Turtle magazine create outline

Page 1

“ Selamatkan Penyu Kita “


6-7 ProgramPengurusan & Pemuliharaan

4-5 Kaedah Penetasan Penyu

3 Kitaran Hidup & Sifat Biologi

8-9 Ancaman Terhadap Penyu

2

10-11 Pusat Penerangan & Santuari penyu


Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama.

Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1 - 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2- 8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas ( 30°C ke atas ) akan menghasilkan anak penyu betina dan suhu sejuk ( 26 278°C ) menghasilkan anak penyu jantan.Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman.Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses “ imprinting “ yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak. Ada ahli Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu.

3


4


a) Penetasan telur penyu secara in-situ. Penetasan cara ini adalah dimana telur-telur penyu dibiarkan didalam sarang yang asal tanpa diganggu , tetapi sarang-sarang ini ditanda bagi tujuan digali sarang tersebut apabila semua telurtelur dalam sarang itu telah menetas. Sarang ini digali untuk mendapatkan maklumat jumlah telur yang menetas dan tidak menetas serta sebab-sebab telur tidak menetas. b) Penetasan secara ex-situ /kaedah hatcheri. Kaedah penetasan ini adalah dimana telur-telur dalam sarang diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Kaedah penetasan banyak dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kaedah ini dilaksanakan untuk memudahkan pihak Jabatan membuat pemantauan di samping untuk mengelakkan daripada kecurian telur. c) Penetasan dalam kotak strofoam. Kaedah ini dijalankan dengan cara mengambil telur-telur dari tempat penetasan dan dimasukkan ke dalam kotak strofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak strofoam disimpan ditempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran matahari dan hujan. Selepas sebulan , telur-telur dalam kotak strofoam ini dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu dibiarkan menetas dalam kota strofoam.

5


Pusat Penerangan Dan Pengurusan Penyu Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang mempunyai pendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat penerangan dan pengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu di negeri berkenaan.

Kajian & Penyelidikan Dalam melaksanakan pengurusan dan pemuliharaan penyu, pihak Jabatan dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negeri, badan Bukan kerajaan ( NGO ), pakar-pakar dari dalam dan luar negara dan orang perseorangan dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian terhadap penyu seperti; • Penandaan terhadap penyu • Kajian kecergasan anak penyu • Kajian genetik anak penyu • Kajian kesan suhu terhadap jantina penyu • Kajian teknik penetasan dan hatchery terhadap anak penyu • Kajian penghijrahan penyu kaedah pengesanan satelit • Kajian kesan cahaya terhadap anak penyu

Program Pendidikan Dan kesedaran Awam Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa sokongan dan kerjasama daripada orangramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjang tahun oleh pihak Jabatan Perikanan seperti mengadakan pertandingan-pertandingan melukis, mewarna untuk peringkat pelajar sekolah, mengadakan ceramah dan perkhemahan di pusat-pusat penyu untuk pelajar-pelajar sekolah , kakitangan kerajaan, pihak swasta serta nelayan dalam menerapkan kesedaran kepada golongan ini.Dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai penyu kepada orangramai , pihak Jabatan telah mencetak risalah atau pamphlet untuk edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya.

6


Perundangan Dan Penguatkuasaan Dalam menangani masalah kepupusan populasi penyu di Malaysia , di setiap negeri telah mempunyai peraturan atau enakmen yang tersendiri dalam menjalankan penguatkusaan mengenai penyu di negeri masing-masing. Akta dan EnakmenEnakman yang berhubung dengan perlindungan dan pengurusan penyu laut dan tuntong di Malaysia.

7


Ancaman-ancaman terhadap penyu yang boleh menyebabkanya mengalami kepupusan di antaranya adalah seperti berikut :• Eksploitasi Penyu Dan Telur Penyu Telur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan daging dijadikan makanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual. • Terperangkap Dalam Peralatan Menangkap Ikan. Penyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyut dan peralatan menangkap ikan yang lain. Yang dioperasikan oleh nelayan • Kemusnahan Habitat Terdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telah musnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan, perumahan, kawasan perindustrian, hakisan dan disamping itu disebabkan oleh keadaan semulajadi seperti hakisan

8


• Aktiviti Pelancongan Disebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancong seperti memasang ungun api, membuat bising, menganggu penyu yang mendarat untuk bertelur dan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu • Pencemaran Disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap , dan bahan-bahan buangan industri yang membahayakan penyu • Limpahan Cahaya Pancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasan pantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik ke pantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepada cahaya yang terang • Pemangsaan Anak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadi mangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam air menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar

9


PENYU KARAH

PENYU AGAR

Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang Pusat Penerangan dan Santuari Penyu merupakan tempat perlindungan, penetasan, penyebaran maklumat, pembelajaran dan penyelidikan mengenai penyu. Pusat ini mula dibina pada tahun 1997, di atas tapak seluas 0.33 hektar dan ianya terletak di pantai Cerating, Pahang. Pusat ini dibuka pada bulan Jun 1998 di bawah kelolaan Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

10


Alamat: KM 45, Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kuantan, Pahang No. tel: 09-5819087 No. fax: 09-5819124 Waktu Melawat: Isnin, Selasa & Cuti Am - Tutup Rabu - Ahad: 9.00 pagi - 5.00 petang Jumaat: 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang

Objektif • Melindungi penyu daripada sebarang ancaman kepupusan. • Mengadakan program penetasan, pemuliharaan dan penyelidikan penyu di Pahang. • Menyediakan maklumat dan aktiviti kesedaran kepada masyarakat awam. • Menjadikan tempat tarikan pelancong yang terkemuka di negeri Pahang.

11


No. Telefon : 09-5819087 No. Faks : 09-5819124 Emel : penyuphg@tm.net.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.