanih, badan air dan kawasan petempatan. Strategi kedua yang dibentuk ialah memulihara dan mengawal pembangunan di kawasan bernilai warisan iaitu kawasan tapak sejarah, kawasan hutan simpan kekal, kawasan sensitif sosial dan kawasan pelancongan. Kawasan-kawasan ini sangat bernilai dari perspektif sejarah tapak arkeologi, hutan yang mempunyai nilai pendidikan dan kawasan yang mempunyai nilai budaya yang tinggi. Pengawalan pembangunan perlu dilaksanakan bagi kawasan sensitif alam sekitar berisiko bencana. Kawasan-kawasan ini termasuklah kawasan tanah tinggi, kawasan sumber mineral, kawasan banjir dan juga kawasan zon sungai. Pengawalan pembangunan di kawasan-kawasan tersebut mampu mencegah risiko bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jatuhan batu dan hakisan tanah.
JEMPOL 2015 ıı 23
Strategi Memulihara
Kualiti Alam Sekitar PENGURUSAN RISIKO PENCEMARAN BUNYI DAN UDARA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
CADANGAN LANGKAH PENGAWALAN DAN MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN UDARA DI SEKITAR PUSAT BANDAR DAN JALANUTAMA
Zon Penampan Industri Dan Kaw. Perumahan INDUSTRI RINGAN JENIS A DAN B KOLAM, TASIK, HUTAN, SEMAK, KAWASAN LAPANG, INDUSTRI PERKHIDMATAN, GUDANG PERTANIAN DAN PUSAT PERDAGANGAN
Zon Industri
Jalan
Zon Perumahan
Jalan ZON PENAMPAN 50m
INDUSTRI SEDERHANA KOLAM, TASIK, HUTAN, SEMAK, KAWASAN LAPANG, INDUSTRI PERKHIDMATAN, GUDANG PERTANIAN DAN PUSAT PERDAGANGAN
Jalan
Zon Industri
Jalan
Zon Perumahan
ZON PENAMPAN 250m
INDUSTRI BERAT/ KHAS KOLAM, TASIK, HUTAN, SEMAK, KAWASAN LAPANG, INDUSTRI PERKHIDMATAN, GUDANG PERTANIAN DAN PUSAT PERDAGANGAN
Zon Industri
Jalan
Jalan
Zon Perumahan
ZON PENAMPAN 500m (Minima tertakluk kepada kajian EIA dan analisis risiko)
PENGURUSAN DAN KAWALAN KUALITI BUNYI DI SEKITAR KAWASAN KEDIAMAN UTAMA DAN PUSAT TUMPUAN EKONOMI
CADANGAN ZON PEMANTAUAN DAN PENGAWASAN SECARA KETAT DI TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
• Penanaman landskap untuk menyerap bunyi bising. Kawalan had laju kenderaan. • Penguatkuasaan PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987. • Pematuhan had pendedahan bunyi mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
• Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, Akta 127. • Pematuhan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembakaran Terbuka) 1998).
Stesen Pengawasan Kualiti Air
Loji Air
Stesen Pengawasan Kualiti Bunyi
Takat Pengambilan Air
Stesen Pengawasan Udara
Kawasan Penternakan Akuakultur
Kawasan Perindustrian
Kawasan Penternakan Ayam
Hutan Simpan Kekal Kawasan Tadahan Air
JEMPOL 2015 ıı 24
FELDA
Rancangan Pemodenan Felda Antara pendekatan untuk menjadikan Daerah Jempol sebagai daerah pertanian maju menjelang tahun 2020 adalah program pemodenan semua kawasan Rancangan Felda. Program ini menuntut satu pembaharuan dalam pelan perancangan pembangunan FELDA. Program ini juga memerlukan pembangunan kawasan rancangan FELDA disepadukan dengan arus pembangunan Daerah Jempol. Pada peringkat awal, cadangan pemodenan FELDA ini akan diterapkan di Kawasan Rancangan FELDA bagi menguatkan fungsi tempat tersebut sebagai Pusat Tempatan Utama di Daerah Jempol. Antara kawasan Rancangan Felda tersebut ialah Felda Lui Muda, Felda Serting Hilir, Felda Palong, Felda Bukit Rokan dan Felda Pasoh.
Konsep Pemodenan Konsep pemodenan FELDA merangkumi lima aspek iaitu pertanian, pembangunan fizikal, ekonomi, infrastruktur dan pembangunan sumber manusia. Aspek utama yang diberi perhatian ialah pemodenan aktiviti pertanian. Selain penggunaan teknologi dalam penghasilan ia juga melibatkan pemuliharaan kawasan dari semak samun. Ia juga melibatkan penggunaan potensi tanah secara optimum untuk aktiviti yang boleh mendatangkan hasil tambahan kepada peneroka. Aspek kedua melibatkan pembangunan semua kawasan perumahan dan komersial peneroka pusat-pusat bandar baru. Susunan dan struktur fizikal perumahan dan lain-lain premis dibangunkan secara terancang dengan struktur yang kukuh dan moden. Pendekatan baru dalam pembangunan penduduk ialah dengan perkelompokan peneroka dengan jumlah yang lebih besar.
HIERARKI
LOKASI
Pusat Tempatan Utama
1. Felda Palong 4,5,6
15,000 org
2. Felda Lui Muda
15,000 org
Pusat Tempatan Kecil
1. Felda Serting Hilir
10,000 org
2. Felda Palong 7,8
10,000 org
3. Felda Palong 9,10,11
5,000 org
4. Felda Palong 14,15,16
10,000 org
1. Felda Bukit Rokan Barat
2,500 org
2. Felda Palong 2
2,500 org
3. Felda Pasoh 3
2,500 org
Pusat Pertumbuhan Desa
Pemodenan kawasan Rancangan FELDA perlu diselaraskan dengan peningkatan taraf ekonomi peneroka dan penduduk. Peluang-peluang pekerjaan perlu diperluaskan kepada penghuni kawasan Rancangan FELDA samada di Pusat bandar FELDA ataupun di luar kawasan FELDA. Seterusnya untuk menyokong pemodenan FELDA, kawasan Rancangan Felda perlu dilengkapi dengan prasarana moden. Sistem kumbahan, perparitan, jalan raya, pengangkutan, pengairan, telekomunikasi, bekalan elektrik dan bekalan air perlu disediakan atau dipertingkatkan. Matlamat pembangunan sumber manusia adalah memperkasakan keupayaan warga FELDA untuk melebarkan peluang menjana pembangunan aktiviti ekonomi di pusat bandar. Dalam jangka masa panjang aspek-aspek yang dinyatakan tadi disepadukan dengan pembangunan sumber manusia akan mencerna sistem kemasyarakatan FELDA moden. Ia merangkumi satu sistem kemasyarakatan yang bukan sahaja keluarga peneroka malahan lain-lain kumpulan keluarga yang menyokong pembangunan kawasan Rancangan FELDA sebagai satu kawasan penempatan yang setara dengan petempatan bandar. JEMPOL 2015 ıı 25
PENDUDUK TADAHAN
Felda
Daerah Pertanian Maju Menjelang Tahun 2020
Peta Cadangan
Rancangan Tempatan 2015 Peta cadangan bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol memperincikan jenis guna tanah pada masa hadapan sehingga tahun 2015 bagi seluruh kawasan Daerah Jempol berdasarkan kepada potensi dan prospek pembangunan Daerah Jempol. Peta cadangan ini menunjukkan cadangan guna tanah berdasarkan kepada sebelas klasifikasi guna tanah utama iaitu kediaman, industri, perniagaan dan perkhidmatan, institusi dan kemudahan, tanah lapang dan rekreasi, tanah kosong, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, pertanian, hutan dan badan air.
JEMPOL 2015 ıı 26
Peta cadangan dipersembahkan dalam tiga bentuk iaitu: 1. 2. 3.
Peta cadangan keseluruhan Peta cadangan mengikut blok Peta cadangan mengikut pusat petempatan
Perkara utama yang akan diperincikan di dalam peta cadangan ini ialah: 1.
2. 3. 4. 5.
6.
Klasifikasi guna tanah dan keluasan guna tanah semasa dan guna tanah unjuran 2015. Rangkaian perhubungan utama, semasa dan cadangan. Sempadan pentadbiran. Sempadan blok perancangan. Sempadan semasa dan cadangan pembesaran sempadan bandar. Cadangan-cadangan projek utama RTD Jempol.
Cadangan Pemajuan Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan dengan tujuan untuk memandu perancangan guna tanah pada masa hadapan sehingga tahun 2015 melalui peta cadangan yang disediakan berpandukan kepada wawasan daerah yang dibentuk.
Selaras dengan peranan Daerah Jempol sebagai daerah pertanian Negeri Sembilan yang penting dan merupakan kawasan utama ‘prime agriculture area’ negara berdasarkan Rancangan Fizikal Negara, Guna tanah Daerah Jempol masih lagi di dominasi oleh guna tanah pertanian walaupun terdapat penurunan jumlah keluasan akibat pertukaran jenis guna tanah kepada guna tanah perbandaran. Guna tanah perumahan secara keseluruhan dizonkan seluas 4,279.50 hektar. Ia terdiri daripada kawasan perumahan sediada yang dikekalkan, cadangan kawasan perumahan sehingga tahun 2015 dan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Pertambahan dan keperluan kemudahan masyarakat di Daerah Jempol akan berasaskan kepada keperluan dan hierarki petempatan yang ditetapkan supaya agihannya lebih sempurna dan dapat memenuhi keperluan penduduk. Seluas 331.03 hektar kawasan telah diperuntukan di dalam RTD Jempol untuk tujuan tersebut. Keperluan kawasan perdagangan baru adalah sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk daerah dan keperluan mengukuhkan peranan dan fungsi pusat petempatan berdasarkan hierarki yang ditetapkan. Guna tanah perdagangan akan mengalami pertambahan dan membentuk seluas 168.23 hektar. Ia tertumpu di kawasan Bandar Bahau – Mahsan sejajar dengan peranan bandar tersebut sebagai pusat perdagangan. Tanah perindustrian meningkat kepada 735.47 hektar pada tahun 2015. Ia selaras dengan strategi mengukuhkan ekonomi dan pekerjaan daerah terutamanya sektor industri IKS dengan penggunaan sumber tempatan. Guna tanah pertanian masih merupakan guna tanah dominan dengan keluasan 126,271.03 hektar. Ia meliputi 85.15 peratus dari keluasan Daerah jempol. Selaras dengan pengekalan alam semulajadi terutamanya kawasan di luar tekanan pembangunan, RTD Jempol memastikan tiada pertukaran tanah hutan kepada kegunaan lain kecuali aktiviti berkaitan seperti pengeluaran hasil, penanaman semula, dan ekopelancongan yang tidak menjejaskan keluasan saiz hutan. Berdasarkan kepada dasar tersebut keluasan guna tanah hutan RTD Jempol masih kekal seluas 10,222.00 hektar.
JEMPOL 2015 ıı 27
Guna Tanah Semasa Daerah Jempol 2003
Perumahan Perniagaan & Perkhidmatan Perindustrian Institusi & Kemudahan Masyarakat Tanah Lapang & Rekreasi Pertanian Hutan Pengangkutan Infrastruktur & Utiliti Badan Air
JEMPOL 2015 ıı 28
Peta Cadangan Guna Tanah Daerah Jempol 2015
Perumahan Perniagaan & Perkhidmatan Perindustrian Institusi & Kemudahan Masyarakat Tanah Lapang & Rekreasi Pertanian Hutan Pengangkutan Infrastruktur & Utiliti Badan Air
JEMPOL 2015 ıı 29
Penutup Melalui penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 – 2015 adalah diharapkan struktur pembangunan guna tanah di kawasan Daerah Jempol akan lebih terancang dengan baik dan berterusan seiring dengan wawasan pembangunan negeri dan daerah. Pelaksanaan Rancangan Tempatan ini juga perlu mendapat sokongan dari semua pihak baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Tempatan bagi memastikan pencapaian wawasan pembangunan daerah serta objektif pembangunan yang telah dirangka.
Dengan Kerjasama: Majlis Daerah Jempol Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia