MANSHEN INSPIRASI DUNIA ANDA
Profil Editor Majalah MANSHEN
SITI AISHAH MAHADI Graphic designer Editor Place & Photographer Email: aishah@gmail.com
NUR MAISARAH SALLEH Graphic designer Editor People & Photographer Email: maisarah@gmail.com
AHMAD WASIM MANSOR Director Editor Food & Photographer Email: a.wasim@gmail.com
ISI KANDUNGAN
Profil Editor
Chef Selebriti, Chef Nirmala
Tanah Aina Fahad
Bakat Semula Jadi Ahmad Shukri
Grand Lexis
Chop N Steak KG Baru
Dapur Jendela Rekaan Dalaman
1
LAKARAN WAJAH DUA DIMENSI Pengarang oleh Wasim Mansor Gambar oleh Aishah Mahadi
Lukisan realistik dengan penuh imaginasi menjadi kelebihan Ahmad Shukri untuk terus bertapak dalam industri seni lukis melebihi dua dekad.
M
ula berkecimpung pada tahun 1986, anak jati negeri Jelapang Padi itu selesa berkarya menerusi lakaran wajah. Berkelulusan Sarjana Seni Halus dari Fakulti Seni dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor transformasi lukisannya bermula dari lukisan abstrak kepada realiti. Jelas Ahmad Shukri yang kini berusia 54 tahun, ideanya lebih berkembang ketika melakar subjek wajah manusia berbanding menghasilkan lukisan abstrak.
has il seni perlu dikongsi bersama masyarakat sama ada pengumpul, peminat lukisan mahupun pemerhati.
aplikasikan dalam setiap karya yang kini sudah menghasilkan lebih 400 lukisan.
Mesra disapa sebagai Shuk, katanya, seni abstrak memerlukan ilmu yang tinggi, terutamanya dalam usaha memahami setiap inti pati yang cuba disampaikan seseorang pelukis. Gabungan lukisan imaginasi dan ekspresionis, Ahmad Shukri memberitahu, tujuannya untuk memberi ruang pemerhati berkarya dalam minda mereka.
Menyaksikan sendiri karya Ahmad Shukri, tiada secalit warna pastel yang menguasai karyanya. Warna merah dan terang memonopoli kanvas. Subjek yang jelas dilihat dalam lakarannya ialah struktur wajah dari sudut sisi dan hadapan. Kedudukan hidung, bibir dan mata merupakan komposisi wajib dalam karyanya.
Bergelumang dalam industri seni sejak menuntut di universiti, Ahmad Shukri sudah puas meneroka seni abstrak dan dia terasa terperangkap. Baginya, setiap
Konsep ini sama seperti melihat kepulan awan. Setiap orang bebas untuk mencari subjek yang wujud daripada bentuk awan tersebut. Konsep yang sama saya
Terkini, Ahmad Shukri mengisi masanya menguruskan galeri miliknya ASE Gallery di Puncak Alam, Selangor.
2
3
4
EKSPRESIONIS lakaran wajah dengan gabungan dua dimensi berbeza memberi ruang kepada pemerhati untuk berimaginasi bentuk yang ingin dihasilkan pada setiap kanvas. Sentuhan kreatif, Ahmad
5
Shukri Elias menjadikan emosi dan reaksi wajah manusia sebagai elemen utama dalam setiap karyanya. “Kebanyakan artis bermula dengan lukisan realiti. Ia mudah dilihat pemerhati dan lazimnya
mempunyai subjek yang jelas berdasarkan ilham setiap pelukis. “Lama-kelamaan, pengalaman mereka membuka satu dimensi baharu dalam berkarya iaitu tidak bergantung
kepada lakaran sebagai panduan, sebaliknya membiarkan tangan dan minda melukis apa sahaja pada kanvas,� katanya yang menjelaskan kelahiran idea abstrak dalam diri setiap pelukis.
6
7
8
CHEF NERMALA KINI SELEBRITI Pengarang oleh Maisarah Salleh Gambar oleh Aishah Mahadi
Sering muncul dalam rancangan-rancangan masakan di televisyen tempatan.
D
idedahkan dengan pelbagai teknik masakan Eropah dan pembuatan pastri ser ta kek s e j a k b e r u m u r 14 t a h u n l a g i , b e r j a y a meletakkan Chef Nermala berada pada kedudukannya hari ini. Kini dikenali sebagai chef selebriti, Chef Nermala sering muncul dalam rancangan -rancangan masakan di televisyen tempatan. Daripada tahun 2006 hingga 2010, beliau muncul dalam rancangan masakan pastri di Astro Wanabe, di TV3 pula rancangan Wanita Hari Ini dan Nona sementara di RTM rancangan Apa Kata Wanita .
9
Menceritakan kenangan bagaimana beliau mula melibatkan diri dengan bidang masakan pada usia semuda 14 tahun ketika masih bersekolah di tingkatan dua, Chef Nermala berkata, ibunya yang bekerja dengan seorang pastri chef berasal dari Perancis yang bermastautin di negara ini, sering membawa pulang kek apabila balik daripada kerja. Mak saya memang sukakan kek tetapi tak tahu macam mana nak buat. Jadi apabila hari saya tidak bersekolah, beliau akan bawa saya bersama ke rumah majikannya supaya saya boleh belajar cara membuat kek.
Chef Nirmala melibatkan diri dengan bidang masakan pada usia semuda 14 tahun ketika masih bersekolah di tingkatan dua,
10
Selepas tamat tingkatan lima dan mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau layak menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran.Bagaimanapun, sebagai anak sulung perempuan daripada empat beradik, Ibunya keberatan membenarkan Chef Nermala menyambung pelajaran. Akur dengan kehendak ibunya,beliau terus bekerja sambil belajar memasak dengan chef Perancis tersebut dan menjangkau tempoh sehingga sembilan tahun. Selepas itu, saya bekerja pula sebagai tukang masak dengan sebuah keluarga Itali. Di situ saya dapat belajar pula cara masakan Itali.
11
Walaupun mendapat peluang bekerja di hotel-hotel terkenal saya tidak pula berminat. Lagipun ketika itu anak-anak masih kecil.Kini beliau mempunyai banyak masa untuk dirinya dan berjaya membuka Akademi Bakeri miliknya sendiri sejak setahun lalu. Di akademi tersebut, beliau menyediakan pelbagai jenis kursus masakan pastri, kek, roti, biskut, masakan Eropah, Melayu dan lain-lain. Selain mengajar di akademi, beliau juga menerima undangan untuk mengajar di rumah atau syarikat-syarikat korporat.
12
13
14
KEINDAHAN ALAM TANAH AINA FAHAD Pengarang oleh Maisarah Salleh Gambar oleh Aishah Mahadi
15
Journey Of Love Back to Nature
16
17
KEHIJAUAN ALAM SEMULA JADI Tanah aina fahad menjanjikan Pengalaman menarik dalam suasana kesegaran hutan dan kedinginan BERADA seharian di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong, Raub, Pahang menjadikan diri terasa segar dan tenang kerana kita dikelilingi pepohon hutan yang meliputi kawasan berkeluasan 37,432 meter persegi. Kita akan terasa dibuai-buai sambil fikiran melayang mendengar simfoni alam antara unggas-unggas dan deruan air yang berakar dari Lata Jarum, Ulu Dong.
Dalam masa terdekat, pengunjung berpeluang mengikuti aktiviti flying fox yang merentasi sungai Lata Papan hingga sejauh 200 meter. Bagi penggemar aktiviti air yang lebih mencabar, aktiviti tubing di Sungai Chekas pasti memuncak adrenalin.
“Tanah Aina Fahad menjanjikan kesegaran dan ke t e n a n ga n ya n g j a r a n g s e k a l i d i ra s a i , terutamanya kepada penduduk di ibu kota. Tanah Aina Fahad merupakan lokasi baharu yang diperkenalkan oleh pengusahanya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Tanah Aina Fahad menekankan konsep perkhemahan yang menempatkan pengunjung di sebuah khemah berdekatan sungai.
Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung seperti merentas Hutan Simpan Gunung Benom dengan jarak perjalanan sejauh empat kilometer.Fasiliti lain yang tersedia di Tanah Aina Fahad ialah sebuah bangunan yang menempatkan dewan terbuka di bahagian bawah dan bilik dorm di tingkat atas.Dewan terbuka berkeluasan 240 meter persegi itu boleh diguna pakai untuk mesyuarat atau melakukan aktiviti tertutup. Ia turut menyediakan kemudahan seperti meja ping pong dan pool.
Kawasan seluas 12,140 meter persegi dikhususkan untuk tapak perkhemahan yang mampu menempatkan 20 khemah dalam satu-satu masa. Konsep perkhemahan tersebut dipilih berdasarkan struktur muka bumi Tanah Aina Fahad yang dikelilingi hutan simpan semula jadi. Ia terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Benom di bawah kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Dengan persekitaran itu, pengunjung bakal menikmati keadaan hutan sebenar yang dihuni oleh hidupan flora dan fauna.
Bilik dorm pula menempatkan enam bilik kongsi yang mampu memuatkan seramai 38 orang. Uniknya, seperti juga di Tanah Aina Farrah Sofiya, seni bina bangunan di Tanah Aina Fahad juga menggunakan pokok buluh sebagai bahan utama. Ia mengambil inspirasi rumah buluh dari negara jiran, Indone- sia dalam kebanyakan rekaan luaran bangunannya. Ciri alam semula jadi itu memberi keisti- mewaan kepada jenama Tanah Aina yang terus mengekalkan keindahan flora dan fauna.
18
19
Tanah A ina Fah ad Lokasi: Ulu Dong, Raub, Pahang Keluasan: 37,432 meter persegi.
RM 100 Khemah untuk 2 hari 1 malam
Pakej: RM100 seorang untuk dua hari satu malam
RM 500 Dapur untuk 20 orang (Deposit
Laman web: www.tanah-aina.com
RM 100)
Facebook: www.facebook.com/tanahaina Hubungi: 016-6090 493 atau 010-2265 815 E-mel: booking@tanah-aina.com
20
PERCUTIAN MEWAH GRAND LEXIS
21
22
23
PERCUTIAN MEWAH Perkataan oleh Maisarah Salleh Gambar oleh Aishah Mahadi
Grand Lexis Port Dickson sesuai untuk percutian romantik dan keluarga PRIVASI. Itulah yang boleh dirasai apabila menginap di villa mewah hotel lima bintang, Grand Lexis di pusat peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan. Dengan setiap 317 villa dilengkapi kolam renang peribadi sendiri, selain kemudahan TV LCD berserta pemain DVD, bar mini dan ketuhar gelombang mikro, anda tidak perlu memikirkan untuk keluar ke mana-mana. Cukup beristirehat bersama keluarga dalam villa. Bagi pasangan yang memiliki anak, tidak perlu lagi memikirkan soal keselamatan anakanak yang ingin bermain atau berenang di kolam renang luar bilik seperti mana kebiasaan bercuti di hotel. Dengan kolam renang peribadi pada paras kedalaman empat kaki, sudah pasti keselamatan anak-anak terjamin bersama ibu bapa di depan mata. Untuk pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan atau mereka yang mahu menghangatkan lagi kehidupan berumahtangga, Grand Lexis pilihan terbaik dan
sepatutnya dimasukkan dalam pakej bulan madu.
Hotel ala resort mewah ini turut dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang menganjur ke laut memaparkan panorama indah langit terbentang dan matahari terbenam. Di dalam villa, penghuninya dapat melihat di bawah menerusi lantai panel kaca pepejal air laut menghempas pantai. Dekorasi villa menarik, dilengkapi batu Bali semula jadi, marmar dan lantai kayu keras tropika serta granit. Grand Lexis yang terletak hanya dua kilometer dari pekan Lukut dan tidak jauh dari Telok Kemang turut mempelbagaikan pilihan tempat penginapan yang dibahagikan kepada ruang bilik di bangunan utama hotel, taman berlandskap dan taman. Dengan kawasan seluas 10 hektar membolehkan hotel berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk pengunjung termasuk restoran, karaoke, sauna, perpustakaan mini dan gimnasium.
Aktiviti riadah lain yang boleh disertai pengunjung adalah bola sepak pantai, bola tampar, memanah, ber basikal, basikal tiga roda, memancing serta skuba. Bagi pengunjung yang mahu menjamu selera, mereka boleh mendapatkan khidmat pesanan dan penghantaran makanan ke bilik. Atau jika tidak, aturkan langkah ke Restoran Duyung, Pool Cafe, Lanun Bar dan Restoran Genn Japanese. Hotel yang telah beroperasi kirakira tiga tahun itu tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai hotel yang mempunyai kolam paling banyak. Meskipun Grand Lexis menyediakan percutian berkonsep mewah, namun masih menawarkan tempat penginapan pada harga yang berpatutan kepada pengunjung. Grand Lexis turut menjadi lokasi pilihan bagi sektor koporat menjalankan program seperti hari keluarga, seminar, bengkel serta persidangan. “Kita juga mempunyai kemudahan mengadakan resepsi serta majlis perkahwinan.
24
25
26
dapur jendela Pengarang oleh Maisarah Salleh Gambar oleh Aishah Mahadi
Menjadi salah sebuah restoran yang mashur dengan konsep laman yang menarik Sesiapa yang pernah melewati deretan bangunan lama di Jalan Tan Hiok Nee berdekatan Bazar Karat di Johor Bahru, Johor pasti tertarik dengan dekorasi salah satu premis di jalan berkenaan. Manakan tidak, dinding papan dengan tingkap rumah desa pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang bertandang ke restoran Dapur Jendela berasa seolah-olah berada di kampung halaman. Pemilihan jendela dengan kemasan cat minyak yang hampir pudar itu sekali gus menyuntik elemen rustik dan memberi nilai estetika tersendiri kepada restoran yang mula beroperasi sejak Oktober 2012 itu. Selain penggunaan ornamen usang itu, ciri-ciri rumah kampung tradisional terus dapat dilihat seraya kaki melangkah ke dalam premis dua tingkat tersebut. Ia dapat dilihat menerusi penggunaan alang pada siling, dinding papan di ruang kaunter serta para-para kayu di bahagian dinding. Pemilik restoran itu, Nurshila Surip, 24, memberitahu, nama restoran itu diambil bersempena dapur istimewa ibunya, Zubaidah Sarai, 58, yang unik di rumah mereka. “Dapur di rumah kami seakan-akan terletak di dalam sebuah almari bertingkap. Setiap kali ibu hendak memasak, dia perlu membuka pintu untuk ke d a p u r. Melihatkan keunikan itu, saya mengambil keputusan untuk menamakan restoran ini dengan nama
27
Dapur Jendela. “Istimewanya, ia bukan sahaja tempat untuk memasak, malah ibarat tempat mengeratkan kasih sayang. Ini kerana, melaluinya kami sekeluarga dapat merasai pelbagai juadah kegemaran hasil air tangan ibu,” jelasnya. Selain elemen rustik, konsep retro juga dapat dilihat menguasai dekorasi premis tersebut. Ia dapat dilihat menerusi penggunaan piring hitam album artis lama yang dibuat hasil bantuan kakak serta abang iparnya yang masing-masing merupakan arkitek dan eksekutif di sebuah syarikat perkapalan. Sebahagian dinding itu turut dilukis dengan corak bata merah bagi memberi ilusi seakan-akan cat putih itu terkopek mendedahkan permukaan dinding yang sebenar. Konsep retro terus direalisasikan dengan penggunaan jubin berwarna -warni yang secara tidak langsung menyuntik e l e m e n v i n t a j secara minimalis. Ditambah pula dengan padanan meja kayu empat segi serta penggunaan bangku tinggi dengan kaki kerusi dicat dalam pelbagai warna ceria, ia melengkapkan ciri-ciri retro yang cuba ditonjolkan. Kreativiti pemilik terus dapat dilihat menerusi penggunaan baldi terpakai sebagai lampu gantung.Malah, peralatan memasak seperti periuk, sudip, sudu dan garpu turut diguna pakai sebagai item dekorasi bagi menampilkan kelainan. Tambah menarik, rim basikal
terpakai turut digunakan bagi menempatkan gantungan lampu daripada perkakasan memasak tersebut. Menjengah ke bahagian ruang makan utama di tingkat atas, elemen kayu terus digarap dengan sentuhan yang lebih santai dan moden. Meja dan kerusi daripada kayu digunakan bagi memberi konsep senada tanpa keterlaluan. Bahagian dinding pula tidak dibiarkan polos, malah turut ditata rias dengan susunan kayu-kayu palet. Lebih menarik, gambar-gambar lama ‘ditindan’ di atas kayu terbuang itu bagi memberi karakter tersendiri kepada ruang berkenaan. “Hiasan yang ditampilkan nampak agak ringkas tetapi amat selesa untuk bersantai dan menikmati makan malam,” ujar Nurshila. Cita rasa rustik masih terasa tatkala bebola mata menjengah pemandangan luar kedai menerusi jendela kampung yang terletak di ruang hadapan tingkat atas premis tersebut. Penggunaan langsir singkat daripada fabrik lusuh yang hanya menutupi sebahagian kecil tingkap itu menambahkan lagi ciri-ciri kedesaan. Restoran yang mampu memuatkan 60 pelanggan pada satu-satu masa itu terkenal dengan menu seperti roti jala, mi soto, ubi rebus, lempeng bersama sambal tumis ikan bilis, nasi kukus dan bubur nasi serta pilihan hidangan Barat seperti chicken chop, lamb chop dan stik daging.
28
29
30
Dapur Jendela Shila Surip 012-7813227 No.49 Jalan Tan Hiok Knee 8000 Johor Bahru shilasurip@me.com
Menu Kafe Dapur Jendela Menu
Western Cuisine
Lempeng Sambal Tumis Ikan Bilis
Beaf Steak French Fries
Roti Jala Chicken Cury Chicken/Lamb Chop Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Sotong Sumbat
Spegeti Bolognise/ Seafood Cabonara
Drinks Juice The best Mango Juice In JB Town
31
32
33
34
KL ChoP & Steak Perkataan oleh Maisarah Salleh Gambar oleh Aishah Mahadi
Restoren Replika Kapal dengan pelbagai Barangan Entik Melangkah masuk ke restoran ini pengunjung bagai memasuki ‘dermaga kapal’ yang dipenuhi dengan ‘kapal-kapal’ yang berlabuh. Binaan dan hiasan dalaman restoran yang hampir 99 peratus mengunakan kayu dan diselang-seli pohon-pohon hijau, menyuntik rasa nyaman dan bagai di tepian pantai. Replika kapal yang dikelilingi kolam ikan sambil disinari cahaya lampu malap menjadi hiasan pintu masuk pasti akan menggamit kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah apabila restoran ini cukup popular di kalangan warga Kuala Lumpur
35
khususnya sekitar Kampung Baru, bukan saja kerana pilihan makanan bahkan keunikan hiasan dalamannya. Terdapat empat buah replika kapal dan sebuah feri yang menjadi tarikan kepada pengunjung, selain pilihan makanan yang terdapat di sini, Restoran yang mencecah usia 10 tahun itu menyediakan hampir 115 menu yang sebahagian besarnya makanan barat. Antara yang menjadi kegemaran pelanggan seperti stik lembu atau kambing, ayam Golden Blue, chicken chop serta pelbagai jenis makanan Itali.
“Cara terbaik untuk menjamah makanan ini adalah ketika masih panas kerana kelazatannya pasti dapat dirasai dengan setiap hirisan daging yang disimbahi dengan sos. Pengunjung juga boleh memilih sama ada ingin duduk bersila ala-kampung atau makan di meja yang disediakan dengan sinaran cahaya lampu neon yang malap. Restoran yang terletak di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, ini beroperasi setiap hari bermula pukul 5 petang sehingga pukul 2 pagi.Replika kapal menjadi tarikan di Restoran KL Chop & Steak.
Bagi sajian chicken chop kami menggunakan sos yang menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi dicipta dari chef terkemuka dari Itali dan pemilik restoran. Dalam pada itu restoran tersebut turut menyajikan makanan
daripada tembikar panas seperti mi sizzling. Manakala untuk penghilang dahaga pula, minuman durian Belanda pasti memberi kelainan kerana isi durian yang asli telah di kisar bersama kiub ais.
36
ISSB 2331-7664 Special Edition Year 2014 $ 29.90 MYR $ 09.00 USD